5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

dokumen-dokumen yang mirip
Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

KANDUNGAN. Perakuan Keaslian Penulisan. Abstract Penghargaan Kandungan Singkatan Panduan Sebutan Senarai Jadual. 1.1 Pengenalan 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

Transkripsi:

5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan cadangan kajian masa depan yang akan membantu atau menjadi garis panduan kepada pengkaji yang ingin mendalami bidang sosiolingustik khasnya dalam fenomena penukaran kod dan pembauran kod pada masa akan datang. 5.2 Perbincangan Hasil Kajian Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur. Responden kajian ini adalah 35 orang pelajar tingkatan Lima sekolah ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji fenomena penukaran kod dan pembauran kod dalam kalangan pelajar-pelajar Tamil dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Memandangkan tujuan kajian ini adalah berkait rapat dengan fenomena penukaran kod dan pembauran kod, maka pengkaji telah menggariskan beberapa objektif tertentu yang harus dicapai. Antaranya adalah mengenalpasti kekerapan berlakunya penukaran kod dan pembauran kod, bahasa pilihan, pola-pola pembauran kod, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penukaran dan pembauran kod dan fungsi-fungsi penukaran kod dan pembauran kod dalam kalangan pelajar-pelajar Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur. 5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 109

Hasil daripada penganalisisan yang dilakukan terhadap rakaman yang ditranskripsi pengakaji telah mengesan kekerapan penukaran bahasa dalam perbualan responden. Ia berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah penukaran bahasa yang berlaku dalam keseluruhan ayat. Ia dikenali sebagai penukaran kod. Manakala yang kedua adalah penukaran bahasa yang berlaku pada peringkat kata atau frasa. Ia dikenali sebagai pembauran kod. Bagi mengesan kedua-dua fenomena ini pengkaji telah menggunakan sepuluh rakaman perbualan pelajar-pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil dalam kelas. Rakaman perbualan tersebut telah ditranskripsi dan dianalisis. Data yang dianalisis memberi maklumat terperinci mengenai fenomena penukaran kod dan pembauran kod. Penukaran bahasa yang berlaku pada keseluruhan ayat atau penukaran kod hanya berlaku sebanyak dua kali sahaja. Ia adalah sebanyak 0.18%. Manakala penukaran bahasa yang berlaku pada peringkat kata dan frasa dalam sesuatu ayat yang juga dikenali sebagai pembauran kod paling banyak berlaku. Sebanyak 1012 pembauran kod telah berlaku. Ini adalah sebanyak 99.82% daripada keseluruhan penukaran bahasa yang berlaku.. Maka dapat dirumuskan bahawa pembauran kod lebih banyak berlaku daripada penukaran kod dalam kalangan pelajar-pelajar Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur. Semasa menganalisis fenomena pembauran kod, pengkaji telah mengenalpasti sebanyak 937 kali pembauran berlaku pada peringkat perkataan dan 75 kali pembauran berlaku pada peringkat frasa. Maka dapat dirumuskan bahawa pembauran kod pada peringkat perkataan lebih banyak berlaku berbanding pembauran kod pada peringkat 110

frasa dalam kalangan pelajar-pelajar Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor berlakunya penukaran kod dan pembauran kod seperti ketiadaan kosa kata dan sebagainya. 5.2.2 Bahasa Pilihan responden semasa penukaran kod dan pembauran kod Pengkaji juga telah mengenalpasti bahawa penukaran kod dan pembauran kod dari bahasa Tamil ke bahasa paling banyak berlaku. Inggeris menjadi Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui rakaman yang telah ditranskripsikan, pengkaji mendapati bahawa penukaran bahasa dari bahasa matrix ke bahasa sematan telah berlaku sebanyak 1014 kali. Penukaran ke dalam bahasa Inggeris paling kerap berlaku dengan penukaran sebanyak 935 kali atau 92.5%. Bakinya adalah penukaran dalam bahasa Malaysia iaitu sebanyak 79 kali atau sebanyak 7.5 %. Maka dapat dirumuskan bahawa bahasa Inggeris menjadi bahasa pilihan utama responden semasa ingin menukar kod. Ini adalah kerana faktor persekitaran responden. Kesemua responden yang dikaji terdiri daripada warga kota dan bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar utama dalam komunikasi harian. Bagi responden penggunaan bahasa Inggeris dalam aktiviti harian sudah menjadi satu kebiasaan. 5.2.3 Pola-pola pembauran kod Setelah mengkaji kekerapan penukaran dan pembauran kod dan bahasa pilihan responden, pengkaji juga turut menganalis tentang pola-pola pembauran kod. Maka pengkaji telah mengenalpasi sebanyak 7 pola pembauran kod yang telah berlaku 111

dalam perbualan responden yang dirakam dan ditranskripsi. Pola-pola tersebut adalah seperti di bawah:- Pola-pola pembauran kod i) Bahasa Tamil Bahasa Inggeris ii) Bahasa Tamil Bahasa Melayu iii) Bahasa Tamil Bahasa Melayu Bahasa Inggeris iv) Bahasa Tamil Bahasa Inggeris Bahasa Melayu v) Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Tamil vi) Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Tamil vii) Bahasa Inggeris Bahasa Tamil Bahasa Melayu Daripada pola-pola yang telah tersenarai di atas, pola Bahasa Tamil Bahasa Inggeris paling kerap berlaku dalam perbualan responden yang dirakam dan ditranskripsikan. Penggunaan bahasa Inggeris oleh responden semasa membaur kod mungkin disebabkan oleh factor kebiasaan. Di mana responden banyak terdedah kepada bahasa Inggeris dalam banyak situasi formal dan juga tidak formal. Maka tidak hairanlah bahasa Inggeris menjadi bahsaa pengganti dalam komunikasi responden. Yang nyata adalah pola ini amat popular dalam kalangan responden. 5.2.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi penukaran kod dan pembauran kod dalam kalangan pelajar - pelajar Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda semasa pengajaran dan pembelajaran. 112

Pengkaji juga telah mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penukaran kod dan pembauran kod dalam kalangan responden. Maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik dan temu bual menunjukkan bahawa faktor kebiasaan menjadi salah satu faktor bagi berlakunya fenomena ini. Menurut Maya Khemlani (2003:19), dalam kajiannya mengatakan bahawa sesuatu istilah bahasa lain telah biasa digunakan bagi merujuk sesuatu benda mahupun individu tanpa disedari bahawa mereka menukar kod. Beliau juga menerangkan bahawa ini bukan kerana ketiadaan kosa kata mahupun penutur kurang fasih dalam sesuatu bahasa malah faktor kebiasaan mengakibatkan perkara ini terjadi. Faktor kebiasaan bererti responden gemar menukar kod walaupun terdapat sesuatu kosa kata sesuai bagi sesuatu perkataan dalam bahasa utama. Hal ini sedemikian kerana sampel lebih biasa dengan penggunaan kosa kata tersebut dalam pertuturan harian. Selain dari faktor kebiasaan, faktor ketiadaan kosa kata juga menjadi faktor berlakunya pembauran kod dalam kalangan pelajar-pelajar Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur. Temubual yang dijalankan juga menjelaskan bahawa aspek kegagalan menguasai kosa kata dalam bahasa utama menjadi penyebab penukaran penukaran kod. Kegagalan menguasai kosa kata sepadan dalam bahasa utama yang menjelaskan makna yang tepat menyebabkan responden memilih kosa kata bahasa asing. Hal ini kerap berlaku apabila penutur merujuk istilah-istilah yang berkait rapat dengan bidang sains, teknologi, komputer dan hiburan. Penemuan dan pengenalan baru yang berlaku dalam bidang-bidang ini menyebabkan penutur terus melakukan pembauran kod ke dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia. Ini adalah disebabkan 113

penutur tidak menguasai istilah bidang-bidang ini dalam bahasa ibundanya. Ini bukannya bererti tiada istilah dalam bahasa Tamil tetapi ianya belum sampai ke pengetahuan penutur. Maka ketandusan kosa kata juga menjadi faktor berlakunya pembauran kod. Selain daripada itu, isi kandungan mata pelajaran atau topik yang dibincangkan juga menjadi satu lagi faktor berlakunya penukaran kod dan pembauran kod. Ini kerana sampel dengan mudah mengaitkan isu yang dibincangkan dengan pengalaman sedia ada pada diri mereka. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik sekiranya ianya dapat dikaitkan dengan dunia sebenar pelajar. Responden kajian ghairah menukar kod apabila isi kandungan mata pelajaran ataupun tajuk perbincangan pada hari-hari tertentu merupakan sesuatu yang popular atau hangat diperbincangkan oleh masyarakat. Transkripsi perbualan menunjukkan bahawa penukaran kod dan pembauran kod sering berlaku semasa membincangkan tajuk-tajuk yang popular. Dalam lima tajuk yang dibincangkan, hanya transkripsi perbualan bagi dua tajuk sahaja iaitu karangan yang bertajuk Wayang Gambar atau cinema dan karangan yang bertajuk Kesan-kesan Minggu Suaikenal yang Di Jalankan Di Institut Pengajian Tinggi memperlihatkan penukaran dan pembauran kod yang banyak kerana tajuk-tajuk seperti ini melibatkan bidang sains dan teknologi atau isu-isu hangat semasa. Faktor pengaruh bahasa-bahasa lain yang digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajar mata-mata pelajaran lain juga memainkan peranan penting dalam fenomena 114

penukaran kod dalam kalangan pelajar Tamil sekolah menengah. Tiga puluh lima orang pelajar yang menjadi sampel kajian ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama atau boleh dikategorikan kepada dua jurusan iaitu Sains dan Sastera. Mereka mempelajari lapan hingga 10 mata pelajaran yang diajar dalam tiga bahasa yang berlainan. Pelajar aliran Sains banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Ini disebabkan kebanyakan mata pelajaran elektif dan beberapa mata pelajaran teras diajar dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini berbeza dengan pelajar sastera. Pelajar sastera pula banyak menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Hampir 80 % mata pelajaran diajar dalam bahasa Malaysia dengan peruntukan masa sebanyak 1000 minit seminggu.. Yang menjadi nyata adalah masa untuk menggunakan atau mempelajari bahasa ibunda memang terhad di sekolah menengah. Penggunaan bahasa ibunda secara meluas hanya dapat dilihat dalam kelas bahasa ibunda sahaja. Oleh kerana responden lebih terdedah dan terpaska menggunakan bahasa Malaaysia dan bahasa Inggeris secara meluas dalam pembelajaran mereka, maka sudah tentu penguasaan dan pengaruh kedua-dua bahasa ini dapat dilihat dalam komunikasi responden walaupun mereka berkomunikasi dalam bahasa Ibunda mereka.keadaan ini juga menyebabkan berlakunya penukaran kod dan pembauran kod dalam kalangan responden yang dijakji. 115

5.2.5 Fungsi-fungsi penukaran dan pembauran kod dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain faktor faktor penukaran kod dan pembauran kod pengkaji juga telah mengkaji tentang fungsi-fungsi penukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran. Daripada penganalisisan data yang diperolehi melalui soal selidik dan temubual didapati responden melakukan penukaran bahasa bagi memudahkan penyampaian. Mereka melakukan penukaran kod dan pembauran kod bagi menyampaikan inti atau fakta yang ingin disampaikan tanpa sebarang gangguan atau halangan. Hal ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Data juga menunjukkan bahawa, penukaran kod dan pembauran kod berfungsi memberi penerangan terhadap isi yang telah disampaikan oleh responden. Berdasarkan kepada tajuk -tajuk yang telah dibincangkan, responden serta merta menukarkan atau membaurkan kod untuk menerangkan atau memperjelaskan isi penyampaiannya. Ini adalah bagi memastikan bahawa para pendengar memahami apa yang diutarakannya. Fungsi memberi penekanan kepada perkara penting dikesan ketika responden dengan serius membincangkan sesuatu topik. Penukaran kod dan pembauran kod berlaku ketika responden ingin memberi penekanan terhadap sesuatu fakta atau istilah yang dianggap kata kunci sesuatu perbualan. Conthonhya, apabila menerangkan kesan-kesan hari suaikenal kebanyakan responden hanya menggunakan istilah ragging. Penggunaan perkataan ragging memberikan gambaran jelas terhadap kesan buruk hari suaikenal. 116

5.3 Kesimpulan Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji telah mencapai objektif kajian dengan mencari jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam bab 1 (Bahagain 1.6.1- persoalan kajian). Penyelidik telah mengesan kekerapan peringkat penukaran dan pembauran kod, bahasa pilihan sampel ketika penukaran dan pembauran kod, mengesan perbezaan pola-pola pembauran kod serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penukaran dan pembauran kod dan fungsi-fungsi penukaran dan pembauran kod dalam kalangan pelajar-pelajar Tamil sekolah menengah sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa penukaran dan pembauran kod adalah satu trend komunikasi dalam kalangan pelajara Tamil sekolah menengah yang mempelajari lebih daripada satu bahasa. Walaupun pelajar-pelajar sekolah menengah mempunyai peluang yang sama untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, mereka lebih banyak membaurkan bahasa Inggeris dalam perbualan mereka. Oleh itu, bahasa Inggeris menjadi bahasa pilihan mereka sewaktu berlakunya pembauran. Hasil kajian juga membuktikan bahawa masalah penggunaan bahasa yang tertentu dalam kalangan pelajar tidak lagi menjadi penghalang kepada mereka dalam aktiviti pembelajaran. Dapatan membuktikan bahawa pelajar pintar menggunakan kompetensi bahasa-bahasa yang sedia ada pada diri mereka untuk menjelaskan sesuatu idea sewaktu aktiviti pembelajaran dalam kelas. Mereka sedia membaurkan bahasa asing untuk 117

menerangkan idea mereka dengan lebih jelas. Mungkin penukaran kod dan pembauran kod memberi keselesaan kepada pelajar untuk memberi respon terhadap isi pelajaran yang diajar oleh guru. 5.4 Cadangan untuk Kajian Masa Depan Penukaran kod dan pembauran kod adalah satu bidang yang luas dalam sosiolinguistik. Oleh yang demikian lebih banyak kajian dari pelbagai sudut harus dilakukan secara meluas dalam bidang ini. Maka, berikut adalah beberapa cadangan mengenai kajian masa depan lebih-lebih lagi dalam fenomena penukaran dan pembauran kod dalam kalangan pelajar-pelajar Tamil sekolah menengah. Kajian yang mungkin boleh dilakukan pada masa hadapan untuk mengkaji fenomena penukaran dan pembauran kod dalam kalangan pelajar-pelajar Tamil sekolah menengah harus menggunakan persampelan kajian yang agak besar bagi menghasilkan penemuan hasil kajian yang lebih luas dan menyeluruh. Dicadngakan agar kajian dijalankan terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah di semua tingkatan agar dapat mencari dapatan yang lebih menyeluruh. Kajian juga boleh dilakukan untuk membanding kekerapan penukaran kod mengikut jantina. Pengkaji juga boleh melakukan kajian dalam kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan bagi mengesan kekerapan penukaran dan pembauran kod serta faktor-fakor sosiobudaya yang mendorong kepada fenomena ini. Kajian seperti ini boleh mengenal 118

pasti trend penukaran dan pembauran kod yang berlaku dalam kalangan kedua-dua jantina ini dalam semua masyarakat di negara ini khasnya masyarakat India. Kajian pada masa hadapan juga boleh terarah kepada Fenomena penukaran dan pembauran kod yang berlaku di pelbagai lokasi seperti desa, kawasan setinggan dan bandar. Kawasan desa yang dimaksudkan adalah seperti ladang-ladang dan kampung. Kawasan setinggan pula adalah tempat-tempat dimaksudkan yang terletak di pinggir Bandar. Manakala penduduk bandar yang dimaksudkan adalah penduduk yang tinggal di tenggah-tengah kota. Kajian seperti ini akan memberikan dapatan yang jelas tentang fenomena penukaran dan pembauran kod dalam kalangan penduduk di negara ini. Kajian menyeluruh harus dilakukan bagi mengenal pasti kesan fenomena penukaran kod dan pembauran kod dalam bidang pendidikan. Adakah fenomena ini sekadar membantu memudahkan penyapaian maksud seseorang penutur atau adakah fenomena ini membawa kesan-kesan sampingan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya adakah penukaran dan pembauran kod hanya berlaku dalam aktiviti lisan sahaja atau telah menular ke dalam penulisan seseorang pelajar. Kajian yang menyeluruh juga harus dilakukan bagi mengesan kesan yang bakal wujud ekoran fenomena ini. Walaupun diakui bahawa penukaran dan pembauran kod merupakan satu strategi komunikasi yang amat popular dan disukai ramai dalam situasi multilingual, namun terdapat anggapan bahawa fenomena penukaran dan pembauran kod boleh menjejeaskan ketulenan yang akan menjejaskan kesantunan sesuatu bahasa. 119

Maka kajian harus dilakukan bagi menentukan langkah-langkah yang efektif yang bakal menjadi penyelamat kepada sesuatu bahasa agar tidak dicemari atau dikuasai oleh bahasa asing ekoran penuturnya gemar melakukan penukaran kod dan pembauran kod semasa berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda mereka. 120