Muka surat : 1/11 PENGURUSAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam melibatkan proses penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), penilaian pegawai dan pencapaian kerja tahun semasa. Penilaian prestasi adalah suatu sistem untuk merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu tahun. 1.2 Tujuan penilaian dibuat terhadap pegawai adalah seperti berikut:- i. Menentukan penempatan dan bidang kerjaya yang sesuai dengan potensi pegawai. ii. Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pinjaman dan pertukaran sementara; iii. Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan / anjakan gaji. iv. Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang (APC), darjah kebesaran serta surat penghargaan. v. Mengenal pasti dan merancang keperluan latihan, dan vi. Memberi kaunseling bertujuan memperbaiki dan mempertingkat prestasi serta motivasi pegawai. 1.3 Bagi pengurusan sistem penilaian prestasi di UPSI, semuanya telah dibuat melalui atas talian dan ia boleh dicapai melalui sistem MyUPSI Portal masing-masing dan pemantauan boleh disemak melalui sistem MyHRIS Pentadbir di PTj masing-masing.
Muka surat : 2/11 2.0 SASARAN KERJA TAHUNAN 2.1 PTj perlu menetapkan sasaran kerja tahunan yang terperinci bagi memastikan visi dan misi PTj tercapai. 2.2 Ketua Jabatan, Pegawai yang Dinilai dan Pegawai Penilai hendaklah memberikan perhatian kepada semua peringkat dan proses dalam penyediaan SKT seperti berikut:- i. Perancangan Tahunan Organisasi ii. Penetapan Kerja Tahunan Jabatan iii. Penetapan SKT dan Petunjuk Prestasi iv. Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan v. Kajian Semula Pertengahan Tahunan vi. Penilaian Pencapaian Kerja Sebenar 2.3 Penyediaan SKT perlu dibuat dan disediakan mengikut jadual dan tempoh yang telah ditetapkan seperti berikut:- i. Bahagian 1 dilengkapkan pada awal tahun iaitu sasaran kerja tahunan yang perlu diukur mengikut kuantiti, kualiti, masa dan kos. ii. iii. Bahagian 2 dilengkapkan pada pertengahan tahun iaitu melihat semula kemajuan pelaksanaan SKT masing-masing. Bahagian 3 dilengkapkan pada akhir tahun iaitu ulasan mengenai pencapaian kerja masing-masing.
Muka surat : 3/11 3.0 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN 3.1 Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bertujuan untuk mengukur prestasi dan mempertingkatkan produktiviti kakitangan ke arah pencapaian objektif organisasi keseluruhannya. 3.2 Bagi kakitangan akademik, mereka perlu mengemaskinikan CV masingmasing pada MyUPSI Portal dan ia boleh dibuat sepanjang tahun. Apabila CV telah dikemaskinikan, semua data berkenaan secara automatik akan ditarik ke borang LNPT yang telah ditetapkan oleh Pentadbir di PTj. 3.3 Manakala, bagi kakitangan bukan akademik, mereka perlu melengkapkan sumbangan luar tugas rasmi terlebih dahulu sebelum membuat submission ke borang LNPT. 4.0 TATACARA PENGISIAN BORANG 4.1 Mengisi Borang SKT dan LNPT 1. Login pada MyUPSI Portal (https://myupsi.upsi.edu.my) 2. Masukkan user ID dan kata laluan.
Muka surat : 4/11 3. Pilih Human Resource ---- Assessment ---- SKT / Assessment (untuk LNPT) Menyemak maklumat PYD agar betul dan boleh dinilai.
Muka surat : 5/11 4. Tekan butang Add/Edit untuk menambah tugas bagi SKT 5. Bagi SKT, pada awal tahun, kakitangan hanya perlu mengisi Bahagian 1 sahaja, kemudian tekan butang Save dan Submit. 2 1
Muka surat : 6/11 6. Manakala, pada pertengahan tahun kakitangan perlu mengisi Bahagian II sahaja kemudian tekan butang Save dan Submit.
Muka surat : 7/11 7. Pada akhir tahun, kakitangan mengisi Bahagian III kemudian tekan butang Save dan Submit. 8. Manakala bagi borang LNPT, PYD perlu memastikan Bahagian II mempunyai maklumat yang betul. Kemudian menekan butang submission supaya PPP dan PPK boleh membuat penilaian.
Muka surat : 8/11 4.2 Cara PPP membuat pengesahan pada SKT dan LNPT PYD 1. Login pada MyUPSI Portal 2. Pilih Human Resource - Assessment - SKT 3. Pilih Option - Pegawai Penilai Pertama 4. Tekan butang Edit / Details untuk menyemak tugasan yang dihantar oleh kakitangan kepada PPP. 5. Semak jika ada pindaan pada senarai tugas kakitangan
Muka surat : 9/11 6. Pilih butang Approve atau Reject jika telah semakan telah dibuat dan berpuas hati/tidak dengan senarai tugas yang di submit oleh kakitangan. 7. Untuk pengesahan oleh PPP sila klik pada kotak (1), klik butang approve (2) dan seterusnya tekan ok untuk mengesahkannya. 1 2 3
Muka surat : 10/11 8. Sila pastikan paparan berikut terpapar apabila telah selesai membuat pengesahan pada PYD masing-masing. Ia menunjukkan proses telah selesai. 5.0 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 5.1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Universiti kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. 5.2 Kakitangan yang layak dipertimbangkan untuk dipilih dan diberi APC adalah seperti berikut : i. semua kumpulan gred dan kategori yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak. ii. Kakitangan yang kali pertama dilantik di UPSI dikehendaki telah berkhidmat bagi tempoh genap dua (2) tahun penuh pada hari terakhir tahun penilaian dan prestasi cemerlang setiap tahun.
Muka surat : 11/11 iii. iv. mendapat markah penilaian sebanyak 90% dan ke atas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima APC. mendapat markah penilaian tertinggi diberi keutamaan untuk menerima APC. 5.3 Pemilihan seseorang penerima adalah tertakluk kepada bidang kuasa PPSM Induk. 5.4 Kakitangan yang sedang dalam siasatan atau sedang menjalani hukuman tatatertib adalah tidak layak untuk dipertimbangkan APC. 5.5 Bilangan penerima APC bagi setiap PTj tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun had maksimum ini tidak semestinya dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi. 5.6 Urus setia harus memastikan semua PTj membuat perakuan calon-calon APC di peringkat PPSM PTj sebelum dibawa ke PPSM Induk. 5.7 Setelah semua penerima telah disahkan, majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang perlu dibuat. 5.8 Memastikan majlis berjalan dengan lancar.