BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAHAGIAN A (20 markah)

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA MPU2323 EN.AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA AGAMA KRISTIAN G.THIGAMBARISHINI

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

KEBENARAN SEDERHANA untuk ORANG PERCAYA BARU (Pertanyaan dan Jawaban)

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Siapakah Yesus Kristus? (4/6)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Revelation 11, Study No. 39 in Indonesian Language. Seri Kitab Wahyu pasal 11, Pembahasan No. 39, oleh Chris McCann

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

PERDAMAIAN Jalan Menuju Kedamaian

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

TATA IBADAH HARI MINGGU. Minggu Pemuliaan Kristus


MISTERI TUHAN ANTARA ADA DAN TIADA

FEBRUARI 2016/SET C/MPU3123 SKEMA JAWAPAN. ARAHAN : Jawab semua soalan dalam Buku Jawapan yang disediakan.

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

KEHIDUPAN BESAR ABADI Thiru ARUTPA SAMI SIDAMBARAM RAMALINGAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TATA IBADAH HARI MINGGU. Minggu TRINITAS

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

BAB V IMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

KEBENARAN SEDERHANA untuk yang BARU PERCAYA. (Pertanyaan dan Jawaban)

MARILAH KITA PELAJARI RENCANA KESELAMATAN MENURUT ALKITAB. Kasih Allah Untuk Orang Berdosa

BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Penelitian Restu Nur Karimah, 2015

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

APOCRYPHA KING JAMES BIBLE 1611 DOA AZARIAH & lagu YAHUDI tiga. Doa Azariah dan lagu Yahudi tiga

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

LITURGI MINGGU GEREJA KRISTEN INDONESIA JATIMURNI MINGGU, 3 SEPTEMBER 2017 Tema: MENYELAMI PEMIKIRAN ALLAH JEMAAT BERHIMPUN

MEI 2017/SET A/MPU3123

DARI mana SAyA DAtAng?

TALIM MADANI #12 IMAN KEPADA ALLAH (PERBEDAAN MALAIKAT DAN MANUSIA)

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123


KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

12. Mata Pelajaran Pendidikan Agama Katolik untuk Sekolah Menengah Atas (SMA)/Sekolah Menengah Kejuruan (SMK)

Tahun A-B-C : Hari Raya Paskah LITURGI SABDA

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Surat Yohanes yang pertama

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kami datang kepada-mu, kami datang kepadamu Bersyukur sebulat hati, kar na kasihmu besar

TOPIK PERBINCANGAN. 4.2 Konsep dan Takrif. 4.1 Pengenalan. 4.3 Wilayah. 4.6 Kepelbagaian Agama Tamadun India. 4.5 Pandangan Semesta Tamadun India

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

LITURGI SABDA. Tahun C Minggu Paskah III. Bacaan Pertama Kis. 5:27b b-41. Kami adalah saksi dari segala sesuatu: kami dan Roh Kudus.

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Rencana Allah untuk Gereja Tuhan

Cat Steven, Masuk Islam Saat di Puncak Ketenaran

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Akidah dalam kehidupan Muslim: analisis aspek aspek penyelewengan. Sinopsis:

Diberikan Allah dengan senang hati.

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Kelahiran Tuhan Yesus

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

Minggu, 27 Oktober 2013

Seri Iman Kristen (6/10)

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

Tahun C Hari Minggu Biasa III LITURGI SABDA. Bacaan Pertama Neh. 8 : 3-5a

Mutiara Islahul Qulub 3

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

PL1 : Sebab TUHAN, Yang Mahatinggi, adalah dahsyat, U : Raja yang besar atas seluruh bumi.

Dr. Munawar Rahmat, M.Pd.

ISLAM DAN MITOLOGI Oleh Nurcholish Madjid

Transkripsi:

BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep ketuhanan dalam kepelbagaian agama berdasarkan pandangan agama masing-masing. ( PLO1:C2) 2. Menghuraikan bentuk ketuhanan agama masing-masing melalui penulisan dan pembentangan tugasan. (PLO3 : P2) 3. Mematuhi nilai baik yang diperolehi dari kepercayaan ketuhanan dalam agama masing-masing melalui penglibatan aktiviti dan pelaksanaan tugasan.(plo8:a3) ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan Agama lahir seiring dengan penciptaan manusia kerana agama adalah satu keperluan kepada manusia yang membawa manusia kepada mengenali Tuhan. Perbincangan ketuhanan pastinya menyentuh ketuhanan dalam agama-agama yang wujud di dunia sama ada agama samawi mahupun agama budaya. Antara ketuhanan agama besar yang akan dibincangkan adalah agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh. Perbezaan amat jelas antara ketuhanan agama samawi dan agama budaya. Agama samawi mempunyai hubungan yang amat rapat dengan bentuk ketuhanan monotesime mutlak manakala agama budaya pula mempunyai bentuk ketuhanan yang pelbagai. 2.0 Agama Islam 2.1 Latarbelakang Agama Islam 1

Agama Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap kepada agama samawi yang terdahulu yang telah diturunkan kepada para rasul sebelumnya bermula dari nabi Adam AS sehingga nabi Isa AS. Diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS. Wahyu pertama diterima pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masehi di Gua Hira, Jabal Nur (Bukit Cahaya). Allah S.W.T menurunkan wahyu berterusan selama 23 tahun. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W wahyu tersebut dikumpul, ditulis dan dibukukan secara sistematik oleh para sahabat. 2.2 Ketuhanan Menurut Agama Islam Ketuhanan dalam agama Islam dijelmakan dalam kalimah syahadah yang menjadi tonggak keislaman seseorang. Dalam kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan melainkan Allah terkandung konsep tauhid. Sebagaimana agama samawi yang terdahulu, ketuhanan berbentuk tauhid menjadi intipati akidah yang menentukan bentuk ibadah dan akhlak penganutnya. Tauhid bermaksud kepercayaan bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa, yang wajib disembah, menjadikan, memiliki dan mentadbir alam serta seluruh isinya, tiada makhluk lain yang serupa dengannya. Umat Islam diajar mengenal Allah S.W.T melalui kefahaman terhadap namanama (asma ) dan sifat-sifat Allah S.W.T yang Maha Agung dan Maha Sempurna. Memahami dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah S.W.T dan mengenal kebesarannya melalui makhluk ciptaannya yang terdapat di alam ini. Terdapat sembilan puluh sembilan nama, 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil bagi Allah S.W.T yang wajib diketahui dan difahami oleh seorang muslim. Allah S.W.T merupakan Tuhan yang berhak dan wajib disembah dan dalam pengibadatan serta permohonan kepadanya tanpa memerlukan perantaraan. Allah S.W.T Maha Pengasih dan Penyayang yang Maha Mendengar akan setiap permintaan hambanya. 2

Ketuhanan dalam agama Islam berbentuk Monoteisme Mutlak iaitu mempercayai dan menyembah Allah S.W.T, Tuhan yang Esa. 3.0 Agama Kristian 3.1 Latarbelakang Agama Kristian Secara umumnya, agama Kristian merupakan agama yang dikembangkan dari agama yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Oleh itu ia juga dikenali sebagai agama Isa yang disebarkan dalam kalangan orang Romawi. Nama agama Kristian mengambil nama Jesus iaitu nama Nabi Isa A.S yang telah diberikan oleh pengikutnya. Jesus merupakan putra Maryam binti Imran, berketurunan Bani Israel dan Galilea daripada keturunan Nabi Daud A.S. Dalam agama Islam, Jesus dikenali sebagai Isa Ibn Maryam atau al-masih yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membawa Bani Israel beriman kepada Allah S.W.T. Islam menyatakan bahawa Nabi Isa telah diangkat ke langit selepas baginda diselamatkan dari hukuman mati disalib. Manakala penganut Kristian percaya bahawa Jesus Kristus telah mati disalib dan kematiannya dianggap suci kerana menjadi penebus dosa umat manusia. Menurut sejarah, orang Romawi sebelum kedatangan agama Kristian, mereka menganuti agama yang mempunyai unsur agama Yunani. Orang Yunani mempercayai bahawa alam ini telah dicipta oleh para dewa. Bagi agama ini, dewa dewi disamakan dengan manusia iaitu mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. Kelebihan mereka hanya dari segi kesempurnaan kejadian dan mempunyai kuasa yang luar biasa. Kepercayaan lama ini sedikit sebanyak wujud dalam akidah dan amalan agama Kristian seperti kepercayaan kepada Tritunggal, Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak. 3

3.2 Ketuhanan Menurut Agama Kristian Secara umumnya konsep ketuhanan dalam agama Kristian pada mulanya berbentuk monoteisma mutlak. Seterusnya ia dikembangkan oleh pemimpin-pemimpin gereja menjadikan sebahagian besar penganut Kristian berpegang kepada konsep Triniti iaitu: a. Tuhan bapa yang merupakan Pencipta sekalian alam yang ada di Syurga. b. Anak Tuhan iaitu Jesus merupakan Tuhan atau firman yang hidup bersamasama manusia yang datang ke dunia sebagai juruselamat. Mengikut Kristian, Jesus mati disalib di atas kayu palang. Kematian beliau sebagai korban untuk menebus dosa manusia. c. Ruhul kudus iaitu Roh Allah yang boleh masuk ke dalam peribadi orang suci. Dalam Kristian, penyaliban Jesus juga merupakan salah satu pokok keimanannya. Seseorang belum menjadi Kristian sekiranya tidak mengimani Triniti dan penyaliban Jesus. Penyaliban Jesus salah satu daripada rukun iman yang mutlak, maka lambang kayu salib diletakkan ditempat yang penting dalam Kristian. Setiap orang Kristian memuliakan salib dan ia diletakkan di dalam gereja serta dijadikan pusat penumpuan. Oleh itu salib amat penting kedudukannya dalam kalangan penganut Kristian. 4.0 Agama Hindu 4.1 Latarbelakang Agama Hindu Agama Hindu dikatakan antara agama tertua di dunia sebagaimana agama seangkatan dengannya seperti agama Mesopotamia dan agama Yunani. Walau bagaimanapun tiada catatan yang menunjukkan tarikh atau tahun sebenar agama Hindu lahir. Diberi nama sempena nama Sungai Sindus (Indus) iaitu tempat asal 4

penganutnya. Ia telah dibawa dan diperkenalkan oleh Bangsa Arya yang datang dari daerah Asia tengah ke lembah sungai Sindu. Dalam catatan sejarah, tidak ditemui individu yang mengaku sebagai pencipta atau pengasas agama Hindu. Malah agama Hindu termasuk dalam agama ciptaan manusia. Catatan-catatan sejarah silam juga menunjukkan tidak ada penganut agama Hindu yang mengetahui siapa pengasas agama ini. 4.2 Ketuhanan Menurut Agama Hindu Dalam agama Hindu Tuhan disebut sebagai Brahma iaitu nama Tuhan Tunggal yang wujud dengan sendirinya, Maha Esa dan Maha Kuasa yang bersifat azali, tiada awal dan tiada akhir, yang menciptakan dan menjadi asal dari sekalian alam. Bagaimanapun dengan beredarnya masa, terdapat penganut Hindu yang telah mengubah kepercayaan ketuhanan yang satu kepada kepercayaan berbentuk trimurti atau bertuhan tiga. Mereka memberi nama kepada tuhan yang tiga berdasarkan tugasnya masing-masing. Trimurti terdiri dari: a. Brahma iaitu tuhan yang mencipta b. Visynu iaitu tuhan yang memelihara c. Siva iaitu tuhan yang memusnah Menurut Agus Hakim (1979), apabila diperhatikan dalam kitab Veda, kitab suci agama Hindu, tidak ada dinyatakan Tuhan yang berbilang, hanya menyatakan ketuhanan Brahma semata-mata. Vishnu dan Siva ada dinyatakan tetapi bukan sebagai Tuhan, ia lebih cenderung dinyatakan sebagai sifat Tuhan. Visynu adalah sifat kasih sayang dan memelihara, siva pula sifat maha kuasa dan memusnahkan. Terdapat dalam kalangan pendeta telah mengkhayalkan dalam fikiran mereka untuk meletakkan kedua sifat tuhan itu sebagai tuhan yang ke dua dan ketiga. Oleh itu ditemui di kuil-kuil agama Hindu patung-patung yang menggambarkan Trimurti. Patung Brahma yang mempunyai empat muka dan empat tangan dan di sisinya terdapat dua patung iaitu tuhan Visynu dan Siva. 5

Akhirnya, pada hari ini ketuhanan dalam agama Hindu agak sukar untuk dijelaskan kerana ia telah berubah dan mempunyai berbagai bentuk dan sumber. Apabila muncul satu bentuk aliran yang disebut sebagai perbilangan maka ketuhanan dalam agama Hindu didapati berbentuk politeisma iaitu mempercayai banyak tuhan. Mempercayai setiap satu kekuatan tabi ie seperti air, api, sungai, gunung dan lain-lain boleh memberi faedah atau membahayakan. Semuanya dianggap mempunyai roh dan jiwa. Oleh itu perlu dipuji serta didekati melalui perbuatan-perbuatan ibadah dan persembahan korban. Akhirnya wujudnya kepercayaan kepada tuhan dan dewa yang berbilang yang memberi kesan dalam kehidupan manusia. Antara nama-nama tuhan yang terkemuka iaitu Varuna di langit, Indra di udara dan Agni di bumi. 5.0 Agama Buddha 5.1 Latarbelakang Agama Buddha Buddhisme merupakan aliran keagamaan yang diasaskan oleh Sidharta dan dikembangkan pada abad ke 6 Masehi S.M. Sidharta Gautama telah dilahirkan pada 563 S.M. adalah seorang putra raja. Semasa beliau dilahirkan, seorang pendeta menyatakan bahawa beliau merupakan utusan dewa yang kelak akan menjadi pemimpin dan petunjuk bagi semua makhluk menolong segenap rohani manusia daripada samsara (sengsara). Firasat tersebut membayangkan Sidharta akan menjadi seorang ahli agama. Justeru ayahandanya mengawal pergerakan beliau kerana beliau berhasrat supaya Sidharta akan menjadi seorang raja bagi meneruskan pemerintahan Kerajaan Kosala. Walau bagaimanapun suatu ketika semasa beliau keluar berburu beliau telah menyaksikan beberapa keadaan manusia di luar istana. Kesakitan, tua, kematian dan kemiskinan dilihat telah menjadikan seseorang hidup dalam kesengsaraan. Hatinya menjadi amat sedih menyebabkan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan istana dan tidak memberi penumpuan kepada kehidupan untuk menjadi pembesar 6

negara. Pengembaraannya telah membawa beliau menemui ramai pendeta, hidup bertapa dalam hutan tanpa makan, minum dan tempat tinggal yang selesa. Beliau berusaha mencari sesuatu yang dirasakan kurang dalam kehidupannya iaitu mendapatkan makna hakikat nikmat hidup. Dalam pengembaraan itu juga Sidharta telah mengunjungi biara untuk mendapatkan jawapan kepada pencarian tersebut. Penganut Buddha mempercayai kesungguhan Sidharta memberi penumpuan pemikiran terhadap mencari jawapan kepada makna hakikat nikmat hidup bertahun lamanya menyebabkan beliau mendapat Bhodi iaitu satu tahap ilmu pengetahuan yang tinggi dan sempurna serta mendapat jalan untuk melepaskan diri dari kekangan karma. Terdapat dua pandangan mengenai asal nama agama Buddha. Ada pandangan yang menyatakan nama agama Buddha diambil dari perkataan Bhodi merujuk kepada tahap pencapaian tersebut. Terdapat juga pandangan yang menyatakan nama agama Buddha diambil sempena nama pokok Bodhi, iaitu pokok tempat beliau berteduh untuk bermeditasi dan berjaya mencapai makna kebahagiaan dan kegembiraan hidup. Akhirnya Sidharta telah menyebarkan fahaman dan ajaran Buddha kepada pelajarnya dan ia berkembang sehingga hari ini. 5.2 Ketuhanan Menurut Agama Buddha Agama Buddha mempunyai hubungan erat dan persamaan dengan agama Hindu dari aspek prinsip-prinsipnya kerana sepanjang pengembaraan Sidharta beliau telah bertemu dengan pendeta-pendeta yang menganut agama Hindu. Bagaimanapun dalam agama Buddha konsep ketuhanan tidak dibincangkan sebagaimana dalam agama Hindu kerana agama Buddha tidak bertitik tolak dari Tuhan, hubungannya dengan alam serta seluruh isinya. Ia lebih memberi tumpuan kepada aspek etika dan ajaran-ajaran moral. Walau bagaimanapun pengkaji agama melihat, dalam agama Buddha terdapat kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib. Kepercayaan ini dianggap sebagai pengganti kepada konsep ketuhanan. Antaranya: 7

a. Konsep Nirvana dianggap pencapaian tertinggi dalam kehiudpan manusia dan perlepasan diri dari segala penderitaan dapat melihat segala rahsia kewujudan dalam, punca-punca kehidupan semula di dunia dan penderitaan. Orang yang mencapai Nirvana telah menjadi Buddha. Pada tahap ini seorang Buddha mempunyai berbagai-bagai kuasa ghaib. Konsep ini dianggap sebagai pengganti kepada konsep ketuhanan yang mempunyai kuasa ajaib dan amat berkuasa. b. Kepercayaan terhadap roh dan hantu. Percaya manusia yang jahat apabila mati akan hidup semula sebagai hantu. c. Konsep dewa-dewa. Penganut Buddha juga mempercayai kewujudan dewadewa yang banyak bagi menjelaskan perkara-perkara di luar kebiasaan yang wujud di dunia. 6.0 Agama Sikh 6.1 Latar belakang Agama Sikh Agama Sikh dicipta oleh seorang bernama Guru Nanak dan gurunya, Kabir. Agama ini telah dianuti oleh penduduk di utara India berhampiran Pakistan yang dikenali sebagai daerah Punjab. Agama ini dilihat mempersatukan pelbagai unsur dua agama besar di India iaitu Islam dan Hindu serta tambahan-tambahan oleh Guru Nanak dan tokoh-tokoh yang mendahuluinya. Guru Nanak dilahirkan dalam keluarga berbangsa Hindu yang menerima pengaruh Islam. Beliau banyak terpengaruh dengan ajaran dan sajak ciptaan Kabir seorang yang banyak belajar tentang Islam dan Hindu. 6.2 Ketuhanan Menurut Agama Sikh Ajaran yang dibawa oleh Guru Nanak adalah berteraskan keesaan Tuhan. Beliau menentang keras kehidupan berkasta dalam kalangan orang Hindu. Nama Tuhan adalah Nam. Nam mempunyai banyak sifat. Tuhan ini terdiri daripada dua aspek iaitu 8

Tuhan Nirguna dan Tuhan Sirguna. Sifat Tuhan Nirguna menyamai sifat Tuhan dalam kepercayaan Islam. Manakala Tuhan Sirguna pula menyerupai Tuhan yang disembah oleh penganut agama Hindu. Namun, Tuhan yang disembah oleh penganut agama Sikh hanyalah Tuhan Nirguna. Dalam penciptaan, Tuhan Nirguna dipercayai menghasilkan dua perkara daripada dirinya. Pertama adalah bunyi abadi yang dikenali dengan nama Shabada dan yang kedua adalah cahaya Jot. Daripada kedua benda ini lahir Tuhan Sirguna. Seterusnya, Tuhan Sirguna mencipta seluruh makhluk dengan menggunakan dirinya. Oleh itu, Tuhan Sirguna menjelma atau wujud dalam setiap kejadian dan makhluk. Dalam rumah ibadat agama Sikh tidak ada berhala kerana ajarannya melarang penyembahan berhala. Titik pusat bagi rumah ibadat ialah buku suci (Adi Granth) yang dibaca dengan irama dan nada yang indah. Kitab Adi Granth menjadi petunjuk kepada penganut agama Sikh dan penyambung kepada perkembangan agamanya yang mempunyai sejarah, budaya dan adat tersendiri. 7.0 Kesimpulan Naluri mempercayai kewujudan Tuhan atau suatu kuasa yang lebih hebat dari makhluk telah sedia ada dalam diri setiap manusia. Bertitik tolak dari naluri tersebut manusia terus mencari Tuhan bagi menemui kebenaran yang hakiki. Tidak ada pihak yang berhak menyekat kehendak manusia untuk terus mencari kebenaran ketuhanan. Bagi yang telah menemui kebenaran tersebut maka naluri untuk menambah keyakinan ketuhanan akan mendesak untuk mencari bukti kebenaran samada berbentuk aqli mahupun naqli. Justeru perbincangan mengenai ketuhanan akan terus mendapat tempat dalam kalangan mereka yang mencintai kebenaran hakiki. AKTIVITI 1. Huraikan konsep ketuhanan agama anda. 9

2. Bentangkan konsep ketuhanan agama anda bersama rakan yang berlainan agama dalam kumpulan. 3. Senaraikan nilai baik yang diperolehi dari kepecayaan ketuhanan dalam agama anda masing-masing. RUJUKAN 1. Gazali Darusalam, (2001), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (DS36.86.G52 2001 n.24) 2. Shalaby, Ahmad (2001), Agama Islam: Perbandingan Agama, Singapura: Penerbitan Pustaka Nasional, (BP171.S52 2001) 3. Agus Hakim, (1979), Perbandingan Agama: Pandangan Islam Mengenai Kepercayaan Majusi-Shabiah-Yahudi-Kristen-Hindu & Budha, (BL80.2.A38 1979 N1) 4. Sulaiman Abdullah, (1989), Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut Islam, Al-Ikhlas, (BP166.2.S94 1989) 5. Mohd. Rosmizi Abd Rahman. 2005. Panduan memilih agama. Bentong, Pahang: PTS Millennia. 10