PROSES PERSARAAN DISAMPAIKAN Oleh ZAINUDDIN BIN ZABIDi KETUA TIMBALAN BENDAHARI BAHAGIAN GAJI DAN KEMUDAHAN STAF PEJABAT BENDAHARI UiTM 55443318/3433/3432/3304/3307 BG&KS/PEJ. BENDAHARI 1
PERKARA YANG PERLU DILENGKAPKAN Tindakan yang perlu dilaksanakan oleh UiTM dan peranan bakal pesara (samada persaraan wajib atau secara pilihan sendiri) bagi mempastikan bayaran-bayaran berikut dapat diperolehi selepas sahaja bersara. 1. BAYARAN PENCEN DAN BAYARAN GANJARAN (diproses dan dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam) 2. BAYARAN AWARD GANTIAN WANG TUNAI BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN AWAM (diproses dan dibayar oleh UiTM) BG&KS/PEJ. BENDAHARI 2
PERKARA YANG PERLU DILENGKAPKAN SIJIL AKUAN BERHUTANG Jabatan Perkhidmatan Awam memerlukan Surat Perakuan berhutang bakal pesara dari UiTM bagi tujuan prosesan bayaran Pencen dan Ganjaran penama. Bahagian Saraan dan Perkhidmatan (Pejabat Pendaftar) memaklumkan kepada Bahagian Gaji dan Kemudahan Staf (Pejabat Bendahari) mengenai persaraan staf bagi menyediakan akuan hutang penama. Dimaklumkan dalam tempoh 6 bulan sebelum seseorang staf bersara. Sijil akuan hutang tesebut akan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam oleh Pejabat Pendaftar. BG&KS/PEJ. BENDAHARI 3
PERKARA YANG PERLU DILENGKAPKAN SIJIL AKUAN BERHUTANG (samb) 1. Bagi Penyediaan Bayaran Pencen dan Ganjaran i. CP 22B (Pin. 1/2011) - Surat Penyelesaian Cukai Pendapatan (Agensi Kerajaan) ii. iii. Sijil Perakuan Potongan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sekiranya penama ada Pinjaman Perumahan Kerajaan. Penyata Baki Hutang Penama / Surat Perakuan Tiada Berhutang : - Baki Pembiayaan Bantuan Memiliki Kenderaan - Baki Pembiayaan Bantuan Memiliki Komputer BG&KS/PEJ. BENDAHARI 4
PERKARA YANG PERLU DILENGKAPKAN i. CP 22B (Pin. 1/2011) - Surat Penyelesaian Cukai Pendapatan (Agensi Kerajaan) Sijil tersebut disediakan oleh Pejabat Bendahari seperti berikut : Staf di Shah Alam Kemudahan Staf; di sediakan oleh Bahagian Gaji dan Staf di Kampus Cawangan di sediakan oleh Pejabat Bendahari Kampus Cawangan masing-masing. Sijil tersebut dikemukakan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri oleh penama sendiri mengikut di mana fail cukai pendapatan penama berada. Contoh : sekiranya fail cukai pendapatan berada di Shah Alam penama hantar ke LHDN Shah Alam BG&KS/PEJ. BENDAHARI 5
PERKARA YANG PERLU DILENGKAPKAN ii. Sijil Perakuan Potongan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sekiranya penama ada Pinjaman Perumahan Kerajaan. Penyata Tahunan Pinjaman Perumahan terdapat dalam laman web Perbendaharaan : www.bpp.treasury.gov.my iii. Penyata Baki Hutang Penama / Surat Perakuan Tiada Berhutang : - Baki Pembiayaan Bantuan Memiliki Kenderaan - Baki Pembiayaan Bantuan Memiliki Komputer Sijil ii dan iii disediakan oleh Bahagian Gaji dan Kemudahan Staf, Pejabat Bendahari Kesemua sijil i, ii, dan iii dikemukakan ke Bahagian Saraan dan Perkhidmatan, Pejabat Pendaftar BG&KS/PEJ. BENDAHARI 6
PERKARA YANG PERLU DILENGKAPKAN SIJIL AKUAN BERHUTANG (samb) 2. Bagi Penyediaan Bayaran Award Gantian Cuti Rehat i. Sijil Pengesahan Penyelesaian Hutang Staf UiTM ii. Senarai Semakan Baki Hutang di Unit Gaji. Borang yang disediakan oleh Bahagian Gaji dan Kemudahan Staf bagi mengistiharkan baki hutang bakal pesara pada UiTM sebelum sesuatu bayaran dapat dibuat pada penama. BG&KS/PEJ. BENDAHARI 7
i. Sijil Pengesahan Penyelesaian Hutang Staf UiTM ii. PERKARA YANG PERLU DILENGKAPKAN Baki Pembiayaan Bantuan Memiliki Kenderaan Baki Pembiayaan Bantuan Memiliki Komputer Baki hutang di Fakulti/Pusat/Bahagian/Cawangan samada Kewangan Pengurusan atau Kewangan Amanah contoh : - Pendahuluan Perjalanan atau pendahuluan pelbagai - Tunggakan Telefon, Air atau Elektrik Senarai Semakan Baki Hutang di Unit Gaji. Terlebih bayar gaji dan emolumen dan elaun-elaun. Sijil i dan ii disediakan oleh Bahagian Gaji dan Kemudahan Staf, Pejabat Bendahari BG&KS/PEJ. BENDAHARI 8
AWARD GANTIAN WANG TUNAI BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN Cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan atas sebab kepentingan awam dan dibawa bagi tujuan persaraan. Cara perkiraan : Jumlah Hari Terkumpul / 30 hari X ( Gaji dan Imbuhan Tetap) Imbuhan Tetap adalah: Imbuhan Tetap Khidmat Awam; Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian; dan Imbuhan Tetap Khas Jawatan Utama / Gred Khas. dibayar setelah ditolak semua hutang-hutang penama dengan UiTM Jumlah AGCR Hutang UiTM = Jumlah Bersih AGCR Sekiranya hutang UiTM telah diistihar pada JPA untuk potongan dari ganjaran, bayaran akan dibuat setelah mendapat pengesahan diambil kira dalam ganjaran atau bayaran dari JPA. BG&KS/PEJ. BENDAHARI 9
MAKLUMAN Bayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi anggota perkhidmatan Kerajaan Persekutuan akan dibayar dari peruntukan Tanggungan Kerajaan Persekutuan mengikut Seksyen 4(2) Akta 227 Bayaran GCR untuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri, Badan Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menerimapakai skim tersebut adalah dibayar dari peruntukan anggaran belanjawan mengurus masing-masing. BG&KS/PEJ. BENDAHARI 10
MAKLUMAN PENCUKAIAN Bayaran Ganjaran dan Gantian Cuti Rehat tidak dikenakan cukai pendapatan. Pencen yang dibayar kepada anggota yang bersara wajib pada umur 55 tahun dikecualikan daripada cukai pendapatan. Manakala bayaran pencen yang diterima oleh pesara sebelum mencapai umur 55 tahun dikenakan cukai pendapatan BG&KS/PEJ. BENDAHARI 11
MAKLUMAN Award Gantian Cuti Rehat di kecualikan dari cukai di bawah Perenggan 25A Jadual 6, Akta Cukai Pendapatan 1967. Tetapi masih perlu kemukakan sijil Penyelesaian Cukai. Disediakan bayaran setelah menerima surat pengesahan pelepasan cukai dari LHDN. Bayaran di buat dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan pelepasan cukai dari LHDN. BG&KS/PEJ. BENDAHARI 12
PERKARA YANG PERLU DISEMAK Perkara penting yang perlu diambil tindakan lebih awal sebelum bersara (dari sekarang) supaya ganjaran dan pencen bulanan diperolehi sebaik sahaja persaraan bermula. Lewat maklum pada JPA, lambat dapat ganjaran dan pencen bulanan. 1. Surat penyelesaian cukai lambat diterima dari LHDN disebabkan : - Tidak pernah kemaskini / tidak pernah semak - Lewat hantar / tidak hantar Penyata Tahunan (Borang BE tahunan) mengakibatkan ada baki tertunggak - Tiada nombor cukai / ada dua nombor cukai terutama yang pernah berkhidmat di Sabah atau Sarawak BG&KS/PEJ. BENDAHARI 13
PERKARA YANG PERLU DISEMAK penama boleh buat pilihan menghantar surat penyelesaian cukai (CP 22B) : - i) di mana-mana pejabat LHDN yang berdekatan atau ii) di mana fail cukai pendapatan penama berada. tetapi penama dinasihatkan menghantar CP 22B di mana fail cukai pendapatan penama berada kerana sekiranya ada masalah, dapat diselesaikan serta merta dengan pegawai LHDN. surat penyelesaian cukai boleh didapatkan pada hari yang sama sekiranya fail tersebut bersih (tiada masalah berpanjangan) pihak LHDN di para (i) akan menghantar CP 22B ke pejabat LHDN di mana fail cukai pendapatan penama berada BG&KS/PEJ. BENDAHARI 14
PERKARA YANG PERLU DISEMAK Pihak LHDN akan memberi atau menghantar surat penyelesaian cukai pada penama, UiTM dan JPA. 2. Penyata Pinjaman Perumahan pastikan anda menyemak baki atau penyata tersebut dari laman web Perbendaharaan : www.bpp.treasury.gov.my 3. Caruman KWSP / LTAT / Guru Bagi penama yang akan mengeluarkan caruman KWSP, sila pastikan jumlah pengeluaran tidak termasuk caruman majikan kerana ada kes berlaku penama menerima caruman termasuk jumlah caruman majikan. Caruman majikan yang diterima akan ditolak dari ganjaran. BG&KS/PEJ. BENDAHARI 15
PERKARA YANG PERLU DISEMAK Bagi Bekas tentera atau bekas guru sila semak samada sebelum bertugas dengan UiTM anda ada mencarum dengan LTAT atau Kumpulan Wang Perguruan sebab ianya adalah tabung yang berbeza dengan KWSP 4. Tawaran Memiliki Kereta Selepas Bersara Bagi mereka yang layak berdasarkan pada Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 1999 - mohon 6 bulan sebelum bersara - kelulusan oleh LPU BG&KS/PEJ. BENDAHARI 16
PERKARA YANG PERLU DISEMAK 5. Tawaran Kontrak Selepas Bersara. Bagi staf yang ditawarkan Kontrak selepas bersara pastikan menyemak perkara berikut : - Anda akan diberi nombor pekerja baru - Maklumat gaji dan potongan yang terdahulu telah tiada. Segala maklumat gaji adalah berdasarkan maklumat bayaran terkini. Bagi potongan persendirian yang terdahulu yang hendak dibuat perlu dimaklumkan pada Bahgian Gaji dan Kemudahan Staf atau masukkan makumat ke dalam portal Bendahari iaitu FINePORTAL - Dicarum KWSP BG&KS/PEJ. BENDAHARI 17
PERKARA YANG PERLU DISEMAK 6. Masih bekerja selepas umur 55 tahun - Wajib Mencarum kepada KWSP - Tempoh maksimum adalah sehingga umur 75 tahun - Kadar caruman yang ditetapkan adalah 50% daripada kadar caruman berkanun sebelum umur 55 tahun. Anda boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar tersebut. - Dividen akan diberi ke atas jumlah simpanan anda sehingga berumur 75 tahun - Selepas umur 75 tahun, anda hanya layak memohon pengeluaran penuh sahaja. BG&KS/PEJ. BENDAHARI 18
PERKARA YANG PERLU DISEMAK 7. Anggota Sektor Awam Di Bawah Skim Pencen Kerajaan KWSP - Simpanan anda mungkin termasuk juga caruman syer kerajaan yang belum ditolak untuk dikembalikan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) - Syer kerajaan hanya akan ditolak apabila KWAP menerima arahan bertulis daripada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam - Anda masih boleh memohon Pengeluaran Umur 55 Tahun tetapi syer kerajaan yang dibayar kepada anda itu akan diperolehi semula oleh kerajaan daripada ganjaran dan pencen anda (jika tidak mencukupi) apabila bersara nanti. - Laman web KWSP : www.kwsp.gov.my BG&KS/PEJ. BENDAHARI 19
PERKARA YANG PERLU DISEMAK 8. Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) - Akan maklum pada penama Dokumen Persaraan yang diterima dan dalam tindakan. Boleh semak status. - Laman web KWAP : http://apps.jpapencen.gov.my /NO FAIL:KWAP/TAB/ (no rujukan fail penama) - Rujukan fail diberi oleh JPA BG&KS/PEJ. BENDAHARI 20
RENUNGAN BERSAMA JADILAH ORANG YANG : Ketiadaannya di CARI Kehadiranya di NANTI Kepergiaanya di RINDUI Kematiannya di TANGISI TELADANI SEMOGA Kita termasuk orang sepeti ini Aamiin @ Lebut hatimu II BG&KS/PEJ. BENDAHARI 21
TERIMA KASIH DI ATAS PEMERHATIAN ANDA BG&KS/PEJ. BENDAHARI 22