PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

dokumen-dokumen yang mirip
PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/ 2001 PERA TURAN PEMBA YARAN PELAJAR

2.1 Penuntut Baru ( Freshies ) Yuran Pendaftaran Yuran Berulang (Setiap Semester)

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

KADAR YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PERDANA TEMPATAN SEMESTER /2017

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PASCASISWAZAH MOD KERJA KURSUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KADAR YURAN PROGRAM KERJASAMA UMP-HsR JERMAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Kadar Yuran 1. Kadar yuran pengajian Program PJJ, UPM adalah berbeza mengikut peringkat pengajian:- i. Bacelor = RM180/kredit ii. MPPP = RM350/kredit

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR BERPINDAH DARI POLITEKNIK LAIN BAGI SESI DISEMBER 2017

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

PEKELILING KEPADA PELAJAR BIL. 12/2009

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PERATURAN PEPERIKSAAN

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN


UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN SEMESTER: 2 SESI: DISEMBER 2013

PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROGRAM MOBILITI PELAJAR PEJABAT HAL EHWAL ANTARABANGSA PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

BORANG PINJAMAN PELAJARAN. 1.1 Nama :. (seperti dalam kad pengenalan) 1.2 No. K/P Baru :. 1.3 Tarikh Lahir :. 1.4 Umur :.

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

Transkripsi:

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR UTM.03/10.12/3 Jld 2 ( 40 ) 5hb. Jun, 2009 1.0 Tujuan 1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menerangkan Peraturan Pembayaran Pelajar yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa Universiti. 1.2 Pembayaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua bayaran yang diwajibkan ke atas pelajar seperti yang ditetapkan oleh Universiti. 2.0 Kaedah Bayaran 2.1 Pelajar Baru 2.1.1 Pelajar baru kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Program Pengajian Siswazah wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya semasa hari pendaftaran. (Sila rujuk arahan pembayaran yang terdapat di Buku Tawaran Kemasukan). 2.2 Pelajar Kanan 2.2.1 Pelajar Kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pelajar kanan dari Kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda selain daripada ditaja sepenuhnya oleh penganjur yang bayarannya dibuat melalui Pejabat Bendahari Universiti ini diwajibkan menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada hari pertama selepas cuti pertengahan Semester. Bayaran boleh dibuat melalui kemudahan perbankan Internet FPX / CIMBClicks atau Bank Deraf / Kiriman Wang atas nama Bendahari, Universiti Teknologi Malaysia. 2.2.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah Pelajar Kanan dari Program Pengajian Siswazah selain dari yang ditaja sepenuhnya oleh Penganjur dimana bayarannya dibuat melalui Pejabat Bendahari Universiti ini diwajibkan menjelaskan semua bayaran selewatlewatnya pada tarikh akhir pendaftaran matapelajaran Semester tersebut (dalam tempoh 2 minggu pendaftaran matapelajaran). Pelajar yang gagal mematuhi peraturan di atas akan dibatalkan atau tidak dibenarkan mendaftar matapelajaran pada Semester berkenaan. Pelajar kanan dibawah Skim Biasiswa/Pembantu Penyelidik/Pegawai Penyelidik dan kakitangan kontrak dan kakitangan UTM yang belum mendapat pengecualian yuran dari pihak Senat perlu mambayar semua yuran selewat-lewatnya sehari selepas cuti Pertengahan Semester. Pengecualian yuran hanya untuk yuran pelajaran sahaja. Sekiranya pengecualian yuran diluluskan oleh pihak Senat, yuran-yuran lain perlu dijelaskan sendiri oleh pelajar. Pengecualian yuran diberi berdasarkan kepada prestasi pelajar dan ianya perlu dipohon selewat-lewatnya minggu pertama awal Semester dari pihak Senat melalui Pusat Pengajian Siswazah mulai Semester kedua pengajian. Lain-lain pengecualian/pengurangan yuran adalah tertakluk kepada peraturan yang diluluskan oleh pihak Universiti dari masa ke semasa. 2

2.2.3 Pelajar Yang Tamat Biasiswa Atau Sedang Memohon Perlanjutan Biasiswa Pelajar yang ditamatkan biasiswa atau sedang memohon perlanjutan biasiswa sekiranya kelulusan permohonan perlanjutan biasiswa dari penganjur tidak diterima pada hari pertama selepas cuti pertengahan semester mereka dikehendaki menjelaskan sendiri semua bayaran pada hari kedua selepas cuti pertengahan Semester. 2.2.4 Pelajar Berpenganjur Yang Tidak Ditaja Sepenuhnya Oleh Penaja Pelajar-pelajar berkenaan hendaklah menjelaskan perbezaan yang tidak akan ditaja oleh penaja selewatlewatnya pada hari pertama selepas cuti pertengahan Semester. 3.0 Tindakan Terhadap Pelajar Yang Gagal Menjelaskan Pembayaran 3.1 Kategori pelajar seperti di para 2.1.1, 2.2.1, 2.2.2, 2.2.3 dan 2.2.4 yang gagal menjelaskan semua bayaran atau mendapatkan pengecualian selepas tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan antaranya seperti berikut. 3.1.1 Didenda sebanyak RM10.00 3.1.2 Ditahan daripada membuat pra pendaftaran dan pendaftaran sebenar matapelajaran 3.1.3 Ditahan daripada menduduki peperiksaan 3.1.4 Ditahan keputusan peperiksaan 3.1.5 Ditahan daripada menghadiri kuliah 3.1.6 Digantung pengajian 3.1.7 Diberhentikan 3.1.8 Ditahan transkrip dan sijil 4.0 Peraturan Pembayaran Bagi Semester III 4.1 Jenis Yuran Yang Dikenakan 4.1.1 Yuran Pelajaran Yuran Pelajaran yang dikenakan mengikut Jumlah Jam Kredit yang diambil seperti berikut :- Jenis Kursus Diploma/Integrasi Kadar Yuran RM15.00 setiap kredit Ijazah Sarjana Muda a. Bidang Teknologi RM45.00 setiap kredit b. Bidang Sains Gunaan RM40.00 setiap kredit c. Bidang Sastera Iktisas RM35.00 setiap kredit 4.1.2 Yuran Perkhidmatan UTM Jumlah yang dikenakan adalah sama seperti bayaran Semester I & II. Walaubagaimanapun, pelajar yang mengikuti Latihan Industri dalam Semester III dan tidak mendiami asrama pada semester tersebut diberi pengecualian 25% ke atas komponen bayaran Perkhidmatan Perpustakaan dan Pusat Kesihatan. Pelajar yang ingin mendapatkan pengecualian bayaran tersebut hendaklah mengemukakan surat sokongan dari pihak fakulti yang mengesahkan pelajar mengikuti Latihan Industri pada semester berkenaan. 4.1.3 Yuran Asrama 4.2 Cara Pembayaran Mengikut perkiraan berdasarkan tempoh Semester III. Pelajar diwajibkan menjelaskan semua yuran di atas semasa membuat pra-pendaftaran /pendaftaran matapelajaran. Pelajar yang gagal menjelaskan pembayaran tidak dibenarkan mendaftar matapelajaran pada Semester tersebut. Pelajar yang telah menjelaskan pembayaran tetapi menarik diri atau mengurangkan jumlah jam kredit yang diambil, tidak berhak menuntut pemulangan bayaran selepas tarikh rasmi pendaftaran matapelajaran. 3

5.0 Pelajar Yang Mengikuti Kursus Tanpa Ijazah 5.1 Jenis Yuran Yang Di kenakan 5.1.1 Yuran Pelajaran yang dikenakan adalah mengikut jumlah Jam Kredit yang diambil seperti berikut :- Kursus Tanpa Ijazah 5 jam kredit atau kurang Melebihi 5 jam kredit Diploma/Integrasi RM112.50 RM225.00 Ijazah Sarjana Muda A. Bidang Teknologi RM350.00 RM700.00 B. Bidang Sains Gunaan RM330.00 RM660.00 C. Bidang Sastera Iktisas RM275.00 RM550.00 5.2 Cara Pembayaran Pelajar diwajibkan menjelaskan semua yuran Pelajaran yang dikenakan semasa membuat pendaftaran. Walau bagaimanapun yuran-yuran kecil yang lain tidak dikenakan bayaran. 6.0 Pelajar Yang Mengikuti Kursus Separuh Masa & Semester Lanjutan 6.1 Pelajar Kursus Diploma/Sarjana Muda 6.1.1 Pelajar Kursus Diploma/ Sarjana Muda yang mengikuti Semester Lanjutan (melebihi tempoh Pengajian) yang mengambil 5 jam kredit atau kurang dikenakan separuh yuran pelajaran dari kadar biasa manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya. 6.1.2 Pelajar Kursus Sarjana Muda/Diploma yang berdaftar tahun akhir (Semester Lanjutan) yang telah menyempurnakan semua syarat-syarat kursus kecuali latihan praktik dikehendaki menjelaskan semua yuran kecuali yuran pelajaran bagi semester berkenaan. 6.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah 7.0 Peraturan Umum 6.2.1 Pelajar yang mengikuti program pengajian siswazah secara separuh masa dikenakan Yuran Pelajaran 60% daripada kadar biasa manakala yuran-yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya. 6.2.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah yang telah menghantar tesis dan menunggu penilaian/peperiksaan akan diberi pengecualian yuran pengajian secara automatik untuk Semester berikutnya dengan syarat telah memenuhi tempoh lazim Semester pengajian pelajar terlibat. 6.2.3 Pelajar Program Pengajian Siswazah yang sedang menulis tesis tetapi menggunakan Semester Lanjutan dari Semester lazim yang ditetapkan dan disahkan menggunakan kemudahan Universiti yang minimum boleh dipertimbangkan untuk permohonan pengecualian sebahagian yuran pelajaran melalui Dekan Pusat Pengajian Siswazah, manakala yuran-yuran lain perlu dijelaskan sendiri oleh pelajar. 7.1 Penarikan Diri Dari Asrama Semasa Pengajian 7.1.1 Pelajar yang berhenti atau menarik diri dari mendiami asrama dikehendaki menjelaskan pembayaran Yuran Asrama sepenuhnya. Sebaliknya pelajar yang telah menjelaskan bayaran di atas tidak berhak menuntut pemulangan. 7.1.2 Pelajar yang mendiami asrama masa cuti juga tertakluk kepada Peraturan 7.1.1. 7.2 Tuntutan Yuran Pengajian Bagi Kes Khas 7.2.1 Tindakan Tatatertib Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib samada diberhentikan atau digantung pengajian dikehendaki menjelaskan semua bayaran bagi Semester dimana tarikh hukuman dikuatkuasakan. 4

7.2.2 Menarik Diri Dari Mengikuti Kursus Pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra-pendaftaran matapelajaran) yang menarik diri dari mengikuti kursus setelah semester bermula dikehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan. Pelajar baru yang diluluskan menarik diri oleh Universiti (Pejabat Pendaftar-Pengurusan Akademik atau Sekolah Pengajian Siswazah) di dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pendaftaran adalah layak mendapatkan semula sebahagian daripada yuran yang telah dijelaskan. Tuntutan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Bendahari dengan mengemukakan surat kelulusan Universiti dan salinan asal resit bayaran. Tiada pemulanagn diberi sekiranya permohonan menarik diri diluluskan selepas tempoh di atas. 7.2.3 Penangguhan Pengajian/Cuti Sakit. 8.0 Peringatan Kepada Pelajar Pelajar yang mendaftar dan diluluskan permohonan penangguhan pengajian/cuti sakit oleh pihak berkuasa Universiti pada sesuatu semester dikehendaki menjelaskan yuran seperti berikut :- a) Jika kelulusan diberi sebelum cuti Pertengahan Semester berakhir, mahasiswa dikehendaki menjelaskan separuh dari Yuran Pelajaran. b) Sekiranya kelulusan diberi setelah cuti pertengahan Semester berakhir, mahasiswa dikehendaki menjelaskan keseluruhan Yuran Pelajaran. c) Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan untuk perkara (a) dan (b) di atas termasuk Yuran Asrama mengikut kiraan sebenar menduduki asrama. Pelajar adalah diminta menyedari akan tanggungjawab serta kesan perlaksanaan Pekeliling ini seperti yang dinyatakan di atas dan di Lampiran A. 9.0 Status Pekeliling Pekeliling ini menggantikan Pekeliling Bendahari Bil.1/1997 bertarikh 13hb Mac, 1997. 10.0 Peraturan Pembayaran ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa. Bendahari Universiti Teknologi Malaysia 5

LAMPIRAN 1 PERKARA-PERKARA PENTING UNTUK DIAMBIL PERHATIAN/ TINDAKAN OLEH PELAJAR 1. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menjelaskan semua bayaran bagi setiap Semester pada tarikh yang ditetapkan mengikut Pekeliling Bendahari Bil.2/2009 (Peraturan Pembayaran Pelajar) sehinggalah mereka menamatkan pengajian di UTM. 2. Pengeluaran bil tuntutan kepada pelajar merupakan proses pentadbiran sahaja. Sekiranya pelajar tidak menerima bil tuntutan, mereka masih tertakluk kepada tindakan mengikut Pekeliling Bendahari Bil. 2/2009 (Peraturan Pembayaran Pelajar) para 3.0 yang telah diedarkan kepada pelajar. 3. Surat tuntutan pembayaran yuran tertunggak akan dikeluarkan kepada pelajar berpenganjur jika biasiswa / pinjaman mereka belum diterima untuk makluman/ semakan / tindakan pembayaran (jika berkenaan). 4. Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat mengenai tunggakan yuran melalui laman web www.aimswebxs.utm.my atau datang terus ke Kaunter Unit Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari. 5. Yuran / hutang yang perlu dijelaskan oleh pelajar meliputi semua bayaran termasuk yuran pengajian (Yuran Pelajaran, Yuran Asrama, Yuran Perkhidmatan UTM, Yuran Aktiviti, Yuran Haluan Siswa, Yuran Kokurikulum, Yuran Pendaftaran, Yuran Alumni, Yuran Peperiksaan, Yuran Perkhidmatan Komputer dan lain-lain termasuk Pinjaman Tabung.) 6. Pelajar berpenganjur yang menerima biasiswa pelajaran mereka terus dari penganjur dianggap sebagai pelajar persendirian bagi maksud bayaran yuran yang ditetapkan dan tertakluk kepada tindakan yang dinyatakan terdahulu. 7. Pelajar yang memohon perlanjutan biasiswa melalui HEMA dan kelulusan mengenainya tidak diperolehi sebelum cuti pertengahan Semester akan dianggap pelajar persendirian dan mereka dikehendaki menjelaskan sendiri semua yuran pengajian. 8. Pelajar yang digantung pengajian dianggap telah menggunakan satu Semester pengajian dan mereka dikehendaki menjelaskan semua bayaran Semester dimana pelajar telah mendaftar matapelajaran, sebelum diterima meneruskan pengajian pada Semester berikutnya. 9. Pelajar yang telah membuat pra-pendaftaran matapelajaran dan layak meneruskan pengajian pada Semester berikutnya tetapi tidak bercadang meneruskan pengajian mereka kerana menarik diri atau memohon penangguhan pengajian, dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Dekan Fakulti dan disalinkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar atau Sekolah Pengajian Siswazah dan Bendahari dengan segera untuk pelarasan rekod serta tindakan berkaitan. Pelajar yang gagal berbuat demikian (sebelum Semester bermula atau sebelum tarikh akhir pendaftaran matapelajaran) masih dianggap sebagai pelajar berdaftar dan dikehendaki menjelaskan semua bayaran untuk Semester berkenaan. 10. Pelajar kanan (para 2.2) dibenarkan menjelaskan bayaran secara ansuran sebelum tarikh akhir pembayaran yang telah ditetapkan. Semua pembayaran yuran perlu dijelaskan secara tunai di kaunter pembayaran Bendahari (Bahagian Pelajar) atau melalui lain-lain kaedah yang dinyatakan. 11. Pelajar berpenganjur yang mendaftar semula setelah menangguh pengajian atau digantung pengajian perlu memohon semula biasiswa / pinjaman melalui Unit Biasiswa / Pinjaman, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA). 12. Pelajar baru adalah ditakrifkan sebagai pelajar semester pertama bagi kursus baru (peringkat lebih tinggi) yang ditawarkan. Pejabat Bendahari (Unit Kewangan Pelajar) Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Johor Bahru JOHOR. Telefon : 07-5530215 / 30596 / 30152 / 30117 / 30179 / 30597 Faks : 07-5530073 6

JADUAL BAYARAN UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM/STPM/MATRIKULASI/SETARAF BAGI PROGRAM DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN BIL JENIS BAYARAN PROGRAM DIPLOMA (RM) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (RM) 1.0 YURAN SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN 1. Yuran Haluan Siswa 180.00 180.00 2. Yuran Pendaftaran 20.00 20.00 3. Yuran Alumni 100.00 100.00 4. Yuran Kokurikulum 150.00 300.00 5. Yuran Program Khas Profesional UTM - 200.00 2.0 YURAN BERULANG (PER SEMESTER) 5. Yuran Aktiviti & Khairat Pelajar 25.00 25.00 6. Yuran Khidmat Pelajar 45.00 45.00 7. Yuran Perkhidmatan UTM 110.00 110.00 8. Yuran Perkhidmatan Komputer 20.00 20.00 9. Yuran Program Hedstart 30.00 30.00 10. Yuran Pelajaran Bidang Teknologi 225.00 700.00 Bidang Sains Gunaan 225.00 660.00 Bidang Sastera Iktisas 225.00 550.00 11. Yuran Kolej (Jumlah sebenar ditetapkan mengikut sewaan satu semester) RM 3.00/hari RM 4.00/hari RM 3.50/hari RM 4.00/hari RM 4.50/hari RM 5.00/hari RM 6.00/hari RM 6.50/hari RINGKASAN JUMLAH BAYARAN (Tidak termasuk yuran Kolej Kediaman) (a) (b) (c) (d) Semua Program Diploma (Semua Bidang Pengajian) Semua Program Sarjana Muda (Bidang Teknologi) 905.00 1,730.00 Semua Program Sarjana Muda (Bidang Sains Gunaan) 1,690.00 Semua Program Sarjana Muda (Bidang Sastera Iktisas) 1,580.00 Yuran di atas adalah tertakluk kepada pindaan. 7

ARAHAN BAYARAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA/SARJANA MUDA Para pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran yuran pengajian dan asrama seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran melalui salah satu dari kaedah berikut sahaja :- 1. Deposit Tunai di BANK ISLAM MALAYSIA BHD (Bill Presentment) Bayaran PENUH yuran pengajian pelajar baru boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam seluruh Malaysia dengan mengisi Slip Pembayaran Bil yang boleh didapati di bank. Pelajar dikehendaki mengisi butir-butir nama, no kad pengenalan, nombor telefon, jumlah bayaran serta bayar kepada UTM dengan lengkap. Contoh Slip Pembayaran Bil adalah seperti berikut :- Sila serahkan salinan slip yang mengandungi cetakan komputer bank semasa hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. Sila ambil maklum bahawa pelajar dikehendaki membayar caj bank sebanyak RM 1.50. Sila rujuk alamat laman sesawang ini http://www.bankislam.com.my/en/pages/branchlocator.aspx untuk maklumat cawangan Bank Islam. 2. Perbankan Internet (CIMBClicks)/Financial Process Exchange (FPX-BIMB). Pelajar juga boleh membuat pembayaran yuran menggunakan kemudahan perbankan internet CIMBClicks atau FPX. Sila rujuk laman sesawang http://aimswebxs.utm.my untuk panduan pembayaran dengan CIMBClicks dan FPX. Anda juga dikehendaki membawa cetakan slip bayaran melalui CIMBClicks/FPX semasa pendaftaran sebagai bukti pembayaran. 8

3. LAIN-LAIN MAKLUMAT a) Kadar terperinci yuran pelajaran bagi Program Sarjana Muda adalah seperti berikut :- BIDANG DAN FAKULTI PENGAJIAN KADAR YURAN (RM) BIDANG TEKNOLOGI FAKULTI :- 1.1 Alam Bina 1.2 Kejuruteraan Awam 1.3 Kejuruteraan Mekanikal 1.4 Kejuruteraan Elektrik 1.5 Kejuruteraan Kimia 1.6 Geoinformasi & Harta Tanah 1.7 Kejuruteraan Bioperubatan & Sains Kesihatan 1.8 Kejuruteraan Petroleum & Kejuruteraan Tenaga Diperbahrui 700.00 BIDANG SAINS GUNAAN FAKULTI :- 2.1 Sains 2.2 Pendidikan 2.3 Sains Komputer & Sistem Maklumat 2.4 Biosains & Biokejuruteraan 660.00 BIDANG SASTERA IKTISAS FAKULTI :- 3.1 Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia 550.00 b) Pendaftaran tidak diterima jika bayaran yuran tidak dijelaskan sepenuhnya. c) Pembayaran biasiswa/pinjaman pelajar adalah melalui akaun bank seperti berikut :- i) Bagi pelajar yang akan mendaftar di Kampus Johor Bahru mereka dikehendaki membuka akaun di mana-mana cawangan CIMB dan mengisi borang permohonan mengkredit bayaran melalui borang akaun ABPB (ms 27-28). Borang yang lengkap diisi dan salinan buku bank yang mengandungi maklumat nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank hendaklah diserahkan di kaunter Bendahari ketika hari pendaftaran. ii) Bagi pelajar yang akan mendaftar di International Campus, Kuala Lumpur mereka dikehendaki menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad bagi urusan pembayaran pinjaman/biasiswa. Urusan pembukaan akaun pelajar akan diurus oleh pihak BIMB dan UTM pada hari pendaftaran. Sehubungan itu pelajar adalah diminta supaya menyediakan satu salinan kad pengenalan bagi tujuan tersebut. 9