BAB 5: KESIMPULAN. Dalam bab ini, penyelidik akan membuat kesimpulan berdasarkan analisis

dokumen-dokumen yang mirip
5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM MELAHIRKAN PELAJAR CELIK MAKLUMAT (THE ROLE OF SCHOOL RESOURCE CENTRE IN INCULCATING INFORMATION LITERATE STUDENTS)

KESUSASTERAAN MELAYU

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

CHIA CHONG YANG A143398

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

ARAHAN: ( )

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Infografik GST Peringkat Sektor Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH DAN KREATIF 2016 (PIK 2016)

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 3

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Penulisan Ekspositori

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Alat Berfikir PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

Bahasa Malaysia (910)

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

Inovasi dan Perubahan

Transkripsi:

BAB 5: KESIMPULAN 5.1 PENGENALAN Dalam bab ini, penyelidik akan membuat kesimpulan berdasarkan analisis yang dihasilkan dalam Bab Empat serta memberi cadangan yang baru untuk kajian lebih mendalam yang berkaitan dengan topik penyelidikan ini. Tema yang didapati dalam cerpen yang dikaji adalah pelbagai jenis iaitu melakukan kritikan terhadap kerajaan, contohnya cerpen Kematian Yap Ah Loy, Hentian Siaran, Selekoh, Perjalanan Yang Terakhir, Patah Tangan dan Kuliah. Kritikan dibuat untuk membayangkan masalah yang dihadapi di dalam negara semakin serius. Selain itu, terdapat cerpen yang menerangkan cerita kisah benar mengenai beberapa orang mangsa dalam kes ragut. Contohnya: Lambat, Kehilangan, Selekah,dan Perjalanan Yang Terakhir. Di samping itu, terdapat penulis yang cenderung untuk memujikan kemuliaan cinta sama ada kemuliaan cinta guru terhadap anak murid dan juga kemuliaan cinta ibu bapa terhadap anak mereka. Cerpen-cerpen yang menekan kepada kemuliaan cinta dan kasih sayang adalah seperti Baby s Breath Yang Abadi, Kehilangan, Latar Belakang Yang Misteri, Kelembutan Count Down, Kesan Cap, Mimpi Ibu, Pencarian dan Musim luruh yang berada 162

dalam musim bunga. Penulis wanita lebih cenderung menulis cerpen bertema cinta dan kasih sayang berbanding penulis lelaki. 5.2 METAFORA DALAM KELAS KATA NAMA Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan ini, penyelidik berjaya mengumpulkan data-data yang cukup untuk membuktikan bahawa metafora paling banyak muncul dalam kelas kata nama. Dalam kajian ini, terdapat hampir 60% metafora dalam 23 buah cerpen yang dikaji adalah berdasarkan kelas kata nama iaitu sebanyak 99 metafora kelas kata nama. Ini bermakna metafora kelas kata nama merupakan kelas kata yang paling sesuai digunakan untuk menyampaikan makna metafora dalam bahasa Cina iaitu sebanyak 59.39%. Penyelidikan ini telah membuktikan pendapat Ricoeur (1978:3) yang menyatakan perkataan sebagai unit untuk rujukan. Dengan hanya membaca unit leksikal sahaja boleh mengesan bahawa perkataan itu merupakan metafora. Metafora dikatakan sebagai satu perkataan tunggal yang membawa makna figuratif. Contohnya harimau kertas merujuk kepada orang yang berpura-pura kuat tetapi tidak berupaya melakukan apa-apa, Golongan strawberi merujuk kepada golongan remaja yang dilahirkan selepas 1980-an. Mereka telah dimanja-manjakan sehingga tidak berupaya memikul tanggungjawab berat. 163

Kebanyakan metafora dalam kelas kata nama adalah berkaitan dengan benda-benda yang wujud dipersekitaran kita. Contohnya metafora Yap Ah Loy merupakan tokoh yang sangat terkenal di kalangan orang Cina. Nama ini digunakan untuk menyampaikan makna metafora bagi tokoh-tokoh masyarakat Cina yang berjasa. Selain itu, kata nama yang digunakan dalam metafora adalah benda tidak hidup seperti batu besar untuk mewakili konflik yang dihadapi dalam kehidupan. Carta 5.1 menunjukkan pengkelasan metafora kata nama. METAFORA KATA NAMA BENDA HIDUP BENDA TIDAK HIDUP HAIWAN TUMBUHAN MANUSIA BUATAN MANUSIA BUKAN BUATAN MANUSIA Carta Organisasi 5.1: Pengkelasan Metafora dalam Kelas Kata Nama 164

5.3 METAFORA DALAM KELAS KATA SIFAT Metafora dalam kelas kata sifat lebih cenderung kepada menyatakan aspek positif dan juga negatif sesuatu perkara. Jarang ada metafora kelas kata sifat menunjukkan aspek neutral bagi sesuatu perkara. Metafora yang terdapat dalam kelas kata sifat ini sebanyak 24% daripada jumlah metafora dalam cerpen yang dikaji. Contohnya, seperti Baby s Breath Yang Abadi. Abadi di sini adalah kata sifat untuk menerangkan kekal dan sehingga masa ajal. Metafora ini menunjukkan percintaan ibu terhadap anak adalah kekal abadi. Manakala terdapat metafora dalam kelas kata sifat menerangkan aspek keburukan sesuatu benda, contohnya: seperti tepi pantai yang terhakis. Terhakis menggambarkan tepi pantai yang dihancur oleh ombak dan gambarannya adalah tercacat. Metafora di sini menerangkan emosi seseorang sangat teruk. Dapatan kajian ini telah mengesahkan teori yang dikemukakan oleh Rose (1958:238-239) di mana beliau menyatakan terdapat kelas kata yang kurang kekuatan serta kelas kata yang lebih kuat untuk menyampaikan makna. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh penyelidik didapati kelas kata nama dan kelas kata sifat merupakan kelas kata yang kuat dan kelas kata lain seperti kelas kata kerja dan kelas kata komplemen merupakan kelas kata yang kurang kekuatan untuk membentuk metafora. 165

Rose (1958:238-239) menyatakan bahawa kelas kata sifat merupakan kelas kata yang kurang stabil. Pandangan ini dibuktikan lagi di mana metafora kata sifat boleh diaplikasikan untuk menjana kesan positif, negatif dan juga neutral. 5.4 METAFORA MENJANA KESAN KESEDIHAN, KEEJEKAN, KEJENAKAAN Metafora yang digunakan untuk menjana kesan kesedihan, keejekan dan kejenakaan adalah berkait rapat dengan tema yang ingin disampaikan. Didapati cerpen yang menyentuh tema seperti cinta dan kasih sayang dan kes ragut lebih cenderung untuk menggunakan metafora yang menjana kesan kesedihan, contohnya Baby s Breath Yang Abadi, Kehilangan, Kelembutan Count Down, Kesan Cap, Mimpi Ibu, Pencarian, Selekoh, Musim luruh yang berada dalam musim bunga, Ferris Wheel Yang Sedih dan Perjalanan Yang Terakhir. Penulis cerpen yang mengkritik kerajaan dan mengejek sikap dingin masyarakat lebih cenderung menggunakan metafora yang boleh menjana idea keejakan. Contohnya: Yap Ah Loy minum Capuccino bersama remaja di 166

Starbucks. Terdapat 7 dari 23 cerpen yang dikaji dikategorikan bermetafora yang boleh menjana keejekan. Bagi metafora yang menjana kejenakaan selalunya berkaitan dengan isu yang lucu yang muncul di negara kita, contohnya mencari orang gila, orang yang ingin cari orang gila sebenarnya dialah orang gila yang dicari. Warna Anjing, Pak Long,dan Henti Siaran. Metafora yang menjana kesan kejenakaan lebih sesuai digunakan untuk cerpen yang bertema isu seperti kritikan terhadap kecuaian kerajaan, ketidakupayaan pihak kerajaan dan sikap masyarakat. Terdapat juga cerpen yang tidak menggunaka ton yang menyedihkan, mengejek atau menjana kejenakaan. Terdapat 2 cerpen yang mempunyai ton yang neutral sahaja iaitu Lif dan Latar Belakang Yang Misteri. Metafora berjaya memainkan peranan yang sepadan dalam cerpen melalui persembahan makna tersifat. Ini dapat menambahkan keseronokan pembaca semasa membaca cerpen dan meningkatkan minat orang ramai membaca genre ini. 5.5 CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA Penyelidikan ini adalah kajian terhadap metafora dalam kata nama dan kata sifat dalam cerpen-cerpen. Didapati kebanyakn metafora dalam kelas kata 167

kerja juga. Maka, untuk kajian yang seterusnya, penyelidik bercadang supaya satu kajian metafora terhadap kelas kata kerja dilakukan. Penyelidikan ini mengkaji terhadap salah satu buku cerpen yang dihasilkan oleh Universiti Nanyang pada tahun 2006. Pada pendapat penyelidik, satu kajian lain yang mengfokus kepada tema terhadap series buku cerpen yang telah dihasilkan oleh Alumni ini boleh dikaji juga. Terdapat banyak cerpen yang mempunyai tema yang sama serta teknik penulisan juga lebih kurang sama. Faktor yang mempengaruhi pola perkembangan ini boleh dikaji dalam penyelidikan yang seterusnya. Penyelidik mendapati cerpen yang mendapat johan, naib johan dan kedudukan ketiga selalunya cerpen yang bertema besar seperti menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh kaum orang Cina dan konflik atau sikap tidak baik yang perlu diperbaiki oleh masyarakat tersebut. Penyelidik mencadangkan juga supaya perbandingan cerpen antara cerpen bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan juga bahasa Malaysia boleh dijalankan. Terdapat banyak maklumat mengenai perkembangan cerpen di Malaysia bagi ketiga-tiga bahasa tersebut. Golongan bangsa dan persatuanpersatuan yang mempertahankan kelebihan bahasa dan bangsa masing-masing memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan penulisan cerpen di negara kita. Contohnya, bagi masyarakat Cina, alumni Universiti Nanyang memainkan peranan penting untuk mendorong penulisan cerpen, bagi masyarakat India, Persatuan mahasiswa-mahasiswi di Universiti Malaya memikul 168

tanggungjawab untuk mengadakan peraduan penulisan cerpen. Di kalangan bahasa Malaysia, bukan sahaja kerajaan malah juga pihak swasta seperti Public Bank menajakan hadiah dalam pertandingan penulisan cerpen bahasa Malaysia. Karya sastera merupakan satu cermin yang menggambarkan kenyataan dalam masyarakat, maka adalah penting untuk menggalakkan penulisan karya sastera di negara kita. Untuk menggalakkan perkembangan karya sastera, kajian terhadap karya sastera perlu diperbanyakkan supaya boleh memberi sumbangan dan faedah kepada mereka yang ingin menyertai dalam penulisan karya sastera. Penyelidikan boleh mendedahkan pembaca kepada cara penggunaan teknik penulisan sastera. Analisis yang dilakukan boleh membantu pembaca untuk mendapat idea baru dalam penghasilan karya sastera. Kesimpulannya, penyelidik setuju dengan cadangan mewujudkan banyak penyelidikan yang berkaitan dengan teks dan karya sastera. Makna yang terpendam dalam kata-kata dan juga ayat dapat diterangkan melalui analisis yang sistematik. 169

5.6 KESIMPULAN Penyelidikan ini mengkaji metafora dalam kelas kata nama dan juga kelas kata sifat. Di samping itu, penyelidik juga mengambil kira jenis metafora yang wujud dalam cerpen yang dikaji. Didapati, cerpen yang dikaji itu adalah tersusun dengan sistematik di mana tema yang disampaikan adalah bersesuaian dengan ton yang digunakan dalam cerpen. Metafora yang digunakan adalah tepat pada maknanya dan berjaya menghantarkan sesuatu maksud khusus kepada pembaca. Didapati agak banyak cerpen yang menceritakan kes ragut. Ini telah membayangkan masalah yang dihadapai oleh masyarakat. Ini dapat mengesahkan pandangan Yang (2006: iii) yang menyatakan karya kesusasteraan boleh mencatatkan kenyataan masyarakat yang sebanar. Genre cerpen boleh membayangkan keadaan sebenar dalam negara kita. 170