Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

dokumen-dokumen yang mirip
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

TIPS 2 : CEMERLANG PENYATA KEWANGAN

Modul Pembelajaran Kendiri Penyata Kewangan Milikan Tunggal Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan Negeri Kedah

PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL Percubaan SPM MRSM

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan

PRINSIP PERAKAUNAN. 2 Jam 30 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Harga Kos (RM) Harga Pasaran (RM) Kad stok Kad stok Kad stok

Aset dan Liabiliti 1 September Ogos 2013 RM


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2 September 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

3756/1 PRINSIP AKAUN

REKOD TAK LENGKAP (KAEDAH ANALISIS) PERCUBAAN SPM 2014 NEGERI SEMBILAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2015

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

Peraturan Pemarkahan Prinsip Perakaunan Kertas 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 NEGERI PERAK

MENJAWAB SOALAN PENYATA PENDAPATAN MILIKAN TUNGGAL DAN PERKONGSIAN MENGGUNAKAN TEKNIK

Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (April Mei 2012) Huraian Senarai dan Catatan Pelarasan.


PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

Modul Pembelajaran Kendiri Huraian Teknik Menjawab Tajuk Kelab dan Persatuan. Soalan Percubaan SPM 2011 Negeri Johor (Hakcipta soalan JPN Johor).

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

1

SMK BAGAN SERAI BAGAN SERAI, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SMK ST. MICHAEL, IPOH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014 PRINSIP PERAKAUNAN

948/1 STPM 2012 PERAKAUNAN KERTAS 1. ( Tiga Jam ) SEKOLAH:.. GERAK GEMPUR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

ITEM CONTOH BAGI PROGRAM PENSIJILAN BERGANDA LPM & LCCI

PENGENALAN PERNIAGAAN. Saya, Cik Bina Izzatu Dini telah menubuhkan Perniagaan Bakso Keju Sdn. Bhd. pada 1 Januari

2. Encik Muthu, seorang peruncit, tidak merekodkan bayaran insurans peribadinya ke dalam buku perniagaannya.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2011


Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2014

ASAL PERABOT SERI. Zarith. Tandatangan Pengurus. Tunai Cek BBM /2 SULIT. Bahagian A. Tarikh: 3 Januari 2013 No.

SULIT 3756/1 PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2011 PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2016

MODUL A PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2013

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK Kertas 3 Mac Mei 2018

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MODUL 1 SKEMA PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 1

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

PELARASAN HASIL DAN BELANJA Percubaan SPM 2014 Pulau Pinang

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Koleksi Trial nyong75.wordpress.com

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 PRINSIP PERAKAUNAN PERATURAN PEMARKAHAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

PRINSIP PERAKAUNAN SKEMA PEMARKAHAN PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN SPM TAHUN 2008

SMK ST MICHAEL, IPOH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014 PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1

Analisis Mata Pelajaran

ULANGKAJI SPM 2015 PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL PERCUBAAN SBP 2015

MODUL A PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

Koleksi Trial 2010 Cg Narzuki Online

2. Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.

PRINSIP AKAUN SET 2 KERTAS 2

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

BAHAGIAN A [ 60 MARKAH ] Jawab semua soalan. Tarikh Butir Debit Kredit (Ambilan bunga untuk tujuan promosi) Apakah X dan Y?

SOALAN SPM 2007 NO. 2

JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN

PRINSIP PERAKAUNAN SET 1 KERTAS 2

Urusniaga belian aset direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut dilakukan.

MODUL B PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG TAHUN 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 1. Masa: 1 Jam 15 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PRINSIP AKAUN SET 1 KERTAS 1

MODUL ULANGKAJI SPM 2012 KERTAS 2

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

Koleksi Trial nyong75.wordpress.com

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

NOTA ULANGKAJI PERCUBAAN SPM 2015 (SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2013)

PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1 DAERAH KERIAN SKEMA JAWAPAN

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG

Bangunan yang dibeli pada 1 Januari 1997 pada harga RM masih direkod dengan nilai yang sama pada tahun kewangan 2007

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

MODEL SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 (SET 2) PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1. 2 ½ jam Masa : Dua jam tiga puluh minit

Penutupan Akaun & Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal > Pelupusan Aset Bukan Semasa

JTW 111- Prinsip Perakaunan Kewangan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 3756/1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 1 September

KOLEKSI TRIAL 2008 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 ANJURAN BERSAMA

Dapatkan Skema Jawapan di :

Koleksi Trial nyong75.wordpress.com

SMK PUTATAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2007 BULAN MEI 2007 JAWAPAN KERTAS 2

SKEMA PEMARKAHAN PEPRIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 (KELANTAN) PRINSIP PERAKAUNAN

PENYATA KOS PENGELUARAN Percubaan SPM 2014 Negeri Kedah

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Koleksi Trial nyong75.wordpress.com

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010.

Modul Pembelajaran Kendiri Rekod Tak Lengkap (Kaedah Perbandingan) Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan Negeri Kedah

Prinsip Perakaunan o

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

Transkripsi:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGINGATI FORMAT PENYATA KEWANGAN DALAM MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH FAHAM DAN INGAT (FDI) Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalahmasalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam menjawab soalan prnyata kewangan. Kajian ini dilaksanakan oleh 10 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 5 orang pelajar 5Cita dan 5 orang pelajar 5Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa ujian bulanan dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati pelajar tidak mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini dengan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan banyak jawapan. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati oleh pelajar selama 30 minit dan kajian ini dilaksanakan selama 8 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan mudah dalam menyelesaikan soalan-soalan penyata kewangan dengan menggunakan teknik Faham dan Ingat (FDI). 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap dalam menjawab soalan penyata kewangan. Pelajar mengambil masa yang sangat lama dalam menjawab soalan ini. Selain itu, pelajar ramai yang tertinggal catatan dan memperolehi jawapan yang tidak tepat. Beberapa persoalan sering ditimbulkan oleh pelajar seperti cikgu, susah nak jawab soalan penyata kewangan, nampak macam senang tapi kenapa tak boleh 1

dapat markah penuh, cikgu, macamana nak buat penyata kewangan, cikgu, saya tak faham penyata kewangan dan lain-lain. Persoalanpersoalan ini menyebabkan saya terfikir mencari satu alternatif baru untuk memudahkan anak murid saya menjawab soalan penyata kewangan dengan mudah dan dalam masa yang singkat. 2.0 ISU KEPERIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati bahawa item penyata kewangan merupakan satu item yang sentiasa keluar bagi setiap tahun sama ada ianya dijadikan soalan wajib atau pun pilihan. Soalan ini menyumbang antara 12 hingga 20 markah. Jadi sekiranya topik ini pelajar menguasainya dengan baik dan tepat, peluang untuk mereka mendapatkan gred yang tinggi adalah sangat tinggi. Masalah yang wujud dalam menjawab soalan penyata kewangan adalah pelajar tidak mahir dalam pelarasan dan tidak mengingati format. Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar-pelajar dalam menyediakan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan menggunakan kaedah FDI. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat penyata kewangan dengan baik. 2

3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan tepat dan mudah serta dalam masa 30 minit ke bawah. 3.2.3 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pelarasan. 3.2.4 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam peperiksaan. 3.2.5 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 10 orang pelajar terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki Tingkatan 5 Bestari dan 5 orang pelajar 5 Cita, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemerhatian dilaksanakan sebelum dan semasa teknik FDI diperkenalkan. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar dalam topik penyata kewangan milikan tunggal. Item penyata kewangan yang diuji adalah soalan 2 SPM Kertas 2 tahun 2005. Selepas semakan jawapan, saya tidak memulangkan jawapan kepada pelajar dan saya membuat penerangan teknik FDI. Minggu keempat, saya membuat ujian pos 1 dengan menggunakan soalan yang sama. Minggu keenam selepas itu saya membuat 3

ujian pos 2 dengan menggunakan soalan 2 SPM Kertas 2 tahun 2009. 5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dengan penyata kewangan sebelum dan selepas teknik FDI diperkenalkan. 5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan : a) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan penyata kewangan dengan mudah dan cepat. Dapat menjawab soalan dalam masa kurang daripada 45 minit. b) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan kesalahan yang dibuat. c) Suasana pembelajaran lebih meyakinkan dan menyeronokan. 5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Bilangan Pelajar 20 23 0 0 1 16 19 1 2 4 12 15 2 4 3 08 11 2 3 2 04 07 3 1 0 00 03 2 0 0 Jadual 1 : Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos 4

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya. 5.2.3 Analisa Soal Selidik Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar. Skala : 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Kurang setuju 4. Setuju 5. Sangat setuju Bil SKALA 1 2 3 4 5 ITEM BILANGAN PELAJAR 1. Prinsip Perakaunan adalah satu subjek yang mudah 0 0 0 2 8 2. Penyata kewangan adalah tajuk yang mudah 0 0 1 8 1 3. Teknik FDI lebih memudahkan saya menjawab soalan penyata kewangan 0 0 0 3 7 4. Saya lebih suka dengan teknik sendiri 7 1 1 1 0 5.3 Tindakan yang dijalankan 1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan penerangan tentang teknik FDI kepada pelajar-pelajar. 2. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan ujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan sebagai latihan pengukuhan. 5

3. Setiap kali latihan penyata kewangan, saya pasti akan mengingatkan pelajar dengan teknik FDI. 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan bab Penyata Kewangan Milikan Tunggal. Sebelum menggunakan Teknik FDI saya mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan Teknik FDI pada minggu kedua, apa yang saya dapati pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang telah dilaksanakan pada minggu kelima. Seterusnya pada minggu ketujuh saya telah menguji pelajar semula keberkesanan Teknik FDI dalam soalan yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan lebih cepat. Minggu kelapan saya telah membuat tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Teknik FDI. Pelaksanaan Teknik FDI adalah seperti berikut : 1. Pelajar diberi soalan penyata kewangan dan sehelai kertas beruangan dan kosong. 2. Guru menerangkan teknik FDI kepada pelajar. (rujuk lampiran) 6

5.5 Refleksi Kajian Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan Teknik FDI boleh diterima pakai dalam menjawab soalan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan Teknik FDI dapat mengurangkan masa menjawab kepada 20 hingga 45 minit bagi soalan yang dikemukakan. Saya berasa gembira dan terharu apabila ada pelajar yang telah berjumpa dengan saya dan memberitahu Teknik FDI amatlah menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan teknik ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :- 1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik Prinsip Perakaunan. 2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti pembubaran dan tafsiran penyata kewangan. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar dan guru. RUJUKAN Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 22 November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah. Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia. 7

LAMPIRAN Pelarasan adalah langkah ke-5 dalam kitaran perakaunan. Bab ini amat penting kerana semua soalan biasanya ada pelarasan (maklumat tambahan). Jadi pelajar MESTI kuasai semuanya. 1. BELANJA TERAKRU DAN BELANJA TERDAHULU 1. Mesti faham maksud tempoh perakaunan. Tempoh masa yang dinilai untuk menyediakan penyata kewangan. Contoh 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 12 bulan. 2. Mematuhi prinsip pemadanan/asas perakaunan akruan. Contoh tempoh perakaunan ialah 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011. 01/07/10 30/06/11 Peristiwa berlaku dalam tempoh perakaunan. Sepatutnya dah bayar tapi tak bayar lagi. Jadi belanja perlu ditambah. Tidak Bayar (TERAKRU) Dt Belanja (+B) Kt Belanja Terakru (+LS) Peristiwa selepas tempoh perakaunan. Sepatutnya tak bayar lagi tapi bayar lebih. Jadi belanja tidak boleh diambilkira. Terlebih Bayar (TERDAHULU) Dt Belanja Terdahulu (+AS) Kt Belanja (-B) Contoh soalan SPM 1. Sewa tahunan ialah RM4 200. 2. Kadar bayaran terakru RM240. 3. Sewa terdahulu sebanyak RM1 500. 4. Elektrik dan air belum dibayar sebanyak RM800. 8

Contoh: ID ; Belanja am RM42 970 PENYATA PENDAPATAN MT ; Belanja am terakru RM800 Belanja am terdahulu RM350 2. HASIL TERTUNGGAK/TERAKRU DAN HASIL TERDAHULU 1. Mesti faham maksud tempoh perakaunan. Tempoh masa yang dinilai untuk menyediakan penyata kewangan. Contoh 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 12 bulan. 2. Mematuhi prinsip pemadanan/asas perakaunan akruan Contoh tempoh perakaunan ialah 1 April 2010 hingga 31 Mac 2011 01/04/10 31/03/11 Peristiwa berlaku dalam tempoh perakaunan. Sepatutnya dah terima bayaran tapi tak terima lagi. Jadi hasil perlu ditambah. Tidak Terima (TERTUNGGAK) Dt Hasil Tertunggak (AS) Kt Hasil (+H) Peristiwa selepas tempoh perakaunan. Sepatutnya tak terima lagi tapi telah diterima. Jadi hasil tidak boleh diambilkira. Terlebih Bayar (TERDAHULU) Dt Hasil (-H) Kt Hasil Terdahulu (LS) Contoh soalan SPM 1. Sewa diterima RM1 000. 9

2. Pada 31 Disember2006, didapati yuran ahli berjumlah RM535 telah diterima untuk tahun 2007. Contoh: ID ; Sewa diterima RM3 000 MT ; Sewa diterima terakru ialah RM1 000 PENYATA PENDAPATAN Dalam bab Kelab dan Persatuan pasti akan keluar soalan untuk Hasil Terakru atau Terdahulu kerana Yuran adalah HASIL. 3. HUTANG LAPUK (HL) Hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang. Dianggap sebagai BELANJA. Disebabkan oleh: a. Penghutang tidak mampu membayar hutangnya b. Penghutang meninggal dunia c. Penghutang tidak dapat dikesan / menghilangkan diri d. Penghutang diisytiharkan muflis Hutang lapuk ditolak daripada jumlah penghutang dan dihapuskan sebagai kerugian. (HL akan mengurangkan penghutang) Butiran JURNAL AM PENYATA PENDAPATAN HUTANG LAPUK Dt Hutang Lapuk Kt Penghutang BELANJA ( - ) ASET SEMASA Penghutang (Penghutang Hutang Lapuk) 10

Contoh soalan SPM 1. Baki akaun seorang penghutang RM235 hendaklah dihapuskira sebagai hutang lapuk pada akhir tahun kewangan. 2. Seorang penghutang diisytiharkan muflis dan baki hutangnya berjumlah RM150 dihapuskira sebagai hutang lapuk. 4. HUTANG LAPUK TERPULIH (HLT) Seorang penghutang yang hutangnya telah dihapuskan sebagai hutang lapuk tibatiba membayar balik hutangnya. Dianggap sebagai HASIL. Butiran JURNAL AM PENYATA PENDAPATAN ASET SEMASA HUTANG LAPUK TERPULIH Dt Tunai/Bank Kt Hutang Lapuk Terpulih HASIL ( + ) Bank / Tunai (Bank/Tunai + Hutang Lapuk Terpulih) NOTA!!! Hutang lapuk terpulih juga boleh dicatatkan seperti berikut iaitu dengan membuka semula Akaun Penghutang dan Akaun Hutang Lapuk Terpulih Dt Akaun Penghutang, Kt Akaun Hutang Lapuk Terpulih 5. PERUNTUKAN HUTANG RAGU (PHR) Satu anggaran jumlah hutang yang tidak dapat dikutip. Tujuan untuk; a. Memadankan hasil dengan belanja perniagaan b. Menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk PHR = Kadar PHR x Penghutang Bersih (PB) 11

Kadar peruntukan / peratus peruntukan hutang ragu berbeza-beza mengikut tempoh hutang. Semakin panjang tempoh hutang, semakin tinggi peratus peruntukan hutang ragu. Penentuan sama ada pertambahan atau pengurangan dalam Peruntukan Hutang Ragu dalam tempoh semasa perlu dibuat perbandingan di antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya. NOTA!!! Sekiranya ada hutang lapuk di akhir tempoh perakaunan (mengurangkan penghutang), nilai hutang lapuk perlu ditolakkan dengan penghutang untuk mendapatkan nilai penghutang bersih. (PENGHUTANG BERSIH = PENGHUTANG HUTANG LAPUK) Ada 3 situasi :- Butiran JURNAL AM PENYATA PENDAPATA N ASET SEMASA Dt Hutang Ragu 1. Baru Penghutang Kt Peruntukan Hutang BELANJA wujud Tolak Peruntukan Hutang Ragu Ragu Contoh soalan : Perniagaan mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 5% atas penghutang 2. + PHR ASET SEMASA Dt Pertambahan BELANJA Penghutang Peruntukan Hutang Ragu (Beza antara Tolak Peruntukan Hutang Kt Peruntukan Hutang PHR lama dan Ragu (Nilai PHR yang Ragu baru) baru) 3. PHR ASET SEMASA Dt Peruntukan Hutang HASIL Penghutang Ragu (Beza antara Tolak Peruntukan Hutang Kt Pengurangan PHR lama dan Ragu (Nilai PHR yang Peruntukan Hutang Ragu baru) baru) 12

Contoh soalan : Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% atas penghutang. Contoh: ID ; Peruntukan hutang ragu RM800 Penghutang RM10 000 MT ; Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% atas penghutang. PENYATA PENDAPATAN Tambah HASIL Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu RM300 ASET SEMASA Penghutang RM10 000 Tolak Peruntukan hutang ragu RM500 Penyelesaian : 5% x RM10000 = RM500 (jwpn ini yang akan dipindahkan terus ke 3K) Lihat beza antara yang lama dan baru Lama 800 tolak Baru 500 300 berkurang maksudnya Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu (HASIL) 13

Jika di dalam Imbangan Duga tiada butiran peruntukan hutang ragu (PHR) dan Maklumat tambahan ada mengenai PHR, ini bermaksud PHR masih tidak wujud. Pengiraan PHR adalah jawapan yg perlu ditulis dalam Penyata Pendapatan (BELANJA) dan Kunci Kira-Kira. 6. BELANJA SUSUT NILAI (BSN)/ SUSUT NILAI TERKUMPUL (SNT) Susut nilai pengurangan nilai aset bukan semasa. Belanja susut nilai yang tidak dibayar dengan wang tetapi ditolak daripada kos aset bukan semasa berkenaan. (BELANJA) Susut Nilai Terkumpul jumlah susut nilai terkumpul pada akhir setiap tahun perakaunan. (mengurangkan aset : akaun kontra aset bukan semasa) Sebab aset bukan semasa mengalami susut nilai; a. Kemerosotan fizikal pudar, lusuh atau buruk b. Kesusutan penggunaan yang berterusan c. Keusangan tidak dapat digunakan akibat daripada perubahan teknologi d. Usia guna yang pendek akibat faktor masa hak cipta 3 kaedah pengiraan susut nilai; 1. Kaedah Penilaian Semula 2. Kaedah Garis Lurus / Ansuran Tetap 3. Kaedah Baki Berkurangan KAEDAH JURNAL AM PENYATA PENDAPATAN Garis Lurus / Ansuran Tetap / Atas Kos BSN = % x Kos ABS BSN = (Kos asal Nilai Skrap*) Usia guna Dt Belanja Susut Nilai ABS Kt Susut Nilai Terkumpul ABS Tolak BELANJA Belanja Susut Nilai ABS (kiraan tahun semasa) ASET BUKAN SEMASA ABS Tolak Susut Nilai Terkumpul (SNT lama + SNT baru) 14

ASET BUKAN SEMASA BSN = % x (Kos SNT lama) Tolak BELANJA ABS Baki Belanja Susut Tolak Susut Nilai Berkurangan Dt Belanja Susut Nilai ABS Nilai ABS (kiraan Terkumpul (SNT lama + Kt Susut Nilai Terkumpul ABS tahun semasa) SNT baru) ASET BUKAN SEMASA BSN = ABS awal ABS Akhir Tolak BELANJA ABS Penilaian Belanja Susut Tolak Susut Nilai Semula Dt Belanja Susut Nilai ABS Nilai ABS (kiraan Terkumpul (SNT lama + Kt Susut Nilai Terkumpul ABS tahun semasa) SNT baru) * Nilai skrap nilai yang dijangka akan diperolehi setelah tamat usia guna aset tersebut. (nilai bakian) Contoh: ID ; Kenderaan (kos) RM40000 Susut Nilai Terkumpul RM4000 MT ; Kenderaan disusutnilai 10% setahun atas kos. PENYATA PENDAPATAN Tolak BELANJA Belanja Susut Nilai Kenderaan RM4 000 ASET BUKAN SEMASA Kenderaan RM40 000 Tolak Susut nilai terkumpul RM8 000 Penyelesaian :Kaedah atas kos ; formula % x Kos 10% x RM40000 = RM4000 Jadi ; Belanja Susut Nilai Kenderaan RM4 000 Susut Nilai Terkumpul Kenderaan (4000+4000) RM8000 Bagaimana pula jika soalan dikehendaki mengikut kaedah baki berkurangan? 15

7. PELUPUSAN ASET BUKAN SEMASA Pelupusan bermaksud menjual ABS yang lama. Pelupusan ABS akan menyebabkan keuntungan atau pun kerugian. Untung/Rugi pelupusan ABS dikira dengan mengambil kira harga belian, harga jualan dan peruntukan susut nilai ABS tersebut. BUTIRAN JURNAL AM PENYATA PENDAPATAN UNTUNG ATAS PELUPUSAN Harga Jualan > Nilai Buku Dt Pelupusan ABS Kt Untung Atas Pelupusan Tambah HASIL Untung atas pelupusan (kiraan tahun semasa) ASET BUKAN SEMASA Nilai ABS akan berkurang Harga Jualan < Nilai Buku Tolak BELANJA ASET BUKAN RUGI ATAS Rugi atas SEMASA PELUPUSAN Dt Rugi atas Pelupusan Pelupusan (kiraan Nilai ABS akan Kt Pelupusan ABS tahun semasa) berkurang NOTA!!! Nilai buku ialah nilai sebenar ABS pada tempoh tersebut (semasa pelupusan) iaitu harga belian ABS tolak SNT ABS. 8. MENILAI STOK AKHIR Pilih nilai yang Terendah Antara harga Kos Atau harga Pasaran (TAKAP). Tidak semestinya jawapan dinilai pada harga kos. Contoh : Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM4,500 dan harga pasaran RM3,500. Penyelesaian : nilai stok akhir dalam jawapan mestilah yang paling rendah iaitu harga pasaran RM3,500. BUTIRAN Pilih nilai yang Terendah Antara harga Kos Atau harga Pasaran (TAKAP) PENYATA PENDAPATAN Tolak KOS JUALAN Kos barang untuk dijual Tolak stok akhir ASET SEMASA Stok Akhir / Stok 16

Contoh: Stok pada 30 Jun 2007 bernilai RM9 580 PENYATA PENDAPATAN Stok pada 30 September 2005 bernilai RM11305 pada harga kos dan RM10505 pada harga pasaran. 9. STOK BEKALAN Stok yang tidak habis digunakan pada tarikh imbangan. Contoh; o Bekalan alat tulis; kertas, pen, dakwat, pensil o Kain, benang, jarum dan butang o Alat solek dan syampu Bayaran yang sudah dibuat untuk barang yang belum habis digunakan pada tarikh imbangan dianggap sebagai belanja terdahulu (aset semasa) BUTIRAN Contoh alat tulis yang dibeli tidak habis digunakan PENYATA PENDAPATAN Tolak BELANJA Alat tulis (baki b/b alat tulis + belian alat tulis baki h/b alat tulis) ASET SEMASA Stok Alat Tulis 17

FORMAT PENYATA KEWANGAN : MILIKAN TUNGGAL NAMA PERNIAGAAN PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR RM RM RM Jualan tolak Pulangan Jualan tolak Diskaun Diberi X TOLAK KOS JUALAN Stok Awal Belian tolak Pulangan Belian tolak Diskaun Diterima Angkutan Masuk Duti Import Insurans Belian Upah atas Belian Kos Belian Kos Barang Untuk Dijual tolak Stok Akhir KOS JUALAN X UNTUNG KASAR X TAMBAH HASIL Hutang Lapuk Terpulih Untung atas Pelupusan Aset Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu X TOLAK BELANJA Angkutan Keluar Hutang Lapuk Rugi atas Pelupusan Aset Belanja Susut Nilai Aset Bukan Semasa Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu X UNTUNG BERSIH @ RUGI BERSIH X 3 J 1 -KJ 2 UK +H -B UB B -PB -DDt +AM +DI +UAB KB 1 2 J -PJ -DDb SAw +KB 3 KBuJ -SAk KJ 18

ASET BUKAN SEMASA Perabot Kenderaan NAMA PERNIAGAAN PADA RM RM RM tolak Susut Nilai Terkumpul ASET SEMASA Stok Akhir Stok Akhir Bekalan Penghutang tolak Peruntukan Hutang Ragu Bank Tunai Hasil Terakru Belanja Terdahulu TOLAK LIABILITI SEMASA Pemiutang Overdraf Bank Belanja Terakru Hasil Terdahulu MODAL KERJA EKUITI PEMILIK Dibiayai oleh:- Modal awal tambah Modal Tambahan tambah Untung Bersih @ tolak Rugi Bersih Tolak Ambilan Modal akhir LIABILITI BUKAN SEMASA Pinjaman Bank Pinjaman Bercagar Susunan AS : SSPBT (Stok akhir, Stok akhir Bekalan, Penghutang, Bank, Tunai, Belanja terdahulu, hasil terakru) X X X X Gadai Janji/Pajak Gadai X X ABS +MK EP -LBS AS -LS MK NILAI MESTI SAMA/ SEIMB ANG 19

20