3) Maklumat yang di bawah berkaitan dengan Kilang Plastik Kerjaya.

dokumen-dokumen yang mirip
EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN a. Memenuhi Keperluan & Kehendak Masyarakat b. Menyumbang Terhadap Pembangunan Ekonomi c. Meningkatkan Taraf Hidup

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

6.1 Promosi PENGGUNA BAB 6 : PROMOSI. 1. Antara berikut, pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan pemasaran? Saluran

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SPM NEGERI PERLIS 2008 ANJURAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI PERLIS DAN PKPSM CAWANGAN PERLIS. PERDAGANGAN Kertas 2

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB


Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

Kesetiaan kepada Syarikat

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

2) Pernyataan di bawah penerangan tentang strategi campuran pemasaran.

Kesannya Kepada Pengguna

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2007 TINGKATAN 5. PERDAGANGAN Kertas 2 Dua jam

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN GARIS PANDUAN INDUSTRI KECANTIKAN

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TEBUS RUGI PENGGUNA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Kepentingan hubungan yang baik dengan pelanggan ialah :-

DASAR ANTI RASUAH RGIS

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

EUP 222/3 Jurutera Dalam Masyarakat

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

DALAM TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR HOO AH ALFRED HO - PIHAK YANG MENUNTUT SEBAB KEPUTUSAN

SURAT PERJANJIAN STOKIS/AGENT/DROPSHIP SUTRINA

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH [LHKSNS] 2017 (Sila luangkan masa untuk membaca syarat2 dan peraturan di bawah)

BORANG PENDAFTARAN KARNIVAL JOM SIHAT Stadium Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru 19 Oktober 21 Oktober 2012

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PERUBAHAN. BERMULA DENGAN SAYA KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN Terbitan. Consumer Research and Resource Centre ( H)

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bahagian A. b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. [3]

: Duit syiling 1 sen Lampiran 1 - Lembaran grafik Lampiran 2 - Borang senarai semak

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

JTW Undang-Undang Perniagaan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAB 3 : PENGANGKUTAN. 5. Antara berikut yang manakah peranan pengangkutan? 3.1 Pengangkutan

Pilih jawapan yang betul dengan membulatkan sama ada A, B, C atau D.

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

PERNIAGAAN DAN KEUSHAWANAN TING 2

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Polisi Privasi. Pengenalan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAKLIMAT PENYELARASAN DAN PENGHARMONIAN AUDIT SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR ISO 14001:2004 (EMS) UPM

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [GUAMAN SIVIL NO. MT ] ANTARA JASRA ENTERPRISE...

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

KURSUS PENGURUSAN KAUNTER YANG EFEKTIF. 21 Mac 2018 Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, IBS NOORIZAI MOHAMAD NOOR/ PUSAT JAMINAN KUALITI UPM

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Transkripsi:

Tingkatan 5 Perdagangan Bab 8: Konsumerisme Soalan Objektif 1) Pilih pernyataan yang betul. Konsumerisme bermaksud A Suatu usaha menggalakkan pengguna membeli secara rasional. B Mengurangkan harga barang dan perkhimatan sebagai suatu usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup pengguna C Suatu usaha mengurangkan kesan inflasi dengan cara mendidik pengguna membeli secara bijak. D Suatu usaha untuk meleindungi kepentingan dan kebajikan para pengguna. 2) Yang manakah di bawah bukan hak-hak pengguna? A menentukan harga barang B mendapatkan ganti rugi C mendapatkan maklumat barang D hak bersuara 3) Maklumat yang di bawah berkaitan dengan Kilang Plastik Kerjaya. Pembuangan sisa bahan berbahaya kilang ke dalam sungai telah menyebabkan Kilang Plastik Kerjaya didenda oleh Jabatan Alam Sekitar. Pilih pernayatan yang betul. A Hak mendapat keselamatan telah dilindungi B Hak mendapat ganti rugi telah dilindungi C Hak mendapat keperluan asas telah dilindungi D Hak mendapat alam sekitar yang bersih telah dilindungi 4) Akta di bawah berkaitan dengan hak-hak pengguna: Akta Kawalan Harga 1946: Semua barang yang diniagakan mesti diletakkan tanda harga. Hak yang mana di bawah telah dilindungi? A Hak mendapatkan ganti rugi B Hak untuk mendapatkan maklumat C Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan D Hak untuk mendapatkan perwakilan

5) Peniaga bertanggungjawab kepada kerajaan dengan perkara-perkara di bawah: A Tempat dan suasana yang selamat disediakan kepada pekerja B Ketepatan timbangan dan sukatan bagi barang jualan disediakan C Penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan mutu keluaran disediakan D Cukai pendapatan keuntungan mesti dibayar 6) Antara yang berikut, pilih pernyataan yang sesuai berkaitan tanggungjawab penjual terhadap masyarakat? I Pembinaan perhentian bas dibiayai II Mengutamakan pengambilan pekerja tempatan III Penyelidikan dan pembangunan sosial dijalankan IV Pembinaan loji penapisan berusaha mengurangkan pemcemaran alam sekitar. A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 7) Pengguna yang bijak akan I Membandingkan harga barang sebelum membeli II Membeli dengan sesuka hati III Membuat perancangan sebelum membeli IV Memebeli barang secara pukal A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 8) Berikut ialah cara yang bijak dalam merancang pembelian kecuali A Membeli barang sekunder untuk memenuhi kepuasan B Membuat senarai barang mengikut keperluan C Sentiasa memilih kedai yang menjual barang berkualiti D Tidak membeli dengan sesuka hati 9) Siapa dibawah menunjukkan seorang pembeli yang bijak? A Cik Suriati tidak membeli kasut kerana jurujual tidak membenarkannya mencuba kasut itu. B Encik Ahmad sering pergi ke pasar raya tetapi tidak membeli barang C Puan Shaamala membeli baju baru kepada anaknya walaupun anaknya telah mempunyai beberapa helai baju yang baru. D Puan Hasni sentiasa membeli barang dengan suka hatinya.

10) Tanggungjawab pengeluar melibatkan I Timbangan yang betul dan tepat digunakan II kod etika amalan perniagaan digubalkan III barang dijual dengan harga berpatutan IV bahan kandungan dalam barang disenaraikan 11) 12) A B C D I,II dan III I,II dan IV I,III dan IV II, III dan IV - Pengguna menuntut ganti rugi - Nilai tuntutan yang dikemukakan tidak melebihi Rm 10000 Badan yang manakah berikut berkaitan dengan pernyataan di atas? A Mahkamah Tuntutan Kecil B Persatuan Pengguna C Tribunal Tuntutan Pengguna D Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia Akta X : Menghadkan kuasa penjual untuk menarik balik barangan daripada pembeli. Akta X ialah A Akta Sewa Beli 1967 B Akta Perihal Dagangan 1972 C Akta Kawalan Bekalan 1973 D Akta Timbang dan Sukat 1967 13) Penyataan di bawah menerangkan tentang peranan persatuan pengguna kecuali A Menerima dan menyiasat aduan pengguna B Membuat penyelidikan C Menyebarkan pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat D Mengubal undang-undang kepenggunaan 14) Kerajaan memberi perlindungan kepada pengguna kerana A Pengeluar terlalu mengutamakan keuntungan B Pengeluar tidak mengetahui hak pengguna C Pengeluar sentiasa menlindungi hak pengguna D Pengeluar memerlukan sokongan pengguna

15) Maklumat di bawah berkaitan dengan tanggungjawab peniaga kepada suatu pihak. - Semua peniaga membayar cukai keuntungan - Peniaga menyumbangkan ke arah penggunaan sumber tenaga manusia dan bahan mentah Pihak itu ialah... A Pekerja B Kerajaan C Pemodal D Broker 16) Etika Amalan Perniagaan Malaysia mengandungi penerangan seperti berikut: I Semua peniaga mesti mengamalkan etika ini II dibentuk dengan usaha mengatasi penyelewengan di kalangan penjual III Ia membenarkan enam bidang tanggungjawab penjual atau pengeluar IV dibentuk dengan tujuan mengatasi masalah secara bersama antara kerajaan, penjual dan pembeli A) I. II dan III C) I, III dan IV B) I, II dan IV D) II, III dan IV 17) Akta Y : berfungsi untuk mengawal iklan yang palsu dan mengelirukan Akta Y ialah... A Akta Perihal Dagangan 1972 C Akta Francais 1998 B Akat Jualan Langsiung 1993 D Akta Syarikat 1965 18) Encik Abu telah membeli Tablet baru. Setelah digunakan selama 5 hari, tablet tersebut rosak. Beliau cuba membuat tuntutan ganti rugi tetapi ditolak. Tuntutan itu ditolak disebabkan... A Encik Abu yang merosakkan tablet itu B Tiada jaminan jualan C Harga jualan tablet itu terlalu rendah D Tarikh luput tablet itu sudah tamat

19) Pergerakan konsumerisme memperjuangkan isu-isu seperti I Mewujudkan pasaran yang adil dalam ekonomi II Menyedarkan pengguna tentang hak mereka III Latihan kepada usahawan diadakan IV Pendapatan pengguna dipertingkatkan A B C D I dan II I dan IV II dan III III dan IV 20) Peniaga mesti memastikan kesihatn pengguna dilindungi semasa pemprosesan dan pemasaran barang yang mungkin menjejaskan kesihatan. Hak pengguna yang manakah di bawah berkaitan dengan pernyataan di atas? A Hak mendapat ganti rugi B Hak mendapat keselamatan C Hak mendapat alam sekitar yang selamat D Hak membuat pilihan Soalan Esei: Bahagian A Soalan 1 (a) Berdasarkan maklumat di bawah: Encik Rohan sentiasa menasihatkan anaknya supaya membeli barang yang bermutu dan tidak membahayakan kesihatan dirinya. Sebelum membeli, kita harus mendapatkan maklumat yang jelas mengenai harga dan tarikh luput serta memilih barang mengikut cita rasa masing-masing. i. Nyatakan tiga hak pengguna yang berkaitan [3m] ii. JelaskanNyatakan lima tanggungjawab pengguna terhadap diri sendiri dan masyarakat. [10m] (b) Kerajaan berperanan melindungi pengguna untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih. Jelaskan. [4m]

(c) Amira:Karnival membeli-belah sudah bermula.apa yang perlu saya lakukan? Apakah yang seharusnya Amira melakukan sebagai seorang pengguna yang bijak? Soalan 2 (a) Berikutnya ialah pembualan antara Abu dan Lee. Abu : Komputer yang saya baru beli ini sudah rosak. Di manakah saya boleh beli yang baru? Lee : Cuba awak beli di Pasar Raya Teslo Abu : Saya beli komputer di situlah. Sudahlah mahal, tiada jaminan pula. Lee : Kalau begitu saya tidak pasti. Nyatakan tiga cara yang sepatutnya diamalkan oleh Abu sebelum membeli. (b) Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Suwaibah Pada suatu hari, seorang jurujual telah datang ke rumah Puan Suwaibah umtuk memperkenalkan satu set periuk dengan harga RM1000. Jurujual mendakwa periuk tersebut diimport terus dari Korea dan dijamin tidak rosak dalam tempoh 10 tahun. Walaubagaimanapun, selepas seminggu digunakan, periuk tersebut telah rosak semasa digunakan. Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah hak Puan Suwaibah dilindungi? (c) Encik Hasran ialah pemilik sebuah kilang plastik. Nyatakan 2 tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh beliau dan cadangkan contoh tindakan yang boleh diambil untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. (d) Nyatakan lima prinsip asas etika amalan perniagaan. [8m] [6m] [8m] [6m] [5m]

Soalan 3 (a) Puan Sharifa ialah seorang penilik kilang baju di Ipoh. Baru-baru ini, pihak Majlis Berkuasa Tempatan menerima pelbagai aduan daripada penduduk tempatan mengenai bau yang tidak meyenangkan dalam proses pewarnaan baju. Puan Sharifa menafikan tuduhan itu. Beliau menegaskan bahawa beliau sentiasa bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar. Apakah tanggungjawab lain yang perlu diamalkan oleh Puan Sharifa selain daripada yang dinyatakan di atas? (b) Maklumat di bawah berkaitan iklan Herbaneka Syabas. [10m] Puan Hadi tertarik dengan iklan itu dan telah membeli produk tersebut. Selepas mengambilnya selama sebulan, kakinya bengkak dan air kencingnya menjadi kotor. i. Pengeluar produk itu telah mengabaikan dua hak Puan Hadi. Nyatakan. ii. Sekiranya Puan Hadi mendakwa Syarikat tersebut, apakah akta yang boleh digunakan? (c) Encik Wong telah membeli satu unit kondominium bernilai RM 300 000 di KL. Setelah menandatangani kontrak pembelian dan membayar wang pendahuluan, beliau dapati bahawa kondominium tersebut tidak menepati spesifikasi seperti yang terdapat pada kontrak. Encik Wong mangambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. [4m] [2m] i. Pada pendapat anda, adakah Encik Wong boleh menuntut ganti rugi daripada pemaju tersebut? Berikan dua alasan. [3m]

ii. Apakah tanggungjawab perlu diamalkan oleh pemaju terhadap Encik Wong dalam kes ini? Nyatakan tiga tanggungjawab tersebut. [6m] Soalan Esei: Bahagian B Soalan 4 Puan Hasrinah ingin membeli sebuah meja di Kedai Elektrik Sunrise. Beliau bertanya dengan jurujual kedai mengenai promosi yang diadakan pada tempoh masa itu. Dalam perbualan itu, jurujual tersebut telah memperkenalkan sebuah mesin basuh kepada Puan Hasrinah dengan mengatakan bahawa mesin tersebut adalah sebuah model yang berjenama dan terbaru dalam pasaran sekarang. Puan Hasrinah amat tertarik dengan mesin basuh tersebut. Beliau bertanya kepada jurujual tentang cara-cara penggunaan, kelebihan, dan tempoh jaminannya. Jurujual itu tidak mejelaskan perkara-perkara tersebut kepada Puan Hasrinah sebaliknya memperdayakan beliau bahawa mesin itu berjenama dan tidak perlu risau dengan kualitinya. Akhirnya, Puan Hasrinah mengambil keputusan untuk membeli mesin basuh itu. Seminggu kemudian, mesin basuh tersebut gagal berfungsi disebabkan motor mesin telah terbakar. Puan Hasrinah terkejut dengan kejadian ini dan beliau cuba berhubung dengan jurujual Kedai Elektrik Sunrise untuk memjelaskan kerosakan tersebut dan mengharapka ganti rugi. Jurujual tersebut tidak melayannya malah mendakwa kerosakan tersebut disebabkan oleh kecuaian Puan Hasrinah. Disebabkan kegagalan mendapat tuntutan ganti rugi, Puan Hasrinah membawa kes itu ke Tribunal Tuntan Pengguna. Jawab soalan di bawah berdasarkan kes di atas : (a) Puan Hasrinah sebagai seorang pengguna, terangkan hak-hak beliau. [8m] (b) Dalam kes tersebut, terangkan dua tanggunjawab Kedai Elektrik Sunrise kepada Puan Hasrinah [4m] (c) Puan Hasrinah telah membawa kes itu ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Wajarkah beliau mengambil keputusan ini?berikan alasan anda [5m] (d) Berdasarkan kes tersebut, Puan Hasrinah boleh dilindungi di bawah dua akta. Nyatakan dua akta tersebut [4m] (e) Apakah teknik-teknik membeli bijak yang boleh diamalkan oleh Puan Hasrinah untuk mengelakkan kejadian tersebut? [4m]

Jawapan Tingkatan 5 Perdagangan Bab 8: Konsumerisme Soalan objektif 1 C 11 C 2 A 12 A 3 D 13 D 4 B 14 A 5 D 15 B 6 D 16 D 7 C 17 A 8 A 18 B 9 A 19 A 10 C 20 B Jawapan Soalan Esei: Bahagian A Soalan 1 Ceraian(a)i... hak mendapatkan keselamatan. {1m}... hak mendapatkan maklumat. {1m}... hak membuat pilihan. {1m} Ceraian(a)ii Kesedaran untuk mengkritik. {1m}... dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan mereka, pengguna perlu ada kesedaran untuk mengkritik dan menyuarakan pendapat mereka. {1m} Tanggungjawab Sosial. {1m}... setiap pengguna perlu memastikan tindak-tanduk mereka tidak mengganggu dan menjejaskan kepentingan pihak lain. {1m} Tanggungjawab terhadap alam sekitar. {1m}... kebersihan dan keselesaan alam sekitar perlu dijaga oleh pengguna. {1m} Penglibatan dan tindakan. {1m}... melibatkan diri dalam pertubuhan atau persatuan yang memperjuangkan kepentingan pengguna, kebebasan bersuara dan hak asasi individu. {1m}... contoh : Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA). {1m} Bersatu-padu dan tolong-menolong. {1m}

... pengguna perlu bersatu dan saling membantu sesama sendiri demi melindungi kepentingan dan hak mereka sebagai pengguna. {1m} Ceraian(b)... kerajaan berperanan untuk melindungi pengguna dengan mewujudkan persekitaran yang bersih. Dengan tujuan ini, kerajaan telah meggubalkan undang-undang untuk melindungi alam sekitar daripada tercemar. {1m}... Akta-akta yang digunakan: I. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974{1m} - berperanan untuk mencegah pencemaran sama ada pencemaran di bumi atau di udara serta mengharamkan pembuangan sampah dan sisa kilang merata-rata.{1m} II. Enakmen Air dan Enakmen Hutan {1m} - berperanan untuk memelihara sumber air dan sumber hutan daripada tercemar demi manfaat generasi kini dan masa depan. {1m} Ceraian(c) Menentukan barang yang hendak dibeli. {1m}... sebelum membeli, seseorang pengguna perlu menentukan skala keutamaan barangnya sendiri. Contohnya, dia hendak membezakan barang keperluan dan kehendak supaya tidak membazir duitnya dalam barang-barang kemewahan. {1m} Menentukan sebab membeli. {1m}... sebelum membeli, seseorang pengguna perlu mengetahui sebab barang tersebut dibeli, rasional dengan tindakan membelinya. {1m} Menentukan tempat membeli yang sesuai. {1m}... sebelum membeli, seseorang pengguna perlu menentukan tempat yang sesuai dan selesa. Contohnya, membeli di kedai yang menawarkan pelbagai barangan yang berkualiti dan pada harga yang berpatutan. {1m} Menentukan masa membeli yang sesuai. {1m}... sebelum membeli, seseorang pengguna perlu memilih masa yang sesuai seperti waktu jualan murah dan tempoh masa karnival membeli-belah. {1m} Mengetahui teknik membeli yang bijak. {1m}... sebelum membeli, seseorang pengguna perlu memeriksa barang tersebut seperti harga, kualiti, tarikh luput, dan isi kandungannya. {1m}

Soalan 2 Ceraian(a) Menentukan jenis barang yang sesuai sebelum membeli. {1m}... sentiasa mengenal pasti kepentingan atau keperluan barang tersebut kepada pembeli.{1m} Mengetahui teknik membeli dengan bijak. {1m}... Abu perlu memeriksa kualiti barang terlebih dahulu sebelum membeli.{1m} Memilih tempat yang sesuai sebelum membeli. {1m}... Abu perlu membeli di kedai yang diiktiraf menjual komputer yang berkualiti untuk mengelakkan daripada tertipu.{1m} Ceraian(b) Cara hak Puan Suwaibah dilindungi... membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Negeri. {1m}... persatuan ini akan menyiasat{1m} dan membantu beliau untuk membuat tuntutan ganti rugi dan perkhimatan gauman percuma juga disediakan.{1m}... membawa kes ini kepada Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.{1m}... membawa kes ini ke Mahkamah Tuntutan Kecil {1m} di mana beliau tidak perlu melantik peguam bagi mewakili beliau tetapi perlu bertindak sendiri ketika kes dibicarakan di hadapan majistret.{1m} Ceraian(c) Tanggungjawab terhadap pekerja{1m}... menyediakan kemudahan tempat menunggu bas {1m}... menyediakan tempat kerja yang Selamt dan selea kepada pekerja. {1m} Tanggungjawab terhadap Keselamatan{1m}... menyediakan tong sampah yang cukup di kawasan sekitar kilang tersebut.{1m}... menyediakan loji rawatan sisa kilang agar pencemaran tidak berlaku.{1m} Ceraian(d)... mengakui dan mengiktirafkan hak-hak pengguna {1m}... memastikan etika perniagaan dipatuhi dan dilaksanakan secara jujur dan bertanggungjawab. {1m}... mengelakkan pernyataan dan promosi yang mengelirukan dan tidak benar sama ada secara lisan atau bertulis. {1m}... menegakkan kebenaran, kejujuran dan mengelakkan penipuan. {1m}... mengamalkan keadilan dari segi persaingan, jualan, pengiklanan dan pengedaran. {1m}

Soalan 3 Ceraian(a) Mengamalkan amalan perniagaan yang baik. {1m}... Puan Sharifa perlu menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat digunakan oleh masyarakat. {1m} Membuat kesediaan untuk menerima aduan daripada masyarakat. {1m}... terhadap segala rungutan oleh penduduk tempatan, Puan Sharifa perlu menerima segalanya dengan fikiran terbuka. Contohnya, peti aduan pelanggan boleh disediakan. {1m} Melaksanakan tanggungjawab sosial {1m}... PuanSharifa boleh memberi derma kepada program-program pendidikan dan kemasyarakatan. {1m} Memelihara alam sekitar.{1m}... Puan Sharifa perlu sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar dan melupuskan sisa-sisa buangan air kilang dengan cara yang sesuai. {1m} Mengamalkan pengiklan yang beretika {1m}... ikaln yang disiarkan mesti tidak mengelirukan pengguna dan tiada konflik dengan amalan kebudayaan, adat resam dan agama masyarakat. {1m} Ceraian(b)i: Hak mendapat maklumat. {1m}... Puan Hadi tidap dapat membuat perbandingan kerana ramuan dan isi kandungan tidak dinyatakan atas produk tersebut. {1m} Hak mendapatkan keselamatan. {1m}... Puan Hadi berhak dilindungi daripada penyediaan barangan yang boleh menjejaskan kesihatan beliau. {1m} Ceraian(b)ii:... akta Peraturan Makanan 1985. {1m}... sesebuah syarikat boleh didakwa sekiranya tidak menyatakan isi kandungan dengan jelas dan membuat pernyataan yang palsu dan mengelirukan pengguna. {1m} Ceraian(c)i: Ya. {1m} Encik Wong boleh menuntut ganti rugi kerana:... mengikut Akta Kontrak 1974{1m}, pengguna boleh menuntut ganti rugi sekiranya berlaku penyelewengan atau mungkir janji dalam penjajian jual beli. {1m}... kondominium tidak mengikut spesifikasi yang telah dijanjikan. {1m}... Encik Wong telah menandatangani perjanjian dengan pemaju tersebut. {1m}

Ceraian(c)ii:... bersikap jujur dan menepati janji. {1m}... mengikalan premis perniagaan dengan maklumat-maklumat yang betul. {1m}... amalan perniagaan yang baik perlu diamalakan. {1m}... pengiklan yang beretika perlu diamalkan. {1m}... jamina yang telah diberikan kepada pengguna perlu dihormatikan. {1m}... sentiasa bersedia menerima rungutan daripada pengguna. {1m} Jawapan Soalan Esei: bahagian B Soalan 4 Ceraian(a) Hak mendapatkan maklumat {1m}... Puan Hasrinah berhak mendapatkan maklumat yang tepat mengenai mesin basuh tersebut dari segi cara penggunaan, kelebihan dan tempoh jaminan. {1m} Hak mendapatkan ganti rugi {1m}... dalam tempoh jaminan, sekiranya mesin basuh itu rosak, Puan Hasrinah berhak untuk mendapat ganti rugi sama ada mesin itu dibaiki dengan percuma atau diganti baru. {1m} Hak membuat pilihan {1m}... Puan Hasrinah berhak memilih mesin basuh yang dapat memenuhi cita rasa dan kemahuannya. {1m} Hak untuk bersuara{1m}... Puan Hasrinah berhak memberitahu kedai itu bahawa mesin basuh barunya tidak berfungsi dengan baik. Sekiranya beliau tidak dilayan, beliau boleh mengadu kepada badan yang dapat membantu beliau. {1m} Ceraian(b) Mempraktikkan amalan perniagaan yang baik. {1m}... Kedai Elektrik Sunrise harus bertanggungjawab untuk menjual barang-barang yang berkualiti kepada pengguna{1m} Bersedia menerima aduan atau rungutan pelanggan. {1m}... Kedai Elektrik Sunrise perlu bersedia menerima aduan pelanggan dan mengambil tindakan pembetulan ke atas setiap aduan yang diterima. {1m} Ceraian(c) Tindakan yang diambil oleh Puan Hasrinah betul {1m} kerana:... barang rosak itu masih dalam tempoh jaminan. {1m}... kerosakan barang bukan disebabkan oleh kecuaian Puan Hasrinah. {1m}... Kedai Elektrik Sunrise telah melakukan penyelewengan. {1m}... jurujual tidak melayan aduan Puan Hasrinah. {1m}

Ceraian(d) Akta Jualan Barang 1957 {1m}... akta ini memberi hak kepada Puan Hasrinah untuk menuntut ganti rugi sekiranya barang yang dibeli rosak dalam tempoh jaminan. {1m} Akta Kontrak 1974 {1m}... akta ini memberi hak kepada Puan Hasrinah untuk menuntut ganti rugi sekiranya berlaku mengkir janji dalam kontrak jual beli. {1m} Ceraian(e)... jenis barang ditentuka sebelum membeli. {1m}... sebelum membeli, pengguna hendaklah rasional dan mengenal pasti sebab tindakan membelinya. {1m}... pengguna mesti menentukan masa yang sesuai untuk membeli. {1m}... pengguna mesti menentukan tempat yang sesuai untuk membeli. {1m}... pengguna perlu mengamalkan teknik membeli dengan bijak. {1m}