Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

dokumen-dokumen yang mirip
UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

UCAPAN PENUTUP KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 17 Mei 2017 (Rabu) Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Koperasi Pengangkutan

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

Daya Saing Koperasi. Meningkatkan. Melalui Kerjasama Strategik DIMENSIKOOP

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS LI BARAN

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

MEMUPUK PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

idea media sosial DIMENSIKOOP Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Akaun Pelaburan Wafiyah

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERKHIDMATAN RAJA SEHARI

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

Pendahuluan 3. Latar Belakang KOOP MKM 7 VISI & MISI 7. ISU dan Cabaran 8. Prestasi KOOP MKM Peta Strategi 10.

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

INDUSTRI AGROMAKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PEWAKAFAN. 1 P a g e

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Kemelut pekerja wanita

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN PEWAN RAKYAT MALAYSIA

semakin meningkat ini dan apakah kaedah serta pendekatan terbaru

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

TEKUN Nasional Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 1 NEGERI M 2 KAWASAN 3 PENGUNDI BERDAFTAR. KONTRAKTOR KECIL NO.AKAUN: Sila tandakan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Akaun Pelaburan Waheed

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

EPPE 2213 EKONOMI MONETARI DASAR MONETARI Di SRI LANKA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

بسم هللا الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

AWAS!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH Hakcipta Terpelihara

DIMENSIKOOP WANG. Uruslah dengan Bijak. Nurul Aini Muhammad Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. BIL.

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Pengenalan kepada Kewangan

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN EKONOMI PENTERNAK KAMBING DAN KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM RAUB, PAHANG

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

Azmaliza Arifin Pusat Konsultasi dan Penyelidikan Koperasi Perkasa Ekonomi Belia Ekonomi Malaysia diramalkan mengalami pertumbuhan lebih rendah berbanding pencapaian pada tahun 2014, iaitu sekitar lima peratus hingga 5.5 peratus bagi tahun 2015. Hal ini sememangnya dipengaruhi oleh cabaran persekitaran luaran ekonomi yang tidak menentu serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) enam peratus pada bulan April 2015. Selaras dengan agenda transformasi negara dalam melonjakkan lagi sumbangan sektor koperasi kepada pertumbuhan ekonomi negara untuk memastikan koperasi terus diberi peluang yang saksama untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan yang baharu dan meningkatkan rantaian nilai sedia ada. Ini bertujuan untuk memastikan gerakan koperasi turut sama menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara. Dalam agenda pemerkasaan ekonomi, koperasi menjadi salah satu saluran pembangunan dan pengukuhan untuk memperluaskan aktiviti perniagaan koperasi. Pelancaran Dasar Koperasi Negara (DKN), 2011-2020 oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mengiktiraf gerakan koperasi sebagai wadah penyumbang yang signifikan kepada pembangunan ekonomi negara. Dasar ini menggariskan objektif jangka pendek iaitu untuk meningkatkan kefahaman berkoperasi dalam kalangan masyarakat untuk menjadikan koperasi sebagai organisasi yang mampu membantu menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan sosial. Manakala objektif jangka panjang pula adalah menjadikan gerakan koperasi sebagai wahana yang berdaya saing dan mapan untuk menyumbang ke arah usaha pembasmian kemiskinan, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat berdasarkan prinsip koperasi. Tahun 2009 merupakan titik permulaan anjakan baharu transformasi sosioekonomi negara, menerusi Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKRA), selain kerajaan turut memperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) pada tahun 2010 untuk memastikan Malaysia mencapai status negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ini merupakan cabaran baru kepada sektor koperasi agar memainkan peranan yang lebih berkesan dalam meningkatkan taraf hidup anggota dan membantu negara dalam merealisasikan agenda pembangunan negara. Kerajaan melihat kewujudan koperasi sebagai pendekatan yang ampuh dalam membantu masyarakat meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi mereka. BIL. 47 NOVEMBER 2015 47

Setiap lapisan masyarakat dan komuniti perlu menubuhkan koperasi bagi memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup masing-masing Di samping itu, penubuhan koperasi di peringkat pelajar sekolah dan golongan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta juga merupakan platform terbaik untuk melatih pelajar dengan amalan perniagaan sebenar dan menitikberatkan keperluan untuk menjadi usahawan. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga mendapat kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi melibatkan golongan belia dalam aktiviti koperasi sebagai platform untuk menjalankan perniagaan. Isu Belia di Malaysia Pembudayaan Koperasi di Malaysia Malaysia perlu mengorak langkah dalam memperkasakan penubuhan koperasi dengan menyasarkan masyarakat untuk menerima koperasi sebagai amalan hidup. Setiap lapisan masyarakat dan komuniti perlu menubuhkan koperasi bagi memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup masing-masing. Selain itu, untuk meningkatkan pembudayaan koperasi dalam kalangan masyarakat di negara ini, pelbagai program dijalankan, antaranya Seminar Kesedaran Berkoperasi, Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah, Santai Anak Muda Berkoperasi, Majlis Perjumpaan Pemimpin bersama Komuniti termasuk persatuan belia, persatuan wanita, jawatankuasa kariah masjid dan persatuan penduduk. Pada tahun 2010, program 1Komuniti 1Koperasi telah digerakkan untuk memastikan agar 50 peratus penduduk di negara ini menceburi gerakan koperasi. Program ini telah menyasarkan penglibatan masyarakat dalam pelbagai kegiatan koperasi bagi meningkatkan taraf sosioekonomi. Pada masa kini, belia merupakan generasi pemimpin Negara yang akan menentukan kelangsungan negara dan bangsa pada masa hadapan. Menurut Dasar Pembangunan Belia Negara, takrif belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006). Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mula menyemak semula Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) dan telah bersedia untuk meminda takrifan belia dengan mengehadkan umur kepada 15-30 tahun. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2014, seramai 9.1 juta atau 30 peratus dari penduduk di Malaysia adalah belia yang berumur 15-30 tahun. Berdasarkan peratusan populasi yang lebih kecil ini akan membolehkan objektif penganjuran program belia oleh kerajaan dapat difokuskan serta dijamin keberkesanannya termasuk program-program yang bercorak kepimpinan. Kerajaan sentiasa menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan golongan belia dan pertubuhan belia dalam pembangunan negara. Ramai di antara kita yang terdiri daripada golongan belia yang merupakan golongan yang menyumbang 48 BIL. 47 NOVEMBER 2015

perbelanjaan yang besar dalam aktiviti ekonomi. Sehubungan itu, pengurusan kewangan yang cekap membolehkan generasi belia hidup dalam keadaan sejahtera dan terurus. Pada tahun 2011, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menjalankan kajian berhubung dengan pengukuhan ekonomi generasi belia. Di antara dapatan kajian yang telah dijalankan menyatakan bahawa bagi mengatasi masalah ini, 49 peratus belia terfikir untuk melakukan kerja sampingan manakala 33 peratus belia bertindak melakukan kerja-kerja sambilan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan mereka. Langkah bijak ini seharusnya dilakukan oleh setiap belia di Malaysia memandangkan keadaan ekonomi diri atau keluarga yang majoritinya berada pada tahap membimbangkan. Kajian turut mendapati bahawa majoriti belia yang berusia 15 hingga 28 tahun yang berada dalam kumpulan generasi Y belum merasakan tekanan hidup khasnya dari segi kesempitan kewangan kerana mereka masih menuntut sama ada di sekolah menengah atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Urusan kewangan mereka lebih bergantung kepada keluarga atau institusi pinjaman pelajaran. Bagi belia yang tergolong dalam kumpulan generasi X (berusia antara 29 hingga 40 tahun), pengurusan kewangan lebih mendesak. Kajian menunjukkan bahawa belia yang mula memasuki alam pekerjaan akan memberi keutamaan kepada pembelian kenderaan dan lebih dari 30 peratus menyatakan bahawa bayaran ansuran kenderaan tersebut membebankan. Bagi generasi X tanpa mengira jumlah pendapatan biasanya mempunyai beberapa komitmen kewangan seperti bayaran sewa rumah, bayaran ansuran kenderaan, penyelenggaraan kenderaan, bayaran pinjaman pelajaran, bayaran kad kredit, bayaran ansuran perabot, bayaran pinjaman peribadi melangsungkan perkahwinan dan berbagai-bagai komitmen kewangan menyebabkan mereka tidak mampu untuk menabung. Bebanan kewangan juga turut menyebabkan citacita memiliki kediaman menjadi kurang utama dan kebanyakan generasi X membeli rumah selepas berusia 35 tahun akibat gagal menabung bagi menyediakan bayaran pendahuluan pembelian kediaman. Pengumuman oleh kerajaan semasa Bajet 2015, Skim Perumahan Belia (Youth Housing Scheme) telah mendapat sambutan sebagai satu suntikan semangat untuk membentuk keluarga yang lebih sempurna. Skim ini adalah secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas. Skim ini juga turut menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebih 500 ribu ringgit dan Subsidi kerajaan RM200 sebulan untuk belia membayar ansuran rumah bagi tempoh 2 tahun pertama. Skim ini juga khusus kepada belia yang telah berkahwin berumur di antara 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi 10 ribu ringgit dengan tempoh pembiayaan maksimum selama 35 tahun. Di samping itu terdapat pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat pindah milik dan perjanjian pinjaman. Secara tidak langsung, generasi belia perlu memulakan transformasi diri untuk berubah dan memberi keutamaan kepada pengurusan kewangan diri untuk kehidupan yang lebih sejahtera dalam mengharungi cabaran pengurusan ekonomi yang semakin mencabar. BIL. 47 NOVEMBER 2015 49

Penglibatan Belia dalam Koperasi di Malaysia Mutakhir ini, isu berkaitan dengan kos sara hidup semakin hangat diperkatakan dan diperdebatkan. Kesan kenaikan kos sara hidup lebih memberi implikasi terutama kepada golongan belia memandangkan usia belia merupakan fasa pembentukan kehidupan yang paling mencabar. Hakikatnya, gerakan koperasi di Malaysia merupakan salah satu penyumbang dalam pembangunan ekonomi negara dalam pelbagai sektor ekonomi seperti perkhidmatan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani, perladangan dan pembangunan hartanah. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SKM sehingga Disember 2014, terdapat sejumlah 11,871 koperasi dengan seramai 7,409,547 anggota. Dari tahun 2012 hingga 2014 terdapat peningkatan yang signifikan dari segi bilangan koperasi, dan jumlah aset koperasi iaitu dari RM100.40 bilion kepada RM116.78 bilion. Angka-angka ini menunjukkan bahawa sumbangan gerakan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak harus dipandang ringan, malahan kerajaan menjadikan sektor koperasi ketiga terpenting selepas sektor awam dan swasta dalam menjana ekonomi negara. Hal ini merupakan kekuatan kepada gerakan koperasi untuk mengukuhkan peranannya dalam membantu menggerakkan ekonomi negara. Namun, penglibatan belia di negara ini dalam sektor koperasi masih lagi rendah. Statistik SKM menunjukkan sehingga 30 September 2014 hanya terdapat 165 koperasi belia di Malaysia dengan keanggotaan seramai 25,600 orang. Oleh itu, belia di negara ini harus bangkit dan sedar bahawa peranan mereka amat diperlukan untuk meneruskan kesinambungan terhadap kejayaan dan pencapaian sektor koperasi di negara ini seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang membanggakan di mata dunia. Sehubungan itu, masyarakat terutama golongan belia di Malaysia perlu merebut peluang tersebut dalam membangunkan ekonomi rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Aktiviti berkoperasi harus diwujudkan di peringkat pertubuhan belia mengikut kawasan masing-masing demi menjamin pertubuhan koperasi selaras dengan kehendak golongan belia agar dapat menjana ekonomi dalam kalangan belia-belia di daerah masing-masing. Satu pertubuhan belia, satu koperasi perlu diwujudkan segera. Penglibatan belia dalam sektor koperasi juga dapat mengurangkan masalah sosial secara tidak langsung menerusi aktiviti dan projek yang menjana ekonomi yang diceburi seperi pertanian, perladangan, pelancongan, penternakan, perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya. Peluang sebegini bukan sahaja memberi impak kepada golongan belia bahkan masyarakat setempat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 2014 turut melaporkan bahawa kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini amat membimbangkan. Seramai 579 orang individu telah direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2014. Jumlah ini telah mengalami peningkatan berbanding 208 individu tahun 2013 dan 130 individu pada tahun 2012. Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan kehidupan yang semakin mendesak, maka belia perlu merancang perbelanjaan dan mampu menjana pendapatan negara. Justeru gejala ini dapat dikurangkan jika golongan belia berani mengorak langkah dan merebut peluang untuk menceburi aktiviti berkoperasi yang mampu menjana ekonomi belia dan penduduk setempat. Pihak kerajaan perlu memandang serius dalam membantu golongan belia yang ingin menubuhkan koperasi kerana bukan hanya mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat 50 BIL. 47 NOVEMBER 2015

di negara ini malah membantu membangunkan ekonomi rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Penyertaan golongan belia dalam koperasi adalah selaras dengan teras strategik keempat DKN, 2011-2020 iaitu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi bagi memastikan gerakan koperasi terus diterima dan disertai masyarakat setempat. Maka penubuhan koperasi belia mampu menjadi sebuah organisasi perniagaan lebih berdaya saing dengan menjana pendapatan besar, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup golongan belia. Data menunjukkan penglibatan belia dalam koperasi kini masih lagi rendah. Oleh itu, belia di negara ini harus bangkit dan sedar bahawa peranan mereka amat diperlukan untuk meneruskan kesinambungan terhadap kejayaan dan pencapaian sektor koperasi di negara ini seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang membanggakan di mata dunia. Maka, semua kumpulan masyarakat terutama golongan belia perlu merebut peluang untuk memperkayakan ilmu tentang keusahawanan melalui koperasi agar dapat bersama-sama menyumbang bukan sahaja keluarga kita, malah kepada masyarakat dan negara ini. ekonomi belia melalui aktiviti berfaedah dan dapat menarik minat golongan belia untuk menyertai koperasi, maka tanggungjawab pembangunan belia bukan hanya terletak pada kerajaan semata-mata. Ia juga boleh digerakkan melalui kepemimpinan setempat. Aktiviti keilmuan seperti kursus kepimpinan kemahiran dan keusahawanan perlu dipertingkatkan. Kerajaan menggalakkan pertubuhan belia di setiap negeri untuk bergabung sekali gus memperkasakan koperasi sedia ada yang dilihat dapat meningkatkan ekonomi golongan muda. Koperasi yang diterajui oleh persatuan belia itu perlu diperkasakan bertujuan untuk menjana modal dan meningkatkan ekonomi bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Masalah yang sering dihadapi oleh setiap pertubuhan belia adalah masalah kewangan, namun tiada modal malah memerlukan sumbangan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Justeru, jika pertubuhan belia di setiap negeri mengorak langkah menubuhkan satu koperasi maka mereka boleh menjana ekonomi dan mendapatkan modal tanpa perlu meminta pertolongan daripada mana-mana pihak. Aktiviti berkoperasi dalam kalangan belia merupakan platform yang berkesan dalam usaha mendekatkan belia dalam gerakan koperasi dan sekali gus memberi kesedaran kepada golongan tersebut bahawa banyak peluang kerjaya boleh diwujudkan menerusi koperasi. Selain itu, pendekatan memperkasakan ekonomi belia menerusi berkoperasi merupakan jentera ekonomi yang terbaik dalam mewujudkan keseimbangan pengagihan kekayaan ekonomi negara secara saksama. Ini juga dapat diperkukuhkan lagi menerusi perkara berikut: Memperkasa Ekonomi Belia Menerusi Koperasi Pembangunan ekonomi ditekankan kepada belia bagi mewujudkan belia yang bertanggungjawab, berdikari serta berupaya menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara. Bagi memperkasa dan menjana semula i. Meningkatkan taraf sosioekonomi golongan belia melalui koperasi dengan menjadi pemangkin serta sumber sokongan kepada para anggota. ii. Memajukan koperasi dalam sektor ekonomi penduduk setempat terutama di luar bandar secara progresif dan terancang. BIL. 47 NOVEMBER 2015 51

iii.membangunkan golongan belia yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, kerjaya, kemahiran dan inovasi. iv. Melahirkan lebih ramai belia inovatif yang impaknya akan berterusan dalam menyemai generasi pelapis yang cemerlang. v. Menyemarakkan agenda pembangunan belia dengan membantu belia di setiap negeri supaya lebih agresif, proaktif dan inovatif dalam memainkan peranan selaku peneraju negara masa hadapan vi. Mengurangkan kadar kemiskinan dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kesimpulan Koperasi berperanan dalam memperkasakan ekonomi belia mampu menyuntik semangat dalam usaha memperkasakan golongan belia. Ia juga bertepatan dengan usaha dan komitmen kerajaan untuk menggalakkan penyertaan belia terutama di luar bandar untuk berkoperasi. Generasi belia perlu memupuk minat yang mendalam terhadap koperasi dengan penyertaan lebih aktif dan giat lagi pada masa akan datang untuk melahirkan koperasi belia yang mampu menyumbang 10 peratus daripada sumbangan koperasi dalam pendapatan negara. Selain itu, golongan belia merupakan pelapis masa depan serta penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Koperasi turut menjadi ejen penting dalam menyatupadukan rakyat menerusi konsep keuntungan bersama yang boleh memberi impak positif terhadap sistem sosial dan komuniti setempat serta menghasilkan perpaduan yang erat. Semoga generasi belia di Malaysia dilihat sebagai generasi muda yang lebih matang dan bijak merancang perbelanjaan dan membuat pemilihan alternatif dalam usaha berjimat cermat. Para belia harus berani mempelopori koperasi agar hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 akan tercapai. Tindakan ini juga membolehkan belia di Malaysia dapat memiliki aset yang lebih bernilai untuk jangka masa yang panjang. Rujukan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (2006). Apa yang anda perlu tahu?.kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Belia berhutang. (2014,November).Generasi Pengguna Bil.31. Jabatan Perangkaan Malaysia.(2015). Dicapai daripada http://www.statiscs.gov.my. Koperasi Penyumbang Kestabilan Ekonomi.(2013, Oktober 17).Utusan Malaysia. Mohd Rizal Mohd Sham (2014). Membangun program transformasi belia negara: Bajet 2015. Buletin Fakta Belia Institut Penyelidikan Pembangunan Edisi 4/2014. Shariffah Mamat.(2011). Literasi Kewangan Belia. Buletin Fakta Belia Institut Penyelidikan Pembangunan Edisi 1/4 2011. Suruhanjaya Koperasi Malaysia.(2015). Dicapai daripada http://www.skm.gov.my. Zulaini Ismail. (2015, September).Sektor Koperasi Negara Berdaya saing Dewan Ekonomi. Dewan Ekonomi. 52 BIL. 47 NOVEMBER 2015