UCAPAN MENTERI KEWANGAN RANG UNDANG UNDANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014 PADA 3 APRIL 2014 DI DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 GST SUATU TINJAUAN

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

GST SEMINAR PENDAFTARAN GST

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan

SOALAN LAZIM TEMPOH PERALIHAN 6% - 0%

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

SOALAN LAZIM TEMPOH PERALIHAN 6% - 0%

Undang-Undang Malaysia

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI PEGANGAN. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Tarikh kuatkuasa: 01 Ogos 2015

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI. MALAYSIA Tarikh kuatkuasa: 01 Jun 2015

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI (Pindaan 1/2018) Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2018

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Apa itu GST? Kadar GST. Mengapa GST perlu dilaksanakan?

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

SIARAN MEDIA PRESS RELEASE KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Undang-Undang Malaysia

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

PEKELILING BENDAHARI

D.R. 6/93 RANG UNDANG-UNDANG DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN PERMULAAN

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Polisi Privasi. Pengenalan

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

IMPAK GST KEPADA UNIVERSITI AWAM & UiTM

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

SUKATAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 2 (TK 2) BAGI PENGUASA KASTAM GRED W Matlamat Penilaian 1.1 Menilai Tahap Kecekapan 2 (TK2) pegawai:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Legal Notice. Nota Ringkas: Khas GST Infokerjaya Resources, SEPTEMBER Disclaimer

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Salam sukses untuk anda! Page 1

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Transkripsi:

UCAPAN MENTERI KEWANGAN RANG UNDANG UNDANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014 PADA 3 APRIL 2014 DI DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA Tuan Yang Di-Pertua, 1. Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai goods and services tax (GST) merupakan salah satu langkah Kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara. Di dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, negara perlu mempunyai sistem percukaian yang lebih telus, efisien dan mesra perniagaan. 2. GST yang dicadangkan bukanlah merupakan cukai baharu. GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedang dilaksanakan sekarang. Langkah pemansuhan cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini diambil kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan didapati mempunyai banyak kelemahan yang berpunca dari sistem percukaian itu sendiri. Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah elemen cukai atas cukai yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dan aktiviti pemindahan harga (transfer pricing) yang memberi kesan kepada kutipan hasil negara. Kelemahan ini sebenarnya memberi kesan negatif bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada pengguna. GST telah terbukti sebagai satu sistem percukaian yang lebih efektif dan efisien serta mempunyai banyak kebaikan. Berdasarkan alasan itu juga didapati sebanyak 160 buah negara di dunia telah melaksanakannya. Tuan Yang Di-Pertua, 3. Rang undang-undang ini mengandungi 19 Bahagian yang merangkumi 197 Fasal termasuk empat (4) Jadual. Peruntukan-peruntukan dalam rang undangundang ini diringkaskan seperti berikut:- 1

4. Bahagian I, fasal 1 4 bertujuan memperuntukkan perkara permulaan dimana antara perkara pertama yang diperuntukkan adalah tentang apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan dalam konteks pengenaan GST. Perniagaan yang dimaksudkan adalah termasuk apa-apa tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain, samada bagi keuntungan wang ataupun tidak. Namun begitu maksud perniagaan tidak meliputi pekerjaan di bawah kontrak perkhidmatan dan hobi. Selain itu, maksud pembekalan barang atau perkhidmatan juga diterangkan disamping menyenaraikan perkara yang dikira sebagai pembekalan barang atau perkhidmatan di dalam Jadual Pertama dan juga menyenaraikan perkara yang bukan pembekalan barang ataupun perkhidmatan di dalam Jadual Kedua. 5. Bahagian II, fasal 5 8 berkaitan dengan pentadbiran GST terutamanya tentang Ketua Pengarah Kastam mempunyai pengawasan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan GST, keperluan kepada pegawai GST untuk memperkenalkan diri dalam melaksanakan kewajipan, semua pegawai GST adalah penjawat awam dan kerahsiaan maklumat. 6. Bahagian III, fasal 9 18 mengandungi peruntukan mengenai pengenaan dan skop GST. Bahagian ini disediakan bagi menjelaskan dengan teliti dalam keadaan mana GST boleh dikenakan dan kadar GST yang dikenakan. Menteri Kewangan diberi kuasa untuk menetapkan kadar GST dimana ianya perlu dibuat melalui satu Perintah yang disiarkan di dalam Warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014, kadar GST yang dicadangkan adalah 6%. Kadar ini adalah yang terendah di kalangan negara ASEAN. Selain itu, peruntukan mengenai penentuan masa pembekalan, tempat pembekalan, layanan GST ke atas pembekalan perkhidmatan yang diimport, penentuan negara tempat pembekal atau penerima perkhidmatan, penetapan kaedah dalam menentukan nilai dan cara pengiraan nilai barang yang diimport juga telah disediakan. 2

7. Rang Undang-undang ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dikenakan GST pada kadar sifar atau dikecualikan dari dikenakan GST. Penentuan ini akan dibuat melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Senarai barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST pada kadar sifar dan dikecualikan dari dikenakan GST telah diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2014 yang lalu. Antara barang dan perkhidmatan yang dicadangkan dikenakan GST pada kadar sifar adalah barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak termasuk bekalan air paip dan 300 unit pertama bekalan elektrik bagi pengguna domestik. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan juga akan dikecualikan dari dikenakan GST. Ini termasuk jual beli dan sewaan rumah kediaman dan perkhidmatan kewangan yang terpilih seperti insuran nyawa. Langkah yang diambil Kerajaan ini sebenarnya bagi menjadikan GST yang dilaksanakan kelak bersifat progresif disamping membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 8. Bahagian IV, fasal 19 32 memperkatakan perkara berkaitan pendaftaran. Peruntukan yang telah digubal adalah berkenaan pendaftaran secara mandatori dan pendaftaran secara sukarela bagi mana-mana orang yang ingin mendaftar. Bagi tujuan pendaftaran, sesuatu perniagaan wajib berdaftar sekiranya nilai jualan tahunan melebihi tahap threshold yang ditetapkan iaitu RM500,000 setahun. Manakala bagi perniagaan yang jualan tahunannya kurang dari tahap threshold tersebut, mereka tidak perlu berdaftar tetapi dibenarkan untuk berdaftar secara sukarela. Ini bermaksud perniagaan kecil tidak akan terbeban dengan kos permulaan dan pematuhan GST. Kuasa penetapan tahap threshold ini diberikan kepada Menteri Kewangan dan ianya perlu dibuat melalui satu Perintah dan disiarkan di dalam Warta. Selain itu, peruntukan berkaitan pendaftaran secara berkumpulan, pendaftaran bagi perkongsian, pertubuhan dan organisasi yang serupa dan pendaftaran bagi cawangan atau bahagian juga telah digubal. 9. Bahagian V, fasal 33 53 membuat peruntukan mengenai perakaunan, taksiran, mendapatkan semula cukai dan sebagainya. Perkara yang digubal adalah berkaitan pengeluaran inbois cukai, keperluan untuk menyimpan rekod selama 7 3

tahun dan asas perakaunan yang perlu digunapakai semasa mengakaun cukai pada masa pembekalan. 10. Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, GST bukan merupakan kos kepada perniagaan. Ini disebabkan kerana apa-apa GST yang dibayar ke atas input boleh dituntut semula sebagai kredit daripada Kerajaan. Sehubungan itu, peruntukan mengenai kebenaran kepada orang kena cukai untuk memotong cukai input daripada cukai outputnya dan menghadkan amaun cukai input sebagai kredit untuk bekalan tertentu juga telah disediakan. Kemudahan yang disediakan ini juga akan menghapuskan elemen cukai atas cukai sepertimana yang terdapat di dalam sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang. Ini bermaksud pengguna akan membayar harga barang dan perkhidmatan yang lebih kompetetif dan telus. 11. Bahagian VI, fasal 54 55 memperkatakan tentang penubuhan Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik GST. Penubuhan Kumpulan Wang ini atau lebih dikenali sebagai Tabung Bayaran Balik GST akan memudahkan urusan bayaran balik GST dan konsepnya adalah sama dengan tabung yang ditubuhkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tujuan bayaran balik lebihan cukai pendapatan. Langkah ini menunjukkan yang Kerajaan komited di dalam membuat bayaran balik GST dalam tempoh 14 hari bekerja jika borang cukai dihantar secara elektronik dan 28 hari bekerja jika dihantar secara manual. Ini adalah bertujuan untuk tidak membebankan peniaga di dalam menanggung kos kewangan jika lambat menerima bayaran balik GST. 12. Bahagian VII, fasal 56 63 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai pelepasan, pembayaran balik dan peremitan. GST merupakan satu bentuk cukai kepenggunaan yang mana ianya akan dibayar apabila seseorang itu membuat pembelian ataupun berbelanja. Selain itu, semua peniaga yang layak juga perlu mengenakan GST ke atas bekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat mereka. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, Menteri Kewangan boleh memberikan pelepasan (relief) kepada mana-mana orang dari membayar GST ataupun mengenakan GST. Sebagai contoh, pelepasan akan diberi ke atas perolehan barang yang dibuat oleh Jabatan Kerajaan. Senarai mereka yang akan diberi pelepasan ini 4

akan dibuat melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat. 13. GST sebenarnya mempunyai mekanisme tersendiri untuk merangsang sektor ekonomi yang terpilih. Sepertimana kita semua sedia maklum, industri pelancongan merupakan salah satu industri penting dalam perkembangan ekonomi negara. Di dalam memastikan perkembangan positif industri pelancongan terutamanya dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli belah utama dunia, peruntukan mengenai Skim Bayaran Balik Pelancong telah disediakan. Melalui skim ini, pelancong yang membeli barang di kedai yang diluluskan dan seterusnya membawa keluar barang tersebut, boleh menuntut balik GST yang telah dibayar ke atas barang tersebut. Tuntutan bayaran balik boleh dibuat di lapangan terbang antarabangsa dan bayaran balik ini akan diproses dan dibuat oleh agen bayaran balik yang dilantik Kerajaan. 14. Bahagian VIII, fasal 64 75 membuat peruntukan mengenai kes khas. Dalam menjadikan sistem percukaian GST ini lebih mudah ditadbir urus, perkhidmatan yang dibuat oleh Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri tidak akan termasuk di dalam skop kenaan GST. Ini bermaksud, orang ramai tidak perlu membayar GST ke atas perkhidmatan Kerajaan seperti pengeluaran lesen, pasport dan kad pengenalan. Layanan yang sama juga diberikan ke atas perkhidmatan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan badan berkanun berkaitan dengan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya. 15. Kerajaan sedar bahawa pelaksanaan GST mestilah bersifat mesra peniaga dimana ianya perlu selari dengan aturan biasa sesuatu jenis perniagaan. Sehubungan itu, peruntukan mengenai pelepasan hutang lapuk, pelepasan barang terpakai, pelantikan dan tatacara bekalan yang dibuat oleh ejen, pemindahan usaha berterusan dan usaha sama telah disediakan. Selain itu, skim skim khas juga diperkenalkan bagi memenuhi keperluan urusniaga yang mempunyai karakter yang tersendiri. Skim-skim khas yang terdapat di dalam Rang Undang-undang ini adalah seperti berikut:- 5

(a) Skim Penggudangan sekiranya terdapat bekalan ke atas barang diimport yang tertakluk kepada skim penggudangan, maka bekalan yang berlaku di dalam gudang tersebut tidak akan dikenakan GST; (b) Skim Pedagang Diluluskan cukai ke atas barang yang diimport akan digantung tetapi ianya perlu diakaun dalam tempoh bercukai berlakunya pengimportan tersebut; (c) Skim Pengilang Tol Diluluskan bekalan barang siap daripada pengilang tol kepada prinsipalnya yang berada di luar negara tidak akan diambil kira dalam pengenaan GST; (d) Skim Tukang Emas Diluluskan orang kena cukai tidak perlu mengakaun GST yang dikenakan ke atas bekalan barang tertentu kepada tukang emas diluluskan. Sebaliknya, tukang emas yang diluluskan tersebut perlu mengakaunkan sendiri cukai tersebut; (e) Skim Kadar Rata skim ini membenarkan orang yang layak untuk mengenakan tambahan kadar rata ke atas balasan bekalannya. Skim ini secara asasnya adalah disediakan kepada petani yang belum mencapai threshold; (f) Aktiviti pasaran modal di dalam skim ini, broker saham dan remisier akan dianggap sebagai satu entiti tunggal bagi tujuan pendaftaran. Skim ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi remisier yang majoritinya berada di bawah tahap threshold yang ditetapkan dan jualan tahunan yang tidak menentu. Semua pendaftaran akan dibuat atas nama broker saham. 16. Bahagian IX, fasal 76 79 bertujuan memperuntukkan peruntukan mengenai ketetapan GST. Sekiranya terdapat peruntukan di dalam Rang Undang-undang ini memerlukan penjelasan lebih lanjut terutamanya berkaitan dengan pemakaian mana-mana peruntukan, Ketua Pengarah Kastam boleh membuat ketetapan umum. Ketetapan umum ini boleh dibuat dan terpakai bagi mana-mana orang atau mana- 6

mana jenis urusniaga. Selain itu, Ketua Pengarah Kastam juga boleh membuat ketetapan awal berdasarkan permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang berkaitan dengan apa-apa perkiraan. Langkah-langkah ini adalah bagi menjadikan sistem percukaian GST lebih telus dan mudah dipatuhi. 17. Bahagian X, fasal 80 87 memperkatakan tentang hal berkaitan penguatkuasaan yang secara asasnya meliputi aktiviti pemeriksaan, penyiasatan, pengeledahan, penyitaan dan kuasa untuk menahan. 18. Bahagian XI, fasal 88 98 mengandungi peruntukan mengenai kenaan penalti bagi kesalahan berikut:- (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) menghantar penyata yang tidak betul; pengelakan cukai dan fraud; memperoleh bayaran balik secara tidak wajar; kesalahan berkaitan barang, inbois dan resit; menghalang pegawai; enggan menjawab soalan; memberi maklumat palsu; dan bersubahat. 19. Bahagian XII, fasal 99 122 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai perbicaraan dan prosiding sebagai contoh berkenaan hal pendakwaan, beban pembuktian, obligasi kerahsian, perlindungan pemberi maklumat, penyampaian saman, kompaun dan perintah mahkamah. 20. Bahagian XIII, fasal 123 153 memperkatakan tentang semakan semula dan rayuan. Sistem percukaian yang adil mestilah mempunyai ruang untuk menyemak semula apa-apa keputusan yang telah dibuat. Sehubungan itu, peruntukan bagi membolehkan Ketua Pengarah Kastam untuk mengkaji dan menyemak semula keputusan yang telah dibuat sebelumnya dan membuat keputusan muktamad dalam tempoh masa yang ditetapkan telah disediakan. Peruntukan mengenai penubuhan Tribunal Rayuan GST juga telah digubal. Platform yang disediakan ini adalah bagi memberi ruang kepada mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan apa-apa 7

keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kastam untuk membuat rayuan kepada Tribunal Rayuan GST. Tribunal ini akan mempunyai seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota lain Tribunal. Kuasa melantik mereka ini diberikan kepada Menteri Kewangan. Selain itu, Menteri Kewangan juga mempunyai kuasa untuk menentukan saraan, terma dan syarat pelantikan anggota Tribunal. 21. Bahagian XIV, fasal 154 160 menyatakan tentang kawasan ditetapkan. Dicadangkan GST tidak dikenakan di kawasan yang ditetapkan iaitu di Labuan, Langkawi dan Tioman. Ini bermakna selain pelancong, penduduk penduduk di ketiga tiga kawasan ini juga secara asasnya tidak perlu membayar GST ke atas pembelian barang atau perkhidmatan. 22. Bahagian XV, fasal 161 163 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai zon perdagangan bebas. Antara layanan yang dicadangkan adalah tiada GST dikenakan ke atas pengimportan barang ke dalam kawasan tersebut kecuali ke atas barang yang digunakan di dalam kawasan tersebut selain daripada barang bagi tujuan komersial atau runcit seperti yang diluluskan di bawah Akta Zon Bebas 1990. Layanan yang sama juga akan terpakai ke atas bekalan barang yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan yang diluluskan di bawah Akta Zon Bebas 1990 yang dibuat di dalam zon perdagangan bebas. 23. Bahagian XVI, fasal 164 177 memperkatakan tentang peruntukan pelbagai. Antara peruntukan yang disediakan adalah tentang ejen cukai GST. Di dalam memberi kemudahan kepada mana-mana orang untuk mematuhi peruntukan yang terdapat di dalam Undang-undang ini, mereka boleh melantik ejen GST bagi mewakili mereka di dalam apa-apa perkara berkaitan GST. Melalui peruntukan ini juga, mana-mana orang boleh memohon untuk menjadi ejen GST tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kuasa meluluskan permohonan ini diberikan kepada Menteri Kewangan. 24. Bahagian XVII, fasal 178 180 mengandungi peruntukan tentang pemansuhan dan kecualian Akta Cukai Jualan 1972. Ini bermaksud, apabila GST dilaksanakan, cukai jualan akan dimansuhkan. Peruntukan yang disediakan ini juga 8

menetapkan tentang keperluan untuk mengemukakan penyata cukai jualan yang terakhir tidak lewat daripada 28 hari dari tarikh pelaksanaan GST. 25. Bahagian XVIII, fasal 181 182 menyatakan tentang peruntukan mengenai pemansuhan dan kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Ini juga bermaksud yang cukai perkhidmatan akan dimansuhkan apabila GST dilaksanakan. Peruntukan yang digubal ini juga menetapkan tentang keperluan untuk mengemukakan penyata cukai perkhidmatan yang terakhir tidak lewat daripada 28 hari dari tarikh pelaksanaan GST. 26. Bahagian XIX, fasal 183 197 memperkatakan tentang peruntukan peralihan. Antara perkara yang digubal adalah tentang layanan GST ke atas bekalan barang dan perkhidmatan tertentu semasa tempoh peralihan tersebut. Sebagai contoh, layanan GST ke atas bekalan yang telah dibuat bayaran tetapi hanya dibekal selepas tarikh pelaksanaan GST. Peruntukan mengenai kontrak yang tidak mempunyai peluang untuk dikaji semula juga disediakan. Peruntukan ini menyatakan bahawa kontrak tersebut akan dikenakan GST pada kadar sifar untuk tempoh 5 tahun tertakluk kepada beberapa syarat. Disamping itu, bagi mengelakkan berlakunya unsur double taxation, iaitu sesuatu barang mempunyai elemen cukai jualan dan GST, maka Kerajaan telah menyediakan bayaran balik khas. Bayaran balik ini diberikan kepada mereka yang ada memegang barang bercukai jualan semasa tempoh peralihan dan cukai jualan tersebut telah dibayar. 27. Rang Undang-undang ini juga ada menyediakan jadual bagi menerangkan lebih terperinci tentang sesuatu perkara. Jadual Pertama menyatakan perkara berkaitan dengan bekalan-bekalan yang diklasifikasikan sebagai bekalan barang atau bekalan perkhidmatan. Sebagai contoh bekalan elektrik, air dan gas dianggap sebagai bekalan barang dan bukan bekalan perkhidmatan. 28. Jadual Kedua menyenaraikan perkara-perkara yang dianggap sebagai bukan bekalan barang mahupun bukan bekalan perkhidmatan. Sebagai contoh adalah penjualan perniagaan secara transfer of going concern dan sumbangan kepada KWSP atau PERKESO. Ini bermakna aktiviti ini tidak dikenakan GST. 9

29. Jadual Ketiga berkaitan dengan kaedah untuk menetapkan nilai bekalan barang atau perkhidmatan. 30. Jadual Keempat tentang senarai perkara-perkara yang tidak boleh dirayu kepada Tribunal Rayuan GST. 31. Dengan cadangan Rang Undang-undang ini, negara kita akan mempunyai sistem percukaian yang lebih telus, efisien dan mesra perniagaan. Pada masa yang sama negara juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada hasil daripada cukai pendapatan dan hasil petroleum. Ini disebabkan kerana hasil cukai pendapatan adalah tertakluk kepada keadaan ekonomi pada satu-satu masa. Bagi hasil dari petroleum, ianya bukanlah merupakan sumber hasil yang kekal selamalamanya. Selain itu, hasil petroleum yang diperolehi perlu diurus dengan baik bagi generasi yang akan datang. Pelaksanaan GST sememangnya amat tepat pada masanya dalam mencapai wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Tuan Yang Di-Pertua, saya mohon mencadangkan. 10