DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

dokumen-dokumen yang mirip
KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

Perlembagaan PARTI KEADILAN RAKYAT

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Zairon Mustapha, Unit Sukan & Kokurikulum, PKB

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERLEMBAGAAN PERSATUAN VETERAN ATM

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

Transkripsi:

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI 1

BAB KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 1 NAMA DAN TEMPAT Muka surat 3 BAB 2 DASAR DAN TUJUAN Muka surat 3 BAB 3 AHLI DAN CAWANGAN Muka surat 4 BAB 4 KEWANGAN DAN HARTA BENDA Muka surat 6 BAB 5 PENTADBIRAN Muka surat 7 BAB 6 TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI Muka surat 9 BAB 7 PENYERAHAN TUGAS Muka surat 12 BAB 8 JENIS MESYUARAT Muka surat 12 BAB 9 PENAUNG DAN LEMBAGA PENASIHAT Muka surat 13 BAB 10 PEMERIKSA KIRA-KIRA Muka surat 14 BAB 11 PENGUNDIAN Muka surat 14 BAB 12 PINDAAN Muka surat 15 BAB 13 PEMBUBARAN Muka surat 15 BAB 14 TATATERTIB ATAU DISPLIN Muka surat 16 BAB 15 TAFSIRAN Muka surat 17 2

BAB 1 NAMA DAN TEMPAT 1. Pertubuhan ini dinamakan DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI atau nama ringkasnya DPPMB dan selepas ini disebut Dewan atau DPPMB sahaja. 2. Pertubuhan ini bertempat di Negara Brunei Darussalam dan berpusat di Bandar Seri Begawan serta mempunyai beberapa cawangan. Nama Tempat BAB 2 DASAR DAN TUJUAN 1. Menyatupadu serta menggabungkan peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan Melayu dalam apa jua bentuk perdagangan dan perusahaan dan memperjuangkan kepentingan mereka disamping menyelaras kegiatan-kegiatan ahli-ahli disemua peringkat. 2. Berusaha dan mencari jalan penyelesaian dalam segala perundingan yang bersabit dengan kepentingan ahli-ahli. 3. Membuat perundingan atau merayu sesuatu penetapan yang berlawanan dengan kepentingan peniaga-peniaga dan pengusahapengusaha Melayu. 4. Membimbing serta menanamkan kepercayaan kepada ahli-ahli dan berusaha bagi meninggikan taraf perniagaan dan perusahaan. 5. Mengusahakan bagi menambah ilmu pengetahuan ahli-ahli dalam perniagaan dan perusahaan. 6. DPPMB boleh bergabung dengan mana-mana Dewan Perniagaan dan Perusahaan dalam dan luar negara tertakluk kepada kebenaran Pendaftar Persekutuan, Negara Brunei Darussalam. Bergabung 3

7. Mengusahakan untuk menjadikan DPPMB sebagai satu badan muzakarah bagi memikirkan hal ehwal perniagaan bagi semua peniagapeniaga dan pengusaha-pengusaha Melayu. 8. Mengusahakan untuk mendapatkan dan menguruskan dana. A - AHLI BAB 3 AHLI DAN CAWANGAN 1. (1) Ahli-ahli yang diterima menjadi ahli Dewan ini ialah peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan perseorangan yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas, dan syarikat-syarikat perniagaan atau perusahaan yang ekutinya adalah milik penuh Rakyat Melayu Brunei. Syarat menjadi ahli (2) Orang-Orang Melayu yang boleh diterima menjadi ahli Dewan ialah Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam. (3) Badan atau Persatuan Perniagaan dan Perusahaan yang keseluruhan keahliannya terdiri daripada Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam boleh memohon untuk menjadi Ahli Bersekutu. 2. (1) Permohonan menjadi ahli Dewan ini bolehlah dibuat dengan mengisikan borang permohonan menjadi ahli yang telah disediakan dan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Dewan untuk diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir Pusat (AJKTP). AJKTP berhak menolak dengan tidak perlu memberikan sebarang penjelasan. Cara menjadi ahli (2) Badan atau Persatuan Perniagaan dan Perusahaan yang keahliannya terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam boleh memohon menjadi Ahli Bersekutu secara bersurat kepada Setiausaha Agung Dewan untuk ditimbangkan oleh AJKTP. AJKTP berhak menolak sebarang permohonan dengan tidak perlu memberikan sebarang sebab. (3) Setiap permohonan yang telah diluluskan oleh AJKTP hendaklah melunaskan yuran masuk dan yuran bulanan terlebih ahulu sebelum didaftarkan dan berhak diberikan Perlembagaan Dewan serta Sijil Keahlian DPPMB. 3. 1a. Kecuali mengenai perkara-perkara tertentu dalam Dasar dan Perlembagaan Dewan ini, setiap ahli Dewan adalah mempunyai hak Hak ahli 4

yang sama, boleh dicalonkan, memilih dan bertanding untuk Jawatan dalam Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT). 1b. Ahli Bersekutu dikecualikan daripada dicalonkan atau memilih atau bertanding untuk jawatan dalam AJKT. 2a Setiap ahli mempunyai kewajipan patuh kepada Dasar dan Perlembagaan Dewan dan berkewajipan menjelaskan yuran dan hutang kepada Dewan. Kewajipan 2b. Ahli Bersekutu diwajipkan menghantar lapuran mesyuarat bulanan atau apa jua mesyuarat yang diadakan dan juga sebarang kegiatannya kepada AJKTP. 4. Setiap ahli boleh berhenti menjadi ahli dengan syarat dia mestilah memberikan sebulan notis yang bertulis kepada Setiausaha Agung Dewan dan sebelum berhenti hendaklah menjelaskan segala hutang piutang Dewan. 5. AJKTP berhak mengantung keahlian mana-mana ahli yang tidak mengikuti Dasar dan Perlembagaan Dewan. 6. Seorang ahli akan lucut menjadi ahli dengan sebab-sebab berikut:- (1) Meninggal dunia; (2) Dibenarkan oleh AJKTP; (3) Dipecat berdasarkan kepada Tatatertib, Dasar dan Perlembagaan Dewan; (4) Gila (tidak waras); (5) Ahli Bersekutu yang tidak berfungsi; dan (6) Ahli Bersekutu yang tidak mematuhi BAB 3 para 3.2.b Berhenti menjadi ahli Pergantungan keahlian Lucut menjadi ahli B CAWANGAN Dewan ini boleh menambah beberapa cawangan dimana-mana juga di Negara Brunei Darussalam. Tiap-tiap cawangan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang ahli dan mempunyai Jawatankuasa Tadbir Cawangan yang diketuai oleh Ketua Cawangan, Setiausaha dan Bendahari serta empat (4) orang ahli (Jawatankuasa Cawangan). 5

BAB 4 KEWANGAN DAN HARTA BENDA 1. Kewangan dan harta benda Dewan adalah terdiri daripada:- (1) Hak milik kepunyaan Dewan; dan (2) Yang diurus oleh Dewan. 2. Kewangan dan harta benda Dewan adalah diperolehi daripada sumber-sumber seperti kutipan yuran, derma, pelaburan, pinjaman, tajaan, dana dan lain-lain daya usaha. 3. Yuran-yuran Dewan ini terdiri daripada:- (1) Yang ditetapkan: Jenis Kewangan dan Harta Benda Sumbar Kewangan dan Harta Benda Yuran a. Yuran Masuk menjadi ahli bagi seorang ialah B$ 30.00 (Tiga Puluh Ringgit) dan bagi Ahli Bersekutu ialah B$ 50.00 (Lima Puluh Ringgit) dan hendaklah dibayar pada awal tahun; dan b. Yuran Tahunan bagi seorang ahli ialah B$ 60.00 (Enam Puloh Ringgit) dan bagi Ahli Bersekutu ialah B$120.00 (Seratus dua puloh Ringgit) dan hendaklah dibayar pada awal tahun. 4. Semua wang Dewan hendaklah disimpan dalam mana-mana bank yang dipersetujui oleh AJKTP atas nama Dewan. 5. Pengeluaran wang Dewan akan dilaksanakan dengan mengunakan cek yang ditandatangani oleh dua (2) orang iaitu Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. 6. Segala penerimaan wang hendaklah diberi Resit Rasmi yang dikeluarkan oleh Dewan. Menyimpan Wang Mengeluarkan Wang Resit 7. Wang Dewan yang dikeluarkan kerana sesuatu pembayaran hendaklah mengunakan baucher yang ditandatangani oleh Yang DiPertua. Baucher 8. Setiap perbelanjaan tahunan Dewan bolehlah ditetapkan dan diluluskan oleh AJKTP setiap tahun. 9. Wang untuk perbelanjaan runcit hendaklah dikeluarkan kepada Setiausaha Agung sebanyak B$ 500.00 (Lima Ratus Ringgit) pada satusatu masa bagi perbelanjaan yang tidak termasuk dalam perbelanjaan tahunan dan melebihi daripada B$ 500.00 hendaklah dirujuk kepada AJKTP. Perbelanjaan Tahunan Perbelanjaan Runcit (Petty Cash) 6

BAB 5 PENTADBIRAN 1. Dewan ini adalah ditadbir oleh AJKTP, tetapi kuasa tertinggi adalah terletak kepada Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar. Kuasa Pentadbiran 2. Dewan ini mempunyai Lembaga Penasihat yang terdiri dari 6 orang yang dilantik oleh AJKTP dan terdiri daripada orang-orang Melayu dan tidak semestinya ahli Dewan. 3. Dewan ini mempunyai seorang Pengerusi Tetap dan seorang Timbalan Pengerusi Tetap yang dilantik oleh AJKTP. 4. (1) Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) terdiri daripada Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Jawatan-jawatan ini akan dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar, dan menjawat jawatan dalam tempuh tiga (3) tahun dan jawatan-jawatan ini dipilih tiga (3) tahun sekali;- 1. Yang DiPertua; 2. Timbalan Yang DiPertua; 3. Setiausaha Agung; 4. Timbalan Setiausaha Agung; dan 5. Bendahari Agung Dalam tempoh empat (4) minggu AJKT akan melantik ahli-ahli AJKTP terdiri dari:- 6. Pengerusi Tetap; 7. Timbalan Pengerusi Tetap; 8. Timbalan Bendahari Agung; 9. Naib Yang DiPertua Daerah Brunei Muara; 10. Naib Yang DiPertua Daerah Belait; 11. Naib Yang DiPertua Daerah Tutong; 12. Naib Yang DiPertua Daerah Temburong; 13. Naib Yang DiPertua Usahawan Wanita; 14. Naib Yang DiPertua Usahawan Belia; 15. Naib Yang DiPertua Bersekutu; 16. Setiausaha Perdagangan dan Pelaburan; 17. Penolong Setiausaha Perdagangan dan Pelaburan; 18. Setiausaha Hal Ehwal Sosial Korporat; 19. Penolong Setiausaha Hal Ehwal Sosial Korporat; 20. Setiausaha Hal Ehwal Ugama dan Kebajikan; 21. Penolong Setiausaha Hal Ehwal Ugama dan Kebajikan; 22. Setiausaha Perhubungan Awam ; 23. Penolong Setiausaha Perhubungan Awam; 7

24. Setiausaha Hartanah; 25. Penolong Setiausaha Hartanah; dan 26. Lapan (8) orang Jawatankuasa Tadbir. 4 (b) AJKTP berkuasa meluluskan dan melantik Ahli Bersekutu menduduki jawatan dalam AJKTP. 5. AJKT yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah mempunyai syarat sebagai berikut:- (1) Ahli Dewan yang telah menjelaskan yuran tahunan; Syarat Anggota (2) Berumur tidak kurang lapan belas (18) tahun; dan (3) Dalam tempoh menjadi ahli taat dan patuh kepada peraturan-peraturan Dewan dan menjelaskan yuran dengan baik mengikut masa yang ditentukan. 6. Sebagai sebuah Jawatankuasa yang bertanggungjawab atas keseluruhan Dewan. Maka AJKTP adalah berkewajipan dan berkuasa:- (1) Melaksanakan keputusan yang telah diambil oleh Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar; Kewajipan Ahli Jawatankuasa Tadbir Pusat (2) Melantik seorang Penaung dan 6 orang ahli Lembaga Penasihat. Ahli-Ahli Lembaga Penasihat bolehlah melantik salah seorang daripada mereka menjadi Pengerusi bagi Mesyuarat yang mereka adakan; (3) Melantik jawatankuasa kecil untuk melaksanakan sesuatu tugas yang tertentu jika difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir; (4) Menimbangkan Belanjawan Tahunan untuk dihadapkan ke Mesyuarat AgungTahunan; (5) Menapis dan memutuskan usul-usul atau syor-syor dari mana-mana ahli atau gabungan untuk dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar; (6) Mengesahkan Lapuran Dewan yang akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan; (7) Mengambil sesuatu keputusan muktamad mengenai sesuatu agenda yang telah ditetapkan terlebih dahulu dengan mengikut Dasar dan Perlembagaan Dewan; 8

(8) Mengambil tindakan disiplin/tatatertib ke atas ahli yang melakukan pelanggaran disiplin/tatatertib Dasar dan Perlembagaan Dewan; m (9) AJKT berkuasa menimbangkan dan memutuskan jika didapati perkara-perkara berbangkit yang tidak disebutkan dalam Dasar dan Perlembagaan Dewan. Segala keputusan yang diambil dalam Mesyuarat AJKTP tidak boleh ditiadakan tanpa keputusan semula oleh AJKTP; (10) Meminta penerangan berhubung dengan perjalanan mana-mana bahagian atau mana-mana pihak pada bila-bila masa dikehendaki; dan (11) Melantik Pemeriksa Kira-Kira atau Badan Pemeriksa Kira- Kira Dewan atau bahagiannya. BAB 6 TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI 1. (1) Mengetuai dan memimpin segala pentadbiran dan urusan-urusan Dewan dan sentiasa berusaha dengan segala daya upayanya agar Dasar dan Perlembagaan Dewan diikuti dengan betul. Yang DiPertua (2) Mewakili Dewan dalam sebarang urusan luar berhubung dengan Dewan dan menjadi jurucakap Dewan atau wakil yang dilantiknya. (3) Menandatangani baucher seperti yang ditetapkan dalam Bab 4 fasal 7. (4) Menandatangani surat-surat yang penting. (5) Merancang dan menyusun strategi dan akitiviti-aktiviti, dan menilai prestasi Dewan. (6) Mendapatkan bantuan sukarela bagi tugas-tugas Dewan. (7) Mengadakan dan mempengerusikan mesyuaratmesyuarat Dewan. (8) Menilai prestasi AJKTP. (9) Menilai prestasi kewangan Dewan. (10) Memimpin dan merancang dalam usaha mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi Dewan. 9

2. (1) Membantu tugas-tugas Yang DiPertua. (2) Menjalankan tugas-tugas Yang DiPertua semasa ketiadaannya. Timbalan Yang DiPertua 3. Menjadi Pengerusi dalam mesyuarat-mesyuarat dan Mesyuarat AJKTP. 4. (1) Membantu tugas-tugas Pengerusi Tetap. Pengerusi Tetap Timbalan Pengerusi Tetap (2) Menjalankan tugas-tugas Pengerusi Tetap semasa ketiadaannya. 5. (1) Mengurus dan menjalankan Pentadbiran Dewan. Setiausaha Agung (2) Melaksanakan keputusan mesyuarat-mesyuarat termasuk Mesyuarat Agung, AJKT, AJKTP dan Jawatankuasa Khas. (3) Bertanggungjawab mengurus segala surat-surat dan menyimpan di Pejabat Dewan segala buku-buku, dokumen-dokumen, minit-minit Mesyuarat Agung, AJKT dan AJKTP. Minit-minit Mesyuarat AJKT dan AJKTP hendaklah diedarkan dalam masa dua (2) minggu selepas setiap mesyuarat, dan menyediakan pangkalan data ahli-ahli Dewan, kecuali yang berkenaan dengan kewangan. (4) Berserta dengan Yang DiPertua, atau Timbalan Yang DiPertua, atau Bendahari Agung menandatangani cek -cek atas nama Dewan. (5) Membuat penyata atau lapuran tahunan bagi seluruh perjalanan Dewan dan yang bersangkut dengan Dewan. (6) Memahami dan mematuhi Dasar dan Perlembagaan Dewan. 6. (1) Bertanggungjawab ke atas hal ehwal kewangan Dewan termasuk perancangan dan pengurusannya. Bendahari Agung (2) Menerima dan memasukan terus segala wang Dewan ke Bank yang ditetapkan selewat-lewatnya 72 jam waktu bekerja daripada masa menerimanya. (3) Mencatat segala wang keluar masuk ke dalam buku kirakira kewangan. (4) Mempunyai kuasa menyimpan wang ditangan tidak lebih daripada B$500.00 (Lima Ratus Ringgit) sahaja. 10

(5) Mempunyai kuasa menuntut wang Dewan kepada pihakpihak yang bersangkutan. (6) Bertanggungjawap atas semua buku-buku dokumendokumen kewangan atau harta benda Dewan, dan mengeluarkan resit mengenai wang yang diterima. (7) Mengikhtiarkan bagi menambah kewangan Dewan dengan persetujuan AJKTP. (8) Merangka dan menunjukkan taksiran anggaran perbelanjaan tahunan Dewan untuk dikaji oleh AJKTP, dan dihadapkan ke Mesyuarat Agung. (9) Membuat penyata tahunan dan Kunci Kira-Kira Kewangan Dewan. 7 (1) Membantu tugas-tugas Setiausaha Agung. (2) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Setiausaha Agung dalam masa ketiadaan atau disebabkan oleh sesuatu perkara yang tertentu. (3) Menjalankan dan memangku tugas-tugas Setiausaha Agung. 8. (1) Membantu tugas-tugas Bendahari Agung. (2) Memangku tugas Bendahari Agung dalam masa ketiadaan atau disebabkan oleh sesuatu perkara yang tertentu. Timbalan Setiausha Agung Timbalan Bendahari Agung (3) Memangku dan membantu tugas Setiausaha Agung. 9. (1) Bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertua. (2) Bertanggungjawab secara langsung bahagian Dearah masing-masing. Naib Yang DiPertua Daerah - Daerah (3) Menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa Dearah jika sekiranya Dearah tersebut membuka cawangan. (4) Memimpin, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti perniagaan dan perusahaan di Daerah masing-masing. 10. (1) Bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertua. (2) Bertanggungjawab secara langsung kepada sektor-sektor dan Persatuan masing-masing. (3) Berhak mengundi dan diundi. Naib- Naib Yang DiPertua Usahawan Wanita/ Usahawan Belia/Persekutuan Yang Bersekutu 11

(4) Memimpin, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti perniagaan dan perusahaan di sektor masing-masing. 11. (1) Memimpin, merancang dan mengurus tugas-tugas dalam jawatan-jawatan yang telah diluluskan dan dilantik oleh AJKTP dan Mesyuarat Agung, iaitu dalam sektor-sektor Perdagangan dan Pelaburan, Pekerjaan dan Tanggungjawab Sosial Korporat, Hal Ehwal Ugama dan Kebajikan, Perhubungan Awam, dan Hartanah. (2) Mengikthiarkan dan merancang bagi meperluas dan meninggikan serta membimbing ahli-ahli dalam alam perniagaan sesuai dengan Dasar dan Perlembagaan Dewan untuk dibawa dan diluluskan oleh Mesyuarat. Setiausaha-Setiausaha bagi Perdagangan dan Pelaburan/Hal Ehwal Sosial Korporat/Hal Ehwal Ugama dan Kebajikan/Perhubungan Awam/Hartanah (3) Membuat penyata tahunan mengenai perjalanan bahagiannya. (4) Mengetuai dan mengawal sektor-sektor dibawah pentadbirannya. (5) Bertanggungjawab melantik penolong bagi sektot-sektor berkenaan. (6) Memimpin, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti perniagaan dan perusahaan di sektor masing. 12. (1) Membantu tugas-tugas Setiasusaha-Setiausaha dan sektor masing-masing. (2) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Setiausaha-Setiausaha masing-masing dalam masa ketiadaannya. (3) Menjalankan dan memangku tugas-tugas yang diarahkan oleh Setiausaha-Setiausaha masing-masing semasa ketiadaannya.. Penolong-Penolong Setiausa bagi Perdagangan dan Pelaburan/Hal Ehwal Sosial Korporat/Hal Ehwal Ugama dan Kebajikan/Perhubungan Awam/Hartanah BAB 7 PENYERAHAN TUGAS Pegawai-Pegawai yang telah tamat tempuhnya dalam perkhidmatan mestilah menyerahkan tugas-tugas kepada pengantinya secara rasmi. BAB 8 JENIS MESYUARAT 12

1. (1) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali (1) setahun dengan secepat mungkin dan tidak lewat daripada 3 bulan selepas 31hb. Disember. Mesyuarat Agung (2) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri oleh sekurang-sekurangnya sepertiga (1/3) daripada ahli Dewan iaitu tidak termasuk ahli yang digantung keahliannya pada masa Mesyuarat Agung itu diadakan. (3) Notis atau pemberitahuan mesyuarat hendaklah dikeluarkan sekurang- kurangnya dua (2) minggu dari tarikh mengadakan mesyuarat. 2. (1) Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan pada bilabila masa dengan permintaan dan perintah AJKTP. Mesyuarat Agung Tergempar (2) Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadiri oleh sekurang-sekurangnya seperempat (1/4) dari ahli Dewan. (3) Notis atau pemberitahuan Mesyuarat hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh mengadakan Mesyuarat. 3. (1) Mesyuarat AJKTP Dewan hendaklah diadakan sekurangkurangnya dua (2) bulan sekali. (2) Mesyuarat AJKTP hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya seperempat (1/4) daripada ahli-ahli Dewan. (3) Notis Mesyuarat AJKTP sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh mengadakan Mesyuarat. Mesyuarat AJKTP BAB 9 PENAUNG DAN LEMBAGA PENASIHAT 1. Dewan mempunyai:- (1) Seorang Penaung; dan (2) 6 orang Ahli Lembaga Penasihat Penaug dan Lembaga Penasihat 2. (1) Penaung dan Ahli Lembaga Penasihat adalah dilantik oleh AJKTP. Lantikan 13

(2) Seorang yang dilantik menjadi Penaung atau Ahli Lembaga Penasihat hendaklah dari orang-orang yang difikirkan layak oleh AJKT untuk memegang jawatan-jawatan tersebut dan mengikuti tempuh perkhidmatan AJKT tersebut. AJKT berhak menukar mana-mana Ahli Lembaga Penasihat yang difikirkan perlu. 3. (1) Penung adalah dilantik untuk berkhidmat selama tempuh yang tidak terhad. Tempoh Perkhidmatam (2) Penasihat adalah dilantik untuk berkhidmat selama tempuh penggal perkhidmatan AJKTP. (3) Jika Penaung atau Ahli Lembaga Penasihat tidak dapat meneruskan perkhidmatan oleh kerana sesuatu sebab yang tertentu maka bolehlah AJKT melantik penggantinya. (4) Memberi perlindungan, galakan, bantuan, seumpamanya untuk kemajuan dan kesejahteraan Dewan. Kewajipan Penaung (5) Memberi nasihat dan pandangan bila-bila masa yang diminta oleh AJKT untuk kepentingan, kemajuan dan kebaikan Dewan. BAB 10 PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Dewan ini mempunyai Pemeriksa Kira-Kira yang dipilih dan dilantik oleh AJKTP dan tempuh perkhidmatan ialah dua (2) bulan. Tempoh Perkhidmatan 2. Sebagai Pemeriksa kira-kira yang bertanggungjawab bagi memeriksa membuat penyata kira-kira Dewan maka Pemeriksa Kira-Kira ini berkewajipan dan berkuasa:- Kewajipan Pemeriksa Kira-Kira (1) Menjalankan pemeriksaan berhubung dengan harta benda kewangan Dewan jika dikehendakinya atau oleh JKT Dewan; (2) Membuat laporan berhubung dengan perjalanan pentadbiran harta benda dan kewangan Dewan; dan 3. Jika Pemeriksa Kira-Kira tidak dapat meneruskan perkhidmatannya oleh kerana sesuatu sebab maka bolehlah melantik pengantinya. BAB 11 14

UNDIAN 1. (1) Calon-calon untuk memenuhi anggota AJKT adalah dinamakan oleh seorang ahli Dewan dan mendapatkan sokongan dari seorang ahli dalam Mesyuarat AgungTahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar akan mengumumkan cara-cara melaksanakan undi muktamad sama ada dibuat secara bertulis. (2) Calon-calon yang akan mememenuhi nama-nama anggota kecil adalah dinamakan oleh seorang ahli dan mendapat sokongan dari ahli yang lain yang hadir dalam Mesyuarat AJKTP. 2. Undian hendaklah dijalankan dengan kertas undian rahsia yang mengenai dengan perkara-perkara dibawah ini:- (1) Semua perkara mengenai pertentangan dalam masalah perniagaan; dan (2) Pembubaran Dewan hendaklah dipersetujui oleh sekurang-kurangnya seperempat (1/4) dari jumlah ahli semua 3: Keputusan semua undi adalah muktamad. BAB 12 PINDAAN Dasar dan perlembagaan Dewan Perniagaan dan perusahaan Melayu Brunei ini tidak boleh diubah atau dipinda, kecuali setelah diusulkan secara bersurat oleh AJKTP kepada Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar, dan dipersetujui oleh sekurangkurangnya seperempat (1/4) daripada ahli-ahli yang hadir dan juga setelah mendapat kelulusan daripada pihak Pendaftar Persatuan Negara Brunei Darussalam. BAB 13 PEMBUBARAN 1. DPPMB tidak boleh dibubarkan, kecuali mendapat persetujuan setelah diusulkan oleh AJKTP dalam mesyuarat Agung Tergempar atau seumpamanya setelah undian sulit dijalankan, maka keputusan undian hendaklah setengah (1/2) daripada jumlah semua ahli-ahli yang berdaftar bersetuju mengundi pembubaran. 15

2. Notis pembubaran hendaklah disampaikan selewat-lewatnya dalam tempuh 14 hari kepada Pendaftar Persekutuan dan surat notis pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua Dewan. 3. Jika DPPMB dibubarkan, semua hutang piutang kepada Dewan hendaklah dijelaskan dalam tempuh 14 hari dari tarikh pembubarannya dan jika Dewan terhutang akan diselesaikan dengan wang simpanan atau harta benda Dewan yang ada, baki wang dan harta benda yang tinggal hendaklah dibahagikan kepada ahli-ahli yang maseh berdaftar. 4. Mesyuarat Agung Tergempar akan melantik Badan Penyelaras (Receiver) bagi dipersetujui pembubaran. BAB 14 TATATERTIB ATAU DISCIPLIN 1. (1) Seorang ahli Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei, selain daripada berkewajipan untuk patuh kepada Dasar dan Perlembagaan Dewan dia adalah juga dikehendaki untuk membela dan mempertahankan nama baik Dewan. Ahli Dewan (2) Seorang ahli juga dikehendaki berkelakuan baik, bersopan santun dan seumpamanya untuk mengharum dan meninggikan nama baik Dewan. 2. (1) Selain daripada Fasal 1.(1) dan (2), ahli-ahli AJKTP dan lain lain jawatankuasa, AJKT yang mentadbir perjalanan Dewan adalah dikehendaki menjalankan kewajipan yang ditanggungjawabkan keada mereka mengikuti Dasar dan Perlembagaan Dewan. Ahli JKT dan lain-lain JK (2) Seorang ahli AJKT atau AJKTP mestilah bertanggungjawab dan sedaya usaha untuk memajukan Dewan dengan seluruh tenaga dan kebolehannya. 3. Perkara yang bertentangan dengan Ugama Islam, Undang- Undang Negara, Kebudayaan Melayu, adat resam dan perkara-perkara mencamarkan nama baik Dewan dan sebarang perkara yang seumpamanya adalah ditegah ahli-ahli Dewan melakukannya atau membuat perkara tersebut dirumah Dewan. Tegahan 4. Seorang ahli Dewan dianggap melanggar tatatertib atau disiplin apabila ia melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan perkara-perkara di atas seperti melanggar Dasar dan perlembagaan Dewan, berkelakuan tidak senonoh yang boleh merosakkan nama baik Melanggar Tatatertib 16

Dewan atas tujuan jahat, atau sebarang perbuatan yang merosakkan ahli perseorangan dan Dewan. 5. (1) Sebarang pelanggaran tatatertib atau disiplin oleh Ahli Dewan, maka berkuasalah AJKTP mengambil tindakan yang berupa nasihat, amaran atau dipecat mengikut bagaimana yang setimpal dengan perbuatannya yang dilakukan, BAB 5 Cerian 4 (8). Tindakan Disiplin (2) AJKTP berkuasa memanggil seorang ahli yang melakukan pelanggaran tatatertib atau disiplin untuk datang kehadapan mereka bagi membela dirinya dengan memberikan keterangan-keterangan lengkap mengikut tuduhan-tuduhan atau perbuatannya yang tersebut itu. (3) Seorang ahli yang diambil tindakan secara dipecat hanya akan dianggap sah apabila mendapat persetujuan dari AJKTP dan surat pemecatan hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua. (4) Seorang ahli yang diambil tindakan secara dipecat boleh merayu kepada AJKTP tidak lewat dari tiga puluh (30) hari dari tarikh surat pemecatannya, pertimbangan dan keputusan AJKTP mengenai rayuan tersebut adalah muktamad. (5) Seorang ahli yang telah dipecat keahliannya dengan tidak merayu kepada AJKTP dalam masa yang ditetapkan atau rayuannya ditolak oleh AJKTP tidak boleh diterima semula menjadi ahli kecuali sekurang-kurangnya selepas dua tahun dari tarikh pemecatannya dengan syarat hendaklah mengisikan borang masuk menjadi ahli Dewan. (6) Seorang ahli boleh diambil tindakan disiplin disebabkan tiada menjelaskan yuran selama tiga bulan berturut-turut. BAB 15 TASIRAN Tafsiran Melayu dalam Dasar dan perlembagaan Dewan ini ialah penduduk asli diseluruh kepulauan Melayu dan berugama Islam yang ada hubungan dengan keturunan Melayu. 17

18