PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU

dokumen-dokumen yang mirip
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU

UJIAN PENGESANAN TAHAP PENCAPAIAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 (TINGKATAN 5) BAHASA MELAYU

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN PELAJARAN MALAYSIA 2010

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008 BAHASA MELAYU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 2. Dua jam tiga puluh minit


JABATAN PELAJARAN TERENGGANU DENGAN KERJASAMA PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGANTERENGGANU

ANJURAN BERSAMA PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN) PERLIS DAN JABATAN PELAJARAN PERLIS BAHASA MELAYU

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit


JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

1249/2 Sejarah Kertas 2 Ogos ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014


SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

BAHASA MELAYU. Kertas 1. Dua jam lima belas minit

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 BAHASA MELAYU

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Y\ 7 JABATAN PE,LAJARAN NEGERI SELANGOR

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BAHASA MELAYU. Format Peperiksaan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat SPM. Perhatian Soalan soalan wajib dijawab.

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 EXCEL 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2010 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MASA : 2 JAM 30 MINIT

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT 3757/ /2 Ekonomi Asas Kertas 2 2 jam

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos jam

BAHAGIAN B. Bagi SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

Bahasa Malaysia (910)

New 2009! P5-Practice 1-04 Imbuhan (10 marks)

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

SMK NARINANG NO.1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

LOGO DAN NAMA SEKOLAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

SET 4 Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENILAIAN SPM /1 BAHASA MELAYU Kertas 1 September 2 ¼ Jam Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Soalan 1 Rumusan (30 markah)

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

SULIT 1103/1 PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009 BAHASA MELAYU. Kertas 1. Dua jam lima belas minit


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

Transkripsi:

1 SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 ½ jam Sept. 2010 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak. [Lihat sebelah

2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menangani kenaikan harga barang dan kesan-kesan kenaikan harga barang kepada pengguna. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Setiap kali berlaku kenaikan harga barang, pelbagai alasan dikemukakan oleh para peniaga bagi mewajarkan kenaikan tersebut termasuk peningkatan kos pengangkutan. Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran keras supaya peniaga tidak menaikkan harga barangan, tetapi perkara tersebut tetap berlaku. Mahu tidak mahu, penggunalah yang terpaksa memikul segala beban kenaikan ini. Oleh itu, kerajaan mestilah ada mekanisme bagi membendung kenaikan harga barangan, di samping pengguna sendiri perlu menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli mereka untuk menangani permasalahan ini. Pihak kerajaan sentiasa cakna terhadap kebajikan dan masalah yang dihadapi oleh para pengguna. Sehubungan dengan itu, KPDNHEP akan melaksanakan Program Pengguna Bijak (PPB) di 191 kawasan Parlimen seluruh negara. Penubuhan PPB sebagai menyahut desakan orang ramai yang gelisah terhadap kenaikan harga barang keperluan yang melampau di pasaran. Gesaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya para pengguna mengawal dan mengubah tabiat berbelanja. Berbelanja berdasarkan keperluan, bukan mengikut perasaan. Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal pula menyatakan bahawa langkah memboikot peniaga yang menaikkan harga barang boleh dilakukan jika tindakan itu dapat memaksa golongan tersebut menurunkan harga barangan. Mereka boleh bertindak dalam kumpulan yang besar untuk mempengaruhi pasaran selain mendisiplinkan peniaga. Pengguna juga boleh melakukan pemantauan sendiri harga barangan dan digalakkan memilih premis yang menjual dengan harga berpatutan. Sebenarnya harga barang di pasaran bukan hanya ditentukan oleh peniaga semata-mata. Banyak faktor lain yang mendorong penentuan harga sesuatu barangan, termasuk permintaan yang tinggi, bekalan berkurangan, dan persaingan antara peniaga. Memang kebanyakan pengguna sedar mereka mempunyai hak, dan kuasa sebagai pengguna, serta mampu menunjukkan kuasa jika mereka mahu. Kini, sudah sampai masanya pengguna lebih serius mengamalkan perbelanjaan berhemah. Dengan berbuat demikian, mereka dapat menghadapi cabaran dan masalah kewangan dengan lebih baik. Pengguna juga perlu mendisiplinkan diri dengan pengurusan kewangan yang bijak. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan dari segi kualiti sebelum membuat penentuan untuk membeli barangan. Sikap peniaga yang tidak beretika perlu diberi pengajaran. Peniaga yang berkeras tidak mahu menurunkan harga barangan keperluan pengguna dianggap sebagai menyusahkan rakyat. Secara tuntas, peniaga dan pengguna saling memerlukan. Masing-masing ada hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun, tekanan kenaikan barang secara berterusan yang dihadapi kini sememangnya sesuatu yang memeritkan terutamanya para pengguna di negara kita. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Strategi mewujudkan celik pengguna, oleh Hj. Samat Buang, Fokus SPM, Mac 2007)

3 Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Berikan maksud rangkai kata menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli. [2 markah] Pengarang mengemukakan beberapa punca yang menentukan harga sesuatu barangan di pasaran. Nyatakan punca-punca tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak? [4 markah]

4 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kau harapan keluargamu. Tidak inginkah kau membantu keluargamu dan kaummu? Bapa tidak menghalang kehendak saya. Ibu cakap, saya boleh buat apa yang saya suka asalkan tidak menganiaya orang lain. Betul cakap orang tuamu itu. Tetapi sebagai anak, kau wajar membela mereka. Jika ada pelajaran, boleh dapat pekerjaan yang lebih besar. Mungkin dapat jadi pegawai, ahli perniagaan..macam anak penghulu. Adik-adikmu itu dapat disekolahkan. Engkaulah bunga bangsa belantara ini, suara Jo sambil menatap wajah Daneng yang sugul. Daneng memperbaik kailnya sambil melihat ke dalam tin yang berisi dua ekor ikan haruan perang yang besar. Anak matanya yang keperangan memancar dalam genangan air mata. Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau bijak, Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin membantu kaummu. Setakat ini, cuma ada lebih 50 hingga 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti. Daneng merenung jauh ke tengah danau biru. (Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) Mengapakah Cikgu Jo bersungguh-sungguh memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya? Jika anda seorang guru, nyatakan usaha-usaha yang dapat anda lakukan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat di pedalaman tentang kepentingan pendidikan. (iii) Jelaskan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan dua nilai lain daripada keseluruhan cerpen ini.

5 Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini. Maka kata Laksamana, Hai Si Jebat, menyesalkah engkau? Maka kata Hang Jebat, Hai Laksamana, sekali-kali tiada aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada tanganmu, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat derhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka ini dan tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh. Maka sahut Laksamana, Hai Si Jebat derhaka, tersalah citamu itu! Adapun pekerjaanmu derhaka pada tuanmu itu beberapa dosanya kepada Allah, tiada tertanggung olehmu di dalam akhirat jemah, akan sekarang engkau hendak membunuh orang yang tiada berdosa pula berpuluhpuluh ribu itu; benarkah bicaramu itu? Maka kata Hang Jebat, Apakah dayaku? Sekalian itu dengan kehendaknya juga; tiada dengan kuasaku perbuat itu, supaya namaku masyhur pada segala negeri. (Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) Berikan maksud rangkai kata engkau tiada dalam dunia ini lagi. [2 markah] Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Hang Jebat bersikap angkuh? (iii) Sultan merupakan seorang ketua negara dalam sesebuah kerajaan yang disanjungi oleh rakyat. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat dilarang menderhaka kepada raja?

6 Soalan 2(d) Petikan Puisi Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SELOKA PAK KADUK Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk (Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000) Berikan maksud rangkai kata mudik menongkah surut. [2 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh seseorang? [4 markah] (iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas.

7 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. berhemah - berhemat mengelakkan - menggelakkan (iii) tergamam - tergamak (b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah dalam beberapa seminar antarabangsa. Pelajar yang bijak itu menelaah pelajarannya hingga larut malam. (iii) Sepuluh buah rumah di kampung itu ditenggelami banjir kilat. (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Pengerusi PIBG menggesa supaya ibubapa hadir ke majlis hari kecemelangan yang akan diadakan pada bulan Mei. Kehebatan pasukan bola sepak skuad Harimau Muda Malaysia yang selalu diwar-warkan oleh media telah dibukti apabila mereka berjaya menjadi sukan SEA. (iii) Pelbagai usaha harus dilipat gandakan untuk menangankan jenayah ragut yang kian meningkat di negara kita.

8 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satau kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Di antara pelajar perempuan di dalam bilik itu, Ainilah yang paling pandai. Masalah tersebut harus dikemukakan oleh kamu dalam perbualan itu. (iii) Hadi membeli lima butir telur di bangsal Pak Redzuan pada pagi itu. (e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. Lintah darat (iii) Ayam tambatan (iii) Seperti kaca terhempas ke batu.

9 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: Terminal Tiga karya Othman Puteh Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan konflik yang dihadapi oleh mana-mana satu watak sampingan. [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan kerjasama setiap novel. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT