PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KELAB BUKIT PERDANA

KANDUNGAN. Muka Surat Fasal 1 Nama 1. Fasal 3 Tujuan /Matlamat 2-4

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

Transkripsi:

1 PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08) FASAL 1 NAMA 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (selepas ini disebut sebagai Persatuan ). FASAL 2 PEJABAT URUSAN 2.1 Pejabat urusan Persatuan adalah Menara Hasil, Aras 1, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor, atau di tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Persatuan. Tempat urusan berdaftar surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 3.1 Lambang Persatuan direka berasaskan nama Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia. Sila lihat lampiran. FASAL 4 : OBJEKTIF Objektif Persatuan adalah :- 4.1 Memupuk dan memantapkan perhubungan silatulrahim dan jaringan kerjasama di antara ahli dengan pihak pengurusan atasan, di antara ahli dengan ahli dan di antara ahli dengan pegawai bawahan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. 4.2 Mewujudkan dan menyediakan kerangka tindakan yang jelas lagi terancang untuk menangani sebarang permasalahan dan isu dalam memastikan hak-hak, kepentingan-kepentingan dan kebajikan ahli terjaga dan terbela. 4.3 Menggalakkan pertemuan dan penyertaan para ahli dalam memberi pendapat, idea, cadangan, komen dan penambahbaikan dalam menyelesaikan permasalahan dan isu yang timbul secara muafakat.

2 4.4 Menyertai dan bekerjasama atau bergabung dengan lain persatuan, badan dan organisasi berdaftar yang mempunyai matlamat yang sama dengan sepenuhnya atau sebahagian yang tidak bertentangan dengan undang-undang. 4.5 Memantapkan pengetahuan, kemahiran dan prestasi ahli bagi memperkenalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sebagai salah satu agensi pemungut cukai terbaik diperingkat antarabangsa. 4.6 Menyediakan landasan dan saluran kepada ahli menjalankan aktiviti-aktiviti, ekonomi, pendidikan,seminar,dan sosial untuk faedah dan kepentingan ahliahlinya. 4.7 Menghasilkan segala bentuk penerbitan, kertas kerja, kertas penyelaras dan artikel untuk mencapai objektif tersebut di atas dengan mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan. FASAL 5 KEAHLIAN 5.1 Keahlian Persatuan adalah terbahagi kepada 3 kategori: a) Ahli Biasa terbuka kepada semua pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dari Kumpulan A Gred 4 sehingga Gred 7 (G41 Jusa C) yang bekerja secara tetap di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia seluruh negara. b) Ahli Seumur Hidup Biasa terbuka kepada semua pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dari Kumpulan A Gred 4 sehingga Gred 7 (G41 Jusa C) yang bekerja secara tetap di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia seluruh negara yang mana yuran tahunan sebanyak RM 200.00 dijelaskan secara sekaligus. c) Ahli Biasa terbuka kepada semua pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dari Jusa B ke atas yang bekerja secara tetap di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia seluruh negara. FASAL 6 PERMOHONAN KEAHLIAN 6.1 Semua permohonan keahlian Persatuan hendaklah dengan cara mengisi borang yang disediakan beserta dengan bayaran yuran.

6.2 Setiap calon di dalam perlantikan bagi Ahli Persatuan hendaklah menepati kriteria yang akan ditetapkan oleh Exco Persatuan. 3 6.3 Keputusan menerima atau menolak permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Exco Persatuan. 6.4 Sekiranya mana-mana calon yang ditolak permohonannya oleh Exco Persatuan, mana-mana dua orang Ahli Persatuan boleh mencadangkan dan menyokong suatu resolusi di dalam Mesyuarat Agung Persatuan yang akan datang, dan sekiranya resolusi tersebut diluluskan dengan mendapat undi majoriti dari ahliahli yang hadir dan berhak mengundi, calon yang tersebut layak dilantik menjadi ahli. 6.5 Ahli Persatuan hendaklah mematuhi peraturan dan perlembagaan dan berhak kepada faedah dan keistimewaan sebagai ahli. FASAL 7 YURAN KEAHLIAN 7.1 Yuran Pendaftaran berjumlah Sepuluh Ringgit Malaysia (RM10/-) akan dikenakan sebaik sahaja seseorang pemohon dilantik menjadi Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu. 7.2 Yuran untuk semua ahli hendaklah dijelaskan seperti berikut: a) RM 20.00 setahun (ahli biasa dan & ahli bersekutu) b) RM 200.00 sekaligus ( ahli seumur hidup ) c) Tiada bayaran untuk ahli kehormat. 7.3 Ahli Kehormat tidak diperlukan membayar apa-apa yuran. 7.4 Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan terdahulu iaitu pada atau sebelum 10 haribulan Januari tiap-tiap tahun. 7.5 Seseorang pemohon yang disahkan menjadi ahli selepas hari pertama bulan Julai pada tahun tertentu dibenarkan membayar separuh daripada Yuran Tahunan berjumlah RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja) untuk tahun tersebut.

4 7.6 Ahli yang telah tidak membayar yuran tahunan mengikut peruntukan seperti di fasal 7.4 dan akan diberi peringatan bertulis oleh Bendahari Kehormat Persatuan. Jika ahli tersebut masih juga belum menjelaskan yuran bertunggaknya dalam masa satu bulan dari tarikh peringatan itu diposkan/dihantar, Exco Persatuan boleh membatalkan keahliannya, tetapi jika pada sebarang waktu ia memberi alasan bertulis yang memuaskan kepada Exco Persatuan, ia bolehlah diterima semula menjadi ahli mengikut budibicara Exco Persatuan sebaik sahaja ia melangsaikan tunggakannya. 7.7 Sebarang ahli yang disingkirkan berdasarkan Fasal 7.6 dikehendaki membayar yurannya sehingga dan termasuk tahun berkenaan, sewaktu namanya dikeluarkan daripada senarai keahlian. 7.8 Mana-mana ahli yang tidak menjelaskan yuran sepenuhnya dalam mana-mana tahun, maka ahli tersebut akan hilang hak dibawah Fasal 9(1) dan. FASAL 8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 8.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi notis bertulis satu (1) bulan terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan perlu menjelaskan segala hutangnya. 8.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Exco Persatuan. Walaubagaimanapun Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 9 HAK-HAK KEISTIMEWAAN AHLI 9.1 Ahli Persatuan adalah : Berhak untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti Persatuan dan menggunakan kemudahan yang disediakan.

5 (d) (e) (f) Berhak untuk bersuara dan mengundi serta dibenarkan mengundi Exco Persatuan secara online (e-undi) di dalam semua Mesyuarat Agung Persatuan di mana tertakluk kepada Garis Panduan dan Peraturan Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia (EXEC). Berhak untuk menjadi calon untuk pemilihan mana-mana jawatan dalam Persatuan, menjalankan kerja-kerja pejabat, mengundi, mencadang, menamakan dan menyokong mana-mana calon untuk pemilihan jawatan dalam Persatuan. Berhak kepada apa-apa hak istimewa yang diputuskan oleh Exco Persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai hak selain daripada dinyatakan di Fasal 9.1 Ahli bersekutu mempunyai hak untuk bersuara, memberi pandangan dan hak-hak lain seperti yang dinyatakan dalam Fasal 9.1 dan 9.1(d) sahaja. FASAL 10 PENAUNG 10.1 Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau mana-mana orang kenamaan lain boleh dipilih oleh Exco Persatuan mengikut budi bicaranya, sebagai penaung Persatuan dengan syarat persetujuan bertulis diperolehi dari pihak berkenaan. FASAL 11 MESYUARAT 11.1 Mesyuarat Agung Tarikh, Tempat dan Tujuan Mesyuarat Agung bagi tempoh Dua Tahun Sekali (Dwi Tahunan) akan diadakan tidak lewat daripada 31 Mei, pada tempat, tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh Exco Persatuan untuk tujuan:- i) Menerima laporan aktiviti-aktiviti dari Exco Persatuan dalam tahun tersebut dan penyata kewangan yang telah diauditkan.

6 ii) Melantik dua tahun sekali ahli Exco Persatuan dan memilih dua orang Juruaudit. Juruaudit yang dipilih tidak boleh terdiri daripada Ahli Exco Persatuan. iii) Menentukan sebarang resolusi yang dikemukakan di dalam mesyuarat seperti yang dinyatakan dalam Fasal 11.1(d). iv) Untuk mempertimbangkan hal-hal lain. Notis Mesyuarat Notis awal dan agenda untuk Mesyuarat Agung yang menyatakan tarikh, masa, tempat, beserta borang pembentangan usul dan borang pencalonan Ahli Exco Persatuan akan dihantar kepada semua ahli tidak kurang tiga puluh (30) hari dari tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung tersebut. Pencalonan Dan Usul Dengan persetujuan ahli-ahli yang telah dicalonkan, pencalonan dan usul-usul (jika ada) yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung hendaklah dihantar oleh ahli-ahli kepada Setiausaha Kehormat tidak lewat daripada empatbelas (14) hari sebelum hari yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung tersebut. (d) Notis Dan Agenda Mesyuarat Sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan, Setiausaha Kehormat akan memberitahu semua ahli-ahli dengan notis bertulis tentang hal-hal yang akan dibincangkan. Notis tersebut hendaklah termasuk laporan Ahli Exco Persatuan, penyata akaun yang telah diaudit, pencalonan, kertas pengundian Ahli Exco Persatuan dan usul dari Ahli Exco Persatuan dan usul ahli mengikut Fasal 11.1.c (e) Korum i) Ahli-ahli berhak menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa meminda, Korum untuk Mesyuarat Agung ialah sekurangkurangnya tiga puluh (30) orang ahli yang layak mengundi atau dua kali jumlah Exco Persatuan mengikut mana yang kurang

bagi pengesahan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum mesyuarat. 7 ii) Jika korum tersebut tidak mencukupi dalam tempoh satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas dan maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih dari 21 hari) yang ditetapkan oleh Exco Persatuan. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berhak menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa meminda perlembagaan. 11.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan jika difikirkan penting oleh Exco Persatuan atas permintaan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) atau 200 orang dari jumlah ahli yang berhak mengundi, yang mana lebih rendah, dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat Persatuan. Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah dipanggil dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permintaan. Notis memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa akan dihantar kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut di mana ianya menerangkan hal-hal yang akan dibincangkan. Korum untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah sama seperti bagi Mesyuarat Agung Tahunan. Jika korum tidak diperolehi dalam tempoh satu jam selepas masa yang telah ditetapkan Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut dibatalkan. 11.3 Mesyuarat Exco Persatuan Exco Persatuan akan bertemu seberapa kerap yang mungkin sekurangkurangnya dua (2) bulan sekali.

8 Notis Mesyuarat beserta agenda dan maklumat yang berkaitan akan diedarkan kepada semua Ahli Exco Persatuan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat melainkan dalam mesyuarat khas yang akan dipanggil oleh Pengerusi. Minit Mesyuarat Exco Persatuan hendaklah diedarkan kepada semua Exco Persatuan tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas mesyuarat Exco Persatuan tersebut. (d) Korum mesyuarat Exco Persatuan ialah sekurang-kurangnya lima (5) orang daripada jumlah ahli yang dipilih. 11.4 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Mana-mana Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Exco Persatuan akan bertemu seberapa kerap yang boleh bergantung kepada kepentingan halhal yang berkaitan. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kecil hendaklah diedarkan kepada semua Jawatankuasa Kecil tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecil tersebut. Satu (1) salinan minit bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Kecil hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Kehormat sebagai maklumat dan rujukan Exco Persatuan. FASAL 12 JAWATANKUASA EXCO PERSATUAN 12.1 Tugas dan kuasa Exco Persatuan Tugas dan kuasa Exco Persatuan adalah: Melaksanakan objektif Persatuan. Mengarah, mengurus, menyelia dan mengawal pejabat, harta benda dan kumpulan wang Persatuan.

9 Mewakili pandangan dan pendapat ahli Persatuan. (d) Menerima perletakan jawatan dan mengisi semula kekosongan Ahli Exco Persatuan. (e) Melantik Jawatankuasa Kecil dan memberi mereka tugas dan kuasa tertentu. (f) Menggunakan lain-lain kuasa dan mengeluarkan lain-lain tugas sebagaimana dari masa ke semasa tertakluk kepada perlembagaan dan peraturan-peraturan Persatuan. (g) Menentukan hak keistimewaan yang mengikut Fasal 9. (h) Bertindak bagi pihak Persatuan di dalam hal-hal di mana tiada dinyatakan di dalam perlembagaan. 12.2 Tugas dan kuasa ahli Exco Persatuan a) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Exco Persatuan hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan: (i) Seorang (1) Pengerusi (ii) Seorang (1) Timbalan Pengerusi (iii) Tiga orang (3) Naib Pengerusi (iv) Seorang (1) Setiausaha Kehormat (v) Seorang (1) Penolong Setiausaha Kehormat (vi) Seorang (1) Bendahari Kehormat (vii) Seorang (1) Penolong Bendahari Kehormat (viii) Lima Belas (15) Orang Jawatankuasa (ix) Maksimum lima (5) Orang AJK yang dilantik oleh Pengerusi setelah mendapat nasihat daripada Exco Persatuan mengikut keperluan semasa. (x) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warga Malaysia. (xi) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan sera disokong dan pemilihan akan dijalankan secara mengundi oleh

10 ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula dua tahun sekali. (xii) Membenarkan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (Exco Persatuan) dengan undian 2/3 exco mesyuarat yang hadir dalam mesyuarat bulanan untuk melantik mana-mana ahli persatuan menjawat atau memangku jawatan yang kosong disebabkan ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, perletakan jawatan exco atau disebabkan pengujudan jawatan baru sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung akan datang. b) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Jawatankuasa Kecil Jabatan/Cawangan hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Dwi Tahunan di peringkat Jabatan/Cawangan: i. Seorang (1) Ketua Perwakilan ii. Seorang (1) Timbalan Ketua Perwakilan iii. Seorang (1) Setiausaha iv. Seorang (1) Bendahari 12.2.1Pengerusi Tugas Pengerusi adalah: Mewakili pandangan dan pendapat Persatuan. Bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala urusan Persatuan. Mempengerusikan kesemua Mesyuarat Agung Persatuan dan Mesyuarat Exco Persatuan. (d) Mempunyai kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan seperti Fasal 13.3. (e) Mempunyai kuasa mengadakan Mesyuarat-mesyuarat Exco Persatuan. 12.2.2 Timbalan Pengerusi Tugas Timbalan Pengerusi adalah: Memangku jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi dan akan memangku jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi jika terdapat kekosongan.

11 12.2.3 Naib Pengerusi Tugas Naib Pengerusi adalah: Memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi dan akan memangku jawatan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi jika terdapat kekosongan. 12.2.4 Setiausaha Kehormat Setiausaha akan membantu Pengerusi dan Ahli-ahli Exco Persatuan di dalam hal-hal Persatuan dan akan menjalankan tugas seperti yang dinyatakan atau yang termaktub di dalam perlembagaan yang telah diserahkan oleh Exco Persatuan. Beliau akan :- (d) (e) Menghadiri, menyedia agenda dan merekod semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Exco Persatuan. Menyelia kesemua kerja yang dibuat oleh Exco Persatuan dan akan memelihara rekod-rekod persatuan. Menyimpan buku daftar ahli-ahli Persatuan. Menyediakan laporan aktiviti Persatuan dan juga menyerahkannya kepada Exco Persatuan untuk dipertimbangkan. Mengirimkan penyata tahunan persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 dalam masa 60 haripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 12.2.5 Bendahari Kehormat Bendahari Kehormat akan bertanggungjawab bagi mengendalikan hal-hal kewangan Persatuan dan akan menjalankan tugas-tugas seperti yang dinyatakan atau yang dikenakan di dalam perlembagaan dan undang-undang serta yang mana yang akan diserahkan kepada beliau oleh Exco Persatuan. Beliau akan :- Menerima segala wang-wang yang telah dibayar kepada Persatuan dan bertanggungjawab membuat pungutan dan mengeluarkan resit. Menyimpan akaun Persatuan dengan kemas.

12 (d) (e) (f) (g) Memasukkan semua wang yang diterima kecuali wang runcit ke dalam akaun di atas nama Persatuan di bank yang telah dipersetujui oleh Exco Persatuan. Membuat bayaran ke atas semua bil yang telah diluluskan oleh Exco Persatuan. Membuat Laporan Kewangan untuk tempoh atau tujuan tertentu yang telah ditetapkan oleh Exco Persatuan. Menyediakan Penyata Kewangan bagi tahun tersebut dan menyerahkan kepada Exco Persatuan untuk dipertimbangkan. Menyedia dan menyerah kepada Exco Persatuan senarai ahli yang telah dan belum membayar yuran. 12.2.6 Penolong Setiausaha Kehormat Semasa ketiadaan Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat boleh menjalankan tugas Setiausaha Kehormat. 12.2.7 Penolong Bendahari Kehormat Semasa ketiadaan Bendahari Kehormat, Penolong Bendahari kehormat boleh menjalankan tugas Bendahari kehormat. 12.2.8 Ahli Jawatankuasa Semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi, manamana Ahli Jawatankuasa Persatuan boleh dilantik untuk mempengerusikan Mesyuarat Exco Persatuan. Menghadiri Mesyuarat Agung dan Mesyurat Exco Persatuan. Mempengerusikan Mesyuarat Biro yang berkaitan. 12.2.9 Wakil dari setiap cawangan LHDN Jawatankuasa Kecil Jabatan/Cawangan hendaklah dipilih di jabatan/cawangan masing-masing. FASAL 13 KEWANGAN 13.1 Tertakluk kepada peruntukan bagi perlembagaan ini, wang Persatuan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan aktiviti Persatuan, termasuklah belanja operasi dan pengurusan.

13 13.2 Bendahari dibenarkan menyimpan panjar wang runcit tidak lebih daripada RM 1, 000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) sahaja pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank atas nama Persatuan. 13.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan salah seorang daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau Setiausaha Kehormat. Perbelanjaan kurang daripada daripada RM 5, 000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) mesti ditandatangani oleh Bendahari dan Pengerusi atau setiausaha kehormat. Perbelanjaan yang melebihi RM 5, 000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) mesti mendapat kebenaran Exco Persatuan dan perbelanjaan RM 10, 000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) mesti mendapat kebenaran mesyuarat agung. 13.4 Akaun Persatuan hendaklah diaudit pada akhir tahun kewangan oleh Juruaudit Dalam yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung dan Penyata Audit tersebut disahkan oleh Juruaudit Luar yang telah dilantik oleh Exco Persatuan. Setelah mendapat pengesahan audit, laporan kewangan akan diedarkan untuk semua ahli di Mesyuarat Agung. 13.5 Penyata Kewangan yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. 13.6 Tahun Kewangan Persatuan adalah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. FASAL 14 JURUAUDIT DALAM 14.1 Dua orang yang bukannya Exco Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit Dalam. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. 14.2 Jika salah seorang dari Juruaudit Dalam meletak jawatan, maka Exco Persatuan boleh melantik ahli lain sebagai pengganti tetapi tidak boleh dilantik dari Ahli Exco Persatuan. 14.3 Juruaudit Dalam dikehendaki memeriksa kewangan Persatuan bagi setiap tahun kewangan dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat

14 Agung Tahunan. Mereka juga boleh diarah oleh Presiden mengaudit kewangan Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Exco Persatuan. FASAL 15 PEMEGANG AMANAH 15.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed Of Trust). 15.2 Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Persatuan tanpa mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan. 15.3 Seseorang Pemegang Amanah itu boleh diminta melepaskan jawatan oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung. FASAL 16 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN 16.1 Semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung, Exco Persatuan boleh memberikan tafsiran kepada perlembagaan. Jika perlu Exco Persatuan boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini. 16.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Exco Persatuan terhadap ahli-ahli adalah muktamad sehingga diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

15 FASAL 17 HARTA PERSATUAN 17.1 Exco Persatuan secara bersama dan berasingan adalah berhak untuk menerima atau menolak derma-derma dari orang perseorangan, institut atau firma. 17.2 Pendapatan dan harta Persatuan yang diperolehi adalah digunakan hanya untuk memajukan objektif Persatuan sebagaimana yang telah disebut dalam Fasal 4, dan tiada apa-apa bahagian darinya boleh dibayar atau dipindah secara langsung atau tidak langsung sebagai dividen, bonus atau keuntungan kepada ahli Persatuan. FASAL 18 PEMBUBARAN 18.1 Persatuan tidak boleh dibubarkan tanpa persetujuan melainkan sekurangkurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi yang hadir pada Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. 18.2 Wang Persatuan akan dikembalikan kepada Ahli secara purata mengikut tempoh lama seseorang menjadi ahli, jika persatuan dibubarkan FASAL 19 PINDAAN PERLEMBAGAAN 19.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada perlembagaan hendaklah dibuat kepada Setiausaha Kehormat dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Mesyuarat Agung. 19.2 Apa juga resolusi yang mencadangkan penambahan atau pembatalan atau pindaan perlembagaan dan peraturan hendaklah diluluskan sama ada pada Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa 19.3 Resolusi ketika Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa hanya boleh diluluskan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga dari ahli yang hadir dan berhak untuk mengundi.

19.4 Segala pindaan perlembagaan ini mesti diluluskan oleh mesyuarat exco persatuan sebelum dikuatkuasakan. 16 FASAL 20 PENGGUNAAN DAN PENERIMAAN DANA 20.1 Persatuan dibolehkan menerima derma/sumbangan untuk mencapai objektif di Fasal 4. dan tertakluk kepada Fasal 17(1). FASAL 21 LARANGAN 21.1 Segala aktiviti yang berbentuk perjudian tidak boleh dilaksanakan di dalam premis Persatuan termasuk cawangannya. 21.2 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawainya atau Exco Persatuan atau ahli tanpa kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. 21.3 Faedah seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. 21.4 Ahli Persatuan dilarang menggunakan Persatuan untuk sebarang kegiatan politik. 21.5 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara jua mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang didefinasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. Nama: Nor Anasfahmi Bin Mohd Anas Setiausaha Kehormat