GARIS PANDUAN LIBATSAMA INDUSTRI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

dokumen-dokumen yang mirip
SOKONGAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

GARIS PANDUAN LIBATSAMA KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

SOKONGAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TNC (JINM) Kod Dokumen : UPM/OPR/TNC(JINM)/P002 PROSEDUR PENGURUSAN KERJASAMA DENGAN INDUSTRI

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

ANUGERAH SANJUNGAN INDUSTRI 2015 ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

Pemenang ASI/AKM USM akan diberi penghormatan berkongsi pengalaman dalam program perkembangan profesional staf, kursus induksi dan sebagainya.

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN BERKAITAN INDUSTRY- CENTRE OF EXCELLENCE (I-CoE) Universiti Malaysia Pahang

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Anugerah Keterlibatan Komuniti

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 2014

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

POLISI MYGIFT UMP. 2.2 Membangun dan memajukan dana atau harta yang diperolehi melalui kerjasama pihak yang sesuai bagi pihak UMP.

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Taklimat Kriteria untuk Komponen 2 -Transformasi (Sub-Komponen Jaringan Komuniti) Bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran Sempena

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

LAMPIRAN B KETERANGAN BAGI BENTUK / KATEGORI PROGRAM KOMUNITI. A) Projek One-Off Individu

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

MANUAL SISTEM ICRIS BAGI JARINGAN INDUSTRI

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM


Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2015

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT ISLAM UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/PIU/P002. PROSEDUR PENGENDALIAN MAJLIS ILMU Tarikh: 30/04/2013

AGENDA 5: PRESTASI PROSES, KEAKURAN DAN KEBERKESANAN SPK 5.3 Pencapaian Objektif Kualiti SPK LAPORAN WAKIL PENGURUSAN

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Transkripsi:

GARIS PANDUAN LIBATSAMA INDUSTRI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KELULUSAN OLEH MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI (JKPU) KALI KE 100 BILANGAN 6/2016 (SAMBUNGAN) BERSIDANG PADA 7 SEPTEMBER 2016

GARIS PANDUAN LIBATSAMA INDUSTRI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk rujukan dan panduan pihak Fakulti, Pusat Akademik, Pusat Kecemerlangan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain apabila ingin menjalinkan kerjasama dan melaksanakan program serta aktiviti libatsama dengan pihak industri. Ianya merangkumi penjelasan tentang kriteria pemilihan industri, skop kerjasama yang boleh dilaksanakan, tanggungjawab pihak Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) dan PTJ di UMP. 2. PENGENALAN Bersandarkan kepada keperluan untuk menyokong sistem penyampaian Model Ekonomi Baru (NEM), kerajaan mengiktiraf manfaat yang unik dan istimewa menerusi kerjasama antara universiti dan industri. Sebagai sebuah negara yang bersandarkan ekonomi berasaskan inovasi maka ia adalah penting untuk melihat konsep kerjasama dan komitmen menerusi projek usahasama yang boleh menambah nilai perlu dipertingkatkan. Ianya merupakan tiga bentuk proses kerjasama di antara kerajaan, industri dan akademia serta memenuhi penerokaan kerjasama yang memberi manfaat kukuh kepada semua pihak. Jalinan kerjasama strategik antara universiti dan industri merupakan satu wadah untuk menangani masalah teknologi dan sosial yang kompleks. Adakalanya sesuatu masalah tersebut adalah di luar bidang sesuatu pihak berkepentingan tertentu yang sepatutnya meransang bagi menggalakkan kerjasama dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Dalam senario global yang menghadapi masalah teknologi yang kompleks, maka bentuk kerjasama strategik yang digariskan merupakan suatu keperluan yang lebih mendesak. Tidak dapat dinafikan bahawa universiti merupakan sebuah institusi keilmuan yang menyediakan pakar dan intelektual yang luas pengetahuan dan kemahiran maka kerjasama tersebut di antara universiti dan industri ini perlu diperkukuhkan. Oleh yang demikian, peningkatkan kerjasama universiti industri ini harus disinergikan dengan ahli akademik perlu memahami keperluan industri dan ianya boleh dimanfaatkan kepakaran komuniti akademik tersebut oleh pihak industri. Page 1 of 16

3. TAFSIRAN 3.1 Industri ertinya merujuk kepada agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, yayasan atau mana-mana organisasi samada di dalam atau luar negara. Nota : Syarikat Swasta adalah merangkumi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GLIC), Syarikat Tersenarai Awam (PLC), Syarikat Multinasional (MNC) dan Industri Kecil & Sederhana (IKS @ SME) 3.2 Libatsama ertinya membina hubungan yang berterusan dan kekal serta mengaplikasikan visi kerjasama yang memberi manfaat kepada industri. 3.3 Libatsama Industri ertinya perkongsian strategik antara warga universiti dengan industri yang menunjukkan peringkat persetujuan penglibatan sebenar,iltizam, sumbangan dan pemilikan oleh semua pemegang taruh yang berkepentingan. Perkongsian ini berkisar tentang pengoptimuman aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan profesional, dan kesarjanaan untuk memenuhi keperluan kedua-dua pihak, iaitu universiti dan industri. Perkongsian ini memfokuskan pelaksanaan projek-projek perintis yang terancang berdasarkan idea penyelidikan universiti untuk memenuhi keperluan sosial, ekonomi, pengetahuan dan kemahiran masyarakat dengan memaksimumkan sinergi usaha sama universiti dan industri. Hasil perkongsian ini dicerminkan menerusi program universiti demi melestarikan kerelevanan universiti dan industri ke arah pembangunan Negara. 3.4 Staf ertinya pegawai Universiti Malaysia Pahang. 3.5 Pelajar ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan tidak termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah. 3.6 PTJ ertinya Pusat Tanggungjawab yang wujud di Universiti Malaysia Pahang merangkumi Fakulti / Jabatan / Pusat / Bahagian / Unit. Page 2 of 16

4. KONSEP LIBATSAMA INDUSTRI Konsep libatsama Industri adalah merujuk kepada aktiviti melibatkan perkongsian / kerjasama strategik antara UMP dan industri. Ianya dilaksanakan melalui pelbagai platform (seperti melalui Fakulti, Pusat Kecemerlangan, Pusat Kecemerlangan Industri termasuk penyelidikan, pembelajaran & pengajaran dan perkhidmatan) dengan setiap projek dibuktikan dengan surat pengesahan tawaran / penerimaan atau perjanjian persetujuan (MoU/MoA). Peranan universiti adalah untuk memindahkan teknologi dan pengetahuan bagi meningkatkan nilai dalam kemajuan dan pembangunan ekonomi di samping peranan dalam menghasilkan modal insan. Hubungan universiti-industri dalam bentuk perkongsian dilihat semakin penting dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Industri terlibat secara langsung dalam memupuk dan menyokong pembentukan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Kerjasama strategik ini mampu menyokong kepada pembangunan produk dan perkhidmatan dengan nilai tambah yang baharu dalam menyumbang kepada penciptaan kekayaan. Dengan strategi ini, rakan kongsi berjanji untuk menyumbang dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam bidang penyelidikan, pembelajaran & pengajaran, perkhidmatan, pembangunan profesional dan apa-apa aktiviti ilmiah lain yang berkaitan dan saling menguntungkan dengan universiti dan industri. Hasil yang diharapkan dari perkongsian ini akan dapat dilihat dalam pembaikan dan peningkatan kemampanan industri dan universiti dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan pengkayaan. Dalam konteks UMP, ianya telah menggariskan beberapa objektif yang bertepatan dengan pengukuhan kerjasama universiti industri. Indek prestasi utama dan matlamat strategik terhadap libatsama industri sentiasa dibangunkan, dipantau dan dinilai. Petunjuk prestasi utama adalah seperti : a) Keterlibatan libatsama industri; b) Penjanaan pendapatan ; c) Kerjasama industri berimpak tinggi ; dan d) Penglibatan staf. Page 3 of 16

5. KRITERIA PEMILIHAN INDUSTRI Misi penglibatan industri dalam sesebuah universiti adalah untuk memastikan hubungan berkesan dan impak tinggi antara universiti dan industri melalui pembinaan hubungan yang strategik. Ianya juga boleh memberi manfaat kepada industri, universiti boleh menawarkan program nilai tambah dalam pembangunan industri khususnya SMEs selari dengan NKEA. Hasil penyelidikan dan pembangunan yang dihasilkan oleh universiti boleh dikongsi dengan industri melalui pengkomersilan bersama penyelidikan dan pembangunan produk. Industri seterusnya akan mengiktiraf jalinan kerjasama ini melalui inisiatif CSR dan menyediakan pelaburan kepada universiti samada dalam bentuk tunai mahupun barangan terhadap program kebajikan dan khidmat komuniti. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa kriteria dalam pemilihan industri : a) Industri yang bersesuaian dengan program akademik yang ditawarkan di UMP; b) Industri yang boleh memberi manfaat kepada UMP (dari aspek modal insan, penyelidikan dan pengembangan), negara dan masyarakat; c) Industri yang tidak melibatkan tanggungan kewangan atau kemudaratan kepada UMP bagi setiap kerjasama yang dijalankan. Penglibatan UMP hanya dari aspek kepakaran, kemudahan dan pelajar; d) Industri yang sah dari segi undang-undang. UMP tidak boleh disabitkan dengan apa-apa kesalahan peraturan atau undang-undang yang dilakukan oleh pihak industri melalui kerjasama yang dijalankan; e) Industri yang tidak melibatkan kepentingan mana-mana pertubuhan politik, suku kaum tertentu, pertubuhan haram dan pelampau agama; Page 4 of 16

6. JENIS KERJASAMA a. Penempatan Latihan Industri b. Penempatan Latihan Profesional Staf c. Perkongsian Kepakaran d. Perkongsian Kemudahan e. Khidmat Perundingan f. Kursus, Ceramah, Bengkel, Seminar, dan Simposium bersama Industri g. Penglibatan Industri untuk Penyelidikan, Contract Research dan Pengkomersilan Produk. h. Tajaan / Endowmen / Dana / Sumbangan (Gift) / Biasiswa Industri kepada Pelajar i. Lain-lain kerjasama melibatkan Industri-Universiti 7. MEKANISME KERJASAMA DENGAN INDUSTRI 7.1 Kerjasama yang melibatkan MoU/ MoA 7.1.1 Perlu mendapatkan perakuan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dan kelulusan Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) untuk mengadakan kerjasama melibatkan MoU/MoA. Cadangan kerjasama perlu dibuat secara blanket approval bagi MoU/MoA agar kertas kerja cadangan kerjasama tidak perlu dibawa berulang kali kepada pihak LPU ; 7.1.2 Penyediaan dokumen MoU/MoA adalah tanggungjawab PTJ dengan pihak industri dengan menggunakan format yang disediakan oleh Unit Perundangan UMP. Pihak PTJ dan Industri perlu memasukkan setiap butiran yang telah dipersetujui bersama ke dalam dokumen MoU/MoA. Dokumen MoU/MoA akan dihantar ke Bahagian Perundangan dan Integriti UMP ; Page 5 of 16

7.1.3 Dokumen MoU/MoA perlu ditandatangani oleh Naib Canselor ; 7.1.4 Majlis tanda tangan akan dikendalikan oleh Pejabat Naib Canselor dan PTJ terlibat. 7.2 Hubungan PTJ dengan Industri tanpa melibatkan MoU/MoA 7.2.1 PTJ diminta memaklumkan kepada Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) setiap jalinan kerjasama yang dibuat dengan industri; 7.2.2 PTJ diminta melaporkan secara berkala (4 kali setahun) tentang status aktiviti yang dilakukan menggunakan format laporan yang disediakan. Laporan akan dikumpul pada bulan Mac, Jun, September dan Disember pada setiap tahun. 7.2.3 Laporan ini adalah untuk tujuan rekod dan memudahkan JJIM melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMP atau pihak Kementerian (jika diperlukan). 8. KATEGORI PROJEK JARINGAN INDUSTRI Terdapat dua (2) kategori projek jaringan industri iaitu : a. Projek Penglibatan projek jaringan industri yang mempunyai tahap impak yang rendah. Tahap bintang yang boleh dicapai dari 1-3 sahaja. 1. Latihan Industri (dalam dan luar negara) 2. Mobiliti Pelajar (luar negara) 3. Lawatan UMP ke industri (dalam dan luar negara) 4. Lawatan industri ke UMP 5. Sangkutan staf UMP ke industri (dalam dan luar negara) 6. Sangkutan industri ke UMP (dalam dan luar negara) 7. Seminar / Persidangan Industri 8. Latihan daripada industri kepada UMP 9. Latihan daripada UMP kepada industri 10. Penasihat Industri 11. Pembangunan Industri / Khidmat Profesional Page 6 of 16

12. Promosi oleh UMP dan Industri 13. Kebolehpasaran graduan 14. Sumbangan daripada industri 15. Biasiswa dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar b. Projek Berimpak projek jaringan industri yang mempunyai tahap impak yang tinggi. Tahap bintang yang boleh dicapai dari 3-5. 1. Penyelidikan dan Pembangunan Produk Antarabangsa 2. Penyelidikan dan Pembangunan Produk Tempatan 3. Penghasilan produk komersil 4. Perkhidmatan Pengembangan / Perundingan Industri (dalam dan luar negara) 5. Fasiliti Makmal Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan 6. Inkubator industri 7. Sumbangan peralatan, perkakasan, perisian atau insuran peralatan daripada industri 8. Sewaan fasiliti kepada industri 9. Pembangunan komuniti dan masyarakat. Jadual terperinci terhadap kategori, jenis dan definisi projek boleh dirujuk di Lampiran 1. 9. PANDUAN PELAKSANAAN Oleh itu, berikut adalah antara beberapa panduan dalam pengurusan program libatasama industri : 9.1 Rancang kerjasama dengan industri a) PTJ akan mengenalpasti industri bagi melaksanakan kerjasama b) Perancangan adalah berdasarkan kepada pelan strategi UMP dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan kepada PTJ masingmasing. Page 7 of 16

9.2 Dapatkan maklumat Dapatkan maklumat daripada pihak PTJ dan pihak industri berkaitan jenis kerjasama yang ingin dijalankan, permohonan industri / PTJ dan melalui perbincangan. 9.3 Kenalpasti skop / bidang fokus Mengenalpasti kerjasama yang dirancang bersesuaian dengan skop / bidang fokus PTJ mengikut kehendak industri 9.4 Laksanakan Perbincangan Melaksanakan perbincangan samada di peringkat PTJ (dipengerusikan oleh Ketua PTJ) atau melalui Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (dipengerusikan oleh Penolong Naib Canselor (Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat)) bersama pihak industri dan PTJ berkaitan. 9.5 Persediaan MoU / MoA a) Memaklumkan kepada PTJ dan pihak industri hasil perbincangan yang telah dipersetujui dan mengenalpasti projek awal kerjasama dengan industri (quick-win projects). b) Menyediakan deraf MoU / MoA dan mendapatkan persetujuan bersama kedua-dua pihak. c. Mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada Unit Perundangan UMP terhadap dokumen MoU / MoA. d. Mengatur perbincangan bagi persediaan majlis menandatangani MoU/MoA bersama pihak Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor a) Mengatur Majlis Menandatangani MoU/MoA 9.6 Laksanakan Kerjasama PTJ dan industri melaksanakan aktiviti kerjasama yang telah dipersetujui Pantau status pelaksanaan kerjasama yang telah dijalankan berdasarkan laporan yang dihantar oleh PTJ ke Bahagian Jaringan Akademia-Industri- Komuniti (AIC), Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat pada setiap suku tahunan. Page 8 of 16

9.7 Sediakan laporan a) Menyediakan laporan untuk makluman Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat (JK JIM). b) Mengemaskini pangkalan data kerjasama dengan industri. 10. TANGGUNGJAWAB 10.1 Bahagian Jaringan Akademia-Industri-Komuniti (AIC), JJIM i. Mencari dan menjalinkan perhubungan dengan pihak industri yang berminat untuk bekerjasama dengan UMP; ii. Mengenal pasti bentuk kerjasama yang diperlukan oleh pihak industri ; iii. Menghubungkan pihak industri dengan PTJ yang berpotensi ; iv. Menyediakan kertas kerja dan mengemukakan kepada JKPU untuk kelulusan terhadap kerjasama yang telah dipersetujui (jika perlu); v. Memastikan kerjasama PTJ dan pihak Industri dilakukan. Walau bagaimanapun aktiviti kerjasama yang telah dipersetujui bersama adalah tanggungjawab PTJ atau entiti berkaitan. Sebagai contoh pemantauan keberkesanan kerjasama penyelidikan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI), jika kerjasama berkaitan dengan akademik adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA) dan jika kerjasama berkaitan penempatan staf adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pendaftar; vi. vii. viii. Mengemas kini data industri dalam pangkalan data; Membantu pihak PTJ yang menghadapi masalah dengan pihak industri ; Melaporkan kepada JKPU/Mesyuarat Eksekutif dan pihak Kementerian (jika diperlukan) mengenai perkembangan aktiviti kerjasama industri di UMP; dan Page 9 of 16

ix. Membuat analisa terhadap setiap aktiviti kerjasama antara UMP dengan pihak industri bagi tujuan penambahbaikan (jika perlu) x. Membuat analisa keperluan industri melalui tinjauan (survey) menggunakan Borang Soal Selidik setiap tempoh 5 tahun sekali (jika perlu) 10.2 Pusat Tanggungjawab (PTJ) i. Menyediakan kertas kerja untuk menjalankan kerjasama dengan industri (jika perlu); ii. iii. iv. Menyediakan dokumen MoU/MoA (jika berkaitan); Memastikan aktiviti dijalankan mengikut apa yang telah dipersetujui bersama seperti dalam dokumen perjanjian; Memaklumkan kepada AIC, JJIM akan status/perkembangan kerjasama dengan pihak industri setiap suku tahunan (4 kali setahun) iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember pada setiap tahun. 11. SISTEM PENARAFAN BINTANG PROGRAM LIBATSAMA INDUSTRI Penarafan bintang program libatsama industri oleh PTJ bertujuan untuk memantau dan menilai kualiti aktiviti kerjasama antara pihak industri dengan UMP bagi mewujudkan hubungan yang menghasilkan impak yang tinggi. Sistem penarafan ini mempunyai lima (5) bintang berdasarkan kepada dimensi kerjasama yang dijalankan. Berikut adalah dimensi kerjasama yang telah dikenalpasti iaitu : Page 10 of 16

TARAF DIMENSI KERJASAMA KETERANGAN 1 Jalinan Hubungan 2 Sokongan dan Penglibatan 3 Impak Kerjasama 4 Kelestarian Kerjasama Strategik 5 Sumbangan kewangan Industri menunjukkan minat bagi menjalinkan kerjasama Aktiviti kerjasama mula dilaksanakan di kedua-dua belah pihak Aktiviti kerjasama yang memberi faedah yang besar kepada kedua-dua pihak Pihak industri meneruskan aktiviti dari tahun lalu kepada tahun semasa Sumbangan dana dalam bentuk wang tunai atau setara oleh pihak industri melebihi RM 150,000.00 Setiap libatsama industri akan diberikan bintang berdasarkan jumlah dimensi kerjasama yang telah diperolehi. Satu dimensi kerjasama yang telah dijalankan akan menerima satu bintang. PTJ perlu mengenalpasti dimensi kerjasama, aktiviti yang dijalankan dan bukti dokumen sokongan. Semua maklumat lanjut mengenai aktiviti dengan pihak industri dan bukti dokumen sokongan perlu disimpan di PTJ masingmasing 12. KAEDAH PEMANTAUAN KERJASAMA i. PTJ perlu menghantar pelaporan aktiviti kerjasama industri PTJ mengikut suku tahunan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh AIC, JJIM. Laporan ini dikumpul bagi tujuan pemantauan aktiviti berkaitan kerjasama dengan industri yang telah dilaksanakan di peringkat PTJ dan dihantar 4 kali dalam tempoh setahun. ii. Laporan yang dihantar akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Jaringan Industri & Masyarakat, selain untuk tujuan pelaporan KPI, Mesyuarat Eksekutif dan keperluan lain selagi tidak menjejaskan kepentingan Universiti. Jawatankuasa Jaringan Industri & Masyarakat berhak untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari PTJ (jika diperlukan) sekiranya kerjasama yang telah dipersetujui belum dilaksanakan. Page 11 of 16

iii. Bahagian Jaringan Akademia-Industri-Komuniti (AIC) JJIM boleh membuat analisa keberkesanan aktiviti kerjasama dengan industri dengan menggunakan borang kajian kepuasan pelanggan industri (jika perlu). Borang ini wajar diedarkan kepada industri sebaik selesai sesuatu program/projek dan analisa keberkesanan kerjasama UMP dan Industri dapat dinilai dengan melihat tahap kepuasan industri terhadap perkhidmatan yang diberikan. 13. KAJIAN SEMULA DAN SEMAKAN GARIS PANDUAN Garis Panduan ini akan dikaji semula setiap tahun untuk memastikan ia kekal relevan dan berkesan. 14. TARIKH BERKUATKUASA Polisi ini berkuatkuasa September 2016 Page 12 of 16

LAMPIRAN PROSEDUR PENGURUSAN PROGRAM LIBATSAMA INDUSTRI Tanggungjawab Proses Kerja Dokumen Rujukan (Masa) Mula 1 PNC (JJIM), Ketua PTJ, Urusetia Rancang Kerjasama dengan Industri 2 Pelan Strategik UMP / KPI Jabatan (Awal Tahun) Ketua PTJ, Penyelaras, Urusetia Dapatkan maklumat 3 Dari masa ke masa Ketua PTJ, Penyelaras, Urusetia Kenalpasti skop / bidang fokus 4 5 Ketua PTJ,Penyelaras, Urusetia Setuju? Tidak Ketua PTJ / PNCJJIM, Ketua Projek, Urusetia Ya Aturkan Perbincangan dengan PTJ 6 Sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari selepas persetujuan Ketua PTJ/ PNCJJIM, Ketua Projek, Urusetia, Bah. Komunikasi Korporat PNC, JJIM Persediaan MoU/MoA 7 2 minggu sebelum majlis menandatangani MoU/MoA Ketua PTJ, Ketua Projek, Urusetia, JJIM Laksanakan Kerjasama 8 Ketua PTJ, Ketua Projek, Urusetia, JJIM Sediakan Laporan 9 Penarafan Bintang Program Libatsama Industri (Setiap empat bulan sekali) 10 Tamat Page 13 of 16

TINDAKAN PROSES TERPERINCI TANGGUNGJAWAB 1 MULA 2 Rancang Kerjasama Dengan Industri Rancang kerjasama dengan industri berdasarkan kepada pelan strategi UMP dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan kepada PTJ masing-masing. Daftar masuk ke dalam sistem Industry-Community Information Dashboard (ICID). Isi maklumat perancangan kerjasama dengan industri di PTJ. Semak maklumat yang diinput, cetak perancangan dan simpan di dalam fail. 3 Dapatkan maklumat Dapatkan maklumat daripada pihak PTJ dan pihak industri berkaitan jenis kerjasama yang ingin dilaksanakan, permohonan industri / PTJ dan melalui perbincangan. PNC (JJIM) / Ketua PTJ / Urusetia Ketua PTJ, Penyelaras, Urusetia 4 Kenalpasti skop / bidang fokus Mengenalpasti kerjasama yang dirancang bersesuaian dengan skop / bidang fokus PTJ mengikut kehendak industri. Bidang tujahan UMP adalah Fine and Speciality Chemical dengan disokong oleh empat fokus iaitu Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Pembuatan, Bioteknologi Industri dan Kejuruteraan Automotif. 5 Setuju? Jika setuju, terus ke langkah 6 Jika tidak setuju, terus ke langkah 10 6 Aturkan Perbincangan Dengan PTJ Melaksanakan perbincangan samada di peringkat PTJ (dipengerusikan oleh Ketua PTJ) atau melalui Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (dipengerusikan oleh PNC JJIM) bersama pihak industri dan PTJ berkaitan. Ketua PTJ, Penyelaras, Urusetia Ketua PTJ,Penyelaras, Urusetia Ketua PTJ / PNCJJIM, Ketua Projek, Urusetia Page 14 of 16

TINDAKAN PROSES TERPERINCI TANGGUNGJAWAB 7 Persediaan MoU/MoA Memaklumkan kepada PTJ dan pihak industri berkenaan hasil perbincangan yang telah dipersetujui serta mengenalpasti projek awal kerjasama dengan industri (quickwin projects). PTJ akan menyediakan deraf MoU / MoA yang dibangunkan bersama industri serta perlu mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak. Ketua PTJ/ PNCJJIM, Ketua Projek, Urusetia, Bah. Komunikasi Korporat PNC, JJIM, Unit Perundangan Perlu mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada Bahagian Perundangan dan Integriti UMP terhadap dokumen MoU/MoA tersebut. Satu perbincang perlu diatur bagi persediaan majlis menandatangani MoU/MoA bersama pihak Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor. Seterusnya mengatur majlis menandatangani MoU/MoA. 8 Laksanakan Kerjasama PTJ dan industri melaksanakan aktiviti kerjasama yang telah dipersetujui. Pemantauan terhadap status pelaksanaan kerjasama yang telah dijalankan berdasarkan laporan yang dihantar oleh PTJ ke Bahagian Jaringan Akademia-Industri- Komuniti (AIC), Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat pada setiap suku tahunan. 9 Sediakan laporan Menyediakan laporan untuk makluman Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat (JK JIM). Seterusnya pihak JJIM akan mengemaskini pangkalan data kerjasama dengan industri. Ketua PTJ, Ketua Projek, Urusetia, JJIM Ketua PTJ, Ketua Projek, Urusetia, JJIM 10 TAMAT Page 15 of 16