PEMATUHAN SYARIAH DI BAWAH IFSA DAN CABARAN-CABARAN SEMASA

dokumen-dokumen yang mirip
Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

PENSTRUKSTURAN PRODUK DEPOSIT PATUH SHARIAH BERDASARKAN AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (IFSA) 2013 PRODUK DEPOSIT : ISU-ISU DAN CABARAN

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Bertempoh

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

PARAMETER PELABURAN EMAS

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH. Zulkifli Hasan

KEHENDAK SHARIAH DALAM AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 (AKTA 759): SATU TINJAUAN. oleh MOHAMMAD AZAM HUSSAIN* RUSNI HASSAN** AZNAN HASAN***

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

85. Swap Kadar Keuntungan (Profit Rate Swap) secara Islam Berasaskan Bai` `Inah

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Akaun Semasa Mudarabah

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Pelaburan Berasaskan Syariah

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Amanah Saham Panduan Pelabur

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

Akaun Pelaburan Wafiyah

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Institusi terulung dalam sejarah Islam dan bertindak sebagai Perbendaharaan Negara Dikenali juga dengan nama Kementerian Kewangan pada masa kini.

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Transkripsi:

PEMATUHAN SYARIAH DI BAWAH IFSA DAN CABARAN-CABARAN SEMASA Ustaz Abdul Hakim Osman Ketua Jabatan Syariah Al Rajhi Bank 11 th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2014 * Hotel Istana Kuala Lumpur CIty Centre

PEMATUHAN SYARIAH DI BAWAH IFSA DAN CABARAN- CABARAN SEMASA Oleh Abdul Hakim Osman 1 1.0 Muqaddimah Islamic Financial Services Act (IFSA 2013) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI 2013) adalah kemuncak bagi usaha kerajaan Malaysia untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan di negara ini bagi memastikan undang-undang itu terus relevan dan berkesan untuk mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan menyeluruh dalam sistem kewangan dan ekonomi, di samping menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk pengguna. Sektor kewangan Islam dahulunya dikawal selia oleh Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA), Akta Perbankan Islam 1983 dan Akta Takaful 1984, telah diambil alih oleh IFSA. Malah bukan itu sahaja, akta baru ini menggabungkan enam statut yang diguna pakai sebelum ini, iaitu Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, Akta Insurans 1996, Akta Sistem Pembayaran (Payment Systems Act 2003, PSA) dan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953, ECA), serta Akta Bank Islam 1983 dan Akta Takaful 1984. 1 Beliau adalah SVP/ Ketua Jabatan Syariah di Al Rajhi Bank Malaysia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana dalam jurusan Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Al al Bayt, Jordan. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1993 sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 2004 beliau meninggalkan dunia akademik untuk bertugas di Jabatan Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti. Beliau menyertai Maybank Fortis sebagai Ketua Pelaburan Syariah. Sebelum memegang jawatan di Al Rajhi, beliau merupakan Ketua Jabatan Syariah di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad dan Pengurus Besar/ Ketua Jabatan Syariah di AmFamily Takaful Berhad. 1

IFSA yang telah dilulus pada 18 Mac 2013 dan digazetkan oleh parlimen Malaysia pada 22 Mac 2013 memberi implikasi kepada industri perbankan dan takaful di Malaysia. 2.0 Kebaikan IFSA Tidak dinafikan bahawa IFSA yang diperkenalkan mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Dalam ruang yang terbatas ini, kita boleh lihat di antara kebaikan IFSA seperti berikut: 1. Memperkasakan kedudukan Shariah Committee di Institusi kewangan Islam. Sebagai contohnya Seksyen 35 IFSA 2013 mewajibkan pengurusan Institusi kewangan Islam untuk menyediakan informasi yang diperlukan oleh Shariah Committee didalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Perkara yang sama telah dilakukan kepada Shariah Advisory Council BNM (SAC). Central Bank of Malaysia Act 2009 Seksyen 51-58 antara lain menyatakan SAC BNM yang dilantik oleh Yang di-pertuan Agong adalah bertanggungjawab untuk memastikan kepatuhan Syariah dalam perkara-perkara yang melibatkan kewangan Islam dan resolusi yang dikeluarkan patut dipatuhi. 2. Institusi kewangan Islam perlu memastikan halatuju, operasi, bisnes dan aktiviti mereka adalah patuh Syariah. Ini menuntut semua polisi dalaman mereka dibangunkan dan diluluskan tidak melanggar prinsip-prinsip Syariah. Mungkin ada sebahagian masyarakat yang menganggap Institusi kewangan Islam hanya sekadar perlu membangun dan memasarkan produk-produk patuh Syariah semata-mata. Sudah tentu tanggapan 2

sebegini jauh tersasar kerana IFSA menuntut semua aktiviti Institusi kewangan Islam perlu patuh kepada Syariah. 3. Institusi kewangan Islam perlu mengemukakan laporan audit Syariah untuk dinilai. Di samping itu, sekiranya berlaku sesuatu aktiviti yang tidak patuh Syariah maka menjadi kewajipan ke atas Institusi kewangan Islam untuk melaporkan perkara tersebut kepada BNM dan Shariah Committee untuk tindakan selanjutnya. Ini bermakna pihak pengurusan tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja tanpa merujuk kepada Shariah Committee atau sekurang-kurangnya Jabatan Syariah untuk mendapat kelulusan patuh Syariah. 3.0 CABARAN-CABARAN SEMASA Dalam usaha Institusi kewangan Islam untuk mematuhi intipati IFSA, sudah tentu ada cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka. Antara cabarancabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut: 1. Definisi IFSA IFSA yang diperkenalkan oleh BNM adalah akta yang baru yang mengundang pelbagai interpretasi daripada kalangan pengamal undangundang dan pemain industri sendiri. Masing-masing mempunyai hujahhujah tersendiri dalam memahami akta ini. Selagi tidak ada kes yang dibicarakan di mahkamah dan diputuskan oleh Hakim, maka selagi itulah ianya terbuka untuk perdebatan. 2. Ketepatan perlaksanaan IFSA 3

Siapa yang akan memastikan pelaksanaan IFSA 2013 adalah tepat. Persoalan ini sering kali dilontarkan dimana dalam usaha untuk melaksana dan mematuhi IFSA, siapakah pihak yang akan menentukan samada apa yang dilaksanakan itu bertepatan dengan kehendak IFSA atau sebaliknya. 3. Hukuman denda dan penjara IFSA telah menetapkan bentuk hukuman kepada pesalah-pesalah di antara 1 hingga 10 tahun penjara atau denda di antara RM5 juta hingga RM50 juta atau kedua-dua sekali. Ianya jauh berbeza dengan hukuman dalam IBA yang hanya sekadar denda di antara RM2 ribu hingga RM50 ribu atau penjara 3 hingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Apakah penerangan, pendidikan dan latihan yang mencukupi telah diberikan kepada pemain industri agar mereka tidak terlibat dalam mana-mana kesalahan dalam IFSA. 4. Tanggungjawab dan liabiliti disandarkan sepenuhnya kepada Institusi kewangan Islam. Seolah-olah pelanggan tidak memikul sebarang tanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu masalah di antara pelanggan dan Institusi kewangan Islam. Kebiasaannya kontrak akan dibuat di antara pelanggan dan Institusi kewangan Islam. sedangkan pihak-pihak yang berkontrak adalah Institusi kewangan Islam dan pelanggan-pelanggan. Oleh itu masalah mungkin dilakukan dari salah satu pihak yang berkontrak dan tidak mustahil ianya dilakukan oleh pihak pelanggan. 4

5. Kefahaman yang terbatas tentang IFSA. Mungkin ada sebahagian Institusi kewangan Islam yang tidak serius untuk memberikan kefahaman dan perjelasan yang detail berkaitan IFSA kepada pekerja-pekerjanya. Apa yang berlaku ialah hanya pegawai Syariah, Pematuhan dan Undang-undang sahaja yang sering dirujuk sedangkan banyak lagi jabatan dalam Institusi kewangan Islam yang perlu memahami IFSA. 4.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI APABILA AKAUN DEPOSIT ISLAM DAN AKAUN PELABURAN ISLAM DIKLASIFIKASIKAN SEMULA IFSA memperkenalkan dua klasifikasi utama produk - deposit Islam dan akaun pelaburan - bagi penerimaan wang daripada pelanggan oleh Institusi kewangan Islam. Bank Negara Malaysia (BNM) berpandangan bahawa perbezaan ini akan membolehkan Institusi kewangan Islam membangunkan rangkaian produk yang lebih luas bagi kedua-dua klasifikasi untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Pelanggan akan berupaya untuk menilai sesuatu produk yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam dengan lebih baik dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan pilihan produk kewangan Islam. 5

Di bawah Akta Perbankan Islam 1983 (IBA) yang telah dimansuhkan, semua wang yang diterima daripada pelanggan diklasifikasikan sebagai deposit Islam yang terdiri daripada produk deposit dan produk pelaburan. Sehubungan itu, Institusi kewangan Islam dikehendaki mengklasifikasikan semula deposit Islam masing-masing di bawah IBA kepada deposit Islam dan akaun pelaburan di bawah IFSA. Bagi memastikan proses mengklasifikasikan semula ini berjalan lancar dan efektif, BNM telah memberikan tempoh peralihan selama dua tahun sehingga 30 Jun 2015 kepada institusi kewangan Islam. Institusi kewangan Islam perlu berhubung dan berbincang dengan pelanggan mereka untuk memberikan maklumat dan penjelasan tentang perbezaan antara produk deposit Islam dengan akaun pelaburan. Institusi kewangan Islam juga akan menyediakan maklumat mengenai pilihan yang ada kepada mereka sama ada untuk mengekalkan simpanan mereka dalam deposit Islam atau memilih akaun pelaburan. Institusi kewangan Islam perlu memberikan tempoh masa yang mencukupi kepada pelanggan untuk membuat keputusan. Semua deposit Islam yang diterima di bawah IBA akan terus dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia semasa tempoh peralihan itu. Institusi kewangan Islam juga akan memastikan hak pengguna dijaga sepanjang tempoh peralihan. 6

Pada hakikatnya, apabila deposit Islam diwajibkan untuk menjamin amaun pokok, ia menyebabkan kesukaran kepada Institusi kewangan Islam kerana kebanyakan produk deposit Islam yang boleh membayar keuntungan tidak mempunyai elemen jaminan kerana ianya bertentangan dengan prinsip Syariah. Pendekatan ini akan melambatkan pembangunan produk-produk deposit Islam dan memusnahkan strukturnya yang dinamik. Ia juga akan menenggelamkan intipati deposit Islam di bawah prinsip Mudharabah dan Wakalah yang merupakan kontrak asas kerana kedua-duanya adalah kontrak yang tiada jaminan pokok. Arah tuju yang diberikan oleh IFSA secara tidak langsung akan menyempitkan kepelbagaian produk untuk deposit Islam. Ia juga memaksa Institusi kewangan Islam untuk menstrukturkan produk deposit yang terbatas disebabkan kekangan dan cabaran untuk mematuhi prinsip Syariah. Untuk rekod, kontrak-kontrak tanpa jaminan pokok yang digunakan untuk deposit Islam sebelum ini seperti Mudharabah dan Wakalah tidak mendatangkan masalah besar kepada Institusi kewangan Islam atau pelangganpelanggannya. Kita memahami dan sedar bahawa akta baru untuk deposit Islam diperkenalkan untuk melindungi kepentingan pendeposit-pendeposit dan menghindari sebarang kerugian kepada mereka. Tetapi matlamat ini juga boleh dicapai melalui usaha-usaha dan cara-cara lain yang tidak melanggar prinsip Syariah. Institusi kewangan Islam bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kecekapan produk deposit mereka seperti Mudharabah dan Wakalah bi al- 7

Istithmar. Ia juga bertanggungjawab terhadap portfolio pelaburan mereka dengan mengikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berautoriti. Oleh itu pihak-pihak yang berautoriti perlu mempertimbangkan dan menghormati polisi-polisi dan prinsip-prinsip yang diguna pakai oleh sebahagian Institusi kewangan Islam untuk mengekalkan kontrak-kontrak deposit mereka. Sebahagian jawatankuasa Syariah merasa tidak selesa dengan akta baru ini yang menolak kontrak Mudharabah dan Wakalah dan secara tidak langsung memaksa Institusi kewangan Islam menukar deposit Islam kepada kontrak Murabahah (komoditi Murabahah), Wadi ah atau Qard. Kita akan cuba teliti kesesuaian ketiga-tiga asas produk-produk ini. 4.1 KOMODITI MURABAHAH Produk berdasarkan Komoditi Murabahah atau dikenali juga dengan Tawarruq buat masa ini merupakan satu-satunya alternatif bagi akaun deposit Islam kerana ia mempunyai ciri jaminan ke atas modal dan keuntungan. Ia juga membolehkan keuntungan diberi terdahulu kepada pendeposit sebaik sahaja wang mereka didepositkan. Kadar keuntungan tetap juga dapat dipaparkan dan disebarkan kepada para pendeposit. Tawarruq adalah membeli barangan dengan harga tangguh samada secara musawamah ataupun murabahah kemudian menjualnya kepada selain individu yang dibeli barangan tersebut daripadanya untuk mendapatkan wang tunai (harga tunai). 8

Tawarruq telah difatwakan harus oleh Majma Fiqh Islami li Rabitah Al-Alam Al-Islami: Jual beli tawarruq adalah harus dari segi syarak dan itulah pandangan majoriti para ulama kerana hukum asal bagi kontrak jual beli adalah harus berdasarkan firman Allah ((dan Allah menghalalkan jual beli serta mengharamkan riba)) -surah Al Baqarah ayat 275- dan tidak terzahir dari transaksi jual beli ini elemen riba samada dari segi tujuan mahupun bentuk, ia adalah kerana sememangnya ia merupakan suatu hajat untuk membayar hutang atau melansungkan perkahwinan atau selain kedua-duanya. Walaubagaimanapun terdapat sebahagian golongan ulama terdahulu yang mengharamkan tawarruq seperti Imam Ibn Taimiyyah dan terdapat suatu riwayat daripada Imam Ahmad. Ada beberapa isu Syariah yang sering diperbincangkan berkaitan dengan Tawarruq dan diantaranya adalah isu tawarruq munazzam dan isu wakil dalam tawarruq. 4.1.1 TAWARRUQ MUNAZZAM Majlis Fiqh OIC pada tahun 2009 telah membuat resolusi mengharamkan Tawarruq Munazzam (Organized Tawarruq). Bay inah melibatkan dua pihak yang berkontrak. Sekiranya ia melibatkan tiga pihak, maka ia akan menjadi inah thulathiyyah (tripartite inah) dimana ia masih lagi inah (kecuali tidak di sengajakan). Tawarruq sepatutnya melibatkan sekurang-kurangnya empat pihak dan barang jualan itu tidak sepatutnya kembali lagi ke pihak pertama (kecuali tidak dimaksudkan). 9

Tawarruq yg tidak diatur adalah jual beli tulen dan bukannya transaksi rekaan walaupun niat sesuatu pihak ingin memperolehi tunai dari pembelian dan penjualan sesuatu komoditi. Untuk mewujudkan tawarruq yg bukan munazzam yg sebenar dan jauh dari syubhah riba memerlukan keinginan yg tinggi dan daya tahan dari pemain industri dalam mengambil risiko perniagaan yg lebih tinggi dan dalam masa yang sama menuntut mereka untuk lebih berinovatif serta kreatif mencari komoditi yg lebih sesuai. Ia juga memerlukan ketegasan yg lebih dari para ulamak dan pakar-pakar Syariah. 4.1.2 ISU WAKIL DALAM TAWARRUQ Berdasarkan Shariah Standards for Islamic Auditing Organization for Islamic Financial Institution (AAOIFI), seseorang wakil itu tidak dibenarkan untuk menjual barang yang dibelinya bagi pihak muwakkil kepada dirinya dan wakil tidak dibenarkan melakukan akad bersama dirinya sendiri kerana ini dinamakan bay al wakil li nafsihi. Sebaliknya, ijab dan qabul perlu datang dari dua pihak yang berasingan yang melakukan akad. Jika dilihat dengan teliti struktur produk komoditi Murabahah yang dipraktikkan oleh kebanyakan Institusi kewangan Islam di Malaysia, sebahagian Ulama berpandangan bahawa isu Syariah berkemungkinan berlaku kerana wakil yang akan membeli komoditi bagi pihak pelanggan adalah bank dan ia akan menjualnya kepada bank yang sama (dirinya sendiri) yang mengakibatkan isu Bay Wakil li nafsihi berlaku. 10

Berdasarkan pandangan di atas, pihak bank atau mana-mana entiti bebas yang dimiliki oleh bank tidak dibenarkan untuk membeli komoditi daripada pembekal (bagi pihak pelanggan) dan menjualnya kepada dirinya kerana ia dianggap sebagai transaksi palsu atau rekaan semata-mata. Namun pihak pelanggan boleh melantik pihak asing yang tidak mempunyai hubungan dengan bank dari segi pemilikan untuk menjadi wakil menjual komoditi kepada bank bagi pihaknya. Bagi mematuhi parameter ini, pihak bank perlu menubuhkan sebuah unit khas dibawah bank yang terdiri daripada beberapa orang staff untuk menjadi wakil yang bebas (independent) yang akan bertindak sebagai wakil kepada pelanggan untuk membeli komoditi daripada pembekal dan menjualnya kepada bank. Konsep wakalah ini dipersetujui dan diluluskan dengan syarat-syarat tertentu yang akan memastikan bahawa pegawai-pegawai yang menjadi wakil bagi pihak pengguna yang bekerja dibawah unit ini adalah bebas, diantara syaratsyarat tersebut adalah: 1) Gaji (termasuk bonus), elaun dan manafaat pekerja sebagai contohnya; manafaat perubatan dan lain-lain bagi pegawai-pegawai yang bekerja sebagai wakil pelanggan dibawah unit ini harus ditanggung oleh para pelanggan. 2) Para wakil ini hanya bekerja diatas portfolio khas iaitu menjaga kemaslahatan pelanggan dalam menyediakan khidmat membeli komoditi dan menjualnya kepada bank serta kerja-kerja sampingan yang berkaitan dengan transaksi tersebut. 11

3) Pihak bank tidak dibenarkan untuk mengarahkan wakil-wakil pelanggan untuk melakukan tugas-tugas lain selain daripada tugas khas tersebut, dan pihak wakil tidak akan terikat dengan polisi pihak bank yang bertentangan dengan kemaslahatan pihak pengguna. 4.2 WADI AH Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah kepada seseorang yang lain. Melalui kontrak Wadi ah, pemegang amanah bertanggungjawab menjaga barang amanah yang diberikan oleh pemberi amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan wang tunai atau barang yang di simpan bagi pihak pelanggannya. Pelanggan bank pada kebiasaannya akan membenarkan Institusi kewangan Islam menggunakan deposit yang disimpannya, maka Institusi kewangan Islam bertanggungjawab untuk menjamin deposit tersebut. Atas budi bicara Institusi kewangan Islam, pelanggan akan diberikan hibah sebagai penghargaan kepadanya kerana membenarkan depositnya digunakan oleh Institusi kewangan Islam tersebut. Menurut jumhur fuqaha, kontrak Wadi ah yad Dhamanah adalah al-qard yang bermaksud hutang. Di mana, dana daripada pendeposit (pemberi hutang) diuruskan oleh Bank (penerima hutang) serta bank bertanggungjawab sebagai penjamin kepada dana pendeposit. Oleh itu setiap ganjaran yang diberikan di atas pemberian hutang diklasifikasikan sebagai riba berasaskan dalil. Maka, perkara ini akan membatalkan kontrak kerana mempunyai unsur riba. 12

Ulama kontemporari juga bersependapat dengan Ulama silam sekiranya Institusi kewangan Islam menggunakan aset wadiah dengan keizinan pendeposit wadiah, maka ia dianggap sebagai Qard. Akademi Fiqh OIC juga berpandangan bahawa deposit dalam akaun semasa samada disimpan dalam Institusi kewangan Islam atau konvensional, merupakan Qard dari sudut fiqh kerana Institusi kewangan yang menerima deposit menjamin deposit tersebut dan ia mesti memulangkan deposit tersebut jika diminta. Dalam akad Qard, apabila penerima hutang disyaratkan untuk memberi manafaat kepada pemberi hutang maka ia adalah tidak dibenarkan. Sebagai contoh, pemberi hutang mensyaratkan kepada penerima hutang supaya menjual keretanya dengan harga yang lebih murah, memberi hadiah kepadanya dan seumpamanya. Ini bermakna sekiranya Institusi kewangan Islam masih ingin memperkenalkan kontrak Wadiah kepada pelanggan deposit Islam, maka pemberian hibah kepada pelanggan tidak boleh disyaratkan dalam akad kerana ia boleh membawa kepada riba seperti mana dinyatakan dalam hadith Rasulullah SAW: كل قرض جر منفعة فھوربا Setiap hutang yang memberikan manafaat maka ia adalah riba. Oleh itu, untuk membangunkan deposit Islam berasaskan kontrak Wadiah mungkin tidak selari dengan kehendak IFSA dan Institusi kewangan Islam tidak perlu membelanjakan wangnya kalau sekiranya matlamat terakhirnya adalah Qard. 13

4.3 QARD Qard bermaksud memberikan harta kepada pihak yang memanafaatkan harta tersebut dan dikembalikan gantian yang sama jenis dengannya. Para ulama sependapat bahawa hukum Qard adalah harus berdasarkan dalil Al- Quran, Hadith dan Ijma. Secara praktiknya, sekiranya kontrak Qard digunakan untuk deposit Islam, secara tidak langsung ianya menguntungkan pihak bank kerana tiada kos yang terlibat untuk pihak bank gunakan wang pendeposit untuk memberikan pembiayaan kepada pelanggannya. Dalam masa yang sama, pendeposit tidak dapat menikmati sebarang pulangan daripada akaun depositnya. Oleh itu, ada sebahagian bank yang membangunkan produk deposit dengan mewujudkan dua akaun deposit berasaskan komoditi Murabahah dan Qard. Kedua-dua akaun ini akan dihubungkan di antara satu sama lain. Ini bermakna pendeposit masih boleh mendapat keuntungan daripada akaun komoditi Murabahahnya. 5.0 PENUTUP Untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan yang terkandung dalam IFSA memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang tinggi dari pelbagai pihak. Tidak dinafikan banyak cabaran yang dihadapi oleh Institusi kewangan Islam termasuklah menyediakan budget yang besar untuk patuh kepada IFSA. Semua pihak perlu berganding bahu dan bantu membantu untuk merealisasikan hasrat murni ini. 14

WALLAHU A LAM. 15