ULASAN BUKU PENGENALAN

dokumen-dokumen yang mirip
TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB SATU PENDAHULUAN

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

SEMINAR HAL EHWAL TENTANG SYARIKAT

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Balakrishnan AIL Parasuraman

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Pengenalan Makroekonomi

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Akaun Pelaburan Wafiyah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

Model Pengurusan Strategik

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005

BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Amanah Saham Panduan Pelabur

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Kewangan

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Akaun Pelaburan Waheed

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Transkripsi:

[ULASAN BUKU] 25 KANUN (1) Hasani Mohd Ali 121 ULASAN BUKU Tata Wiyanta Penyelesaian Kes Kebankrapan di Mahkamah Tinggi, 2013. 383 halaman, ISBN 9789834607135. Pengulas: Hasani Mohd Ali hmohdali@ukm.my Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. PENGENALAN Kehadiran buku ini amat wajar dialu-alukan kerana dapat memberikan sumbangan bermakna dalam memperkaya sorotan kesusasteraan berkaitan topik undang-undang kebankrapan di Malaysia dan Indonesia.Topik kebankrapan di Malaysia umpamanya, kebanyakannya terbatas dalam bab tertentu dalam buku umum undang-undang perniagaan. Tumpuan perbincangan secara spesifik menjurus kepada penyelesaian kes kebankrapan yang dikendalikan oleh dua badan kehakiman penting, seperti terpapar pada tajuk buku ini, iaitu Mahkamah Tinggi Malaysia dan Pengadilan Niaga di Indonesia. Tumpuan topik agak terarah kepada isu yang spesifik kerana buku ini berasal daripada tesis PhD pengarang yang telah dikendurkan elemen teknikalnya untuk dijadikan buku. Penggunaan bahasanya teratur dan mudah difahami menunjukkan buku ini dihasilkan setelah melalui proses suntingan yang ketat. Pemilihan kebankrapan yang dijadikan fokus perbincangan agak mengundang beberapa persoalan kerana kosa kata yang sama digunakan bagi dua maksud yang agak jauh berbeza pengertiannya masing-masing di Indonesia dan di Malaysia. Di Malaysia kebankrapan hanya merujuk individu yang telah kehilangan kemampuan untuk membayar kembali hutang,sedangkan di Indonesia istilah kebankrapan mencakupi syarikat dan individu yang gagal melunaskan hutang piutang mereka. Kekaburan ini dijelaskan oleh pengarang dengan membawa perbincangan lebih kepada pelaksanaan sistem penyelesaian yang nyata berbeza bagi kedua-dua badan kehakiman ini ketika mengendalikan kes yang hampir sama masalah pokoknya, iaitu kegagalan melunaskan hutang oleh peminjam. Banyak persoalan asas berkaitan dua badan penting daripada dua

122 KANUN [DISEMBER 2013] bidang kuasa ini dibincangkan rinciannya secara panjang lebar. Adakalanya perbincangan menjadi mendatar.walau bagaimanapun pendekatan seumpama ini boleh memberi manfaat kepada khalayak pembaca yang lebih luas. Kebanyakan pembaca buku ini terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam bagi salah satu daripada dua sistem berbeza, sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia. Oleh itu, penerangan yang panjang lebar mungkin membantu golongan ini memahami dengan lebih mendalam sesuatu isu penyelesaian kes kebankrapan. Pada bahagian tertentu perbincangan agak mendalam dan boleh menjadi kritis dan analitis. Skop masa bagi data dan pemerhatian bermula dari tahun 1998 hingga 2004. Kemungkinan dapatan hasil perbincangan boleh dipertikaikan dari segi keterkinian data. Pembaca dipersembahkan dengan pengembangan idea yang tidak drastik yang membantu pembaca memahami mengenai perbezaan sistem perundangan kedua-dua bidang kuasa sebelum perbincangan lebih terfokus pada undang-undang kebankrapan. Inti kandungan menjurus kepada peranan kedua-dua badan kehakiman dengan melihat tiga aspek utama, iaitu, dari sudut keberkesanan undang-undang kebankrapan sedia ada, bidang kuasa mahkamah, dan pentadbiran harta si bankrap serta kesan kebankrapan. BIDANG KUASA MAHKAMAH Persoalan utama yang cuba ketengahkan oleh pengarang ialah mengenai keberkesanan Pengadilan Niaga sebagai satu badan yang ditubuhkan khusus untuk menyelesaikan kes kebankrapan di Indonesia. Ternyata kesan langsung kegawatan ekonomi pada hujung tahun 90-an telah membawa kepada pengenalan Undang-undang Nomor 37 tahun 2004 yang disusuli dengan penubuhan Pengadilan Niaga ini. Bab I menyentuh mengenai kemelut ekonomi yang melanda Malaysia dan Indonesia pada akhir dekad 90-an. Pengarang telah menyelusuri kembali krisis kewangan yang banyak memberikan dampak sosial termasuk perihal kebankrapan di kedua-dua buah negara. Kerumitan hasil daripada kegawatan ekonomi memperlihatkan pelbagai pendekatan diambil yang agak berbeza bagi Indonesia dan Malaysia dalam menangani masalah ekonominya. Peningkatan hutang lapuk, kejatuhan harga syer dan pasaran saham, dan penurunan ketara nilai mata wang disusuli kenaikan kadar tukaran asing. Situasi ini menyebabkan kenaikan mendadak masalah hutang tidak berbayar oleh faktor yang sebenarnya di luar kawalan sekali gus menjelaskan peri pentingnya pengadilan kebankrapan yang efisien dan adil demi menjamin kepentingan kedua-dua belah pihak, penghutang dan pemiutang. Malangnya, bibit-bibit kemelut ekonomi yang melanda sekitar tahun-tahun 2008 tidak pula disentuh. Juga tidak disentuh tentang masalah kebankrapan individu, yang sebenarnya boleh dilihat dari lensa

25 KANUN (1) Hasani Mohd Ali 123 yang lebih luas terutamanya membabitkan peminjam yang alpa, selalunya dalam kalangan golongan pertengahan yang bergelut menghadapi tekanan kos kehidupan dalam dunia yang semakin kompetitif ini. Tidak seperti di Indonesia, di Malaysia, semua kes kebankrapan akan terus diselesaikan di Mahkamah Tinggi, tanpa memerlukan satu badan khas untuk tujuan penyelesaian. Malaysia melalui peranan Mahkamah Tinggi menjadi pembanding yang sesuai kerana terdapat banyak permasalahan berpunca daripada peranan khusus Pengadilan Niaga yang tidak mendapat sokongan baik dari segi prasarana dan sumber manusianya. Hanya terdapat lima pengadilan niaga sahaja bagi seluruh Indonesia. Masalah logistik timbul kerana kesukaran untuk mereka yang cuba mendapatkan keadilan datang dari wilayah yang jauh. Setiap satu Pengadilan Niaga dengan bidang kuasa merangkumi hal ehwal perniagaan lain, seperti hak cipta, paten, reka bentuk industri dan sebagainya, selain menangani kes kebankrapan. Walaupun dengan bidang kuasa berbeza berbanding dengan mahkamah negeri, hakim bertugas boleh terdiri daripada kalangan hakim yang sama, menjadikan pengendalian kes kurang berkesan disebabkan agihan beban tugas yang pelbagai. Jalan keluar yang dibuat melalui pelantikan hakim secara ad hoc pula didapati tidak berkesan. Malah, mengikut dapatan pengarang, hanya dua orang hakim seumpama ini sahaja yang pernah dilantik sepanjang tempoh kajian 1998 2004, dan hanya seorang sahaja yang didapati benar-benar aktif. Metodologi perbandingan yang diguna pakai sebenarnya cuba merungkaikan masalah utama yang membelenggu penyelesaian kes kebankrapan di Pengadilan Niaga Indonesia ini. Mahkamah Tinggi Malaysia dijadikan penanda aras bagi menampilkan sistem pengadilan yang lebih berstruktur dan berkesan. Pengarang, bagaimanapun, turut mengenal pasti beberapa kelemahan dalam pengendalian kes kebankrapan di Mahkamah Tinggi Malaysia. Pengendalian kes kebankrapan yang berpaksi pada peranan Mahkamah Tinggi dan disokong oleh Jabatan Insolvensi dilihat dapat menawarkan opsyen penyelesaian bagi Indonesia. Setiap negeri ada bangunan Mahkamah Tinggi sendiri, dan terdapat bahagian khas yang akan mengendalikan kes kebankrapan. Bagi negeri yang lebih besar mungkin terdapat lebih Mahkamah tinggi yang dapat memberikan kemudahan akses kepada orang ramai. Sistem pentadbirannya yang dijalankan melalui institusi Pendaftar Mahkamah pula tidak terlalu birokratik yang menjadikan urusan pentadbiran dikendalikan dengan licin tetapi masih berkesan. Statistik menunjukkan penerimaan baik masyarakat terhadap Mahkamah yang berperanan penting dalam menyelesaikan kes kebankrapan individu di Malaysia. Dari segi undang-undang kebankrapan di Indonesia, penyelesaian sepatutnya boleh menjadi efektif kerana had masa 60 hari diberikan untuk

124 KANUN [DISEMBER 2013] tujuan penyelesaian, prosedur pembuktian yang tidak terlalu ketat diguna pakai, dan prosedur rayuan yang berjangka masa ditetapkan. Seharusnya kedudukan ini menjurus kepada penyelesaian kes yang berkesan.walau bagaimanapun, kelemahan utama undang-undang kebankrapan di Indonesia ialah tiadanya peruntukan jumlah minimum hutang. Si berhutang dikira menanggung hutang jika berhutang sekurang-kurangnya dua pemiutang, dan salah satu hutang tidak dilunaskan. Tidak dinafikan kelonggaran peraturan boleh menyebabkan pelaksanaan yang tidak konsisten. Selain itu, kos guaman terlibat adalah agak tinggi. Sementara itu, permohonan oleh individu pemiutang sendiri tidak dibenarkan. Penyelesaian luar mahkamah menjadi alternatif yang lebih sesuai bagi mereka yang tidak berkemampuan ini. Perkara ini tidak pula dibincangkan oleh pengarang selanjutnya. Sebaliknya di Malaysia, masalah kos dan keberkesanan tatacara perbicaraan dapat dilihat melalui tatacara permohonan kebankrapan yang boleh dibuat sendiri oleh pemiutang atau melalui peguam di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi. Rayuan kemudiannya boleh dibuat kepada Hakim Mahkamah Tinggi. Terdapat peruntukan jelas menangani jumlah hutang, iaitu minimum RM 30 ribu. Pengarang bagaimanapun berpendapat ketiadaan tempoh penyelesaian kes mungkin menjadikan perbicaraan berpanjangan justeru menjadi tidak efektif. Statistik perbandingan jumlah kes bagaimanapun memperlihatkan peningkatan di Malaysia bagi tempoh 1998 hingga 2004 berbanding dengan trend penurunan yang berlaku di Indonesia. Statistik ini mengikut pengarang menunjukkan sistem undangundang di Malaysia sebagai lebih berkesan. Begitu juga dengan urusan pentadbiran harta si bankrap. Mahkamah sendiri atau melalui peranan Jabatan Insolvensi menjalankan fungsinya untuk mentadbir harta si bankrap mengikut jadual masa yang ditetapkan. Peruntukan undang-undang mengikut pengarang dikatakan jelas dan berkesan dalam menetapkan pembahagian harta si bankrap selepas penghakiman. Jabatan Insolvensi juga bertanggungjawab mengendalikan kes pelepasan kebankrapan oleh seseorang yang dihukum bankrap. Menurut pengarang, undang-undang berkaitan dengan pascakebankrapan lebih baik di Malaysia kerana terdapat sokongan oleh undang-undang berkaitan dalam memastikan hukuman atau perlindungan terhadap si bankrap dan hartanya konsisten. Contohnya melalui Akta Imigresen 1963, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Syarikat 1965, Akta Profesion Undang-undang 1967. Berlainan kedudukannya di Indonesia, semua peruntukan berkaitan datang bersumberkan hanya daripada Undang-undang Nomor 37 tahun 2004. Di Indonesia, pentadbiran harta si bankrap terletak di tangan Kurator, iaitu pemegang amanah Persendirian, atau Balai Harta Peninggalan (BHP sektor awam). Masalah di Indonesia ialah khidmat Kurator (mula diperkenal melalui undang-undang Nomor 37 tahun 2004) melibatkan kos yang agak tinggi, sedangkan BHP hanya

25 KANUN (1) Hasani Mohd Ali 125 memiliki 3 cawangan sahaja, nyata kurang efisien dari segi penyampaian khidmat terutama kepada mereka yang berada jauh dari cawangan. PENUTUP Buku ini secara relatifnya adalah padat dan sarat dengan penerangan mengenai pentadbiran kebankrapan di kedua-dua buah bidang kuasa, iaitu Malaysia dan Indonesia. Jelas sekali hasrat pengarang untuk membawakan contoh amalan di Malaysia sebagai penanda aras memenuhi objektif penulisan asal untuk membawa cadangan reformasi kepada sistem sedia ada di Indonesia. Kelemahan buku ini masih berkisar kepada pembanding yang sebenarnya tidak serupa, iaitu pengendalian kes kebankrapan individu di Malaysia dengan kebankrapan umum Individu dan Syarikat di Indonesia. Sebenarnya, pengendalian hutang korporat adalah lebih kompleks dan memerlukan pentadbiran yang lebih berstruktur, sedangkan Malaysia sendiri masih agak ketinggalan dalam bidang ini berbanding dengan bidang kuasa common law yang lain. (Contohnya ketergantungan kepada s. 176 akta Syarikat 1965 bagi opsyen penstrukturan hutang).penyelesaian informal yang disarankan oleh pengarang sendiri sebenarnya merupakan sebahagian daripada amalan korporat melalui institusi penyelesaian pertikaian alternatif (seperti Penimbangtara dan mediasi) yang mula mendapat pengiktirafan dan harus digalakkan. Perkara yang tidak disentuh tetapi relevan dan sesuai dibincangkan dalam arena perbincangan yang lain ialah peranan pihak ketiga, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) di Malaysia. AKPK sebuah organisasi yang ditubuhkan khas di bawah Bank Negara bagi membantu orang ramai menguruskan hutang mereka secara percuma. Cadangan penyelesaian tak formal oleh pengarang akan menjadi lebih tepat jika digandingkan dengan peranan pihak bukan mahkamah seperti AKPK dalam memainkan peranannya. Sungguhpun begitu, pengarang seharusnya diberikan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kerana telah berjaya memberikan perspektif pentadbiran undang-undang kebankrapan di Malaysia dengan membandingkan secara komprehensif kedudukannya di Indonesia.