GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat Permohonan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis. TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (a) Syarat-Syarat Tuntutan dibayar berdasarkan hari tidak termasuk hari cuti awam/umum; Jarak antara IPT/rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat; Tempoh latihan tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/umum); dan Latihan diwajibkan bagi tujuan menamatkan kursus pengajian. (b) Nota Penting Pelajar Tajaan Dalam Negara Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi KERAJAAN atau di syarikat/ agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya jabatan/ agensi/ syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/Praktikal. Pelajar Tajaan Luar Negara Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan Amali di Malaysia TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali dan tiket kapal terbang. Pelajar Luar Negara yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan Amali di Malaysia, Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar Negara untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya layak dibayar atas kadar tempatan. 1
(c) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan Borang Tuntutan Lampiran A; Dokumen Sokongan o Surat Universiti : Permohonan Mendapat Tempat Latihan Lampiran B; dan o Surat Pengesahan Majikan Lampiran C Contoh dokumen bagi Tuntutan Elaun Latihan Amali adalah seperti berikut: Borang Tuntutan Surat Universiti Surat Pengesahan Majikan 2
TUNTUTAN ELAUN TESIS (a) Syarat-Syarat Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis; Sekali sepanjang tempoh pengajian; dan Sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan disediakan secara individu. (b) Borang Tuntutan & Dokumen Sokongan Borang Tuntutan Lampiran A; Dokumen Sokongan o Salinan Softcopy Tesis (CD); dan o Salinan Muka Depan Tesis yang telah disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus di universiti berkaitan Lampiran D Contoh dokumen bagi Tuntutan Elaun Tesis adalah seperti berikut: Borang Tuntutan Salinan Muka Depan Tesis 3
Pelajar tajaan dalam negara boleh mengemukakan permohonan tuntutan yang lengkap melalui pos atau serahan tangan kepada alamat berikut: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA MALAYSIA (u.p.: Unit Pengurusan Biasiswa Latihan Sebelum Perkhidmatan) Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my Bagi pelajar tajaan luar Negara, permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di Negara pengajian masing-masing atau Unit Pembangunan Luar Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA (Bagi Negara Indonesia, Singapura dan Hong Kong). Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan seperti Jadual Tuntutan di Lampiran E. Permohonan tuntutan yang diterima selepas tarikh akhir yang ditetapkan tidak akan diproses oleh Jabatan ini. Arahan berkaitan Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis ini berkuatkuasa mulai 1 September 2016. 4
LAMPIRAN A BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN PELAJAR TAJAAN BIASISWA PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) NAMA PENUH NO. KAD PENGENALAN ALAMAT SURAT- MENYURAT NO. AKAUN BANK ALAMAT BANK NO. TELEFON ALAMAT E-MEL UNIVERSITI PERINGKAT PENGAJIAN PROGRAM / KURSUS TAHUN PENGAJIAN TEMPOH TAJAAN JENIS TUNTUTAN (bil/ invois/ resit yang bukan dalam Bahasa Inggeris/ Malaysia perlulah diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam Bahasa Inggeris/ Malaysia) JUMLAH TUNTUTAN TANDATANGAN PELAJAR. NAMA : TARIKH : Untuk Kegunaan Pejabat Jumlah tuntutan yang diluluskan Tandatangan pegawai Nama pegawai Jawatan pegawai Tarikh penerimaan 5
LAMPIRAN B CONTOH SURAT PENGESAHAN UNIVERSITI Letterhead Universiti Ruj : Tarikh : Tuan / Puan, PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI/AMALI Nama : No K/P : No Pelajar : Bidang Pengajian : Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas 2. Adalah dimaklumkan bahawa penama seperti di atas adalah pelajar sepenuh masa di fakulti ini dan diwajibkan untuk menjalani latihan amali bermula dari sehingga. Tujuan latihan industri/ amali ini adalah sebagai salah satu syarat bergraduat selain daripada untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman di industri yang berkaitan dengan pengajian pelajar berkenaan. 3. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan bantuan pihak tuan/ puan adalah dipohon bagi menempatkan pelajar berkenaan di syarikat tuan/ puan. Semoga peluang yang diberikan oleh syarikat tuan/ puan dapat membantu pelajar tersebut menjalani latihan industri dengan jayanya. Segala perhatian dan pertimbangan yang tuan/puan berikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Daripada.. (NAMA PEGAWAI ) JAWATAN PEGAWAI BAHAGIAN / UNIT UNIVERSITI 6
LAMPIRAN C CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN Letterhead Syarikat Ruj : Tarikh : Kepada Sesiapa Yang Berkenaan / Alamat Universiti Tuan / Puan, PENGESAHAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN AMALI Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini disahkan bahawa pelajar telah menamatkan latihan amali seperti berikut: Nama : No K/P : No Pelajar : Universiti : Tempoh Latihan Amali : Lokasi Penempatan : Pemberian Elaun : YA TIDAK Sekian, terima kasih. Daripada.. (NAMA PEGAWAI ) JAWATAN PEGAWAI SYARIKAT 7
LAMPIRAN D TAJUK TESIS NAMA PELAJAR FAKULTI UNIVERSITI TARIKH Pengesahan Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus Tandatangan & Cop Pengesahan 8
LAMPIRAN E JADUAL TUNTUTAN PELBAGAI TAHUN 2016 BIL. TEMPOH TUNTUTAN TARIKH AKHIR PENERIMAAN OLEH UNIT PENGURUSAN BIASISWA 1. Januari Mac 2016 2. April Jun 2016 3. Julai September 2016 4. Oktober 15 November 2016 5. 16 November 2016 3 Disember 2016 5 April 2016 (Selasa) 5 Julai 2016 (Selasa) 5 Oktober 2016 (Rabu) 30 November 2016 (Rabu) 5 Disember 2016 (Isnin) *Pelajar hendaklah mematuhi tarikh akhir untuk mengemukakan tuntutan yang telah ditetapkan *Tuntutan pelajar yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan oleh pihak JPA. *Permohonan tuntutan bagi pelajar luar Negara hendaklah melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) masing-masing atau Unit Pembangunan Luar Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan,JPA (Bagi Negara Indonesia, Singapura dan Hong Kong). *Tempoh masa untuk bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun pelajar adalah dalam tempoh sebulan hingga tiga bulan selepas permohonan beserta dokumen yang lengkap diterima oleh Unit Pengurusan Biasiswa Latihan Sebelum Perkhidmatan, BMI. *Sekiranya selepas tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan dokumen, pelajar masih belum menerima bayaran tersebut, mohon hubungi Unit Pengurusan Biasiswa Latihan Sebelum Perkhidmatan di alamat emel bayaran.bmi@jpa.gov.my 9