MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENDAHULUAN. mengenai zakat lazimnya menjurus kepada pentadbiran harta zakat. Selaras dengan

Zakat Perniagaan. Koperasi

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 2 ASNAF FISABILILLAH

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN. Peruntukan undang-undang wakaf di Indonesia yang kurang dalam pemerkasaan

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI DAN UNIVERSITAS RIAU

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

Akaun Pelaburan Waheed

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Polisi Privasi. Pengenalan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA. LAPORAN KEMAJUAN BERKALA PROGRAM Bil: 1 Tarikh: 01 Sept 2015

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Transkripsi:

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad Abstrak Pada masa kini terdapat dua kaedah penaksiran zakat yang digunakan iaitu; pertama, Kaedah Modal Berkembang (Urfiyyah) dan kedua, Kaedah Modal Kerja (Syar iyyah). Kaedah-kaedah tersebut merupakan kaedah pengiraan standard bagi menyelaraskan kaedah penaksiran zakat perniagaan bagi semua negeri di seluruh Malaysia. Namun begitu, bank-bank Islam di Malaysia membuat kiraannya sendiri, ini menunjukkan tiada keselarasan terhadap kaedah yang digunakan untuk penaksiran zakat bagi bankbank Islam yang terlibat.namun begitu terdapat isu perbezaan perakaunan berkaitan hutang di antara kaedah-kaedah tersebut yang didakwa tidak konsisten dan memberi kesan yang berbeza kepada nilai taksiran zakat perniagaan. Isu perakaunan hutang merupakan isu yang amat ketara kesannya ke atas nilai zakat. Sehubungan itu, tujuan kertas kajian ini adalah menganalisa isu tersebut dalam taksiran zakat perniagaan bagi menghasilkan kaedah perakaunan zakat yang konsisten, adil dan seragam dengan semua bank Islam yang terlibat. Kesannya wujud pengenaan zakat dua kali atas aset yang sama dan berlakunya aset kena zakat terlepas daripada kenaan zakat. Oleh itu sewajarnya kaedah perakaunan perniagaan diselaraskan agar tidak memberi implikasi kepada pembayar zakat dan hasil zakat bagi pusat zakat. Implikasi penting dapatan kajian ini ialah dasar penaksiran zakat bagi kedua-dua institusi tersebut perlu konsisten dan diselaraskan bagi menghasilkan penaksiran zakat perniagaan yang mantap dan adil bagi semua pihak. LATAR BELAKANG KAJIAN Zakat merupakan perintah yang wajib dilaksanakan ke atas setiap orang Islam. Secara umumnya perkataan zakat itu sendiri telah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 56 kali, 32 kali secara berasingan dan 26 kali beriringan dengan digandingkan bersama perkataan mendirikan solat. Ada ulama berpendapat bahawa orang yang solat tetapi tidak berzakat maka tidaklah diterima solatnya. Zakat itu sendiri secara umumnya bukan hanya menyentuh ibadat semata-mata, malah ianya juga melibatkan kehartaan dan ekonomi. Tujuan mengeluarkan zakat itu, selain daripada menyucikan jiwa dan harta pengeluarnya, ia merupakan satu program bantuan bagi meringankan beban mereka yang berada di dalam kesempitan hidup terutamanya bagi orang-orang yan fakir dan miskin. Ia juga memperkukuhkan lagi operasi dakwah Islamiyyah dan membiayai jihad ke jalan Allah. Kepentingan zakat sebagai satu ibadat merupakan salah satu instrumen ekonomi Islam telah diakui oleh ulama serta ahli ekonomi Islam. Jika tinggi tahap kesedaran terhadap zakat ini maka ia akan dapat membantu kepada pembinaan masyarakat islam yang madani selain dapat melatih sifat menderma, menghilangkan rasa kedekut serta dapat mewujudkan kasih sayang sesama insan.

Adapun zakat perniagaan adalah merupakan zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada aktiviti perniagaan sama ada yang berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya yang dijalankan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan secara syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. Institusi perbankan adalah pihak yang banya terlibat dengan urusan perniagaan, perdagangan dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat bank yang mengeluarkan zakat dan juga sebaliknya. Bagi pihak bank yang mengeluarkan zakat, masih belum ada modul yang selaras dengan semua bank kerana terdapat dua sudut atau kaedah penaksiran zakat yang dapat dilaksanakan oleh pihak bank, iaitu dari perspektif modal dan perkembangannya atau dari sudut modal kerja. Kedua-dua kaedah ini, sebenarnya akan memberikan taksiran zakat yang sama kerana dari segi perakaunan nilai kedua-duanya adalah diperolehi dari penyata kewangan yang sama. Walau bagaimanapun, beberapa pelarasan adalah diperlakukan bagi mengambil kira persoalanpemilikan aset, harta tak bersih, perbezaan liabiliti semasa operasi dan liabiliti kewangan, zakat dua kali, aset yang diniatkan untuk kebajikan dan beberapa keadaan lain yang akan diperjelaskan. Kesan daripada kedua-dua kaedah tersebut, maka lahirlah kaedah-kaedah yang tidak selaras di antara satu bank dengan satu bank yang lain di dalam melakukan penaksiran zakat. Akhirnya, perbezaan kaedah membawa kepada perbezaan kadar taksiran zakat jika beberapa pelarasan tidak dilakukan. Justeru itu, penulis berminat untuk menjalankan kajian mengenai kaedah-kaedah penaksiran zakat yang dilaksanakan di bank-bank yang mengeluarkan zakat sekaligus dapat menilai kaedah manakah yang terbaik untuk dilaksanakan melalui pendapatpendapat hasil dari temubual yang dijalankan. Kajian ini juga memberikan maklumat kepada masyarakat mengenai persoalan bagaimana institusi perbankan melaksanakan PERMASALAHAN KAJIAN Pungutan zakat yang meningkat dari tahun ke tahun adalah menunjukkan kesedaran umat Islam terhadap kewajipan zakat yang diamanahkan oleh Allah kepada mereka. Jumhur ulama bersependapat bahawa zakat diwajibkan ke atas harta perniagaan. Kewajipan zakat perniagaan adalah berdasarkan kepada prinsip umum zakat harta, prinsip keadilan, jaminan sosial dan prinsip berkembangnya harta itu. Jadi tidak hairanlah bagi memastikan kewajipan itu terlaksana, ada beberapa kaedah yang digunakan untuk sesebuah institusi perbankan itu melakukan Terdapat kepelbagaian kaedah penaksiran zakat di bank-bank Islam di Malaysia iaitu Kaedah Modal Berkembang dan Kaedah Modal Kerja. Ekoran kepelbagaian kaedah tersebut setiap bank tidak sama kaedah yang digunakan dalam penaksiran zakat kerana belum ada penyelarasan dibuat terhadap kaedah penaksiran zakat kepada semua bankyang terlibat. Walau bagaimanapun, beberapa pelarasan perlu dilakukan bagi mengambil kira persoalan pemilikan aset, harta tak bersih, zakat dua kali dan sebagainya. Kemudian, mengenalpasti kaedah yang terbaik sebagai saranan untuk dijadikan satu modul khusus bagi bank-bank yang mengeluarkan zakat. 333

KEPENTINGAN KAJIAN Zakat merupakan ibadat yang perlu disempurnakan dengan baik. Oleh yang demikian, kaedah penepatannya perlulah benar-benar tepat seperti mana yang dikehendaki oleh agama. Kajian ini perlu bagi membantu institusi perbankan memperkemaskan kaedahkaedah yang digunakan ketika penaksiran zakat dibuat. Selain itu, untuk memberi penjelasan kepada masyarakat tentang bagaimana kaedah-kaedah yang dilaksanakan dalam suatu institusi perbankan serta bagi menafikan sesetengah pendapat yang mengatakan kadar zakat tidak akan dapat diselaraskan di Malaysia. PERSOALAN KAJIAN Maka berdasarkan permasalahan kajian, timbulnya persoalan dalam kajian iaitu: 1. Apakah kaedah yang digunakan oleh sebuah institusi perbankan dalam penaksiran zakat? 2. Apakah perbezaan kaedah-kaedah yang digunakan untuk penaksiran zakat? 3. Apakah kaedah terbaik yang patut diselaraskan bagi institusi perbankan dalam penaksiran zakat? OBJEKTIF KAJIAN Objektif dalam kajian ini adalah: 1. Mengkaji kaedah yang digunakan oleh sebuah institusi perbankan dalam 2. Mengenal pasti perbezaan kaedah-kaedah yang digunakan untuk penaksiran zakat. 3. Menilai kaedah terbaik yang patut diselaraskan bagi institusi perbankan dalam DEFINISI OPERASI Dalam kajian ini penulis memfokuskan penyelidikan hanya kepada dua kaedah iaitu Kaedah Modal Berkembang dan Kaedah Modal Kerja. Istilah untuk kaedah pertama disebut sebagai Kaedah Modal Berkembang (Urfiyyah) kerana dari segi uruf dan adatnya, aset-aset tetap ditolak dalam taksiran zakat. Manakala kaedah kedua dinamakan sebagai Kaedah Modal Kerka (Syar iyyah) kerana yang disyariatkan ialah pada barang yang diperniagakan. Kedua-dua pendekatan ini dapat diperjelaskan seperti berikut berasaskan sudut perakaunan. Kaedah Modal Berkembang (Urfiyyah) Kaedah Modal Berkembang ini mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan bagi item-item tertentu, sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan. 334

Modal Terkini = Modal Pemilik + Modal Hutang Kewangan + Kaedah Modal Kerja (Syar iyyah) Perkembangan tahunan pada modal (keuntungan) Kaedah Modal Kerja (Syar iyyah) Kaedah Modal Kerja ini mengambil kira kedudukan aset semasa perniagaan, ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan ke atas beberapa item aset semasa dan tanggungan semasa atas sebab beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenal pasti perlu ditambah ataupun dibuat tolakan. Aset Semasa Bersih = Aset Semasa Liabiliti Semasa Operasi Sahaja Kedua-dua kaedah ini, sebenarnya akan memberikan taksiran zakat yang sama kerana dari segi perakaunan nilai kedua-duanya adalah diperolehi dari penyata kewangan yang sama. PERSAMAAN PERAKAUNAN EKUITI PEMILIK + LIABILITI JANGKA PANJANG ASET TETAP ASET BUKAN SEMASA ADALAH SAMA DENGAN ASET SEMASA LIABILITI SEMASA 335

Kaedah Modal Berkembang (Urfiyyah) = Kaedah Modal Kerja (Syar iyyah) Walau bagaimanapun, beberapa pelarasan adalah diperlakukan bagi mengambil kira persoalan pemilikan aset, harta tak bersih, perbezaan liabiliti semasa operasi dan liabiliti kewangan, zakat dua kali, aset yang diniatkan untuk kebajikan dan beberapa keadaan lain yang akan diperjelaskan. Penyata kewangan perniagaan yang ada kini adalah disediakan berpandukan Piawaian Perakaunan di Malaysia dan antarabangsa dan belum mengambil kira keperluan Syarat Taksiran Zakat. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah kajian kualitatif dan rekabentuk kajian yang hendak dijalankan ialah deskriptif iaitu suatu kajian yang bertujuan menjelaskan sesuatu perkara. Bagi memenuhi kehendak kajian, penulis telah menjalankan penyelidikan dengan menggunakan dua pendekatan iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Melalui kajian kepustakaan, penulis menjadikan rujukan utama iaitu Al-Quran dan Hadith. Sementara itu kitab-kitab fiqh, tesis, jurnal dan buku-buku yang berkaitan dengan zakat juga turut dirujuk. Melalui kajian lapangan pula penulis melakukan temubual bersama beberapa para ilmuan iaitu beberapa orang pensyarah dan pihak bank bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kaedah-kaedah yang dijalankan di institusi perbankan dalam TINJAUAN LITERATUR Sebelum memilih tajuk ini sebagai kajian lapangan, penulis telah melihat dan meneliti beberapa buah buku, laman sesawang dan hasil kajian yang lalu. Hasil daripada itu, penulis dapati belum ada lagi sebarang kajian mahu pun tulisan yang sempurna mengenai tajuk yang ingin penulis lakukan kajiannya. Antara buku-buku dan laman sesawang yang telah dibaca oleh penulis ialah: 1. Kertas kerja yang bertajuk Manual Pengurusan Zakat Perbankan (MPZP)yang diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di laman sesawang rasminya, www.jawhar.gov.my. Penerbitan kertas kerja ini adalah bertujuan agar MPZP menjadi asas panduan bagi membantu pihak pengurusan institusi perbankan menyelesaikan isu pengiraan zakat perniagaan di institusi masing-masing. Selain itu, dapat membantu semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dalam menyeragamkan pengiraan zakat perniagaan yang diterima dari institusi perbankan sekaligus meningkatkan kecekapan pengurusan zakat di seluruh negara. 336

2. Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. 2006. Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan. Buku ini sebahagiannya merupakan hasil penyelidikan IRPA yang dibiayai oleh Kementerian Sains dan Teknologi, manakala sebahagian lagi merupakan hasil muzakarah pakar zakat yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003. Tema buku ini memfokuskan kepada lima aspek utama di mana setiap aspek terebut akan sama menyokong antara satu sama lain iaitu, fiqh zakat, perekonomian, perakaunan, perundangan dan pengalaman negeri menguruskan dana zakat. 3. Hailani Muji Tahir, Abdul Ghafar Ismail dan Zamzuri Zakaria. 2004. Prosiding Muzakarah Pakar Zakat. Objektif muzakarah ini ialah membincangkan penemuan terkini kajian zakat; membincangkan kesepakatan dan penerokaan sumber zakat yang diikhtilaf oleh fuqaha, dan membincangkan jaringan keselamatan sosial zakat dalam menjana pembangunan umat. 4. Mujaini Tarimin. 2006. Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Buku ini adalah koleksi kertas kerja Prof. Madya Dr. Mujaini Tarimin yang dihasilkan dan dibentangkan di seluruh Malaysia. Penulis ini memberi kesimpulan bahawa zakat perlu dianalisis dalam perkembangan ekonomi semasa, terutama sekali tentang harta atau item berkenaan dengan zakat. Analisis semasa ini perlu didasarkan kepada pemahaman asas tentang zakat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W, para sahabat dan ulama salaf. 5. Shofian Ahmad dan Amir Husin Mohd. Nor. 2002. Zakat Membangun Ummah. Buku ini menyingkap persoalan berkaitan falsafah perundangan zakat, mendedahkan tentang jenis-jenis dan sumber zakat yang sentiasa berkembang. Selain itu, mendedahkan beberapa persoalan berkaitan hukumhakam yang berkaitan dengan zakat bagi menjelaskan kekeliruan yang sering diutarakan serta persoalan berkaitan dengan pelaksanaan zakat di Malaysia juga dibincangkan bagi mendapatkan gambaran sebenar isu-isu yang berkaitan sama ada perundangan atau pentadbiran yang berlaku dalam negara kita. 6. Hasan Bahrom, Abd Halim Mohd Noor dan Rawi Nordin. 2011. Fiqh Zakat Malaysia. Buku ini mengandungi empat bahagian yang akan dihuraikan dalam 25 bab. Setiap bahagian mengandungi bidang tertentu untuk dianalisa yang difokuskan kepada aspek yang telah ditentukan. Bahagian pertama membincangkan tentang zakat dan hukum. Bahagian kedua dalam buku ini berkaitan dengan jenis-jenis harta yang wajib dizakatkan. Bahagian ketiga membincangkan aspek agihan dana zakat kepada asnaf yang telah ditentukan. Manakala bahagian keempat membicarakan tentang sistem pengurusan institusi zakat di Malaysia. 7. Mahmood Zuhdi Abd. Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Buku ini bertujuan untuk menghuraikan kedudukan zakat sebagai satu sistem pembiayaan. Bagaimanapun ia mengambil kira kedudukan zakat sebagai satu ibadat. Penghuraian berasaskan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah, tafsiran-tafsiran para fuqaha terhadap nas-nas berkenaan, pandangan-pandangan fiqh mereka 337

dan nilai serta realiti semasa yang boleh diambil kira sepertimana yang dibenarkan oleh metodologi hukum Islam atau Usul Al-Fiqh. KESIMPULAN Analisa kajian ini secara amnya menjurus ke arah penyelarasan atau penyeragaman kaedah penaksiran zakat yang diaplikasikan di bank-bank Islam di seluruh Malaysia. Selain daripada memberi pemahaman tentang kaedah-kaedah penaksiran zakat yang merupakan kaedah pengiraan standard bagi semua negeri di seluruh Malaysia. Selain itu, kajian ini dapat mengenalpasti perbezaan yang terdapat dalam setiap kaedah penaksiran zakat yang digunakan kerana setiap kaedah terdapat terdapat pro dan kontranya tersendiri. Di akhir kajian ini, penulis dapat menilai kaedah terbaik yang patut diselaraskan bagi semua institusi perbankan Islam dalam penaksiran zakat, sama ada terbaik dari segi maslahah, penaksiran dan sebagainya. RUJUKAN Al-Quran al-karim Ahmad Sunawari Long. 2008. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bandar Baru Bangi: Gema Alam Enterprise. Shofian Ahmad & Amir Husin Mohd. Nor. 2002. Zakat Membangun Ummah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Abdul Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir. 2006. Zakat Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mujaini Tarimin. 2006. Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hasan Bahrom, Abd Halim Mohd Noor dan Rawi Nordin. 2011. Fiqh Zakat Malaysia. Kuala Lumpur. Pusat Penerbitn Universiti (UPENA), UiTM & Institut Kajian Zakat Malaysia (IkaZ), UiTM. Hailani Muji Tahir, Abdul Ghafar Ismail dan Zamzuri Zakaria. 2004. Prosiding Muzakarah Pakar Zakat. Bangi : Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM. http://www.jawhar.gov.my/sharing/p_admin/file_upload/jawhar- Zakat%20Perbankan.pdf. 338