Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

dokumen-dokumen yang mirip
Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Fasal-fasal yang dipinda

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Fasal-fasal yang dipinda

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN. 1. Takrif. 2. Penerimaan Kad. 3. Kemudahan Kad. 4. PIN dan Bayar. 5.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

Terma & Syarat AFFINBANK World MasterCard ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

1. Apakah produk ini?

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Terma dan Syarat OCBC SME Access

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

SYNERGY CARDS SDN BHD

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

PROGRAM KEAHLIAN KESETIAAN BIG TERMA DAN SYARAT

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Perjanjian Maybankard Platinum

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK DEBIT MASTERCARD 1. TAKRIF

Transkripsi:

27 Januari 2016 Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK World MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard. Fasal 1.11. TAKRIF 1.13 TAKRIF Transaksi Tanpa Kad merujuk kepada bayaran transaksi Kad dimana fisikal Kad tiada di tempat jualan. "e-perbankan" hendaklah bermaksud pemberian produk dan perkhidmatan perbankan melalui saluran elektronik, termasuk melalui internet, peranti mudah alih, telefon, ATM, dan mana-mana saluran elektronik lain. 2.2. PENERIMAAN KAD Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank untuk mengaktifkan Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi Kad. 2.4. PENERIMAAN KAD Dengan penerimaan Kad, Ahli Kad adalah bertanggungjawab untuk: a. patuh kepada terma dan syarat penggunaan Kad; b. mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Kad dan PIN selamat setiap masa, termasuk di tempat kediaman Ahli Kad. Ini termasuk tidak: i. mendedahkan butiran Kad atau PIN kepada pihak lain; menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad; i menggunakan PIN yang dipilih dari tarikh lahir Ahli Kad, kad pengenalan, lesen memandu atau nombor perhubungan; iv. membenarkan pihak lain menggunakan Kad atau PIN; dan v. Melakukan penipuan c. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah selepas mendapati Kad telah hilang, dicuri, transaksi tidak sah telah berlaku atau PIN telah terjejas; d. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera apabila menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) amaran transaksi bagi transaksi tidak sah; e. memaklumkan dengan segera kepada pihak Bank mengenai apa-apa pertukaran nombor perhubungan Ahli Kad; f. menggunakan Kad dengan bertanggungjawab, termasuk tidak menggunakan Kad untuk aktiviti yang tidak dibenarkan; dan g. menyemak Penyata Akaun Kad dan laporkan sebarang pencanggahan tanpa berlengah. 4.1. PENGGUNAAN KAD a. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan di atas Resit Transaksi yang disediakan oleh Saudagar Berkuasa atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik untuk menguatkuasakan sesuatu pembelian kredit melalui penggunaan Kad. b. Ahli Kad hendaklah memberikan maklumat berkaitan Kad beliau seperti yang diminta untuk melengkapkan urus niaga dalam talian melalui laman web yang selamat. Apabila diperlukan, kod pengesahan atau One- Time-Password (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit Ahli Kad yang berdaftar dengan pihak Bank bagi melengkapkan transaksi dalam talian. Dengan memberikan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melaksanakan transaksi dalam talian, ia akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang Page 1 of 6

4.5. ditanggung. c. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan ke atas Deraf Pendahuluan Tunai / atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik untuk menguatkuasakan sesuatu Pendahuluan Tunai. Deraf Pendahuluan Tunai tersebut akan disifatkan oleh pihak Bank sebagai betul dan dianggap sebagai Transaksi Kad yang telah dibenarkan. d. Ahli Kad dikehendaki menggunakan PIN untuk mendapat akses kepada Akaun Kadnya bagi menguatkuasakan Pendahuluan Tunai melalui ATM. Dokumentasi yang dirakamkan ekoran daripada penggunaan PIN oleh Ahli Kad bagi tujuan memperolehi Pendahuluan Tunai daripada ATM akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang digunakan secara berpatutan. PENGGUNAAN KAD a. Pihak Bank adalah berhak untuk menganggap rekod transaksinya melalui penggunaan Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilakukan melalui pesanan mel atau telefon sebagai bukti hutang, yang ditanggung secara sah oleh Ahli Kad untuk Akaun Ahli Kad; dan a. Ahli Kad bersetuju bahawa rekod bagi mana-mana transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad untuk segala tujuan sehingga laporan mengenai kehilangan atau kecurian atau pengunaan yang Kad yang tidak dibenarkan telah diterima oleh pihak Bank. 5.4. CIP DAN PIN ( PIN & BAYAR ) - PIN DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA BERKENAAN Sekiranya Kad hilang atau dicuri, atau nombor PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak yang lain, Ahli Kad hendaklah dengan segera menghantar borang pertikaian yang lengkap kepada pihak Bank sekiranya Kad telah digunakan untuk transaksi yang tidak sah. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah diketahui. Kad baharu dan PIN akan dikeluarkan apabila diminta oleh Ahli Kad. Ahli Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada untuk Kad gantian. 5.5. CIP DAN PIN ( PIN & BAYAR ) - PIN DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA BERKENAAN Ahli Kad perlu merahsiakan PIN dan tidak boleh mendedahkan PIN kepada mana-mana pihak di bawah manamana keadaan. Sekiranya PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak, Ahli Kad hendaklah melaporkan kepada pihak Bank dengan segera. 6.6. ARAHAN TELEKOMUNIKASI Pemberian kuasa untuk Arahan Telefon, Telefon Bimbit, Teleks dan Faksimili. a. Ahli Kad memberi kuasa kepada Bank untuk bergantung kepada dan bertindak bersesuaian dengan apa-apa notis, arahan tuntutan atau komunikasi lain yang mungkin diberi melalui transaksi telefon, telex atau faksimili oleh Ahli Kad atau bagi pihaknya (selepas ini dirujuk sebagai "Arahan") dan Bank berhak untuk menganggap Arahan tersebut sebagai pemberian kuasa penuh oleh Ahli Kad dan Bank hendaklah mengambil apa-apa langkah bergantung kepada Arahan tersebut seperti yang Bank fikirkan sesuai. b. Perkhidmatan Pertanyaan Baki melalui Telefon Bimbit i. Ahli Kad memberi kuasa kepada Bank untuk menghantar kepada telefon bimbit beliau, sebagaimana yang didaftarkan Ahli Kad dalam permohonan Kad Kredit, melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), maklumat berikut berkaitan dengan Akaun Kad beliau dengan Bank: Baki tertunggak; Baki yang masih ada dalam had kredit beliau; Tarikh akhir bayaran; Jumlah bayaran minimum. 7.2. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI Sekiranya Kad tersebut hilang dan/atau dicuri ataupun PIN telah terdedah kepada sesiapa yang tidak mempunyai kuasa, Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta, memberitahu pihak Bank melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah diketahui. 7.3. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dijalankan ekoran daripada penggunaan Kad yang tidak sah sehinggalah laporan kehilangan atau kecurian telah diterima oleh pihak Bank. Page 2 of 6

7.3. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI Ahli Kad tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh pihak Bank terhadap: a. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan PIN diperlukan, kecuali Ahli Kad terbukti telah: kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah; i mendedahkan PIN dengan sengaja kepada pihak lain; atau iv. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad dan kemungkinan hilang atau dicuri bersama Kad. b. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan tandatangan diperlukan atau penggunaan Kad tanpa sentuh, kecuali Ahli Kad Ahli Kad terbukti telah: kelewatan yang munasabah untuk memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah; i meninggalkan Kad atau barang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh pihak lain, kecuali di tempat kediaman Ahli Kad. Walaubagaimanapun, Ahli Kad diharapkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kad walaupun di tempat kediaman Ahli Kad; atau iv. secara sengaja membenarkan pihak lain menggunakan Kad. c. Transaksi e-perbankan, kecuali Ahli Kad terbukti telah: sengaja mendedahkan kata laluan (ID) dan kod laluan kepada mana-mana pihak, melalui e-mail yang tidak dikenali atau di laman sesawang selain dari laman sesawang rasmi pihak Bank; i tidak mengambil langkah yang musabah untuk melindungi peranti keselamatan selamat setiap masa; atau iv. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan. d. Transaksi tanpa Kad, kecuali Ahli Kad terbukti telah: gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan sebarang transaksi tidak sah kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang transaksi tidak sah tersebut. 7.5. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI Sekiranya Kad hilang atau dicuri, PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak lain dan/atau berlaku pengunaan Kad tidak sah, Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank dengan segera di 03-5517 9999 (semasa waktu pejabat) atau 03-7947 5488 (selepas waktu pejabat). 7.5 TANGGUNGJAWAB Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dijalankan ekoran daripada penggunaan Kad yang tidak sah sekiranya siasatan pihak Bank atau pihak polis mendapati Ahli Kad terlibat di dalam pemerolehan mana-mana dagangan ataupun perkhidmatan-perkhidmatan daripada saudagar ataupun sekiranya wujud penggunaan Kad oleh sesiapa jua yang tidak dibenarkan. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab di atas transaksi-transaksi yang tidak dibenarkan samada sebelum atau selepas pihak Bank menerima pemberitahuan secara bertulis tentang kehilangan atau kecurian tersebut 7.6. TANGGUNGJAWAB Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi Pendahuluan Tunai melalui ATM. Page 3 of 6

7.9. TANGGUNGJAWAB Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta menurunkan tandatangan di atas Kad sebaik sahaja menerima Kad dan menghubungi pihak Bank untuk mengaktifkan Kad. 9.5. AKAUN KAD Walau apa pun peruntukan di atas, Pihak Bank atas bidang kuasanya boleh memutuskan bahawasanya tanggungan Ahli Kad adalah terhad kepada RM250 bagi caj yang dilakukan sebelum laporan kehilangan atau kecurian Kad sekiranya Ahli Kad telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kad tersebut dan melaporkan kehilangan atau kecuriakad serta merta dengan syarat Ahli Kad tidak melakukan penipuan berkenaan dengan hilang atau kecurian kad kredit. 16.5 KESILAPAN/PERTIKAIAN DAN PEMBERITAHUAN Ahli Kad hendaklah membuat pemberitahuan dengan segera sebaik sahaja menerima surat atau penyata kad daripada pihak Bank secara terus kepada: AFFIN BANK BERHAD Cards Business Department 301 Block C, Level 3 Menara Glomac Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2 47301 Kelana Jaya, Selangor No. Telefon: 03-5517 9999 Faksimili: 03-5510 0745 E-mel: worldcard@affinbank.com.my Atau membuat laporan dengan melengkapkan borang aduan pelanggan di mana-mana Cawangan Bank yang berdekatan atau e-mel ke yourvoice@affinbank.com.my atau hubungi AFFINBANK Careline di nombor 1 800 88 3883. Jika masalah atau aduan anda masih juga tidak selesai dalam jangka masa yang dijanjikan, anda boleh bertindak menyampaikan kepada pihak-pihak ini: Hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465, (9.00 pagi-5.00 petang, Isnin-Jumaat). Datang atau menulis kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNMLINK,Tingkat Bawah, Blok D, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur. E-mel kepada BNMTELELINK di bnmtelelink@bnm.gov.my. Hubungi Financial Ombudsman Scheme (FOS) di 03-2272 1577. 20.3. PENAMATAN Hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di 03-2616 7766 bagi perkhidmatan pengurusan wang, kaunseling kredit dan pengurusan semula hutang secara percuma bagi individu. Walau apapun peruntukan di dalam Perjanjian ini, Ahli Kad bersetuju untuk membayar ganti rugi dan akan terus membayar ganti rugi kepada pihak Bank untuk sebarang kerugian dan kerosakan, kos dan perbelanjaan, yuran dan caj, yang mungkin ditanggung oleh pihak Bank dalam usaha untuk menguatkuasakan atau cuba untuk menguatkuasakan bayaran di bawah Fasal 11 di dalam menguatkuasakan terma-terma Perjanjian ini terhadap Ahli Kad dan/atau Ahli Kad Tambahan. 21.13 FASAL PRIVASI KUMPULAN a. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank dan Fasal ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini. b. Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi Kumpulan di dalam laman sesawang pihak Bank. c. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan/atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, Page 4 of 6

termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti (bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad: i. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka dan/atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini; bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan i bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut. d. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut. e. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan pihak Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank dan syarikat-syarikat lain di dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad boleh menghubungi Ahli Kad tentang produk, perkhidmatan dan tawaran, yang mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan. Walau bagaimanapun, Ahli Kad boleh memilih untuk opt-out daripada pemasaran secara terus dengan menghubungi nombor telefon atau menulis kepada alamat di bawah. Merujuk kepada peniaga-peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional yang bukan sebahagian daripada Kumpulan Affin Holdings Berhad, pihak Bank tidak akan membuat apa-apa usaha pemasaran langsung melainkan kebenaran telah diperolehi daripada Ahli Kad. f. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran termasuk telefon, komputer atau mel menggunakan maklumat yang Ahli Kad berikan. g. Ahli Kad boleh opt-out dengan memberitahu pihak Bank pada bila-bila masa jika dia tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada pihak Bank, ahli-ahli lain di dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami di nombor 03-5517 9999 atau dengan menulis kepada mana-mana Pengurus Cawangan Perkhidmatan atau Pengurus Perhubungan atau dengan menulis kepada Jabatan Perniagaan Kad: AFFIN BANK BERHAD Cards Business Department 301 Block C, Level 3 Menara Glomac Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2 47301 Kelana Jaya, Selangor h. Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman sesawang Bank yang mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/perkhidmatan dan/atau produk-produknya, operasi akaun Ahli Kad dan/atau kemudahan dengan Bank, dan/atau kos tambahan kepada Bank. i. Pihak Bank boleh menggunakan agensi rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila ada keperluan untuk: i. menyemak butiran pada permohonan kredit dan berkaitan kredit atau lain-lain kemudahan; menguruskan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk menjalankan ulasan portfolio Ahli Page 5 of 6

Kad; dan/atau; i mendapatkan semula hutang. j. Ahli Kad akan dihubungkan oleh agensi-agensi rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang mungkin digunakan atau telah digunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Pihak Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Ahli Kad dan bagaimana mereka menguruskan akaun/kemudahan mereka dengan agensi-agensi rujukan kredit yang berkaitan. k. Ahli Kad tidak boleh menahan pihak Bank untuk bertanggungjawab ke atas mana-mana semakan kredit yang pihak Bank langgani. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab untuk mengemaskini kepada agensi laporan kredit sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam status kredit mereka seperti yang dinyatakan di dalam laporan kredit. Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya laporan kredit mereka diterbitkan tanpa sebarang kecuaian di pihak Bank. Pihak Bank berhak untuk meminda Fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan hendaklah memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad secara bertulis dan meletakkan pindaan tersebut pada laman sesawang Bank dan/atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di tempat yang mudah dilihat dalam cawangan-cawangan Bank. Selaras dengan komitmen pihak Bank untuk meningkatkan kemudahan dan faedah-faedah Ahli Kad, pihak Bank boleh menilai semula dan menyemak ciri-ciri dan faedah-faedah yang disenaraikan di dalam Perjanjian Ahli Kad ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu, melalui laman sesawang pihak Bank atau notis bertulis kepada Ahli Kad. Ahli Kad dinasihatkan untuk merujuk kepada terma dan syarat yang dikemas kini di laman sesawang pihak Bank di www.affinbank.com.my dari semasa ke semasa. Terma dan syarat terkini yang terdapat di laman sesawang pihak Bank hendaklah menggantikan semua terma dan syarat terdahulu yang dibuat di antara pihak Bank dan Ahli Kad di bawah Perjanjian ini. Page 6 of 6