PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

dokumen-dokumen yang mirip
Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2009

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

Minit mesyuarat ialah

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Perlembagaan Badan Pelajar Berdaftar. Nama badan pelajar : Persatuan Pelajar Sains Sukan Universiti Malaya. 1. Tujuan atau kepentingan badan pelajar :

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

AKTA PILIHAN RAYA 1958

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

ETIKA MESYUARAT AGUNG

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PEKELILING BENDAHARI BIL: 9/2006 PEJABAT BENDAHARI

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

Universiti Teknologi MARA 1C / 2010

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH GURU BAHASA (TETAP) SERTA TUTOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TAKLIMAT KETUA PENGAWAS/PENGAWAS PEPERIKSAAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEMBANGUNAN USAHASAMA MASYARAKAT MAJU SABAH BERHAD

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

TATACARA DAN PANDUAN PEMILIHAN Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

UNDANG- UNDANG KECIL

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998 Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 33 (1) Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah 1998, Senat Universiti Malaysia Sabah dengan ini membuat peraturan berikut: Tafsiran 1. Dalam peraturan ini:- a) Senat ertinya Senat Universiti Malaysia Sabah; b) Sesuatu rujukan kepada seorang yang memegang sesuatu jawatan hendaklah juga dianggap sebagai rujukan kepada seseorang yang sedang memangku jawatan itu. Keanggotaan PU (A) 2. (1) Maka hendaklah ada suatu Senat Universiti yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut; a) Naib Canselor selaku Pengerusi; b) Timbalan-Timbalan Naib Canselor; c) Semua Dekan-Dekan Sekolah/Pusat, dan semua Ketua Akademi dan Institut; d) Tidak lebih daripada 20 orang Profesor Universiti yang hendaklah ditentukan oleh Naib Canselor. e) Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan hendaklah menghadiri mesyuarat mengikut peruntukan seksyen 20 (2) perlembagaan. (2) Naib Canselor boleh mengko-opt mana-mana orang untuk menghadiri semua atau sesuatu mesyuarat Senat mengikut Statut Senat tertakluk kepada apaapa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri. (3) Naib Canselor akan menjadi Pengerusi mesyuarat Senat. Sekiranya Naib Canselor tidak dapat mempengerusikan mesyuarat, atas sesuatu sebab, beliau bolehlah mewakilkan mana-mana Timbalan Naib Canselor sebagai Pengerusi. (4) hendaklah diadakan oleh Pendaftar atau wakilnya yang akan menjadi Setiausaha. Jenis 3. Senat hendaklah terbahagi kepada tiga jenis iaitu mesyuarat biasa, mesyuarat khas dan mesyuarat luar biasa. (a) Biasa ini hendaklah diadakan pada tarikh-tarikh tertentu yang ditetapkan terlebih dahulu oleh Senat dan biasanya hendaklah tidak kurang daripada sekali dalam dua bulan. Jika sesuatu mesyuarat biasa tidak dapat diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh kerana sesuatu sebab, kecuali ketiadaan kuorum, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda biasanya ke hari yang sama pada minggu yang berikutnya. (b) Khas untuk membincangkan perkara-perkara yang tertentu hendaklah diadakan:

(i) apabila diarahkan oleh Naib Canselor; atau (ii) apabila ada permintaan daripada sekurang-kurangnya satu perlima (1/5) daripada bilangan ahli Senat yang berada di Malaysia pada masa itu. (c) Sesuatu mesyuarat luar biasa boleh diadakan pada bila-bila masa jika Naib Canselor berpendapat mesyuarat demikian perlu diadakan untuk kepentingan Universiti. Pemberitahuan 4. (a) Pemberitahuan mengenai sesuatu mesyuarat dengan menyatakan tempat, tarikh dan masa mesyuarat itu hendaklah dikeluarkan selewat-lewatnya:- (i) empat belas (14) hari terlebih dahulu bagi mesyuarat biasa; (ii) empat (4) hari terlebih dahulu bagi mesyuarat khas; dan (iii) enam puluh (60) minit terlebih dahulu bagi mesyuarat luar biasa. (b) Pemberitahuan mengenai mesyuarat-mesyuarat biasa dan khas hendaklah dibuat secara bertulis. Pemberitahuan mengenai mesyuarat luar biasa boleh dibuat secara bertulis atau secara lisan. (c) Pemberitahuan mengenai sesuatu mesyuarat boleh dianggap telah disampaikan kepada seseorang ahli Senat sekiranya pemberitahuan itu telah disampaikan kepada seseorang kakitangan yang bertugas di pejabat atau Jabatan ahli yang berkenaan di Universiti. Agenda 5. (a) Agenda bagi mesyuarat biasa hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli selewatlewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Agenda bagi mesyuaratmesyuarat khas dan luar biasa hendaklah disampaikan bersama-sama dengan pemberitahuan mesyuarat. (b) Seseorang ahli yang berkehendakkan supaya sesuatu perkara dimasukkan dalam agenda mesyuarat biasa hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha sesuatu kertas kerja mengenainya selewat-lewatnya sepuluh (10) hari sebelum tarikh mesyuarat. (c) Sekiranya dipersetujui dengan suara terbanyak oleh ahli-ahli yang hadir, perkara-perkara yang tidak dimasukkan dalam agenda mesyuarat biasa boleh dikemukakan untuk perbincangan di bawah perkara Hal-hal Lain. Tiada sesuatu perkara boleh dibincangkan dalam mesyuarat khas atau mesyuarat luar biasa melainkan jika perkara itu telah dimasukkan dalam agenda. Kuorum 6. (a) Kuorum untuk mesyuarat biasa dan mesyuarat khas ialah sepertiga (1/3) daripada bilangan ahli Senat yang berada di Malaysia pada masa itu. Kuorum untuk mesyuarat luar biasa ialah seperempat (1/4) daripada bilangan ahli yang berada di Malaysia pada masa itu. (b) Jika kuorum tidak diperolehi tiga puluh (30) minit selepas waktu mesyuarat biasa sepatutnya dimulakan maka mesyuarat itu hendaklah ditunda ke tarikh lain yang ditetapkan oleh Naib Canselor. Pemberitahuan mengenai tarikh mesyuarat yang baru itu hendaklah dikeluarkan selewat-lewatnya empat puluh lapan (48) jam terlebih dahulu. (c) Jika sekiranya kuorum tidak juga diperolehi setengah (1/2) jam selepas waktu

mesyuarat yang baru itu sepatutnya dimulakan, maka mesyuarat itu hendaklah dimulakan pada waktu itu juga dan apa-apa keputusan yang diambil hendaklah dianggap seolah-olah keputusan itu diambil dalam mesyuarat yang ada kuorum dengan syarat bahawa tidak ada apa-apa perkara baru telah ditambahkan kepada agenda asal. (d) Jika kuorum tidak diperolehi setengah (1/2) jam selepas waktu sesuatu mesyuarat khas atau luar biasa sepatutnya dimulakan, maka mesyuarat itu terbatal dengan sendirinya. Penangguhan dan Menamatkan 7. (a) Sesuatu mesyuarat biasa hendaklah ditamatkan atau ditangguhkan selepas telah berjalan selama dua setengah (2 ½) jam kecuali jika Senat membuat ketetapan supaya mesyuarat itu diteruskan lagi selepas itu. (b) Sambungan bagi mesyuarat yang ditangguhkan menurut peraturan di atas hendaklah diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Senat tetapi tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas tarikh penangguhan itu. sambungan itu hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada mesyuarat asal yang telah ditangguhkan dan tidak ada apa-apa perkara baru boleh dikemukakan di dalamnya kecuali di bawah perkara Hal-hal Lain. Sesuatu mesyuarat sambungan hendaklah ditamatkan selepas ia berjalan selama dua setengah (2 ½) jam kecuali jika Senat membuat ketetapan supaya mesyuarat itu diteruskan lagi selepas itu. (c) Jika ada sesuatu perkara dalam agenda yang masih belum dibincangkan ketika mesyuarat ditamatkan menurut peraturan 7 (a) atau 7 (b) di atas, maka perkara itu hendaklah dimasukkan ke dalam agenda bagi mesyuarat biasa yang berikutnya. (d) khas dan luar biasa dijalankan seberapa lama yang difikirkan perlu olah Senat. Minit 8. (1) Minit mesyuarat biasa, mesyuarat khas dan mesyuarat luar biasa hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya dua puluh satu (21) hari selepas tarikh mesyuarat yang berkaitan. (2) Minit mesyuarat biasa hendaklah dikemukakan untuk pengesahan Senat dan membincangkan perkara-perkara berbangkit dalam mesyuarat biasa yang berikutnya. Minit mesyuarat khas atau luar biasa hendaklah dikemukakan untuk pengesahan Senat dalam suatu mesyuarat biasa dengan seberapa segera yang boleh. Pindaan ke atas minit sesuatu mesyuarat, jika ada, hendaklah dilakukan sebelum minit itu disahkan. (3) Sebaik sahaja minit bagi sesuatu mesyuarat itu disahkan oleh Senat, satu salinan minit mesyuarat tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi mesyuarat yang mengesahkan minit tersebut serta disimpan sebagai dokumen rasmi Universiti. (4) Selepas minit sesuatu mesyuarat disahkan dalam sesuatu mesyuarat Senat yang sah menurut Peraturan-peraturan ini, maka tiada sesuatu bantahan boleh dibuat sama ada berkenaan apa-apa kandungan minit tersebut atau berkenaan sah atau tidaknya mesyuarat yang berkaitan itu.

Keputusan Senat 9. (a) Keputusan Secara (i) Sesuatu keputusan Senat biasanya adalah dibuat berasaskan pertemuan pendapat kesemua ahli yang hadir dalam sesuatu mesyuarat. Bagaimanapun, jika sekiranya dalam sesuatu keadaan yang tertentu didapati perlu menjalankan pengundian atas sesuatu perkara, maka tiaptiap ahli yang hadir berhak kepada satu undi. (ii) Sekiranya terdapat kesamaan undi mengenai sesuatu perkara, maka Pengerusi berhak menggunakan undi kedua atau undi pemutus. (iii) Pengundian hendaklah dijalankan secara terbuka kecuali jika dikehendaki sebaliknya oleh sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli yang hadir. (iv) Minit-minit mesyuarat hendaklah merekodkan hanya keputusankeputusan Senat dan tidak pendapat ahli-ahli secara perseorangan. Seseorang ahli yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan mesyuarat boleh meminta supaya dicatatkan dalam minit-minit mesyuarat yang berkaitan bahawa ia tidak menyertai keputusan itu dengan syarat permintaan demikian dibuat dalam mesyuarat itu juga dan ahli yang berkenaan tidak boleh meminta hujah-hujahnya dicatatkan. 9. (b) Keputusan Secara Edaran (i) Sekiranya keputusan perlu dibuat dengan segera atas sesuatu perkara penting maka dengan persetujuan Naib Canselor perkara itu boleh dikelilingkan dengan surat kepada ahli-ahli untuk mendapatkan kelulusan mereka. Ahli-ahli hendaklah diberi masa selama tujuh (7) hari untuk memberitahu Setiausaha sama ada mereka bersetuju, berkecuali atau tidak bersetuju atas perkara yang dikemukakan secara pekeliling itu. (ii) Setiap keputusan, sama ada bersetuju, berkecuali atau tidak bersetuju hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha dalam masa tujuh (7) hari yang ditetapkan. Sekiranya jawapan tidak diperolehi dalam tempoh yang ditetapkan tersebut pihak Urusetia boleh menganggap bahawa ahli tersebut bersetuju meluluskannya. (iii) Keputusan Senat mengenai sesuatu perkara yang dikelilingkan adalah diasaskan kepada suara terbanyak ahli-ahli yang menyampaikan keputusannya menurut peraturan 9 (ii) di atas dengan syarat bahawa bilangan ahli-ahli yang memberi keputusannya, termasuk keputusankeputusan berkecuali, adalah cukup untuk memperolehi kuorum bagi sesuatu mesyuarat biasa Senat. Keputusan itu hendaklah dilaporkan dalam mesyuarat biasa yang berikutnya serta direkodkan dalam minit mesyuarat tersebut. (iv) Walau apa pun yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan lain, sekiranya ada dua (2) orang ahli atau lebih yang meminta supaya perkara yang dikelilingkan itu dibincangkan dalam suatu mesyuarat Senat, maka pekeliling itu hendaklah ditangguhkan dan dibincangkan dalam suatu mesyuarat biasa atau mesyuarat khas menurut mana yang

difikirkan sesuai oleh Naib Canselor. Kerahsiaan 10. (1) Perbincangan-perbincangan dan lain-lain perjalanan mesyuarat Senat hendaklah dianggap sebagai rahsia dan tidak boleh diberitahu kepada manamana pihak kecuali atas prinsip perlu tahu. (2) Kertas-kertas agenda dan minit-minit mesyuarat Senat adalah dikelaskan SULIT, dengan itu ia tidak boleh diedarkan sebahagian atau seluruhnya kepada mana-mana pihak lain, sama ada di dalam mahupun di luar Universiti, melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Naib Canselor. Syarat-Syarat Lain 11. (a) Peraturan-peraturan ini boleh dipinda pada bila-bila masa oleh Senat menerusi suatu ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat serta dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli yang hadir. Pindaanpindaan itu hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada mesyuarat biasa yang berikutnya. (b) Mana-mana bahagian daripaada peraturan-peraturan ini, kecuali peraturanperaturan berkenaan kuorum mesyuarat, boleh digantung kuatkuasanya bagi sesuatu mesyuarat dengan syarat dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli yang hadir. (c) Sekiranya timbul perselisihan pendapat tentang mana-mana bahagian daripada peraturan-peraturan ini, maka perkara itu hendaklah diputuskan dalam suatu Senat. Diperbuat pada 21hb. November 1996. Prof. Dato Dr. Abu Hassan Othman Naib Canselor (Pengerusi Senat) Universiti Malaysia Sabah. Pejabat Pendaftar Februari 1998 Bad:peraturan1/bd1