Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

dokumen-dokumen yang mirip
Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Indeks Pembangunan Manusia. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pengenalan Makroekonomi

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pengenalan kepada Ekonomi

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran Taraf Hidup Antara Masa Dan Antara Negara

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Tingkatan 4 Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

Akaun Semasa Mudarabah

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Sustainable Education 54

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Akaun Pelaburan Waheed

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Akaun Pelaburan Waheed

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Kesannya Kepada Pengguna

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Bil 04/2010 Edisi APRIL

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 6. pendapatan dan (7) mengenalpasti kesan agihan zakat dari perspektif maqāṣid syarīah.

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

Contoh Soalan SPM: Bahagian B

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

Akaun Pelaburan Bertempoh

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

CHAPTER 4 PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA DAN PENGGUNA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Wacana Ilmu ICT Servis Awan UTM. Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

Transkripsi:

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Bajet 2016 yang bertemakan mensejahtera kehidupan rakyat amat bertepatan dengan situasi semasa yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup individu. Terdapat pelbagai inisiatif melalui Bajet 2016 untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Keberkesanan inisiatifinisiatif tersebut untuk menangani isu ini adalah perkara kedua. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kenaikan kos sara hidup itu sendiri. Adakah kenaikan kos sara itu benar atau cuma suatu persepsi? Apakah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kenaikan kos sara hidup? Peningkatan kos sara hidup akan dirasai oleh individu sekiranya peningkatan harga melebihi peningkatan pendapatan. Jika keadaan demikian berlaku, seseorang individu terpaksa meningkatkan perbelanjaan rutinnya tanpa merubah corak perbelanjaan. Dengan kata lain untuk mengekalkan peratus perbelanjaan rutinnya daripada jumlah pendapatan, individu tersebut terpaksa menurunkan taraf perbelanjaannya dengan menggunakan barangan dan perkhidmatan yang lebih rendah kualitinya. Jika ditinjau dari sudut pendapatan, purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia untuk tahun 2014 adalah RM6,141 berbanding RM5,000 untuk tahun 2012. Ini menunjukkan kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah sebanyak 7.7 peratus setahun untuk tempoh tersebut setelah mengambil kira faktor inflasi. Malahan, upah benar purata untuk sektor pembuatan telah tumbuh sebanyak 10.1 peratus untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Dari sudut perbelanjaan, peningkatan harga mengikut ukuran indeks harga pengguna (IHP) menunjukkan peningkatan yang jauh lebih rendah dari peningkatan pendapatan. Untuk tahun 2014, IHP telah tumbuh sebanyak 3.2 peratus berbanding dengan tahun 1 Pandangan yang dikemukakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya mewakili pandangan MIER.

sebelumnya. Dengan kata lain, kadar inflasi untuk 2014 adalah 3.2 peratus. Malahan untuk lapan bulan pertama tahun ini, kadar inflasi direkodkan sebanyak 1.9 peratus. Perlu diingat bahawa 30.3 peratus wajaran atau pemberat IHP adalah untuk makanan dan minuman bukan alkohol, berdasarkan penyiasatan perbelanjaan isi rumah yang di lakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Jika dipecahkan mengikut kawasan dan kumpulan pendapatan, kadar inflasi mengikut ukuran IHP juga tidak menunjukkan banyak perbezaan. Untuk lapan bulan pertama tahun ini, kadar inflasi tertinggi direkodkan untuk kumpulan pendapatan RM1,500 ke bawah, iaitu sebanyak 2.2 peratus. Jelas statistik di atas menunjukkan bahawa pertumbuhan pendapatan melebihi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan dari perspektif pengguna. Namun persepsi umum mengatakan bahawa masyarakat menghadapi isu peningkatan kos sara hidup. Ini disokong oleh Tinjauan Sentimen Pengguna yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) di mana Indeks Sentimen Pengguna (CSI) menunjukkan penurunan yang berterusan untuk lima suku tahunan terakhir. Rata-rata pengguna melaporkan bahawa mereka pesimis dari segi perbelanjaan. Walaupun dapatan ini tidak boleh dikaitkan terus dengan peningkatan kos sara hidup, namun ianya memberi makna bahawa terdapat tekanan ke bawah terhadap permintaan agregat. Jika pertumbuhan pendapatan melebihi peningkatan harga, mengapa masyarakat merasai tekanan daripada peningkatan kos sara hidup? Isu ini perlu dilihat dari sudut struktur sosioekonomi. Struktur ekonomi Malaysia telah mengalami perubahan melalui beberapa fasa selari dengan pembangunan ekonomi. Bermula dari pergantungan kepada sektor komoditi pertanian hinggalah ke sektor pembuatan dan seterusnya sektor perkhidmatan. Apa yang jelas Malaysia telah berjaya mentransformasikan struktur ekonomi untuk mencipta pertumbuhan yang memberangsangkan. Sudah tentu kedinamikan ekonomi juga dikuti oleh kedinamikan struktur masyarakat. Meniti fasa transformasi ekonomi, terdapat golongan masyarakat yang ditransformasikan ke status yang lebih tinggi. Isi rumah yang dahulunya berpendapatan rendah, mungkin kini sudah berpendapatan tinggi. Statistik kemiskinan menunjukkan

peningkatan yang ketara, di mana kadar kemiskinan untuk tahun 2014 adalah 0.6 peratus berbanding dengan 7.5 peratus pada tahun 1999 dan 49.5 peratus pada tahun 1970. Perubahan struktur masyarakat sudah tentu akan turut mengubah cita rasa individu. Sebahagian barangan dan perkhidmatan yang dahulunya dikira sebagai mewah kini mungkin bertukar menjadi barangan keperluan. Terdapat juga individu yang berubah dari menggunakan barangan generik kepada barangan berjenama. Oleh yang demikian, corak perbelanjaan individu dijangka berubah dari masa ke semasa. Perubahan ini akan terkesan terhadap permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan kerana cita rasa merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi permintaan. Segala kedinamikan ini adalah lumrah dan sebahagian dari inti pati pertumbuhan ekonomi. Masyarakat perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan sebegini. Pilihan untuk penggunaan semakin bertambah untuk pengguna apabila ekonomi semakin maju. Namun, pilihan barangan dan perkhidmatan yang rendah atau murah statusnya semakin kurang. Justeru, cara hidup majoriti masyarakat akan terherot ke arah golongan kaya sama ada cuma sebagai suatu pilihan atau sebagai suatu keterpaksaan. Dalam pada itu, ukuran inflasi melalui IHP mungkin tidak bergerak selari dengan kedinamikan cita rasa masyarakat. Mungkin ramai dari kalangan individu yang berbelanja barangan dan perkhidmatan yang tidak diukur oleh IHP. Dengan kata lain, sekiranya cita rasa individu tidak berubah, individu tersebut mungkin tidak tertekan dengan peningkatan kos sara hidup. Jelasnya, masalah peningkatan kos sara hidup bukan kesemuanya disebabkan oleh faktor semasa seperti tanggapan ramai. Malahan majoritinya disebabkan oleh kesan pertumbuhan ekonomi. Ramai telah menerima hakikat bahawa harga pisang adalah di dalam lingkungan RM4.00 sekilo di pasaran, bukan lagi dipetik di belakang rumah. Sebaliknya, kalau kita memilih untuk mengekalkan status quo, pisang masih boleh dipetik di belakang rumah.

Menyedari hakikat ini, apa yang jauh lebih penting adalah bagaimana untuk menangani isu ini. Semata-mata menumpukan perhatian kepada usaha membendung kenaikan kos adalah kurang berkesan untuk jangka masa panjang. Kuasa pasaran adalah jauh lebih berkesan memainkan peranan tersebut. Ini termasuk usaha kerajaan mengawal harga barang-barang kawalan perlu dianggap sebagai langkah jangka pendek, bukan satu penyelesaian mutlak. Secara umumnya, penyelesaian yang lebih hakiki untuk mengani isu ini pada peringkat makroekonomi adalah melalui peningkatan kecekapan atau produktiviti. Terdapat pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui penggubalan dasar untuk meningkatkan produktiviti ekonomi. Peningkatan produktiviti berserta dengan pengagihan sumber yang cekap mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang maksimum. Walau bagaimanapun, setiap individu di dalam masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dengan membudayakan elemen produktiviti di kalangan mereka. Setiap individu perlu berfungsi sebagai satu unit pengeluaran. Justeru masing-masing perlu meningkatkan produktiviti untuk memaksimumkan pengeluaran. Koleksi individu yang produktif di dalam ekonomi akan menyumbang kepada sebuah ekonomi yang produktif. Kesan akhir kepada pertumbuhan ekonomi akan berbalik kepada kesejahteraan untuk masyarakat. Dengan ini, isu kenaikan kos sara hidup mungkin mampu diatasi. Apakah makna produktiviti? Secara kasarnya produktiviti bermaksud meningkatkan pengeluaran atau output dengan input yang sama atau mengurangkan input untuk mendapat output yang sama. Berdasarkan premis ini, individu perlu meningkatkan input mereka untuk proses pengeluaran negara. Ini boleh dicapai sama ada dengan meningkatkan kualiti input atau meningkatkan kecekapan penggunaan input. Kualiti input individu boleh ditingkatkan dengan peningkatan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman mereka, atau dengan kata lain peningkatan modal insan. Dari perspektif keseluruhan ekonomi, peningkatan modal insan menyumbang secara positif kepada peningkatan pengeluaran negara. Sudah tentu, peningkatan pengeluaran

negara akan diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan individu. Justeru ini dapat mengimbangi perubahan cita rasa individu selari dengan pembangunan ekonomi. Peningkatan kecekapan penggunaan input pula bermakna menggunakan input secara optimum. Jika manusia atau tenaga kerja sebagai input terhadap proses pengeluaran negara digunakan secara cekap, pengeluaran negara akan meningkat dan pendapatan individu juga turut meningkat. Untuk mengoptimumkan guna tenaga individu, budaya multitasking atau mempelbagaikan tugas perlu diterapkan. Ini bukan sahaja bermakna individu perlu mempelbagaikan kerja untuk mendapatkan pendapatan tambahan, tetapi juga termasuk mentransformasikan hobi kepada aktiviti yang boleh menjana pendapatan.