Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2 1. (a) Apa itu nilai faedah? Nilai faedah - keupayaan sesuatu barang atau perkhidmatan untuk memuaskan kehendak manusia (b) Terangkan empat jenis nilai faedah pengeluaran dengan contoh sekali? Empat jenis penciptaan nilai faedah Nilai faedah bentuk Nilai faedah tempat Nilai faedah masa Nilai faedah milikan Mengubah bentuk sesuatu keluaran kepada lebih berguna Memindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan Menyimpan barang sehingga diperlukan Pertukaran milik dari seseorang kepada orang lain 2. (a) Apa itu pengeluaran? Pengeluaran aktiviti menghasilkan barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. (b) Nyatakan jenis pengeluaran? Pengeluaran langsung - sara diri. Pengeluaran tak langsung - perlu bantuan pihak lain. Berdasarkan konsep pengkhususan dan pertukaran. (c) Jelaskan faktor pengeluaran? Faktor pengeluaran Buruh Tanah Modal Usahawan usaha manusia secara fizikal / mental bahan mentah / galian / hasil hutan harta benda / sumber kewangan menggabungjalinkan semua faktor pengeluaran (d) Huraikan cabang pengeluaran? Cabang pengeluaran SPMSureSkor.com 1
3. (a) Nyatakan ciri-ciri usahawan? Ciri-ciri usahawan - Kreatif berupaya mencipta - Inovatif boleh mengubah suai - Berani menghadapi risiko - Berkebolehan mengurus - Rajin - Berjimat - Tabah - Berusaha - Bertanggungjawab - Berpandangan jauh - Bijak merebut peluang - Membuat keputusan yang bijak SPMSureSkor.com 2
(b) Nyatakan sumbangan usahawan kepada masyarakat / negara? Peranan usahawan - Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan mencipta barang baru - Menyumbang terhadap pembanggunan ekonomi - Mewujudkan peluang pekerjaan - Meningkatkan taraf hidup masyarakat - Penemuan ciptaan baru dalam bidang teknologi - Menggalakkan pertukaran wang asing (c) Berikan perbezaan di antara peniaga dan usahawan? Perbezaan peniaga dan usahawan Peniaga Menjalankan aktiviti jual beli sahaja Lebih mengutamakan keuntungan Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja Tiada selok-belok perniagaan Usahawan Meliputi penciptaan dan perubahan, pengubahsuaian barang Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dan negara Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas. Menyelidik selok-belok perniagaan 4. (a) Senaraikan perbezaan di antara keperluan dan kehendak? Perbezaan keperluan dan kehendak Keperluan Mesti dipenuhi untuk terus hidup, contohnya makanan, pakaian dan rumah Sama untuk semua orang Tuntutan semulajadi / wajib Mudah dipuaskan Mengikut peringkat Maslow Kehendak Untuk hidup dengan lebih selesa, contohnya kereta, tilam dan TV Berbeza ikut taraf hidup Dari pengalaman Tidak terhad Tiada keutamaan (b) Huraikan Hierarki Keperluan Maslow? Hierarki Keperluan Maslow SPMSureSkor.com 3
Keperluan fisiologi Keperluan sosial Keperluan rohani i. Keperluan asas udara, makan,tidur, rehat, kesihatan ii. Keperluan keselamatan perlindungan,pakaian, tempat tinggal i. Keperluan kasih saying persahabatan, keluarga ii. Keperluan penghargaan pujian dan sanjungan i. Keperluan sempurna kendiri (tahap paling tinggi) agama, capai cita-cita 5. (a) Jelaskan maksud pengkhususan? Pengkhususan - melakukan kerja ikut kemahiran / kebolehan - bagi memenuhi keperluan dan kehendak (b) Huraikan jenis pengkhususan? Pengkhususan mengikut profesion - Kerja berdasarkan pengetahuan, kebolehan, kemahiran - Contoh: guru, doktor, polis Pengkhususan mengikut kawasan - Perbezaan jenis pengeluaran mengikut iklim, sumber dan geografi dalam Negara - Contoh: nanas (Pontian), padi (Kedah), kilang (P.Pinang) Pengkhususan mengikut proses - Pembahagian kerja di kilang - Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses - Contoh: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat Pengkhususan antarabangsa - Perbezaan pengeluaran antara Negara - Contoh: minyak (Brunei), barang elektronik (Jepun) (c) Senaraikan kebaikan dan keburukan pengkhususan? Kelebihan pengkhususan - Menggalakkan pengeluaran besar-besaran / menikmati ekonomi bidangan - Meningkatkan kualiti - Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang - Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin - Meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja - Boleh menumpu pada bidang yang ada kebolehan - Meningkatkan peluang pekerjaan Kekurangan pengkhususan - Kerja sama dan berulang membosankan pekerja / daya pengeluaran merosot - Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran - Tidak kreatif - Susah berpindah ke pekerjaan lain - Kos beli mesin mahal - Saling bergantungan sati proses dengan yang lain - Boleh tergendala jika satu proses terhenti i. Kos latih pekerja mahal ii. Penggangguran meningkat kerana banyak guna mesin SPMSureSkor.com 4
6. (a) Maksud Sistem Barter? Sistem barter ialah pertukaran barang tidak melibatkan mata wang atau orang tengah. (b) Nyatakan masalah Sistem Barter? Masalah sistem barter - Sukar mendapatkan kemahuan serentak - Sukar menentukan nilai pertukaran - Sukar membawa barang (jika saiz besar / banyak) - Sukar membahagikan barang kepada barang kecil - Barang tidak tahan lama perlu ditukar segera (c) Nyatakan kelebihan system barter? Kelebihan sistem barter - Tiada orang tengah - Kedua-dua pihak puas hati - Tiada peningkatan harga kerana tiada mata wang digunakan 7. (a) Terangkan bantuan perniagaan berikut? i. Perbankan ii. Insuran Bantuan perniagaan i. Perbankan * Kemudahan pembayaran - Seperti cek, pindahan kredit * Kemudahan simpan wang - Seperti akaun simpanan, akaun semasa * Beri modal / pembiayaan - Melalui pinjaman / overdraf * Beri khidmat nasihat * Lain-lain perkhidmatan - Pertukaran matawang asing - Cek kembara ii. Insurans - Skim perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan - Seperti kebakaran, kecurian, kemalangan - Bayar premium untuk dapat gantirugi dapat memulihkan kepada kedudukan asal - Memberi keyakinan supaya berani kembang perniagaan - Wujudkan peluang perniagaan - Contoh syarikat insuran: Malaysian Assurance Alliance, Syarikat Takaful Malaysia Bhd. (b) Terangkan bantuan perniagaan berikut? i. Pengangkutan ii. Komunikasi i. Pengangkutan - Bawa barang / tenaga buruh dari tempat yang lebih ke tempat yang kurang bagi selaras permintaan dan penawaran - Stabilkan harga - Edar barang ke merata dunia untuk luas pasaran - Pilihan pengguna banyak - Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah - Galakkan pengeluaran secara besar-besaran - Elakkan pembaziran - Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang SPMSureSkor.com 5
ii. Komunikasi - Hubungi pembekal / pelanggan secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram) - Sampaikan maklumat / pesanan - Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal - Urusniaga cepat melalui teleks, telefon - Agihan tepat pada masanya - Memudahkan promosi melalui TV dan radio untuk meningkatkan jualan / untung - Luaskan pasaran - Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan (c) Terangkan bantuan perniagaan berikut? i. Pengudangan ii. Promosi i. Pergudangan - Pengeluaran besar-besaran berterusan - Simpan bekalan berlebihan supaya bekalan berterusan - Selaraskan permintaan dan penawaran untuk menstabilkan harga - Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang, membungkus. - Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti daging, buah-buahan - Lindungi risiko kecurian / selamat - Gudang berbon mudahkan aktiviti import dan eksport (dengan menangguhkan pembayaran duti) ii. Promosi - Perkenalkan barang / perkhidmatan - Beri maklumat supaya pengguna mudah pilih - Wujudkan permintaan dan pujuk pengguna beli - Tingkatkan daya saing - Didik orang ramai guna barang - Tingkatkan jualan / untung - Tingkatkan imej barang / syarikat - Meluaskan pasaran 8. Nyatakan perkaitan antara pengeluar, perdagangan dan perniagaan? Perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan - Pengeluaran hasilkan barang dan perkhidmatan untuk puaskan kehendak manusia - Pengeluaran libatkan faktor pengeluaran seperti buruh, modal, tanah dan usahawan - Barang perlu agihkan ke pasaran maka ia perlukan perdagangan - Perdagangan ialah proses agih barang dari pengeluar kepada pengguna - Proses agihan dilakukan oleh perniagaan dan bantuan perniagaan - Perniagaan ialah aktiviti jual beli untuk dapat untung - Bantuan perniagaan terdiri daripada bank, promosi, pergudangan, insurans, pengangkutan dan komunikasi - Perniagaan adalah cabang perdagangan - Perdagangan adalah cabang pengeluaran SPMSureSkor.com 6