PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

ISI KANDUNGAN. Perkara

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Transkripsi:

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali sebagai Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia. Selepas ini disebut PPSB. FASAL 2 ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat Berdaftar Alamat berdaftar PPSB ialah di: No. 140, Jalan Kelab Cinta Sayang, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. 2.2 Alamat Urusan Alamat urusan PPSB ialah di: No. 140, Jalan Kelab Cinta Sayang, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. 2.3 Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN DAN MATLAMAT 3.1 Menjadi sebuah pertubuhan Persekutuan bagi semua persatuan pedagang sarang burung di Malaysia. 3.2 Menggalakkan pemahaman bagi semua persatuan pedagang sarang burung di Malaysia serta menggalakkan pembangunan matlamat bersama bagi perniagaan rumah sarang burung secara sihat dan bersistematik. 3.3 Menjalankan aktiviti pendidikan, sosial dan kebajikan agar memanfaatkan perniagaan, masyarakat dan negara. 3.4 Memberi koordinasi persahabatan antara ahli dan perkara yang berkaitan dengan pembangunan perniagaan sarang burung. 3.5 Merapatkan muhibah dan perpaduan antara ahli. 3.6 Menjadi perantaraan ahli dengan pihak kerajaan bagi polisi kerajaan yang berkaitan dengan perniagaan sarang burung, serta memberi pandangan atau cadangan yang bernas kepada pihak kerajaan jikalau perlu. 3.7 Memberi perhatian atau komen terhadap masalah yang berkaitan dengan ahli PPSB.

3.8 Mengadakan perbincangan dan kerjasama demi pembangunan perniagaan dengan PPSB tempatan atau antarabangsa yang mempunyai matlamat yang sama. 3.9 Untuk membeli atau menyewa hartanah dengan mendapat kelulusan daripada mesyuarat agung terlebih dahulu. FASAL 4 KEAHLIAN 4.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua persatuan pedagang sarang burung yang berdaftar di Malaysia. 4.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar melalui borang kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. 4.3 Tiap-tiap permohonan yang diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk, yuran tahunan seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli PPSB dan berhaklah ia sebagai ahli. FASAL 5 BAYARAN MASUK, YURAN TAHUNAN DAN BAYARAN LAIN 5.1 Bayaran masuk dan yuran tahunan adalah seperti berikut: Bayaran Masuk - RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja) Yuran Tahunan - RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) 5.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh satu bulan dari awal tiap-tiap tahun. 5.3 Ahli yang membiarkan yuran tahunannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangi oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. 5.4 Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. 5.5 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

5.6 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. FASAL 6 PEMERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 6.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli PPSB hendaklah member kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 6.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang PPSB atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik PPSB boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang utnuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG 7.1 Pengelolaan PPSB ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 7.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum masih tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahliahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda Undang-undang PPSB atau membuat keputusan yang melibatkan semua ahli. 7.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi PPSB hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan pada 31hb Disember setiap tahun tetapi tidak lewat daripada 30hb Jun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkam oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah: i. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalana PPSB di dalam tahun lalu;

ii. Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu; iii. Memilih dua tahun sekali Ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk dua tahun yang akan dating; dan iv. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 7.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kirakira PPSB bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat urusan PPSB. 7.5 Mesyuarat Agung Khas bagi PPSB ini boleh diadakan: - i. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau ii. Atas permintaan beramai-ramai secara bertulis oleh tidak kurang dari satu per lima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha PPSB. 7.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 7.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 7.8 Fasal 7.1 dan 7.2 di dalam Undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahliahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 7.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

7.10 Setiap ahli melantik seorang wakil rasmi yang berhak untuk satu (1) undi dan dua (2) orang lagi sebagai pemerhati tanpa kuasa mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas. FASAL 8 JAWATANKUASA 8.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai PPSB hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: 1 Seorang Yang Dipertua 1 Seorang Timbalan Yang Dipertua 1 Seorang Naib Yang Dipertua 1 Seorang Setiausaha 1 Seorang Penolong Setiausaha 1 Seorang Bendahari 10 Sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Biasa 16 8.2 Seseorang yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua yang telah berkhidmat selama tiga (3) penggal berturut-turut tidak boleh dilantik semula untuk penggal yang seterusnya. 8.3 Pemegang-pemegang jawatan PPSB ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam PPSB ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. 8.4 a) Nama-nama untuk jawatan-jawatan diatas dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan secara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. b) Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun malainkan Yang Dipertua. c) Undi secara rahsia akan dijalankan semasa pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa. d) Prosedur pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa PPSB adalah seperti berikut: i. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah terdiri daripada Ahli Persatuan PPSB sahaja. ii. Setiap pencalonan nama mesti menggunakan Borang Pencalonan yang disediakan.

iii. Setiap Calon mestilah dicadang oleh seorang Pencadang dan disokong oleh seorang Penyokong yang berkelayakan. iv. Setiap Calon, Pencadang dan Penyokong mesti menandatangi Borang Pencalonan. v. Borang pencalonan dengan tandatangan asal sahaja akan diterima. vi. Setiap Borang Pencalonan adalah untuk satu pencalonan sahaja. Salinan Borang Pencalonan boleh dibuat jika perlu. vii. Borang Pencalonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Berdaftar PPSB tidak kurang dari tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan. 8.5 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian PPSB dan membuat keptusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan PPSB mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan tahunan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. 8.6 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali satu tahun.pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada Ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 8.7 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari Ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai diterima: i. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;

ii. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan iii. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. 8.8 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. 8.9 Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan. 8.10 Jawatankuasa boleh member arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan PPSB, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan PPSB. 8.11 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa. 8.12 Pengerusi boleh melantik seorang Setiusaha Kerja bagi melaksanakan urusan harian PPSB, gajinya akan ditetapkan oleh mesyuarat Jawatankuasa. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 9.1 Yang Dipertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangi minit mesyuarat apabila telah diluluskan. 9.2 Timbalan Yang Dipertua hendaklah menjalankan semua tugasan Yang Dipertua semasa ketiadaan Yang Dipertua. 9.3 Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaananya.

9.4 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran PPSB mengikut undangundang dan hendaklah menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Beliau bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Beliau hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan PPSB kepada Pendaftar Pertubuhan, sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan. 9.5 Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerjakerjanya dalam memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 9.6 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan PPSB. Beliau hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. 9.7 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Pengerusi dan Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 10 KEWANGAN 10.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam Undang-undang ini wang PPSB ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan PPSB, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar ahli yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. 10.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama PPSB. 10.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira PPSB hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari ataupun mana-mana satu daripada mereka yang enggan menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang, maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang PPSB.

10.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. 10.5 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kirakira yang dilantik di bawah Fasal 11 Undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan PPSB. 10.6 Tahun kewangan PPSB ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir 31 hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 11 PEMERIKSAAN KIRA-KIRA 11.1 Dua orang ahli yang bukannya Pegawai PPSB hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. 11.2 Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira PPSB bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira PPSB bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENGAMANAH 12.1 Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh PPSB. Semua harta tetap kepunyaan PPSB akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangi suatu Surat Amanah. (Deed of Trust) 12.2 Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan PPSB dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung PPSB.

12.3 Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung. FASAL 13 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 13.1 Di antara perlangsungan Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada Undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Undang-undang ini. 13.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG 14.1 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi PPSB ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. FASAL 15 LARANGAN 15.1 Semua jenis perjudian tidak dibenarkan dalam tempat urusan PPSB. 15.2 PPSB atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. 15.3 PPSB ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama PPSB atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. 15.4 Sesiapa yang disabit kesalahan di bawah Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966 tidak dibenarkan dilantik sebagai pegawai, penasihat/penaung atau pekerja bagi PPSB ini. 15.5 Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh PPSB kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 16 PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada Undang-undang ini hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 17 PEMBUBARAN 17.1 PPSB ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. 17.2 Sekiranya PPSB hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan PPSB yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. 17.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu. FASAL 18 LAMBANG DAN SIMBOL 18.1 Lambang dan Simbol adalah seperti di Lampiran A. 18.2 Keterangan Lambang dan Simbol seperti di Lampiran B.

LAMPIRAN A PERSEKUTUAN PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA

LAMPIRAN B KETERANGAN LAMBANG DAN SIMBOL REKABENTUK: Lambang Pertubuhan terdiri daripada tiga lengkungan yang berbentuk segi tiga dan seekor burung walit terbang di dalamnya. Nama Pertubuhan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina berada di bawah lambang. MAKSUD: Burung walit melambangkan perusahaan sarang burung walit yang diusahakan di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia. Tiga lengkungan yang berbentuk segi tiga melambangkan pusat berkumpul pengusahapengusaha sarang burung dan menarik lebih ramai pengusaha-pengusaha bersama-sama menceburi dan memajukan industri burung walit. WARNA: Biru, merah dan kuning adalah mewakili warna lambing bendera Malaysia. Biru melambangkan perpaduan antara ahli-ahli dalam menceburi industri perusahaan sarang burung walit. Merah melambangkan semangat dan kecekalan ahli-ahli dalam menempuhi cabaran dan rintangan dalam merealisasikan tujuan dan matlamat pertubuhan. Kuning melambangkan kesetiaan dan kepercayaan ahli-ahli terhadap pertubuhan.