LAPORAN MALAM CINTA RASUL

dokumen-dokumen yang mirip
Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

CHIA CHONG YANG A143398

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

IMAN Siapa yang Anda Percaya

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Pengenalan Kecerdasan Emosi

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

CAPAN KHATAMAN USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD* 1. Hidup Dihiasi Adab

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Unit 5 Pendekatan Tematik

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BORANG SOALSELIDIK Keperluan dan penerimaan dakwah

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Prinsip Pembangunan Komuniti

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas. Muhammad Haniff Hassan

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

SIKAP ADALAH SEGALANYA!

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

Nama : Mohd Ansari Bin Mohd Baseair No Matrik : A144754 LAPORAN MALAM CINTA RASUL Pengenalan Malam Cinta Rasul merupakan satu himpunan umat Islam untuk berselawat, berqasidah dan mengingati Rasulullah SAW. Malam Cinta Rasul ini kebiasaannya dibuat bersempena dengan peristiwa tertentu bagi manambahkan cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Para peserta kebanyakkannya akan memakai pakaian seperti jubah putih dan berkopiah serta beserban. Satu kumpulan akan memimpin qasidah di atas pentas dan akan diikuti oleh peserta lain dibawah. Antara qasidah yang biasa dialunkan ialah Ya Hanana, Ya Badratim dan Solatun Bissalamil Mubin. Walaupun terdapat beberapa pandangan mengenai Malam Cinta Rasul ini, setiap pendapat mempunyai hujah dan sebab masing-masing. Namun, fokus utama yang perlu ditekan dalam Malam Cinta Rasul ini adalah komunikasi kita kepada Nabi Muhammad SAW. Bagaimana usaha kita untuk menyemai kecintaan kepada baginda dan cara kita menghargai baginda. Dengan harapan kecintaan kepada baginda akan membolehkan kita mendapat syafaat baginda dan menjadi sebab meningkatkan kecintaan kita kepada Allah SWT dan mendapat redha Allah SWT. Persepsi Kendiri Kehadiran ke Malam Cinta Rasul baru-baru ini telah banyak memberi kesedaran kepada saya. Walaupun diri ini mengaku Islam, bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, masih masih terdapat banyak lompong di sana sini dalam kehidupan seorang Muslim. Tema Malam Cinta Rasul Hadir Dengan Cinta, Dalam Majlis Menikmati Cinta, Dan Pulang Menyebarkan Cinta membawa satu mesej yang amat mendalam iaitu perlu nya kita sentiasa mencintai sesame kita atas dasar kita umat Rasulullah SAW.

Dalam Malam Cinta Rasul ini, barulah saya sedar yang dalam kehidupan seharian kita selaku umat Nabi Muhammad SAW, jarang sekali terlintas dalam hati kita apatah lagi terucap di bibir kita rasa ingin berselawat dan mengingati Nabi Muhammad SAW. Namun majlis seumpama ini menjadi tarbiyah kepada kita atau mungkin penyelamat agar tertulis dalam catatan amal kita satu majlis mengingati Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan dengan catatan nan sedikit ini boleh menempatkan diri ke syurga Allah SWT. Perkongsian mengenai yang kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan adik beradik rohani tidak pernah terlintas dalam fikiran saya. Dengan Nabi Muhammad SAW sebagai ayah dan isteri-isteri baginda sebagai ibu adalah satu analogi yang menarik. Apabila kita berpegang kepada konsep ini, saya yakin dan percaya dalam diri akan sentisa rasa terbeban dengan tanggung jawab yang kita galas dibahu kita sepanjang hidup di dunia iaitu dakwah kepada Allah SWT atau menyebarkan cinta. Kegembiraan yang akan diperolah apabila tersemai cinta Nabi Muhammad SAW dalam diri kita ialah kasih sayang, ketauhidan dan kekuasaan. Inilah antara isi penting yang saya peroleh semasa perkongsian berlansung. Yang mana kegembiraan kasih saying tersemai dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang memandang satu sama lain dengan kasih sayang. Kasih sayang ini kemudiannya menyatukan kita kea rah satu tujuan iaitu mentauhidkan Allah SWT. Satu matlamat dan destinasi membuahkan kekuasaaan disuntik pula dengan sentuhan sirah nabawiyah yang dijadikan pedoman dalam perjuangan menyebarkan cinta. Apabila kita cinta Nabi Muhammad SAW, maka semua peninggalannya yang kita lihat akan mengingatkan kita kepadanya. Termasuk lah apabila melihat umat dan majlis yang memuliakan baginda. Mudah-mudahan baginda bahagia dengan kita mengingati baginda. Harapan saya majlis seumpama ini dikekalkan bahkan diperbanyak dalam usaha memberi kesedaran kepada semua agar cakna cinta Nabi Muhammad SAW. Dari sudut komunikasi rohani terhadap Rasulullah SAW pula bersifat tenggelam timbul kerana tidak semua perkongsian pada malam tersebut boleh difahami dengan baik dan boleh diikuti. Justeru tatkala perkongsian difahami maka komunikasi rohani meningkat dan sebaliknya seolah-olah hilang apabila apa yang cuba disampaikan performer tidak boleh difahami dengan baik.

Persepsi Terhadap Penonton Kehadiran para penonton pada Malam Cinta Rasul tersebut amat menggalakkan. Walaupun masih terdapat kerusi kosong di bahagian belakang dewan, namun penonton yang hadir khususnya yang duduk di bahagian hadapan jelas menunjukkan komitmen yang cukup baik sepanjang majlis berlansung. Dari segi penghayatan atau komunikasi rohani terhadap Rasulullah SAW, para penonton yang hadir pada malam tersebut boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang pertama adalah kumpulan yang menghayati dan boleh mengikuti pembawaan performer di atas pentas. Kumpulan kedua pula, adalah kumpulan yang boleh mengikuti sebahagian apa yang dibawakan oleh performer di atas pentas dan kumpulan yang ketiga adalah kumpulan yang tidak faham dan tidak boleh mengikuti apa yang dibawakan oleh performer di atas pentas. Kumpulan pertama boleh menghayati dan boleh mengikuti pembawaan yang dibawa oleh performer diatas pentas mungkin kerana mereka terdiri daripada ahli Majlis Tauhid dan Kasih Sayang sendiri. Justeru mereka sudah mengikuti majlis seumpama ini beberapa kali dan sudah biasa berqasidah dan berselawat sebagaimana yang dibawakan oleh performer di atas pentas. Bahkan kemungkinan mereka sudah menghadiri kelas mempelajari qasidah dan selawat tersebut. Kumpulan kedua pula boleh menghayati dan mengikuti sebahagian daripada apa yang dibawakan oleh performer di atas pentas. Kumpulan ini boleh mengikuti sebahagian daripada apa yang dibawakan oleh performer di atas pentas mungkin kerana mereka pernah terlibat dengan majlis seumpama ini, namun tidaklah sekerap kumpulan pertama tadi. Kemungkinan lain mungkin kerana mereka pernah menonton video atau melihat di kaca televisyen yang membuatkan mereka boleh menerima sebahagian daripada apa yang disampaikan. Saya menganggap diri saya berada pada kumpulan yang kedua ini. Kumpulan ketiga pula adalah golongan yang tidak faham dan tidak boleh mengikut apa yang dibawa oleh performer diatas pentas. Kumpulan ini kemungkinan tidak pernah terdedah kepada majlis seumpama ini atau pernah terdedah tapi dengan kadar yang cukup sedikit dan mereka tidak faham. Justeru kehadiran mereka pada malam tersebut adalah tambahan kepada pendedahan yang mereka peroleh sebelum ini. Kemungkinan lain adalah kumpulan ini adalah

golongan yang menolak majlis seumpama ini diatas pegangan mereka berdasarkan sebab-sebab mereka sendiri. Justeru, dapat disimpulkan bahawa penerimaan penonton dan ketersampaian komunikasi rohani Rasulullah SAW terhadap apa yang dibawakan oleh performer di atas pentas adalah bergantung kepada tahap pendedahan dan ilmu yang ada pada diri penonton yang menyebabkan persepsi yang berbeza diantara satu dengan yang lain. Persepsi Terhadap Performer Kehadiran performer selaku penggerak kepada Malam Cinta Rasul adalah sesuatu yang amat penting pada malam tersebut. Performerlah yang akan menentukan berjaya atau tidak objektif dan matlamat yang hendak disampaikan kepada penonton yang hadir. Berdasarkan pemerhatian saya, performer juga boleh kita bahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama hanyalah bertindak sebagai pembuat persembahan namun tidak memahami matlamat komunikasi rohani terhadap Rasulullah SAW yang hendak disampaikan. Kumpulan kedua pula adalah golongan yang bertindak membuat persembahan namun hanya memahami sebahagian daripada matlamat komunikasi rohani terhadapat Rasulullah SAW yang cuba disampaikan. Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang membuat persembahan dan faham mengenai perihal komunikasi rohani Rasulullah SAW yang cuba disampaikan. Pemerhatian ini dilakukan dengan melihat beberapa aspek. Aspek yang pertama adalah dari sudut pemakaian para performer. Kumpulan performer pertama memakai pakaian yang melambangkan kumpulan qasidah mereka bahkan ada yang berkaca mata hitam. Manakala kumpulan kedua dan ketiga pula memakai jubah dan ada yang berserban dan memakai kain rida dibahu yang merupakan salah satu cara mengikut pakaian Nabi Muhammad SAW. Justeru pemakaian ini telah memberikan perspektif berbeza mengenai perihal komunikasi rohani terhadapat Rasulullah SAW. Aspek yang kedua pula adalah mengenai penyampaian qasidah. Kumpulan pertama membuat persembahan seolah-olah membuat persembahan untuk bersuka-suka bukan menyemai cinta terhadap Rasulullah SAW dan komunikasi rohani terhadap baginda. Kumpulan kedua pula bersifat sederhana dan bersahaja. Hal ini mungkin disebabkan pemahaman mereka mengenai motif dan tujuan mereka iaitu menyebarkan cinta Rasulullah SAW dan komunikasi rohani

terhadap Rasulullah SAW. Kumpulan ketiga pula bersifat tawaduk dan menghayati serta memahami apa yang disampaikan. Pembawa kumpulan yang ketiga lebih banya memberi kesan terhadap penonton. Kumpulan ini kelihatan memahami matlamat menyebarkan cinta Nabi Muhammad SAW dan komunikasi rohani terhadap Rasulullah SAW. Justeru, dapat disimpulkan bahawa komunikasi rohani dalam diri performer dan pemahaman matlamat majlis mempengaruhi penyampaian yang cuba dibawakan oleh performer dalam majlis tersebut. Namun secara keseluruhan pembawaan ternyata memberi kesan kepada penonton. Cuma impak yang berbeza dari kumpulan yang berbeza. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, Malam cinta Rasul merupakan satu majlis yang membawa banyak manfaat kepada umat Nabi Muhmmad SAW. Walaupun penerimaan berbeza daripada penonton, namun saya yakin dan percaya satu matlamat iaitu mengingati Nabi Muhammad SAW dalam majlis tersebut sudah tercapai kerana setiap yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW akan berselawat mengingati baginda.