Bacaan Khusus Riwayat Hafs Menurut Tariq al-shatibiyyah

dokumen-dokumen yang mirip
ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-5

ILMU QIRAAT MODUL 2. Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah 2013

UST.HJ.MOHD SALEH BIN RAMLI PENSYARAH MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG BAHAGIAN 2

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

TAJWID AL-QURAN PERBANDINGAN TARIQ AL-SYATIBI DAN IBNU AL-JAZARI

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL- QURAN DAN AL-SUNNAH 2014 MINGGU KE-3

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

Usul Al-Qiraat. Ibnu Kathir dan Abu Amru. Bab 10. Dua Hamzah Dalam Satu Kalimah

Tulisan & Tanda Mushhaf

MANHAJ BACAAN IMAM ABU AMRU DALAM SURAH AN-NISA DISEDIAKAN OLEH:

UST.HJ.MOHD SALEH BIN RAMLI PENSYARAH MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG BAHAGIAN 1

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM

ANALISIS PENGAMALAN TARIQ AL-SYATIBI DI MALAYSIA : KAJIAN TERHADAP KITAB TOK MAT PINTU GENG

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAHAGIAN I PENDAHULUAN. 3. Dalam peraturan ini, tafsiran yang digunakan adalah seperti berikut:

(Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak termasuk muka hadapan)

HUKUM NUN SUKUN DAN TANWIN

Bab 1 PENJAGAAN KEASLIAN DAN KESUCIAN AL-QURAN. Bab2 47 PERSEDIAAN MENGHAFAL AL-QURAN KANDUNGAN. Kata Penerbit. iii Kata Pengantar.

NOTA RINGKASAN ASAS TAJWID AL-QUR AN

pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.

MUSHAF UTSMANI Sejarah Ringkas, Metode Penulisan dan Riwayat Hafsh

TANDA-TANDA BACAAN RESAM UTHMANI

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 TAJWID KBM 1

Sulaiman bin Hasan Al Jamzury. Terjemah Matan Tuhfatul Athfal Wal Ghilman

ISI KANDUNGAN. 1 Kronologi Penulisan al-quran 1. 2 Penerangan Panduan Waqaf dan Ibtida 8. 3 Perbezaan Khat Nasakh Versi Lama dan Versi Baharu 11

PENGERTIAN dan HUKUM ILMU TAJWID

BAB TIGA PEMBINAAN KATA MENERUSI PROSES I LA:L

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB III ANALISA. Tidak konsisten terhadap mad asli Tidak konsisten dengan gunnah Tidak sempurna vocal kesalahan pengucapan sukun.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

Metodologi Imam Tirmizi DR MUHAMAD ROZAIMI RAMLE

Ilmu Qira at. Oleh: Eka Safitri Anasari (C ) Faisal Abdillah (C ) Jurusan Sastra Arab. Fakultas Sastra dan Seni Rupa

QIRA AT AL-QUR AN (Makna dan Latar Belakang Timbulnya Perbedaan Qira at)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT: PENGALAMAN DI UIAM ABSTRAK

ILMU TAJWID QBA Program Pensiswazahan Guru

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM KBSR TAHUN SATU (SEMESTER SATU)

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 TAJWID KBM 2

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Mad. ÅÊÇπ]

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

TAJWID QARABASY. UNITED ISLAMIC CULTURAL CENTRE of INDONESIA

BAB KEEMPAT ANALISIS DATA. Di dalam usaha untuk memperincikan kemahiran tilawah al-qur an al-karim,

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

SMP NEGERI 2 PASURUAN TAHUN 2015

SENARIO SEMASA DAN STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Oleh: Zulkifli Haji Mohd Yusoff 1 & Nur Atiyah binti Suratem 2

SMKA Segamat, 17 April : Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamad Mokhtar, Pengetua SMKA Segamat diiringi Uzh. Mariatul Kaptiah Binti Mohd.

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB TIGA PENGENALAN IMAM WARSH. Warsh adalah seorang perawi qira: a:t al-qur a:n yang terkenal pada

MODUL. Nama Sekolah : SMA Negeri 1 Bone-Bone Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam Kelas / Semester : XI / 1

BAB IV KUALITAS MUFASIR DAN PENAFSIRAN TABARRUJ. DALAM SURAT al-ahzab AYAT 33

BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Baghdadi, iaitu yang diterbitkan oleh Syihab Resources. Keberkesanan kaedah ini dinilai

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI. Bab tiga disertasi ini akan memberi tumpuan kepada metodologi atau kaedah bacaan yang

MAKALAH QOWAIDUL IMLA AZ-ZIYADAH ALIF PENAMBAHAN ALIF )

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Pedoman Observasi Evaluasi Harian/Formatif

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SEMINAR QIRAAT PERINGKAT KEBANGSAAN NOVEMBER A uditorium U tam a U niversiti Islam A ntarabangsa M alaysia, G om bak

BAB III METODE PENELITIAN. Jenis penelitian ini adalah penelitian lapangan (field research) yang

Antara Contoh Isi Kandungan BPMG ( Tajwid )

: PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : X SEMUA KOMPETENSI KEAHLIAN

BAB II KAJIAN PUSTAKA. diciptakan, baik secara individual maupun kelompok. Prestasi tidak akan

KERTAS KERJA SEMINAR QIRAAT KEBANGSAAN 2011

Pengenalan kepada Ekonomi

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

TAHAP PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN BAGI IMAM-IMAM DI DAERAH KOTA SETAR DAN KUBANG PASU KEDAH.SATU KAJIAN. MOHD KHAIRI BIN HJ AHMAD GURU AGAMA,

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Teknik Terbaik Baca Al-Quran Jika Nafas Pendek

Pengenalan 10 Imam Qiraat dan Perawi mereka

Hadis Sahih. Kamarul Azmi Jasmi

SMKA Segamat, 25 Jan Berbekalkan semangat kesukanan yang jitu, semua pelajar dan guru-guru penasihat rumah sukan turun padang secara berjadual

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

SUMBER HUKUM ISLAM 1

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

MAKALAH. Hamzah di Tengah Kalimat

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

١٢٢٣/2 PENDIDIKAN ISLAM SET 2

Menciptakan Anak Yang Cerdas Dengan Menerapkan Belajar Membaca Al-Quran Sejak Usia Dini

sehingga tidak terjadi penafsiran yang bertentangan dengannya. Namun penjelasan nabi tersebut tidak banyak yang kita ketahui. Sampai saat ini, bukan

PENILAIAN PERCUBAAN SPM 1223/2

Kriteria Belanjawan Modal

SISTEM PENDETEKSI POLA TAJWID AL-QUR AN HUKUM IDGRAM BI-GHUNNAH DAN BILA GHUNNAH PADA CITRA MENGGUNAKAN METODE NEI AND LI

; ) ا ( alif Disebut mad thabi i (mad asli) apabila terdapat harakat fathah diikuti

BAB EMPAT PEMBINAAN KATA MENERUSI PROSES IBDA:L. illat. Manakala ibda:l sasarannya ialah huruf illat dan huruf sahi:h, iaitu

Maksudnya : Surah al-isra : 82

BAB II LANDASAN TEORI

3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Transkripsi:

Topik 10 Bacaan Khusus Riwayat Hafs Menurut Tariq al-shatibiyyah HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat; 1. Menjelaskan maksud riwayat Hafs daripada Imam 'Asim menurut Tariq al-shatibiyyah; 2. Menghuraikan tempat dan bacaan yang berbeza di antara tariqtariq riwayat Hafs; dan 3. Menerangkan kaedah bacaan khusus riwayat Hafs melalui Tariq al-shatibiyyah dengan lebih sempurna. PENGENALAN Qiraat Imam 'Asim riwayat Hafs merupakan bacaan majoriti umat Islam di dunia. Umumnya, tariq yang masyhur bagi riwayat ini adalah tariq Ubaid bin Sobah al-nahsyali yang dibawa oleh Imam al-shatibi di dalam qasidahnya Hirz al-amani wa Wajhu al-tahani. Namun hakikatnya, terdapat banyak tariq lain bagi bacaan riwayat Hafs ini yang telah dihimpunkan oleh para Qurra' di dalam kitab-kitab mereka. Kitab-kitab tersebut telah dihimpunkan oleh Imam Ibn al-jazari di dalam kitabnya al-nasyr fi al-qira'at al-'asyar.

184 TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT Di antara tariq-tariq ini terdapat perbezaan pada beberapa kalimah dan hukum tertentu. Perbezaan tersebut kadangkala menyebabkan pembaca al-quran mencampur adukkan bacaan di antara tariq tanpa pengetahuan dan kesedaran sedangkan hukumnya adalah ditegah. Justeru, topik ini akan menjelaskan bacaan riwayat Hafs dan 'Asim melalui Tariq al-shatibiyyah. Ia menjelaskan sanad bacaan tariq dan mengemukakan perbezaan di antara tariq-tariq yang terdapat di dalam riwayat ini dan seterusnya menjelaskan bacaan riwayat Hafs menurut Tariq al-shatibiyyah. 10.1 TARIQ YANG DIBAWA OLEH IMAM SHATIBI Imam al-shatibi telah memilih satu tariq sahaja bagi setiap riwayat yang dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-amani wa Wajhu al-tahani. Beliau telah mengekalkan tariq asal kitab beliau iaitu Kitab al-taisir fi al-qiraat al-sab' karangan Abu 'Amr al-dani. Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, tariq tersebut adalah tariq 'Ubaid bin Sobah al-nahsyali yang mengambil bacaan daripadanya al-usynani yang telah mengambil bacaan daripadanya al-hasyimi. Jadual 10.1 menjelaskan biodata ringkas para qari' di dalam tariq ini. Jadual 10.1: Biodata Ringkas Para Qari' Para Qari' 'Ubaid bin Sobah al-nahsyali Ahmad bin Sahl al-usynani Biodata Beliau adalah 'Ubaid bin Sobah bin Abi Shuraih bin Sabih al-nahsyali al-kufi. Beliau mengambil bacaan al-quran daripada Hafs daripada 'Asim. Beliau merupakan seorang qari' yang soleh dan kuat ingatan. Di antara murid beliau adalah Ahmad bin Sahl al-usynani, 'Abd al-samad bin Muhammad, al- Hasan bin al-mubarak, Abu Tahir 'Abd al-wahid bin 'Umar, 'Ali bin Muhammad al-hasyimi. Beliau wafat pada tahun 219H. Beliau adalah Abu al-'abbas Ahmad bin Sahl bin al- Fairuzan al-usynani. Beliau mengambil bacaan al- Quran daripada 'Ubaid bin Sobah al-nahsyali dan sebahagian murid 'Amr bin Sobah iaitu al-hasan bin al-mubarak, Ibrahim al-simsar dan 'Ali bin Sa'id. Di antara anak murid beliau adalah Ibn Mujahid, 'Ali bin Muhammad al-hasyimi dan Abu Tahir 'Abd al- Wahid bin 'Umar. Beliau wafat pada tahun 307H di Baghdad.

TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT 185 'Ali bin Muhammad al-hasyimi Beliau adalah 'Ali bin Muhammad bin Soleh bin Daud al-hashimi al-basri. Beliau merupakan seorang qari' yang buta. Beliau mengambil bacaan al-quran daripada Ahmad bin Sahl al-usynani dan di antara murid beliau adalah Tahir bin Ghalbun dan Mansur bin Ahmad al-sindi. Beliau wafat pada tahun 368H. SEMAK KENDIRI 10.1 Setelah anda mempelajari dengan mendalam, maksud bacaan al-quran riwayat Hafs daripada Imam 'Asim menurut tariq al-shatibiyyah, cuba anda jelaskan mengapa bacaan tariq ini sangat masyhur di Malaysia dan seluruh dunia. 10.2 PERBEZAAN BACAAN PADA TARIQ- TARIQ RIWAYAT HAFS Secara amnya, riwayat Hafs daripada 'Asim tidak terdapat perbezaan yang banyak di antara tariq-tariqnya. Tariq-tariq ini hanya berbeza di dalam beberapa perkara yang menjadi usul qiraat dan farsh al-huruf. Usul qiraah merujuk kepada hukum atau bacaan yang mempunyai kaedahkaedah tertentu dan bacaan ini diulang dan terdapat dengan banyak di dalam al-quran. Manakala farsh al-huruf pula merujuk kepada bacaan yang tidak mempunyai kaedah khusus baginya dan hukum bacaan tersebut tidak terdapat dengan banyak di dalam al-quran. Subtopik berikut menyenaraikan usul qiraat dan farsh al-huruf yang berbeza padanya tariq-tariq bagi riwayat Hafs daripada 'Asim. 10.2.1 Usul Yang Berbeza Padanya Tariq-tariq Riwayat Hafs Daripada 'Asim Terdapat lima usul yang tidak disepakati oleh tariq-tariq riwayat Hafs daripada Imam 'Asim iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10.2.

186 TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT Jadual 10.2: Usul yang Tidak Disepakati oleh Tariq-tariq Riwayat Hafs Daripada Imam 'Asim Usul Mad Munfasil Penerangan Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada kadar panjang bagi mad ini, di mana sebahagian tariq membaca dengan Qasr (2 harakat), Fuwaiq al-qasr (3 harakat), al-tawassut (4 harakat) atau Fuwaiq al-tawassut (5 harakat). Mad Muttasil Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada kadar panjang bagi mad ini, di mana sebahagian tariq membaca dengan al-tawassut (4 harakat), Fuwaiq al-tawassut (5 harakat) atau al-isyba' (6 harakat). Dengung (Ghunnah) Sebahagian tariq membaca idgham yang sempurna (idgham kamil) bersama ghunnah pada huruf nun atau tanwin yang bertemu pada huruf lam dan ra'. Manakala sebahagian yang lain membacanya dengan idgham yang tidak sempurna (idgham naqis) dengan ghunnah pada pertemuan tersebut. Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum huruf hamzah Takbir Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada tempat huruf mati tersebut di mana sebahagian membaca tanpa saktah, sebahagian yang lain membaca saktah 'am1 atau saktah khas2. Sebahagian daripada tariq tidak membaca takbir, manakala harus pada sebahagian yang lain membaca takbir am atau khas di awal atau akhir surah-surah khatam. 10.2.2 Farsy al-huruf yang Berbeza Padanya Tariqtariq Riwayat Hafs Daripada 'Asim Terdapat 16 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat perbezaan di antara tariqtariq riwayat Hafs daripada 'Asim: (a) di dalam ayat 245 Surah al-baqarah: Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf Sin atau Shod. (b) di dalam ayat 69 Surah al-a'raf: 1. Saktah 'Am merujuk kepada pada Saktah pada Alif Lam Ta'rif sebelum huruf Hamzah,, Ucmkp"Ochuwn"fcp" Ucmkp"Ocwuwn0 Lihat: Ibn al-jazari, al-nasyr fi al-qiraat al-'asyar. Jld.1. 325. 2. Saktah Khas merujuk kepada saktah pada Alif Lam Ta'rif sebelum huruf Hamzah,, dan Ucmkp" Ochuwn0"" Lihat: Ibn al-jazari, al-nasyr fi al-qiraat al-'asyar. Jld.1. 325.

TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT 187 Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin atau shod. (c) di dalam ayat 22 Surah al-ghasyiyah: Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin atau shod. (d) (e) di dalam ayat 37 Surah al-thur: Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin atau shod atau harus kedua-duanya sekali. Hamzah Wasol pada: di dalam ayat 143 dan 144 Surah al-an'am di dalam ayat 51 dan 91 Surah Yunus di dalam ayat 59 Surah Yunus dan 59 Surah al-naml Tariq-tariq berbeza pada membaca kalimah-kalimah ini secara ibdal dengan isyba', tashil hamzah kedua atau kedua-duanya sekali. (f) di dalam ayat 176 Surah al-a'raf: Tariq-tariq berbeza membaca lafaz ini sama ada secara idgham, izhar atau harus keduanya. (g) (h) di dalam ayat 42 Surah Hud: Tariq riwayat ini berbeza membaca lafaz ini sama ada secara idgham atau izhar. Huruf nun dan wau pada: di dalam ayat 1-2 Surah Yasin

188 TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT di dalam ayat 1 Surah al-qalam Tariq-tariq berbeza membaca lafaz-lafaz sama ada secara izhar atau idgham. (i) (j) di dalam ayat 11 Surah Yusuf: Tariq-tariq berbeza pada lafaz ini sama ada dibaca dengan isymam, ikhtilas (ikhfa') atau keduanya sekali. Saktah pada kalimah-kalimah berikut: di dalam ayat 1-2 Surah al-kahf di dalam ayat 1-2 Surah al-kahf di dalam ayat 27 Surah al-qiyamah di dalam ayat 14 Surah al-muthaffifin (k) Tariq-tariq riwayat ini berbeza bacaan pada lafaz-lafaz ini di mana sebahagian membaca dengan saktah pada empat tempat ini, sebahagian membaca saktah hanya pada sebahagian tempat atau tidak membaca saktah (idraj) pada kesemua lafaz ini. Huruf 'Ain pada 2 lafaz berikut: di dalam ayat 1 Surah Maryam di dalam ayat 1-2 Surah al-syura Perbezaan bacaan lafaz ini adalah pada kadar mad huruf 'Ain di mana sebahagian tariq membaca Qasr (2 harakat), Tawassut (4 harakat), isyba' (6 harakat) atau dengan 2 wajah iaitu tawassut dan isyba'.

TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT 189 (l) di dalam ayat 63 Surah al-syu'ara' Tariq-tariq berbeza bacaan pada kalimah ini di mana sebahagian tariq membaca dengan nipis pada huruf ra', tebal pada huruf ra' atau harus kedua-duanya. (m) di dalam ayat 36 Surah al-naml Tariq-tariq berbeza pada kalimah ini pada bacaan waqaf di mana sebahagian membaca dengan ithbat (kekal) huruf ya', hazaf huruf ya' atau harus kedua-duanya sekali. (n) Ayat 54 Surah al-rum Tariq berbeza pada kalimah dan di mana ia harus dibaca dengan baris atas (fathah) huruf dhod, baris hadapan (dhommah) atau harus keduanya sekali. (o) di dalam ayat 4 Surah al-insan Tariq-tariq berbeza pada kalimah ini pada bacaan waqaf di mana sebahagian membaca dengan ithbat (kekal) huruf alif, hazaf huruf alif atau harus kedua-duanya sekali. SEMAK KENDIRI 10.2 Terangkan secara ringkas maksud usul qiraat dan farsy al-huruf.

190 TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT 10.2.3 Aplikasi Bacaan Khusus Hafs Tariq Syatibi Wajib ke atas semua yang membaca al-quran dengan riwayat Hafs daripada 'Asim dengan Tariq al-shatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati beberapa perkara yang akan diterangkan. Ini adalah supaya tidak berlaku percampuran antara tariq-tariq yang lain. Jika percampuran ini berlaku, ia merupakan suatu keaiban di sisi ulama QurraÊ. Perkara-perkara khusus di dalam bacaan riwayat Hafs Tariq al-shatibiyyah disimpulkan di dalam Jadual 10.3. Jadual 10.3: Riwayat Hafs Tariq al-shatibiyyah Perkara Tariq al-shatibiyyah Mad Muttasil Mad Munfasil Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum huruf hamzah Ghunnah pada huruf Nun atau tanwin yang bertemu pada huruf Lam dan Ra' Takbir 4 atau 5 harakat. Panjang yang paling utama dan afdal ialah empat harakat. 4 atau 5 harakat. Panjang yang paling utama dan afdal ialah empat harakat. Tiada saktah. Imam Hafs tidak akan melakukan saktah kecuali pada tempat yang akan diterangkan kelak. Tiada ghunnah. Tiada takbir. Bacaan pada kalimah: Dibaca dengan Sin. Kalimah Harus dibaca dengan huruf shod atau sin. Kalimah Dibaca dengan huruf shad.

TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT 191 Bab Hamzah Wasol pada: Harus 2 wajah iaitu ibdal dengan 6 harakat dan tashil hamzah kedua. Wajah ibdal dengan isyba' dengan 6 harakat adalah lebih utama dan afdal. Bab: Idgham Bacaan Hafs daripada 'Asim daripada semua turuqnya pada kalimah ( ) Adalah secara imalah huruf alif selepas raê secara imalah kubra. Tiada bagi Hafs pada kalimah yang mengandungi huruf ra' dibaca dengan imalah kecuali pada ayat ini. Dibaca dengan idgham. Dua wajah iaitu: Ikhtilas dan isymam; dan Wajah ikhtilas ini adalah lebih afdal dan utama. Saktah wajib ketika wasal.

192 TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT Kadar 'Ain pada: Harus pada kalimah dua wajah iaitu: Al-Izhar bersama dengan saktah latifah tanpa bernafas pada huruf haê( ) dan inilah yang paling utama. Dibaca dengan idgham. Harus waqaf pada kalimah ( ) waqaf yang sempurna dengan mengambil nafas. Ini kerana ia adalah permulaan ayat dan waqaf pada permulaan ayat merupakan sunnah secara mutlak. Huruf 'ain dibaca dengan 6 atau 4 harakat. Wajah 6 harakat adalah lebih utama. Hukum huruf ra' pada: Waqaf pada: Harus 2 wajah iaitu nipis pada huruf ra' atau tebal. Bacaan secara nipis (tarqiq) lebih utama. Harus ketika diwaqafkan dua wajah iaitu: Dengan mengisbatkan (menetapkan) yaê atau menghazafkannya (membuang atau menghilangkannya). Wajah yang pertama lebih utama untuk dibaca. Jika dibaca secara wasal, maka dengan mengisbatkan huruf yaê berbaris atas. Diizharkan nun selepas daripada wau pada kedua-dua lafaz ketika bacaan wasal.

TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT 193 Huruf Dhad pada kalimah Harus 2 wajah iaitu fathah dan dhommah. Bacaan dengan baris atas adalah lebih utama daripada baris hadapan. Waqaf pada kalimah Lafaz ( ) dibaca secara tashil mengikut riwayat Hafs daripada 'Asim pada semua turuqnya satu wajah sahaja iaitu pada huruf hamzah kedua di antara hamzah dan alif pada kalimah. Harus dua wajah iaitu ithbat atau hazaf. SEMAK KENDIRI 10.3 1. Jelaskan kepentingan mengetahui bacaan-bacaan khusus bagi riwayat Hafs daripada 'Asim menurut tariq al-shatibiyyah. 2. Sebutkan tempat-tempat yang dibaca dengan imalah, tashil dan al-raum. Tariq yang masyshur bagi riwayat ini adalah tariq Ubaid bin Sobah al- Nahsyali yang dibawa oleh Imam al-shatibi di dalam qasidahnya Hirz al- Amani wa Wajhu al-tahani. Imam al-shatibi telah mengekalkan tariq asal kitab beliau iaitu Kitab al-taisir fi al-qiraat al-sab' karangan Abu 'Amr al-dani. Tiga para qari' di dalam tariq ini adalah: (a) 'Ubaid bin Sobah al-nahsyali;

194 TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT (b) (c) Ahmad bin Sahl al-usynani; dan 'Ali bin Muhammad al-hasyimi. Tariq-tariq ini hanya berbeza di dalam beberapa perkara yang menjadi usul qiraat dan farsh al-huruf. Terdapat lima usul yang tidak disepakati oleh tariq-tariq riwayat Hafs daripada Imam 'Asim, iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) Mad Munfasil; Mad Muttasil; Dengung (Ghunnah); Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum huruf hamzah; dan Takbir. Terdapat 16 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat perbezaan di antara tariq-tariq riwayat Hafs daripada 'Asim. Wajib membaca al-quran dengan riwayat Hafs daripada 'Asim dengan tariq al-shatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati beberapa perkara supaya tidak berlaku percampuran antara tariq-tariq yang lain. Farsy al-huruf Imam 'Asim Imam Hafs Tariq al-shatibiyyah Usul Qiraat