TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAH KOD PROJEK: K-DG/18 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. KAMARUL ARYFFIN BAHARUDDIN AKADEMIA: DR. SHAIK FARID ABDULL WAHAB DR. HASHAIRI MOHD FAUZI PROFESOR MADYA DR. RASHIDI AHMAD RAKAN KOMUNITI: ST. JOHN AMS MALAYSIA, KELANTAN BIDANG TUMPUAN UTAMA: KUMPULAN KELAINAN MAMPU ATAU UPAYA (OKU) TEMPOH: 15 OGOS 2011 15 FEBRUARI 2014 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Rawatan yang berpanjangan kepada pesakit kronik, koma dan pesakit terlantar menyebabkan beban kerja kakitangan hospital bertambah. Oleh itu, projek ini dibangunkan sebagai satu penyelesaian terbaik bagi mengatasi permasalahan yang wujud. Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai rawatan di rumah terutamanya bagi ahli St. John Ambulans Malaysia Kelantan (SJAMK) dan ahli keluarga pesakit kronik. Projek ini bertujuan untuk memindahkan ilmu kejururawatan di rumah melalui kursus, bengkel dan amali di lapangan bagi mendedahkan serta memberi penerangan mengenai cara asas penjagaan pesakit kronik di rumah. Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli SJAM melalui kursus dan latihan. Ilmu tersebut juga disebarkan kepada ahli keluarga pesakit kronik dan pesakit terlantar melalui latihan penjagaan di rumah. Projek yang diketengahkan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan sukarelawan seperti SJAMK dan ahli keluarga pesakit bagi merawat pesakit terlantar di rumah.
2. IMPLEMENTASI PROJEK PERKARA BUTIRAN OBJEKTIF 1) Untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia Kelantan tentang perawatan di rumah melalui pemindahan ilmu, kursus dan latihan amali. 2) Untuk meningkatkan pengetahuan ahli keluarga pesakit perawatan di rumah melalui ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia Kelantan. AKTIVITI 1) Mengajarkan ilmu kejururawatan di rumah kepada pesakit. 2) Menunjukkan kaedah penjagaan dan pengurusan pesakit di rumah. 3) Mendemonstrasikan kaedah pemulihan anggota (fisioterapi) untuk pesakit strok. 4) Menunjuk ajar ilmu yang berkaitan dengan solat ketika sakit kepada pesakit Muslim. Komuniti: 1) Seramai 40 ahli SJAM diberi pengetahuan tentang ilmu merawat pesakit di rumah. Ahli-ahli baharu SJAM yang baru tamat diploma kejururawatan juga didapati menyertai projek ini bagi menggantikan ahli-ahli yang berhenti. 2) Seramai 88 pesakit terlantar berserta ahli keluarga diberi pengetahuan tentang ilmu merawat pesakit di rumah melalui pemberian buku panduan perawatan di rumah. OUTPUT IPTA: 1) Jaringan kerjasama yang baik antara USM dengan SJAM telah terbina. 2) Pandangan positif masyarakat terhadap USM semakin meluas dan tidak tertakluk kepada hal ehwal di dalam kampus sahaja. 3) Hasil projek ini menjadi salah satu aktiviti khidmat sosial warga USM kepada masyarakat luar. Pembangunan Modal Insan: 1) Dua graduan pelatih dan 30 ahli SJAM mendapat pengalaman menganjurkan kursus perawatan di rumah. 2) Dua graduan pelatih dan 10 ahli SJAM terlatih mengurus maklumat dan data berkaitan pesakit. PEMEGANG TARUH & AGENSI 1) Universiti Sains Malaysia 2) St. John Ambulans Malaysia Kelantan
Komuniti: 1) Ahli rakan komuniti iaitu SJAM Kelantan mendapat ilmu kejururawatan untuk merawat pesakit kronik dan pesakit terlantar di rumah. SJAM Kelantan telah berjaya menubuhkan satu unit khusus untuk menjalankan khidmat kejururawatan di rumah. 2) Keluarga pesakit kronik dan terlantar mendapat pengetahuan tentang cara-cara asas kaedah menjalankan kejururawatan di rumah kepada ahli keluarga yang sakit. KEBERHASILAN IPTA: 1) Nama USM terangkat dan terkenal di seluruh negara kerana beberapa program yang telah dianjurkan dalam projek ini mendapat perhatian media arus perdana seperti National Conference on Home Care Nursing. 2) Hubungan USM dengan komuniti luar semakin akrab. 3) Kakitangan USM dapat menjalinkan hubungan baik dengan organisasi luar seperti Majlis Agama Islam Kelantan dan Skuad Cakna Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pembangunan Modal Insan: 1) Pengurusan ahli SJAM semakin tersusun khususnya dalam khidmat kejururawatan di rumah. 2) Graduan pelatih yang terlibat dalam projek ini mendapat pengetahuan tentang cara-cara berkomunikasi dengan lebih baik, pengurusan sesuatu program serta aspek yang berkaitan dengan pengurusan data dan penerbitan.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek PROPOSAL 3 6 9 12 15 18 21 24 LAPORAN AKHIR B) Laporan Berkala Oleh Komuniti 6 9 12 15 18 21 24 LAPORAN AKHIR Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK Rakan Komuniti : St. John Ambulans Malaysia Kelantan Tarikh Lawatan : 23 Julai 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Mahadzirah Mohammad (UNISZA) 2) Profesor Madya Dr. Amir Akramin Shafie (UIAM) ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti) SEKSYEN ITEM PENILAI A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 25% B AKADEMIA (10%) 7% C GRADUAN PELATIH (10%) 8% D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 10% E LAPORAN DARIPADA KOMUNITI (30%) 20% MARKAH KESELURUHAN (%) 70% PENILAIAN OLEH KOMUNITI A) Penilaian Terhadap Akademia BIL PENILAIAN AKADEMIA SKALA PENILAIAN 1. Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti 3/5 2. Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti 4/5 3. Pengetahuan akademia terhadap projek 3/5 4. Komitmen akademia terhadap projek 3/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan BIL PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN SKALA PENILAIAN 1. Sasaran objektif projek yang telah dicapai 4/5 2. Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti 4/5 C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih BIL PENILAIAN GRADUAN PELATIH SKALA PENILAIAN 1. Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek 3/5 2. Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu 3/5 3. Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan 3/5 4. Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5 Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek Melalui program ini, ahli-ahli SJAM Kelantan yang terlibat telah mendapat banyak ilmu yang boleh dipraktikkan semasa berhadapan dengan pesakit dan diharap ilmu ini dapat digunakan bagi meningkatkan kemahiran ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia, Kelantan. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini masih dalam peringkat penyelidikan dan ia berada dalam kategori jingga. Namun begitu, projek ini mempunyai nilai tambah yang boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan komuniti terutama dalam aspek kejururawatan di rumah.
LAMPIRAN Kemudahan kerusi roda dan tandas mudah alih Peralatan perubatan di rumah transit
Pegawai JPN sedang membuat salinan kad pengenalan pesakit Penghuni rumah transit
Lawatan panel penilai dan sesi penilaian projek bersama rakan komuniti St. John Ambulans Kelantan Bilik di rumah transit
Lawatan panel penilai dan ketua projek ke rumah pesakit Lawatan ke rumah pesakit