BORANG PENCALONAN Anugerah Ibu Mithali 2017 Tarikh Tutup Pencalonan : 30 April 2017 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Aras 3 & 4, Blok D Kompleks Islam Putrajaya No.3, Jalan Tun Abdul Razak Presint 3, 62100 Putrajaya Website : www.yadim.com.my Tel : 03-8870 3870 Faks : 03-8870 3871
PENGENALAN Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memperkenalkan Anugerah Ibu Mithali secara bersiri mulai tahun 1980. Ia adalah satu wadah penghargaan kepada kaum ibu, insan yang banyak berjasa, terutama dalam usaha memupuk generasi akan datang. Jasa dan peranan yang dimainkan oleh ibu sentiasa dikenang oleh YADIM. Setakat ini seramai 10 orang ibu telah berjaya dipilih menjadi Ibu Mithali dari tahun 1980 hingga 2010. Selain Anugerah Ibu Mithali, YADIM mengorak langkah pada tahun 2014, dengan memperkenalkan 3 kategori baharu menjadi 4 kategori terbuka kepada semua warganegara beragama Islam di Malaysia iaitu: 1) Anugerah Keluarga Mithali, 2) Anugerah Bapa Mithali, 3) Anugerah Ibu Mithali dan 4) Anugerah Pewaris Harapan Penyertaan anugerah ini hendaklah melalui borang pencalonan yang diedarkan melalui laman web YADIM; www.yadim.com.my, Jabatan Kerajaan, NGO, wakil rakyat, pihak swasta dan orang perseorangan. KRITERIA PENCALONAN ANUGERAH IBU MITHALI a. Wanita yang telah berkahwin dan berkeluarga, sama ada ibu tunggal atau bersuami. b. Ibu yang terserlah ciri ummul mukminin iaitu mempunyai sifat ketaqwaan, kesabaran dan kegigihan menerapkan nilai Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. c. Ibu yang mendidik anak-anak hingga berjaya dan berakhlak mulia. d. Ibu yang berjaya dalam bidang yang diceburi atau terkenal dengan kebolehan dan jasanya dalam masyarakat. e. Ibu yang boleh menjadi teladan kepada ibu yang lain. f. Warganegara Malaysia yang beragama Islam. PERATURAN PENCALONAN a) Borang pencalonan hendaklah diisi oleh sama ada jabatan kerajaan/swasta/ badan bukan kerajaan (NGO)/ orang perseorangan dengan mengisi butiran calon yang difikirkan layak. Maklumat ini adalah untuk keperluan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali 2017 dan ia adalah SULIT. b) Panduan bagi pihak yang mencalonkan: Borang hendaklah diisi oleh pihak yang mencalonkan sahaja berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan atau temu bual latar belakang kehidupan calon tersebut. c) Pencalonan hanya sah dengan menggunakan borang pencalonan rasmi yang dikeluarkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Lampiran bahan bukti seperti gambar, salinan anugerah yang pernah diterima dan lain-lain adalah digalakkan. -2-
d) Hanya satu kategori anugerah sahaja yang layak dimenangi oleh satu keluarga. e) Borang Pencalonan hendaklah diisi dengan sempurna dan DISAHKAN oleh salah satu pihak yang berikut : Ketua Jabatan/ Pegawai Daerah/ Pegawai Tadbir Agama/ Pengerusi NGO/ Penghulu atau Ketua Kampung. f) Ahli Jawatankuasa Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah, kakitangan dan keluarga YADIM TIDAK BOLEH dicalonkan. g) Borang pencalonan hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2017 di alamat berikut : Urus Setia Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali 2017 Sekretariat Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kompleks Islam Putrajaya Aras 3, Blok D No.3, Jalan Tun Abdul Razak Presint 3, 62100 Putrajaya h) Sebarang pertanyaan mengenai borang pencalonan ini, sila hubungi Urus Setia Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali 2017 di talian 03-8870 3982 (Pn. Norhayati) & 03-8870 3962 (Pn. Nurul Ain) atau e-mail keluargamithali2017@yadim.com.my -3-
ANUGERAH IBU MITHALI Bahagian ini hendaklah diisi oleh calon atau pencadangnya. *potong mana yang tidak berkenaan A. PERIBADI IBU BAHAGIAN A : MAKLUMAT CALON 1. Nama (mengikut kad pengenalan) 2. Nama lain yang lebih dikenali (jika ada) 3. Tarikh lahir / Umur 4. Tempat lahir / Negeri kelahiran 5. Bangsa 6. No. Kad Pengenalan 7. Alamat 8. Bintang Kebesaran/Gelaran/Anugerah (Jika ada) 9. No. Telefon Rumah/ Pejabat 10. No. Telefon Bimbit (sekiranya ada) 11. E-mail (sekiranya ada) 12. Taraf perkahwinan (Berkahwin/Balu/Janda)* 13. Tarikh berkahwin 14. Umur ketika berkahwin 15. Pekerjaan (Jika ada) (Jika sudah bersara, nyatakan jawatan terakhir) 16. Bilangan anak Lelaki Perempuan -4-
C. MAKLUMAT ANAK-ANAK (Sila buat lampiran maklumat untuk kesemua anak) 1. Nama (mengikut kad pengenalan) 2. Nama lain yang lebih dikenali (jika ada) 3. Tarikh lahir / Umur 4. Tempat lahir / Negeri kelahiran 5. Negeri 6. Bangsa 7. No. Kad Pengenalan 8. Alamat rumah 9. Bintang Kebesaran/Gelaran/Anugerah (Jika ada) 10. No. Telefon Rumah/ Pejabat 11. No. Telefon Bimbit (sekiranya ada) 12. E-mail (sekiranya ada) 13. Tarikh berkahwin 14. Umur ketika berkahwin 15. Pekerjaan (Jika ada) (Jika sudah bersara, nyatakan jawatan terakhir) 16. Bilangan anak Lelaki Perempuan 17. Pendidikan Anak A. Pendidikan Formal (Pelajaran yang diperoleh oleh anak melalui pusat pengajian rasmi seperti sekolah, maktab, universiti dan juga pusat kemahiran yang lain) B. Pendidikan Tidak Formal: (Pelajaran yang diperoleh oleh anak melalui pengajian selain pendidikan formal, seperti pondok, masjid dan sebagainya). -5-
18. Aktiviti Kemasyarakatan Yang Diceburi Oleh Anak A. Penglibatan dalam persatuan dan jawatan B. Sumbangan dan peranan dalam masyarakat (contoh: sukarelawan ) B. PENDIDIKAN CALON 1. Pendidikan Formal : (Pelajaran yang diperoleh oleh calon melalui pusat pengajian rasmi seperti sekolah, maktab, universiti dan juga pusat kemahiran yang lain) 2. Pendidikan Tidak Formal: (Pelajaran yang diperoleh oleh calon melalui pengajian selain pengajian formal, seperti pondok, masjid dan sebagainya) -6-
C. AKTIVITI KEMASYARAKATAN YANG DICEBURI OLEH CALON. 1. Penglibatan dalam persatuan dan jawatan 2. Sumbangan dan peranan dalam masyarakat (contoh : sukarelawan ) -7-
BAHAGIAN B : DIISI OLEH PIHAK PENCADANG Bahagian ini WAJIB diisi oleh pihak yang mencalonkan Ibu Mithali untuk mendapatkan gambaran mengenai calon. Butiran yang tidak lengkap TIDAK AKAN dipertimbangkan. 1. Ibu yang terserlah ciri ummul mukminin iaitu mempunyai sifat ketaqwaan, kesabaran dan kegigihan menerapkan nilai Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. 2. Ibu yang mendidik anak-anak hingga berjaya dan berakhlak mulia. 3. Ibu yang berjaya dalam bidang yang diceburi atau terkenal dengan kebolehan dan jasanya dalam masyarakat. 4. Ibu yang boleh menjadi teladan kepada ibu yang lain. * Sila gunakan kertas lampiran jika ruang tidak mencukupi. -8-
BAHAGIAN C : PENCADANG 1) MAKLUMAT PENCADANG Saya dengan ini mencadangkan calon diatas untuk Anugerah Ibu Mithali 2017 Nama/ Jawatan Pertubuhan NGO (sekiranya pencalonan dari NGO) Alamat No. Telefon (Rumah/Pejabat/Bimbit) Fax: Tandatangan : BAHAGIAN D : PENGESAHAN 2) MAKLUMAT PENGESAHAN Saya dengan ini mengesahkan butiran calon-calon diatas untuk Anugerah Ibu Mithali 2017 Nama/ Jawatan Pertubuhan NGO (sekiranya pencalonan dari NGO) Alamat No. Telefon (Rumah/Pejabat/Bimbit) Fax: Tandatangan dan Cop Jabatan/Agensi/NGO : -9-
-10-