PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM) PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA Selepas ini disebut pertubuhan. 2. Takrif Nama : Kelab Jururawat PPUM ini adalah sebuah kelab yang dianggotai oleh semua jururawat yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Malaya 3. Bertaraf : Lain-lain FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah JABATAN KEJURURAWATAN, TINGKAT 2, MENARA UTAMA,PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA, JALAN UNIVERSITI 59100 KUALA LUMPUR 59100 KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR dan alamat untuk surat-menyurat adalah JABATAN KEJURURAWATAN, TINGKAT 2, MENARA UTAMA,PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA, JALAN UNIVERSITI 59100 KUALA LUMPUR 59100 KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 MATLAMAT 1. Meningkatkan semangat setiakawan dan muafakat dalam kalangan jururawat berdaftar yang bertugas di ppum. 2. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pengajaran dan latihan 1

sebagai pemangkin kecemerlangan jururawat ppum. 3. Merangka program-program sahsiah untuk membantu kecemerlangan jururawat yang bertugas di ppum. 4. Melibatkan jururawat di dalam aktiviti sosial yang dilaksanakan bagi merapatkan lagi silaturahim di kalangan jururawat ppum. 5. Tiada 6. Tiada FASAL 4 KEAHLIAN 1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut A. Ahli Biasa i. Kewarganegaraan : Malaysia ii. Umur Minima : 20 tahun iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia iv. Keturunan/Bangsa : v. Jantina : Lelaki dan Perempuan vi. Agama : Semua vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Jururawat Yang Bertugas Di Ppum B. Ahli Bersekutu Tiada C. Ahli Kehormat Tiada D. Ahli Seumur Hidup TIADA E. Ahli Remaja Tiada 2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab. 2

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli. FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada: 1. Bayaran masuk : RM 2 (Ringgit Malaysia Dua Sahaja) 2. Yuran : RM 3 (Ringgit Malaysia Tiga Sahaja) a. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulanan b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM Tidak Berkenaan c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. 3

e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulan. 3. Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan. 4. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG 1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan. 3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah: a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu; b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit; c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan) d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 4

hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kirakira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. 5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan: a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. 6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 8 JAWATANKUASA 1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: Seorang Pengerusi Seorang Timbalan Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari 2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa 2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. 5

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali. 4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung. 5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat 6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa: a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit. 7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan. 8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan 6

sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. 10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. 11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan. 2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. 4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira. 6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 10 KEWANGAN 1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi 7

menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit. 2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 2000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan. 3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut. 4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. 5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. 6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari. FASAL 11 JURUAUDIT 1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama satu tahun boleh dilantik semula. 2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi satu tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENTADBIR HARTA 8

1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan. 2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung. FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG 1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu. FASAL 15 LARANGAN 1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan. 2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959. 3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan. 4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. 5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada 9

pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan. 6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat. FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 17 PEMBUBARAN 1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. 2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. 3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera - Keterangan - 2. Lambang Keterangan 9.2 Keterangan Logo 10

9.2.1 Huraian maksud logo tersebut mempunyai empat elemen penting iaitu ukhwah, musyawarah, prihatin dan ketegasan. Keempat-empat elemen ini perlu berganding bahu dan bersatu untuk menghasilkan kecemerlangan jururawat PPUM. 9.2.2 Bentuk bulatan melambangkan keutuhan perpaduan, keharmonian dan kerjasama erat menuju kecemerlangan. Bentuk bulatan juga mencerminkan peraturan dan undang-undang sebagai garis panduan dalam hidup. 9.2.3 Bentuk tangan melambangkan sikap prihatin sesama jururawat, pesakit dan masyarakat. Ianya juga melambangkan sikap jururawat yang sentiasa sedia membantu sesiapa sahaja. Kedudukan di atas dan di bawah melambangkan keseimbangan dan kesepaduan antara duniawi dan ukhrawi bagi melahirkan insan yang harmonis. 9.2.4 Bentuk hati melambangkan spiritualiti, emosi, moral, keperihatinan dan merupakan suatu organ yang sangat penting dalam kehidupan manusia juga mengambarkan kecerdasan dan keharmonian. 9.2.5 Tulisan berwarna hitam melambangkan sofistikated dan rasmi. 9.2.6 Warna putih melambangkan kesucian dan kebenaran yang dituju, keyakinan pada diri sendiri, istiqamah di dalam melaksanakan tugas dan kerja sehingga mencapai kecemerlangan. Warna putih juga melambangkan nilai-nilai murni kesucian, keikhlasan dan kebersihan yang sentiasa diamalkan oleh jururawat pada setiap masa. Ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (fitrah) sebagai seorang insan. 9.2.7 Warna Hijau melambangkan sifat-sifat yang mesti ada pada jururawat seperti positif, intelektual, kekuatan diri, berprinsip di dalam hidup, keseimbangan, sentiasa sihat, segar, ceria, berlapang dada, sentiasa menerima teguran dan bercita-cita tinggi. 9.2.8 Warna Biru melambangkan perpaduan rakyat di bawah satu pemerintah yang adil lagi saksama. Warna biru juga memberi erti kesedaran dan kepekaan di dalam mencari ilmu pengetahuan yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat. 9.2.9 Warna merah melambangkan semangat yang membara, gigih dan tidak mudah putus asa. Ianya juga melambangkan keberanian, kekuatan mental, fizikal dan rohani yang kental dan sayangkan pesakit. 9.2.10 Warna kuning melambangkan kesetiaan sebagai symbol kesetiaan kepada profesion jururawat dan kesetiaan kepada PPUM. Ianya juga menggambarkan sifat yang bersemangat, optimis dan rajin. 3. Lencana - Keterangan - 11