PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

dokumen-dokumen yang mirip
No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

GARIS PANDUAN PEMBERIAN GERAN KOMPUTER KEPADA STAF AKADEMIK

: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH BORANG TENDER

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1999

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

BORANG PENDAFTARAN PEMBEKAL / KONTRAKTOR. (Sila tandakan ( ) pada kotak berkenaan) / /

BORANG PENDAFTARAN SYARIKAT/PEMBEKAL

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

DASAR PELETAKAN JAWATAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

PTSS PK PS 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PEGAWAI PENGARAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JAWATAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

CARTA ALIR PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

A. MAKLUMAT PERMOHONAN

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

SYNERGY CARDS SDN BHD

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP03

a) Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja. Arahan Kerja Permohonan Arahan Perubahan Kerja Arahan Kerja Permohonan Lanjutan Masa

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

TAKLIMAT KONTRAK SEWAAN PERALATAN KOMPUTER PERIBADI BAGI PROJEK 1GFMAS PTJ NEGERI JOHOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005


Transkripsi:

PK 1.2 KERAJAAN MALAYSIA PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

KANDUNGAN PK 1.2 PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN 1. Pendahuluan... 2 2. Latar Belakang... 2 3. Mekanisme Pelaksanaan Program SL1M Dalam Perolehan Kerajaan Semasa... 4 3.1 Program SL1M dalam perolehan Kerajaan hendaklah dilaksanakan ke atas kontrak sedia ada yang sedang berkuat kuasa (post-award) dan bagi kontrak baharu (pre-award) mengikut tatacara pelaksanaan seperti berikut:... 4 3.1.1 Kontrak Yang Sedang Berkuat Kuasa (Post-Award)... 4 3.1.2 Perolehan Yang Belum Dikeluarkan Surat Setuju Terima (Pre-Award)... 5 4. Mekanisme Pelaksanaan Program SL1M Bagi Perolehan Baharu... 5 5. Pertimbangan Pihak Berkuasa Melulus Berkaitan Program SL1M Bagi Perolehan Kerajaan... 6 6. Tanggungjawab Agensi... 6 7. Rujukan... 7 8. Tarikh Kuat Kuasa... 7 M.S. 1/14

PK 1.2 PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN 1. Pendahuluan 1.1. Kerajaan telah memutuskan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dijadikan sebagai salah satu syarat untuk ditawarkan kontrak perolehan Kerajaan termasuk pelanjutan kontrak. 1.2. Langkah Kerajaan memperluaskan pelaksanaan program SL1M melalui perolehan Kerajaan adalah selaras dengan dasar sedia ada sebagai satu medium untuk membangunkan negara (a tool for nation building). 1.3. Program SL1M adalah satu program yang bertujuan membantu graduan menganggur membangunkan keupayaan diri secara mempersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan potensi diri dan peluang kebolehpasaran graduan. 2. Latar Belakang 2.1 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2017 telah memutuskan seperti berikut: i. kontrak perolehan Kerajaan sebagai mekanisme peluasan pelaksanaan program SL1M; ii. syarikat/kontraktor/perunding (syarikat) yang telah memperoleh kontrak perolehan Kerajaan (bekalan, perkhidmatan dan kerja) daripada agensi Kerajaan termasuk Badan Berkanun Persekutuan, Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) diwajibkan untuk melaksanakan program SL1M dengan penetapan nilai ambang (threshold value) berdasarkan sektor yang telah dikenal pasti seperti berikut: M.S. 2/14

Bil. Sektor Nilai Ambang 1 Pembinaan RM10 juta 2 Perkhidmatan Penyelenggaraan Bangunan/Infrastruktur/Jalan RM5 juta 3 Teknologi Informasi dan Komunikasi RM10 juta 4 Perkhidmatan Perundingan RM5 juta 5 Perubatan dan Farmasi RM10 juta 6 Perkhidmatan Sokongan Kesihatan RM10 juta 7 Perkhidmatan Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih RM10 juta 8 Pengangkutan dan Logistik RM10 juta 9 Pertahanan Strategik RM10 juta 10 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan RM4 juta 11 Sektor Lain RM10 juta iii. syarikat hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 1% daripada nilai kontrak bagi melaksanakan program SL1M; iv. syarikat yang mendapat kontrak Kerajaan di bawah nilai ambang digalakkan untuk melaksanakan program SL1M, namun tidak tertakluk kepada penetapan 1% daripada nilai kontrak keseluruhan; v. penetapan bilangan minimum peserta SL1M bagi sesuatu kontrak hendaklah dikira berdasarkan formula berikut: 1% X Kos keseluruhan projek/perolehan RM18,000* * Elaun SL1M sebanyak RM1,500 X 12 bulan vi. program SL1M dijadikan sebagai salah satu kriteria dalam mempertimbangkan sesuatu perolehan dan pelanjutan kontrak; M.S. 3/14

vii. viii. Sekretariat SL1M, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) diberi tanggungjawab untuk mengawal selia, melapor dan memantau pelaksanaan program SL1M berkaitan kontrak perolehan Kerajaan termasuk memaparkan senarai syarikat yang gagal melaksanakan program SL1M; dan mekanisme ini boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam pelaksanaan perolehan di bawah kawal selia masing-masing. 3. Mekanisme Pelaksanaan Program SL1M Dalam Perolehan Kerajaan Semasa 3.1 Program SL1M dalam perolehan Kerajaan hendaklah dilaksanakan ke atas kontrak sedia ada yang sedang berkuat kuasa (post-award) dan bagi kontrak baharu (pre-award) mengikut tatacara pelaksanaan seperti berikut: 3.1.1 Kontrak Yang Sedang Berkuat Kuasa (Post-Award) i. syarikat yang mempunyai kontrak yang sedang berkuat kuasa hendaklah melaksanakan program SL1M. Agensi hendaklah menyemak kontrak sedia ada yang berkuat kuasa dan sekiranya kontrak tersebut melebihi nilai ambang, Agensi dikehendaki memaklumkan syarikat untuk melaksanakan program SL1M. Format surat pemakluman adalah seperti di Lampiran A; ii. iii. iv. bagi kontrak bermasa yang sedang berkuat kuasa, program SL1M perlu dilaksanakan sekiranya baki tempoh kontrak melebihi 12 bulan dari tarikh pekeliling ini berkuat kuasa; kontrak tambahan (supplementary agreement) perlu disediakan oleh Agensi dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan dan syarikat yang terlibat; dan program SL1M adalah digalakkan untuk dilaksanakan oleh syarikat walaupun tempoh kontrak kurang daripada 12 bulan dan perolehan secara one-off tanpa mengira had nilai. Syarikat boleh menyempurnakan program SL1M bagi mendapatkan sijil pengesahan penyertaan SL1M untuk pertimbangan perolehan Kerajaan pada masa hadapan. M.S. 4/14

3.1.2 Perolehan Yang Belum Dikeluarkan Surat Setuju Terima (Pre-Award) i. keperluan untuk melaksanakan program SL1M oleh syarikat hendaklah dinyatakan dalam Surat Setuju Terima dan/atau kontrak bagi perolehan baharu (preaward) yang dikeluarkan selepas pekeliling ini berkuat kuasa. Bagi tujuan ini, Surat Setuju Terima perlu dimasukkan klausa keperluan melaksanakan program SL1M seperti di Lampiran B dan perlu disemak oleh Bahagian Undang-Undang Agensi. ii. iii. iv. Agensi adalah dikehendaki untuk mengemukakan salinan Surat Setuju Terima berdasarkan had nilai ambang yang ditetapkan kepada Sekretariat SL1M bagi tujuan rekod dan audit pematuhan; syarikat hendaklah diarahkan untuk merujuk kepada Sekretariat SL1M dengan serta merta bagi melaksanakan program SL1M setelah Surat Setuju Terima diterima; dan sekiranya syarikat ditawarkan lebih daripada satu kontrak perolehan, maka program SL1M perlu dilaksanakan bagi setiap kontrak. 4. Mekanisme Pelaksanaan Program SL1M Bagi Perolehan Baharu 4.1 Selaras dengan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan program SL1M dalam perolehan tender Kerajaan, Agensi hendaklah menyatakan dalam dokumen pelawaan tender seperti berikut: i. syarikat adalah diwajibkan untuk melaksanakan program SL1M dalam semua perolehan berdasarkan had nilai ambang yang ditetapkan; ii. iii. penglibatan syarikat dalam program SL1M akan dijadikan sebagai salah satu kriteria dalam penilaian tender. Agensi perlu mensyaratkan syarikat untuk mengemukakan sijil atau surat pengesahan daripada Sekretariat SL1M bersama tawarannya jika syarikat pernah melaksanakan program SL1M bagi sesuatu kontrak perolehan Kerajaan; syarikat perlu mengemas kini penglibatan dalam program SL1M di profil pengalaman dalam sistem eperolehan di Kementerian Kewangan atau Lembaga M.S. 5/14

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mana berkaitan; iv. pelaksanaan program SL1M hendaklah dimulakan dalam tempoh kontrak dan boleh dilaksanakan secara berperingkat sehingga memenuhi jumlah minimum peserta SL1M yang ditetapkan; v. program SL1M perlu dilaksanakan untuk tender tempatan dan tender antarabangsa; vi. Agensi hendaklah mensyaratkan syarikat untuk menandatangani Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program SL1M seperti di Lampiran C sebagai dokumen wajib dan hendaklah disertakan bersama tawaran syarikat. Agensi juga hendaklah memastikan Arahan Kepada Penyebut Harga/ Petender seperti di Lampiran D dalam semua dokumen pelawaan; vii. syarikat yang mengemukakan sijil atau surat pengesahan daripada Sekretariat SL1M, akan diberi keutamaan tidak kira sama ada program SL1M dilaksanakan bagi perolehan Kerajaan atau program SL1M dilaksanakan oleh inisiatif syarikat sendiri; dan viii. syarikat hendaklah diingatkan bahawa kegagalan melaksanakan program SL1M boleh menyebabkan mereka tidak akan dipertimbangkan untuk kontrak baharu atau kontrak semasa tidak akan dilanjutkan. 5. Pertimbangan Pihak Berkuasa Melulus Berkaitan Program SL1M Bagi Perolehan Kerajaan 5.1 Pihak Berkuasa Melulus semasa membuat pertimbangan sesuatu tender hendaklah mengambil kira penglibatan syarikat di dalam program SL1M sebagai kriteria penganugerahan mulai 1 Januari 2018. Sementara itu, Pihak Berkuasa Melulus hendaklah membuat pertimbangan tender berdasarkan peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. 6. Tanggungjawab Agensi 6.1 Sebagai langkah menjayakan dasar pelaksanaan SL1M dalam perolehan Kerajaan, Agensi adalah bertanggungjawab memastikan syarikat yang mendapat kontrak Kerajaan melaksanakan program SL1M berdasarkan had nilai ambang dan sektor. M.S. 6/14

6.2 Agensi juga hendaklah menyemak profil pengalaman dalam sistem eperolehan di Kementerian Kewangan atau CIDB atau melalui semakan dengan Sekretariat SL1M. 6.3 Agensi hendaklah mengarahkan syarikat yang layak melaksanakan SL1M untuk merujuk kepada Sekretariat SL1M dengan serta merta bagi melaksanakan program SL1M. 7. Rujukan 7.1 Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program SL1M, Agensi termasuk syarikat/kontraktor/perunding boleh menghubungi: Ketua Sekretariat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Kompleks B, Blok B5, Aras 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya No. Tel: 03-8872 5310/5291/5336/5337/3379/3386/3387/3388/ 3390/3393 Faks : 03-8888 3857 E-mel : sl1m@epu.gov.my Laman sesawang : https://sl1m.my/ 8. Tarikh Kuat Kuasa 8.1 Peraturan ini berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2017. M.S. 7/14

LAMPIRAN M.S. 8/14

LAMPIRAN A CONTOH SURAT PEMAKLUMAN KEPADA SYARIKAT Tarikh: <Nama Syarikat dan Alamat> Tuan, PEMAKLUMAN MENGENAI ARAHAN MELAKSANAKAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN BAGI PEROLEHAN SEPERTI BERIKUT: < TAJUK PEROLEHAN> NILAI KONTRAK/PEROLEHAN: Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada Surat Setuju Terima yang ditandatangani oleh pihak tuan bertarikh... 2. Sebagai makluman, Kerajaan telah membuat keputusan bahawa program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dijadikan sebagai salah satu syarat untuk ditawarkan kontrak perolehan Kerajaan termasuk pelanjutan kontrak berdasarkan nilai ambang (threshold value) dan sektor. Berikutan itu, berdasarkan nilai kontrak dan sektor, syarikat tuan adalah tertakluk untuk melaksanakan program SL1M. 3. Bagi melaksanakan arahan ini, tuan adalah perlu mengambil perhatian mengenai perkara seperti berikut: i. syarikat hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 1% daripada nilai kontrak bagi melaksanakan program SL1M. Nilai 1% ini akan menentukan bilangan peserta SL1M yang perlu diterima. Jumlah peserta SL1M yang perlu diambil oleh pihak tuan adalah sebanyak orang; ii. iii. kontrak tambahan (supplementary agreement) akan disediakan dan perlu ditandatangani oleh syarikat tuan; syarikat yang melaksanakan program SL1M adalah layak menuntut pelepasan cukai berganda (double tax deduction) setelah menyempurnakan program SL1M sekurang-kurangnya 8 bulan tertakluk pengesahan Sekretariat SL1M. Sekretariat SL1M akan mengeluarkan sijil atau surat pengesahan kepada syarikat yang telah melaksanakan sepenuhnya program SL1M; M.S. 9/14

iv. syarikat perlu mengemas kini penglibatan dalam program SL1M di profail pengalaman dalam sistem eperolehan di Kementerian Kewangan atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mana berkaitan; v. pelaksanaan program SL1M hendaklah dilaksanakan dalam tempoh kontrak dan boleh dilaksanakan secara berperingkat sehingga memenuhi jumlah minimum peserta SL1M yang ditetapkan dalam tempoh kontrak; vi. vii. syarikat perlu mengemukakan laporan pelaksanaan SL1M kepada Sekretariat SL1M dan Sekretariat SL1M adalah bertanggungjawab untuk mengawal selia, melapor dan memantau pelaksanaan program SL1M termasuk memaparkan nama syarikat yang gagal melaksanakan program SL1M di laman sesawang Sekretariat SL1M; kegagalan syarikat untuk melaksanakan program SL1M boleh menyebabkan syarikat tidak akan dipertimbangkan untuk kontrak baharu atau kontrak semasa tidak akan dilanjutkan; dan viii. syarikat boleh merujuk kepada Sekretariat SL1M untuk melaksanakan program SL1M seperti berikut: Sekian, terima kasih. Ketua Sekretariat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Kompleks B, Blok B5, Aras 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya No. Tel: 03-8872 5310/5291/5336/5337/3379/3386/3387/3388/ 3390/3393 Faks : 03-8888 3857 Emel : sl1m@epu.gov.my Laman sesawang : https://sl1m.my/ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (Tanda Tangan Pegawai) Nama Penuh :... Nama Jawatan:... M.S. 10/14

CONTOH KLAUSA KEPERLUAN MELAKSANAKAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM SURAT SETUJU TERIMA (SST) LAMPIRAN B 1. Semua Agensi adalah dikehendaki memasukkan syarat untuk melaksanakan program SL1M dalam Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan mulai tarikh Pekeliling ini berkuat kuasa. Contoh klausa yang perlu dimasukkan dalam SST seperti berikut: i. syarikat adalah diwajibkan untuk melaksanakan program SL1M dalam perolehan ini berdasarkan had nilai ambang yang ditetapkan seperti berikut; a. 1% X Kos keseluruhan projek/perolehan RM18,000* * Elaun SL1M sebanyak RM1,500 X 12 bulan b. Bilangan minimum peserta SL1M:... orang ii. iii. syarikat perlu mengemas kini penglibatan dalam program SL1M di profil pengalaman di sistem eperolehan di Kementerian Kewangan atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mana berkaitan; pelaksanaan program SL1M hendaklah mula dilaksanakan serta merta mulai tarikh SST ditandatangani oleh syarikat; iv. syarikat hendaklah menandatangani Surat Akuan Untuk Melaksanakan Program SL1M seperti di Lampiran C semasa mengembalikan SST yang telah ditandatangani; v. syarikat dikehendaki mengemukakan sijil atau surat pengesahan daripada Sekretariat SL1M kepada Agensi sebaik sahaja selepas melaksanakan program SL1M; dan vi. kegagalan syarikat untuk melaksanakan program SL1M boleh menyebabkan syarikat dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa. M.S. 11/14

Kepada (Agensi) SURAT AKUAN PEMBIDA UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)...... Sebut Harga/Tender : (Tajuk) LAMPIRAN C...... Saya... nombor kad pengenalan... yang mewakili syarikat... nombor pendaftaran... (*MOF/CIDB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya akan melaksanakan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) jika dipilih untuk sebut harga/tender ini mengikut had nilai ambang (threshold value) dan bilangan minimum peserta program SL1M seperti yang ditetapkan di dalam syarat sebut harga/tender. 2. Sekiranya saya tidak melaksanakan program SL1M mengikut had nilai ambang (threshold value) dan bilangan minimum peserta setelah dipilih untuk sebut harga/tender ini, maka Kerajaan boleh mengambil tindakan ke atas syarikat saya berdasarkan syarat/klausa kontrak dan syarikat saya mungkin tidak akan dipertimbangkan untuk sebut harga/tender perolehan kerajaan pada masa yang akan datang. Yang Benar,... (Nama dan No. Kad Pengenalan) Cop Syarikat: Catatan : i) *Potong mana yang tidak berkaitan ii) Surat Akuan ini hendaklah ditandatangani oleh hanya penama di sijil pendaftaran MOF/CIDB M.S. 12/14

LAMPIRAN D ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA/PETENDER PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN 1. Penyebut harga/petender adalah dikehendaki melaksanakan program SL1M dalam perolehan Kerajaan mengikut had nilai ambang (threshold value) dan sektor seperti berikut: Bil. Sektor Nilai Ambang 1 Pembinaan RM10 juta 2 Perkhidmatan Penyelenggaraan Bangunan/Infrastruktur/jalan RM5 juta 3 Teknologi Informasi dan Komunikasi RM10 juta 4 Perkhidmatan Perundingan RM5 juta 5 Perubatan dan Farmasi RM10 juta 6 Perkhidmatan Sokongan Kesihatan RM10 juta 7 Perkhidmatan Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih RM10 juta 8 Pengangkutan dan logistik RM10 juta 9 Pertahanan Strategik RM10 juta 10 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan RM4 juta 11 Sektor Lain RM10 juta 1% X Kos keseluruhan projek/perolehan RM18,000* * Elaun SL1M sebanyak RM1,500 X 12 bulan M.S. 13/14

2. Penyebut harga/petender adalah wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia seperti di Lampiran C bersama dengan Dokumen Tawaran Tender/Sebut Harga. 3. Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian sebut harga/tender. Sekiranya pembida gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut yang telah ditandatangani oleh penama di sijil *MOF/CIDB, pembida tersebut akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian (gagal mengemukakan dokumen wajib) dan penilaian seterusnya tidak akan dilaksanakan. 4. Kontraktor yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia seperti di Lampiran C beserta dengan Surat Setuju Terima yang telah ditandatangani di mana kontraktor bersetuju melaksanakan program SL1M. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Dokumen Kontrak Sebut Harga/Tender. M.S. 14/14