PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MASA : 2 JAM 30 MINIT

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MASA : 2 JAM 30 MINIT"

Transkripsi

1 PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MEI 2014 MASA : 2 JAM 30 MINIT KOD SUBJEK : 1032/2 TAJUK SUBJEK : BAHASA MELAYU ARAHAN : 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahandaripada pengawas peperiksaan. 5. Sila baca soalan dengan teliti sebelum menjawab. 6. Jumlah markah keseluruhan kertas ini adalah 110 markah. 7. Kertas soalan ini TIDAK dibenarkan untuk dibawa keluar dari Dewan Peperiksaan. Nama: Kelas : Nombor Matrik: Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

2 Soalan 1: Rumusan [ 30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan penggemar cendawan. Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat dimakan oleh manusia. Hal ini demikian disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun yang dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan yang beracun juga akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia. Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana cendawan mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada tubuh manusia, cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja. Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semula hutan. Perusahaan cendawan yang berkembang pesat, seperti cendawan tumbuh selepas hujan, sebaik-baiknya hendaklah seiring dengan kesedaran tentang manfaat pemakanan cendawan.walau bagaimanapun, penggemar cendawan dinasihati supaya mempunyai pengetahuan untuk mengenali jenis-jenis cendawan liar yang selamat dimakan supaya tidak termakan cendawan yang beracun yang boleh memudaratkan kesihatan. Begitu juga, individu yang hendak mengambil makanan tambahan yang berasaskan cendawan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya. Dipetik dan diubah suai daripada Cendawan Kaya dengan Antibiotik Oleh Wardah Abdul Rahman, Dewan Kosmik, April Soalan 2 : Pemahaman [35 markah ] 2

3 Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud elemen utama. (ii) Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan yang beracun memberi kesan buruk kepada manusia. Nyatakan kesan-kesan tersebut. (iii) Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan, apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut? [4 markah] Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. "Semua askar Punjabi mati. Kubu Kuala Pak Amat jatuh. Juga di Dasar dan Sabak. Jepun berada di mana-mana." Suara Pak Husain sangat lemah. Dia sudah dimandikan oleh Mak Bidah. Darahnya sudah dicuci. Tetapi semangat Pak Husain sudah hilang. Dia menjadi takut-takut. Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun. Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya. Kwong yang menyerobot ke dalam perasaan Pak Husain sangat membimbangkan kami. Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain. Dia mesti dijaga. Dia yang bertanggungjawab datam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkatan kalau tenteratentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah! Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar, di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat. Pak Husain telah menyelamatkan kami! (Dipetik daripada 'Pahlawan Buntung' oleh S.Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu "Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah kesan yang dialami oleh Pak Husain setelah dia dipaksa menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati? (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membalas jasa 3

4 pejuang kemerdekaan negara seperti Pak Husain? (iii) Huraikan satu nilai murni berdasarkan petikan cerpen di atas dan satu nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah] Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah. Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang. Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan. Khabar Raja Kedah, Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara. Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya. (Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? (ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. (iii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu lakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya peperangan? Soalan 2(d) - Seloka 4

5 Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SELOKA EMAK SI RANDANG Baik budi emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. Md. Ali Bachik (Penyelenggara) Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003 ILADAM (i) Apa yang dimaksudkan dengan baris-baris seloka di atas. (ii) Sekiranya anda merupakan jiran kepada Emak Si Randang bagaimanakah anda dapat membantunya? (iii) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) seniman (ii) budiman (iii) hartawan (iv) karyawan (v) peragawati (vi) olahragawati [ 6 markah ] 5

6 (b) Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Saya mendeklamasikan sebuah sajak sempena pelancaran Program Nilam. (ii) Ibu bapa mestilah sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka. (iii) Kami telah mengusir kambing yang berkeliaran di tepi jalan itu. (iv) Dia sering melalui jalan ini untuk ke masjid. (v) Awak perlu menyiapkan kerja sekolah tepat pada waktunya. (vi) Mereka tetap menghadiri kelas tambahan meskipun hari hujan. [ 6 markah ] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkatkan hasil negara dalam bidang komersil. (ii) Setiap pelajar mempunyai tahap kecerdikan yang berbeza dan perlukan masa untuk mempelajari sesuatu perkara yang di pelajari di sekolah. (ii) Semua pegawai pendidikan yang telah berkhidmat untuk jangka masa yang tertentu akan dinaikan pangkat secara otomatik. [6 markah] (d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i) Ustaz Ramli telah diberikan tugas untuk mengurus para peserta-peserta yang akan (ii) Profesor Mohd Kamal memaklumkan bahawa soal selidik yang akan dibentangkan (iii) Pak Sako sering menceritakan tentang pengalamannya yang menggores hati, iaitu memasuki pertandingan nasyid peringkat daerah Kuala Krai. dalam seminar itu telah beliau siapkan. kekejaman tentera Jepun sewaktu menjajah negara kita. [6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut (i) Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang. (ii) Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda. tetapi cuba membaikinya sehingga benda itu menjadi rosak. (iii) Jangan sengaja mencari kesusahan 6 [6 markah]

7 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deanna Yusof (ii) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (a) Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan. [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut. [8 markah] 7

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit 1.Kertas peperiksaan ini mengadungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2.Jawab soalan Bahagian A dan satu

Lebih terperinci

SOALAN KLON SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SOALAN KLON SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Oktober 2 1/2jam SOALAN KLON SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Mei 2014 2 ½ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN

Lebih terperinci

1103/2 SULIT. [30 markah]

1103/2 SULIT. [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA I, PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

Dapatkan Skema di

Dapatkan Skema di 1103/2 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Mei 2011 2 ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011 TINGKATAN 5

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PRAPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 02/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2012 2 Jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Jun 1103/2 2 I. 2 Jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM SULIT BAHASA MELAYU KERTAS 2 MASA2JAM 0212 MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian. Cerpen Pahlawan Buntung (S. Othman Kelantan) Sinopsis Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman

Lebih terperinci

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2012 2 Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012 PERCUBAAN PENILAIAN

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SET B BAHASA MELAYU 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU SULIT 0212 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2008 2jam PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN

Lebih terperinci

www.lamanbahasa.wordpress.com 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Percubaan 2014 2 jam ½ BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 KERTAS 2 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 B 11 A 21 A 31 A 2 B 12 B 22 C 32 A 3 C 13 A 23 C 33 D 4 D 14 B 24 D 34 B 5 D 15 D 25 B 35 C 6 C 16 B 26 A 36 B 7 D

Lebih terperinci

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak 02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Sahagian

Lebih terperinci

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

SET 8. Soalan 1 : Rumusan

SET 8. Soalan 1 : Rumusan SET 8 Soalan 1 : Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pendermaan organ di negara kita dan halangan untuk menderma organ. Panjang rumusan hendaklah

Lebih terperinci

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ] Bahagian A (i) - Ringkasan [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan

Lebih terperinci

Komitmen kerajaan dalam memerangi gejala merokok tidak pernah berakhir. Kempen

Komitmen kerajaan dalam memerangi gejala merokok tidak pernah berakhir. Kempen SET 2 Soalan 1 :Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani gejala merokok dalam kalangan remaja dan akibat-akibat daripada perbuatan

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU "' MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG MODUL PENILAIAN PMR BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2012 2jam 02/2 Duajam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU 1. Kertas soalan

Lebih terperinci

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ] 2 PT3/02 Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ] 1) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Lebih terperinci

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

Pada akhir pelajaran, murid dapat: Tingkatan Masa Genre Tajuk Lima 80 minit Cerpen Pahlawan Buntung Fokus Utama Fokus Sampingan 10.6 Aras 2 (ii) 1.2 Aras 1 (ii) Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa

Lebih terperinci

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN SULIT 1103/1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 2 ¼ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Lebih terperinci

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SULIT SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHAGIA 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN MEREALISASIKAN SASARAN AKADEMIK (MSA) Nama Murid Kelas : : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Lebih terperinci

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT 02/2 Bahasa Melayu 02/2 Julai 2013 2jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013 PENILAIAN MENENGAH

Lebih terperinci

==================================

================================== SULIT 1 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2 Jam 30 Minit ================================== PEPERIKSAAN PRASPM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

Lebih terperinci

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX SULIT 6351/1 NO. KAD PENGENALAN/ NO. SIJIL KELAHIRAN ANGKA GILIRAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Bahagian B JANGAN BUKA

Lebih terperinci

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1103/1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam

Lebih terperinci

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Bahasa Arab (913) Prestasi Keseluruhan Pada tahun 2010 sebanyak 1270 orang calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini dan 47.64% daripadanya telah mendapat lulus penuh. Pencapaian calon

Lebih terperinci

Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.

Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan. LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak

Lebih terperinci

RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG Disusun oleh Shuhaimi bin Sulaiman sszma@hotmail.com/www.cikgumiebm.blogspot.com Unit Bahasa Melayu Jabatan Bahasa MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG ANALISIS JENIS, TUGASAN

Lebih terperinci

SASTRA MELAYU HALAMAN SAMPUL SOAL MID SEMESTER JURUSAN SASTRA DAERAH/ MELAYU SEMESTER 2

SASTRA MELAYU HALAMAN SAMPUL SOAL MID SEMESTER JURUSAN SASTRA DAERAH/ MELAYU SEMESTER 2 SASTRA MELAYU HALAMAN SAMPUL SOAL MID SEMESTER JURUSAN SASTRA DAERAH/ MELAYU SEMESTER 2 FAKULTAS ILMU BUDAYA UNIVERSITAS LANCANG KUNING 2014 DAFTAR ISI HALAMAN SAMPUL... i DAFTAR ISI... ii DAFTAR TABEL...

Lebih terperinci

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU BAHASA MELAYU Kertas 2 Oktober 2013 2Jam INAMA KELAS PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU PMR Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008 Angka Giliran: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2007 12008 April2008 JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV Masa: 2 jam Markah yang diperoleh Soalan Bahagian A: Karangan (70 markah) Soalan

Lebih terperinci

Unit Peperiksaan Dalaman SMK Narinang, Kota Belud

Unit Peperiksaan Dalaman SMK Narinang, Kota Belud SULIT Unit Peperiksaan Dalaman SMK Narinang, Kota Belud PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2013 Masa : Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun) Sinopsis. Bab III

Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun) Sinopsis. Bab III Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun) Sinopsis Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) ARAHAN: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa paling sesuai daripada senarai diberikan.

Lebih terperinci

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, 2017 1 April 2017, Sabtu Guru-guru Bahasa Melayu P6 Cikgu Nafisah (BM Lanjutan & BM) Cikgu Putri (BM ) Cikgu Latifah (BM Asas) Format Kertas PSLE 2017 Komponen

Lebih terperinci

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah ) Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah ) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan aktiviti gotong-royong.

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 (PPT) 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2012 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 TINGKATAN 5 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan

Lebih terperinci

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 BAHASA MELAYU Kertas 1 UNTUK KEGUNAAN

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min SKEMA JAWABAN / GARIS PANDUAN UNTUK GURU BAHAGIAN A Soalan: Gambar di bawah menunjukkan aktiviti kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Lebih terperinci

SULIT 1103/2. Markah penuh : 110 markah

SULIT 1103/2. Markah penuh : 110 markah Soalan 1 Markah penuh : 110 markah Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi - 20 markah (b) bahasa - 10 markah (a) Isi [20 markah] Nota: (i) (ii) (iii) (iv) Panduan mengira perkataan: Perkataan yang dikira

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014 (Percubaan) 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2014 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014 BAHASA MELAYU Kertas 1 TINGKATAN 5 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan

Lebih terperinci

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah) Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah) Sinopsis Babak 1 Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti

Lebih terperinci

Bahasa Melayu Kertas 2 September 2009 2 ½ jam UJIAN EXCEL 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat

Lebih terperinci

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 02Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 042 // Menyemai Bahasa Menuai Budi Abstrak Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Zulaina Zulkifli Sekolah Menengah Naval Base zulaina_zulkifli@moe.edu.sg

Lebih terperinci

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Sekolah Menengah Naval Base Pusat Bahasa Melayu Singapura Abstrak Memupuk minat membaca karya-karya dalam

Lebih terperinci

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah) Bahagian 1: Imbuhan (10 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan yang disediakan.

Lebih terperinci

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 www.lamanbahasa.wordpress.com Ogos 2014 2 ½ Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN

Lebih terperinci

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument

Lebih terperinci

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Arahan : Sila tandakan (/) pada item berikut sama ada pada ruangan (Y) bagi Ya (bertepatan dengan diri anda) atau ruangan (T) bagi Tidak (tidak bertepatan dengan diri

Lebih terperinci

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SULIT 1249/2 Sejarah Kertas 2 Ogos 2015 2 ½ Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH

Lebih terperinci

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos jam

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos jam 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2011 2 jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 BAHASA MELAYU

Lebih terperinci

Masa: I jam JUL BAHASA MALAYSIA III UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMLAH : GRED : April2008

Masa: I jam JUL BAHASA MALAYSIA III UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMLAH : GRED : April2008 Angka Giliran: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2007 12008 JUL 301 - April2008 BAHASA MALAYSIA III Masa: I jam Markah yang diperoleh Soalan Bahagian A: Karangan (60 markah) Soalan

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

SULIT SULIT NAMA : KELAS : JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 02/02 EXCEL 2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 OGOS 2011 2 JAM DUA JAM JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit SULIT NAMA : TINGKATAN :.. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

SULIT 2 02/2 Bahagian A(i)-Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2 ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013 BAHASA

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 02/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SKEMA BAHASA MELAYU SET A Kertas 1 dan Kertas 2 1 [ Lihat sebelah PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2017 3757/2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Pengenalan BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk,

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

JUL 401- Bahasa Malaysia IV

JUL 401- Bahasa Malaysia IV I Angka Giliran: Angka Giliran: (dengan perkataan) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003 /2004 Februari/lvfac 20M JUL 401- Bahasa Malaysia IV Masa: 2 jarrt Sila pastikan

Lebih terperinci

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 SKEMA BAHASA MELAYU Kertas 1 dan Kertas 2 JAWAPAN KERTAS 1 1 D 11 D

Lebih terperinci

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 2 (KERTAS 1 - PEMAHAMAN) PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH PENGGAL 2. Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh : /10/2017

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 2 (KERTAS 1 - PEMAHAMAN) PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH PENGGAL 2. Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh : /10/2017 SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 2 (KERTAS 1 - PEMAHAMAN) PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH PENGGAL 2 Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh : /10/2017 A. Isi tempat kosong. ( 6x2% = 12% ) stor khas kraf

Lebih terperinci

Kesusasteraan Melayu (922)

Kesusasteraan Melayu (922) Kesusasteraan Melayu (922) PRESTASI KESELURUHAN Sebanyak 7522 calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini pada tahun 2012. Peratusan calon yang lulus penuh dalam mata pelajaran ini pada tahun

Lebih terperinci

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH CADANGAN JAWAPAN 3 (b) 1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH Golongan remaja terlalu asyik melayari internet. Golongan remaja seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan

Lebih terperinci

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju IMBUHAN (10 markah) Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan yang disediakan.

Lebih terperinci

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEPTEMBER 2007 2 ¼ jam LOGO DAN NAMA SEKOLAH 1103/1 (PPT) PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Lebih terperinci

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, 2017 11 Februari 2017, Sabtu Guru-guru Bahasa Melayu P5 Cikgu Nafisah (BM Lanjutan) Cikgu Latifah,Cikgu Putri (BM) Cikgu Noordiyana ( BM Asas) Format Kertas PSLE

Lebih terperinci

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Malaysia (910) Bahasa Malaysia (910) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 33 123 calon. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 73.01%, menurun sebanyak 0.26% berbanding

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 I BAHASA MELAYU KERTAS 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 I BAHASA MELAYU KERTAS 2 SULIT Bahasa Melayu Kertas 2 September 2011 2~jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 I ANJURAN MAJLIS PENGETUA'SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PERUS BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua

Lebih terperinci

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 2 UNTUK

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

PEPERIKSAAN PRASPM 2013 NSKP 2013 SULIT 1 PEPERIKSAAN PRASPM 2013 1103/1(PP) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Bahasa Melayu Kertas 1 Peraturan Pemarkahan Ogos UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT.Kegunaannya

Lebih terperinci

SULIT NAMA:... Tingkatan :... SULIT Sejarah Kertas 2 Ogos 2009 2 ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3 NAMA: KELAS: KBM 3 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN CATATAN ANALISIS KANDUNGAN LAMPIRAN C Butiran Dokumen KERJA PROJEK SEJARAH KST TAHUN 2006 NAMA PELAJAR : P1 TAJUK : PERISTIWA 13 MEI BILANGAN : 1 Catatan Analisis Kandungan Soalan/ Komen Semakan secara

Lebih terperinci

Bahagian A. (30 markah) Masa dicadangkan: 45 minit USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN

Bahagian A. (30 markah) Masa dicadangkan: 45 minit USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN SULIT 1103/1 Bahagian A (30 markah) Masa dicadangkan: 45 minit Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah memajukan industri kraftangan. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) SOALAN 1 5 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

SET 7 Soalan 1: Rumusan ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara

SET 7 Soalan 1: Rumusan ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara SET 7 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara dan langkahlangkah

Lebih terperinci

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar. Bondanya bertanya

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit SULIT 2 1103/1 SMK SIJANGKANG JAYA 42500 KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA

Lebih terperinci

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor

Lebih terperinci

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit NAMA MURID : TINGKATAN : JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 1249/2 SEJARAH Kertas 2 Ogos/September 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

Hikayat Opu Daeng Menambun

Hikayat Opu Daeng Menambun Hikayat Opu Daeng Menambun Sinopsis bab III Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenaan menjodohkan anakanda puteri baginda

Lebih terperinci

TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN

TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN KOD PROJEK: K-EDU/108(USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA

Lebih terperinci

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017 SULIT PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 UNTUK

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEPTEMBER 2009 2 ¼ jam 1103/1 (PPcb) PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Lebih terperinci

PEPERIKSAANPERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013

PEPERIKSAANPERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 Bahasa Melayu Kertas 2 September 2013 2'li jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAANPERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA: KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 KBK 4 NAMA: KELAS: 4 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci