UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Amalan Berkualiti (Individu)

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN PENCALONAN

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Minda Cemerlang

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Senarai Pengerusi Anugerah. Pemerihalan Anugerah Inovasi 2013

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KATEGORI ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH SISWA GEMILANG 2015/2016

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

UKM-SPKP-JP-PK04-BO01 No. Semakan : 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/05/2012

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

BORANG ANUGERAH TOKOH STAF BUKAN AKADEMIK TAHUN 2016/2017

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200

Anugerah Keterlibatan Komuniti

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

SYARAT DAN KATEGORI ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA SESI 2014/2015

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pengurusan

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JAWATAN GRED 45/51/53

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

Anugerah Inovasi Proses Pengurusan Dan Pentadbiran

PROSES KERJA : PELAKSANAAN PEMBERIAN STATUS ZZ KEPADA PELAJAR

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KESUKARELAWANAN)

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

Permohonan Kenaikan Pangkat Jawatan Akademik

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

PINDAAN KALI PERTAMA DILULUSKAN OLEH MESYUARAT PENGURUSAN EKSEKUTIF BIL.19/2016 BERTARIKH 29 JUN 2016 DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) BAGI STAF BUKAN AKADEMIK

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

Transkripsi:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Anugerah Pengajar Cemerlang 30

ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG 1. PENGENALAN UKM sebagai Universiti Penyelidikan dan dalam usaha menjadi Universiti tersohor di dunia harus lebih terbuka dan proaktif terhadap tuntutan daripada pihak berkepentingan dan bakal graduan (pelajar) yang menjadi pengguna utama pendidikan yang ditawarkan. Segala hasil penyelidikan semestinya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkat dan memantapkan tahap kefahaman terhadap pelajar. Bagi menjadi Universiti terpilih di peringkat dunia yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan, seluruh kakitangan akademik UKM perlu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan konsisten. Kaedah serta pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dan e-pembelajaran dapat mewujudkan budaya pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat. Sehubungan itu, universiti harus memikirkan secara terancang langkah untuk mengenalpasti, menganalisis dan seterusnya mengiktiraf secara rasmi usaha pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, berkualti serta inovatif. 2. RASIONAL ANUGERAH UKM perlu menginstitusikan amalan anugerah pengajar cemerlang atas sebab berikut:- 2.1 Langkah ini adalah satu bukti yang konkrit bahawa UKM memandang serius tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran, dan bukti bahawa UKM sedia mengorak langkah ke arah perubahan dan inovasi bagi amalan yang sedia ada. UKM yakin bahawa pengajaran yang berkualiti pastinya akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, usaha yang dinamik dan teknik terkini yang dapat menarik pelajar haruslah diiktiraf dan dimaklumkan secara rasmi kepada masyarakat sebagai penghormatan. 2.2 Usaha mengadakan perubahan dalam pengajaran, terutamanya yang bercorak inovatif, memakan masa yang panjang, dan tindakan untuk tujuan ini diambil oleh pelbagai pihak dalam bermacam-macam cara. Langkah mengiktiraf secara rasmi pengajaran yang baik menyokong usaha-usaha lain yang sedang dilakukan oleh pelbagai pihak di UKM. Pengiktirafan ini dapat dianggap sebagai kemuncak kepada segala usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di universiti ini. 31

2.3 Selain menggalakkan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, komponen kemahiran insaniah harus dipupuk dalam diri pelajar bagi menjadi graduan yang kompeten dan memenuhi nilai kebolehpasaran. Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang memberi fokus kepada pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berketrampilan. Nilai kepimpinan, kemahiran komunikasi, etika, kerja berpasukan dan pembelajaran sepanjang hayat sangat penting dan perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, UKM telah mengeluarkan 13 kompetensi generik yang akan disemai kepada setiap pelajar. 3. OBJEKTIF ANUGERAH Secara am tujuan anugerah ini ialah untuk menggalakkan perubahan yang inovatif lagi berkesan di UKM, ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Ia menggalakkan pembaharuan dan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI). 3.1 Perkongsian daripada masyarakat universiti khususnya dan masyarakat luar amnya bahawa di UKM, terdapat pengajaran yang bermutu di kalangan pengajarnya. Penerima anugerah yang diiktiraf adalah contoh yang cemerlang. 3.2 Menonjolkan ciri-ciri pengajaran dan pengajar yang dianggap bermutu dan dengan itu membantu pensyarah lain ke arah memahami dan menghayati piawai yang dituju di samping mendorong mereka supaya lebih bersungguh-sungguh dalam tugas utama mereka ini. 3.3 Mengukuhkan satu tradisi ke arah penilaian segala usaha yang dijalankan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu mekanisme kawalan mutu dalam pengajaran. 4. DEFINISI KONSEP UTAMA 4.1 Pengajaran: Merujuk kepada proses mengajar dengan tujuan menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang disiplin ilmu yang merangkumi proses pemudah cara, membimbing, memberi tuturan dan membantu dengan apa cara juga ke arah melahirkan graduan yang berketerampilan. 4.2 Pengajar: Konsep ini merangkumi semua tenaga pengajar yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar termasuklah pensyarah dan guru bahasa. 32

4.3 Pengajar Cemerlang: Penentuan pengajar cemerlang ini berfokuskan ciri-ciri pengajaran yang berkualiti. Pengajar ini telah menunjukkan perancangan dan penyampaian yang baik, penyampaiannya menimbulkan minat dan menggalakkan pelajar untuk belajar, interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar adalah dinamik, mesra dan positif. Pengajaran disampaikan mengikut rangka masa yang ditetapkan, beberapa alat bantuan digunakan dalam proses pengajarannya dan terdapat pula pelbagai cara untuk menilai prestasi pelajarnya. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) perlu tidak kurang dari 90 markah untuk layak dicalonkan sebagai Pengajar Cemerlang. Ciri-ciri terperinci yang diambil kira dapat dilihat daripada instrumentasi pemilihan calon. 5. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN Anugerah ini dibuka kepada semua pengajar termasuk profesor di setiap Fakulti/Pusat. Pemilihan pengajar adalah berasaskan pencalonan yang dibuat di peringkat Fakulti/Pusat oleh pelajar dan pihak pengurusan Fakulti/Pusat berkenaan. 5.1 Pencalonan Pengajar Pencalonan dibuka pada setiap tahun sebaik sahaja pihak urusetia Anugerah Pengajar Cemerlang (APC) mempelawa Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk mengemukakan calon secara rasmi. Pencalonan hanya dibuat sekali bagi satu sesi. Satu penghebahan tentang anugerah ini akan dibuat terlebih awal menerusi e-warga dan surat pekeliling. 5.2 Pemilihan Awal Di Peringkat Fakulti/Pusat 5.2.1 Setiap Fakulti/Pusat akan memilih calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk Anugerah Pengajar Cemerlang (APC). Pemilihan dibuat oleh satu Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Pusat yang dipengerusikan oleh Dekan/Pengarah dengan anggota terdiri daripada Ketua Jabatan atau Pengerusi Pusat dengan 2 orang Profesor atau pensyarah kanan Fakulti/Pusat. 5.2.2 Pemilihan adalah berasaskan prestasi pengajaran dan pembelajaran, sumbangan terhadap bidang pengajaran, interaksi dengan pelajar dan tugas-tugas yang berkaitan seperti penilaian dan lain-lain. 5.2.3 Calon perlu memenuhi syarat pemilihan Anugerah Akademik Negara (AAN) yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 33

5.2.4 Pemilihan calon dibuat berasaskan kepada markah purata pencapaian SPPK melebihi 4.0. Mengikut kerangka SPPK, penilaian prestasi pengajaran dibuat berdasarkan maklumbalas dan persepsi pelajar pada setiap semester. 5.2.5 Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Pusat perlu menilai pensyarah yang akan dicalonkan berasaskan kepada maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pengajaran di peringkat Fakulti/Pusat, menerusi Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) dan Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU). Mengikut kerangka SPPU, komponen pendidikan akan dinilai dari segi keaslian inovasi, kualiti pengajaran dan penyeliaan. Keaslian inovasi membawa markah 30%, kualiti pengajaran 40% dan penyeliaan 30%. 5.2.6 Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Pusat perlu juga mengambilkira penglibatan calon dalam kegiatan dan pembangunan pelajar di Fakulti/Pusat serta mengambilkira tempoh perkhidmatan seseorang pensyarah itu untuk mencapai taraf pengajar cemerlang. 5.2.7 Semua calon Fakulti/Pusat akan ditapis dan disenarai pendek berdasarkan markah yang diperolehi mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan seperti di dalam borang PAPC (Borang A) dan Borang Inovasi Dalam Bidang Pendidikan (Borang B). 5.2.8 Calon-calon yang telah disenarai pendek di peringkat Fakulti/Pusat perlu diperakukan menerusi Mesyuarat Pengurusan Fakulti/Pusat. 5.2.9 Fakulti/Pusat perlu menghantar calon terbaik kepada Jawatankuasa Anugerah Pengajar Cemerlang (JAPC) mengikut agihan yang telah ditetapkan seperti di lampiran. 5.3 Pemilihan Calon Di Peringkat Universiti 5.3.1 Penilaian peringkat universiti dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang dikemukakan oleh calon menerusi: i. Maklumat dan pencapaian SPPK. ii. Maklumat dan pencapaian SPPU. iii. Maklumat yang lengkap seperti yang terkandung dalam Borang A dan Borang B. iv. Maklumat Fail Kursus/ Fail Pengajaran Calon. v. Perakuan dan sokongan Dekan/ Pengarah/ Ketua PTJ. 5.3.2 Pemilihan calon APC akan dibuat oleh JAPC peringkat Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa. 34

5.3.3 Dekan/Pengarah atau Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat yang berkenaan (wakil), akan dijemput hadir semasa pemilihan calon oleh JAPC. 5.3.4 Ahli Panel Pemilih sewajarnya merupakan pakar dalam bidang yang berkaitan dengan pengajaran, pembelajaran dan penilaian di peringkat Universiti. 5.3.5 Pemilihan pemenang adalah mengikut rumpun, iaitu Rumpun Sains, Sains Sosial dan Sains Perubatan/Kesihatan. Agihan pemenang mengikut rumpun adalah seperti di lampiran. 5.4 Pemilihan Calon Di Peringkat Kebangsaan Penilaian dijalankan secara berperingkat seperti berikut: 5.4.1 Peringkat 1: Portfolio yang mengandungi perkara-perkara berikut (senarai semak boleh dirujuk di lampiran): i. Penjelasan tentang pengajaran yang dilakukan ii. Penyataan Inovasi iii. Bahan bukti bahawa pembelajaran berkesan telah berlaku iv. Bahan pengajaran dan penilaian (sertakan sampel saja) v. Curriculum vitae dan bahan lain yang berkaitan 5.4.2 Perkara-perkara yang dinilai dalam portfolio adalah seperti berikut: i. Inovasi Keaslian inovasi pengajaran dan pembelajaran Kerelevanan inovasi dalam konteks pemohon Impak inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran ii. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pencapaian kesan pembelajaran Bimbingan terhadap pembelajaran (bimbing-selia, penasihatan yang substantif) Penyelidikan dan Penerbitan Penyeliaan (contohnya bilangan pelajar) 35

iii. Bahan pengajaran dan penilaian Kesesuaian (contohnya tahap dan skop) Keterkinian Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran Merangsang dan memupuk pemikiran kritis Keselanjaran penilaian Impak penilaian terhadap pembelajaran Portfolio calon yang mencapai titik ambang akan maju ke peringkat 2. 5.4.3 Peringkat 2: Temuduga dan Simulasi Pengajaran Temuduga dan simulasi pengajaran akan dijalankan bagi calon yang telah disenarai-pendekkan di peringkat 1. Temuduga akan merangkumi perkara berikut: i. Falsafah pendidikan ii. Inovasi dalam pengajaran iii. Motivasi pelajar iv. Keunikan pengajaran serta pembelajaran v. Aplikasi penyelidikan dalam pengajaran Masa yang diperuntukkan bagi simulasi pengajaran adalah selama 15 minit. Perkara yang dinilai dalam simulasi pengajaran: i. Keberkesanan komunikasi ii. Persembahan yang menarik iii. Penggunaan alat bantu pengajaran dengan efektif iv. Keupayaan meyakini pelajar v. Keupayaan melibatkan pelajar 5.4.4 Calon yang mencapai titik ambang dan markah tertinggi di peringkat 2 bagi setiap kelompok akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran. 6. BENTUK ANUGERAH Wang tunai dan sijil. 36

7. TOKOH PENGAJAR Individu yang sekurang-kurangnya pernah memenangi Anugerah Pengajar Cemerlang (Hadiah Utama) sekali dan tiga kali dicalonkan bagi anugerah berkenaan. 8. PENUTUP Pelaksanaan APC harus dinilai dari masa ke semasa kerana kesahihan serta keberkesanan sesuatu tindakan itu harus berlandaskan usaha penyelidikan dan pengumpulan data yang kemas terkini, relevan dan objektif. Untuk tujuan jangka panjang, JAPC dipertanggungjawabkan mendalami dan memperbaiki sistem penilaian di setiap Fakulti/Pusat, atau untuk setiap gugusan Sains, gugusan Sastera, gugusan Ikhtisas dan lain-lain. Jawatankuasa haruslah memberi maklumbalas terhadap aktiviti-aktiviti lain ke arah mempertingkatkan mutu pengajaran dan keberkesanannya. 37

LAMPIRAN JAWATANKUASA ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG AGIHAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG MENGIKUT BILANGAN PERJAWATAN A G I H A N S E K A R A N G GUGUSAN FAKULTI/PUSAT PERJAWATAN* CALON CEMERLANG SAGUHATI SIJIL SAINS SOSIAL FEP 152 3 FPEND 82 2 FPI 104 2 FSSK 248 5 FUU 41 1 PPU 39 2 JUMLAH 666 15 4 4 7 SAINS FKAB 179 3 FST 260 5 FTSM 91 2 JUMLAH 530 10 3 4 4 KESIHATAN FPERG 52 1 FPER 446 9 FSK 129 2 FFAR 28 1 JUMLAH 655 13 4 4 5 JUMLAH KESELURUHAN 1851 38 11 12 16 * DATA PADA 31 OGOS 2012 (Tidak termasuk tutor) 38

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PENCALONAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG Saudara / Saudari pelajar, Assalamualaikum wwb dan salam sejahtera Untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UKM, suatu penganugerahan Pengajar Cemerlang akan diadakan setiap tahun sebagai pengiktirafan kepada tenaga pengajar. Sokongan daripada saudara/i sekalian dalam hal ini amat penting. Sila calonkan pensyarah (maksimum 2 orang) dalam borang yang disediakan yang telah mengajar saudara/i sepanjang tempoh pengajian anda yang difikirkan layak untuk dipertimbangkan sebagai pengajar cemerlang untuk sesi ini dengan mengisi borang PPC. Terima kasih PENSYARAH/PENGAJAR YANG SAYA CALONKAN : 1. Nama : Fakulti/Pusat Pengajian/ Jabatan : 2. Nama : Fakulti/Pusat Pengajian/ Jabatan : 39

BORANG PENCALONAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG (PPC) Sila nilaikan aspek-aspek berikut berdasarkan jumlah maksima markah yang telah ditentukan. A. Pengajaran/Kuliah (60%) Kriteria Pensyarah 1 Pensyarah 2 Penyampaian Isi Pengajaran (10%) (Lancar, jelas, ceria, teknik pengajaran sesuai dan menarik, kepelbagaian mod pengajaran, bahan bantu mengajar sesuai dan berkesan). 10 10 Kemahiran Insaniah/ Kompetensi Generik (10%) (Menerapkan juzuk kemahiran insaniah (kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan lain-lain) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran). 10 10 Persediaan dan Perancangan Pengajaran (10%) (Menyediakan rangka kursus, menyatakan objektif pengajaran, aktiviti pembelajaran/ tugasan, penilaian kursus). 10 10 Isi kuliah (10%) (Mudah difahami, relevan, menguasai ilmu terkini, mampu menerangkan konsep dan amalan dan menerapkan hasil penyelidikan). 10 10 Keupayaan melibatkan pelajar (10%) (Pusatan pelajar, berinteraksi secara baik dengan pelajar semasa pengajaran, bersedia mendengar pandangan pelajar, berupaya dan sanggup menerangkan dengan lebih luas apabila perlu). 10 10 E-Pembelajaran (10%) Integrasi e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran B. Personaliti (30%) Minat terhadap kepentingan pelajar/sanggup meluangkan masa untuk pelajar (10%). Perihatin terhadap keupayaan pelajar dan boleh mengubah suai pengajaran mengikut keupayaan dan keperluan pelajar (10%). 10 10 10 10 Menggunakan masa secara optimum (Ketepatan masa) (10%). C. Kegiatan dalam Hal-Ehwal Pelajar (10%) Kegiatan dalam aktiviti pelajar termasuk kebajikan, sukan, persatuan, kaunseling, program pembinaan sahsiah dan sebagainya. 10 10 10 10 10 10 Jumlah Markah Tandatangan Pelajar : Tarikh : 40

SULIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Borang Pencalonan Anugerah Pengajar Cemerlang (PAPC) Diisi Oleh Calon & Jawatankuasa Fakulti Tahun Peringatan Calon-calon yang tidak layak dipertimbangkan ialah : a. Tenaga akademik yang belum disahkan dalam jawatan. b. Tenaga akademik yang baru sahaja dinaikkan pangkat (dalam tahun yang sama) sama ada ke jawatan Pensyarah Kanan, Prof. Madya atau Profesor. c. Tenaga akademik kontrak. BAHAGIAN A : BUTIR-BUTIR PERIBADI DAN PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG DINILAI (Sila kemaskinikan maklumat berikut seperlunya) 1. Nama : 2. UKM (PER) : 3. Jawatan Sekarang : a) hakiki : b) pentadbiran : 4. Fakulti / Pusat / Institut : Jabatan : a) hakiki : b) pentadbiran : 5. Bidang Pengkhususan : 41

BAHAGIAN B : ASPEK HASIL KERJA DAN SUMBANGAN (Bahagian ini hendaklah diisi oleh pegawai yang dinilai dan disahkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Program Sila kemukakan lampiran jika perlu ) 1. Fail Kursus Kursus Sesi/Semester Jam Per Semester Jumlah Pelajar 2. Senarai Keahlian dalam Jawatankuasa 42

3. Kegiatan dalam Hal Ehwal Pelajar :- Terlibat dalam aktiviti pelajar termasuk kebajikan, sukan, persatuan, sesi kaunseling, program pembinaan sahsiah pelajar dan sebagainya. Jawatan (jika ada) Persatuan Pelajar, Kolej 1. 2. Program / Peristiwa 1. Peranan, Penganjur, Tempat, Tarikh 2. 3. 4. 5. Tandatangan : Tarikh : Pengesahan Oleh Ketua Jabatan / Ketua Program : Tandatangan : Tarikh : 43

BAHAGIAN C : ASPEK-ASPEK YANG DIBERI PENILAIAN PENILAIAN OLEH JAWATANKUASA FAKULTI (Jawatankuasa terdiri daripada: Dekan, Ketua Jabatan/Penyelaras Program dan 2 orang wakil di kalangan rakan di Fakulti/Pusat/Jabatan. Semua pencalonan hendaklah disertakan dengan Minit Mesyuarat Jawatankuasa) Kriterium J/K Fakulti 1. FAIL KURSUS (10 markah) Jawatankuasa perlu membuat semakan fail kursus pensyarah berkenaan dalam keadaan teratur dan mengikut arahan kerja ISO. 2. TIADA ADUAN (10 markah) Tidak terdapat sebarang aduan secara bertulis oleh pelajar dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Aduan yang dibuat perlu disiasat kesahihannya. 3. ISO/MQF (10 markah) Pematuhan prosedur ISO/MQF. 4. TIADA SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (10 markah) Semakan semula keputusan peperiksaan dan berlakunya perubahan gred bukan disebabkan oleh kecuaian pemeriksa. 5. KEHADIRAN MESYUARAT (10 markah) Kehadiran kakitangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 6. INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (20 markah) Usaha-usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. 7. MENJADI ROLE MODEL KEPADA PELAJAR (20 markah) Pensyarah yang dijadikan contoh oleh pelajar. 8. KEGIATAN DALAM HAL EHWAL PELAJAR (10 markah) Kegiatan dalam aktiviti pelajar termasuk kebajikan, sukan, persatuan, kaunseling, program pembinaan sahsiah dan sebagainya. JUMLAH 44

BAHAGIAN D : ULASAN KESELURUHAN OLEH J/K FAKULTI Pengerusi J/K Fakulti Tandatangan : Nama : BAHAGIAN E : ULASAN KESELURUHAN OLEH J/K APC Pengerusi J/K APC Tandatangan : Nama: 45