Kerangka Kelayakan Malaysia. Titik rujukan dan persefahaman bersama tentang Kelayakan Pengajian Tinggi yang dianugerah di Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA. Titik Rujukan dan Persefahaman Bersama Tentang Kelayakan Pengajian Tinggi di Malaysia

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS. a) Gred Lulus minimum adalah Gred C bagi pra siswazah dan Gred B bagi pasca siswazah.

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Program Doktor Pendidikan Tinggi

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

MODUL 7: MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-15 Kod Amalan Pengajian Doktoral Profesional SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

POLISI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PASCA SISWAZAH SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KOMPONEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) 2012 LAMPIRAN A

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Transkripsi:

Kerangka Kelayakan Malaysia Titik rujukan dan persefahaman bersama tentang Kelayakan Pengajian Tinggi yang dianugerah di Malaysia

Kerangka Kelayakan Malaysia Kandungan Muka surat Glosari 3-4 PENGENALAN Definisi KKM 5 Faedah KKM 5-6 Pembangunan dan Perkembangan KKM 6-7 PRINSIP-PRINSIP UMUM KKM Definisi Kelayakan 7 Sektor Penganugerahan Kelayakan 8 Tahap Kelayakan 8 Hasil Pembelajaran 8-10 Kredit dan Beban Pembelajaran 10 Profil 11 Laluan Pendidikan Bagi Kemajuan Individu 11-12 LAMPIRAN: HURAIAN TAHAP KELAYAKAN Tahap Sijil 13-14 Sijil Kemahiran Sijil Teknikal Sijil kemasukan ke universiti Tahap Diploma 15 Diploma Kemahiran dan Teknikal Diploma Lanjutan Tahap Ijazah 16-17 Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Ijazah Sarjana Ijazah Kedoktoran Kelayakan Yang Menyokong Laluan Pendidikan 17-19 Sijil dan Diploma Siswazah Sijil dan Diploma Pascasiswazah Rajah laluan pendidikan 20 2

Kerangka Kelayakan Malaysia Glosari Kerangka Kelayakan Kebangsaan: satu huraian atau deskripsi sistem pendidikan kebangsaan, yang difahami di peringkat antarabangsa, yang menjelaskan semua kelayakan dan pencapaian pembelajaran dalam pendidikan tinggi (pasca sekolah) dan menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan ini secara bermakna. Hasil pembelajaran: pernyataan tentang perkara yang pelajar dikehendaki mengetahui, memahami dan/atau boleh melakukan setelah selesai sesuatu tempoh pembelajaran. Kredit: pengukur kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu. Beban pembelajaran: pengukur kuantitatif semua kegiatan pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai hasil pembelajaran (contohnya kuliah, tutorial, seminar, kerja praktikal, belajar sendiri, pencarian maklumat, kajian, kerja lapangan, persediaan untuk peperiksaan, mengambil peperiksaan) Tahap kelayakan: merupakan peringkat anugerah yang dihuraikan dengan hasil-hasil generik atau penghurai kelayakan yang mencirikan kelayakan-kelayakan tipikal di dalamnya; Bagi setiap tahap hasil generik membezakan keupayaan pelajar dari segi (i) kedalaman dan kompleksiti ilmu serta pemahamannya, (ii) aplikasi pengetahuan dan kemahiran (iii) darjah autonomi dan kreativiti dalam membuat keputusan (iv) kemahiran berkomunikasi (v) keluasan dan kecanggihan amalan dan sebagainya. Profil: merujuk kepada subjek khusus atau bidang pengajian sesuatu kelayakan atau ciri-ciri yang berbeza dalam kelompok kelayakan pelbagai bidang yang mempunyai satu tekanan atau tahap yang sama (contohnya Sarjana melalui kerja kursus, penyelidikan, campuran atau berasaskan amalan kepakaran). Profil juga merujuk kepada kelayakan sama nama tetapi mempunyai tujuan berlainan (contohnya sijil kemahiran dan sijil akademik sebagai persediaan pengajian tinggi) 3

Kelayakan: ijazah, diploma atau sijil yang dianugerahi institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau pihak yang diberi kuasa menganugerahi kelayakan dan/atau mengesah hasil pembelajaran yang telah dicapai, biasanya setelah berjaya melengkapkan sesuatu program pengajian tinggi yang diiktiraf. Penghurai kelayakan: pernyataan generik yang menjelaskan hasil pembelajaran utama yang umum dan merujuk kepada semua kelayakan yang berada pada sesuatu tahap kelayakan. Titik rujukan: penunjuk tak preskriptif yang menjelaskan hubung kait (articulation ) di antara kelayakan, hasil pembelajaran dan/atau konsep lain berkaitan untuk membolehkan individu maju dari satu kelayakan ke kelayakan yang lain. Pengiktirafan pengetahuan terkumpul: proses mengesahkan individu telah mencapai satu set hasil pembelajaran yang diperoleh tanpa mengira masa dan tempat sama ada melalui pendidikan formal, tak formal atau informal. IPT: Institusi Pengajian Tinggi 4

Kerangka Kelayakan Malaysia PENGENALAN Definisi dan ciri 1. KKM merupakan alat yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan antarabangsa yang menjelaskan tahap-tahap pembelajaran yang dicapai, hasil pembelajaran bidang pengajian dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerah pembekal pendidikan tinggi yang diiktiraf 1, justeru KKM menyatupadukan semua kelayakan negara. 2. KKM juga menyediakan laluan-laluan pendidikan yang menghubung kait kelayakan-kelayakan di dalamnya secara sistematik, justeru membolehkan individu memajukan diri dalam pendidikan tinggi melalui pemindahan kredit dan pengiktirafan pengetahuan terkumpul (accreditation of prior learning ) yang diperoleh daripada pendidikan formal, informal dan tak formal tanpa kira masa dan tempat, dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat. 1 IPTA, IPTS tempatan dan asing, jurusan akademik, vokasional & teknikal serta kemahiran yang disampaikan dalam konteks pendidikan dan latihan formal, latihan di tempat kerja dan melalui pengalaman pembelajaran sepanjang hayat termasuk e-pembelajaran. 5

Faedah KKM 3. KKM merupakan titik rujukan yang sahih dan telus bagi maklumat tentang setiap kelayakan yang berguna bagi pelbagai pihak seperti pelajar, ibubapa, majikan, Kerajaan, institusi pendidikan, agensi jaminan kualiti, agensi pengiktirafan dan industri di dalam dan luar negara. Oleh itu KKM mempromosikan kefahaman dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap standard dan sistem anugerah kelayakan Malaysia. 4. Dengan berlandaskan amalan baik antarabangsa KKM memudahkan proses pengiktirafan antarabangsa dan mobiliti pelajar bagi tujuan pekerjaan dan akses kepada pendidikan lanjutan. 5. KKM memantapkan sistem pendidikan sedia ada dengan memberi garis panduan yang jelas untuk reka bentuk program dan penamaan kelayakan secara sistematik dan menghapuskan kekeliruan tentang makna setiap kelayakan. Kaitan kuat dengan pasaran kerja membolehkan KKM memudahkan pembangunan program pendidikan yang relevan bagi sektor pasaran. 6. Garis panduan KKM tidak mengongkong perkembangan akademik, malahan menggalakkan autonomi akademik dalam acuan kebertanggungjawaban dan rujukan luar. 7. KKM meningkatkan akses dan golongan sosial bagi individu yang terlepas peluang pendidikan tinggi memajukan diri dan melayari alam ilmu dengan mudah melalui laluan-laluan pendidikan dan menikmati kepelbagaian pendidikan dan latihan di Malaysia dan di luar negara sepanjang hayatnya. 8. KKM menyediakan prinsip merealisasikan dasar pembelajaran sepanjang hayat yang sangat penting bagi membina masyarakat dan ekonomi berasaskan ilmu untuk menghadapi persaingan dan teknologi baru serta meningkatkan perpaduan, kesaksamaan dan kualiti hidup. 6

Pembangunan dan Perkembangan KKM 9. KKM dibangunkan dengan menanda aras kerangka kelayakan utama dunia seperti Kerangka Kelayakan UK, Australia, New Zealand dan Eropah yang merupakan payung kepada kerangka nasional negara-negara Kesatuan Eropah, Kelayakan Eropah juga telah diterima oleh UNESCO Lisbon Convention yang ditandatangani negara-negara Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, Israel, Australia dan New Zealand. Justeru KKM memudahkan komunikasi dengan pelbagai kerangka dan sistem pendidikan tinggi di negara-negara utama dunia dan dapat menangani sistem pendidikan dan latihan yang semakin kompleks untuk menempuh kerjasama dalam pendidikan merentasi sempadan. 10. KKM adalah struktur dinamik yang berkembang mengikut prioriti dan perubahan negara. Dinamisme kerangka dipertahankan dengan membina dan memupuk kepercayaan dan amanah di kalangan semua pihak berkepentingan yang menggunanya. Dalam era pembelajaran sepanjang hayat kelompok amanah termasuk pelajar, pembekal pendidikan, kerajaan, pihak yang menganugerahkan kelayakan, staf akademik, majikan dan sektor perniagaan, kesatuan pekerja, masyarakat dan pertubuhan sukarela, badan profesional dan lain-lain. KKM menyediakan konteks memandu perubahan dan penambahbaikan sistem pendidikan tinggi oleh semua pihak berkepentingan ini. Ia bukan proses teknikal semata-mata, bahkan juga proses sosial dan politik. 7

PRINSIP-PRINSIP UMUM KKM Definisi Kelayakan 11. Kelayakan adalah ijazah, diploma atau sijil yang dianugerah oleh pihak berkuasa yang kompeten yang mengesahkan seseorang telah berjaya melengkapkan pengajian pada standard yang ditentukan dan/atau telah memuaskan satu tahap pencapaian dan disahkan dapat melaksanakan sesuatu peranan atau tugas atau kerja. Kelayakan menandakan pencapaian hasil pembelajaran secara positif bukan sebagai kompensasi kerana gagal atau kebetulan, contohnya, menganugerahkan ijazah am kerana tidak mencapai tahap kepujian. Sektor Penganugerahan Kelayakan 12. KKM mengandungi kelayakan kebangsaan pasca sekolah yang dianugerahi dalam sektor kemahiran, vokasional dan teknikal serta akademik dan profesional. Ijazah kehormat dan sijil kehadiran tidak termasuk dalam KKM. Ijazah kehormat yang dianugerahi eloklah dibezakan daripada ijazah kedoktoran dan PhD yang terkandung dalam KKM. Contohnya gelaran seperti Kehormat hendaklah diletak selepas ijazah kehormat atau institusi patut menimbang kegunaan gelaran seperti M.Univ. atau D.Univ. Tahap Kelayakan 13. KKM mempunyai Tahap Sijil Kemahiran, Sijil Vokasional, Sijil Teknikal, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Tahap kelayakan menunjukkan peringkat keupayaan. Kelayakankelayakan tipikal di setiap tahap dihuraikan dengan ciri generik yang menggambarkan tuntutan keupayaan yang dijangkakan daripada pelajar dari segi (i) kedalaman dan kompleksiti ilmu serta pemahamannya, (ii) 8

aplikasi pengetahuan dan kemahiran (iii) darjah autonomi dan kreativiti dalam membuat keputusan (iv) kemahiran berkomunikasi (v) keluasan dan kecanggihan amalan dan sebagainya. Tahap-tahap kelayakan dihurai dan dibezakan di antara satu dengan yang lain dalam Lampiran 1. Hasil Pembelajaran 14. Hasil pembelajaran adalah pernyataan yang menjelaskan apa yang pelajar harus mengetahui, memahami dan/atau dapat berbuat setelah selesai suatu tempoh pengajian. Hasil pembelajaran merupakan rujukan bagi standard dan kualiti serta pembangunan kurikulum dari segi pengajaran-pembelajaran, penetapan kredit dan penaksiran pelajar. Dalam KKM hasil pembelajaran dinyatakan pada tiga peringkat (a) peringkat tahap seperti dalam perenggan 13 (b) peringkat bidang (contohnya Perubatan, Kejuruteraan, Sains Sosial, Pengurusan dan lainlain) dan (c) peringkat program di IPT. 15. Pada peringkat bidang dan program KKM menekankan 8 domain hasil pembelajaran yang dianggap penting bagi Malaysia: (i) pengetahuan ilmu bidang (ii) kemahiran praktikal (iii) kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial (iv) nilai, sikap dan keprofesionalan (v) komunikasi, kepimpinan dan kemahiran berpasukan (vi) penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik (vii) pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (viii) kemahiran mengurus dan keusahawanan. 16. Hasil pembelajaran bidang lebih khusus daripada hasil pembelajaran tahap dan meliputi subjek atau disiplin (contohnya Perubatan, Kejuruteraan, Sains Sosial, Pengurusan dan lain-lain). Hasil pembelajaran bidang digubal oleh Jawatankuasa Bidang yang diwakili pemilik berkepentingan dari akademia, industri, profesion, majikan, Kerajaan dan pihak lain yang relevan. 9

17. Hasil pembelajaran peringkat program digubal di peringkat IPT berpandukan hasil pembelajaran bidang. Ia meliputi semua komponen seperti kursus, unit atau modul yang menstruktur sesuatu program dan membawa kepada gelaran kelayakan. Program yang mempunyai satu bidang utama sahaja dinamakan dengan bidang tersebut dalam gelaran kelayakan (contohnya Perubatan, Kejururawatan). Program yang mengandungi pengkhususan sekurang-kurangnya 25% dalam bidang utama dinamakan dalam kurungan gelaran kelayakan (contohnya Sains Komputer (Jaringan). Program dwimajor mempunyai komponen asas dalam dua bidang utama dalam nisbah 50-50 dan dinamakan dalam gelaran kelayakan melalui penyambung DAN (contohnya Ekonomi DAN Sains Politik). Program major-minor mempunyai sekurang-kurannya 25% komponen dalam bidang lain dan dinamakan dalam gelaran kelayakan melalui penghubung DENGAN (contohnya Ekonomi DENGAN Matematik atau bahasa asing). 18. Faedah hasil pembelajaran adalah penekanannya kepada pelajar dan belajar dan menitikberatkan pencapaiannya dan bukan semata-mata cara mencapainya. Justeru kaedah pencapaian hasil pembelajaran tidak terhad kepada pengajaran formal sahaja dan membuka ruang bagi penaksiran dan pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul (PPT) yang diperoleh melalui pendidikan formal, di tempat kerja dan belajar sendiri. Kredit dan beban pembelajaran 19. Kredit adalah pengukur kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu. Beban pembelajaran adalah pengukur kuantitatif semua kegiatan pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai satu set hasil pembelajaran. Contoh kegiatan termasuk kuliah, tutorial, seminar, 10

kerja praktikal, belajar sendiri, pencarian maklumat, kajian, kerja lapangan, persediaan untuk peperiksaan, mengambil peperiksaan dan lain-lain. Di Malaysia 40 jam pembelajaran dinilai sebagai 1 kredit 2. 20. Definisi kredit dan beban pembelajaran yang digunakan telah juga diguna pakai dalam kerangka kelayakan UK, Australia, New Zealand dan Kerangka Kelayakan Eropah. Makna dan kefahaman yang sama telah membantu dalam perbandingan pelbagai kerangka kelayakan kebangsaan, memudahkan mobiliti pelajar, menyokong pembangunan kurikulum peringkat antarabangsa dan memudahkan pengiktirafan. 21. Faedah sistem kredit ini adalah peningkatan autonomi IPT merekabentuk dan menyusun aktiviti pembelajaran-pengajaran tanpa terikat dengan contact hours yang didefinisikan mengikut jumlah minggu pengajaran dalam sesuatu semester. Justeru sistem ini menyokong kepelbagaian dalam sistem pendidikan negara yang dicirikan dengan tempoh semester yang berlainan di antara universiti, kolej, politeknik, kolej komuniti serta di antara sektor awam dan swasta. Ia juga menyokong kaedah penyampaian pelbagai seperti sepenuh masa, separuh masa, hujung minggu, jarak jauh, e-pembelajaran, berasaskan masalah, hands-on, ijazah bersama dan juga pembelajaran yang tidak berstruktur dalam sektor informal dan pembelajaran kendiri. Sistem ini juga memastikan beban pembelajaran pelajar diagih secara saksama dalam sesuatu kalendar akademik. 2 Setiap negara bebas mengguna faktor pertukaran yang paling secucuk dengan sistem pendidikan masing-masing. UK dan New Zealand mengguna 1 kredit=10 jam. Kerangka Kelayakan Eropah menggunakan 1 kredit=25-30 jam. 11

Profil 22. Profil merujuk kepada (a) bidang atau bidang-bidang pengajian yang terkandung dalam kelayakan, (b) kumpulan kelayakan dari bidang yang berbeza tetapi mempunyai tekanan atau tahap yang sama, contohnya, Sarjana boleh diperoleh melalui penyelidikan, kerja kursus yang mendalami ilmu, latihan profesional yang berkaitan amalan dan sebagainya dan (c) kelayakan pada tahap yang sama tetapi mempunyai tujuan yang berbeza, contohnya Sijil kemahiran yang berteraskan kompetensi, sijil teknikal yang membawa kepada sesuatu pekerjaan vokasional dan sijil persediaan pendidikan universiti. Laluan Pendidikan/Pembelajaran Bagi Kemajuan Individu 23. Fungsi utama kedua KKM adalah menggariskan titik integrasi dan pertindihan di antara kelayakan yang berbeza dari segi jenis dan tahap. Ini dilakukan melalui peraturan pengumpulan dan pemindahan kredit, pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul, mekanisme penghubung untuk memenuhi keperluan kemasukan ke tahap yang lebih tinggi dan penggunaan sijil dan diploma siswazah dan pasca siswazah. 24. Apabila berjaya menyempurnakan sesuatu tahap, pelajar berhak memohon dan dipertimbangkan untuk kemasukan ke tahap yang lebih tinggi. Hak kemasukan bukan automatik kerana pelajar perlu memenuhi keperluan tambahan kelayakan yang lebih tinggi tersebut. 25. Dalam menghubung kait kelayakan KKM memudahkan proses dan menyokong pelajar dengan menunjukkan semua peluang dan laluan pembelajaran yang berkemungkinan bagi kemajuan seseorang individu. KKM menjana pelbagai laluan alternatif dengan titik masuk dan keluar yang mengiktiraf pencapaian, justeru meningkatkan akses dan golongan sosial dengan mengiktiraf pengetahuan dan pengalaman terkumpul yang 12

diperoleh melalui pembelajaran sepanjang hayat dari pendidikan formal, informal dan tak formal. 26. Faedah laluan pendidikan KKM adalah merealisasikan pendidikan sepanjang hayat kerana memberi peluang seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari pengalaman dan pembelajaran sendiri dinilai dan diberi peluang mendapat sesuatu kelayakan atau mencapai ijazah lanjutan sungguhpun tidak memiliki ijazah pertama. 13

LAMPIRAN TAHAP-TAHAP KELAYAKAN TAHAP SIJIL Sijil Kemahiran Tahap 1-3 Sijil Kemahiran dianugerah sebagai pengiktirafan formal kepada individu yang telah menunjukkan kebolehan yang telah diperoleh atau diamalkan dengan kompeten untuk melaksanakan sesuatu tugas atau kerja yang lazimnya bersifat manual, dan dianugerahkan tanpa mengira cara kebolehan itu diperoleh. Kemahiran biasanya diperoleh secara kumulatif melalui latihan berperingkat-peringkat dan kelayakan biasanya diiktiraf pihak berkuasa yang kompeten atau industri dalam pasaran kerja. Kriteria dan standard bagi Sijil Kemahiran terkandung dalam National Occupational Skills Standards (NOSS) dan dibangunkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kriteria dan standard Sijil Kemahiran sedang dihubungkaitkan (articulated) dengan kelayakan yang lebih tinggi untuk membolehkan pemegang memajukan diri daripada paras separuh mahir kepada mahir sehingga ke paras penyeliaan, eksekutif dan pengurusan. Sijil Teknikal Sijil ini menyediakan pelajar bagi tugas teknikal tertentu dan merupakan permulaan kepada latihan seterusnya dalam bidang yang diceburi. Lazimnya program berasaskan latihan di institusi latihan (berbanding dengan latihan berasaskan industri bagi sijil kemahiran) dan program merangkumi sekurangkurangnya 25% kandungan vokasional/teknikal. Sijil dianugerahkan kepada pelajar yang: (a) dapat mentafsir dan mengguna maklumat teknikal (b) membantu dan mengguna proses kerja saintifik dan teknik rekabentuk bagi cadangan tertentu (c) mengenali kesan peraturan, undang-undang dan kontrak ke atas proses kerja (d) menyediakan anggaran kos proses kerja dan operasi (e) 14

mempunyai teknik dan kebolehan mencari dan mengguna data untuk membuat keputusan yang mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika yang relevan (f) cekap berkomunikasi dan dapat menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar (g) mempunyai kemahiran berpasukan dan interpersonal yang bersesuaian dengan pekerjaan dan bertanggungjawab sebagai ahli masyarakat (h) mempunyai kemahiran belajar sendiri untuk meneruskan pengajian lanjutan. Sijil kursus asas atau persediaan universiti Sijil kursus asas atau persediaan universiti seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Matrikulasi dan Sijil Asasi Universiti Malaya tidak termasuk dalam KKM tetapi merupakan sijil kemasukan ke universiti. Namun demikian KKM menetapkan standard bagi sijil-sijil ini supaya kebolehan pelajar yang memasuki universiti diselaraskan dan boleh dibandingkan. Secara umum sijil kemasukan ke universiti dianugerah kepada pelajar yang: (a) menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang pengajian yang berlanjut daripada tahap sekolah menengah dan lazimnya terdapat dalam buku teks lanjutan (b) dapat mengguna pengetahuan dan kefahaman untuk mengenal pasti dan mengguna data bagi menggubal respons yang jelas kepada masalah konkrit dan kompleks (c) dapat berkomunikasi dan menjelaskan kefahaman dan kemahiran kepada rakan dan penyelia (d) mempunyai kemahiran untuk belajar seterusnya secara sendiri. Pada masa ini terdapat pelbagai program penyediaan ke universiti yang mempunyai tujuan dan struktur yang berbeza, termasuk bagi luar negara. Usaha sedang dijalankan untuk menyelaraskan standard untuk memudahkan pengiktirafan. 15

TAHAP DIPLOMA Diploma Pendidikan/Latihan Vokasional, Teknikal dan Kemahiran meliputi keupayaan dan tanggungjawab yang luas dan membawa kepada sesuatu pekerjaan sebagai titik akhir. Pekerjaan terdapat dalam pelbagai bidang yang termasuk perniagaan dan pengurusan (contohnya pengiklanan, insurans, hartanah), perkhidmatan masyarakat, kesihatan (contohnya teknologi makmal perubatan), sukan dan rekreasi, teknologi maklumat dan komunikasi, seni reka bentuk, kejuruteraan, pembinaan, sains dan teknologi, hospitaliti dan pelancongan, pengurusan tanah, pertanian, perikanan, perhutanan dan lain-lain. Program menyeimbangkan teori dan amalan atau praktikal dan menekankan pemupukan nilai, etika dan sikap supaya pelajar dapat (a) mengguna pengetahuan, kefahaman dan kemahiran praktikal dalam proses kerja bidang (b) membuat penilaian dan keputusan yang mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika dengan autonomi sederhana (c) mempunyai kepercayaan diri dan keusahawanan untuk menjana pekerjaan sendiri (d) bertanggungjawab sebagai ahli masyarakat (e) mempunyai kemahiran belajar untuk beradaptasi kepada idea, proses dan prosedur baru untuk perkembangan kerjaya (f) mempunyai kemahiran berpasukan, cekap berkomunikasi dan dapat menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian dengan berkesan kepada pakar dan bukan pakar. 16

TAHAP DIPLOMA LANJUTAN Diploma Lanjutan merupakan kelayakan khusus yang menandakan individu mempunyai pengetahuan, kemahiran praktikal, kebolehan mengurus dan kebertanggungjawaban yang lebih kompleks dan tinggi daripada yang diharapkan pada Tahap Diploma dalam bidang pekerjaan yang diceburi. Diploma Lanjutan disamakan dengan Ijazah Am oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Ijazah Am lazimnya tidak dianugerah oleh universiti awam Malaysia. 17

TAHAP SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian menyediakan pelajar untuk kerjaya umum, untuk memasuki program ijazah lanjutan dan penyelidikan dan untuk kerjaya yang memerlukan kemahiran tinggi dan membolehkan individu mengganding tanggungjawab yang memerlukan autonomi besar dalam membuat keputusan profesional, contohnya Perubatan, Pergigian, Kejuruteraan dan sebagainya. Sarjana Muda dengan kepujian dianugerahkan kepada individu yang: (a) menunjukkan pengetahuan dan kefahaman prinsip-prinsip asas sesuatu bidang yang diperoleh daripada buku teks lanjutan dan di sempadan ilmu (b) dapat mengguna ilmu pengetahuan dan kefahaman dengan kaedah yang menunjukkan keprofesionalan 3 dalam pekerjaan (c) dapat berhujah dan menyelesaikan masalah dalam bidang (d) mempunyai teknik dan kebolehan mencari dan mengguna data untuk membuat keputusan yang mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika yang relevan (e) cekap berkomunikasi dan dapat menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar (f) mempunyai kemahiran berpasukan dan interpersonal yang bersesuaian dengan pekerjaan (g) mempunyai kemahiran belajar untuk meneruskan pengajian lanjutan dengan autonomi yang tinggi. 3 Merujuk kepada sikap dan pendekatan terhadap kerja dan tidak terhad kepada profesion berstatut sahaja 18

TAHAP SARJANA Ijazah Sarjana dianugerahkan kepada pelajar yang (a) menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang berlanjutan atau bertambahan daripada tahap Sarjana Muda dan berkebolehan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan 4, (b) dapat mengguna pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesai masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin (c) berkebolehan mengintegrat pengetahuan dan menangani perkara kompleks (d) membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau maklumat terhad dengan mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan (e) dapat menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar dengan jelas (f) mempunyai kemahiran belajar untuk terus maju secara kendiri atau autonomi yang tinggi. Kemasukan ke ijazah sarjana biasanya diasaskan kepada bukti kebolehan membuat pengajian ijazah lanjutan dalam bidang yang dipilih. 4 Penyelidikan dalam konteks bidang pengajian merupakan kajian atau siasatan rapi yang berasaskan kefahaman sistematik dan kesedaran kritikal tentang ilmu akademik, professional dan teknologi, termasuk bidang kemanusiaan, kesusateraan, seni kreatif dan persembahan. Ia tidak terhad kepada kaedah saintifik tradisi semata-mata. 19

TAHAP KEDOKTORAN Ijazah Kedoktoran dianugerah kepada pelajar yang (a) menunjukkan kefahaman sistematik dan mendalam tentang satu disiplin pengajian dan penguasaan kemahiran dan kaedah penyelidikan berkaitan bidang tersebut (b) menunjukkan kebolehan menjana, merekabentuk, melaksana dan mengubahsuai sebahagian besar proses penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan (c) telah menyumbang penyelidikan asal yang melebarkan sempadan ilmu melalui disertasi mendalam yang telah dibentang dan dipertahankan mengikut standard antarabangsa termasuk penulisan dalam penerbitan antarabangsa yang dinilai rujuk (d) dapat membuat analisis kritikal, penilaian dan sintesis idea baru dan kompleks (e) dapat berkomunikasi dengan rakan, komuniti sarjana dan masyarakat umum tentang bidang kepakaran (f) dapat mempromosikan, dalam konteks akademik dan profesional, kemajuan teknologi, sosial dan kebudayaan dalam masyarakat berasaskan ilmu. 20

KELAYAKAN YANG MENYOKONG LALUAN PENDIDIKAN KKM menyediakan laluan bagi individu memajukan diri dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat. Dua kelayakan diwujudkan untuk memudahkan pergerakan ini. SIJIL SISWAZAH DAN DIPLOMA SISWAZAH Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah merupakan kelayakan yang mempunyai kompetensi pada tahap Sarjana Muda dengan Kepujian. Perbezaan di antara Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah hanyalah nilai kredit. Kelayakan dianugerah setelah selesai pendidikan atau latihan formal, pengiktirafan pengalaman dan pengetahuan terkumpul, pengiktirafan pengalaman kerja termasuk sukarela atau dalam kombinasi. Kelayakan dianugerah tanpa mengira kelayakan terdahulu pemegang, sehinggalah ke tahap kedoktoran, bergantung kepada tujuan kelayakan. Contoh penggunaan Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah termasuklah (i) kursus pendidikan lanjutan profesional (contohnya kursus pembaharuan seperti HIV/AIDS peringkat Sarjana Muda yang ditawarkan kepada pengamal perubatan am) (ii) kursus menukar bidang (contohnya siswazah undang-undang mengambil kursus pendidikan peringkat Sarjana Muda untuk menjadi guru) (iii) kursus pemindahan sebagai kelayakan masuk ke tahap yang lebih tinggi (contohnya pemegang diploma/diploma lanjutan yang hendak memasuki program Sarjana Muda) 5. 5 Kredit maksimum terkumpul di tahap bawah yang dibenarkan dipindah biasanya dinyatakan. 21

SIJIL PASCASISWAZAH DAN DIPLOMA PASCASISWAZAH Sijil Pascasiswazah dan Diploma Pascasiswazah merupakan kelayakan yang mempunyai kompetensi sekurang-kurangnya pada tahap sarjana dan diperoleh setelah mendapat kelayakan yang bersamaan Sarjana Muda dengan kepujian. Sebahagian besar kredit adalah pada tahap sarjana dalam bidang pengajian atau kemahiran lanjutan atau pengkhususan. Perbezaan di antara sijil dan diploma adalah beban kredit. Kelayakan lazimnya dianugerah dalam bidang profesional di mana pengamalnya memerlukan pendidikan atau latihan lanjutan yang bersifat lebih profesional daripada akademik untuk dikenali atau diiktiraf sebagai pakar dalam bidang tertentu. Kelayakan dianugerah setelah berjaya menamatkan pendidikan dan latihan formal, pengiktirafan pengalaman dan pengetahuan terkumpul, pengiktirafan pengalaman kerja termasuk sukarela atau dalam kombinasi. Contoh penggunaan sijil dan diploma siswazah adalah (i) pensijilan untuk mengesahkan seorang pengamal kompeten untuk melakukan sesuatu prosedur lanjutan (credentialing ) dalam bidang amalan tertentu (ii) pengiktirafan pengamal sebagai pakar dalam sub bidang profesion tertentu (iii) memenuhi keperluan untuk memasuki program sarjana atau kedoktoran (iv) memberi status tertentu (Ir, Ar) kepada seorang pengamal dalam profesion. Kegunaan sijil dan diploma siswazah dalam konteks profesional hanya perlu apabila kelayakan yang dipegang seseorang perlu dihubung kait (articulate) dengan kelayakan lain dalam KKM. Contohnya apabila pemegang Sarjana Kepakaran Surgeri mendapat latihan/program yang membawa kepada pengkhususan pada tahap lanjutan eloklah program lanjutan ini ditaksir dan dihubungkaitkan dengan program sarjana kepakaran surgeri melalui gelaran Sijil atau Diploma Pasca Siswazah 6 bergantung kepada jumlah kredit. 6 Dalam bidang Perubatan dan kepakaran yang berkaitan, Tahap Kelayakan tidak boleh dianggap sama dengan tahap gaji. 22

Jadual 1: Kelayakan KKM mengikut sektor pendidikan dan latihan Tahap Sektor Kemahiran Sektor Vokasional & Teknikal Sektor Pendidikan Sepanjang Hayat (PPPT) * Sektor Pengajian Tinggi (universiti) 8 Pasca doktoral Doktoral 7 6 5 Diploma Lanjutan (ijazah am) Diploma Lanjutan (ijazah am) Sijil & Diploma Pasca Siswazah Sijil & Diploma Siswazah PPPT 4 Diploma Diploma PPPT 3 2 1 Sijil Kemahiran 3 Sijil Kemahiran 2 Sijil Kemahiran 1 Sijil Vokasional & Teknikal PPPT PPPT PPPT Sarjana Sarjana Muda (Kep) * Pengiktirafan Pengetahuan & Pengalaman Terkumpul (PPPT) atau Accredita tion of Prior Experience & Learning (APEL ) yang diperoleh melalui pendidikan formal, informal dan tak formal di IPT, tempat kerja, kerja sukarela dan pembelajaran sendiri. 23