FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KANDUNGAN. Muka Surat Fasal 1 Nama 1. Fasal 3 Tujuan /Matlamat 2-4

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN

SYARAT & PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING MALA 2016

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

UNDANG- UNDANG KECIL

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Transkripsi:

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA MALAYSIAN ASSOCIATION OF LOCAL AUTHORITIES [MALA]

KANDUNGAN MUKASURAT FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN FASAL 7 MESYUARAT AGUNG FASAL 8 JAWATANKUASA FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI FASAL 10 KEWANGAN FASAL 11 JURUAUDIT FASAL 12 PENTADBIR HARTA FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBANGAAN PERTUBUHAN 1 1 2 2 4 4 5 7 8 9 10 10 11 i

KANDUNGAN MUKASURAT FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG FASAL 15 LARANGAN FASAL 16 PEMINDAAN PERLEMBAGAAN FASAL 17 PEMBUBARAN FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA FASAL 19 METERAI FASAL 20 KUASA-KUASA PERTUBUHAN FASAL 21 PEGAWAI-PEGAWAI DAN PEKERJA-PEKERJA 11 11 12 12 12 13 13 15 ii

UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALAYSIAN ASSOCIATION OF LOCAL AUTHORITIES) [MALA] FASAL 1: NAMA 1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALAYSIAN ASSOCIATION OF LOCAL AUTHORITIES). Selepas ini di sebut "Pertubuhan". 2) Takrif Nama: -tiada- 3) Taraf Pertubuhan: Kebangsaan FASAL 2: TEMPAT URUSAN 1) Alamat berdaftar dan tempat urusan Pertubuhan ialah:- JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI JALAN PERDA UTAMA, BANDAR PERDA 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG dan alamat untuk surat-menyurat adalah:- JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI JALAN PERDA UTAMA, BANDAR PERDA 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. 2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. UNDANG-UNDANG MALA 1

FASAL 3: TUJUAN / MATLAMAT Matlamat Pertubuhan ini adalah:- 1) Memupuk kerjasama dan persefahaman di antara semua Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam bidang-bidang lain yang berkaitan. 2) Memajukan dan melindungi kepentingan dan kebajikan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia. 3) Memelihara kepentingan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai Kerajaan peringkat ketiga dalam sistem pentadbiran Malaysia. 4) Bekerjasama di antara sesama Pihak Berkuasa Tempatan ke arah memajukan masyarakat dan negara. 5) Bekerjasama di antara sesama Pihak Berkuasa Tempatan demi mempertingkatkan ekonomi, kewangan, sukan dan kebudayaan. 6) Mempertingkatkan peranan dan imej Pihak Berkuasa Tempatan. 7) Mempertingkatkan lagi mutu pentadbiran, kemahiran dan kecekapan di dalam pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. 8) Mewakili negara serta bekerjasama dengan sesama Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat antarabangsa dalam mempertingkatkan segala aktiviti Pertubuhan. 9) Menerbit buletin dan memaparkan aktiviti Pertubuhan untuk faedah dan pengetahuan bersama dengan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu. FASAL 4: KEAHLIAN 1) Ahli-ahli hendaklah terdiri seperti berikut: a) Ahli Biasa Semua Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia adalah menjadi ahli Pertubuhan secara automatik. Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau mana-mana badan atau organisasi yang diberikuasa atau fungsinya sama seperti Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia yang akan diwakili oleh: i) Datuk Bandar, atau ii) iii) iv) Mayor, atau Yang Dipertua, atau Timbalan Yang Dipertua, atau v) Pengerusi, atau UNDANG-UNDANG MALA 2

vi) vii) Presiden, atau Timbalan Presiden, atau wakil masing-masing. b) Ahli Gabungan Jawatankuasa Eksekutif boleh mengikut budibicaranya membenarkan mana-mana Badan yang difikirkan sesuai untuk menjadi Ahli Gabungan Pertubuhan mengikut syarat-syarat yang difikirkan sesuai tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi dan memegang jawatan dan juga membenarkan Pertubuhan menjadi ahli gabungan mana-mana persatuan yang difikirkan sesuai. 2) Tiap-tiap permohonan untuk menjadi Ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Eksekutif yang kemudian menyampaikannya kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk kelulusan. 3) Walau apapun peruntukan fasal kecil (2), Jawatankuasa Eksekutif boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi Ahli Gabungan tanpa apa-apa sebab. 4) Ahli Biasa melalui wakil-wakilnya mempunyai hak-hak seperti berikut:- a) menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberi oleh Pertubuhan tertakluk kepada sekatan-sekatan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif; b) mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Pertubuhan; c) mencadang dan menyokong, memilih dan dipilih dalam pemilihan calon ke jawatan-jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif; d) memegang jawatan, bertanding dan mengundi; e) ke atas mana-mana kemudahan dan keistimewaan lain yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif dari semasa ke semasa. 5) Ahli Gabungan berhak menikmati segala hak dan keistimewaan sama seperti Ahli Biasa kecuali memegang jawatan, bertanding dan hak mengundi. 6) Ahli-ahli wajib:- a) menjunjung kedaulatan Undang-Undang Pertubuhan; b) menerima dan melaksanakan segala keputusan Pertubuhan yang dibuat di dalam Mesyuarat Agung; c) memupuk perhubungan yang lebih erat di antara ahli; d) menjelaskan Yuran Tahunan dan sebarang bayaran lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa dengan segera mengikut peraturan; UNDANG-UNDANG MALA 3

e) melaksana dan menyempurnakan segala usaha dan rancangan mengikut permintaan Jawatankuasa Eksekutif di dalamnya dari semasa ke semasa; dan f) jika ahli-ahli tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan menurut klausa (6)(a) hingga (e) Jawatankuasa Eksekutif berhak memberhentikan keahlian. FASAL 5: PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1) Mana-mana ahli yang hendak menarik diri daripada keahlian Pertubuhan hendaklah memberi dua (2) bulan notis menyatakan niatnya yang tersebut secara bertulis. 2) Pemberhentian tidak boleh berkuatkuasa melainkan dan sehingga setelah notis diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif. 3) Jawatankuasa Eksekutif setelah mengetahui mengenai sebarang perbuatan melanggar Undang-Undang dan Peraturan Pertubuhan dan jika mana-mana ahli melakukan perkara-perkara yang dianggap mengganggu keharmonian atau menjejaskan imej atau membahayakan kestabilan Pertubuhan, Jawatankuasa Eksekutif hendaklah memberi surat tunjuk sebab dan selepas penyiasatan dijalankan dan jika didapati bersalah, menggantung dan memecat ahli berkenaan daripada menjadi ahli Pertubuhan. 4) Mana-mana ahli yang gagal membayar yuran tahunan selama tiga (3) tahun berturut-turut secara automatik dipecat daripada menjadi ahli Pertubuhan. 5) Ahli yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Eksekutif ini boleh merayu dalam tempoh tiga (3) bulan daripada keputusan Jawatankuasa Eksekutif kepada Mesyuarat Agung. FASAL 6: SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan Pertubuhan:- 1) Apa-apa bayaran masuk dan yuran tahunan dari ahli-ahli Pertubuhan; a) Bayaran masuk keahlian bagi tiap-tiap ahli hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan setelah disahkan pendaftarannya menjadi ahli Pertubuhan. b) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan terlebih dahulu tanpa notis pada atau sebelum diadakan Mesyuarat Agung. Yuran tahunan bagi sesuatu tahun hendaklah berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun. UNDANG-UNDANG MALA 4

c) Jadual Yuran Tahunan dan Bayaran Masuk adalah seperti berikut:- JENIS PBT Bayaran Masuk [RM] Yuran Tahunan [RM] DEWAN / MAJLIS BANDARAYA 1,000.00 5,000.00 MAJLIS PERBANDARAN 1,000.00 3,000.00 MAJLIS DAERAH 1,000.00 1,000.00 AHLI GABUNGAN 1,000.00 1,000.00 d) Pada bila-bila masa, Mesyuarat Agung boleh menyemak dan mengkaji semula Yuran Tahunan dan Yuran Masuk keahlian mengikut keadaan dan keperluan semasa. e) Tiada Ahli Biasa mempunyai hak untuk mengundi dan menikmati keistimewaan- keistimewaan yang disediakan oleh Pertubuhan sehingga ia telah menjelaskan bayaran masuk dan yuran tahunan Pertubuhan; 2) Menerima apa-apa jumlah wang yang disumbangkan dari semasa ke semasa oleh mana-mana pihak sama ada oleh orang perseorangan, kumpulan, agensi kerajaan, perbadanan awam, pihak berkuasa tempatan, organisasi perniagaan, firma swasta dan perbadanan antarabangsa, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan; 3) Apa-apa jumlah wang yang mungkin dikutip oleh Pertubuhan; 4) Segala pulangan yang diperolehi dan pelaburan; dan 5) Segala jumlah wang yang diperolehi oleh Pertubuhan secara langsung ataupun tidak langsung dan harta alih atau harta tak alih kepunyaan Pertubuhan. FASAL 7: MESYUARAT AGUNG 1) Mesyuarat Agung ialah Badan Berkuasa yang tertinggi dalam Pertubuhan. 2) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setiap satu (1) tahun sebelum 31 Mac dan Mesyuarat Agung Perlantikan hendaklah diadakan sekali setiap dua (2) tahun. 3) Wakil dari setiap Ahli Biasa dan telah menjelaskan yuran tahunan mengikut Jadual Yuran Tahunan dan Bayaran Masuk di Fasal 6 berhak menghadiri Mesyuarat Agung. Bilangan wakil yang dibenarkan hadir ke Mesyuarat Agung berdasarkan kepada jumlah pembayaran Yuran Tahunan. Bagi setiap pembayaran RM 1,000.00 sebagai Yuran Tahunan, Ahli Biasa berkenaan berhak hanya diwakili oleh seorang wakil sahaja. 4) Wakil-wakil hendaklah diberitahu secara bertulis sekurang-kurangnya 21 hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan. Agenda, Laporan Tahunan dan Penyata Kira-Kira Pertubuhan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu hendaklah dilampirkan bersama dengan notis mesyuarat tersebut. UNDANG-UNDANG MALA 5

5) Bilangan korum Mesyuarat Agung Tahunan mestilah sekurang-kurangnya 1/2 daripada jumlah Ahli Biasa yang berhak mengundi atau wakil-wakil yang hadir atau tidak kurang daripada dua (2) kali jumlah Ahli Jawatankuasa Eksekutif (ikut mana yang kurang). 6) Sekiranya berlaku keadaan tidak cukup korum untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat itu kepada satu tarikh lain (tidak lebih daripada 60 hari dari tarikh asal mesyuarat) 7) Mesyuarat Agung Tahunan yang ditunda boleh dijalankan tanpa mengira korum tetapi ahli-ahli yang hadir tidak mempunyai kuasa untuk meminda mana-mana peruntukan dalam Undang-Undang Pertubuhan. 8) Agenda Mesyuarat Agung Tahunan antara lain hendaklah termasuk:- a) membentang dan menerima laporan Jawatankuasa Eksekutif; b) membentangkan dan meluluskan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; c) meluluskan pindaan Undang-Undang, jika ada; d) memilih seorang Presiden, Timbalan Presiden dan tidak melebihi sebelas (11) orang Ahli Jawatankuasa Biasa bagi tempoh dua (2) tahun; e) melantik sebuah firma Juruaudit; dan f) membincangkan usul-usul yang telah dihantar kepada Setiausaha Eksekutif sekurang-kurangnya seminggu sebelum Mesyuarat Agung dijalankan. 9) Segala keputusan Mesyuarat Agung hendaklah mengikut suara ramai atau undi sulit wakil-wakil Ahli Biasa yang hadir kecuali keputusan berkaitan dengan pindaan Undang-Undang yang memerlukan suara dua pertiga wakil-wakil Ahli Biasa yang hadir dan mengundi. 10) Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil di atas kehendak Jawatankuasa Eksekutif atau di atas permohonan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada jumlah Ahli Biasa yang berhak mengundi. 11) Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penerimaan permintaan oleh Setiausaha Eksekutif. 12) Notis Panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah:- a) dihantar tidak kurang daripada 14 hari sebelum mesyuarat diadakan; dan b) mengandungi perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. UNDANG-UNDANG MALA 6

13) Dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut sekurang-kurangnya dua pertiga wakil Ahli Biasa yang mengundi adalah diperlukan untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif. 14) a) Fasal kecil (5) mengenai korum Mesyuarat Agung Tahun hendaklah dipakai bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa. Sekiranya tidak cukup korum selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan mesyuarat, Pengerusi akan mengisytiharkan mesyuarat dibatalkan. b) Jika mereka yang bertanggungjawab meminta mesyuarat itu diadakan semula, maka tindakan yang sama seperti yang terkandung di dalam fasal kecil (10). (11) dan (12) di atas hendaklah digunakan. FASAL 8: JAWATANKUASA 1) Suatu Jawatankuasa Eksekutif hendaklah ditubuhkan untuk mengelolakan segala urusan, pentadbiran dan kewangan, berkuasa untuk menjalankan segala dasar dan tujuan Pertubuhan dan menyelenggarakan segala rancangan dan keputusan Mesyuarat Agung. 2) Jawatankuasa Eksekutif hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut: a) Presiden; b) Timbalan Presiden; c) Setiausaha Eksekutif; d) Bendahari; e) Tidak melebihi sebelas (11) orang Ahli Jawatankuasa Biasa. 3) Presiden hendaklah melantik Setiausaha Eksekutif dan Bendahari atas persetujuan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif yang dipilih dalam Mesyuarat Agung. 4) Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif yang dinyatakan di bawah fasal kecil (2) hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh selama dua (2) tahun, melainkan jika jawatan mereka itu terlebih dahulu dibatalkan atau sesiapa di antara mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu. 5) Semua ahli Jawatankuasa Eksekutif dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia. 6) Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif hendaklah diadakan seperti berikut:- a) Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya empat (4) kali dalam satu tahun. b) Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif boleh diadakan pada bila-bila masa dan di tempat-tempat yang akan ditetapkan oleh Presiden. UNDANG-UNDANG MALA 7

c) Presiden boleh dari semasa ke semasa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif. d) Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif boleh dipanggil oleh Setiausaha Eksekutif apabila perlu atau atas permintaan lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif. e) Minit-minit bagi tiap-tiap satu Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif hendaklah disimpan oleh Setiausaha Eksekutif dan minit-minit itu hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh Pengerusi pada mesyuarat yang berikutnya. f) Jawatankuasa Eksekutif boleh menjemput sesiapa sahaja untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif bagi maksud membantu atau menasihatkan Jawatankuasa Eksekutif tetapi mereka yang dijemput itu tidak berhak mengundi. g) Korum bagi tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ialah satu perdua (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Eksekutif dan hendaklah diberikan notis dan agenda lima (5) hari sebelum tarikh mesyuarat. h) Jawatankuasa Eksekutif boleh melantik Jawatankuasa Kecil. 7) Jawatankuasa Eksekutif boleh membuat ketetapan mewakilkan kuasa dan memberi kebenaran kepada ahli atau pegawai Pertubuhan untuk menjalankan bagi pihaknya, tugas-tugas, kuasa-kuasa atau fungsi-fungsi sebagaimana yang akan ditetapkan olehnya dan boleh pada bila-bila masa membatal, mengubahsuai atau mengurangkan kuasa yang diperwakilkan atau kebenaran yang diberikan itu. FASAL 9: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI Tugas-tugas setiap orang ahli Jawatankuasa Eksekutif adalah seperti berikut:- 1) Presiden hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Undang-Undang ini, memberi syor dan nasihat di samping melaksanakan segala dasar dan rancangan Pertubuhan. Presiden boleh melantik mana-mana wakil Ahli Biasa sebagai Setiausaha Eksekutif dan Bendahari. 2) Timbalan Presiden hendaklah menjalankan segala tugas yang diarahkan oleh Presiden, memangku jawatan Presiden serta mempengerusikan Mesyuarat Agung semasa ketiadaan Presiden. 3) Setiausaha Eksekutif hendaklah :- a) menjalankan segala tugas pentadbiran Pertubuhan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif; UNDANG-UNDANG MALA 8

b) menjalankan segala ketetapan dan keputusan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif serta mencatat minit segala mesyuarat Pertubuhan; c) menyelenggarakan daftar ahli dengan butiran peribadi yang lengkap. 4) Bendahari hendaklah:- d) bertanggungjawab dalam segala urusan kewangan Pertubuhan; dan e) hanya boleh menyimpan wang tunai dalam tangan tidak lebih dari RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu sahaja) bagi satu-satu masa. 5) Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif. FASAL 10: KEWANGAN 1) a) Bagi tujuan dan maksud Undang-Undang ini, suatu kumpulan wang hendaklah ditubuhkan dan dikenali sebagai Kumpulan Wang Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (selepas daripada ini disebut sebagai "Kumpulan Wang Pertubuhan"). b) Kumpulan Wang Pertubuhan ini hendaklah ditadbir dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Eksekutif. 2) Kumpulan Wang Pertubuhan ini mengandungi: a) apa-apa bayaran masuk dan yuran tahunan dari ahli-ahli Pertubuhan; b) menerima apa-apa jumlah wang yang disumbangkan dari semasa ke semasa oleh mana-mana pihak sama ada oleh orang perseorangan, kumpulan, agensi kerajaan, perbadanan awam, pihak berkuasa tempatan, organisasi perniagaan, firma swasta dan perbadanan antarabangsa, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan; c) apa-apa jumlah wang yang mungkin dikutip oleh Pertubuhan; d) segala pulangan yang diperolehi dan pelaburan; dan e) segala jumlah wang yang diperolehi oleh Pertubuhan secara langsung ataupun tidak langsung dan harta alih atau harta tak alih kepunyaan Pertubuhan. 3) Kumpulan Wang Pertubuhan boleh digunakan untuk menanggung bayaranbayaran yang berikut: a) segala kos bayaran dan perbelanjaan yang berkaitan dengan perlaksanaan kuasa-kuasa Pertubuhan di bawah Undang-Undang ini; dan UNDANG-UNDANG MALA 9

b) gaji-gaji, bayaran-bayaran atau saraan-saraan pegawai-pegawai,wakilwakil, pekerja-pekerja dan penasihat teknik atau penasihat profesional atau lain-lain penasihat Pertubuhan. 4) Segala cek dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden atau Setiausaha Eksekutif dan Bendahari. 5) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan Jawatankuasa Eksekutif dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 50,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan Mesyuarat Agung. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 5,000.00 boleh dibenarkan oleh Presiden bersama dengan Setiausaha Eksekutif dan Bendahari. 6) Segala wang yang dibayar kepda Pertubuhan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun di dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif. Akaun bank hendaklah dibuat di atas nama Pertubuhan. 7) Tahun Kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun. FASAL 11: JURUAUDIT 1) Pertubuhan hendaklah menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod mengenai transaksi kewangan dan hendaklah menyediakan satu penyata akaun bagi tiaptiap tahun kewangan. Tahun Kewangan Pertubuhan berakhir pada 31 Disember tiap- tiap tahun. 2) Akaun-akaun Pertubuhan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh sebuah firma Juruaudit yang telah dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif dan disahkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan termasuklah penetapan imbuhan. 3) Pertubuhan hendaklah, selepas tamatnya tiap-tiap satu tahun kewangan,membuat dan mengemukakan kepada Mesyuarat Agung satu penyata kewangan yang telah diaudit dan satu laporan yang menyatakan dengan am kegiatan-kegiatan Pertubuhan dalam tahun kewangan yang terdahulu. FASAL 12: PENTADBIR HARTA 1) Harta tak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan. Segala dokumen bersangkutan dengan harta tak alih Pertubuhan hendaklah disempurnakan oleh Presiden, Setiausaha Eksekutif dan Bendahari yang pelantikan mereka telah disahkan dengan Sijil oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. UNDANG-UNDANG MALA 10

2) Semua harta tak alih yang didaftar atas nama Pertubuhan hanya boleh dijual, dipindah hakmilik, dipajak atau dicagar kepada mana-mana pihak melalui pembentangan usul dalam Mesyuarat Agung. Usul yang dibentangkan semestinya menerima persetujuan dua pertiga (2/3) wakil Ahli Biasa yang menghadiri Mesyuarat Agung. 3) Pertubuhan boleh memiliki harta sebagaimana yang diperuntukan untuk kebajikan dan faedah ahli. FASAL 13: TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Jika berlakunya satu-satu soal atau perkara berkenaan dengan tafsiran di dalam Undang-Undang ini, Jawatankuasa Eksekutif berhak memberikan keputusannya. Keputusan Jawatankuasa Eksekutif adalah muktamad jika tidak dibatalkan oleh Mesyuarat Agung. FASAL 14: PENASIHAT / PENAUNG 1) Jawatankuasa Eksekutif boleh mengikut budi bicaranya melantik mana-mana orang yang terkemuka dalam bidang Kerajaan Tempatan atau bidang-bidang yang lain sebagai Penasihat. 2) Pertubuhan akan menjemput Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan / atau mana-mana pegawai kementerian sebagai Penaung. FASAL 15: LARANGAN 1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang dimainkan di premis Pertubuhan. 2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. 3) Pertubuhan sama sekali tidak boleh menjalankan aktiviti perjudian samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama Pertubuhan atau pegawaipegawainya atau Jawatankuasa atau ahli; 4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. UNDANG-UNDANG MALA 11

FASAL 16: PINDAAN PERLEMBAGAAN Undang-Undang ini boleh dipinda oleh sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada wakil-wakil Ahli Biasa yang hadir di Mesyuarat Agung dan segala pindaan atau tambahan tidak akan berjalan kuatkuasanya sebelum mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. Sebarang pindaan kepada Undang- Undang hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat Agung. FASAL 17: PEMBUBARAN 1) Pertubuhan boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada dua bertiga (2/3) daripada wakil-wakil Ahli Biasa yang hadir di Mesyuarat Agung. 2) Apabila Pertubuhan dibubarkan mengikut cara yang tersebut, segala hutang dan tanggungan hendaklah dijelaskan dan baki wang dan harta yang tinggal akan dibahagikan kepada ahli-ahli atau didermakan kepada sebarang badan yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung tersebut dan badan ini hendaklah mempunyai tujuan dan maksud yang sama dengan Pertubuhan. 3) Pendaftar Pertubuhan hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Pertubuhan dibubarkan. FASAL 18: BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1) Bendera -Tiada- 2) Lambang a) Keterangan i. Peta Malaysia menggambarkan keakraban Pihak Berkuasa Tempatan di semua negeri di bawah payung MALA. ii. Akronim MALA adalah ringkasan kepada Malaysian Association of Local Authorities. UNDANG-UNDANG MALA 12

iii. Perkataan-perkataan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia dan Malaysian Association of Local Authorities adalah nama organisasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iv. Warna Biru merupakan lambang penyatuan dan keharmonian warga Pihak Berkuasa Tempatan v. Warna Kuning merupakan lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan MALA yang prihatin dengan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan. vi. Warna Merah merupakan lambang sokongan dan kesetiaan Pihak Berkuasa Tempatan kepada MALA vii. Warna Putih menjadi menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin MALA dan PBT. 3) Lencana -Tiada- FASAL 19: METERAI 1) Pertubuhan hendaklah mempunyai suatu meterai dan boleh dari semasa ke semasa menukar, mengubah atau membaharui meterai tersebut sebagaimana yang difikirkan sesuai. Bentuk meterai hendaklah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 2) Sehingga suatu meterai diadakan menurut fasal ini, saut cap yang mengandungi tulisan "PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN" boleh digunakan. 3) Meterai dan cap Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. FASAL 20: KUASA-KUASA PERTUBUHAN 1) Pertubuhan boleh:- a) membeli, menjual, menukar, meminjam dan menerima bahan-bahan dan lain-lain harta alih yang berkaitan dengan Pertubuhan; b) membeli, menjual, menukar, mencagar, memajak dan memiliki tanah, bangunan- bangunan dan lain-lain harta bagi Pertubuhan dan bagi apaapa maksud yang perlu untuk menjalankan tugas-tugas Pertubuhan; UNDANG-UNDANG MALA 13

c) membuat hubungan dan berkerjasama, setakat mana dan atas apa-apa syarat yang difikirkan perlu dengan Pihak Berkuasa Tempatan lain, yayasan-yayasan atau institusi-institusi pengajian tinggi atau mana-mana pertubuhan antarabangsa sama ada di dalam atau di luar Malaysia. d) menjadi ahli atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan Kerajaan Tempatan atau seumpamanya mengikut syarat-syarat dan kepentingan; e) membuat kajian dan penyelidikan di dalam berbagai bidang demi mempertingkatkan mutu pentadbiran dan kecekapan dalam pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan; f) mengadakan latihan-latihan bagi kakitangan-kakitangan Pihak BerkuasaTempatan; g) membuat apa-apa kontrak atau melakukan apa-apa tindakan atau kerja lain sebagaimana yang perlu dan patut bagi melaksanakan tujuan dan maksud Undang- Undang Pertubuhan ini; h) menubuh syarikat di kalangan ahli-ahli Pertubuhan untuk menggerakkan aktiviti perniagaan; i) mengadakan apa-apa pengusahaan atau pembangunan, sama ada olehnya sendiri atau dengan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau orang bagi apa- apa pengusahaan perumahan, perdagangan, perindustrian atau lain-lain; j) melabur mana-mana bahagian daripada kumpulan wang; dan k) melantik jawatankuasa-jawatankuasa khas yang boleh diwakilkan apaapa tugas pentadbiran kepadanya. 2) Pertubuhan boleh membuat Peraturan-Peraturan Tetap yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Undang-Undang ini:- a) menetapkan acara Mesyuarat Agung dan mesyuarat-mesyuarat Pertubuhan yang lain; b) menetapkan cara-cara bagaimana, apa-apa jenis suratan dan apa-apa jenis suratcara boleh ditandatangani atau dilaksanakan bagi pihak Pertubuhan; c) menetapkan tanggungjawab dan pengawalan pegawai-pegawai dan pekerja- pekerja Pertubuhan; d) menetapkan keadaan-keadaan yang membolehkan pegawaipegawai dan pekerja-pekerja Pertubuhan menerima elaun perjalanan, elaun sara hidup atau elaun-elaun lain dan menetapkan kadar elaunelaun tersebut; dan e) menetapkan pada amnya cara kuasa-kuasa dan tugas-tugas Pertubuhan dijalankan di bawah peruntukan-peruntukan Undang-Undang ini. UNDANG-UNDANG MALA 14

3) Pertubuhan boleh melantik penasihat teknik atau penasihat profesional dan segala bayaran dan perbelanjaan bagi menguruskan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang perlu diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan Pertubuhan atau bagi melaksanakan tujuan dan maksud Undang-Undang ini. FASAL 21: PEGAWAI-PEGAWAI DAN PEKERJA-PEKERJA 1) Jawatankuasa Eksekutif boleh melantik pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja lain yang bukan ahli untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dengan bayaran gaji dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif. 2) Pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja Pertubuhan itu adalah di bawah kawalan Jawatankuasa Eksekutif. 3) Syarat-syarat perlantikan dan penamatannya hendaklah tertakluk di bawah satu perjanjian. UNDANG-UNDANG MALA 15