UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU MALAYSIA (ASTRA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

UNDANG-UNDANG KELAB BUKIT PERDANA

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

Transkripsi:

1

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI KANDUNGAN FASAL 1 FASAL 2 FASAL 3 FASAL 4 FASAL 5 FASAL 6 FASAL 7 FASAL 8 FASAL 9 FASAL 10 FASAL 11 FASAL 12 FASAL 13 FASAL 14 FASAL 15 FASAL 16 FASAL 17 FASAL 18 FASAL 19 NAMA TEMPAT URUSAN LOGO/ LAMBANG TUJUAN/MATLAMAT KEAHLIAN BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI MESYUARAT AGUNG JAWATANKUASA KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI KEWANGAN PEMERIKSA KIRA-KIRA PENGAMANAH TAFSIRAN UNDANG-UNDANG PENASIHAT/PENAUNG LARANGAN PINDAAN UNDANG-UNDANG PEMBUBARAN PENTADBIRAN PREMIS 2

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI FASAL 1 NAMA 1) Persatuan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al-Muhammadi. Selepas ini disebut Pertubuhan FASAL 2 ALAMAT TEMPAT URUSAN 1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah di Pejabat Sultan Kelantan,Istana Balai Besar 15500 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim atau di tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Alamat surat menyurat Pertubuhan ialah di Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar,15500 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 LOGO/ LAMBANG LOGO PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI 3

LOGO PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI (1) Rekabentuk Logo/ Lambang 1.1 Mempunyai 1 mahkota. 1.2 Lambang 2 bulan dan bintang di dalam mahkota. 1.3 Mempunyai Rangkaian padi yang berwarna kuning. 1.4 Mempunyai 2 ekor kijang kencana berwarna merah dan dihubungkan oleh riben yang berwarna biru tua. 1.5 Mempunyai 1 ibu heksagon yang bergabung dengan rangkaian rantai heksagon. 1.6 Mempunyai perkataan AL-MUHAMMADI berwarna putih di bawah mahkota. Warna latar belakang perkataan adalah biru muda. 1.7 Mempunyai perkataan Pertubuhan Kerabat D raja Kelantan berwarna putih dan warna latar belakang perkataan adalah biru muda di bawah rangkaian heksagon dan padi. 1.8 Terdapat rangkaian 3 pasang keris bersambung dengan rantai di kedua-dua belah kanan dan kiri logo. Warna rantai adalah hijau. (2) Keterangan Logo/ Lambang 2.1. Bulan / Bintang melambangkan agama Islam beserta nilai-nilai akhlah mengikut hukum syarak Islam yang menjadi anutan ahli-ahli Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al- Muhammadi. 2.2.Mahkota melambangkan kedaulatan dan kesempurnaan Keluarga D Raja Kesultanan Kelantan sejak dari zaman Long Yunus lagi. 2.3.Al-Muhammadi melambangkan gelaran yang digunakan oleh Kesultanan Kelantan dari Keluarga D Raja Kelantan yang diasakan oleh Long Yunus 2.4.Kerabat D Raja Kelantan melambangkan Kerabat di dalam buku perlembagaan Kelantan yang bermaksud, mana-mana seorang Melayu yang berdarah raja, yang beragama Islam dan dari keturunan zuriat Long Yunus.( Ejaan D Raja mengikut kegunaan dalam Buku Perlembagaan Kelantan) 2.5.Padi melambangkan kemakmuran dan rezeki di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al- Muhammadi. 2.6.Kijang Kencana melambangkan kebijaksanaan ahili-ahli Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al-Muhammadi. 2.7.Riben melambangkan ikatan gabungan kesemua ahli-ahli keluarga Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al-Muhammadi. 4

2.8.Ibu heksagon melambangkan KDYMM Al-Sultan Kelantan sebagai satu-satunya ketua atau kalifah yang menyatukan ahli-ahli Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al-Muhammadi melalui aktviti-aktiviti kebajikan serta hubungan persaudaraan di antara salasilah keturunan Kerabat D Raja Kelantan keturunan Long Yunus. 2.9.Rangkaian heksagon melambangkan keteguhan kekeluargaan,kemesraan dan taat setia ahli-ahli Pertubuhan Kerabat D raja Kelantan Al-Muhammadi kepada KDYMM Al Sultan Kelantan. 2.10.Keris dan Rantai melambangkan adat kemelayuan serta taat setia ahli-ahli Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al-Muhammadi kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan. 2.12.Kuning melambangkan warna di raja di mana ahli ahli Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al Muhammadi berdarah raja. 2.13.Merah melambangkan keberanian,kegagahan dan ketegasan ahli-ahli Pertubuhan Kerabat D raja Kelantan Al-Muhammadi 2.14.Biru melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Kerabat d Raja Kelantan Al-Muhammadi 2.15.Hijau melambangkan kedamaian di antara ahli-ahli Pertubuhan kerabat D Raja Kelantan Al-Muhammadi. 2.16.Putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati ahli-ahli Pertubuhan Kerabat D Raja Kelantan Al-Muhammadi. FASAL 4 TUJUAN 1. Tujuan penubuhan Pertubuhan ini adalah untuk menggabungkan semua ahli keluarga kerabat di raja Kelantan dari keturunan Long Yunus (Al Yunusi) di dalam satu Pertubuhan dibawah naungan KDYMM Al-Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan. 2. Matlamat utama adalah untuk menjaga kebajikan serta hubungan persaudaraan di antara salah silah keturunan kerabat di raja Kelantan yang berasal dari keturunan Long Yunus ( Al Yunusi) serta hubungan taat setia yang tidak terbahagi antara kerabat di raja Kelantan keturunan Long Yunus dengan KDYMM Al-Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan. 3. Segala urusan aktiviti kebajikan, ekonomi dan sosial pertubuhan ini mestilah mendapat ampuni perkenan KDYMM Al Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan. 5

4. Bagi maksud fasal ini dan semua fasal-fasal yang terdapat dalam undangundang Pertubuhan ini, ungkapan KDYMM Al- Sultan Kelantan hendaklah bermaksud Kebawah Duli Yang Maha Mulia sepertimana yang diertikan dibawah Undang Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. FASAL 5 KEAHLIAN Keahlian adalah terbuka kepada semua keturunan kerabat di raja Kelantan Long Yunus (Al-Yunusi) Warganegara Malaysia yang taat setia kepada pemerintahan Kesultanan Kelantan dari dinasti pemerintahan Long Yunus sehinggalah kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan sehingga dari tarikh pertubuhan ini didaftarkan dan pada masa akan datang,tinggal di Malaysia serta telah mencapai umur 18 tahun ke atas. Bilangan ahli tidak terhad. Terdapat dua jenis ahli: (a) (b) Ahli Biasa terbuka kepada semua ahli keturunan kerabat di raja Kelantan dari keturunan Long Yunus samada dari sebelah bapa dan sebelah ibu mengikut susur galur keluarga di raja yang sentiasa taat setia kepada pemerintahan Kesultanan Melayu Kelantan. Ahli Bersekutu terbuka kepada pertubuhan kerabat di raja di Negeri Kelantan (bukan keturunan pemerintahan Raja-Raja keturunan Long Yunus ) serta dari penyokong kuat dan taat setia kepada pemerintahan keturunan Long Yunus dan keahlian perlu mendapat ampuni perkenan KDYMM Al-Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan. (1) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan dan setiap kelulusan keahlian diwajibkan mendapat ampuni perkenan KDYMM Al- Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya dan mendapat ampuni perkenan KDYMM Al- Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan. 6

(2) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. (3) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN (1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut: Ahli Biasa Ahli Bersekutu Yuran masuk RM 10.00 RM 50.00 Yuran Tahunan RM 50.00 RM 100.00 Yuran Seumur Hidup RM 120.00 RM 500.00 (2) Yuran tahunan/bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 3 bulan dari awal tiap-tiap tahun. (3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun/ 12 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 3 tahun / 36 bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu. (5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang. (6) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. 7

FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Ahli yang hendak berhenti deripada menjadi ahli Pertubuhan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebabsebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 8 MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undangundang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerjakerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah : 8

(a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun yang lalu ; (b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; (c) Memilih Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk dua tahun sekali. ( Pemilihan Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira adalah dibawah perkenan KDYMM Al Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan. (d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan : (a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau (b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. (8) Fasal 8(1) dan 8(2) didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. 9

(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 9 JAWATANKUASA (1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih secara mutlak dan mendapat ampuni perkenan KDYMM AL Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan diumumkan kepada ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua tahun sekali: Seorang Yang Dipertua. Seorang Naib Yang Dipertua Seorang Setiausaha Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Penolong Bendahari 12 orang Ahli Jawatankuasa Biasa (2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. (3) Nama untuk jawatan di Fasal 9(1) diatas adalah dibawah kuasa mutlak dan mendapat ampuni perkenan KDYMM Al Sultan Kelantan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap dua tahun sekali setelah mendapat ampuni perkenan KDYMM Al Sultan Kelantan yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Kelantan. (4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. 10

(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh tiga (3) bulan.pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang DiPertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan Ahli-Ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: (a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa; (b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu ; dan (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. (7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan didalam Jawatankuasa. (8) Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 11

(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. (10)Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa. FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI (1) Yang Dipertua dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari. (2) Naib Yang Dipertua akan memangku jawatan Yang Dipertua dan menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya. (3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan,nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. (4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan setiausaha. 12

(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha. (6) Penolong Bendahari hendaklah menolong bendahari menjalankan tugasnya dan memangku tugas bendahari semasa ketiadaannya. (7) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 11 KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. (2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia TIGA RIBU sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan. (4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00(Ringgit Malaysia LIMA RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih dari RM 150,000.00 (Ringgit Malaysia SERATUS LIMA PULUH RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang dari RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia LIMA RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari. 13

(5) Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kirakira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan Pertubuhan. (6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun. FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA (1) Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. (2) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga jika dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang DiPertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 13 PENGAMANAH (1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). (2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan. (3) Seseorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka 14

kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung. FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG (1) Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung. FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. FASAL 16 LARANGAN (1) Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan Setengah, semua permainan dadu, banker s game, permainan video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib; (2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959; (3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan; (4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. (5) Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan dalam Pertubuhan,menjadi penasihat atau pekerja Pertubuhan, jika ia telah hilang kelayakan menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966. 15

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung ahli-ahli. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 18 PEMBUBARAN (1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. (2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu. FASAL 19 PENTADBIRAN PREMIS (1) Mempamerkan sijil pendaftaran pertubuhan yang asal didalam premis ditempat yang mudah dilihat. (2) Membuat papan tandanama serta mempemerkan dibahagian hadapan luar premis dengan nombor pendaftaran dicatatkan bersekali ( bagi pertubuhan / kelab yang mempunyai premis sendiri atau premis yang disewa). (3) Mempamerkan kenyataan (ditempat yang bersesuaian) bahawasegala peralatan/ kemudahan pertubuhan/ kelab adalah untuk kegunaan ahli-ahli sahaja (kanakkanak adalah dilarang). (4) Hanya dibenarkan menjalankan kegiatan/ aktiviti sehingga jam 12 tengah malam sahaja. (5) Menentukan keadaan premis sentiasa bersih, tersusun dengan Memuaskan. 16