doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

PERATURAN SKIM PERKHIDMATAN PERUBATAN (UNTUK KAKITANGAN) BIL. ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PERUBATAN SISTEM SARAAN BARU KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN UNTUK IBUBAPA YANG SAH

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

KELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUAN KEMUDAHAN PERUBATAN STAF UTHM

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA PEKELILING SETIAUSAHA BILANGAN 1 TAHUN 2008 KADAR BARU PERUNTUKAN RAWATAN PERUBATAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Universiti Malaysia PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JABATAN BENDAHARI DOKUMEN/SEMAKAN YANG PERLU DIBUAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

PROGRAM ORIENTASI STAF BARU DISEDIAKAN OLEH: MOHD NAJIB BIN MASROOM PENOLONG PENDAFTAR KANAN PEJABAT PENDAFTAR UTMKL

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM


JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

EDARAN PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 11 TAHUN 2010 : PEMANSUHAN BAYARAN WAD KEPADA PEGAWAI DAN PESARA PERKHIDMATAN AWAM

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

1. BQ-BP-18 Borang Perubatan JHEV 2/09 Pindaan: Sijil Kematian Pesara/Pesakit (jika berkenaan)

Bu k u in i k ep u n y a a n : Tandatangan:...

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

NOTA TAJUK : PERUBATAN (PERINTAH AM BAB F)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

Universiti Malaysia PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Skim ini dinamakan sebagai SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

PEKELILING PENDAFTAR

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 05 ) 14 November 2011 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 4 TAHUN 2011

POLISI SKIM CUTI BELAJAR STAF BUKAN AKADEMIK (SCuBBA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA -CB/SCuBBA/P1-

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

AKTA SARAAN HAKIM 1971

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI STAF UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

Transkripsi:

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN KAKITANGAN UniSZA PENGENALAN Nama 1. Skim ini dinamakan Skim Kemudahan Perubatan Kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Tujuan 2. Skim ini menetapkan kemudahan-kemudahan perubatan yang dibiayai oleh UniSZA untuk kakitangan dan tanggungannya serta kaedah pentadbiran berkaitan dengannya. Pemakaian 3. Peruntukan-peruntukan dalam Skim ini adalah terpakai bagi semua kakitangan yang layak melainkan jika ada dinyatakan selainnya dalam syarat-syarat perlantikan seseorang kakitangan atau dalam syarat-syarat pemberian biasiswa atau cuti belajar. Tafsiran 4. Di dalam Skim ini, perkataan-perkataan yang berikut mempunyai makna yang dinyatakan melainkan jika konteksnya jelas menghendaki makna yang lain : (a) (b) (c) (d) (e) (f) doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel; hospital Kerajaan ertinya mana-mana hospital Kerajaan di Malaysia termasuk hospital Universiti, klinik Kerajaan, Yayasan Perubatan Persekutuan dan Pusat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara; klinik panel ertinya pusat perubatan, klinik atau hospital swasta yang dilantik oleh UniSZA untuk memberi rawatan kepada kakitangan dan tanggungannya mengikut skim ini; LPU ertinya Lembaga Pengarah UniSZA. kakitangan ertinya seseorang yang berkhidmat untuk UniSZA yang layak menerima faedah kemudahan perubatan mengikut perenggan 5; skim ini ertinya Skim Kemudahan Perubatan Kakitangan UniSZA; (g) tanggungan kakitangan ertinya isteri atau suami serta anak-anak kakitangan yang layak menerima faedah kemudahan perubatan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di 1

bawah perenggan 6; (h) Universiti ertinya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (i) Jawatankuasa ertinya Jawatankuasa Perubatan Universiti. KELAYAKAN Kakitangan Yang Layak 5. Kakitangan yang layak mendapat faedah di bawah Skim ini adalah seperti berikut: 5. 1 Kakitangan yang memegang sesuatu jawatan dalam perjawatan tetap Universiti yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak atau pinjaman, dan termasuklah kakitangan yang masih dalam percubaan. 5.2 Mana-mana kakitangan lain yang syarat perlantikannya menyatakan bahawa dia layak mendapat faedah di bawah Skim Kemudahan Perubatan Kakitangan. Tanggungan Yang Layak 6. Tanggungan kakitangan yang layak mendapat faedah di bawah Skim ini adalah seperti berikut: 6. 1 lsteri atau isteri-isteri yang sah atau suami yang sah. Formatted: Font color: Auto Comment [z1]: (i)fellowship layak atau tidak mendapat kemudahan di bawah skim ini???? (ii) Staf Sambilan layak atau tidak???? (iii)perlu dinyatakan secara jelas samaada layak atau sebaliknya. Formatted: Font color: Auto 6.2 Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya termasuk anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang dengan syarat bahawa anak itu: (a) (b) berumur tidak lebih daripada 18 tahun (kecuali anak yang masih menerima pendidikan secara sepenuh masa disyaratkan berumur tidak lebih daripada 21 tahun dan anak yang daif tidak dikenakan had umur); tidak bekerja; serta (c) tidak berkahwin. 6.3 lbu-bapa yang sah. (Kemudahan dihadkan bagi mendapat rawatan am di hospital Kerajaan sahaja). Had-had Skim 7. Faedah-faedah yang layak diperolehi di bawah Skim ini oleh kakitangan serta tanggungannya adalah terhad kepada kemudahan rawatan yang sedia ada di hospital Kerajaan dan di klinik panel. 2 Formatted: Font color: Auto Comment [z2]: Pek. Perkhidmatan Bil. 21/ kemudahan rawatan yang diperuntukkan kepada pegawai dipanjangkan kepada ibu bapa. Adakah perlu dimasukkan ke dalam skim ini status ibu bapa layak atau sebaliknya????? Bg rawatan kepakaran..ibu bapa layak atau sebaliknya???? Formatted: Font color: Auto

KLINIK PANEL Perlantikan Klinik Panel 8. Bagi maksud Skim ini, Universiti melantik suatu panel terdiri daripada beberapa buah klinik swasta (yang dengan perlantikan itu dikenali sebagai Klinik Panel untuk memberi khidmat rawatan pesakit luar di bawah Skim ini. Syarat-syarat Perlantikan 9. Perlantikan sesebuah klinik panel adalah tertakluk Klinik Panel kepada syarat-syarat yang berikut: 9.1 Sesebuah klinik panel adalah dilantik bagi tempoh selama tidak lebih daripada dua (2) tahun bagi setiap perlantikan. Klinik panel yang akan tamat tempoh lantikannya boleh memohon untuk dilantik semula dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada Universiti enam (6) bulan sebelum tamat tempoh lantikan semasa. 9.2 Bagi maksud Skim ini, semua doktor yang bertugas di sesebuah klinik panel, termasuk mereka yang mempunyai kelulusan pakar, adalah dianggap sebagai pengamal perubatan umum dan bukan sebagai doktor pakar. 9.3 Perlantikan sebagai klinik panel boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak (Universiti atau klinik yang berkenaan) dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada satu bulan kepada pihak yang satu lagi. 9.4 Universiti berhak menggantung atau menamatkan perlantikan sesebuah klinik panel dengan serta-merta jika didapati klinik panel tersebut tidak mematuhi peraturan, syarat atau prosedur yang ditetapkan oleh pihak Universiti. Klinik yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Pihak Pengurusan Universiti dan keputusan Pihak Pengurusan Universiti mengenainya adalah muktamad. KEMUDAHAN RAWATAN Tempat Rawatan 10. Kakitangan dan tanggungannya yang layak serta ingin menerima faedah di bawah Skim ini hendaklah mendapatkan rawatan di klinik panel atau di hospital Kerajaan. Rawatan di hospital 11. Kakitangan atau tanggungannya yang memerlukan rawatan Kerajaan perubatan di hospital Kerajaan hendaklah mendapatkan Surat Akuan daripada pihak pentadbiran. Sesuatu Surat Akuan hanya sah digunakan bagi tempoh tiga bulan dari tarikh dikeluarkan. 3

Kecemasan 12. Dalam keadaan kecemasan, apabila klinik panel pilihan tidak dapat dihubungi, kakitangan dan tanggungannya bolehlah mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan sahaja. Rawatan Dalam Wad 13. Skim ini juga meliputi kemudahan-kemudahan rawatan dalam wad di hospital Kerajaan di Malaysia mengikut had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi kakitangannya. Kakitangan atau tanggungannya yang dimasukkan ke dalam wad dikehendaki membayar bayaran wad pada kadar yang ditetapkan dari masa ke semasa (Jadual 1). Kelayakan Wad 14. Kakitangan dan tanggungannya adalah layak mendapat kemudahan wad mengikut kelas-kelas yang ditetapkan (Jadual 1).Jika kakitangan atau tanggungannya memilih untuk dimasukkan ke wad yang lebih tinggi kelasnya daripada yang ditetapkan, ia dikehendaki membayar bayaran wad pada kadar yang ditetapkan bagi kelas yang lebih tinggi itu. Bertugas di Luar Kawasan 15. Kakitangan yang memerlukan rawatan semasa menjalankan tugas rasmi atau berkursus di luar kawasan ibu pejabat boleh mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan, atau di klinik swasta untuk rawatan perubatan biasa sahaja. Kakitangan layak menuntut kos rawatan tersebut daripada Universiti tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa sebagaimana (Jadual 2). Formatted: Font color: Red Comment [z3]: Bagi kawasan yang tidak ada klinik panel.????? Patut dinyatakan dalam skim Formatted: Font color: Red Comment [z4]: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2010 Bayaran wad bagi Pegawai, tanggungan dan pesara di mansuhkan. Bertugas di Luar Negara 16. Seseorang kakitangan yang jatuh sakit semasa bertugas di luar negara dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan sendiri adalah layak menuntut balik perbelanjaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: 16. 1 Belanja perubatan hendaklah sebanyak yang munasabah dan kakitangan hendaklah seberapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan awam di negara yang berkenaan (jika ada). 16.2 Belanja perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan biasa sahaja. lnsurans Perubatan Wajib 17. Sekiranya seseorang kakitangan diarah menjalankan tugas rasmi di luar negara dan pengambilan insurans perubatan adalah diwajibkan di negara itu, maka bayaran premiumnya akan ditanggung oleh Universiti. Dalam kes ini, semua tuntutan bayaran bagi rawatan perubatan hendaklah dikemukakan kepada syarikat insurans yang berkenaan. Cuti dsb. di Luar Negara 18. Skim ini tidak meliputi kakitangan yang pergi ke luar negara bukan atas urusan Universiti (seperti cuti rehat dan sebagainya) atau yang dibenarkan ke luar negara semasa menjalani cuti sabatikal tempatan. Kakitangan-kakitangan yang berkenaan adalah dinasihatkan agar membuat aturan sendiri untuk mendapatkan perlindungan insurans perubatan bagi tempoh mereka berada di luar negara. Rawatan Pakar 19. Seseorang kakitangan atau tanggungannya boleh mendapat khidmat perundingan dan rawatan daripada doktor pakar di 4

hospital Kerajaan atas perakuan pegawai perubatan Kerajaan. Rawatan pakar yang diterima dari klinik swasta tidak dibiayai oleh Universiti. Walau bagaimanapun, sekiranya disahkan oleh pihak berkuasa di hospital Kerajaan bahawa kemudahan rawatan pakar tidak boleh didapati di hospital Kerajaan pada masa yang diperlukan mengikut keadaan penyakit, maka dengan persetujuan Jawatankuasa, kakitangan atau tanggungannya itu boleh mendapatkan khidmat perundingan dan rawatan pakar di klinik swasta. Rawatan di Tempat Lain 20. Sekiranya pihak berkuasa hospital Kerajaan di kawasan ibu pejabat seseorang kakitangan mengesahkan bahawa kakitangan itu atau tanggungannya perlu mendapat rawatan di tempat lain, maka kakitangan atau tanggungannya itu boleh mendapat rawatan di tempat lain yang diperakukan oleh pihak berkuasa tersebut serta menuntut elaun-elaun menurut peraturanperaturan yang berkuasa dari semasa ke semasa. Rawatan di Luar Negara 21. Sekiranya Lembaga Perubatan yang dilantik oleh Universiti mengesahkan bahawa seseorang kakitangan atau tanggungannya memerlukan rawatan khas yang tidak didapati di Malaysia, dan dengan syarat ada pengesahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa rawatan sedemikian memang tidak boleh didapati di Malaysia, maka kakitangan atau tanggungannya itu boleh dengan kelulusan LPU mendapat rawatan di luar negara atas biaya Universiti (termasuk, jika benar-benar perlu dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan, perbelanjaan seorang lain yang mengiringinya). Bayaran yang dibiayai oleh Universiti adalah meliputi perkara-perkara yang berikut: 21. 1 Segala bayaran rawatan perubatan di hospital termasuk bayaran wad. 21.2 Bayaran sewa hotel dan elaun makan yang ditetapkan mengikut peraturan Universiti untuk tempoh yang tidak melebihi 10 hari di negara berkenaan sahaja. 21.3 Bayaran tambang kapal terbang pergi-balik mengikut kelayakan yang ditetapkan. 21.4 Bayaran yang disebutkan di bawah perenggan kecil 21.2 dan 21.3 bagi pengiring jika Lembaga Perubatan yang berkenaan memperakukan bahawa pesakit perlu diiringi. BAYARAN YANG DIBIAYAI Bayaran Perubatan dan Rawatan 22. Bayaran-bayaran perubatan dan rawatan yang dibiayai perubatan dan oleh Universiti di bawah Skim ini adalah seperti berikut: 22. 1 Bayaran perundingan atau pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor sama ada di klinik panel atau di hospital Kerajaan atau, jika benar-benar perlu kerana keuzuran, 5

di rumah kakitangan. 22.2 Bayaran ubat dan suntikan termasuk vaksinasi profilaktik/suntikan yang dipreskripsikan oleh doktor panel bagi kakitangan atau tanggungannya. (Bayaran bagi bekalan susu, pil-pil menggemukkan/menguruskan, rawatan sakit puan rawatan kesuburan (infertelity) dan seumpamanya tidak akan dibiayai oleh Universiti). Comment [z5]: 22.3 Bayaran yang dikenakan oleh klinik panel untuk pembedahan kecil, rawatan pre-natal dan pemeriksaan makmal yang diperakukan sebagai perlu oleh doktor panel. 22.4 Bayaran bagi kehadiran, pemeriksaan, rundingan, rawatan perhatian atau pemeriksaan pakar yang dikenakan oleh hospital Kerajaan. (Semua bayaran tambahan yang lain seperti harga alat-alat bantuan pendengaran, alat bantu ortopedik, tongkat ketiak, kayu belat, alat kosmetik, gigi palsu dan sebagainya tidak akan ditanggung oleh Universiti). 22.5 Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada kakitangan dan tanggungannya sebagai pesakit dalam mana kakitangan atau tanggungannya itu dimasukkan ke hospital Kerajaan atas nasihat kakitangan perubatan Kerajaan, kakitangan perubatan Universiti atau doktor panel.(kakitangan akan dikenakan bayaran wad sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 13). 22.6 Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada kakitangan atau tanggungannya yang dimasukkan ke dalam hospital khas (seperti hospital sakit jiwa, hospital sakit kusta, Pusat Tibi Negara dan sebagainya) atas nasihat pegawai perubatan Kerajaan, pegawai perubatan Universiti atau doktor panel. Bagaimanapun, bayaran yang dibiayai oleh Universiti adalah tertakluk kepada had dan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa bagi kakitangannya. Comment [z6]: Pemansuhan bayaran wad dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2010 22.7 Universiti tidak akan menanggung sebarang bayaran bagi rawatan alternatif. 22.8 Sekiranya kakitangan memerlukan ubatan atau rawatan untuk tempoh yang berterusan, kelulusan Universiti hendaklah diperolehi terlebih dahulu. 22.9 Pembiayaan rawatan kakitangan dan tanggungannya adalah tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa sebagaimana di Jadual II. 22.10 Jika kos rawatan melebihi had maksimum yang ditetapkan seperti (Jadual II), klinik panel hendaklah menjelaskan secara terperinci butiran bayaran yang dikenakan. 6

23. Bayaran bagi semua bil di bawah Skim ini tertakluk kepada kakitangan yang masih berkhidmat di Universiti ini sahaja. Kakitangan yang telah berhenti termasuk pencen tidak diliputi oleh skim ini. Bayaran Pemeriksaan Kesihatan 24. Bayaran pemeriksaan kesihatan (medical check-up) termasuk X-Ray akan dibiayai oleh Universiti untuk kakitangan sahaja dan terhad bagi tujuan-tujuan berikut: Comment [z7]: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 24.1 Pelantikan baru. 24.2 Melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Biasiswa dan Cuti Belajar. 24.3 Menghadiri kursus/latihan yang diluluskan yang pesertanya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan. 24.4 Pemeriksaan kesihatan yang dijalani atas arahan Universiti atau dengan kelulusan Naib Canselor. Bayaran Bersalin 25. Bayaran bersalin bagi kakitangan atau isteri kakitangan adalah ditanggung oleh Universiti sekiranya ia bersalin di hospital Kerajaan sahaja. Bayaran Rawatan 26. Kakitangan berhak mendapatkan rawatan pergigian di mana - Pergigian mana klinik pergigian tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa sebagaimana (Jadual II). Bayaran Ubatan 27. Bekalan ubat boleh didapati dari klinik panel atau hospital Kerajaan yang memberi rawatan. Jika ubat yang dipreskripsikan oleh pegawai perubatan Kerajaan, perlu dibeli di farmasi swasta, kakitangan atau tanggungannya boleh membuat rayuan kepada pihak pengurusan untuk menuntut balik kos pembelian ubat tersebut daripada Universiti. Semua tuntutan hendaklah disertakan dengan resit rasmi dan nama pegawai perubatan yang mempreskripsikan ubat tersebut PELBAGAI Kes-kes Luar Biasa 28. Naib Canselor boleh membuat keputusan tentang sesuatu kes luar biasa yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Skim ini atau merujuk kes itu kepada pihak pengurusan Universiti untuk diputuskan. Pindaan dsb. 29. LPU berhak meminda, mengubahsuai membatalkan atau membuat semula Skim ini pada bila-bila masa mengikut budibicaranya. 7

Formatted: Centered KELAYAKAN DAN KADAR BAYARAN WAD* Jadual I Gred Kelas Wad Bayaran Sehari Formatted Table Gred Khas dan ke atas Kategori I hingga III yang bergaji RM 3,555.80 dan ke atas Kelas 1 bilik seorang RM 10.00 Kategori III yang bergaji RM 3,555.79 dan ke bawah hingga Kategori VI Kelas 1 bilik berdua RM 8.00 Kategori VII hingga VIII Kelas 1 bilik bertiga RM 6.00 Kategori IX hingga XI Kelas 2 RM 3.00 Kelas 3 Percuma Formatted: Left 8

*Tertakluk kepada penyemakan semula oleh agensi pusat dari semasa ke semasa. Formatted: Line spacing: Exactly 11.3 pt, Tab stops: 0.14", Left HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN KOS PERUBATAN Jadual II Jenis Rawatan Kadar Rawatan Kadar Rawatan Pergigian Rawatan Biasa RM50.00 setiap kali rawatan (kakitangan & tanggungan) *** RM200.00 setahun (kakitangan sahaja)*** Jika kos rawatan melebihi had maksimum tersebut, lebihan itu akan dibayar oleh kakitangan. Tertakluk kepada kelulusan Universiti, kakitangan boleh menuntut bayaran tersebut daripada Universiti. Hanya kes kecemasan/cabutan sahaja dibiayai oleh universiti Formatted: Font: 11 pt, Not Italic Formatted Table Formatted: Font: 11 pt Comment [z8]: Cadangan supaya kemudahan ini dipanjangkan semula untuk rawatan lain seperti tampalan dan cucian. Formatted: Font: 11 pt Formatted: Font: 11 pt *** dtangguhkan buat sementara waktu 9