PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

Transkripsi:

PENERANGAN TENTANG LOGO ANALIS ANALIS KELALANG KON KROMATOGRAM WARNA MERAH WARNA BIRU : Singkatan nama Persatuan Sains Analisis Malaysia : Bergiat dalam penyelidikan sains analisis yang bercorak asas dan gunaan (Warna Biru) : Bergiat dalam penyelidikan sains analisis yang menitikberatkan kejituan dan kepersosoan serta menggalakkan penggunaan teknik terkini (Warna Merah) : Kesungguhan ahli persatuan dalam meneroka ilmu dalam bidang Sains Analisis : Ahli persatuan bersatu dan berkerjasama untuk memajukan penyelidikan sains analisis sejajar dengan wawasan negara PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

Perlembagaan PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) PERKARA 1: NAMA 1.1 Persatuan ini hendakalah dinamakan Persatuan Sains Analisis Malaysia (Malaysian Analytical Sciences Society) yang seterusnya disebut Persatuan atau ANALIS. PERKARA 2: ALAMAT BERDAFTAR 2.1 Alamat berdaftara persatuan ialah d/a Jabatan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor atau lain-lain tempat yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung dari semasa ke semasa setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. PERKARA 3: MATLAMAT DAN KEGIATAN 3.1 Matlamat Matlamat Persatuan adalah seperti berikut: a. untuk menggalakkan kemajuan dan penyebaran pengetahuan sains analisis. b. memberi pandangan dan nasihat membina dan bebas dalam hal berkaitan dengan sains analisis. c. menggalakkan kerjasama di antara ahli dan di antara mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang serupa. 3.2 Kegiatan Kegiatan Persatuan adalah seperti berikut: a. mengadakan mesyuarat, majlis perbincangan, syarahan awam, seminar, forum dan majlis-majlis yang seumpamanya yang berkaitan dengan sains analisis serta isu-isu yang berkaitan dengannya. b. menerima dan memohon yuran sumbangan berbentuk wang atau lain-lain daripada orang perseorangan dan organisasi-organisasi lain dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan pihak tertentu untuk matlamatmatlamat di atas, atau sebahagian daripadanya, dan untuk mewujudkan tabung bagi tujuan yang sama. c. menerbitkan jurnal, prosiding dan buletin untuk faedah ahli-ahli dengan memperolehi permit daripada pihak berkuasa terlebih dahulu. PERKARA 4: KEANGGOTAAN 4.1 Jenis keanggotaan a. Ahli Kehormat Seseorang yang mengikut budibicara Lembaga Pentadbir ANALIS telah menunjukkan jasa yang istimewa bagi perkembangan sains analisis boleh dilantik menjadi ahli kehormat oleh Lembaga Pentadbir. b. Ahli Biasa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjanamuda atau setara dalam bidang sains atau bidang yang berkaitan layak dipertimbangkan untuk menjadi ahli biasa. c. Ahli Bersekutu Bukan Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang sains analisis layak dipertimbangkan menjadi ahli bersekutu.

d. Ahli Pelajar Para pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia yang sedang mengikuti kursus sains analisis layak dipertimbangkan menjadi ahli pelajar dengan syarat mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Naib Canselor universiti yang berkenaan. e. Ahli Seumur Hidup Seseorang ahli biasa yang telah menjadi ahli selama 3 tahun boleh memohon kepada Lembaga Pentadbir untuk menjadi ahli seumur hidup. 4.2 Permohonan Menjadi Ahli Setiap orang yang layak menjadi ahli dan ingin menjadi ahli ANALIS mestilah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli biasa dan hendaklah dikemukakan permohonan itu kepada Setiausaha. Setiausaha akan memaklumkan kepada Lembaga Pentadbir untuk kelulusan. Lembaga Pentadbir boleh menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang alasan. PERKARA 5: GABUNGAN 5.1 Persatuan hanya boleh bergabung dengan mana-mana Persatuan luar negeri setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung. PERKARA 6: YURAN 6.1 Yuran keanggotaan ialah seperti berikut: Jenis Keanggotaan Yuran Masuk Yuran Tahunan Ahli Biasa RM 5.00 RM 30.00 Ahli Bersekutu RM 5.00 RM 50.00 Ahli Pelajar - RM 5.00 Ahli Seumur Hidup RM 200.00-6.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam masa 3 bulan setelah bermula tahun kewangan yang baru atau pada masa permohonan dibuat di mana yuran yang dibayar akan diselaraskan dengan tempoh masa sehingga ke akhir tahun berikutmya mengikut tempoh keanggotaan dalam tahun permohonan itu. 6.3 Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama 3 tahun berturutturut adalah terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan hilang segala haknya dalam persatuan dan namanya hendaklah dipotong dari daftar ahli. 6.4 Seseorang yang terhenti dari menjadi ahli menurut Perkara 6.3 di atas boleh memohon menjadi ahli semula tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pentadbir PERKARA 7: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN 7.1 Ahli-ahli berhenti kerana meninggal dunia, atas permintaan sendiri atau diberhentikan oleh Persatuan berdasarkan keputusan 2/3 ahli Lembaga Pentadbiran Persatuan. 7.2 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberikan notis sekurang-kurangnya 30 hari secara bertulis kepada Setiausaha dan dia dikehendaki menjelaskan segala yurannya yang terhutang. 7.3 Lembaga Pentadbir Persatuan boleh mengambil tindakan menasihati atau memecat mana-mana ahli Persatuan yang menjalankan apa-apa kegiatan yang boleh mencemarkan nama baik Persatuan atau yang bertentangan dengan matlamat Persatuan atau yang boleh mengganggu perjalanan pentadbiran Persatuan. 7.4 Ahli-ahli yang tidak berpuas hati terhadap mana-mana keputusan Lembaga Pentadbiran Perssatuan mengenai pemberhentian dan pemecatan boleh merayu kepada Mesyuarat Agung dengan membuat rayuan bertulis. Kelebihan suara 2/3 daripada ahli-ahli hadir yang berhak mengundi adalah diperlukan bagi memansuhkan keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Pentadbir Persatuan.

7.5 Seseorang yang terhenti daripada menjadi ahli Persatuan adalah terlucut segala hak dan tuntutannya terhadap Persatuan dan/atau harta bendanya, jika ada. PERKARA 8: HAK DAN TANGGUNGJAWAB 8.1 Hanya ahli biasa dan seumur hidup Sahaja yang berhak mengundi dan bertanding sebagai calon dan memegang jawatan dalam Lembaga Pentadbir Persatuan. 8.2 Semua ahli berhak mengambil bahagian dalam setiap kegiatan dan menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh Persatuan. 8.3 Setiap ahli hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang Persatuan. PERKARA 9: MESYUARAT 9.1 Kuasa tertinggi Persatuan adalah terletak kepada Mesyuarat Agung. Mesyuarat Agung terdiri daripada Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luarbiasa. 9.2 Mesyuarat Agung Tahunan (a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan secepat mungkin dan tidak lewat dari 3 bulan penutupan tahun kewangan Persatuan iaitu pada 31 hb Julai tiap-tiap tahun. (b) Tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut untuk: (i) Membincang dan mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang lalu. (ii) Menerima laporan Lembaga Pentadbir tentang hal ehwal dan kegiatan Persatuan. (iii) Menerima dan meluluskan Penyata Akaun Persatuan yang sudah diaudit. (iv) Memilih anggota Lembaga Pentadbir Persatuan, tiga tahun sekali. (v) Melantik dua (2) orang Juruaudit. (vi) Membahas dan meluluskan usul-usul dan perkara-perkara berbangkit jika ada yang terkandung dalam agenda. (c) Notis atau pemberitahuan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada ahli oleh Setiusaha sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Tahunan itu diadakan. (d) Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan, Setiausaha hendaklah mengedarkan agenda, minitminit Mesyuarat Agung yang lalu, laporan tahunan Lembaga Pentadbir dan penyata akaun yang telah diaudit serta usul-usul untuk perbincangan kepada semua ahli. 9.3 Mesyuarat Agenda Luarbiasa: (a) Satu mesyuarat Agung Luarbiasa hendaklah diadakan apabila: (i) Difikirkan perlu oleh Lembaga Pentadbir Persatuan, atau (ii) Atas permintaan bersama secara bertulis daripada satu per dua (1/2) jumlah ahli biasa. (b) Mesyuarat berkenaan hendaklah diadakan tidak lewat dari tiga (3) minggu daripada tarikh penerimaan permintaan dari ahli-ahli. Pengumuman dan agenda mesyuarat seumpama itu hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh mesyuarat tersebut. (c) Tidak ada perkara lain yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa selain daripada perkara khusus yang terdapat dalam pengumuman bagi mesyuarat tersebut yang mana kerananya mesyuarat itu diadakan. 9.4 Korum (a) Korum untuk Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tiga (3) kali jumlah ahli Lembaga Pentadbir atau 30 orang ahli biasa/seumur hidup mengikut mana yang kurang. Korum bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa pula hendaklah ½ daripada bilangan ahli biasa dan seumur hidup. (b) Jika tiada korum yang hadir selepas satu (1) jam dari waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat itu, mesyuarat tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan semula dalam masa (30) hari dari tarikh asal mesyuarat tersebut.

(c) Sekiranya ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ditunda juga tidak mencukupi untuk menjadikan satu korum, mereka yang hadir bolehlah disifatkan membentuk satu korum tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengubah, meminda atau membuat tambahan kepada undang-undang Persatuan. (d) Bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa pula, korum yang masih tidak mencukupi setelah 30 hari mesyuarat ditangguhkan hendaklah menyebabkan mesyuarat tersebut dibatalkan terus. 9.5 Mesyuarat Agung Tahunan/Luarbiasa hendaklah dipengerusikan oleh seorang ahli dari kalangan mereka yang hadir. 9.6 Sebarang usul hendaklah disampaikan kepada Setiausaha tiga (3) minggu sebelum tarikh mesyuarat. PERKARA 10: PENTADBIRAN PERSATUAN 10.1 Urusan pentadbiran hal ehwal persatuan hendaklah dikendalikan oleh satu Lembaga Pentadbir terdiri daripada 11 orang yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan. 10.2 Lembaga Pentadbir hendaklah dilantik bagi tempoh tiga tahun. Pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan seramai empat orang ahli Lembaga Pentadbir hendaklah bersara tetapi layak untuk dipilih semula. 10.3 Ahli Lembaga Pentadbir yang dikehendaki bersara setiap tahun ialah ahli yang paling lama memegang jawatan selepas perlantikan terakhir. Bagi ahli-ahli yang dilantik pada tarikh yang sama, giliran bersara hendaklah ditentukan secara sukarela atau undian. 10.4 Jawatan Utama Lembaga Pentadbir Persatuan hendaklah terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha dan seorang Bendahari, yang dipilih oleh Lembaga Pentadbir daripada kalangan mereka sendiri. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam pertubuhan ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia. 10.5 Jika mana-mana ahli Lembaga Pentadbir tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pentadbir sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab bertulis yang menasabah, ahli Lembaga Pentadbir tersebut boleh dinasihatkan supaya mengosongkan jawatannya. 10.6 Sekiranya mana-mana ahli Lembaga Pentadbir itu terhenti daripada menjadi ahli Lembaga Pentadbir, maka Lembaga pentadbir yang ada hendaklah melantik Ahli Biasa yang mendapat jumlah undi terbanyak semasa undian dalam pemilihan ahli Lembaga pentadbir yang lalu untuk mengisi jawatan yang dikosongkan itu dengan kadar secepat mungkin. 10.7 Mesyuarat Lembaga Pentadbir hendaklah dipengerusikan oleh Presiden atau di masa ketiadaannya oleh Timbalan presiden atau di masa ketiadaan mereka oleh seorang ahli Lembaga pentadbir yang dipilih dari kalangan mereka yang hadir. 10.8 Segala keputusan hendaklah diputuskan melalui undi lebih suara. Setiap ahli Lembaga Pentadbir hendaklah mempunyai satu undi dan Pengerusi mempunyai undi pemutus. 10.9 Mesyuarat Lembaga pentadbir perstauan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam setahun dan Setiausaha hendaklah memberi notis kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu. Korum mesyuarat ialah enam ahli Lembaga Pentadbir yang hadir. 10.10 Lembaga Pentadbir hendaklah mempunyai kuasa untuk: a. Membuat Perturan-peraturan mengikut Perlembagaan Persatuan bagi melicinkan pentadbiran Persatuan. b. Melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil atau Jawatankuasa Khas. c. Melantik dan memberhentikan pekerja-pekerja Persatuan bagi membantu pentadbiran Persatuan jika difikirkan perlu. d. Melantik ahli biasa menganggotai Lembaga Pentadbir Persatuan. Mereka ini tidak mempunyai hak mengundi di dalam mesyuarat Lembaga Pentadbir. PERKARA 11: KEWAJIPAN AHLI LEMBAGA PENTADBIR 11.1 Presiden (a) Presiden hendaklah dalam tempoh jawatannya mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pentadbir dan adalah bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat-mesyuarat itu. Beliau hendaklah

menandatanganiminit-minit mesyuarat pada masa minit-minit tersebut diluluskan. (b) Beliau hendaklah mengawasi pentadbiran serta perjalanan Persatuan dan hendaklah juga berikhtiar supaya peraturan dan undang-undang Persatuan dipatuhi oleh semua ahli. (c) Beliau hendaklah menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan bersama dengan Bendahari. 11.2 Timbalan Presiden Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden dan mewakili Presiden semasa ketiadaannya. 11.3 Setiausaha (a) Setiausaha hendaklah menjalankan urusan Persatuan selaras dengan peraturan-peraturannya dan hendaklah menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan juga Mesyuarat Lembaga Pentadbir Persatuan. (b) Beliau hendaklah bertanggungjawab di atas semua surat menyurat dan menyimpan semua buku, dokumen-dokumen dan kertas-kertas kecuali yang berkenaan dengan akaun dan rekod kewangan. (c) Beliau hendaklah hadir disemua mesyuarat dan mencatatkan semua perbincangan. (d) Beliau hendaklah menyimpan satu daftar ahli yang mengandungi butir-butir nama, tarikh dan tempat lahir, nombor kad pengenalan, alamat rumah, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan tarikh ahli-ahli itu diterima masuk menjadi ahli. (e) Beliau hendaklah menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan bersama dengan Bendahari semasa ketiadaan Presiden. 11.4 Penolong Setiausaha Penolong Setiausaha hendaklah membantu Stiausaha dalam menjalankan tugas-tugasnya dan hendaklah memangku jawatannya ketika ketiadaan Setiausaha. 11.5 Bendahari (a) Bendahari hendaklah bertanggungjawab terhadap kewangan Persatuan. (b) Beliau hendaklah menyimpan satu Buku Yuran dan buku-buku akaun yang berkaitan dengan semua urusan kewangan dan hendaklah bertanggungjawab atas kesahihan akaun Persatuan. (c) Beliau boleh memegang panjar wang runcit tidak melebihi $200.00 (Ringgit: Dua Ratus) pada sesuatu masa. Semua wang yang lebih daripada jumlah ini hendaklah dalam masa tujuh (7) hari dari ianya diterima, dimasukkan ke dalam akaun bank yang telah diluluskan oleh Lembaga Pentadbir. Akaun Bank hendaklah di atas nama Persatuan. Bendahari hendaklah bersama-sama dengan Presiden, atau Setiausaha menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan. (d) Membentang akaun Persatuan pada setiap mesyuarat Lembaga Pentadbir. (e) Menyediakan akaun Persatuan untuk diaudit oleh Juruauditjuruaudit yang telah dilantik sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 11.6 Ahli Lembaga Biasa hendaklah menolong pegawai lain menjalankan tugasnya apabila diarahkan oleh Lembaga Pentadbir. PERKARA 12: JURUAUDIT 12.1 Dua orang yang bukan ahli Jawatankuasa Pentadbir perlu dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula. 12.2 Juruaudit-juruaudit tersebut dikehendaki memeriksa akaun Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. PERKARA 13: KEWANGAN 13.1 Perbelanjaan yang lebih daripada $100.00 (Ringgit: Seratus) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Pentadbir. Perbelanjaan yang kurang daripada

$100.00 (Ringgit: Seratus) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari. 13.2 Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik mengikut undang-undang 12, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan bagi Persatuan. 13.3 Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Ogos dan berakhir pada 31hb Julai tiap-tiap tahun. PERKARA 14: PINDAAN KEPADA UNDANG-UNDANG PERSATUAN 14.1 Pindaan kepada undang-undang Persatuan hendaklah dicadangkan secara bertulis kepada Setiusaha sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum sesuatu Mesyuarat Agung. Setiausaha dikehendaki mengedarkan cadangan pindaan undang-undang kepada semua ahli sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Agung. 14.2 Pindaan-pindaan kepada undang-undang mestilah dipersetujui oleh dua pertiga (2/3) ahli-ahli biasa yang hadir. 14.3 Jika diluluskan, pindaan atau pindaan-pindaan itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua puluh lapan (28) hari dari tarikh keputusan dan akan mula berkuatkuasa dari tarikh diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan secara bertulis. PERKARA 15: PEMBUBARAN 15.1 Persatuan tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga per empat (3/4) ahli biasa dan seumur hidup dinyatakan disuatu Mesyuarat Agung Luarbiasa yang bersidang untuk tujuan ini. 15.2 Sekiranya Persatuan dibubarkan dibawah Perkara 14.1 semua hutang piutang dan tanggungan Persatuan yang terlibat secara sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki tabungan dan/atau harta hendaklah diselesaikan oleh sebuah Jawatankuasa Pemandu yang dilantik mengikut apa yang diputuskan oleh ahli-ahli semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa pembubaran Persatuan. 15.3 Pengumuman mengenai pembubaran tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran. PERKARA 16: TAFSIRAN 16.1 Lembaga Pentadbir hendaklah mentafsirkan peraturan-peraturan Persatuan dan di mana perlu menentukan mana-mana maksud yang tidak disebut oleh peraturan-peraturan itu. 16.2 Kecuali di mana peraturan-peraturan itu adalah bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah ditetapkan dahulu oleh suatu Mesyuarat Agung, segala keputusan Lembaga Pentadbir adalah mengikat semua ahli Persatuan kecuali dan sehingga dibatalkan oleh satu keputusan dalam Mesyuarat Agung. PERKARA 17: LARANGAN 17.1 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barangbarang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959. 17.2 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawaipegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. 17.3 Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Presatuan kepada manamana ahli Persatuan. t.t. Presiden t.t. Setiausaha