PENGENALAN. Sedarkah anda Kunci Nombor 1 MELEDAK sales adalah COPYWRITING atau ayat jualan!

dokumen-dokumen yang mirip
2 Teknik Close-Sales Lain Macam.

SISTEM BISNES PRO [MODUL 7]

Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi fail PDF panduan ini dengan seiapa sahaja

Webinar Teknik Jana RM3-4Angka Komisyen Setiap Bulan. By: Affiq Fadzil

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sponsor yang telah membantu saya menerbitkan ebook mini.

7 TEKNIK CLOSE-SALE - MAZHAB COPYWRITING. Saya faham, ramai yang sangkut dekat bab ini. Ramai yang sudah berjaya dapat komen.

Real Case-Study 13 Skrip Step By Step - Closing Di Whatsapp. Produk : Garcicut Kecantikan & Kesihatan

Sejarah Penting 100 Tahun Dahulu

#7 Teknik Bina Killer HEADLINE kurang 3 Minit

3 Idea Simple Kerja Dari Rumah Secara Online Untuk Surirumah. oleh Zamri Nanyan

Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati?

Bagaimana Menulis Ayat Jualan POWER!!

Sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Norihan Bin Suhadak.

SISTEM BISNES PRO [MODUL 6]


Sedikit Sumbangan Saya Buat Sahabat-Sahabat Usahawan Yang Juga Anak Didik Mentor Kita, Dr Hj Azizan Osman

Sales Strategy. Strategi Lonjakkan Jualan. Oleh Haszoor Muaidi

Oleh : Muhamad Suffian Salahudin

Rahsia Pendapatan Lumayan Mengunakan Marketing

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Jualkan produk anda kepada desperate market

APA ITU PERSONAL BRANDING??

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

SKRIP HANDLING REJECTION

Kajian kes dan transkrip consulting:

Saya akan buat ayat 'straight to the point' dan anda boleh habis baca panduan ni dalam masa 5 minit.

Kelebihan Perniagaan Internet

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

Teknik Buat Duit Affiliate Tanpa Modal

MAHUKAH KALAU SAYA TUNJUKAN PELUANG PERNIAGAAN DROPSHIP YANG BOLEH JANA PENDAPATAN 4 HINGGA 5 ANGKA SEBULAN. Kalau mahu, teruskan membaca,..!

5 Masalah Terbesar Import Produk Dari China!

9 perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih produk affiliate.

Rahsia! Bagaimana seorang guru mendapat 5 keuntungan apabila membeli emas secara konsisten 1 gram setiap bulan.

SOALAN-SOALAN YANG MEMBANTU ORANG BISNES UNTUK MEMILIH NILAI YANG DITAWARKAN KEPADA PELANGGAN FB PAGE: KANVAS MODEL BISNES - BMC

Rahsia Marketing Plan Guru Coklat

Langkah Demi Langkah Bagaimana Melakukan Promosi Menggunakan Facebook Ads. Haszoor Muaidi

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kerana anda telah mengambil langkah yang tepat dengan mendapatkan panduan ini bagi mengukuhkan bisnes anda.

Bermulanya satu era bisnes online di Gano Excel yang baru!

Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa izin penerbit yang sah. Page 1

4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

TEKNIK PM PROSPEK ADL


Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Pecah Rahsia Bisnes Online PALING SEMPOI...

Terima kasih kerana mendapatkan laporan 'Rahsia List 4 Angka' Ini hanyalah laporan bagaimana seorang usahawan

FB Ads Marketing. Oleh: JaMaL Sifu FB Ads

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Untuk dapatkan info-info terkini, cara terkini tentang ilmu FB ads Marketing, sifufbads sarankan anda mendaftar untuk:

Hakcipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn. Bhd. Page 1

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini.

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Jimatkan RM 3-5 Angka Dengan Meneladani 70 Pengajaran Bisnes, Kehidupan dan Spiritual

3 Magic Power Bagaimana Saya Ubah Mindset dan Berjaya Mencipta Pendapatan 5 Angka Konsisten Setiap Bulan

The Death of Internet Marketing

12.00 TGH MLM, 15 OKTOBER

MANUSIA LEBIH PERCAYA KEPADA MANUSIA BERBANDING JENAMA

Disclaimer. Perhatian!

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

(ASSET MANAGEMENT GROUP)

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

TEKNIK TAMBAH 1000 orang KAWAN targetted friends dalam masa 10 hari Tanpa DISEKAT

Anda Ingin Tahu Apa Peluang Ini? Teruskan Membaca Ebook Ini

MODUL PERNIAGAAN KOMIK KETUHANAN PERTAMA NEGARA

Anda dijamin berani bertindak bila dah tahu prosedur ini.

Gold Accumulation Program (GAP) ialah kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang dibackup 100% dengan emas fizikal.

EBook Panduan Kumpul List. Ebook ini diedarkan percuma di

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

2,000 HIGH POTENTIAL CUSTOMER


- RM5000 Sebulan Bukan Lagi Mustahil Untuk Anda Perolehi -

[Rahsia Bisnes Printing] RAHSIA BISNES PRINTING Kini Peluang Anda Untuk Menjadi BOSS Besar Syarikat Printing!

INFOKERJAYA BONUS. Rujukan Kerjaya Online No. 1 Malaysia SEBAB GAGAL TEMUDUGA HARGAI PANEL TEMUDUGA

BAGAIMANA MENGORAK LANGKAH PERTAMA KE ARAH KEJAYAAN

Jom Jadi Pengedar Rasmi Aroma Gaharu Premium ( A) Tahajjud Perfumes

TIPS & HELAH UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN

8 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

Pertama sekali terima kasih kerana mendapatkan Ebook Panduan ASASMula. Pemasaran Instagram Ini. Baiklah dalam Mini Ebook ini saya akan

PANDUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Model Pengurusan Strategik

Sila klik Ctrl+1 atau Ctrl+2 mengikut keselesaan mata tuan-puan ketika membaca ebook ini.

USAHAWAN DIGITAL Teknik Power Penghasilan Produk Digital dan Jana Wang Tanpa Had Oleh: Ferdy Fauzi

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan. Legal Notice

Pra Kata. Gaya penulisan didalam ebook ini tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, supaya mudah difahami.

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

Mencari Ilmu Adalah Lebih Baik Daripada Mencari Duit -

KURSUS PEMANDU HEBAT KOMUNIKASI BERKESAN OLEH : SITI SALAMAH MOHD SHIHAB TIMBALAN PENDAFTAR KANAN UTM KUALA LUMPUR

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

3 faedah dari setiap unit. Gambarajah kuasa. 1) Koperasi mengizinkan anda menyempurnakan tugas dengan cara akumulasi atau sekaligus.

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

30 TiPS LULUS TEMUDUGA

Kesetiaan kepada Syarikat

5 FORMULA MUDAH MEMBACA ALQURAN BERTAJWID

2.2. Semua harga yang ditawarkan oleh wakil-wakil Rapid Data Recovery adalah tidak termasuk VAT (pada kadar 17.5% daripada jumlah boleh dibayar.

Perlukah saya memulakan Insulin?

Transkripsi:

PENGENALAN Assalamualaikum wbt. dan terima kasih kerana mendapatkan ebook COPYWRITING INSTANT SALES. Saya terpanggil untuk menulis buku ini berdasarkan pemerhatian dan maklumbalas ramai agen dan dropship saya serta follower di FB yang majoriti adalah peniaga online yang sentiasa dalam keadaan tertanya-tanya bagaimana ada peniaga online yang hanya bermula dropship boleh meroket sales hingga ada yang capai status jutawan dalam masa yang singkat, sedangkan ada pula peniaga yang masih meraba-raba mencari formula meroket jualan di dunia online. Sedarkah anda Kunci Nombor 1 MELEDAK sales adalah COPYWRITING atau ayat jualan! Jadi dalam ebook ini saya akan kongsikan RAHSIA cara dan bagaimana menulis ayat jualan atau copywriting yang merupakan alat sulit nombor 1 saya meroket jualan di pasaran online selama saya terlibat dalam perniagaan internet bermula dari tahun 2008 lagi. Skill Copywriting memang anda perlu master. Anda kuasai skill menulis ini, marketing effort anda selepas ini menjadi lebih mudah kerana anda boleh diaplikasikan menulis untuk convert sales dalam setiap channel pemasaran samada secara Facebook Ads, Facebook peribadi, di Blog, Website, landing Page, Mudah.com, E-Bay mahupun di email. Pendek kata, anda master teknik copywriting, anda juallah di mana-mana pun, jualan anda dalam genggaman! Terdapat banyak format copywriting yang saya telah cuba jaya dan apa yang saya akan kongsikan dalam ebook ini adalah teknik copywriting paling power yang telah membantu saya menjana keuntungan jualan sehingga RM1.2 JUTA dalam masa 2

tahun ini. Teknik copywriting yang cukup power yang bakal saya dedahkan ini boleh dikatakan sampai boleh mandrem prospek hinggakan mereka tidak sedar telahpun bank in duit pada anda! Tiada bomoh, tiada tangkal! Jadi saya berikan yang terbaik untuk anda! Saya olah buku ini dengan menggabungkan 6 Modul utama beserta BONUS Extra yang padat dengan formula, strategi dan tips copywriting sedut prospek dan seterusnya menggandagandakan jualan anda. Saya juga menyediakan contoh-contoh copywriting proven untuk anda TIRUVASI dan terus guna, termasuk cara mensasarkan kepada siapa copywriting ini ditujukan serta formula bagaimana cara buat copywriting spesifik bagi setiap channel pemasaran. Ebook ini juga tidak lengkap jika saya tidak sertakan Case Study sebenar bagaimana dengan kuasa copywriting sahaja seorang newbie telah meraih jualan sebanyak RM4734 dalam masa 2 minggu sahaja untuk buat jualan dan seterusnya terus meroket sehingga 5 angka sebulan membina team dengan hanya menggunakan keajaiban copywriting! Strategy dan format yang saya akan terangkan tersangat simple dan saya yakin anda semua boleh lakukannya. Nah nikmatilah 6 MODUL UTAMA dengan BONUS Extra bagi meroket jualan anda dalam ebook COPYWRITING INSTANT SALES

DISCLAIMER Dari meja penulis asal Ebook Copywriting Instant Sales, Ebook ini adalah Hak Cipta Terpelihara (Copyright) 2017 penulis asal Copywriting Instant Sales iaitu Noraliza Alwi. Ebook ini TIDAK DIBENARKAN untuk disebarkan secara percuma dengan cara pemindahan elektronik mahupun cetakan tanpa kebenaran bertulis dari pemilik asal Noraliza Alwi. Jika didapati anda melakukannya, tindakan undang-undang berbentuk denda akan dikenakan. Ilmu adalah untuk dihormati. Hanya yang layak dan mendapat kebenaran dari penulis asal sahaja yang berhak mendapatkan ebook ini. Segala informasi, fakta dan hasil kerja berbentuk karya mahupun hasil jualan dari contoh case study di dalam ebook ini adalah unik dan eksklusif bagi penulis dan tidak menjanjikan apa-apa pulangan yang sama untuk anda. Semoga Segala Ilmu Dalam Ebook Ini Memberi Manfaat penuh Buat Bisnes Anda!

MODUL 1: FORMULA COPYWRITING INSTANT SALES Formula 5 Langkah! Ramai peniaga online mengeluh mengatakan masalah UTAMA mereka ialah buat Copywriting. Namun, tahukah anda ramai peniaga online yang menjadi jutawan hanya dengan Copywriting? Pastinya ada rahsia formula proven disebalik Copywriting power yang mereka hasilkan, termasuklah yang saya aplikasikan dalam perniagaan saya hingga boleh mencapai jualan hampir 1 juta ringgit setahun. Macam magik kan, hanya dengan copywriting sahaja jualan menjadi luar biasa! Saya akan dedahkan bagaimana anda juga boleh jadi power menulis copywriting dengan FORMULA 5 LANGKAH dalam ebook RAHSIA COPYWRITING INSTANT SALES di dalam modul ini. Mengapa mesti buat COPYWRITING? Inilah antara NASIHAT terbaik yang mengubah saya!

Jika anda nak sales meroket di arena online, Copywriting adalah WAJIB digunakan di dalam setiap fasa bisnes anda. 6 Fasa Perniagaan yang wajib guna Copywriting memukau pelanggan anda; a) Fasa Mencari Trafik (Copywriting menarik target prospek) b) Fasa Prospekting (Copywriting untuk Engagement dan Build Trust) c) Fasa Educate Prospek (Copywriting Membuat penerangan Produk) d) Fasa Brain Wash (Ayat Follow Up pelanggan) e) Fasa Close Sale (Ayat Buat pelanggan beli) f) Fasa Bina Team (Copywriting Rekrut Dropship dan Agen) Pendek kata, Copywritinglah kuncinya untuk dapat jualan berganda bermula dari nak cari pelanggan hingga close sale pelanggan, dan buat dia jadi pelanggan berkali-kali. Jadi bagaimanakah membuat copywriting untuk setiap fasa ini dan apakah elemen copywriting yang menjadi amalan mereka yang terbukti boleh convert sales sehingga hit 5-7 figure sebulan? Semuanya terkandung di dalam FORMULA 5 LANGKAH ini! FORMULA 5 LANGKAH COPYWRITING INSTANT SALES

Fungsi Formula 5 Langkah: Langkah 1: Intro Intro berfungsi untuk MENARIK PERHATIAN, MEYAKINKAN dan ENGAGE dengan prospek anda. Langkah 2: Story Penceritaan berfungsi untuk BINA HUBUNGAN, BINA KREDIBILI dan menghasilkan TRUST di mata prospek Langkah 3: Content Content atau flow ciri-ciri produk adalah langkah paling penting kerana JUALAN SEBENAR berlaku di sini. Anda juga menguatkan kredibiliti anda mengapa mereka perlu membeli dari anda dalam langkah ini. Langkah 4:Transition Merupakan FASA PERALIHAN untuk prospek mengambil tindakan di mana anda perlu menekankan manfaat produk di sini. Bagi prospek yang sudah mula berkeyakinan, langkah ini merupakan ayat booster untuk prospek ambil langkah seterusnya. Kebiasaanya anda perlu beri TESTIMONI di langkah ini Langkah 5: Pitch Booster sales melalui ayat menjual atau call to action akan mengarahkan prospek dengan cara bertindak setrusnya bagi mendapatkan produk yang memenuhi keperluannya. Kita lihat dengan lebih detail dalam huraian berikut; 1. LANGKAH 1 INTRO

Elemen di dalam intro adalah Headline dan Pembuka Cerita. Rahsia Copywriting Power di langkah pertama bermula dengan kuasa headline! a) Headline yang menarik perhatian adalah headline yang boleh buat jualan. Terdapat 3 cara atau format untuk anda menulis Headline; a) HEADLINE HURUF BESAR atau; b) HEADLINE BERGARIS atau; c) [HEADLINE BRAKET] Tujuan Headline ditulis dengan mana-mana tiga cara ini adalah bagi menarik perhatian dan membezakan Headline dengan body iklan. Headline terbaik adalah headline yang mampu buat prospek rasa nak engage dengan anda, membuat prospek tertarik untuk berhenti, dan baca keseluruhan story dan content copywriting, dan yang paling penting mestilah berakhir dengan pembelian dari prospek. Berikut ialah 5 RAHSIA menghasilkan Headline yang menarik perhatian prospek. 5 RAHSIA buat Headline POWER dan MEMUKAU; a) Headline yang tergantung dan menimbulkan tanda tanya (Curiosity) b) Headline yang target interest prospek terus ke hatinya c) Headline yang menggunakan POWER WORDS buat prospek tidak mahu ketinggalan d) Headline menggunakan Bahasa Prospek, e) Headline yang Beremosi mengusik hati prospek

Headline yang tergantung dan menimbulkan tanda tanya biasanya bermula dengan soalan. Contoh Headline menggunakan soalan dan ayat tergantung untuk produk Jus Kurus; KAK KIAH SAMPAI MALU DENGAN SUAMI SENDIRI? Biarkan Headline ini tergantung begini. Lagi tinggi perasaan ingin tahu prospek, lagi tinggi kebarangkalian untuk dia membaca keseluruhan cerita dalam copywriting kita. Jika anda dapat menerapkan unsur emosi digabungkan dengan ayat tergantung dalam Headline membantu anda meningkatkan klik rate anda. Headline yang target interest prospek pula, merupakan headline yang terus mensasarkan kepada minat atau desire atau impian prospek itu sendiri. Contoh headline berbunyi begini; Adakah ANDA peniaga ONLINE yang masih belum menjana RM5000 income di Facebook dan ingin kami bagi bantu? Headline yang bermain dengan Power Words pula lebih kepada melengkapi keinginan prospek yang tidak mehu ketinggalan. Contoh power words termasuk TERBARU!, KINI DILANCARKAN, LIMITED TIME OFFER, LAST DAY! ini adalah beberapa contoh power words yang anda boleh aplikasikan dalam headline anda yang bakal membuatkan prospek anda teruja untuk tahu offer selanjutnya! Terdapat juga POWER WORDS yang digabungkan dengan fakta nombor bagi menguatkan lagi claim anda.

Headline Menggunakan Bahasa Prospek menyumbang kepada 70% conversion. Contohnya anda menyasarkan target untuk penduduk di Kedah. Penggunaan bahasa prospek atau Bahasa pasar membantu 70% conversion. Apabila kita guna Bahasa santai, prospek rasa lebih selesa, kerana rasa macam iklan itu untuk dia, menariknya untuk baca offer seterusnya, kerana merasakan kita adalah geng dia. Contoh Headline Memanggil Guna Bahasa Prospek Headline beremosi pula menyumbang kepada perasaan LUAR BIASA memukau prospek dan terutamanya jika kita menggunakan Headline berbentuk soalan yang kena dengan masalah prospek. Contoh jenis-jenis HEADLINE yang menggabungkan kesemua kriteria diatas: a) Headline POWER WORDS + nombor Beli satu dapat dua PERCUMA!

PERCUMA 2 Cawan Kopi dengan Pembelian 1 slice kek BONUS bernilai RM1759 Khusus untuk Anda.. 7 Masalah Segan Nak Muncul Lagi Setelah Guna Gel ini. Gigi Lebih Putih Dalam 10 hari. DIJAMIN! b) Headline Target Interest Hanya untuk Abam-Abam Sado Macam Anda.. SPECIAL Buat Surirumah yang Suka Online Jer! KHAS buat Peminat Masakan Minang! Untuk WANITA yang lebih langsing Macam Anda Kepada Semua Wanita Menyusu, Anda Perlukan Ini c) Headline Curiosity (Timbulkan Tanda Tanya) Inilah CARA mengapa perempuan di Kedah lebih cantik dari Bagaimana saya menghasilkan RM17,400 sehari tanpa kos Sekali sembur terus terdiam! Apa yang bakal anda hadapi setelah menggunakan Gel Bara ini Ini adalah cara BARU yang ramai lagi tahu untuk memulihkan parut jerawat seawall 5 hari! d) Headline Fear (Ketakutan) Awasss kuman di mana-mana Awasss jika anda memiliki ini.. Jangan sampai suami dingin dengan anda Bank-bank bakal buang pekerja? Anak anda masih tidak boleh membaca di umur 7 tahun?

e) Headline Teaser Bakal dilancarkan 3 hari lagi! Coming Soon, menggegarkan rumah anda! Tiada lagi Jerawat setelah Hanya 3 hari lagi bakal mengubah masa depan anda! Penantian Anda Bakal Berakhir seminggu lagi.. Headline yang disertakan gambar yang menggambarkan headline atau yang berkaitan dengan masalah prospek adalah 67% lebih berkesan berbanding headline tanpa gambar. Pemilihan gambar juga penting, contohnya gambar produk yang disertakan gambar manusia adalah lebih meyakinkan dan engaging berbanding gambar produk semata-mata. Cuba lihat contoh ini. Produk (T Shirt) ini lebih nampak menarik dengan model dan lebih kena dengan kuasa visual mereka memakai t shirt ini, membuatkan audiens akan lebih respons pada gambar pertama. Gambar kedua kelihatan hambar tanpa manusia.

b) Pengenalan Cerita didalam elemen intro dalam Formula 5 Langkah merupakan permulaan cerita yang mengadungi 1-2 ayat ringkas yang fungsinya untuk menguatkan headline dan semakin menarik perhatian. Sebaiknya kita terus menyambung cerita dari Headline tadi. Fokus penulisan anda kepada apa yang bakal prospek dapat. Contoh produk kurus berdasarkan Headline sebelum ini, intro ceritanya berkesinambungan seperti berikut. (Headline) KAK KIAH SAMPAI MALU DENGAN SUAMI SENDIRI? (Intro Cerita) Apa cerita ni kak..cuba story, mana tahu kami boleh membantu. Takkan dengan suami sendiri nak malu. Kak Kiah mula menceritakan masalah berat badan yang dialaminya tidak selesai walaupun telah mencuba banyak jenis produk Tips intro yang menarik ialah biarkan ianya tergantung sekali lagi, bagi membuatkan prospek kekal ingin membaca keseluruhan story anda. 5 Jenis intro yang boleh buat prospek tak sabar-sabar nak tahu cerita selanjutnya; a) Highlight Testimoni b) Tekankan masalah prospek sekali lagi c) Puji-pujian kepada bakal prospek d) Motivasi atau inspirasi

2. LANGKAH 2 STORY (Cerita Copywriting) Objektif utama Story adalah untuk bina hubungan, TRUST, serta keyakinan prospek pada anda. Apa yang perlu anda ceritakan di sini adalah JURNEY anda. Jurney bagaimana kejayaan anda bersama produk, dari sebelum bertemu, hinggalah ke kesannya. Di sini anda boleh masukkan elemen beremosi. Bina cerita Pain & Gain anda semasa belum bertemu produk, dan bagaimana hidup anda berubah 360 darjah setelah menggunakan produk. Storytelling jurney beremosi juga diceritakan berdasarkan; a) Perubahan dulu dan kini b) Ketakutan dari masalah sekarang atau masalah lalu c) Kegembiraan iaitu Impian masa hadapan d) Manfaat menggunakan produk atau servis e) Sekuriti contohnya jaminan pengembalian wang Ambil contoh Headline Produk Jus Kurus diatas. Cerita mungkin boleh berbentuk begini;

Mana tidaknya, sebelum ni memang Kak Kiah malu sungguh bila suami asyik perli jer kita mengandung 8 bulan lahh, 9 bulan lahh, tapi tak meletop juge. Mula akak tahan lagi. Kalau dah hari-hari..memang panass je telinga akak ni dengar. Kak Kiah bukan tak usaha, dah bersenam, dan makan macam-macam produk dah tapi macam tu juga perutnya..memang bunccctss huhu, nak meraung rasanya di tempat keja pun gitu, anak2 muda suka la sangat nyakat Kak Kiah ni, kenderaan berat nak lalu laaa, aduhai..kak Kiah nekad mmg nak cuba juga Jus Kurus Bidan Itam ni, last produk ni sebelum Kak Kiah buat liposuction terus! Tak sangka minggu pertama kurang sikit dalam setengah kilo turun, masuk minggu ke 2 dan ke tiga ya Allah rasa makin ringan dan timbang tengok, MasyaAllah 4 kilo turun..seronoknyerr.. Anda boleh perhatikan penggunaan emosi yang anda boleh mainkan berdasarkan copywriting ini. Story tentang perjalanan kita jatuh bangun bersama produk. Semakin menyentuh emosi, semakin membuai perasaan audiens, adalah lebih baik dan lebih tinggi kemungkinan conversation rate. TIPS: Elakkan menulis gaya Bahasa yang menghina Contoh Copywriting menghina: a) Macam mana anda boleh tahan muka dah macam kawah gunung berapi? b) Badan dan kembang baru nak ambil tindakan? c) Pakai Shawl cap ayam je di pagi raya? d) En somi pun dah tak sudi pandang.. e) Takkan Anda Nak Biarkan Badan Jadi Macam Kak Kiah Kembang Semangkuk?

Ayat berunsur negatif akan hanya membuatkan prospek menyampah kerana awal-awal lagi dah terguris dengan anda, buat dia rasa macam melampau sangat teruknya. Gantikan dengan ayat puji-pujian adalah lebih bermakna dan membuai perasaan prospek serta menjentik Desire. 3. LANGKAH 3 Content Langkah 3, langkah paling PENTING! Close atau tidaknya sales berlaku di content. Setelah anda membina TRUST melalui story tentang jurney anda bersama produk, anda akan membina kredibiliti dan menambah value kepada prospek di sini. Anda perlu menceritakan tentang langkah demi langkah, cara guna Produk atau bagaimana anda melalukannya. Contoh produk diet atau produk kurus, tunjukkan cara bagaimana anda boleh mencapai berat badan ideal itu. Anda boleh memberi huraian tentang manfaat produk berdasarkan *FAB di sini. Manfaat Produk (F.A.B Feature Advantage Benefit) Sebaiknya anda tukarkan Feature atau ciri-ciri produk anda kepada Benefit atau Manfaat yang prospek bakal dapat. Manfaat adalah lebih dekat ke hati prospek berbanding ciri-ciri semata. 4. LANGKAH 4 - TRANSITION Transition bermaksud peralihan prospek dari dunia fantasi bacaannya kealam realiti untuk dia bertindak. Jika langkah 3 adalah penentu untuk prospek buat keputusan untuk mendapatkan produk anda, langkah 4 anda kuatkan lagi perasaan mereka dengan menjawab SATU persoalan yang

bermain dalam kotak fikiran mereka iaitu MENGAPA aku mesti juga membeli? Jadi anda boleh memberi bukti-bukti kejayaan atau manfaat pelanggan lain yang telah menggunakan produk dengan memberi testimoni-testimoni benar beserta link ke Album Testimoni. Lengkapkan album dengan 15-30 testimoni bagi menambah keyakinan prospek terhadap produk anda. 5. LANGKAH 5 - PITCH Langkah ini adalah bagi CONFIRM ORDER juga merupakan langkah terakhir dan paling penting untuk menyuruh prospek bertindak. Letakkan Call to Action yang jelas samada menyuruh mereka PM di komen atau wasap atau klik website anda. Berikanlah cara yang paling mudah untuk prospek menghubungi anda. Ini adalah Formula 5 Langkah terbaik yang saya sudah gunapakai sejak hari pertama berbisnes. Format ini jugalah yang telah membantu saya menjana 5 figure income semasa masih dropship newbie dalam masa kurang 4 bulan! Ayuh tiruvasi!