PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP04

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP03

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Ubahan Muka surat Tarikh Keterangan Diluluskan ANGKASA PROSEDUR UMUM. Peraturan Perolehan. PROIUIJK - 06 Bilangan Semakan : 2 Tarikh :

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

BORANG PERMOHONAN UBAHSYARAT LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

Ubahan Muka surat Tarikh Keterangan Diluluskan ANGKASA PROSEDUR UMUM. Peraturan Perolehan. PROIUIJK - 06 Bilangan Semakan : 2 Tarikh :

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

KERTAS TAKLIMAT KEPADA

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KENYATAAN SEBUTHARGA. SEBUTHARGA yang terlibat adalah di dalam bidang berikut : Skop Kerja

PROSES PERMOHONAN PELAN MELALUI KAEDAH SEGERA OLEH JABATAN BANGUNAN, MAJLIS BANDARAYA IPOH

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PENGURUSAN BAYARAN (PERKHIDMATAN KERJA & FASILITI) BON PELAKSANAAN IZFARINA BINTI AB HALIM PENOLONG BENDAHARI KANAN UNIT KEWANGAN ZON 5

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

BirFail: t 4Tprm PPs.1ot4t2 BUB Jrd.8

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

PTSS PK PS 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PEGAWAI PENGARAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JAWATAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER 2013

BORANG PEMBIAYAAN KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR(SMARTPHONES) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

BAB 9 PENGURUSAN PEMBAYARAN

KERAJAAN MALAYSIA PERAKUAN PELUPUSAN (PEP) ASET ALIH KERAJAAN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) : Pemeriksaan

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

BORANG PERMOHONAN MEMBAHARUI LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

PERATURAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

KUiTTHO.PB/10.12/14( 39 ) 9 Januari 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2007 PINDAAN HARGA CIF BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1999

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH JABATAN KEJURUTERAAN UNIT KERJA TANAH, JALAN & PARIT BORANG KERJA TANAH NAMA PERUNDING :. NAMA PEMAJU :.

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN/ PERKHIDMATAN

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BAB 6 PENGURUSAN ASET

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

KERAJAAN MALAYSIA. Peraturan Bagi Pemasangan, Penyelenggaraan Dan Penggantian Alat Penyaman Udara Di Bangunan Kerajaan Persekutuan

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

KEWANGAN. angkasa MUKA : 1 DARI 5 BIL. SEMAKAN : 7 TARIKH : UNIT : AKAUN DAN KEWANGAN TAJUK : PENYEDIAAN BAYARAN BILANGAN : PRO/KEW/PPK-01

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

Transkripsi:

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Oktober 2008

PERATURAN MENGENAI ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK 1. Kelulusan Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja 1.1 Arahan Perbendaharaan 202.2 memperuntukkan bahawa kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa/Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja sebelum sesuatu arahan perubahan kerja dikeluarkan. 1.2 Selaras dengan A.P. 202.2 Jadual I dan A.P. 203.1, permohonan hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa yang berkenaan mengikut hadkuasa seperti di Lampiran A dengan mengemukakan borang JKR- KPK(Pind. 1/2008) seperti di Lampiran B, bagi perubahan kerja yang menyebabkan penambahan harga kontrak sahaja. 1.3 Pegawai yang memohon tidak boleh menjadi Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa. 1.4 Di bawah borang JKR-KPK, nilai anggaran kerja perubahan yang terlibat juga perlu dikemukakan. Nilai ini merupakan nilai sementara dan hendaklah disokong dengan butir-butir pengiraan yang disahkan oleh P.P./Wakil P.P./Wakil P.P. Pakar. P.P./Wakil P.P. juga dikehendaki membuat perakuan pematuhan kepada kehendak A.P. 202 iaitu sebagaimana yang tercatat di Bahagian D borang tersebut. 1.5 P.P. hendaklah memastikan bahawa semua permintaan perubahan kerja daripada Agensi Pelanggan hanya boleh diterima sekiranya ia dibuat secara bertulis oleh pihak-pihak yang dikenalpasti sebagai pihak yang diberi kuasa bagi Agensi Pelanggan tersebut. 1.6 Sekiranya terdapat pertambahan kepada nilai perubahan kerja yang telah diluluskan, kelulusan ke atas pertambahan tersebut hendaklah diperolehi daripada Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja yang berkenaan, selaras dengan peruntukan di Lampiran A. 1.7 Bagi perubahan kerja yang diluluskan oleh Jawatankuasa di peringkat KPKR, P.P. hendaklah memastikan keseluruhan nilai perubahan kerja tidak melebihi had kuasa Jawatankuasa di peringkat KPKR. 1.8 Contoh Borang JKR-KPK yang telah diisi adalah sebagaimana di Lampiran B1.

2. Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja 2.1 Setelah kelulusan diperolehi daripada Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja, P.P. hendaklah mengeluarkan Arahan Perubahan Kerja berdasarkan peruntukan Syarat-syarat Kontrak dan A.P. 202.1. 2.2 Arahan Perubahan Kerja hendaklah dikeluarkan dengan menggunakan borang JKR-APK (Pind. 1/2008) seperti di Lampiran C. Dengan penggunaan borang JKR-APK, Borang JKR 203U bagi Arahan P.P. yang melibatkan Perubahan Kerja tidak perlu dikeluarkan. 2.3 Carta Aliran yang melibatkan perubahan kerja adalah seperti di Lampiran D. 3. Bayaran atas Kerja Perubahan Dengan pengeluaran Arahan Perubahan Kerja JKR-APK, maka P.P. boleh membuat bayaran mengikut nilai kemajuan kerja yang disiapkan oleh Kontraktor bagi kerja-kerja perubahan (tambahan) tersebut. 4. Perakuan Pelarasan Harga Kontrak 4.1 Dengan pengeluaran Arahan Perubahan Kerja melalui borang JKR-APK, harga kontrak turut diubah sebanyak nilai sementara yang telah dianggarkan. Setiap JKR-APK yang dikeluarkan hendaklah dimuktamadkan nilainya berdasarkan pengiraan, tidak kira sama ada nilainya berubah atau pun tidak dengan menggunakan borang JKR-PHK (Pind. 1/2008) seperti di Lampiran E. 4.2 Nilai yang dinyatakan di dalam borang JKR-PHK adalah merupakan nilai bersih perbezaan di antara nilai muktamad kerja perubahan dengan nilai sementara dalam JKR-APK. 5. Pelarasan-pelarasan harga lain di bawah Kontrak 5.1 Pelarasan-pelarasan harga lain di bawah Kontrak seperti pelarasan bagi Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, pengukuran semula kuantiti sementara, perubahan harga dan tuntutan yang diluluskan hendaklah disedia dan diperakukan dengan menggunakan borang JKR- PHK.

5.2 Walau bagaimanapun, sebelum pelarasan-pelarasan di bawah Kontrak diperakukan, kelulusan daripada Pihak Berkuasa berkenaan hendaklah diperolehi seperti berikut: (i) Wang Peruntukan Sementara Pihak-pihak berkuasa yang meluluskan selaras dengan Peraturan Jabatan yang sedang berkuatkuasa. (ii) Tuntutan Kontraktor Semua penilaian tuntutan kontraktor yang diliputi di bawah A.P. 202.2 Jadual III(e) hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa Tuntutan seperti di Lampiran F. Permohonan untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tuntutan hendaklah dikemukakan mengikut garispanduan seperti di Lampiran G. (iii) Pengukuran Semula Kuantiti Sementara Kelulusan hendaklah diperolehi daripada Jawatankuasa Kerja Tambahan Kuantiti Sementara seperti di Lampiran H mengikut had nilai yang ditetapkan selaras dengan A.P. 202.2 Jadual III(d). Permohonan kepada Jawatankuasa hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang JKR-KKS (Pin. 1/2008) sebagaimana di Lampiran I dan mengikut panduan seperti di Lampiran J. 6. Tindakan memuktamadkan harga kontrak 6.1 Pelarasan muktamad terhadap Perakuan Perubahan Harga Kontrak dan pelarasan-pelarasan lain di bawah Kontrak hendaklah dibuat sebaik sahaja kerja-kerja yang terlibat dijalankan dan semua maklumat diperolehi untuk membolehkan penilaian muktamad dibuat. 6.2 Amalan di mana pihak kontraktor menyediakan penyata perubahan kerja bagi pihak P.P. hendaklah dihentikan.

LAMPIRAN A JAWATANKUASA PERUBAHAN KERJA JKR BIL. NAMA JAWATANKUASA/ BIDANGKUASA 1. Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat Pegawai Penguasa/Pengarah Projek - Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan perubahan kerja sejajar dengan skop asal kontrak HAK < RM10 juta dan perubahan < 10% daripada HAK atau HAK > RM10 juta dan perubahan < RM1 juta 2. Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat TKPKR - Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan perubahan kerja sejajar dengan skop asal kontrak HAK < RM10 juta dan perubahan < 20% daripada HAK atau HAK > RM10 juta dan perubahan < RM2 juta 3. Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat KPKR - Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan perubahan kerja sejajar dengan skop asal kontrak HAK < RM20 juta dan perubahan < 30% daripada HAK atau HAK > RM20 juta dan perubahan < RM6 juta HAK Harga Asal Kontrak KEANGGOTAAN 1. Pegawai Penguasa / Pengarah Projek (Pengerusi) 2. Ketua Bahagian Bukan Portfolio Kerja berkenaan di Pejabat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek 3. Juruukur Bahan di JKR Negeri / Cawangan / Pasukan Projek (jika ada) 1. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor berkenaan (Pengerusi) 2. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan 3. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan atau Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan 1. Ketua Pengarah Kerja Raya (Pengerusi) 2. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan 3. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan atau Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan Pembentang Wakil P.P. URUSETIA Urusetia Pejabat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek Pembentang Pegawai Penguasa / Pengarah Projek / Wakil P.P. Urusetia Bahagian Dasar dan Kontrak di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Pembentang Pegawai Penguasa / Pengarah Projek / Wakil P.P. Urusetia Bahagian Dasar dan Kontrak di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

LAMPIRAN B KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA JKR-KPK (Pind. 1/2008) PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO.: A. BUTIR-BUTIR KONTRAK 1. Tajuk Kontrak: 2. Harga Kontrak Asal: 3. Tarikh Milik Tapak Asal: 4. Tarikh Siap Asal/Dilanjutkan: 5. Kemajuan Kerja Semasa: B. MAKLUMAT - PERUBAHAN KERJA 1. Huraian Perubahan Kerja: 2. Nilai Anggaran Perubahan Kerja: (Butir-Butir Pengiraan Disertakan) 3. Punca-Punca Perubahan Kerja: C. NILAI DAN PERATUS KPK TAMBAHAN (i) Jumlah Bersih KPK Semasa* : RM Peratus: % (ii) Nilai Perubahan Kerja ini : RM Peratus: % Jumlah Keseluruhan KPK Tambahan [(i) + (ii)] : RM Peratus: % Nota : Kesemua peratusan di atas adalah nilai peratusan daripada harga kontrak asal D. PERAKUAN PENGARAH PROJEK / PEGAWAI PENGUASA / WAKIL P.P Adalah dengan ini saya memperakukan bahawa kerja yang dihuraikan di atas: (i) (ii) (iii) (iv) (v) adalah benar-benar perlu dilaksanakan dan peruntukan adalah mencukupi kerja ini dilaksanakan di tapak bina kontrak sekiranya kerja ini dilaksanakan secara tender atau sebutharga berasingan akan mengganggu atau menjejaskan kontrak yang sedang berjalan termasuk dalam skop atau brif asal projek Semua kehendak lain di bawah A.P.202 dipatuhi. Pengarah Projek/Pegawai Penguasa/Wakil P.P. Tarikh: * Nilai diambil daripada "Jumlah Nilai dan Peratus KPK Semasa [(A)+(B)]" dari Lampiran A

LAMPIRAN B (bersambung) JKR - KPK (Pind. 1/2008) PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO. Tajuk Kontrak : E. KEPUTUSAN JAWATANKUASA ARAHAN PERUBAHAN KERJA Bersetuju/Tidak Bersetuju* meluluskan perubahan kerja di atas dengan had nilai RM Catatan : Pengerusi Ahli Ahli Jawatankuasa APK Peringkat... Tarikh : * Potong yang mana tidak berkenaan

LAMPIRAN B (bersambung) Lampiran A kepada JKR-KPK (Pind. 1/2008) RINGKASAN KELULUSAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN APK PROJEK: HARGA KONTRAK ASAL:. Tarikh Bil. *Bil. Huraian Nilai KPK Pelarasan PHK** KPK PHK (RM) % (Kekurangan)(-RM) (A) (B) Jumlah Jumlah Nilai dan Peratus KPK Semasa [(A)+(B)] * PHK yang hanya berkaitan dengan KPK dan APK yang telah diluluskan (kekurangan bersih) sahaja **Nilai pelarasan kurangan bersih yang telah dimuktamadkan/diluluskan

CONTOH KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA LAMPIRAN B1 JKR-KPK (Pind. 1/2008) PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO.: 5 A. BUTIR-BUTIR KONTRAK 1. Tajuk Kontrak: Membina dan Menyiapkan Satu Blok Sekolah Tiga Tingkat di Gopeng, Perak 2. Harga Kontrak Asal: RM2,500,000.00 3. Tarikh Milik Tapak Asal: 1-Jan-05 4. Tarikh Siap Asal/Dilanjutkan: 15-Sep-06 5. Kemajuan Kerja Semasa: 65% B. MAKLUMAT - PERUBAHAN KERJA 1. Huraian Perubahan Kerja: Membina dan Menyiapkan Bangunan Pencawang TNB 2. Nilai Anggaran Perubahan Kerja: RM30,000.00 (Butir-Butir Pengiraan Disertakan) 3. Punca-Punca Perubahan Kerja: Sepertimana yang diperlukan oleh pihak TNB C. NILAI DAN PERATUS KPK TAMBAHAN (i) Jumlah Bersih KPK Semasa*: RM267,755.92 Peratus: 10.72 % (ii) Nilai Perubahan Kerja ini: RM30,000.00 Peratus: 1.20 % Jumlah Keseluruhan KPK Tambahan [(i) + (ii)]: RM297,755.92 Peratus: 11.92 % Nota : Kesemua peratusan di atas adalah nilai peratusan daripada harga kontrak asal D. PERAKUAN PENGARAH PROJEK/ PEGAWAI PENGUASA / WAKIL P.P Adalah dengan ini saya memperakukan bahawa kerja yang dihuraikan di atas: (i) (ii) (iii) (iv) (v) adalah benar-benar perlu dilaksanakan dan peruntukkan adalah mencukupi kerja ini dilaksanakan di tapak bina kontrak sekiranya kerja ini dilaksanakan secara tender atau sebuthraga berasingan akan mengganggu atau menjejaskan kontrak yang sedang berjalan termasuk dalam skop atau brif asal projek Semua kehendak lain di bawah A.P.202 dipatuhi. Pengarah Projek / Pegawai Penguasa / Wakil P.P. Tarikh: * Nilai diambil daripada "Jumlah Nilai dan Peratus KPK Semasa [(A)+(B)]" dari Lampiran A

LAMPIRAN B1 (bersambung) JKR - KPK (Pind. 1/2008) PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO. Tajuk Kontrak : E. KEPUTUSAN JAWATANKUASA ARAHAN PERUBAHAN KERJA Bersetuju/Tidak Bersetuju* meluluskan perubahan kerja di atas dengan had nilai RM Catatan : Pengerusi Ahli Ahli Jawatankuasa APK Peringkat... Tarikh : * Potong yang mana tidak berkenaan

LAMPIRAN B1 (bersambung) Lampiran A kepada JKR-KPK (Pind. 1/2008) RINGKASAN KELULUSAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN APK PROJEK: Membina dan Menyiapkan Satu Blok Sekolah Tiga Tingkat di Gopeng, Perak HARGA KONTRAK ASALRM2,500,000.00. Tarikh Bil. *Bil. Huraian Nilai KPK Pelarasan PHK** KPK PHK (RM) % (Kekurangan)(-RM) (A) (B) 2-Mar-06 1 a) Tukar cerucuk Spun ke Cerucuk RC RM150,000.00 6.00 1-May-05 2 a) Tukar Konkrit Gred 20 ke Gred 30 RM70,000.00 2.80 2-Jun-05 3 a)rawatan Anti Termite RM10,000.00 0.40 b) Damp Proof Membrane RM19,000.00 0.76 2 a) Pelarasan APK No.1 Cerucuk Spun ke Cerucuk RC (KPK No.1) (RM25,027.00) b) Pelarasan APK No.3 Rawatan Anti Termite (KPK No.3) (RM15,235.00) 6 Pelarasan APK No.6 Damp Proof Membrane (RM125.30) (KPK No.3) (RM2,356.78) 5-Jul-05 4 a) Tambahan Nilai APK No.2 Tukar Konkrit RM60,000.00 2.40 Gred 20 ke Gred 30 (KPK No. 2) b) Pembinaan dan pemasangan tempat pili air RM1,000.00 0.04 c) Mengecat tempat letak kereta RM500.00 0.02 Jumlah RM310,500.00 (RM42,744.08) Jumlah Nilai dan Peratus KPK Semasa [(A)+(B)] RM267,755.92 * PHK yang hanya berkaitan dengan KPK dan APK yang telah diluluskan (kekurangan bersih) sahaja **Nilai pelarasan kurangan bersih yang telah dimuktamadkan/diluluskan

LAMPIRAN C JKR-APK (Pind. 1/2008) KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA ARAHAN PERUBAHAN KERJA APK NO. Nama Kontraktor: Alamat Kontraktor:................................. Tajuk Kontrak:..... No. Kontrak :. Tuan adalah diarah untuk melaksanakan perubahan kerja berikut menurut Syarat-syarat Kontrak:.......................... 2. Perubahan Kerja di atas dianggarkan mengikut pengiraan yang dikepilkan bersama ini akan menjadi Tambahan/Potongan* sementara sebanyak Ringgit Malaysia....... (RM...) kepada harga Kontrak. Dengan ini, jumlah bersih terkumpul perubahan-perubahan harga (tambahan/potongan)* ialah RM. 3. Sila akui penerimaan arahan ini dan memaklumkan samaada tuan memilih alternatif 4(a) atau 4(b) seperti yang dinyatakan di Lampiran 1. Sekiranya tuan gagal membuat pilihan (a) atau (b) dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh penerimaan arahan ini seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat kontrak, tuan adalah dianggap tidak berhasrat membuat apa-apa tuntutan bersabit dengan arahan ini. Sila kembalikan semua salinannya (kecuali satu salinan untuk simpanan tuan) kepada P.P., setelah ditandatangani... Tandatangan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek Tarikh: * Potong yang mana tidak berkenaan.

LAMPIRAN C (bersambung) Lampiran 1 JKR-APK (Pind. 1/2008) 4. PENGAKUAN KONTRAKTOR Saya/Kami dengan ini mengakui penerimaan Arahan Perubahan Kerja yang tersebut di atas dan akan mengambil tindakan sewajarnya seperti diarahkan dan dengan ini: *(a) *(b) Menurut klausa, memaklumkan bahawa kami akan mengemukakan tuntutan kerugian atas perbelanjaan tambahan yang akan kami alami akibat dari pematuhan Arahan Perubahan Kerja ini. Amaun kerugian dan/atau perbelanjaan yang terlibat adalah dalam lingkungan lebih kurang RM.. yang akan dibuktikan dengan resit-resit yang berkaitan. Memaklumkan bahawa kami tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan di dalam apa bentuk atau apa-apa cara terhadap Kerajaan akibat dari pematuhan kepada Arahan Perubahan Kerja ini. Saya/Kami sedia maklum bahawa sekiranya kami gagal melaksanakan arahan ini, pihak Kerajaan boleh melantik pihak ketiga untuk menyiapkannya selaras dengan Syarat-syarat Kontrak dan segala kos terlibat akan ditanggung oleh kami... Tandatangan Kontraktor Tarikh.. (Nama penuh.. ). Cop Kontraktor s.k. - Pengarah Kanan Cawangan.. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur - Pengarah Cawangan.. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur - Pengarah JKR Negeri - Juruukur Bahan - Bank/Syarikat Insurans. (yang menjamin pelaksanaan kontrak) CATATAN-CATATAN KHAS UNTUK KONTRAKTOR (i) (ii) * Sila potong (a) atau (b) mengikut pilihan Jika pematuhan arahan ini melibatkan kelambatan dan lanjutan masa terhadap penyiapan Kerja-kerja di bawah bawah kontrak ini tuan hendaklah dengan serta merta memberi notis bertulis kepada P.P..

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA LAMPIRAN D MULA Kenalpasti perubahan kerja yang menyebabkan tambahan harga kontrak Dapatkan kelulusan KPK dari JK Perubahan Kerja Keluarkan APK Tidak Adakah nilai APK > nilai asal diluluskan oleh JK Perubahan Kerja? Ya Dapatkan kelulusan ke atas pertambahan nilai APK dari JK Perubahan Kerja yang berkenaan Sediakan PHK TAMAT

LAMPIRAN E KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA PERAKUAN PELARASAN HARGA KONTRAK PHK NO. JKR-PHK (Pind. 1/2008) Nama Kontraktor:. Alamat Kontraktor:............ Tajuk Kontrak: No. Kontrak :... 1. Pelarasan Harga berikut telah dibuat menurut Syarat-syarat Kontrak. Jenis/Tajuk/Huraian Pelarasan:.. 2. Pelarasan Harga di atas dinilai mengikut pengiraan yang dikepilkan bersama ini dan akan menjadi Tambahan/Potongan* sebanyak Ringgit Malaysia.......... (RM...) kepada harga dan bayaran atas Kontrak kepada tuan. Dengan itu jumlah bersih terkumpul pelarasan-pelarasan harga PHK No. 1 hingga dan termasuk PHK ini ialah RM. 3. Sila akui penerimaan Perakuan ini..... Tandatangan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek Tarikh:. Saya / Kami yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan Perakuan di atas..... Tarikh:... Tandatangan Kontraktor Nama dan Cop Syarikat : s.k. Pengarah Kanan Cawangan.. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur - Pengarah Cawangan.. Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur - Pengarah JKR Negeri - Juru Ukur Bahan - Bank/Syarikat Insurans. (yang menjamin pelaksanaan kontrak) * Potong yang mana tidak berkenaan

LAMPIRAN F JAWATANKUASA TUNTUTAN JKR BIDANGKUASA KEANGGOTAAN URUSETIA Mempertimbangkan dan Meluluskan Tuntutan Kontrak sebagaimana Yang Dibenarkan Di Dalam Syaratsyarat Kontrak. 1. Ketua Pengarah / Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya ( Pengerusi ) 2. Penasihat Undang-Undang Kem. Kerja Raya 3. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan 4. Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan jika tidak menjadi Pegawai Penguasa /Pengarah Projek bagi projek berkaitan Atau Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang lain sekiranya Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Kerja yang berkenaan menjadi Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bagi projek berkaitan Pembentang Pegawai Penguasa / Pengarah Projek / Wakil P.P. Urusetia Bahagian Dasar dan Kontrak di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

LAMPIRAN G GARIS PANDUAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KELULUSAN KE ATAS PENILAIAN TUNTUTAN 1. Setiap tuntutan kontraktor yang diterima hendaklah disemak dan dinilai. 2. Jika pada pendapat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek tuntutan kontraktor tidak boleh dipertimbangkan, keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada kontraktor. Sekiranya kontraktor membuat rayuan atas tuntutan tersebut, rayuan tuntutan kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Tuntutan JKR. 3. Jika pada pendapat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek tuntutan kontraktor boleh dipertimbangkan, tuntutan kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Tuntutan JKR untuk dipertimbangkan. 4. Semua permohonan kelulusan ke atas tuntutan kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Jawatankuasa Tuntutan dengan lapan (8) salinan Laporan dan Perakuan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek serta dua (2) salinan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap (surat-menyurat, bil, resit dll). 5. Laporan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek hendaklah mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut: (a) Butir-butir kontrak : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) tajuk, nombor dan harga kontrak; nama dan alamat kontraktor; tarikh milik tapak; tarikh siap dalam kontrak; lanjutan masa yang diberi dan sebab-sebabnya; tarikh siap dilanjutkan; tarikh siap sebenar dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. (b) (c) (d) (e) (f) Sinopsis peristiwa yang menyebabkan tuntutan dibuat oleh kontraktor. Asas tuntutan kontraktor. Butiran-butiran perkara yang dituntut dan nilainya. Perakuan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek secara prinsip mengapa tuntutan kontraktor seharusnya atau tidak seharusnya diberi layanan atau perakuan lain di luar syarat-syarat kontrak. Perakuan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek yang terperinci dan lengkap mengenai amaun ganti rugi yang layak dipertimbangkan.

LAMPIRAN H HAD KUASA JAWATANKUASA KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA BIL. JUMLAH BERSIH TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA PIHAK BERKUASA MELULUSKAN 1. Nilai harga tambahan bagi pengukuran semula kuantiti dibenarkan sehingga 30% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM3 juta, yang mana lebih rendah 2. Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti dibenarkan sehingga 50% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM 6 juta, yang mana lebih rendah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa / Pengarah Projek yang dinamakan dalam kontrak * Keanggotaan dan Urusetia adalah sama seperti Jawatankuasa APK Peringkat P.P. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KPKR / TKPKR Sektor berkenaan * Keanggotaan dan Urusetia adalah sama seperti Jawatankuasa APK Peringkat KPKR / TKPKR 3. Dalam semua hal lain Ketua Setiausaha Perbendaharaan

LAMPIRAN I KERAJAAN MALAYSIA JKR KKS JABATAN KERJA RAYA (Pin. 1/2008) PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN NILAI TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA NO. A. BUTIR-BUTIR KONTRAK 1. Tajuk Kontrak :........ 2. Nombor Kontrak :. 3. Harga Kontrak Asal :... 4. Tarikh Milik Tapak :. 5. Tarikh Siap Asal :... 6. Tarikh Siap Dilanjutkan :..... 7. Peratus Siap dan Tarikh :...... B. MAKLUMAT MENGENAI KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA Bil. Huraian Kerja Nilai Asal Kuantiti Sementara (RM) Nilai Muktamad * Kuantiti Sementara Yang Dijangkakan (RM) Nilai Bersih Tambahan Yang Dijangkakan (RM) Jumlah.. Pegawai Penguasa/Pengarah Projek/Wakil P.P Tarikh : * Butir-butir pengiraan disertakan KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA Bersetuju/Tidak Bersetuju * dengan nilai bersih tambahan yang dijangkakan bagi pengukuran semula kuantiti sementara. Catatan : Pengerusi Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Peringkat... Tarikh : * Potong jika tidak berkenaan

LAMPIRAN J PANDUAN PELAKSANAAN PERUNTUKAN A.P. 202.2 JADUAL III(d) PENGUKURAN SEMULA KUANTITI SEMENTARA 1.0 Bagi memastikan tidak berlaku perubahan atau tambahan yang besar dalam kerjakerja kuantiti sementara, ciri-ciri kawalan adalah diperlukan di semua peringkat. Oleh itu Peruntukan A.P. 202.2 Jadual III(d) mengenai nilai harga tambahan dan pihak berkuasa meluluskannya hendaklah dipatuhi sepenuhya. 2.0 Semua pegawai yang mengawasi projek adalah dikehendaki membuat penyiasatan dan menyemak semula kuantiti semua kerja yang melibatkan pengukuran semula berdasarkan keadaan sebenar di tapak bina secepat mungkin setelah kerja-kerja fisikal dimulakan oleh Kontraktor. Jika perlu, siasatan semula/pengesahan keadaan tanah atau sebagainya hendaklah dijalankan untuk membolehkan semakan tersebut dibuat dengan ketepatan yang memuaskan. Permohonan untuk kelulusan penambahan nilai pengukuran semula hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa yang berkenaan seperti di Lampiran H, apabila mendapati jumlah nilai muktamad semua kuantiti sementara dijangka melebihi jumlah nilai asal kuantiti sementara dalam Kontrak. 3.0. Nilai tambahan kuantiti sementara yang perlu mendapat kelulusan adalah merupakan satu nilai bersih bagi semua item yang terlibat dengan pengukuran semula kuantiti sementara dan dikemukakan kepada Jawatankuasa yang berkenaan mengikut nilai tambahan yang dijangkakan. Sekiranya selepas Jawatankuasa memberi kelulusan masih terdapat tambahan kepada kerja kuantiti sementara yang tidak dapat dielakkan, kelulusan daripada Jawatankuasa berkenaan mengikut had kuasa yang ditetapkan hendaklah diperolehi. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang JKR - KKS.