UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Anugerah Inovasi Pengurusan
ANUGERAH INOVASI PROSES PENGURUSAN 1. Tujuan Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada inovasi kakitangan yang berbentuk Proses Kerja yang memberi impak dan signifikan kepada Output perkhidmatan atau produk Fakulti/Pusat/Program khususnya dan UKM amnya. 2. Takrifan Inovasi dalam bahasa yang mudah ialah pembaharuan, yang biasanya lahir daripada idea seseorang pekerja dalam sesebuah organisasi melalui pembacaan, pemerhatian, pengalaman, penandaarasan dan beberapa aktiviti lain. Idea ini boleh dimanfaatkan oleh organisasi untuk melakukan penambahbaikan ke atas output perkhidmatan atau produk yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti. Inovasi atau pembahaharuan yang diperkenalkan oleh kakitangan sesebuah organisasi boleh dilihat dan diukur mengikut dua kategori yang utama iaitu: (a) Inovasi Ia mewakili pencetusan idea baru yang boleh memberikan kesan positif dan mendorong kepada perubahan. Terdapat dua jenis inovasi yang boleh dipertimbangkan untuk kategori di atas: i. Inovasi ke atas input dilihat sejauh mana kaedah dan prosedur kerja baharu yang dibuat dan diperkenalkan oleh kakitangan telah mempengaruhi kualiti input sesuatu produk atau perkhidmatan. Aspek ini termasuk kaedah dan sistem perhubungan dengan pembekal dan kawalan ke atas sumber luar. ii. Inovasi ke atas output / perkhidmatan dan produk akhir dilihat sejauh mana perkhidmatan dan produk akhir yang diperkenalkan, hasil inovasi/perubahan telah meningkatkan kualiti dalaman organisasi serta memberikan kesan positif dalam aspek-aspek berikut: Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan/produk kepada pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan; atau
Meningkatkan keberkesanan proses kerja atau mengurangkan kos operasi serta karenah birokrasi; atau Mencetus inovasi/pembaharuan dalam aspek pentadbiran, pengurusan latihan, reka bentuk, peralatan, perolehan dan sebagainya; atau Memenuhi atau melampaui jangkaan pihak berkepentingan. (b) Peningkatan/Penambahbaikan Kualiti Ia mewakili penambahbaikan kualiti ke atas input, proses atau sistem dan perkhidmatan atau produk yang sedia ada untuk memberi nilai tambah kepada tahap kepuasan pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan dan seterusnya memberi impak positif kepada organisasi. 3. Syarat Penyertaan (a) Terbuka kepada semua individu dan kumpulan kakitangan di Fakulti Sains Kesihatan (b) Permohonan/Pencalonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan. (c) Memiliki peribadi yang baik (d) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh penilaian. (e) Mendapat markah LNP sekurang-kurangya 80% bagi tiga tahun berturutturut. 4. Kriteria Pemilihan (a) Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian yang ditubuhkan oleh Bahagian Jaminan Kualiti Fakulti dan sekiranya perlu lawatan teknikal akan dijalankan;
5. Kriteria Penilaian (a) Proses Kerja baharu dan mengandungi penambahbaikan yang signifikan; (b) Sesuai digunakan oleh kumpulan sasaran dari aspek: i. Mengurangkan kos. ii. Meningkatkan produktiviti. iii. Menambah kecekapan dan keberkesanan. (c) Mempunyai impak yang boleh mencetuskan atau menghasilkan perubahan; (d) Mempunyai ciri-ciri kualiti seperti prestasi, penampilan, kebolehpercayaan, kebolehtahanan, kebolehgunaan, memenuhi piawai, serta mempunyai nilai estetika dan penggunaan yang fleksibel (mana yang berkaitan). (e) Penilaian melalui sesi pembentangan oleh individu/kumpulan kepada jawatankuasa penilaian (jika perlu). Keputusan Jawatankuasa Penilaian adalah muktamad. 6. Anugerah a) Kategori Individu RM150 dan Sijil
BORANG ANUGERAH INOVASI PROSES PENGURUSAN 1. Kategori: Individu 2. Butiran Individu Tajuk Projek:.. Nama (Individu):... No. UKM (PER): No Telefon:.. No. Faks:.. Jawatan: Fak/Ins/Pusat/Jabatan:.... 3. Maklumat Pencalonan Sebutkan pencapaian/penemuan/hasil, sama ada inovasi ke atas input, inovasi ke atas proses mahupun inovasi ke atas output. Sila taip hasil pencapaian inovasi antara 200 250 patah perkataan sahaja. Bandingkan keadaan sebelum dan selepas inovasi. Sila sertakan gambar, carta alir, garis panduan, prosedur dan sebagainya (mana-mana maklumat yang difikirkan perlu). Tunjukkan bukti yang sesuai dan senaraikan nama ahli kumpulan, No. UKM (PER) dan jawatan (bagi projek inovasi secara Kumpulan).
4. Pengakuan Calon Saya/kami mengaku bahawa inovasi ini adalah asli. Pada sepanjang pengetahuan saya, maklumat dalam laporan ini adalah benar. Tandatangan Calon/ Ketua Kumpulan:. Tarikh:. 5. Pengesahan Dekan/Pengarah/Ketua PTJ Saya menyokong permohonan ini. Saya tidak menyokong permohonan ini. Ulasan: Tandatangan Tarikh : Dekan/Pengarah/ Ketua Jabatan Dan Cop Rasmi