(2) Selepas ini disebut Persatuan.

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU MALAYSIA (ASTRA)

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

KANDUNGAN. Muka Surat Fasal 1 Nama 1. Fasal 3 Tujuan /Matlamat 2-4

Transkripsi:

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN BIOMOLEKULAR TERAPI MALAYSIA (PBMTM) BIOMOLECULAR THERAPY ASSOCIATION MALAYSIA (BMTA) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan BioMolekular Terapi Malaysia (PBMTM) BioMolecular Therapy Association Malaysia (BMTA) (2) Selepas ini disebut Persatuan. FASAL 2 TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan Persatuan ialah Kompleks YJN, No.1, Jalan Jalil Perwira 2, OUG Bukit Jalil, 58200 Kuala Lumpur atau di tempattempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat-menyurat ialah Kompleks YJN, No.1, Jalan Jalil Perwira 2, OUG Bukit Jalil, 58200 Kuala Lumpur. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA Huraian mengenai rekabentuk bendera, lambang, lencana atau simbol - simbol Persatuan dan warnanya adalah sepertimana di dalam Lampiran A. FASAL 4 TUJUAN / MATLAMAT Tujuan/matlamat penubuhan Persatuan adalah seperti berikut: (1) Persatuan ini di daftarkan sebagai institusi / organisasi yang tidak mencari keuntungan (Not for Profit Organization) tetapi berhak menerima apa-apa bayaran / kewangan dari yuran keahlian, geran sumbangan kerajaan ataupun mana-mana pihak, institusi, persatuan, ataupun orang persaorangan bagi tujuan untuk menjalankan aktiviti persatuan mengumpul semua rujukan bahan ilmiah, pengetahuan, kajiselidik dari dalam dan luar negara bagi tujuan mengadakan aktiviti pembelajaran, kursus latihan seperti syarahan, bengkel, seminar, konferens kepada ahli-ahli dan masyarakat umum dengan mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran dan kebajikan ahli-ahli. (2) Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan CSR (Corporate / Community Social Responsibility) yang memberi manfaat kepada ahli-ahli, keluarga dan masyarakat umum seperti program lawatan, penerangan, forum, pameran, gotong royong dan lain-lain aktiviti yang berfaedah bagi mengatasi apa juga permasalahan mengenai proses perawatan biomolekular ahli ahli persatuan dan masyarakat umum.

(3) Menerbitkan bahan ilmiah seperti jurnal perubatan dari pengamatan, kaji selidik, rujukan demi kesejahteraan kesehatan ahli ahli dan masyarakat bersama. (4) Mengadakan kerjasama latihan dengan mana-mana institusi pengajian tinggi, kerajaan dan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara dengan memberikan sijil perakuan dan kelayakan di dalam proses perawatan menggunakan kaedah biomolekular. FASAL 5 KEAHLIAN (1) Keahlian Persatuan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang bermastautin di seluruh negara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas seperti berikut:- (a) Ahli Biasa (Ordinary Member) ialah seorang Warganegara Malaysia yang sah berdaftar dengan Persatuan untuk menjadi ahli dan membayar dengan membayar Yuran Masuk (Joining Fee) sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) dan Yuran Tahunan (Annual Fee) sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja). (b) Ahli Se Umur Hidup (Life Member) ialah seorang yang sah berdaftar dengan Persatuan dan membayar dengan membayar Yuran Masuk (Joining Fee) sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) dan Yuran Keahlian Se Umur Hidup (Life Member) sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit Sahaja) bagi tempoh dan jumlah waktu yang di tentukan oleh Ahli Jawatankuasa. Selepas itu Yuran tersebut akan dinaikkan dengan kadar tertentu dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa. (2) Ahli Bersekutu (Associate Member) ialah seorang rakyat yang bukan Warga Negara Malaysia tetapi bertaraf professional dan berkerja serta tinggal di Malaysia yang sah berdaftar dengan Persatuan dengan membayar Yuran Masuk sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) dan Yuran Tahunan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Ahli Bersekutu dalah tidak berhak untuk mengundi. (3) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Agung yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab. (4) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli. (5) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN (1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut: (a) Bayaran Masuk - RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi Ahli Biasa, SeUmur Hidup dan Bersekutu (Ordinary, Life and Associate Member). (b) Yuran Tahunan - RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi Ahli Biasa (Ordinary Member). (c) Yuran Sekali Sahaja - RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi Ahli SeUmur Hidup (Life Member).

(d) Yuran Tahunan - RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) bagi Ahli Bersekutu (Associate Member). (2) Ahli Jawatankuasa Persatuan berkuasa menetapkan kadar dan jumlah bayaran yuran di atas ataupun bayaran Yuran Tahunan mengikut keperluan semasa dan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu dalam tempoh Tujuh ( 7 ) Hari dari awal tiap-tiap bulan. (3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada Dua ( 2 ) Tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi Tiga ( 3 ) Tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (6) Yuran Khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis Dua ( 2 ) Minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Agung dan menjelaskan segala hutangnya. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 8 MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya Satu Perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau Dua ( 2 ) Kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup selepas Setengah (1/2) Jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada Sembilan Puluh ( 90 ) Hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi

tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mei pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah: (a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan persatuan di dalam tahun lalu; (b) menerima laporan Bendahari Kehormat dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu; (c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang, dan (d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya Empat Belas ( 14 ) Hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan: (a) (b) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada Satu Perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung Persatuan. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya Empat Belas ( 14 ) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. (8) Fasal 8.1 & 8.2 di dalm undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Khas, jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan diadakan semula dalam masa Enam ( 6 ) Bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (9) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9 JAWATANKUASA (1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: Seorang Yang DiPertua Seorang Naib Yang DiPertua Seorang Setiausaha Agung Seorang Penolong Setiausaha Agung Seorang Bendahari Kehormat Enam Orang Ahli Jawatankuasa Biasa. (2) Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. (3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua ( 2 ) tahun. (4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerjakerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkaraperkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. (5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh Tiga ( 3 ) Bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli Tujuh ( 7 ) Hari terlebih dahulu. Yang DiPertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada Empat ( 4 ) Orang Ahli Jawatankuasa bersamasama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah ( 1/2 ) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatakuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syaratsyarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: (a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; (b) (c) Sekurang-kurangnya setengah ( 1/2 ) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tiga ( 3 ) Kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. (8) Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebabsebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan. (10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberian kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa. FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI (1) Yang DiPertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat apabila telah diluluskan. (2) Naib Yang DiPertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya. (3) Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan bukubuku kewangan. Setiausaha Agung hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha Agung hendaklah dalam masa Enam Puluh ( 60 ) Hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966. (4) Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. (5) Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 11 KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undangundang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah begi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. (2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendakah ditandatangani bersama Yang DiPertua dan atau Bendahari Kehormat atau salah seorang daripada mereka sebagai kategori Pegawai Utama (Primary Signatories) bersama seorang lagi pegawai di dalam kategori Pegawai Kedua (Secondary Signatories). Semasa ketiadaan Yang DiPertua atau Bendahari Kehormat maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan mengikut resolusi yang diputuskan didalam mana-mana mesyuarat Ahli Jawatankuasa. (4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Ahli Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang DiPertua bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat. (5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kirakira bagi setahun ( 1 ) hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan. (6) Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA (1) Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan disahkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dari kalangan ahli persatuan tetapi bukan terdiri dari Ahli Jawatankuasa sebagai Pemeriksa Kira-kira (Auditor). Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula. (2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan

untuk mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang DiPertua mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 13 PEMEGANG AMANAH (1) Tiga ( 3 ) Orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daipada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan disahkan di dalam Mesyuarat Agung dari kalangan ahli persatuan tetapi bukan terdiri dari Ahli Jawatankuasa sebagai Ahli Lembaga Amanah (Board of Trustee). Mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust) (2) Pemegang Amanah dan Ahli Lembaga Amanah (Board of Trustee) tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan. (3) Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan bagi seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung. FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG (1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 15 PENASIHAT / PENAUNG Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung (Patron) bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. FASAL 16 LARANGAN (1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangakai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib; (2) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barangbarang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;

(3) Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan; (4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa Enam Puluh ( 60 ) hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 18 PEMBUBARAN (1) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada Tiga Perlima ( 3/5 ) daripada jumlah ahli yang hadir dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. (2) Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggunggan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepda Pendaftar Pertubuhan dalam masa Empat Belas ( 14 ) hari dari tarikh pembubaran itu....... Yang Dipertua Setiausaha Agung Nama: Hamid bin Arshat Nama: Tasron bin Surat

LAMPIRAN A FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA Lambang Persatuan menunjukkan perkataan Persatuan Terapi BioMolekular BioMolecular Therapy Association dengan huruf awal BioMolecular dengan warna merah dan biru dan gambar dua gabungan hexagon RNA / DNA dengan latar belakang putih. Warna biru kesediaan, keaslian dan ketulusan hati di dalam mencari dan mengembangkan ilmu. Warna merah (Bio) menggambarkan kehidupan yang melambangkan darah yang mengalir di dalam tubuh manusia dan hidupan yang berkaitan. Manakala warna putih mencerminkan kejujuran, ketulinan dan penghargaan....... Yang Dipertua Setiausaha Agung Nama: Hamid bin Arshat Nama: Tasron bin Surat