UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU MALAYSIA (ASTRA)

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

ISI KANDUNGAN. Perkara

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

UNDANG-UNDANG KELAB BUKIT PERDANA

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

Transkripsi:

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA Peraturan 1. Nama dan Tempat Urusan 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA, selepas ini disebut Persatuan. 2. Tempat urusannya ialah 11 Jalan USJ 2/2G, UEP Subang Jaya, 47600 Selangor Darul Ehsan atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa kesemasa oleh Jawatankuasa; dan alamat surat menyurat ialah P.O. Box 8739, Pejabat Pos Kelana Jaya, 446790 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Alamat berdaftar dan alamat surat menyurat tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. Peraturan 2. Tujuan-tujuan (objektif-objektif) Objektif Persatuan adalah seperti berikut: 1. Memupuk kecenderungan dan minat di dalam bidang senifoto. 2. Meninggikan mutu dan piawaian dalam bidang senifoto di dalam negara. 3. Mengembangkan aktiviti senifoto sebagai satu kesenian dan juga sebagai satu pengetahuan sains. 4. Memupuk kepersefahaman dan keharmonian antara kaum di Malaysia dan dari luar negeri dari segi kebudayaan dan falsafah melalui senifoto. Peraturan 3. Keahlian 1. Kelayakan a. Semua rakyat dan penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah layak menjadi ahli biasa. Warga asing b. Murid-murid sekolah yang berumur di bawah 18 tahun boleh menjadi ahli biasa dengan syarat permohonan dibuat dengan kebenaran ibu bapa. c. Warga asing yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh juga menjadi ahli biasa. d. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. e. Tiap-tiap pemohon hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan seperti yang ditentukan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia menjadi ahli. 2. Fellow Persatuan boleh melantik fellow dari mana-mana ahli biasa yang telah memberi sumbangan yang terkemuka dalam bidang senifoto dalam jangka masa sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. 3. Honorary Fellow 1

Persatuan juga boleh melantik Honorary Fellow dari mana-mana orang perseorangan yang telah banyak memberi sumbangan dalam apa jua bentuk kepada Persatuan ataupun kepada bidang senifoto amnya. Peraturan 4. Bayaran Masuk, Yuran-yuran dan Bayaran lain 1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut : Kategori Ahli Bayaran Masuk (RM) Yuran Tahunan (RM) 1. Biasa 2. Fellow 3. Hon. Fellow 4. Penasihat/ Pengamanah 10.00 10.00 Percuma Percuma 50.00 50.00 Percuma Percuma 2. Pembaruan yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari sebelum penhujung bulan Januari atau Julai pada setiap tahun. 3. Ahli yang gagal membayar yuran tahunannya dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh luput dengan menerima peringatan akan dengan sendirinya terhenti menjadi ahli Persatuan. 4. Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk mengenakan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terluput disebabkan hutang. 5. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara-perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli biasa. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. 2

Peraturan 5. Pemberhentian dan Pemecatan Ahli 1. Ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dalam cara yang mencemarkan nama baik Persatuan bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli teresbut, ahli itu hendaklah diberitahu secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu, atas rayuan oleh ahli tersebut. Peraturan 6. Mesyuarat Agung 1. Pengeloloaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli biasa. Sekurangkurangnya satu perdua ( ½) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat. 2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih dari 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. 3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan tetapi tidak lewat dari 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung ialah : a. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Persatuan di dalam tahun lalu; b. Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; c. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; d. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli biasa sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung suatu pengumuman awal kerana mesyuarat yang menerangkan tarikh waktu dan tempat serta penerimaan cadangan yang hendak dibincangkan cadangan untuk meminda undang-undang Persatuan dan pencalonan untuk pemilihan ahli Jawatankuasa. Pengumuman mesyuarat juga hendaklah dipamerkan di tempat yang jelas kelihatan di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat Persatuan. 5. Pencalonan-pencalonan untuk pemilihan ahli Jawatankuasa dan cadangan-cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha tidak lewat dari 7 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat. 3

6. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli biasa sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung tahunan diadakan, satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan, cadangan-cadangan dan pencalonan-pencalonan untuk pemilihan ahli Jawatankuasa berserta dengan penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat Persatuan. 7. Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan : a. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau b. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebabsebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan. 8. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 9. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat. 10. Fasal (1) dan (2) di dalam undang -undang berklenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 11. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. Peraturan 7. Jawatankuasa 1. Persatuan dipimpin oleh satu Jawatankuasa dan tiga (3) Jawatankuasa Kecil. 2. Satu Jawatankuasa dan tiga (3) Jawatankuasa Kecil yang dinamakan pegawai-pegawai Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: 3. Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut: Seorang Yang Dipertua Seorang Naib Yang Dipertua Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Seorang Penolong Bendahari dan enam (6) orang Ahli Jawatankuasa Biasa. 4. Tiga Jawatankuasa Kecil adalah seperti berikut: 4

Jawatankuasa Kecil Acara dan Publisiti Jawatankuasa Kecil Aktiviti Luar Jawatankuasa Kecil Keahlian 5. Setaip Jawatankuasa Kecil terdiri daripada lima (5) ahli seperti berikut: Dua (2) Ahli Jawatankuasa Biasa yang ditugaskan untuk memimpin Jawatankuasa Kecil. Tiga Ahli Jawatankuasa Kecil yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: 6. Nama-nama untuk jawatan-jawatan peraturan (1) dan (4) di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun. Jawatan Yang Dipertua tidak boleh dipegang oleh pegawai yang dilantik semula untuk tiga (3) tahun berturutturut. 7. Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. 8. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 6 minggu. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 9. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa dengan surat pekeliling, syarat-syarat yang berikutan hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. 10. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. 5

11. Jika seorang ahli Jawatankuasa meningggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli Persatuan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 12. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Persatuan, dan melantik pengurus-pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan. 13. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan-kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. Peraturan 8. Kewajipan-kewajipan Pegawai 1. Yang Dipertua, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari. 2. Naib Yang Dipertua hendaklah memangku Yang Dipertua semasa ketiadaannya. 3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Persatuan mengikut undangundang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat-mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. 4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha. 6. Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa dan menjalankan apa-apa tugas yang diberi oleh Jawatankuasa dari masa ke masa. Semua kenyataan akhbar mengenai Persatuan hanya boleh dibuat oleh Yang Dipertua atau Setiausaha atas arahan Yang Dipertua. Lain-lain ahli Jawatankuasa tidak boleh membuat apa-apa kenyataan akhbar mengenai Persatuan melainkan setelah mendapat kelulusan khas dari Jawatankuasa. 6

Peraturan 9. Kewangan 1. Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji, dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah. 2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan. 3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari. Kerana ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan. 4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM3,000.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari. 5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik mengikut undang-undang 10, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan bagi Persatuan. 6. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember, tiap-tiap tahun. Peraturan 10. Pemeriksa Kira-Kira 1. Satu orang atau lebih yang bukannya pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Ia/mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula. 2. Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Ia/mereka harus juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua memeriksa kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan-jawatan ia/mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. 7

Peraturan 11. Pengamanah 1. Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). 2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Persatuan. 3. Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau perkerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat agung. Peraturan 12. Tafsiran Undang-Undang 1. Diantara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung. Peraturan 13. Penasihat/Penaung Jawatankuasa Persatuan ini bolehlah, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini. Persatuan boleh mempunyai lebih dari seorang penasihat. Peraturan 14. Larangan 1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib. 2. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959. 3. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawtankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. 4. Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahli Persatuan. 8

Peraturan 15. Pindaan Undang-Undang Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipindan kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasnya mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Peraturan 16. Pembubaran 1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada ju mlah ahli yang menghadiri berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. 2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan tangunggan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujukan dalam mesyuarat agung. 3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.. Yang Dipertua Setiausaha Nama :. Nama :. Tarikh:. 9