BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

dokumen-dokumen yang mirip
LAMPIRAN TEMUBUAL. Ketua Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Kota Lhokseumawe, Aceh.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. merangkumi aspek muamalat. Kesyumulan Islam itu terlihat pada kesempurnaan

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

PENDAFTARAN HAKMILIK TANAH SELEPAS TSUNAMI DI BANDA ACEH: ISU-ISU YANG BERBANGKIT BERKENAAN PERLINDUNGAN HAKMILIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB SATU PENDAHULUAN

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Program Sarjana Dan Kedoktoran

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN BUKU PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

Selayang Pandang Mahkamah Syariah di Sabah, Malaysia

ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 1 OBJEKTIF. sepatutnya dapat :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TINJAUAN LITERATUR KEWAJARAN PROSES ISTITABAH DI MAHKAMAH SYARIAH. Siti Maizatul Akma Saiman & Zaini Nasohah

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Ulasan Buku/Book Review

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB IV IMPLEMENTASI HUKUMAN SEBAT DI BANDAR BIREUEN. Pelaksanaan hukuman sebat di bandar Bireuen sangat disokong oleh ulama,

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN. pendidikan melalui wakaf di institusi pendidikan dayah di Aceh. Pihak-pihak yang

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Transkripsi:

BAB I PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis dan lainnya. Pada ketika itu Aceh masih lagi berbentuk kerajaan (bukan Republik) dan hanya mempunyai satu mahkamah iaitu Mahkamah Syariah, manakala Mahkamah Sivil belum wujud lagi. 1 Selepas kemerdekaan Republik Indonesia, Aceh turut bergabung dalam negara kesatuan Republik Indonesia. Maka Pengadilan Agama diwujudkan untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan al-ahwāl al-şyakhshiyyah yang berlaku di Aceh. Penggunaan nama Pengadilan Agama diterima pakai untuk keseragaman institusi Peradilan Agama seluruh Indonesia. Bidang kuasa Pengadilan Agama pada masa tersebut sangat terhad, hanya menyelesaikan masalah perkahwinan dan talak, menyebabkan Pengadilan Agama dilihat tidak berwibawa. Adapun bidang kuasa lainnya meliputi penghakiman 1 M. Fajrul Falaah (2004), Membangun Peradilan Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam Jakarta: Komisi Hukum Nasional, h.10. 1

perkara-perkara rujuk, nafkah, pembahagian pusaka (pewarisan), harta waqaf, hibah, dan sedekah. 2 Oleh sebab itu, orang Islam Aceh menuntut untuk diberikan kekuasaan menjalankan syariat Islam secara kaffah (menyeluruh), termasuk memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun perjuangan ke arah tersebut tidak direstui oleh pemerintah Indonesia ketika itu. Bagaimanapun, perjuangan tersebut akhirnya berhasil setelah diwartakan Undang-undang Pemerintah Indonesia No. 44 tahun 1999 tentang pelaksanaan syariat Islam di Aceh dan seterusnya Undang-undang No. 18 tahun 2001 tentang kuasa autonomi khusus. Dengan wujudnya kedua-dua undang-undang tersebut telah membuka lembaran baru dalam pembangunan Mahkamah Syariah yang lebih berwibawa dan mempunyai bidangkuasa yang luas. 3 Bidangkuasa Mahkamah Syariah Aceh setelah kuasa autonomi khusus diperolehi meliputi dari yang berikut : a. Kekeluargaan b. Muamalat c. Jenayah 2 Pasang Surut Peran Peradilan Islam di Aceh. http://g1s.org/agama/pasang-surut-peran peradilan-islam-di-aceh-refleksimilad-mahkamah-syariah-kelima-733/, 1 Disember 2008. 3 Prof. DR. H. al-yasa Abubakar (2006 ), Syariat Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam. Banda Aceh: Dinas Syariat Islam, h. 41-48. 2

Aceh telah diberikan bidang kuasa yang berbeza dari negeri-negeri yang lain di Indonesia dari segi keluasan bidang kuasa muamalat dan jenayah. Di negeri lain tidak diberikan bidangkuasa jenayah dan bidang kuasa muamalat terbatas pada beberapa perkara sahaja. 4 1.2. Persoalan-persoalan Kajian Berkenaan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh, wujud beberapa masalah, diantaranya adalah: 1. Apakah Mahkamah Syariah di Aceh boleh berjalan dengan baik, Sedangkan Aceh masih lagi berada dibawah pentadbiran undang-undang nasional Indonesia iaitu Pancasila? 2. Apakah Mahkamah Agung Indonesia boleh membatalkan semua keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah Aceh? 3. Setakat manakah masyarakat Indonesia boleh melakukan semakan semula undang-undang Islam yang mereka tidak sukai kepada Mahkamah Agung? 4. Bila terjadi konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkmah Sivil di Aceh, bagaimana dan siapakah yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikannya? 4 Mahkamah Syariah Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (2007), Himpunan Peraturan Perundang undangan tentang Mahkamah Syariah di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam : Mahkamah Syariah Aceh, h. 164. 3

5. Setakat manakah bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh sebelum dan setelah memperolehi kuasa autonomi khusus dari pemerintah Indonesia? 6. Bagaimanakah hubungan Mahkamah Syariah di Aceh dengan Mahkamah Agung Republik Indonesia? 7. Apa kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah Aceh dalam pelaksanaan Undang-undang Islam? 1.3. Kepentingan Kajian Kajian yang hendak dijalankan ini menurut pengkaji sangat diperlukan oleh masyarakat, institusi pengajian tinggi dan para pentadbir. Ini disebabkan pelaksanaan udang-undang Islam di Aceh unik dan berbeza dari negeri-negeri lain di Indonesia, baik dari segi pentadbiran mahupun penguatkuasaannya. Ditambah lagi struktur Mahkamah Syariah Aceh berada di bawah sistem pengadilan sekular yang ada di Indonesia. Selanjutnya, sehingga saat ini belum ada kajian tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh yang diterangkan secara meluas dan mendalam. Kajian ini diharapkan boleh menjawab persoalan-persoalan yang masih menjadi tanda tanya kepada masyarakat dan dapat membantu pihak pemerintah dalam usaha memperkasa sistem perundangan yang ada. 4

1.4. Objektif Kajian. Berikut adalah objektif-objektif kajian ini: 1. Untuk mengkaji latar belakang sejarah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh pasca kuasa autonomi khusus. 2. Untuk mengkaji hubungkait antara Mahkamah Syariah Aceh dengan Pengadilan Agama dan Mahkamah Agung Indonesia serta proses perundangannya. 3. Untuk menganalisa hubungan dan isu-isu berbangkit berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Aceh. 1.5. Skop Kajian Kajian ini tertumpu kepada analisis beberapa isu yang berbangkit daripada kewujudan dua sistem mahkamah di Aceh iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Yang mana kedua-dua mahkamah tersebut masih berada dalam struktur Mahkamah Agung Indonesia. Dalam huraian seterusnya, pengkaji juga akan mengkaji sejarah perkembangan Mahkamah Syariah di Aceh ketika masih lagi berbentuk kerajaan sendiri, termasuk penjajahan Belanda dan Jepun sehingga kemerdekaan Republik Indonesia pada tahun 1945. 5

Untuk memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan Mahkamah Syariah, pengkaji juga akan mengkaji bagaimana hubungan Mahkamah Syariah dengan mahkamah-mahkamah lain yang ada di Indonesia. 1.6. Kajian Terdahulu Bahan-bahan rujukan yang membincangkan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh belum begitu banyak, kerana kuasa autonomi khusus ini baru diserahkan beberapa tahun sahaja. Rujukan sedia ada banyak membicarakan tentang sistem kehakiman Indonesia secara umum dan kedudukannya sebelum kuasa kuasa autonomi khusus diserahkan kepada Aceh. Kajian ini adalah bersifat baru dan memberikan fokus kepada aspek bidangkuasa sahaja. Buku yang ditulis oleh H. al-yasa Abu Bakar, MA dan Marah Halim, S.Ag, M.Ag (2007) yang bertajuk Hukum Pidana Islam Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam. Buku ini menerangkan tentang pentadbiran dan pelaksanaan udangundang Islam di Aceh, undang-undang yang boleh dikuatkuasakan, dan juga pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam menyelesaikan kes-kes yang berlaku dalam masyarakat. Perbahasan buku ini juga sedikit sebanyak menerangkan bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh, lebih khususnya dalam bidang jenayah seperti jenayah berkaitan akidah, ibadah, arak, khalwat, dan judi. Namun jenayah yang berhubung dengan harta (al-amwāl) seperti mencuri, rasuah dan selainnya tidak disentuh 6

langsung. Kandungan buku ini sangat terhad tidak membahas semua bidang kuasa hinggakan pengkaji berpandangan perlu dibuat kajian-kajian lain untuk melengkapkan dan membahasnya dengan lebih mendalam lagi. Penulis buku tersebut berpandangan masih perlu lagi perluasan bidangkuasa Mahkmah Syariah di Aceh, bukan hanya pada beberapa bidang sahaja seperti arak, khalwat dan judi, namun perkara yang sangat penting seperti rasuah dan pencurian hendaknya segera dibuat kanun sehingga boleh dikuatkuasakan. Kemudian mereka berpandangan juga bahawa perlunya pendekatan mashlahah dalam membuat undang-undang Islam di Aceh dan juga dalam penguatkuasaannya. Buku lain yang berkaitan dengan kajian ini adalah buku yang ditulis oleh H.A. Basiq Djalil, SH.,MA. (2006) yang bertajuk Peradilan Agama di Indonesia : Gemuruhnya Politik Hukum (Hukum Islam, Barat, dan Adat) Dalam Rentang Sejarah Bersama Pasang Surut Lembaga Peradilan Agama hingga Lahirnya Peradilan Syariat Islam Aceh. Dalam buku ini penulis membuat perbahasan secara mendalam tentang pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang Islam di Indonesia sejak sebelum kemerdekaan Indonesia Berkait dengan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah Aceh, penulis membuat perbincangan dalam satu bab khusus. Di sini beliau menerangkan perkembangan Mahkamah Syariah Aceh sejak sebelum kemerdekaan, pasca 7

kemerdekaan sehingga masa kuasa autonomi khusus. Namun perbahasannya terhadap Mahkamah Syariah Aceh tidak begitu luas dan mendalam. Ini kerana banyak persoalan yang berbangkit daripada pembentukan awal Mahkamah Syariah baik dari segi bidang kuasa mahupun perkara lainnya tidak disentuh. Penulis buku ini berpandangan begitu susahnya mewujudkan Mahkamah Syariah yang yang benar-benar memiliki bidangkuasa luas di Indonesia. Apatah lagi hukum yang dibawa oleh penjajah Belanda telah digunapakai dan diterima secara meluas. Sehingga penulis menilai, keberhasilan Aceh dalam mewujudkan Mahkamah Syariah yang berbeza bidangkuasanya dengan negeri lain di Indonesia merupakan sesuatu yang amat membanggakan. Dan hendaknya Aceh serius dan bersunggusungguh dalam mentadbir dan menggunakan kuasa outonominya untuk memperkuat lembaga Mahkamah Syariah yang telah mereka dapatkan dengan perjuangan berat. Selanjutnya, buku yang berkaitan langsung dengan penyelidikan pengkaji sendiri adalah buku yang ditulis oleh beberapa pakar syariah di Aceh seperti Syukrinur A. Gani, MLIS., H. al-yasa Abu Bakar dan lain-lain (2007). Hasil tulisan mereka bertajuk Melihat Syariat Islam Dari Berbagai Dimensi. Buku ini mengkaji tentang syariat Islam di Aceh daripada pelbagai aspek seperti hubungan syariat Islam dengan dakwah, pendekatan komunikasi, pembangunan ekonomi syariah dan lainnya. 8

Yang menarik dalam buku ini adalah perbahasan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah dari segi ekonomi Islam seperti perbankan Islam, pajak gadai syariah, insurans syariah, dan lainnya. Namun dalam buku ini tidak terdapat perbahasan yang lengkap dan mendalam tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah Aceh. Penulis berpadangan, penguatkuasaan undang-undang Islam di Aceh perlu penyampaian yang baik dengan pelbagai kalangan, terutama sekali dengan masyarakat, supaya masyarakat boleh menerima undang-undang Islam dan tidak menganggap undang-undang Islam sesuatu yang membimbangkan. Selanjutnya, penulis juga sangat mengharapkan terwujudnya sistem ekonomi Syariah di Aceh dan hendaknya kanun yang mengatur tentang perbankan syariah segera dibuat dan dikuatkuasakan. Seterusnya, buku hasil tulisan H. al-yasa Abu Bakar, MA (2006) yang bertajuk Syariat Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, Paradigma, Kebijaksanaan, dan Kegiatan. Buku ini sangat menarik, kerana menerangkan proses dan pembentukan kanun (undang-undang syariah) yang dikuatkuasakan oleh Mahkamah Syariah. Namun buku ini juga tidak sempurna, sebab tidak semua bidang kuasa mahkamah dikaji dengan mendalam. Begitu juga, ada undang-undang yang tidak disentuh secara sempurna. Walaubagaimanapun, buku-buku yang telah ditulis ini 9

khususnya oleh H. al-yasa Abu Bakar adalah pengkajian yang berautoriti dalam topik ini serta merupakan khazanah yang bernilai tinggi bagi mana-mana pengkaji sistem perundangan Islam di Aceh. Penulis buku ini orang yang terbabit langsung dalam pembentukan kanun dan penguatkuasaan undang-undang Islam di Aceh. Dalam setiap perbahasan, beliau selalu menjelaskan perlunya pendekatan yang bijaksana dalam proses penguatkuasaan undang-undang Islam. Penguatkuasaan undang-undang Islam jangan terlalu memaksa, kemudian perlu memberikan pemahaman tentang undang-undang Islam dan undang-undang tersebut dikuatkuasakan dengan sistem tadarruj atau tidak sekaligus semuanya. Selain kajian dalam bentuk buku, ada juga artikel-artikel yang ditulis berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh. Salah satunya adalah artikel yang ditulis oleh Khairuddin (2007) yang diberi tajuk Reformulasi Hukum Pidana Islam dan Implementasinya Dalam Konteks Modernitas : Kajian Pelaksanaan Syariat Islam di Nanggroe Aceh Darussalam dan Eksistensinya Dalam Reformasi Sistem Hukum Nasional. Penulis artikel ini banyak mengulas tentang konsep jenayah dalam perundangan Islam. Kemudian mengaitkannya dengan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di Aceh pasca kuasa autonomi khusus. Tulisan ini hanya menumpukan pada persoalan jenayah yang masih sukar lagi untuk dilaksanakan secara sempurna. Namun bidang kuasa dalam konteks lain tidak diterangkan sama sekali. 10

Penulis artikel ini melihat bukan hal yang mudah melaksanakan undangundang Islam di Aceh, sebab Aceh merupakan satu-satunya negeri di Indonesia yang mendapatkan kuasa outonomi, khususnya bidang undang-undang Islam. Sehingga perlu usaha yang yang serius dari semua kalangan terutama sekali pemerintah Aceh untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat dan kalangan antarabangsa tentang mamfaat dari pengamalan undang-undang Islam. Daripada beberapa kajian yang telah ditulis berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh baik yang berbentuk buku, artikel mahupun kertas kerja tiada satu pun yang menerangkan dan mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah secara lengkap dan mendalam. Pada pandangan pengkaji perlunya satu kajian yang khusus mengkaji tentang ini secara lebih sempurna. InsyaAllah, pengkaji akan memberikan gambaran sebenar mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh dalam kajian ini. 1.7. Metodologi Kajian Metode yang digunapakai dalam kajian ini melibatkan metode pengumpulan data dan metode analisis data. 1. Pengumpulan Data Primer. Pengumpulan data primer dilakukan dengan temubual dan observasi. 11

Temu bual dilakukan dengan ulama, kaki tangan kerajaan dan penguatkuasa di beberapa institusi penting seperti Mahkamah Syariah, Dinas Syariat Islam (berfungsi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan beberapa tokoh penting lainnya. Mereka yang ditemubual adalah Drs. H. Sirajuddin, Setiausaha Mahkamah syariah Kota Lhokseumawe, Aceh, Damanhur Abbas, Ketua Pusat Penelitian Keislaman dan Pensyarah Universiti Malikussaleh Lhokseumawe, Aceh, Prof. Dr. al-yasa Abu Bakar, Pengarah Pasca Siswazah Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Aceh, Drs. Asnawi Abdullah, MA, Ketua Majelis Permusyawaratan Ulama kota Lhokseumawe Aceh dan Pensyarah pada Sekolah Tinggi Agama Islam Malikussaleh, Lhokseumawe, DR. Syukri, MA, Pegawai Badan Dinas Syariat Islam Aceh (seperti Jabatan kemajuan Islam di Malaysia). Sementara itu observasi dilakukan di Mahkamah Syariah Aceh untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Pengkaji melihat langsung proses persidangan, membuka buku senarai kes yang telah diputuskan mahupun yang tengah disidang, dan juga melihat kelengkapan mahkamah untuk pelaksanaan sidang. 2. Pengumpulan Data Sekunder. Pengumpulan data sekunder diperolehi daripada buku-buku, jurnal, kertas seminar,bahan-bahan ilmiah daripada laman sesawang, tesis dan bahan- 12

bahan rujukan lainnya yang berkaitan dengan kajian ini serta pelbagai sumber dari Mahkamah Syariah Aceh di Banda Aceh. 3. Metodologi Analisis Data Dalam membuat analisis data kajian ini, pengkaji menggunakan metode deskriptif kualitatif (berupa data ayat-ayat dan bukan angka), dimana data diungkapkan dan dianalisis merupakan data yang berkaitan dengan objektif kajian yang berasal dari data pemerhatian, temubual orang-orang yang mempunyai hubungkait dengan masalah yang dikaji. 13