PROGRAM KOLABORASI IPT ANTARABANGSA INTEGRASI DAN EKSPLORASI BUDAYA ASEAN, MAHASISAWA POLITEKNIK MALAYSIA, ZON SELATAN 2014. (Malaysia - Indonesia - Singapura) Tarikh : 24 hingga 27 Jun 2014 Bahagian Kebajikan Pelajar (BKPEL), Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan iaitu sebagai Penyelaras Aktiviti Kebudayaan Politeknik Zon Selatan, telah menganjurkan satu program antarabangsa iaitu Program Kolaborasi IPT Antarabangsa Integrasi Dan Eksplorasi Budaya ASEAN, Mahasiswa Politeknik Malaysia, Zon Selatan 2014. Program ini bergerak seiring dengan Objektif Transformasi Politeknik iaitu 1. Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi terbaik dan 2. Memacu potensi pelajar bersesuaian dengan Teras Halatuju Transformasi Politeknik iaitu pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan peringkat tinggi. Transformasi ini mampu menonjolkan sistem Politeknik yang menerajui usaha menjana modal insan berkualiti selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk Minda Kelas Pertama. Maka dengan itu menjadi tujuan utama program ini adalah untuk menyelusuri sejarah dan budaya serta warisan Melayu yang telah wujud sejak dahulu lagi dalam memupuk dan mengembangkan pengetahuan kepada pelajar. Malahan program ini juga bertujuan menjalin kolaborasi bersama Universiti dan Badan/Persatuan kebudayaan di luar Negara. Program ini telah diketuai oleh En. Abu Bakar Bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS (Pengerusi Program), yang membawa bersama lapan (8) Pegawai Unit kebudayaan dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar serta 16 pelajar dari enam (6) buah Politeknik Malaysia iaitu dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Mersing Johor(PMJ), Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Politeknik Malaka (PMK) Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Mukah Sarawak (PMU). Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar 3 orang wakil Pegawai iaitu En. Abdul Razak bin Salim (Tim. Pengerusi Program), En. Johaini bin Ibrahim Pegawai Unit Kebudayaan PIS (Pengurus Program) & Pn. Nur Haniza bt. Junid Pen. Pegawai Unit Kebudayaan PIS (Setiausaha Program) serta 4 orang wakil pelajar dari Kelab Teraju Ujong Tanah. Program yang julung kali diadakan ini telah meletakkan tiga Negara menjadi fokus tujuan melaksanakannya iaitu Indonesia (Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat di kepulauan Riau), Singapura (di daerah Kallang, Central Singapura dan Timur Selatan Singapura) dan Malaysia sendiri (sekitar daerah dan Bandaraya Johor Bahru). Menyelusuri melalui pengangkutan jalan laut iaitu salah satu cara masyarakat di nusantara bergerak dari satu negara ke negara yang lain telah menjadi salah satu kaedah program ini direalitikan. Menaiki bot ekspres, telah bermula dari terminal Feri The ZON Stulang Laut, Johor Bahru ke terminal feri Bintan Tanjung Pinang dan kemudiannya dari Terminal Feri bintan Tanjung Pinang ke terminal feri Changi, Singapura, telah menyaksikan dan mengalami pengalaman pemandangan kepulauan dan tanah besar tiga Negara. Alhamdulillah, melalui program ini telah mencapai beberapa tujuan iaitu menjalin Kolaborasi dan persahabatan diantara Politeknik Malaysia (melalui Unit Kebudayaan Politeknik Zon Selatan) dengan Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH), Tanjung Pinang iaitu kerjasama
pertukaran pelajar dan pensyarah dalam bidang akademik serta pertukaran dan perkongsian kebudayaan melalui kegiatan ko kurikulum. Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) dengan memberi sumbangan buku bacaan dan derma kepada Madrasah anak-anak yatim di Pesantren dan Panti Asuhan Yayasan Al Ghazi, Daerah Dompak, Tanjung Pinang serta Mesjid Raya Sultan Riau, Pulau Penyengat. Menjalin persahabatan dan kolaborasi serta perkongsian seni tari diantara Unit Kebudayaan Politeknik Zon Selatan dengan persatuan kebudayaan Melayu iaitu SRIWARNA di Singapura (telah bergerak selama 60 tahun) dalam pengalaman mengendali persatuan kebudayaan serta seni persembahan tradisional Melayu dan kontemporari. Program ini juga telah berjaya mengadakan aktiviti bengkel Asas Seni Tari Zapin dan telah dikendalikan oleh rakan kolaborasi di PIS iaitu Yayasan Warisan Johor. Dikesempatan program ini juga lawatan lapangan mengenai keusahawanan berteraskan warisan kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Negara tersebut turut dilawati. Melalui program ini segala dapatan yang diperolehi ketika menyelusuri budaya Melayu di tiga buah Negara ini akan menghasilkan sebuah penerbitan bagi bahan bacaan pelajar Politeknik Malaysia. Malahan melalui program ini juga, Penyelaras kebudayaan Zon Selatan iaitu PIS akan mewujudkan Sudut Bacaannya sendiri, idea ini tercetus hasil dari cenderahati berbentuk buku serta bahan bacaan yang telah diberikan oleh pihak Universiti UMRAH dan Pegawai Pelancongan atau Pariwisata Tanjung Pinang serta persatuan SRIWARNA, Singapura. PEMULIHARAN KEBUDAYAAN DAN WARISAN BANGSA Digarap dan Disediakan Oleh : Johaini Bin Ibrahim (Pegawai Kebudayaan & Penasihat Kelab Teraju Ujong Tanah) Pn. Nur Haniza Binti Junid (Penyelaras Kebudayaan PIS)
SENARAI PENYERTAAN LAWATAN PROGRAM KOLABORASI IPT ANTARABANGSA INTEGRASI DAN EKSPLORASI BUDAYA ASEAN, MAHASISWA POLITEKNIK MALAYSIA, ZON SELATAN 2014. (Malaysia-Indonesia-Singapura) PEGAWAI/ PENSYARAH BIL NAMA JAWATAN AJK 1. En. Abu Bakar bin Abdul Hamid Ketua Jabatan HEP PIS Pengerusi 2. En. Abdul Razak Bin Salim Pegawai Jabatan HEP PIS Timbalan pengerusi 3. En. Johaini Bin Ibrahim Pegawai Unit Kebudayaan PIS Pengurus Program 4. Pn. Nor Haniza Bt Junid Penyelaras Unit Kebudayaan PIS Setiausa Program 5. En. Zainolrin bin Saari Pegawai Jabatan HEP PMJ AJK Penerbitan 1 6. En. Afham Zulhusmi Bin Ahmad Pegawai Unit Kebudayaan PMK AJK Fotografi Dan Video 7. Pn. Nur Farizah Binti Ishak Pegawai Unit Kebudayaan PPD AJK Kebajikan dan Keselamatan 8. Cik Nur Shahrul Atiqah Binti Ishak Pen. Pegawai Unit Kebudayaan PPD AJK Penerbitan 2 9. Larry Cassidy Anak Banta Pegawai Unit Kebudayaan PMU (Jemputan - Politeknik Zon Sarawak) PELAJAR BIL NAMA NO. PEND. PELAJAR POLITEKNIK 1. Shezlin Annzi Tan 09DEP10F2088 PIS 2. Nur Farhana Binti Mohd Khalid 09DFP13F1066 PIS 3. Muhammad Zaimuddin Bin Ibrahim 09DEP13F1001 PIS 4. Didi Aryanto Bin Solong 09DFP13F2009 PIS 5. Muhamad Farhan Bin Mahmooddin 30DIB12F2007 PMJB 6. Siti Nur Afifah Binti Mat Zali 30DIB12F2017 PMJB 7. Nur Fasha Aqilah Bte Shamsul 11DKA13F2020 PMK 8. Mohamad Nur Nazreen Bin Lilah 11DKM13F1074 PMK 9. Mimi Farhana Binti Raduan 20DNS13F1063 PMU 10. Dublin Justine Anak Ramli 20DPM13F2007 PMU 11. Nurul Ikwan Bin Ali 06DKA12F2098 PPD 12. Nazatul Syafiqah Bt Nazarudin 06DSK12F1080 PPD 13. Abdul Latif Bin Fadzillah 06DMK11F2043 PPD 14. Nur Atiqah Binti Azman 06DSK12F1069 PPD 15. Mohamad Azlan Bin Tajudin 25BNS12F2006 PMJ 16. Puteri Surina Binti Abdul Halim 25DSK11F2005 PMJ
SISIPAN GAMBAR PROGRAM KOLABORASI IPT ANTARABANGSA INTEGRASI DAN EKSPLORASI BUDAYA ASEAN, MAHASISWA POLITEKNIK MALAYSIA, ZON SELATAN 2014. (Malaysia-Indonesia-Singapura) Tarikh : 24 hingga 27 Jun 2014 Hari : Selasa hingga Jumaat Latihan asas tarian ketika Bengkel Asas Tarian Zapin dibawah bimbingan tenaga pengajar Yayasan Warisan Johor di Politeknik Ibrahim Sultan Kenangan bersama Pegawai dan Pelajar dari Politeknik Malaysia dan Universiti Maritim Raja Ali Haji, Tanjung Pinang. Aktiviti sumbangan CSR kepada rumah anak-anak yatim di Pesantren dan Panti Asuhan Yayasan Al Ghazi, Daerah Dompak, Tanjung Pinang. Pertukaran dan Jalinan seni tari diantara Kumpulan SRIWARNA Singapura dengan Unit Kebudayaan Zon Selatan, Politeknik Malaysia.
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor, Malaysia Penerangan Asas Tarian Zapin dibawah bimbingan tenaga pengajar Yayasan Warisan Johor di Politeknik Ibrahim Sultan Penyampaian Cenderahati Oleh En. Abu Bakar Bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS kepada wakil tenaga pengajar Yayasan Warisan Johor iaitu Pn. Hamidah Bt. Ibrahim. Aktiviti Bengkel Asas Tarian Zapin dibawah bimbingan tenaga pengajar Yayasan Warisan Johor di Politeknik Ibrahim Sultan
Pesantren dan Panti Asuhan Yayasan Al Ghazi, Daerah Dompak, Tanjung Pinang Sumbangan Bacaan bagi aktiviti CSR oleh Saudara Dublin Justine Anak Ramli dari PMU, wakil Mahasiswa Politeknik Malaysia Zon Selatan kepada wakil anak yatim Yayasan Al -Ghazi. Sumbangan Derma bagi aktiviti CSR oleh En. Johaini Bin Ibrahim, wakil PIS kepada wakil Yayasan Al -Ghazi. Sumbangan Derma bagi aktiviti CSR oleh Cik Nur Shahrul Atiqah bt. Ishak, wakil PPD kepada wakil Yayasan Al -Ghazi. Sumbangan Derma bagi aktiviti CSR oleh Saudari Puteri Surina Binti Abdul Halim, wakil PMJ kepada wakil Yayasan Al -Ghazi.
Universitas Maritim Raja Ali Haji, Tanjung Pinang, Indonesia Perbincangan diantara En. Abu Bakar bin Abdul Hamid wakil Politeknik Malaysia, dengan Dr. Ir. Irdam Adil, Wakil Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) Penglibatan Mahasiswa Politeknik Malaysia dan mahasiswa UMRAH ketika sesi perbincangan diantara dua institusi. Penyampaian Cenderahati oleh En. Abu Bakar Bin Abdul Hamid, (Politeknik Malaysia) kepada Dr. Ir. Irdam Adil, (UMRAH). Penyampaian Cenderahati oleh wakil mahasiswa UMRAH kepada wakil mahasiswa Politeknik Malaysia
Mesjid Raja Sultan Riau, Pulau Penyengat, Indonesia. Program Lawatan dan kajian Kes Budaya Melayu Nusantara di Mesjid Raya Sultan Riau, Pulau Penyengat. Telur menjadi asas campuran bahan binaan. Program Lawatan dan kajian Kes Budaya Melayu Nusantara di Balai adat Melayu, Pulau Penyengat. Pulau Penyengat antara tapak warisan UNESCO di Indonesia. Sumbangan Buku Bacaan oleh saudara Dublin Justine Anak Ramli dari PMU, wakil Mahasiswa Politeknik Malaysia Zon Selatan kepada wakil pengurusan Mesjid Raya Sultan Riau Sumbangan Derma oleh En. Abu Bakar b. Abdul Hamid wakil Politeknik Malaysia kepada wakil pengurusan Mesjid Raya Sultan Riau
Persatuan SRIWARNA, Singapura Persembahan pembukaan oleh para penari Sriwarna ketika menyambut kedatangan kami di studio latihan. Persembahan balas kunjungan oleh gabungan para penari Unit Kebudayaan Zon Selatan, Politeknik Malaysia. Penyampaian Saguhati oleh En. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Ketua Deligasi Program kepada En. Fauzi bin Anuar, Naib Pengerusi Sriwarna. Persembahan Joget gabungan antara para penari Unit Kebudayaan Zon Selatan, Politeknik Malaysia dengan para penari SRIWARNA dalam aktiviti integrasi dan perkongsian seni persembahan.
Keratan Akhbar