HELAIAN KETERANGAN PRODUK

dokumen-dokumen yang mirip
HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider

Kehilangan sebelah kaki dari paras atau di atas pergelangan buku lali dan penglihatan

Skim ini adalah berasaskan Unit dan ringkasan Skim ini adalah seperti berikut:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Jadual Manfaat Kejadian. % Amaun Perlindungan Kehilangan penglihatan kedua-dua mata yang tidak boleh disembuhkan 100%

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

PruBSN CRISISCOVER DI KALA MEMERLUKAN, KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TAKAFUL IKHLAS BERHAD IKHLAS link Secure Takaful

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PruBSN CrisisCover. Di kala memerlukan, kami sentiasa bersama anda.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

a) Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)1 Semulajadi : RM50, b) Kematian atau TPD Akibat Kemalangan : RM50,000.

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

SOALAN-SOALAN LAZIM : KEMPEN BELI RUMAH DAPAT KERETA BERSAMA BANK RAKYAT

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Terdapat 2 jenis pelan di bawah IKHLAS Wanita Elegance Takaful, iaitu:

IKHLASlink SECURE TAKAFUL. Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan anda

Jumlah Perlindungan (RM) Gaji Tahunan Jumlah Perlindungan (RM)

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

Giro Takaful Pelindung

Date: 21/01/2015. Jumlah Perlindungan (RM)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PRUwealth Melindungi masa depan orang tersayang INSURANS BERKAITAN PELABURAN

Perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan adalah seperti berikut:

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

PERLINDUNGAN GAYA HIDUP WANITA

i-secure Soalan Lazim:

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK i-am Wira

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

K E L U A R G A D E N G G

Lampiran Keterangan Produk untuk MortgageCover

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

Produk ini memberi perlindungan kepada harta anda dari kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau kilat.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

TAKAFUL PUTERI. Hayatilah hidup anda hari ini dengan kebebasan sepenuhnya.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

SIJIL IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL

Giro Takaful Impian. Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI YANG TERBAIK

Takaful Kasih Plus (GPA)/GTT UNTUK TRONEXUS

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin. MEDICAL

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

Crisis Defender & Early Crisis Protector PERUBATAN

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

Lampiran Penerangan Produk - Pelan Perlindungan Diri Crystal Essentials

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

SIJIL TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

Transkripsi:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am.) 1) Produk apakah ini? TAKAFUL IKHLAS BERHAD (Didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 and dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia) IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider Tarikh: dd/mm/yyyy Ini adalah rider berunit deduktif yang menguruskan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang di bawah Sijil Takaful sekiranya berlaku Kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) dan/atau diagnosis ke atas satu daripada 35 penyakit kritikal terhadap Peserta Takaful sebelum tarikh tamat rider ini. 2) Apakah konsep Syariah yang diguna pakai? Tabarru bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko. Wakalah bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta Takaful melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta Takaful, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah. 3) Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan? a) Manfaat Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh Sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD) kepada Peserta Takaful yang disebabkan oleh semua sebab di dalam tempoh Sijil Takaful masih berkuat kuasa, semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang akan diuruskan oleh pihak Syarikat, di mana Sumbangan Takaful penuh adalah dibayar dari Dana Risiko. Syarat-syarat: Definisi TPD adalah berdasarkan "Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai" dan keilatan telah berlaku sekurang-kurangnya enam (6) bulan. b) Manfaat Penyakit Kritikal Sekiranya Peserta Takaful disahkan menghidap salah satu daripada penyakit kritikal di dalam tempoh Sijil Takaful masih lagi berkuat kuasa, semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar pada di masa akan datang akan diuruskan oleh pihak Syarikat, di mana Sumbangan Takaful penuh adalah dibayar dari Dana Risiko. 1. Strok/Angin Ahmar mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom- simptom klinikal berterusan Senarai Penyakit Kritikal 4. Kanser keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal 2. Serangan Jantung keterukan tertentu 5. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari 3. Kegagalan Buah Pinggang memerlukan dialisis 6. Penyakit Arteri Koronari Serius atau transplan buah pinggang 1

Senarai Penyakit Kritikal 7. Kegagalan Hati Tahap Akhir 22. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari) 8. Hepatitis Viral Fulminan 23. Meningitis Bakteria mengakibatkan 9. Koma mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan 24. Trauma Kepala Major (teruk) mengakibatkan 10. Tumor Otak Benign keterukan tertentu 25. Anemia Aplastik Kronik mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang 11. Kelumpuhan Anggota 26. Penyakit Neuron Motor defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan 12. Buta Kekal dan Tidak boleh Pulih 27. Penyakit Parkinson mengakibatkan 13. Pekak Kekal dan Tidak boleh pulih 28. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk 14. Kelecuran Tahap Ketiga keterukan tertentu 29. Distrofi Otot 15. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah 30. Pembedahan Aorta 16. Penyakit Paru-paru Tahap Akhir 31. Sklerosis Multipel 17. Ensefalitis mengakibatkan ketidakupayaan 32. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer keterukan kekal untuk melakukan Aktiviti tertentu 18. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang 33. Penyakit Sistik Medular 19. Hilang Keupayaan Bertutur 34. Kardiomiopati keterukan tertentu 20. Pembedahan Otak 35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk 21. Pembedahan Injap Jantung Sebagai contoh, apabila Peserta Takaful dengan Sumbangan Takaful bulanan sebanyak RM100 telah didiagnosis menghidapi Penyakit Kritikal, dia tidak lagi perlu membayar RM100 Sumbangan Takaful bulanan. Sebaliknya, pihak Syarikat akan menguruskan semua sumbangan masa hadapan sebanyak RM100 pada setiap bulan sehingga tamat tempoh rider tersebut. 4) Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar? Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang dikenakan ke atas rider ini kerana caj Tabarru akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful asas. Walau bagaimanapun, caj Tabarru adalah TIDAK DIJAMIN dan boleh berubah dari semasa ke semasa dengan memberi tiga (3) bulan notis kepada Peserta Takaful sebelum ulang tahun Sijil Takaful. 5) Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? a) Yuran Wakalah tidak dikenakan. b) Caj Tabarru akan ditolak daripada Dana Unit Sijil Takaful asas secara bulanan (melalui penolakan unit-unit mengikut harga unit). Tabarru akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Peserta Takaful. Butiran amaun tabarru dan lain-lain caj untuk pelan ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam ilustrasi manfaat. 2

6) Apakah terma dan syarat utama yang perlu diketahui? a) Kepentingan pendedahan maklumat anda dikehendaki mendedahkan semua maklumat dan fakta seperti umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan dengan betul. Takaful IKHLAS mempunyai hak untuk menolak pembayaran tuntutan jika anda didapati gagal untuk mendedahkan maklumat yang releven yang akan mempengaruhi keputusan untuk menerima atau menolak risiko, dan tentang peruntukan-peruntukan yang akan ditetapkan pada anda. b) Tempoh Bertenang anda boleh membatalkan Sijil Takaful Tambahan dengan mengembalikan Sijil Takaful Tambahan tersebut kepada pihak Syarikat dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh Sijil Takaful Tambahan diterima. Syarikat akan membatalkannya dengan serta-merta setelah penerimaannya. c) Tempoh menunggu ke atas penyakit kritikal - tiga puluh (30) hari dari tarikh berkuatkuasa. d) Nilai Dana Unit daripada Sijil Takaful asas bergantung kepada prestasi dana-dana pelaburan yang dipilih. Semakin tinggi tahap perlindungan Takaful yang dipilih, maka lebih banyak nilai unit-unit yang akan diserap untuk membayar caj-caj Tabarru' dan, unit-unit yang kekal untuk nilai tunai terkumpul di bawah Sijil Takaful anda akan berkurang. e) Pendapatan pelaburan sebenar boleh berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Oleh itu, jumlah terkumpul di dalam Dana Unit daripada Sijil Takaful asas boleh meningkat naik atau menjadi kurang daripada jumlah Sumbangan Takaful yang telah dibuat ke dalam Dana Unit daripada Sijil Takaful asas (berkemungkinan menyebabkan peluputan Sijil Takaful sebelum tempohnya). f) Sijil Takaful luput - Sijil Takaful akan luput apabila nilai unit-unit pelaburan adalah tidak mencukupi untuk membayar Tabarru' dan caj-caj yang lain. g) Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada sebarang lebihan bolehagih kasar yang diisytiharkan pada setiap akhir Tahun Kewangan Syarikat. Lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Peserta Takaful. h) Adalah penting bagi anda untuk menerima dan menyimpan resit-resit sebagai bukti pembayaran Sumbangan-sumbangan Takaful. i) Sekiranya anda tidak menerima Sijil Takaful selepas empat belas (14) hari dari tarikh penyertaan, sila hubungi kami (bagi kes-kes standard sahaja). j) Notis terhadap tuntutan haruslah dibuat secara bertulis kepada Syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlakunya kejadian yang mengakibatkan tuntutan. Setelah notis tuntutan dikemukakan, pihak Syarikat akan memberikan borang-borang berkaitan kepada pihak yang melakukan tuntutan bagi menfailkan bukti tuntutan serta memaklumkan pihak yang menuntut akan keperluan-keperluan lain yang mungkin diperlukan. Walaubagaimanapun, ini tidak akan menghalang pihak Syarikat dari meminta dokumen yang selanjutnya mengenai tuntutan tersebut sekiranya didapati perlu. Kesemua maklumat dan bahan bukti ini hendaklah di kemukakan kepada Syarikat dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh berlakunya peristiwa-peristiwa yang dilindungi. k) Sijil Takaful Tambahan ini tidak akan membayar sebarang amaun manfaat apabila Sijil Takaful Tambahan tamat, matang atau tamat tempoh. Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di bawah Sijil Takaful. 3

7) Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini? Pengecualian ke atas Manfaat Kematian Jika Peserta Takaful, sama ada waras atau tidak, cuba untuk membunuh diri di dalam tempoh satu (1) tahun bermula pada tarikh Sijil Takaful berkuatkuasa, meninggal dunia disebabkan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual, tiada manfaat akan dibayar dibawah Sijil Takaful ini. Pengecualian ke atas Penyakit Kritikal yang Dilindungi dan TPD Sijil Takaful Tambahan ini tidak akan melindungi sebarang penyakit kritikal atau hilang upaya berpunca secara langsung atau tidak, sepenuhnya atau sebahagiannya, daripada salah satu kejadian-kejadian berikut: a) Peserta Takaful melakukan, cuba melakukan atau memprovokasikan serangan, feloni atau sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta Takaful; b) rusuhan dan kacau-bilau awam, mogok atau aktiviti pengganas; c) membunuh diri atau sebarang percubaan ke arahnya atau mencederakan diri secara siuman atau tidak; d) peperangan, sama ada diisytiharkan atau tidak, revolusi, atau sebarang jenis operasi berbentuk peperangan; e) perkhidmatan ketenteraan atau laut semasa peperangan sama ada diisytiharkan atau tidak atau semasa diberikan arahan atau sebarang jenis operasi berbentuk peperangan atau ketika mengembalikan ketenteraman awam; f) membuat tangkapan sebagai seorang pegawai undang-undang; g) perlanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau mengelakkan dari penahanan; h) kemalangan yang berlaku semasa atau disebabkan oleh Peserta Takaful berada di bawah pengaruh alkohol melebihi tahap yang dibenarkan oleh undang-undang atau dadah selain daripada yang perskripsi yang diberikan oleh pengamal perubatan yang berdaftar; i) sebarang keuzuran atau penyakit disebabkan oleh ptomaines atau jangkitan bakteria (kecuali jangkitan pyogenik disebabkan oleh atau akibat daripada luka atau kecederaan akibat kemalangan); j) menghidu racun, gas atau bahan berwap (secara disengajakan atau tidak); k) memasuki, mengendali atau berkhidmat, secara menaiki atau menuruni peralatan udara atau kenderaan udara termasuk melakukan terjunan udara, payung terjun, lompatan bungee, luncur udara dan belon udara kecuali semasa Peserta Takaful berada di dalam penerbangan yang dikendalikan secara komersial sebagai penumpang berjadual melalui perjalanan berjadual; l) sebarang perlakuan keganasan. Bagi tujuan ini perlakuan keganasan bermaksud sebarang perlakuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancaman yang berkaitan dengannya, sama ada perseorangan atau berkumpulan melalui tindakan bersendirian atau bagi pihak yang berkaitan dengan sebarang organisasi, atau kerajaan, dilakukan atas sebab-sebab dengan politik, keagamaan, ideologi atau yang berkaitan dengannya termasuklah dengan niat untuk mempengaruhi sebarang kerajaan atau organisasi dan/atau menakutkan orang awam atau sebahagian daripadanya; m) Sebarang keadaan sedia wujud sebelum penerimaan perlindungan. 4

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualianpengecualian yang terdapat di bawah Sijil Takaful ini. 8) Bolehkah Sijil Takaful ini dibatalkan? Jika anda mendapati rider ini tidak lagi bersesuaian, anda boleh membatalkannya dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis. 9) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi? Adalah penting anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan pada maklumat/alamat (termasuk bagi penama) untuk memastikan semua komunikasi perhubungan sampai kepada anda dan/atau penama dalam jangka masa ditetapkan. 10) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Berkaitan Pelaburan dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan, sila rujuk kepada buku panduan info insurans mengenai Takaful Berkaitan Pelaburan' dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan, yang boleh didapati di semua cawangan kami ataupun anda boleh memperolehinya daripada ejen Takaful kami atau lawati www.insuranceinfo.com.my. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: Takaful IKHLAS Berhad Jabatan CRM IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5 Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur Tel: +603 2723 9999 Faks: +603 2723 9998 Laman sesawang: www.takaful-ikhlas.com.my E-mel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my 11) Produk seumpama yang boleh didapati? Tiada NOTA PENTING: ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN BAHAWA SIJIL TAKAFUL INI MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA. Maklumat yang disediakan dalam keterangan maklumat ini adalah sah pada: dd/mm/yyyy 5