TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN SISTEM PEMBERIAN SERANGGA (DIPTERA) SEBAGAI SUMBER MAKANAN KEPADA BURUNG WALIT (AVES: APODIDAE)

dokumen-dokumen yang mirip
TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN EKONOMI PENTERNAK KAMBING DAN KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM RAUB, PAHANG

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN PENJANAAN EKONOMI PENTERNAK IKAN PATIN DI TEMERLOH, PAHANG

TAJUK PROJEK: AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BAGI INSTITUT PENDIDIKAN GURU WILAYAH UTARA MALAYSIA

TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO DAN HIJAU BAGI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

TAJUK PROJEK: SISTEM PENGENALAN KELUARAN AUTOMATIK BAGI OPERASI LOGISTIK BALIKAN DI INDUSTRI PERKILANGAN

TAJUK PROJEK: PERLAKSANAAN KAEDAH KESIHATAN GEROMPOK DAN PEMBIAKAN KERBAU DI SABAH

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

TAJUK PROJEK: DARI SISA KEPADA TENAGA (WASTE CONVERSION TO SOLID FUEL) KOD PROJEK: I-GT/6 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TAJUK PROJEK: PENINGKATAN KUALITI KUIH TRADISIONAL SEJUK BEKU UNTUK OPERASI KATERING DI WARISAN BAIDURI SDN. BHD.

TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN POLIPROPILENA (PP) TIKAR GENTIAN SINTETIK DAN PANEL KOMPOSIT BAGI APLIKASI AUTOMOTIF

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

TAJUK PROJEK: MODUL PERISIAN UNTUK PENGOPTIMUMAN REKA BENTUK LITAR ELEKTRONIK

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

TAJUK PROJEK: SISTEM PAPARAN LAMPU ISYARAT UNTUK PEMANDU BUTA WARNA (SINGLE DISPLAY TRAFFIC LIGHT SYSTEM FOR COLOUR VISION DEFICIENCY DRIVERS)

BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAH KOD PROJEK: K-DG/18 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. KAMARUL ARYFFIN BAHARUDDIN

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH

TAJUK PROJEK: KIT KANAK-KANAK BERPOTENSI PINTAR CERDAS BERUMUR KURANG DARIPADA 4 TAHUN

TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN

TAJUK PROJEK: PENGAWAL LOGIK YANG BOLEH DIPROGRAM BAGI INDUSTRI AUTOMASI

BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN DI TERENGGANU (HALAL CERTIFICATION OF TERENGGANU FOOD INDUSTRY)

KOD PROJEK: K-GT/20(UPM-11) IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. AZNI BIN IDRIS

RAKAN KOMUNITI: SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3 (SKKK3) SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (SMSTMFP)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PERMOHONAN SKIM GERAN - INDUSTRI -

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

GARIS PANDUAN. 3.1 Inovasi hendaklah hasil idea yang dicetuskan oleh Fakulti/Institut/Pusat Kecemerlangan/Unit/Jabatan/Staf Universiti Putra Malaysia;

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PENYERTAAN BERKUMPULAN (PUSAT TANGGUNGJAWAB) INDIVIDU

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA. LAPORAN KEMAJUAN BERKALA PROGRAM Bil: 1 Tarikh: 01 Sept 2015

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

LAPORAN KETUA JURUAUDIT AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR ISO 14001:2004 TAHUN 2015

Padankan. Padankan. Padankan

BAHAGIAN 3 - PENGURUSAN BELANJAWAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT ISLAM UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/PIU/P002. PROSEDUR PENGENDALIAN MAJLIS ILMU Tarikh: 30/04/2013

AGENDA 5.5 (b): AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) TAHUN 2018 LAPORAN KETUA JURUAUDIT DALAMAN

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P003

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Arkib Negara Malaysia

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

A. Mewujudkan Jawatankuasa Penjimatan Utiliti Universiti.

TAKLIMAT PENYELARASAN DAN PENGHARMONIAN AUDIT SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR ISO 14001:2004 (EMS) UPM

LAPORAN AKHIR PROJEK BERKUMPULAN SECARA INDIVIDU LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH SEMESTER 1 SESI 2016/ 2017

FADZILLAH BINTI RAHMAN

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

GARIS PANDUAN PENCALONAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

PENGURUSAN LATIHAN STAF

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2017

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN SISTEM PEMBERIAN SERANGGA (DIPTERA) SEBAGAI SUMBER MAKANAN KEPADA BURUNG WALIT (AVES: APODIDAE) KOD PROJEK: I-ECO/9 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. HAMDAN BIN AHMAD AKADEMIA: PROFESOR ZAIRI BIN JAAL DR. WAN FATMA ZUHARAH BINTI WAN MUSTHAPA RAKAN INDUSTRI: ECOVET CONSULTANCY BIDANG TUMPUAN UTAMA: KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH PROJEK: 15 OGOS 2011 15 NOVEMBER 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Matlamat projek ini adalah untuk memindahkan ilmu menghasilkan serangga diptera secara komersial sebagai sumber makanan kepada burung walit. Serangga yang dihasilkan disimpan serta dihantar ke premis burung walit sebagai sumber makanan di lapangan. Projek ini juga membina sistem pemberian serangga sebagai makanan kepada burung walit di lapangan. Di samping itu, projek ini memberikan latihan kepada pengusaha burung walit tentang kaedah penghasilan serangga makanan burung walit. Melalui projek ini juga, pengusaha burung walit mendapat pendapatan tambahan sebagai hasil projek ini kerana burung walit akan bersarang di premis serta menghasilkan sarang burung berkualiti tinggi sekiranya diberi makanan tambahan di sekitar premis. Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini merangkumi semua aspek penghasilan serangga diptera, bermula daripada aspek teknologi, kaedah kawalan kualiti, sistem penyimpanan, pengangkutan sehingga kepada pembiakan serangga diptera secara komersial. Melalui projek ini juga, serangga lain seperti coleoptera, hymenoptera dan homoptera yang merupakan sumber makanan utama burung walit dapat dihasilkan secara komersial di makmal. Pemindahan ilmu tersebut telah menghasilkan formula makanan serangga di premis pengeluaran serangga Ecovet Consultancy.

2. IMPLEMENTASI PROJEK PERKARA BUTIRAN OBJEKTIF 1) Untuk menghasilkan serangga (diptera) secara komersial sebagai sumber makanan untuk industri burung walit. 2) Untuk mengajarkan kaedah penyimpanan yang mudah, kaedah pengangkutan makanan dan menjamin kesegaran makanan supaya tahan lama, serta menyediakan makanan yang berkualiti untuk burung walit dan industri burung walit. 3) Untuk membina satu sistem penghantaran makanan tiruan untuk memberi makanan kepada burung walit. 4) Untuk menyediakan latihan kepada penternak untuk menghasilkan makanan yang berkualiti dan memperkenalkan kaedah untuk memberi makanan kepada burung walit. 5) Untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan penternak burung walit tempatan dengan memindahkan ilmu yang ada. IImu yang dipindahkan berpotensi meningkatkan kecekapan sistem memberi makan kepada burung walit untuk menghasilkan sarang burung berkualiti tinggi. AKTIVITI Penghasilan serangga 1) Lokasi projek dan pengkolonian serangga Projek ini dijalankan di tempat yang mempunyai kemudahan penternakan serangga, di Ecovet Consultancy, Kajang, Selangor. Kemudahan ini dilengkapi dengan ruang pertumbuhan dan kawalan suhu kabinet untuk penternakan serangga secara komersial. Koloni serangga untuk tujuan pengeluaran besar-besaran dikumpulkan di ladang (ladang ternakan dan kebun buah-buahan) di Pulau Pinang dan Selangor pada peringkat larva dan seterusnya ke peringkat pupa. 2) Sangkar untuk serangga dewasa Sangkar untuk serangga dewasa dibuat daripada jaring nyamuk dengan saiz 180 sm x 150 sm x 90 sm. Satu lubang besar berdiameter 10 sm dibuat pada bahagian hadapan sangkar sebagai pintu untuk memberi air dan makanan kepada serangga. Pintu ditutup dengan sarung kaki untuk mengelakkan serangga melarikan diri. Struktur seperti tirai dibuat tergantung dari bahagian dalam bahagian atas sangkar sebagai tempat untuk serangga dewasa berehat terutamanya selepas peringkat pupa. 3) Makanan untuk serangga dewasa Serangga dewasa diberi makan gula di dalam sangkar dan dibekalkan dengan air minuman tanpa had semasa proses penternakan. Serangga diberi makan protein susu selama 3 hari selepas dewasa untuk pembangunan ovari dan untuk proses peneluran.

4) Pemeliharaan serangga dewasa Koloni serangga dikumpul dari ladang dan disimpan di dalam sangkar serangga (180 sm x 150 sm x 90 sm) dengan suhu kabinet 30 2 o C dan kelembapan relatif (RH) 80 3% pada keadaan nisbah cahaya kepada gelap 12:12 jam. Seterusnya, serangga diberi makan gula, protein dan dibekalkan dengan air semasa proses penternakan di dalam makmal. 5) Proses peneluran untuk serangga dewasa Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 yang ditempatkan di dalam sangkar dan untuk digunakan dalam proses peneluran. Telur diletakkan di dalam bekas plastik (10 sm x 15 sm x 5 sm) dan ditempatkan di dalam sangkar dewasa selama 24 jam. 6) Proses pemeliharaan larva Telur serangga daripada bekas dulang dipindahkan ke dalam bekas plastik (10 sm x 15 sm x 5 sm) yang mengandungi larva dan ditempatkan di dalam kabinet pada suhu 30 2 o C selama 7 hari. 7) Proses pemeliharaan pupa Dulang ternakan larva diletakkan di dalam dulang plastik besar yang mengandungi vermikulit. Kedua-dua dulang ditempatkan di dalam kabinet pada suhu 28 o C selama 5 hingga 7 hari untuk proses pembentukan pupa. Selepas 5 hingga 7 hari, pupa kemudiannya diletakkan di dalam sangkar. 8) Persediaan untuk penyimpanan serangga Diptera hidup dibunuh menggunakan air hampir mendidih selama lebih kurang 5 saat dan kemudian diletakkan di atas dulang enamel untuk peringkat beku-pengeringan. Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah kerana warna sampel tidak berubah seperti dalam pengawetan menggunakan alkohol dan ia mengekalkan sampel mengembang dengan bentuknya kekal. 9) Pembekuan-pengeringan serangga Pembekuan-pengeringan adalah salah satu kaedah untuk mengelakkan gangguan yang disebabkan pengeringan cecair di udara. Semasa fasa pengeringan, tekanan rendah diturunkan dan haba dibekalkan untuk air menjadi sublim. Dalam fasa kedua pula, suhu ditingkatkan sehingga 0 o C untuk memindahkan molekul air yang tidak beku. 10) Pembungkusan serangga Pada akhir operasi, kandungan air sisa terakhir dalam produk adalah sangat rendah, iaitu sekitar 1% hingga 4%. Selepas proses bekupengeringan lengkap, vakum itu diambil, diletakkan dan biasanya dipecahkan dengan gas lengai seperti nitrogen. Sampel kini telah sedia untuk proses pengendapan. Sampel beku-kering tersebut dimeteri untuk mencegah penyerapan semula kelembapan dan boleh disimpan pada suhu bilik tanpa penyejukan.

11) Pengangkutan pembungkusan serangga Makanan disimpan dalam suhu bilik pada tempat yang kering untuk memastikan kualiti makanan tersebut. 12) Sistem penghantaran serangga di rumah-rumah burung walit Serangga yang dihasilkan dalam makmal dibungkus dan dibawa ke rumah burung walit. Prinsip sistem penghantaran serangga yang terbaik sebagai sumber makanan burung walit adalah dengan menggunakan mesin peniup angin yang dicipta dan dimodelkan oleh akademia USM. Sistem ini menggunakan teknologi peniup angin yang meniup serangga menggunakan kipas angin di bahagian bawahnya untuk mewujudkan aliran angin untuk mengapung serangga sebagai kaedah penghantaran makanan kepada burung walit. Peniup angin turut dilengkapi dengan corong untuk memerangkap dan mengumpul serangga yang belum dimakan oleh burung walit dan untuk mengedarkan semula serangga tersebut. Makanan disediakan sekali sehari. 13) Pemindahan ilmu kepada penternak. Akademia daripada USM memberi latihan kepada rakan industri untuk menghasilkan makanan, menyimpan, menghantar dan menyediakan sistem pemberian makanan. Akademia juga mengadakan seminar kepada penternak dan merekodkan perkembangan projek. 14) Pengeluaran secara besar-besaran sarang burung walit. Akademia USM memantau pengeluaran secara besar-besaran sarang burung walit. Akademia juga memantau pembangunan dan penghasilan sarang burung walit untuk mencapai kualiti yang baik. OUTPUT Industri: 1) Pengeluaran serangga (diptera) berjumlah sebanyak 80%. 2) Pekerja yang terlibat mendapat pendedahan kepada teknologi penghasilan produk serangga (diptera). 3) Pengeluaran produk serangga (diptera) diperkenalkan untuk pertama kali dalam industri; hasilnya penternakan burung walit menunjukkan peningkatan. 4) Minat industri kepada penggunaan produk serangga (diptera) meningkat. 5) 100% serangga dari ladang siap untuk dikolonisasi di dalam makmal. 6) 100% penternakan serangga berskala kecil di makmal. 7) 100% penghasilan serangga secara besar-besaran di dalam makmal. 8) 100% serangga boleh disimpan di dalam makmal. 9) 90% serangga boleh dihantar dalam makmal dan penternak dapat menggunakan teknologi dan memberi makan burung walit.

IPTA: 1) Produk serangga (diptera) menjadi makanan gantian kepada ternakan burung walit. 2) Pembentukan produk serangga (diptera) dalam skala yang besar untuk dikomersialkan kepada industri burung walit. 3) Hasil projek yang dijalankan mampu memberi kepuasan yang memberangsangkan setelah produk yang dihasilkan dapat memberi pulangan kepada industri negara. Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pengalaman kerja dalam penyediaan makanan burung walit. PEMEGANG TARUH & AGENSI 1) Universiti Sains Malaysia 2) Ecovet Consultancy Industri: 1) Mendapat teknologi penternakan serangga (Kemampuan menghasilkan serangga di dalam makmal). 2) Dapat mengeluarkan serangga secara besar-besaran di makmal. 3) Membangunkan teknologi penyimpanan serangga. 4) Membangunkan sistem penghantaran serangga. 5) Mendapat pengetahuan mengenai sistem penghantaran/penyampaian serangga. 6) Meningkatkan jumlah ternakan burung walit. KEBERHASILAN IPTA: 1) Memindahkan ilmu daripada penyelidikan dan pembangunan di dalam makmal untuk diaplikasikan. 2) Membina keyakinan dalam kalangan penyelidik. 3) Membangunkan hubungan dan kerjasama antara universiti dengan industri yang terlibat. Pembangunan Modal Insan: 1) Meningkatkan keyakinan diri dan tanggungjawab graduan pelatih. 2) Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan pelatih. 3) Meningkatkan kemampuan pelatih untuk bekerja secara berkumpulan.

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK PROPOSAL A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek 3 6 9 12 15 18 21 24 LAPORAN AKHIR B) Laporan Berkala Oleh Industri 6 9 12 15 18 21 24 LAPORAN AKHIR Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

4. PENILAIAN PROJEK Rakan Industri : Ecovet Consultancy Tarikh Lawatan : 28 November 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Lar Nordin Abd Rahman (UPM) 2) Profesor Dr. Khairul Anuar (UTM) ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri) SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2 A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 27% 30% B AKADEMIA (10%) 8% 8% C GRADUAN PELATIH (10%) 6% 6% D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8% 8% E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 26% 26% MARKAH KESELURUHAN (%) 75% 78% MARKAH SELEPAS KUMULATIF 77% PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia BIL PENILAIAN AKADEMIA SKALA PENILAIAN 1. Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri 4/5 2. Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri 5/5 3. Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5 4. Komitmen akademia terhadap projek 5/5

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan BIL PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN SKALA PENILAIAN 1. Sasaran objektif projek yang telah dicapai 4/5 2. Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri 4/5 C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih BIL PENILAIAN GRADUAN PELATIH SKALA PENILAIAN 1. Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek 4/5 2. Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu 4/5 3. Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan 4/5 4. Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5 Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek - Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Projek ini telah memperkenalkan teknologi yang mampu meningkatkan pengeluaran serangga sebagai sumber makanan dan kaedah pemberian makanan kepada burung walit. Namun demikian, projek ini masih dalam peringkat penyelidikan dan perlu dipertingkatkan bagi memindahkan ilmu kepada golongan sasaran. Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini berada pada kategori jingga.

LAMPIRAN Lawatan panel penilai KTP Pemantauan: Ketua projek sedang menerangkan mengenai projek yang telah dijalankan. Kabinet pemeliharaan serangga peringkat larva, pupa dan dewasa

Sangkar serangga dewasa yang diperbuat daripada jaring nyamuk Pemeliharaan serangga peringkat larva

Pemeliharaan serangga peringkat telur Pemberian makanan kepada larva