TERMA DAN SYARAT. Bahagian A: Peraturan Umum. 1. Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut ;

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

1.5 Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom

Polisi Privasi. Pengenalan

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Terma Penggunaan I. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAMI SILA BERSABAR DENGAN KAMI

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Jika anda tidak ingin bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik TIDAK TERIMA dan dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut:

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Fasal-fasal yang dipinda

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

AGRONetBIZ Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Perbankan Internet Perniagaan

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

SELFIE & HASHTAG #COMFORTHIJABI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA & SYARAT PERADUAN

(c) pihak-pihak pemberi cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang untuk menyediakan jaminan berkenaan dengan Perkhidmatan pengiriman wang;

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Perjanjian rakan kongsi

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

PROGRAM KEAHLIAN KESETIAAN BIG TERMA DAN SYARAT

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

5) Dasar Pembatalan Perkakasan 6) Lesen, Hakcipta & Kerahsiaan

6. Perihal Perkhidmatan Laman ini adalah satu platform pengguna atas talian yang boleh digunakan secara percuma untuk mendapat pembiayaan peribadi.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Peraduan Kata Buddyz Terma & Syarat

Transkripsi:

TERMA DAN SYARAT Bahagian A: Peraturan Umum 1. Pengenalan Terma dan syarat ini ( Terma ) merupakan terma antara Pengguna Akhir, Penasihat Perniagaan dan/atau Pemberi ( anda ), dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC, kami ). Dalam menggunakan Portal kami, anda dinasihatkan supaya membaca Terma ini dengan cermat kerana ia memberi kesan terhadap hak dan liabiliti anda di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma ini, anda tidak seharusnya menggunakan Portal ini. 2. Definisi dan Tafsiran 2.1 Definisi Istilah berikut mempunyai maksud seperti yang berikut: (c) (d) (e) CGC ertinya Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (No. Syarikat 12441-M) yang mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 14, Bangunan CGC, Kelana Business Centre, 97, Jalan SS7/2, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan; Hak Harta Intelek merangkumi mana-mana paten, hakcipta, reka bentuk yang didaftarkan, tanda perdagangan, hak dalam reka bentuk, tanda perkhidmatan, hak di bawah lesen atau hak perindustrian atau harta intelek yang lain, sama ada mana-mana yang tersebut adalah berdaftar atau tidak berdaftar dan termasuk permohonan bagi pendaftaran mana-mana yang tersebut dan semua bentuk perlindungan yang serupa atau mempunyai kesan yang sama yang mungkin wujud di Malaysia dan/atau di mana sahaja di dunia; Penasihat Perniagaan ertinya mana-mana pengguna Portal yang mengakses atau menggunakan Portal bagi tujuan menawarkan Perkhidmatan Nasihat kepada Pengguna Akhir; Pengguna Akhir ertinya mana-mana pengguna Portal yang mengakses atau menggunakan Portal bagi tujuan mencari, memohon atau memperolehi Produk; Pemberi ertinya mana-mana pengguna Portal yang mengakses atau menggunakan Portal bagi tujuan menawarkan, meluluskan, mengeluarkan atau memberikan Produk; (f) Perkhidmatan Nasihat ertinya perniagaan nasihat, diagnostik, perkhidmatan kejurulatihan dan pelbagai program

yang ditawarkan kepada Pengguna Akhir yang memohon Produk; (g) (h) Portal ertinya imsme, suatu platform dalam talian yang memadankan keperluan perniagaan SME dan profil dengan Produk yang berkenaan; dan Produk ertinya pinjaman, pembiayaan, geran dan/atau skim yang ditawarkan atau disediakan oleh Pemberi melalui Portal. 2.2 Tafsiran Dalam Terma ini, tajuk dan cetakan tebal adalah bertujuan untuk memudahkan dan tidak sama-sekali menjejaskan tafsiran, dan melainkan jika konteks menghendaki sebaliknya: (c) (d) (e) perkataan tunggal dianggap sebagai merangkumi jamak dan sebaliknya; perkataan yang digunakan untuk mewakili satu jantina dianggap sebagai merangkumi jantina yang lain; rujukan kepada suatu pihak merangkumi pelaksana, pentadbir, pengganti dan serahhak yang dibenarkan pihak tersebut; rujukan kepada suatu hak merangkumi remedi, kuasa, autoriti, budi bicara atau faedah; rujukan kepada perundangan merangkumi apa-apa pindaan kepada perundangan tersebut, apa-apa penyatuan atau penggantinya, dan apa-apa perundangan subordinat yang dibuat di bawahnya dan apa-apa kaedah, peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan di bawah perundangan tersebut atau perundangan subsidiari; (f) rujukan kepada suatu dokumen, termasuk Terma ini, merangkumi apa-apa pindaaan atau tambahan kepada, atau gantian atau novasi terhadap dokumen tersebut, mengikut manamana yang berkenaan; (g) (h) sekiranya suatu perkataan atau frasa ditakrifkan, apa-apa bentuk tatabahasa perkataan atau frasa tersebut akan mempunyai maksud yang sama; dan contoh-contoh yang digunapakai adalah deskriptif semata-mata dan tidak sepenuhnya dan muktamad. 3. Kesan

3.1 Dengan terus melayari dan menggunakan Portal ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma ini. 3.2 Kami berhak mengubah, mengubahsuai, menambah atau mengeluarkan Terma ini atau sebahagian daripadanya, pada bila-bila masa. Perubahan akan berkesan apabila dipaparkan di Portal. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh anda akibat kegagalan anda untuk memahami Terma yang dipinda. Anda dianggap telah bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma ini sekiranya anda terus menggunakan Portal ini selepas pindaan Terma ini dipaparkan. 3.3 Anda hendaklah mematuhi Terma ini dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerugian dan kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran atau kegagalan anda untuk mematuhi Terma ini. 4. Hak untuk Mengguna 4.1 Anda menjamin dan berjanji untuk tidak: menyusun semula, menterbalikatur, mengenyahhimpun, atau menyalin kesemua atau mana-mana bahagian Portal atau isi kandungannya (dan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama); melanggar mana-mana Hak Harta Intelek yang berkaitan dengan mana-mana harta intelek yang boleh diakses di dalam atau melalui Portal; (c) memberi maklumat atau isi kandungan yang palsu, mengelirukan, mempunyai unsur fraud, menyalahi undangundang, mengancam, lucah, mempunyai unsur kebencian atau mengandungi fitnah; (d) (e) (f) menggunakan Portal untuk mengumpul data peribadi pihak lain bagi tujuan mengeluarkan komunikasi yang tidak diminta (unsolicited communications); menggunakan Portal dalam apa cara sekalipun yang akan merosakkan atau menjejaskannya; atau memuat naik sebarang virus ke dalam Portal. 4.2 Sekiranya anda memberi kami maklumat tentang orang lain, sebagai contoh, maklumat peribadi pengarah, pemegang saham atau pekerja syarikat anda, anda menjamin dan memberi representasi bahawa: anda telah memperolehi persetujuan orang tersebut untuk kami memproses data peribadinya; dan

anda telah memberikan Notis Perlindungan Data Peribadi CGC kepada orang teresebut. 4.3 Anda adalah bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap segala penggunaan Portal. 4.4 Anda bersetuju bahawa pihak kami tidak mempunyai apa-apa obligasi untuk menerima, menyemak, memantau, atau menyelenggara sebarang kandungan yang disediakan oleh anda atau mana-mana pihak lain. 5. Sekatan 5.1 Dengan menggunakan Portal, anda secara nyata memberi representasi dan menjamin bahawa anda berhak secara sah dan mempunyai keupayaan untuk menerima dan bersetuju dengan Terma ini. 5.2 Anda bertanggungjawab atas penggunaan Portal termasuklah untuk mendapatkan akses rangkaian data yang diperlukan untuk menggunakan Portal. Caj penggunaan data rangkaian anda dan/atau fi pemesejan boleh dikenakan dalam menggunakan Portal dan anda akan bertanggungjawab ke atas caj dan fi tersebut. 5.3 Anda menggunakan Portal di atas risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan kepada, atau virus atau kod lain yang boleh menjejaskan apa-apa perkakasan atau peranti, perisian, data atau harta lain disebabkan akses atau penggunaan Portal oleh pihak anda. 5.4 Anda hanya boleh mengakses Portal dengan menggunakan cara yang dibenarkan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa dan memastikan bahawa anda telah memuat turun dan/atau mengemas kini perisian yang betul untuk perkakasan dan peranti yang digunakan untuk mengakses Portal. Kami tidak menjamin bahawa Portal, atau manamana bahagian Portal, akan berfungsi pada sebarang perkakasan atau peranti tertentu. Kami tidak bertanggungjawab jika anda tidak mempunyai perkakasan atau peranti yang serasi atau jika anda telah memuat turun versi salah perisian pada perkakasan atau peranti anda. Kami berhak untuk tidak membenarkan anda menggunakan Portal sekiranya anda menggunakan Portal dengan perkakasan atau peranti yang tidak sesuai atau tidak sah, atau bagi tujuan selain daripada tujuan yang dimaksudkan atau dibenarkan. 5.5 Anda hendaklah menggunakan Portal mengikut dan selari dengan manamana arahan untuk penggunaan Portal yang kami keluarkan dari semasa ke semasa, Terma ini dan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia pada masa yang berkenaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 5.6 Anda dilarang menggunakan Portal dengan apa jua cara bagi tujuan:

penipuan, jenayah atau perkara yang menyalahi undang-undang; menyebarkan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan; (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) perkara yang mungkin lucah, tidak senonoh, mengandungi unsur pornografi, mengandungi perkataan kesat atau kotor, rasis, seksis, mendiskriminasi, menyakitkan hati, menghina, berbahaya, menganggu, mengancam, memalukan, berniat jahat, kasar, berunsur kebencian, mengancam, memfitnah, tidak benar atau berunsur politik; menyamar sebagai orang lain atau badan yang lain atau memberi gambaran yang salah tentang hubungan dengan mana-mana orang atau badan; mengganggu Pengguna Akhir atau Pemberi lain; yang boleh memungkiri atau melanggar Hak Harta Intelek mana-mana pihak ketiga; yang mungkin bertentangan dengan kepentingan kami; yang bertentangan dengan mana-mana peraturan atau kehendak tertentu yang telah kami tetapkan di Portal berhubung dengan bahagian tertentu Portal dan/atau berhubung dengan Portal secara amnya; memperkenalkan virus komputer dan/atau rutin pengaturcaraan komputer lain seperti apa-apa virus, malware, e-mel yang tidak diminta (unsolicited e-mails), Trojan horses, trap doors, back doors, worms, time bombs or cancelbots yang boleh merosakkan, menjejaskan, memintas secara rahsia atau merampas mana-mana sistem, data atau maklumat peribadi yang berkaitan dengan atau terkandung dalam Portal; mewujudkan liabiliti untuk kami atau menyebabkan kami kehilangan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, perkhidmatan penyedia perkhidmatan internet kami atau pembekal lain; atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan di Malaysia. 5.7 Kami berhak untuk membuang mana-mana maklumat yang disiarkan di dalam Portal (jika ada) yang kami anggap sebagai melanggari kehendakkehendak di atas, mengikut budi bicara kami.

6. Kesediaan dan Ketepatan 6.1 Kami berusaha untuk menjadikan Portal tersedia dua puluh empat (24) jam sehari, namun kami tidak boleh dipertanggungjawabkan jika atas apa jua sebab Portal tidak tersedia pada bila-bila masa atau untuk sebarang tempoh. Kami tidak memberi jaminan atau menjamin bahawa akses anda ke Portal tidak akan terganggu atau bebas daripada kesilapan. 6.2 Akses ke Portal boleh digantung atau ditarik balik secara sementara atau selama-lamanya pada bila-bila masa dan tanpa notis jika tindakan sedemikian dianggap perlu oleh kami. Kami mungkin menggantung sementara penyediaan Portal disebabkan pembaikan, penyelenggaraan, pemeriksaan, penggantian, kerosakan kemudahan komunikasi atau pengenalan kemudahan dan fungsi baru. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa ganti rugi atau kerugian yang anda atau pihak ketiga mungkin alami akibat penggantungan sementara atau kekal Portal. 6.3 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tiada jaminan atau representasi, nyata atau tersirat, diberikan bahawa maklumat yang diberikan atau disediakan kepada anda melalui Portal adalah lengkap, tepat, terkini atau sesuai untuk tujuan tertentu. Kami tidak membuat representasi dan tidak menerima sebarang liabiliti untuk apa-apa kesilapan, ketinggalan atau salah nyata berkenaan dengan maklumat yang diberikan atau disediakan kepada anda melalui Portal. 7. Kerahsiaan Portal ini membolehkan anda mengakses atau melihat maklumat yang bersifat rahsia, sama ada maklumat tersebut dinyatakan sebagai rahsia atau tidak. Maklumat tersebut mungkin berkaitan dengan kami atau pihak lain. Sekiranya anda dapat mengakses atau melihat maklumat tersebut, anda menjamin dan memberi representasi bahawa melainkan jika pendedahan tersebut disediakan dengan jelas di bawah Terma ini, anda tidak akan dan tidak akan membenarkan pihak lain untuk mendedahkan atau mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan pemilik maklumat tersebut. Namun, anda boleh mendedahkan maklumat tersebut sekiranya: maklumat tersebut sudah berada dalam domain awam selain daripada melalui pendedahan anda; maklumat tersesbut telah diperolehi secara sah atau diperolehi daripada pihak ketiga yang mempunyai hak yang sah dan bebas untuk mendedahkannya; atau (c) pendedahan maklumat tersbut dikehendaki oleh undang-undang. 8. Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial 8.1 Portal mungkin mengandungi pautan dan/atau rujukan kepada laman web dan platform media sosial lain ("Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial"). Ini mungkin merangkumi pengiklanan yang berasal dari Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial. Sekiranya Portal merangkumi sebarang pengiklanan seperti itu, kami tidak bertanggungjawab ke atas kesahihan atau sebarang kesilapan atau

ketidaktepatan dalam bahan pengiklan atau untuk tindakan atau peninggalan pengiklan. 8.2 Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial tidak disiasat, dipantau atau diperiksa untuk ketepatan atau kesempurnaan oleh kami. 8.3 Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap isi kandungan, ketepatan dan/atau pendapat yang dinyatakan dalam Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial. Kemasukan atau rujukan ke Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial tidak bermakna kelulusan atau pengendorsan daripada pihak kami. 8.4 Sekiranya anda membuat keputusan untuk meninggalkan Portal dan mengakses Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial, anda melakukannya atas risiko anda sendiri. 9. Hak Harta Intelek Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara nyata dalam Terma ini, tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini yang dianggap sebagai memberi kepada anda atau kepada pihak ketiga apa-apa lesen atau hak, secara implikasi, estoppel atau sebaliknya, di bawah mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah termasuk, yang berkaitan dengan Hak Harta Intelek. Anda bersetuju bahawa semua harta intelek yang muncul di dalam Portal adalah hak milik pemilik masing-masing. Anda tidak boleh menggunakan, menyalin, menghantar, mengedar atau menyiarkan apa-apa karya termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, gambar, video dan kandungan lain yang terdapat di dalam Portal tanpa kebenaran pemilik masing-masing. 10. Kenyataan Penafian 10.1 Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit atau punitif, walau bagaimana ia timbul termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kerosakan berkaitan dengan kehilangan masa, pendapatan, hasil, keuntungan, goodwill atau item lain yang serupa atau sebarang gangguan perniagaan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan untuk menghilangkan atau kelewatan dalam menghilangkan sebarang kandungan atau maklumat yang salah, menyalahi undang-undang atau berbahaya daripada Portal.Walau apa pun peruntukan lain dalam Terma ini, anda bersetuju bahawa Portal dan mana-mana dan semua kandungan, elemen, kemudahan atau keupayaannya yang berkaitan, disediakan berdasarkan "as-is", dan atas risiko anda sendiri. Kami dengan jelas menafikan sebarang jaminan nyata dan tersirat, termasuk dan tidak terhad kepada, kesempurnaan atau ketepatan mana-mana maklumat yang diberikan atau disediakan kepada anda melalui Portal. Kami tidak menjamin bahawa Portal dan mana-mana kandungan, elemen, kemudahan atau keupayaan yang berkaitan akan bebas daripada gangguan atau kesilapan, bawaha kecacatan akan diperbetulkan, atau bahawa peralatan dan perisian yang menjadikan Portal tersedia adalah bebas daripada virus atau lain-lain komponen berbahaya.

10.2 Sebarang liabiliti atau risiko yang berkaitan dengan transaksi yang anda lakukan akan ditanggung oleh anda. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian, kerosakan atau liabiliti yang ditanggung oleh anda yang timbul daripada transaksi tersebut. 10.3 Kami tidak mengesyorkan atau mencadangkan, bukan merupakan ejen, dan tidak mempunyai kawalan ke atas Produk atau Perkhidmatan Nasihat dan dengan ini kami dengan jelas menafikan semua liabiliti dan tanggungjawab yang timbul berhubung dengan mana-mana Produk dan/atau Perkhidmatan Nasihat. 11. Indemniti Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan membela dan melindungi kami daripada semua tuntutan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang bersifat apa pun (termasuk kos atas semua indemniti) yang mungkin dikenakan atau yang mungkin diberikan kepada kami dan yang timbul daripada penggunaan Portal oleh pihak anda atau daripada apa-apa pelanggaran waranti atau representasi yang diberikan oleh anda dalam Terma ini. Indemniti ini tidak tertakluk kepada apa-apa batasan liabiliti dan termasuk tanpa batasan, kos dan perbelanjaan termasuklah fi profesional yang ditanggung dalam bertindak balas terhadap menangani tuntutan yang dibuat tanpa mengira sama ada prosiding telah dimulakan. Bahagian B: Penggunaan oleh Pengguna Akhir 12. Penggunaan Portal oleh Pengguna Akhir 12.1 Sebagai seorang Pengguna Akhir, anda mungkin dikehendaki untuk memberi maklumat tertentu, termasuklah maklumat peribadi bagi tujuan Produk dan/atau Perkhidmatan Nasihat ( Maklumat ). 12.2 Anda bersetuju bahawa dengan memberi Maklumat tersebut melalui Portal, anda telah memberi kebenaran untuk Maklumat tersebut diberi kepada: Pemberi bagi tujuan penilaian, kelulusan, pengeluaran atau pemberian Produk; dan Penasihat Perniagaan bagi tujuan penawaran Perkhidmatan Nasihat kepada anda. Bahagian C: Pelbagai 13. Terma ini akan akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan kesemua pihak berkaitan bersetuju untuk berserah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. 14. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan sebaliknya dengan nyata di sini, tiada peruntukan Terma ini, nyata atau tersirat, dimaksudkan atau akan dianggap

sebagai memberi hak, remedi, atau manfaat lain kepada pihak ketiga di bawah atau oleh sebab Terma ini. 15. Anda tidak boleh menggunakan atau merujuk kepada nama atau logo kami, atau merujuk kepada kami dengan apa jua cara: (c) dalam apa-apa komunikasi kepada orang awam, termasuk komunikasi kepada pihak akhbar; untuk tujuan pengiklanan atau promosi; atau bagi maksud memaklumkan atau mempengaruhi mana-mana pihak ketiga, tanpa keizinan bertulis daripada kami terlebih dahulu. 16. Terma ini akan mengikat dan memihak kepada pihak-pihak berkaitan dan penerima, wakil dan pengganti mereka yang dibenarkan. 17. Kami berhak untuk memberikan, mewakilkan atau memindahkan apa-apa hak atau kewajipan di bawah Terma ini, mengikut budi bicara mutlak, kepada pihak ketiga. Anda tidak boleh memberikan, mewakilkan atau memindahkan apa-apa hak atau kewajipan di bawah Terma ini kepada pihak ketiga tanpa kelulusan bertulis daripada kami terlebih dahulu. 18. Sesuatu pihak melepaskan hak di bawah Terma ini hanya sekiranya pihak tersebut melakukan sedemikian secara bertulis. Tiada kegagalan atau kelewatan dalam menjalankan apa-apa hak di bawah Terma ini akan bertindak sebagai pengecualian hak tersebut atau memanjangkan atau memberi kesan terhadap peristiwa seterusnya atau menjejaskan apa-apa hak atau remedi berkaitan dengannya atau dengan apa-apa cara sekalipun mengubah atau mengurangkan hak kami atau hak anda di bawah Terma ini. Pengecualian satu perlanggaran terma daripada Terma ini tidak beroperasi sebagai pengecualian perlanggaran lain bagi terma yang sama atau terma yang lain. 19. Terma ini mengandungi kesemua pemahaman antara pihak-pihak kepada Terma tetapi hanya dengan yang berkaitan perkara tersebut dan menggantikan kesemua perjanjian atau pemahaman, dorongan atau syarat yang lepas, sama ada secara nyata atau tersirat, lisan atau bertulis. 20. Jika mana-mana peruntukan Terma ini dianggap haram, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang pada masa kini atau masa akan datang, peruntukan tersebut akan terputus secara sepenuhnya dan Terma ini akan ditafsirkan dan dikuatkuasakan seolah-olah peruntukan yang haram, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah menjadi sebahagian daripadanya dan peruntukan yang selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang haram, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut atau oleh putusnya peruntukan tersebut.