BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN SARJANA USULUDDIN UNIVERSITI MALAYA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN. Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Ulasan Buku/Book Review

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

NO. PINDAAN : 02 TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT : 1/12. PK. UiTM APB (O).12. Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh. Prof. Madya Dr.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB 1 PENDAHULUAN. mengenai zakat lazimnya menjurus kepada pentadbiran harta zakat. Selaras dengan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS) UNIVERSITI MALAYA

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN ARKIB

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENGENDALIAN KONVOKESYEN

BAB V. Tadhkirah Muttabi al-sunnah fi al-rad Ala al-qa il bi Sunniyah Rak atayn Qabl al-

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Transkripsi:

BAB 5 PENUTUP 5.1 RUMUSAN Rumusan ini dibuat berdasarkan kepada empat aspek utama yang merujuk kepada objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama; mengenal pasti metodologi penulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-faṭani dalam fiqh ibadah berdasarkan kitab Furū al-masā il. Kedua; menganalisis kandungan kitab Furū al-masā il dalam fiqh ibadah. Ketiga; mengenal pasti kaedah penyelesaian masalah dalam fiqh ibadah yang diaplikasi oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-faṭani menerusi kitab Furū al-masā il. Keempat; menganalisis aliran pemikiran hukum Syeikh Daud bin Abdullah al-faṭani dalam fiqh ibadah melalui kitab Furū al-masā il Pada akhir bab ini pula, pengkaji mengemukakan kesimpulan dan beberapa cadangan terhadap keseluruhan kajian yang telah dilaksanakan. 5.1.1 Mengenal pasti metodologi penulisan Syeikh Daud bin Abdullah al- Faṭani dalam fiqh ibadah berdasarkan kitab Furū al-masā il Pengkaji merumuskan bahawa kitab Furū al-masā il terdiri daripada dua jilid. Jilid pertama mengandungi Kata Pengantar dari penulis kitab yang terdiri daripada 2 halaman, perbincangan mengenai Usuluddin yang terdiri daripada 13 halaman dan perbincangan mengenai fiqh ibadah yang terdiri daripada 259 halaman. Jilid kedua pula mengandungi perbincangan mengenai fiqh muamalah yang mengandungi 389 halaman. Kitab Furū al-masā il ini dikategorikan sebagai kitab fiqh kerana perbahasan mengenai fiqh meliputi 98 peratus daripada keseluruhan kandungan kitab ini. 152

Kitab Furū al-masā il ini yang ditulis pada tahun 1257H/ 1841M ini, mempunyai susunan tajuk yang sistematik. Hal ini kerana kitab ini mempunyai tajuk utama yang ditulis sebagai Kitāb, sub-tajuk yang ditulis sebagai Bāb dan pecahan kepada sub-tajuk ditulis sebagai Faṣl. Pengkaji mendapati sistem penulisan kitab ini mempunyai persamaan dengan kitab-kitab rujukan utama fiqh mazhab Syafii pada zaman taklid. Skop perbincangan fiqh dalam kitab ini dapat dibahagikan kepada fiqh ibadah dan fiqh muamalah. Fiqh ibadah dibincangkan dalam Jilid 1. Manakala fiqh muamalah dibahaskan dalam Jilid 2. Sumber rujukan yang dinyatakan oleh Syeikh Daud dalam Kata Pengantar kitab Furū al-masā il ini ialah kitab al-fatāwā karya al-shaykh Shams al-dīn Muḥammad bin Aḥmad Bin Ḥamzah al-ramlī dan kitab Kashf al-lithām an As ilah al-anām karya al-shaykh Ḥusayn bin Muḥammad al-maḥallī. Namun, hasil analisis kajian mendapati terdapat 80 orang ulama lain yang turut menjadi sumber rujukan dalam kitab Furū al-masā il dalam fiqh ibadah. Pengkaji juga merumuskan bahawa bahasa yang digunakan dalam kitab ini adalah mudah dan terus kepada maksud yang ingin disampaikan. Sebagaimana karya klasik Melayu yang lain, pengaruh bahasa Arab sangat dominan dalam penulisan kitab ini dalam aspek struktur ayat dan kosa kata Bahasa Arab. 5.1.2 Menganalisis kandungan fiqh ibadah melalui kitab Furū al-masā il Pengkaji merumuskan bahawa terdapat 10 Kitāb dalam fiqh ibadah dalam kitab Furū al-masā il. Sepuluh Kitāb itu terdiri daripada Kitāb al-ṭahārah (Bersuci) yang mengandungi 9 bāb dan 175 set soal-jawab, Kitāb al-ṣalāh (Solat) yang mengandung 16 bāb dan 514 set soal-jawab, Kitāb al-janā iz (Jenazah) yang 153

mengandungi 3 faṣl dan 138 set soal-jawab, Kitāb al-zakāh (Zakat) yang mengandungi 7 bāb dan 136 set soal-jawab, Kitāb al-ṣawm (Puasa) yang mengandungi 1 bāb dan 66 set soal-jawab, Kitāb al-i tikāf (Iktikaf) yang tiada bāb atau faṣl dan mengandungi 14 set soal-jawab, Kitāb al-ḥajj wa al- Umrah (Haji dan Umrah) yang mengandungi 5 bāb, 2 faṣl dan 187 set soal-jawab, Kitāb al-aḍḥiyah (Korban) yang mengandungi 1 bāb dan 33 set soal-jawab, Kitāb al-aṭ imah (Makanan) yang tiada bāb atau faṣl dan mengandungi 19 set soal-jawab dan Kitāb al- Ṣayd wa al-dhabā iḥ (Perburuan dan Penyembelihan) yang tiada bāb atau faṣl dan mengandungi 20 set soal-jawab. Pemiihan dan penyusunan tajuk dan subtajuk dalam bahagian ibadah ini pula memiliki persamaan dengan kitab-kitab fiqh yang berautoriti pada zaman taklid. Kajian juga menemukan bahawa soal-jawab dalam fiqh ibadah dalam kitab Furū al-masā il dibahaskan secara menyeluruh dan terperinci. Terdapat empat elemen soal-jawab yang terkandung dalam bahagian ibadah ini iaitu elemen pelik dan luar biasa, sejarah, mistik dan futuristik. Hal ini menjadikan perbahasan fiqh dalam kitab Furū al-masā il sentiasa segar dan menarik untuk tatapan para pembacanya. 5.1.3 Mengenal pasti kaedah penyelesaian masalah dalam fiqh ibadah yang diaplikasi oleh Syeikh Daud Bin Abdullah al-faṭani menerusi kitab Furū al-masā il Kajian telah menemukan bahawa terdapat tidak kurang daripada 1,302 set soalanjawapan dalam kitab Furū al-masā il bahagian ibadah ini. Terdapat tiga kaedah umum penyelesaian masalah yang dapat dipecahkan pula kepada lima kaedah khusus. Secara keseluruhannya, kajian merumuskan Syeikh Daud memiliki ilmu 154

yang tinggi dan mendalam mengenai pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafii dan pendapat yang khilaf antara ulama dalam mazhab Syafii. Walau bagaimanapun Syeikh Daud hanya mengemukakan pendapat-pendapat ulama dalam mazhab Syafii tanpa melakukan sebarang tarjīḥ terhadap pendapat berkenaan atau menunjukkan kecenderungannya terhadap pendapat tertentu. 5.1.4 Menganalisis aliran pemikiran hukum Syeikh Daud Bin Abdullah al- Faṭani dalam fiqh ibadah melalui kitab Furū Al-Masā il Daripada analisis yang telah dibuat, pengkaji merumuskan bahawa Syeikh Daud paling kerap merujuk kepada dua orang ulama iaitu al-shaykh al-ramlī dan al- Shaykh Ibn Ḥajar dan karya mereka. Semua Kitāb yang terdapat dalam bahagian ibadah paling banyak merujuk kepada mereka kecuali Kitāb al-ṣayd wa al- Dhabā ih. Kajian turut menemukan bahawa secara keseluruhannya, Syeikh Daud paling kerap merujuk kepada al-shaykh al-ramlī dan al-shaykh Ibn Ḥajar. Kedua tokoh ini menduduki tempat teratas dalam senarai rujukan dalam bahagian ibadah. Seterusnya tempat kedua diduduki oleh para penulis Ḥawāshī seperti al-shaykh al-bujayrimī, al- Shaykh Sulaymān Jamal, al-shaykh Ibn Qāsim, al-shaykh al-ziyādī dan al-shaykh Alī al- Shabrāmallisī dan tempat ketiga diduduki oleh al-shaykh al-islām Zakariyā al-anṣārī. Kajian juga mendapati bahawa bahawa aliran pemikiran hukum Syeikh Daud dalam bahagian ibadah ini adalah selaras dengan aliran pemikiran hukum yang disarankan oleh para ulama mazhab Syafii al-muta akhkhirīn yang telah menetapkan urutan rujukan yang sahih dalam mazhab Syafii. 155

Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa aliran pemikiran hukum Syeikh Daud dalam bahagian ibadah adalah berdasarkan sumber yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kesinambungan sanad keilmuan dari satu generasi ulama kepada generasi ulama yang seterusnya. Hal ini dapat membuktikan bahawa ilmu fiqh yang disampaikan oleh Syeikh Daud melalui buku Furū al-masā il bukan merupakan taklid buta tetapi berdasarkan sumber yang jelas dan berautoriti. Sehubungan dengan itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa perkembangan fiqh di rantau Nusantara dari dahulu hingga kini adalah bersumberkan ilmu yang mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan akauntabiliti yang tinggi. 5.2 CADANGAN Berdasarkan analisis yang telah dilakukan dalam bab 2, 3 dan 4, pengkaji ingin mengemukakan empat cadangan yang diharap dapat diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak-pihak tertentu untuk membina dan mengembangkan pemikiran hukum yang sahih dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut: 5.2.1 Menyunting dan menerbitkan semula karya-karya ulama silam Nusantara. Karya-karya ulama silam Nusantara sewajarnya disunting dengan menulisnya semula dalam bahasa Melayu kontemporari dan menggunakan metodologi penulisan yang lebih sistematik dan menarik. Bagi memastikan hasil suntingan terhadap kitab karya ulama silam Nusantara ini mempunyai kebolehpercayaan dan keabsahan yang tinggi, satu jawatan kuasa khas yang terdiri daripada para sarjana dalam bidang pengajian Islam perlu 156

ditubuhkan. Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Malaya boleh dilantik menjadi institusi yang menguruskan usaha-usaha penyuntingan ini dengan biaya kerajaan. Hal ini untuk memastikan usaha penyuntingan ini berjalan dengan lancar dan dipantau rapi. Justeru, piawai penyuntingan yang telah digariskan akan dipatuhi. Sehubungan dengan itu, penerbitan semula kitab-kitab ulama silam akan dapat direalisasikan dengan kualiti yang tinggi. 5.2.2 Membina satu pangkalan data yang mendokumentasikan biodata dan karya-karya ulama silam Nusantara. Karya-karya ulama silam Nusantara dalam pelbagai bentuk sama ada manuskrip atau buku bercetak daripada pelbagai edisi adalah perlu dikumpul dan direkodkan. Selain itu, biodata para ulama Nusantara silam yang telah dikaji secara menyeluruh dan terperinci turut perlu didokumentasikan. Hal ini penting untuk memastikan karya-karya ulama silam dalam pelbagai bentuknya dapat dimanfaatkan oleh generasi kini dan mendatang. Malah, fakta-fakta yang tepat mengenai biodata ulama silam Nusantara yang begitu besar jasanya kepada umat Islam masa kini dapat diakses dengan mudah. 5.2.3 Menambah koleksi penyelidikan ilmiah berkenaan aliran pemikiran hukum dan pemikiran hukum ulama silam Nusantara. Penyelidikan tentang aliran pemikiran hukum dan pemikiran hukum ulama silam Nusantara masih belum banyak dijalankan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan kepada para sarjana yang berminat agar melakukan kajian terhadap aliran pemikiran hukum dan pemikiran hukum ulama Nusantara silam, terutama ulama Melayu yang bertaraf 157

antarabangsa seperti Syeikh Ahmad al-faṭani, Syeikh Nawawi al-bantani dan ulama lain yang banyak menghasilkan karya asli. 5.2.4 Melakukan kajian lanjutan dalam pemikiran hukum dan aliran pemikiran hukum Syeikh Daud Pengkaji mencadangkan agar dilakukan kajian lanjutan dalam pemikiran hukum dan aliran pemikiran hukum Syeikh Daud. Kajian berkenaan boleh dilakukan terhadap pemikiran hukum dan aliran pemikiran hukum Syeikh Daud dalam karya-karya beliau yang lain terutama karya-karya asli beliau. Selain itu, kajian juga perlu dilakukan terhadap pemikiran hukum dan aliran pemikiran hukum Syeikh Daud dalam skop yang lebih kecil seperti fiqh al-tahārah, fiqh al-ṣalāh, fiqh al-zakāh, fiqh al-ṣawm, dan fiqh al-hajj Wa al- Umrah berdasarkan kitab Furū al-masā il yang menjadi subjek kajian pengkaji atau kitab karya Syeikh Daud yang lain. 5.3 KESIMPULAN Kitab-kitab fiqh yang dihasilkan oleh ulama silam Nusantara merupakan warisan yang amat berharga. Warisan ini perlu dihormati dengan memanfaatkannya semaksimum yang mungkin dalam usaha memperkasa dan mengembangkan pemikiran hukum yang sesuai dengan realiti setempat dan semasa umat Islam di Malaysia. Semoga hasil kajian ini dapat memberi input yang berguna dalam merealisasikan gagasan fiqh Malaysia yang menjadi harapan setiap fuqaha Malaysia kontemporari. 158