KERTAS KERJA BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP: POSTER DAN BANNER KOLEJ RAHIM KAJAI SESI 2014/2015 TARIKH 11 OKTOBER 2014 TEMPAT KOLEJ RAHIM KAJAI ANJURAN BIRO ICT DAN PENERBITAN KOLEJ RAHIM KAJAI TEMA IT DALAM PEMBELAJARAN KREATIF 1
KERTAS KERJA BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP: POSTER DAN BANNER KOLEJ RAHIM KAJAI SESI 2014/2015 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan dari Pusat Khidmat Siswa untuk mengadakan Bengkel Adobe Photoshop: Poster dan Banner Kolej Rahim Kajai Sesi 2014/2015. 2.0 PENGENALAN Bengkel Adobe Photoshop: Poster dan Banner Kolej Rahim Kajai Sesi 2014/2015 merupakan bengkel yang dikhususkan kepada pelajar Kolej Rahim Kajai sebagai input tambahan meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bengkel ini adalah anjuran Biro ICT dan Penerbitan Kolej Rahim Kajai Sesi 2014/2015 dalam memberi pendedahan asas aplikasi pelbagai tools dalam perisian Adobe Photoshop. Bengkel sehari ini akan diadakan dalam bentuk tutorial dalam memudahkan aspek pengajaran dan pembelajaran. 2
3.0 OBJEKTIF 3.1 Membantu mahasiswa menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran dan Pembelajaran. 3.2 Melahirkan mahasiswa yang kompetensi dan berdaya saing dalam menggunakan teknologi sebagai medium pembelajaran. 3.3 Membantu mahasiswa dalam melaksanakan program dengan lancar dari segi ICT dan publisiti 4.0 TEMA IT DALAM PEMBELAJARAN KREATIF 5.0 ANJURAN Biro ICT dan Penerbitan Kolej Rahim Kajai Sesi 2014/2015 Universiti Kebangsaan Malaysia 6.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh: 11 OKTOBER 2014 (SABTU) Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari 3
9.0 TEMPAT PROGRAM Tempat program yang dicadangkan ialah di Bilik Seminar, Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia. 10.0 PUBLISITI Publisiti bagi majlis ini adalah dicadangkan untuk dilaksanakan sekitar Kolej Rahim Kajai melalui : poster laman sosial seperti facebook dan twitter 11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM 11.1 Bilangan peserta 30 orang pelajar Kolej Rahim Kajai 11.2 Bilangan urusetia 6 orang Ahli Biro ICT dan Penerbitan Kolej Rahim Kajai 11.3 Bilangan penceramah 1 penceramah dari Biro ICT dan Penerbitan Kolej Rahim Kajai 3 orang tutor dari Biro ICT dan Penerbitan Kolej Rahim Kajai 4
12.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 13.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 14.0 PERINCIAN PROGRAM 14.1 Sesi 1. Sesi ini akan disampaikan oleh penceramah bagi menerangkan asas-asas dan pengenalan perisian Photoshop kepada mahasiswa, 14.2 Sesi 2. Sesi ini setiap mahasiswa akan dipecahkan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan dipertanggungjawabkan seorang tutor bagi memberi panduan serta bantuan dengan latihan yang akan diberi.. 14.3 Sesi soal jawab Sesi soal jawab antara mahasiswa dan penceramah andai masih ada kekeliruan. 15.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C 5
16.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi : NUR MUHAMMAD ASYRAF BIN MAZANI Ketua Projek Bengkel Adobe Photoshop: Poster dan Banner Kolej Rahim Kajai Majlis Eksekutif Pelajar ( MEP ) 2014/2015 Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tel : 013 2943650 E-mel : asyrafmzn@gmail.com 6
17.0 PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja Bengkel Adobe Photoshop: Poster dan Banner Kolej Rahim Kajai Sesi 2014/2015 ini mendapat kelulusan daripada Pusat Khidmat Siswa. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran begkel seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat organisasi dan peserta yang terlibat terutama dalam menyediakan diri sebelum menempuh alam pekerjaan. 7
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP: POSTER DAN BANNER KOLEJ RAHIM KAJAI SESI 2014/2015 Penaung Y. Bhg. Prof. Dato Dr Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM Pengerusi Prof Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM Penyelaras En. Abdul Aziz Bin Abu Bakar Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM Pengetua Lt. Kol. Bersekutu. (PA) Prof Madya Dr. Roslee Rajikan Pengetua Kolej Rahim Kajai, UKM Timbalan Pengetua Dr. Norinsan Kamil bin Othman Timbalan pengetua Kolej Rahim Kajai, UKM FeloPenasihat Effa Norzila Samsudin Biro ICT dan Penerbitan Kolej Rahim Kajai, UKM 8
Ketua Projek Nur Muhammad Asyraf Bin Mazani MEP ICT dan Penerbitan Kolej Rahim Kajai,UKM A145866 Setiausaha Afiqah binti Azman Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/2 A143980 Pengarah Teknikal & Logistik: Luqmanul Hakim Bin Muhammad Nuur Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian/1 A150462 Pengarah Publisiti & Multimedia: Syazalina binti Zahari Fakulti Sains dan Teknologi/1 A149976 Pengarah Tugas-tugas Khas: Sintuja A/P Sagar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1 A148065 Noorlyana bt Azmy Fakulti Sains dan Teknologi/1 A149991 9
LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP: POSTER DAN BANNER SABTU 11 OKTOBER 2014 MASA PERKARA TEMPAT 9.00 pagi Pendaftaran peserta 9.15 pagi Penerangan ringkas aturcara program 9.30 pagi Sesi 1: Pengenalan dan penerangan perisian Adobe Photoshop Bilik Seminar Kolej Rahim Kajai 10.30 pagi Sesi 2: Latihan dalam kumpulan 11.30 pagi Sesi 3: Soal jawab 12.00 tengahari Bengkel tamat & bersurai 10
LAMPIRAN C BELANJAWAN Anggaran Pendapatan BIL PERKARA RM 1. Yuran Pelajar Kolej Rahim Kajai (RM2 x 30) 60 2. Kolej Rahim Kajai 140 JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 200 11
Anggaran Perbelanjaan BIL PERKARA RM 1. 2. 3. 4. Token penceramah dan tutor (RM10 x 4) i) 1 orang penceramah ii) 3 orang tutor Pengurusan program i) Salinan hard copy pembentangan (40 set) Jamuan Pagi (RM2.50 x 40) i) 4 orang penceramah & tutor ii) 30 orang peserta iii) 6 orang urusetia Rencam 40 40 100 20 JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 200 12