Biodata. Dahlia Janan PhD

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

PROGRAM PD MLCS 2018 HAK CIPTA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.10 TAHUN 2015 SKIM FELO INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Siri Ceramah ARIF BUDIMAN. Prof Dr Mahsun Prof Dr Arndt Graf Datuk Al azhar Prof Dr tatiana Denisova

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH KAMPUS SUNGAI PETANI

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.56/2008

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

4. Taraf Lantikan Tukar Sementara/Pinjaman/Kontrak

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

Saintis wanita. mel11buru l{ejayaan. DIBERI ucapan - Canselor UMP Prof.

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

STRUKTUR PENGAJIAN SARJANA PENGAJIAN MELAYU DAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

Pencapaian KPI PSPTN UKM 2013

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

Akademi Pengajian Melayu menawarkan 2 program Ijazah Tinggi, iaitu Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Ijazah Doktor Falsafah.

HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT : 1 JANUARI 2007

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PULAU PINANG)

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH OKTOBER 2004

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

GARIS PANDUAN SKIM POST DOKTORAL UPSI (ISO) /BSM /P02 /GP03

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

JAWATAN KOSONG DI PENTADBIRAN NEGERI PERAK. 1. Jawatan : Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J1-2 dan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J1-1

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.51/2007

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

PENAWARAN PROGRAM BACELOR SAINS PERTANIAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

ANUGERAH KHAS UiTM 2012

BORANG MAKLUMAT PEMOHON JAWATAN PENSYARAH KONTRAK SELEPAS BERSARA WAJIB UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AKADEMIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN

Ulasan Buku/Book Review

PENDIDIKAN. Pendidikan di Malaysia

IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KRITERIA KENAIKAN PANGKAT BAGI SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA DI UKM BIL. GRED SYARAT PELANTIKAN. Syarat Umum:

Program Doktor Pendidikan Tinggi

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

MEMACU GAGASAN SEBUAH UNIVERSITI

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

DASAR PENERBITAN JURNAL

PEJABAT TEL. BIMBIT 9. TARIKH/TAHUN MULA BERKHIDMAT DI UPM ( TAHUN)

KONTRAK BERPUSAT BAGI BEKALAN AM PEJABAT UNTUK KEGUNAAN SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Transkripsi:

Biodata Dahlia Janan PhD dahlia@fbk.upsi.edu.my Profesor Madya Dr Dahlia Janan dilahirkan di Ipoh, Perak. Berpengalaman sebagai pendidik selama sekitar 23 tahun. Beliau pernah mengajar di sekolah rendah selama hampir lima tahun dan mengajar di sekolah menengah hampir empat tahun. Beliau mula bertugas di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2004. Kini, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan Akademik dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Beliau mendapat pendidikan asas perguruan di Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1990 dan melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung malim, Perak pada tahun 1997 dan 2000. Ketika berkhidmat sebagai pensyarah di UPSI, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke University of Warwick, United Kingdom. Di penghujung pengajian kedoktoran, beliau telah memenangi hadiah tesis PhD terbaik seluruh United Kingdom bagi bidang literasi yang dianugerahkan oleh United Kingdom Literacy Assosiation, 2012. Bidang kepakaran Profesor Madya Dr. Dahlia Janan, ialah proses membaca dan pedagogi dalam literasi; kebolehbacaan dan pendekatan inovatif untuk menilai kesukaran dan kerumitan teks dan kajian perbandingan dalam proses bacaan dan literasi. Kini, beliau juga sedang meneroka bidang penyelidikan kurikulum bahasa, penyelidikan penilaian dan pengukuran bahasa serta inovasi dalam pembinaan bahan bantuan mengajar untuk Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. DIAN BAHASA 111

Fadilah Isnin PhD fadilah_isnin@schools.gov.sg Dr Fadilah Isnin mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu pada tahun 2002 daripada Universiti Malaya. Pada tahun 2004, beliau memperoleh Sarjana Pengajian Melayu diikuti dengan ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2011 daripada universiti yang sama. Dr Fadilah mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Perancang Kurikulum di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum selama lima tahun dan sebagai Ketua Jabatan Bahasa-bahasa Asia sebelum dilantik sebagai Guru Pakar pada tahun 2010. Pada tahun 2014 beliau dilantik sebagai Pengetua Guru Pakar. Dr Fadilah mempunyai pengalaman dalam pembinaan kurikulum dan bahan pengajaran sekolah rendah dan menengah. Kini Dr Fadilah membina bahan dan menjalankan program pembangunan profesional bagi guru Bahasa Melayu. Beliau berminat dalam perkembangan literasi awal murid dan telah mengusahakan beberapa kajian berkaitan dengannya. Beliau juga telah membina bahan bagi program intervensi literasi asas untuk membantu murid yang mempunyai masalah membaca. 112 DIAN BAHASA

Mohamed Noh Daipi mohamed_noh_daipi@schools.gov.sg Encik Mohamed Noh Daipi mula bertugas dalam perkhidmatan pendidikan pada tahun 1983. Beliau pernah bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di dua buah maktab rendah dan sebuah sekolah menengah sebelum bertugas di Kementerian Pendidikan sebagai Nazir Khas Bahasa Melayu pada tahun 1990. Selanjutnya, beliau bertugas sebagai Pegawai Kurikulum di Kementerian Pendidikan dan Penolong Pengetua di Sekolah Menengah Dunman. Pada tahun 2002, beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum (CPDD), Kementerian Pendidikan Singapura. Sejak penubuhan Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Kementerian Pendidikan pada tahun 2010, beliau merangkap tugas Pengarah Pusat MLCS. Bermula dari tahun 2014, beliau bertugas sepenuh masa di MLCS setelah melepaskan tugas beliau di CPDD. Tugas yang disandang kini lebih fokus kepada pembinaan keupayaan guru melalui program pembangunan profesional termasuk menganjurkan kursus, seminar, sesi perkongsian profesional, persidangan serantau dan program penyerapan bagi guru. MLCS juga aktif membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif bagi memperkaya kurikulum Bahasa Melayu. DIAN BAHASA 113

Norliza Jamaluddin PhD norliza@fbk.upsi.edu.my Dr Norliza Jamaluddin ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Unversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian daripada Univesiti Malaya. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam bidang Leksikografi. Setelah beberapa tahun bertugas di UPSI, beliau menyambung semula pengajiannya pada peringkat Ijazah Doktor Falsafah juga di Universiti Malaya, iaitu di Fakulti Bahasa dan Linguistik. Bidang yang diteliti pada peringkat tersebut ialah bidang tatabahasa dengan tumpuan khusus terhadap kata sifat bahasa Melayu yang berasaskan data korpus berkomputer. Pada tahun 2015, beliau telah melakukan kajian pascakedoktoran di Universiti Lancaster, United Kingdom selama setahun juga dalam bidang tatabahasa berasaskan data korpus berkomputer. Minatnya yang mendalam terhadap bidang ini telah membolehkan beliau menghasilkan sebuah buku Perlakuan Kata Sifat Bahasa Melayu Berasaskan Data Korpus Berkomputer pada tahun 2015. Kini beliau banyak melakukan kajian dan menulis kertas kerja dan jurnal dalam bidang tatabahasa dan linguistik korpus. 114 DIAN BAHASA

Rahmat Subadah rahmat_subadah@ schools.gov.sg Encik Rahmat Subadah meraih ijazah Sarjana Muda pada tahun 1987 daripada Universiti Nasional Singapura. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru setelah memperoleh diploma pascasiswazah dari Institut Pendidikan Nasional Singapura/ Universiti Teknologi Nanyang pada tahun 1996. Beliau memperoleh Sarjana Pendidikan pada tahun 2006. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perancang Kurikulum di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan selama lima tahun. Selepas itu beliau bertugas sebagai Ketua Subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah CHIJ St Joseph s Convent pada tahun 2009. Pada tahun 2011, Encik Rahmat mula bertugas sebagai Guru Pakar di Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan. Antara bidang yang amat diminati beliau ialah aspek pedagogi, penilaian dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. DIAN BAHASA 115

Samsudin Suhaili PhD samsudin@fsk.upsi.edu.my Dr Samsudin Suhaili kelahiran Sibu, Sarawak bertugas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak tahun 2001. Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Beliau juga pernah terlibat dalam pengurusan fakulti sebagai Ketua Jabatan 2012-2013 dan Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar (2013-2015). Dr Samsudin memperoleh ijazah sarjana muda di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah pada tahun 1994 diikuti Sarjana Sastera pada 2001 seterusnya ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2012. Antara hasil penyelidikan beliau ialah Penggunaan Kamus Di Kalangan Pelajar Menengah Rendah: Satu Tinjauan Awal (2002), Dasar Bahasa Kebangsaan: Perubahan Dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dalam Pendidik (2003) dan Mereka Bentuk Model Pengajaran Pendidikan Pelbagai Budaya (Multi/Intercultural Educational) Dalam Kurikulum Dan Pengajaran Mata Pelajaran Teras Ke Arah Mempertingkatkan Toleransi Dan Perpaduan Kaum Di Kalangan Pelajar Di Sekolah Kebangsaan (2012). Pada penghujung tahun 2015 Dr Samsudin meneruskan penyelidikan di Lancaster University, United Kingdom dalam subbidang Multicultural Education di peringkat pendidikan tinggi di Malaysia bersama-sama dengan sekumpulan pakar penyelidik di universiti tersebut. 116 DIAN BAHASA

Siti Faridah Omar siti_faridah_omar@schools.gov.sg Puan Siti Faridah Omar telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 25 tahun. Beliau memulakan kerjaya dengan mengajar selama 7 tahun di Sekolah Rendah West Lake dan Sekolah Rendah North View. Kemudian, setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, beliau telah ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Woodgrove selama 13 tahun. Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Bahasa Ibunda selama 14 tahun. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu pada tahun 2000 daripada Universiti Malaya, dan menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang pada tahun 2013. Siti Faridah juga telah berkhidmat sebagai Ketua Kelompok bagi Zon Utara 5 dan Zon Utara 7 sepanjang penglibatan beliau di peringkat sekolah. Pada 2014, beliau telah bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai Jurulatih di Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan. Beliau telah menjalankan pelbagai kursus untuk para guru, membuat beberapa perkongsian profesional yang berkait dengan strategi pengajaran dan penilaian di peringkat sekolah, zon, nasional dan di persidangan serantau. Pada tahun 2016, Puan Siti Faridah Omar menjawat jawatan Guru Pakar di Pusat Bahasa Melayu Singapura. DIAN BAHASA 117