Oleh. Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

dokumen-dokumen yang mirip
Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sukatan Pelajaran BAHASA MELAYU

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

WD1113 : Metodologi Kajian Ilmiah Minggu 6

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAHASA MELAYU B (8613)

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Model Pengurusan Strategik

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922 Sukatan Pelajaran

Objektif taklimat ini :

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

Transkripsi:

KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH: PERBANDINGAN KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN (SMK) DENGAN SEKOLAH AGAMA SWASTA (SAS) DI WILAYAH SEMPADAN SELATAN THAILAND (WSST) Oleh Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kertas ini membincangkan analisis perbandingan kurikulum Bahasa Melayu yang diguna pakai di Sekolah Menengah Kerajaan dan di Sekolah Agama Swasta (SAS) di Wilayah Sempadan Selatan Thailand (WSST). Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua kurikulum memenuhi prinsip penggubalan kurikulum yang baik. Namun begitu, kajian ini mendapati bahawa kedua-dua kurikulum yang dikaji terdapat perbezaan dari segi matlamat, objektif dan isi kandungan pelajaran. 1.0 Latar Belakang Sejarah pendidikan Bahasa Melayu telah bermula sejak wujudnya sekolah-sekolah pondok. Institusi pengajian itu sangat berpengaruh terutamanya sebelum Perang Dua Kedua. Kitab yang digunakan oleh tuan guru dalam pengajaran mereka ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu tulisan jawi. Oleh sebab matlamat utama sekolah pondok ialah pendidikan Islam, kurikulum Bahasa Melayu wujud secara tidak formal. Masyarakat Melayu di Wilayah Sempadan Selatan Thailand (WSST) terpaksa mempelajari bahasa Melayu untuk memahami kandungan kitab yang tertulis dalam bahasa Melayu. Kesedaran untuk mewujudkan kurikulum Bahasa Melayu secara formal bermula pada era selepas Perang Dunia Kedua. Pertimbangan ini dibuat berdasarkan faktor sosiobudaya dan politik di WSST. WSST yang mengandungi 4 wilayah, iaitu wilayah Yala, Pattani, Narathiwat, dan Satun mempunyai penduduk teramai berbangsa Melayu dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Ini menyebabkan wilayah ini berbeza daripada wilayah-wilayah lain di Thailand. Perbezaan ini mendorong kerajaan pusat menyediakan perancangan khusus bagi menangani pelbagai isu yang timbul. Berdasarkan latar belakang tersebut, WSST telah diberikan kuasa sebagai wilayah pentadbiran khas. Pengagihan kuasa ini dapat memudahkan kerajaan untuk merancang, membangun dan menyelesaikan masalah ekonomi, pendidikan dan keselamatan di wilayah ini (Sermsak Wisalaporn, 2007).

Dari segi pentadbiran pendidikan, sekolah-sekolah di WSST diletakkan di bawah 2 badan yang diwujudkan oleh kerajaan, iaitu Pejabat Ahli Jawatankuasa Pendidikan Peringkat Asas (Samnakngan Khana Kammakarn Karn Suksa Khan Petharn) dan Pusat Pentadbiran Ahli Jawatankuasa Sokongan Pendidikan Swasta (Samnak Barihanngan Khana Kammakarn Songserm Suksa Ekkashon). Sekolahsekolah kerajaan diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Ahli Jawatankuasa Pendidikan Peringkat Asas manakala semua sekolah swasta diawasi oleh Pusat Pentadbiran Ahli Jawatankuasa Sokongan Pendidikan Swasta. Mata pelajaran Bahasa Melayu tidak ditawarkan di semua sekolah kerajaan, kecuali sekolah kerajaan yang mempunyai bilangan pelajar Muslim melebih 50%. Pada peringkat sekolah rendah, mata pelajaran Bahasa Melayu diletakkan di bawah mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini demikian kerana Pendidikan Islam dianggap sangat rapat dengan bahasa Melayu. Malahan bahasa Melayu menjadi medium dalam menyampaikan ilmu Pendidikan Islam. Manakala, mata pelajaran Pendidikan Islam pula tergolong di bawah mata pelajaran Kemahiran Hidup. Pada peringkat sekolah menengah kerajaan (SMK) pula, mata pelajaran Pendidikan Islam tergolong di bawah mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial, Agama dan Kebudayaan. Hal ini menyebabkan masa untuk mengajarkan Bahasa Melayu semakin kurang. Hasil penggabungan mata pelajaran ini, pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah diperuntukkan selama 2 jam sahaja seminggu. Fenomena ini menjelaskan bahawa kurikulum yang digubal oleh Kementerian Pendidikan masih tidak lengkap dan tidak berkesinambungan dari segi isi pelajaran (Samnakngan Khana Kammakarn Karn Suksa Khan Pertharn, 2007:2). Di sekolah agama swasta (SAS) fenomena yang sama berlaku. Mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kurikulum yang diguna pakai sekarang mempunyai sejarah pembinaannya yang tersendiri. Kurikulum ini telah melalui 4 kali semakan, penambahbaikan dan pengubahsuaian, iaitu kurikulum Bahasa Melayu 2523Bd (1980), kurikulum Bahasa Melayu2535Bd (1992), kurikulum Bahasa Melayu 2540Bd (1997) dan kurikulum Bahasa Melayu2546 (2003). Perubahan aktif dalam kurikulum ini menggambarkan bahawa peranan bahasa Melayu semakin penting di WSST. Oleh sebab, kurikulum Bahasa Melayu ini digubal dan diawasi oleh 2 badan yang berbeza dari segi matlamat dan fungsinya sudah tentu kurikulum ini berbeza dari beberapa segi. Kajian ini mencuba menganalisis dan menghuraikan perbezaan kurikulum Bahasa Melayu yang diguna pakai di Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) dan Sekolah Agama swasta (SAS.) 2.0 Tujuan Kajian ini bertujuan untuk: 2.1 Menjelaskan bentuk kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah kerajaan dan sekolah agama swasta di WSST; 2.2 Menjelaskan perbezaan dan persamaan kandungan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah kerajaan dan sekolah agama swasta di WSST.

3.0 Soalan kajian 3.1 Apakah bentuk kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah kerajaan dan sekolah agama swasta di WSST? 3.2 Apakah perbezaan dan persamaan kandungan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah kerajaan dan sekolah agama swasta di WSST? 4.0 Kaedah kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Untuk mengumpulkan data, pengkaji menggunakan dua kaedah pengumpulan data, iaitu analisis dokumen dan temu bual. Dokumen yang dianalisis merupakan kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu yang diguna pakai di sekolah kerajaan dan sekolah agama swasta manakala temu bual pula dijalankan ke atas 3 orang guru sekolah menengah kerajaan, 3 orang guru sekolah menengah swasta, empat orang kakitangan dari pejabat Siasatan Kerajaan Kawasan 12 yang mempunyai pengalaman luas dalam pembinaan kurikulum Bahasa Melayu, dan 2 orang pensyarah Bahasa Melayu universiti tempatan. Semua data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang telah ditetapkan. 5.0 Dapatan kajian Soalan kajian 1 : Apakah bentuk kurikulum Bahasa Melayu di SMK dan SAS di WSST? A. Nicholls dan S.H. Nicholls (1978) menyarankan 5 langkah yang perlu ada dalam sesebuah kurikulum, iaitu tujuan pendidikan, pembentukan kaedah, perkembangan dan pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Helda Taba (1962) juga memberikan pendapat yang sama. Namun begitu dari segi organisasinya agak berbeza. Kurikulum mengikut model Taba perlu mengandungi 6 perkara, iaitu penentuan keperluan, pembentukan objektif, pemilihan isi atau kandungan, penyusunan isi, pemilihan pengalaman, dan menentukan apa yang hendak dinilai dan cara-cara melaksanakannya. Daripada analisis yang dilakukan ke atas kedua-dua kurikulum Bahasa Melayu, pengkaji mendapati bahawa kurikulum Bahasa Melayu di WSST diorganisasikan berdasarkan 4 subkomponen kurikulum, iaitu Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu, Objektif Pendidikan Bahasa Melayu, Isi Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu, dan Penilaian Bahasa Melayu. Berdasarkan subkomponen ini, kurikulum Bahasa Melayu di WSST nampak berbeza berbanding dengan model kurikulum Taba dan Nicholls. Namun, dari segi kandungannya kurikulum ini tidak berbeza dengan kurikulum-kurikulum yang dicadangkan oleh pakar kurikulum yang dikaji. Berbanding dengan kurikulum yang dicadangkan Nicholls, kurikulum Bahasa Melayu WSST tidak mengandungi komponen maklum balas. Mungkin komponen ini disatukan dengan komponen penilaian dalam kurikulum WSST. Jika dibandingkan dengan model kurikulum Taba pula, kurikulum Bahasa Melayu WSST tidak mengandungi komponen penentuan keperluan. Komponen ini barangkali tidak disenaraikan kerana penentuan kurikulum berada pada peringkat penggubalan kurikulum tetapi tidak di peringkat dokumentasi.

Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu bermaksud hasil yang hendak dicapai setelah pelajar keluar dari alam persekolahan. Oleh sebab itu, matlamat pendidikan ditulis agak umum dan sangat ideal. Contoh pernyataan matlamat yang terdapat dalam kurikulum Bahasa Melayu ialah Dapat menguasai bahasa dan berkomunikasi dalam kehidupan harian. Objektif pendidikan bahasa merupakan hasrat untuk dicapai semasa pelajar mempelajari Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pernyataan dalam objektif pendidikan Bahasa Melayu lebih fokus dan berkait dengan kemahiran bahasa itu sendiri. Contoh pernyataan yang terdapat dalam objektif pendidikan Bahasa Melayu ialah Supaya murid berwawasan, suka membaca, menulis dan mengkaji. Subkomponen Isi kandungan Bahasa Melayu menjawab pertanyaan: Apakah yang hendak diajarkan? Oleh sebab itu, dalam subkomponen ini tersenarai pelbagai perkara atau topik yang hendak diajarkan supaya objektif pendidikan Bahasa Melayu tercapai. Secara terperinci, topik yang hendak diajarkan ialah penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Komponen penggunaan bahasa menjelaskan kaedah penggunaan bahasa dalam komunikasi. Komponen kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Komponen sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Komponen pengisian kurikulum pula merupakan elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat. Contoh kandungan bagi setiap subkomponen isi kandungan kurikulum Bahasa Melayu dipaparkan dalam jadual 1 di bawah: Jadual 1 : Komponen Kurikulum Bahasa Melayu di SMK dan SAS di WSST Bil Subkomponen Kurikulum Kandungan Kurikulum 1 Penggunaan bahasa Menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi, mewawancara, cerita pendek seperti kegiatan harian dan pengalaman hidup, pantun dan sajak. 2 Kemahiran bahasa Perbualan, bersopan semasa mendengar, berbual dan menulis, analisis dan membuat ringkasan daripada cerita yang dibaca, memberi makna perkataan, menulis surat kiriman. 3 Sistem bahasa Imbuhan, jenis kata, struktur dan jenis ayat, peribahasa, tanda baca. 4 Pengisian kurikulum Bersopan semasa mendengar, berbual dan menulis. Subkomponen penilaian kurikulum merupakan kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai pencapaian kurikulum tersebut. Dalam subkemahiran ini kurikulum Bahasa Melayu telah menetapkan pemberatan dalam penilaian dan kekerapan menjalankan penilaian Bahasa Melayu.

Soalan kajian 2 : Apakah perbezaan dan persamaan kurikulum Bahasa Melayu di SMK dan SAS di WSST? Bagi menjawab soalan kajian ini, perbincangan akan dibuat berdasarkan 5 elemen dalam kurikulum, iaitu matlamat pendidikan, objektif pembelajaran, isi kandungan, penilaian dan peruntukan masa. Dari segi matlamat pendidikan, SMK mempunyai 3 matlamat berbanding dengan SAS yang mempunyai 2 matlamat pendidikan sahaja. Jika diteliti, matlamat kurikulum bagi kedua-dua jenis sekolah ini menitikberatkan penguasaan pelajar dalam komponen penggunaan bahasa. Hal ini dapat dikesan melalui penggunaan frasa seperti membolehkan mereka menggunakan bahasa dengan berkesan dan dapat menguasai bahasa dan berkomunikasi dalam kehidupan harian. Lihat Jadual 2 di bawah: Jadual 2 : Perbandingan Kurikulum Bahasa Melayu di SMK dan SAS Dari Segi Matlamat Kurikulum Bil Matlamat Pendidikan di SMK Matlamat Pendidikan di SAS 1 Berilmu, menguasai dan mempunyai kemahiran berbahasa dan dapat digunakan dalam kehidupan harian. 2 Dapat menguasai bahasa dan berkomunikasi dalam kehidupan harian. 3 Cinta akan negara dan mentaati di bawah pentadbiran negara. Memperkembangkan keupayaan bahasa pelajar secara umum bagi membolehkan mereka menggunakan bahasa dengan berkesan. Memperkembangkan kecekapan berbahasa bagi membolehkan mereka menggunakan bahasa secara tepat. - Di samping komponen penggunaan bahasa, komponen sistem bahasa dan pengisian kurikulum juga dititikberatkan. Hal ini dapat dikesan melalui penggunaan frasa menggunakan bahasa dengan tepat. Berbanding dengan kurikulum Bahasa Melayu SAS, kurikulum Bahasa Melayu SMK mempunyai nilai tambah dalam matlamatnya. Selain memberikan tumpuan pada aspek bahasa, kurikulum Bahasa Melayu SMK memasukkan komponen pengisian kurikulum dalam matlamat kurikulumnya. Hal ini dapat dikesan melalui matlamat ketiga pendidikan di SMK, iaitu Cinta akan negara dan mentaati di bawah pentadbiran negara. Objektif kurikulum bagai kedua-dua jenis sekolah pula masing-masing menyenaraikan satu objektif sahaja. Lihat Jadual 3 di bawah: Jadual 3 : Perbandingan Kurikulum Bahasa Melayu di SMK dan SAS Dari Segi Objektif Pelajaran

Bil Objektif Pendidikan Bahasa Melayu di SMK Objektif Pendidikan Bahasa Melayu di SAS 1 Mengetahui dan memahami proses mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta mempunyai kemahiran dan menghayati kelebihan kegunaan bahasa Melayu untuk pembelajaran. Supaya murid berwawasan, suka membaca, menulis dan mengkaji. Secara perbandingan, kedua-dua jenis sekolah menetapkan objektif pelajaran yang sama. Kedua-dua kurikulum menekankan kemahiran bahasa yang 4, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, kedua-dua kurikulum juga memasukkan komponen pengisian kurikulum melalui pernyataan seperti menghayati kelebihan penggunaan bahasa Melayu dan supaya murid berwawasan. Perbandingan kurikulum dari aspek isi kandungan didapati berbeza dari beberapa segi. Kurikulum Bahasa Melayu yang diguna pakai di SMK ialah Kurikulum Bahasa Melayu 2551Bd [2008] yang dikeluarkan oleh Pejabat Ahli Jawatankuasa Peringkat Asas manakala Kurikulum Bahasa Melayu yang diguna pakai di SAS ialah Kurikulum Bahasa Melayu 2546Bd [2003]. Kurikulum ini dikeluarkan oleh Pejabat Siasatan Kerajaan Kawasan 12. Jadual 4 : Perbandingan Kurikulum Bahasa Melayu di SMK dan SAS Dari Segi Isi Kandungan Bil Isi kandungan Kurikulum di SMK Isi Kandungan Kurikulum di SAS Indahnya Desaku Tercinta, Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni, Makanan Ringan, Congkak, Jasamu Tetap Kubalas, Canggihnya Internet, Lipas Bahaya dan Tahan Lasak, dan Nasi Sudah Menjadi Bubur Jenis kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata ganti nama, kata ganda, kata tanya, kata perintah, kata pangkal ayat. Struktur ayat dan jenis kata, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat nafi, dan ayat perintah. Tanda baca, iaitu tanda ellipsis, tanda datar, tanda sempang, dan tanda kutip. Awalan : pen-, ter-, ber-, ke- Akhiran : -i Topik pembelajaran seperti Mewawancara Pelajar Cemerlang, Balas Jasa, Kehidupan Seekor Kutu, Likuliku Perjalanan Hidupku, Kemerosotan Disiplin Para Pelajar, Sajak Untuk Guru, Seperti Kacang Lupakan Kulit, Pengaruh Iklan Terhadap Masyarakat, Majlis Perpisahan Pelajar Jenis kata seperti kata nama am, kata nama khas, kata adjektif. Titik, noktah, koma, seruan. Awalan per-, ber-, se-, pen-, ke-, men-, dan ter-

Apitan : di kan, di i Sisipan : -el-, -er-, -em-, -in- Penulisan dalam pelbagai situasi, iaitu surat rasmi. Peribahasa, iaitu perumpamaan. Makna perkataan, iaitu kosa kata (650 patah perkataan) Surat kiriman rasmi dan tidak rasmi Kata hubung seperti di, daripada, dari, ke, dan kepada Pantun dan sajak seperti makna pantun dan sajak. Huraian gambar. Ringkasan gambar, cerita pendek, dan sejarah nabi. Perbualan Nada suara perasaan penutur Cerita pendek seperti kegiatan harian, pengalaman hidup. Mesej dalam beberapa bentuk seperti membaca dan menulis kata, frasa dan ayat daripada bahan, makna, kosa kata. Berdasarkan jadual di atas, SMK dan SAS membahagikan isi kandungan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama ialah petikan pemahaman dan bahagian kedua ialah penulisan dan sistem bahasa. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan jumlah isi kandungan bagi kedua-dua jenis kurikulum. SMK membahagikan jumlah isi kandungan kepada lapan bahagian berbanding dengan SAS yang membahagikannya kepada 9 bahagian. Jumlah setiap isi kandungan mengikut topik pengajaran juga didapati berbeza. Kurikulum Bahasa Melayu SMK juga didapati tidak menekankan pengajaran kata hubung, perbualan, cerita pendek, pantun dan sajak, dan nada suara serta perasaan penutur. SMK juga hanya menekankan penulisan surat rasmi. Penulisan surat tidak rasmi tidak dijadikan satu kemahiran menulis dalam pengajaran seperti yang dilakukan dalam Kurikulum Bahasa Melayu SAS. Selain itu, beberapa

kemahiran lain seperti kemahiran menyampaikan mesej secara bertulis yang menekankan aspek pembinaan ayat dan frasa, penggunaan kosa kata, kata adjektif, dan makna hanya terdapat dalam Kurikulum Bahasa Melayu SAS. Selaras dengan matlamatnya yang menekankan pembentukan pelajar yang cekap berkomunikasi dan menggunakan bahasa yang tepat serta berkesan, Kurikulum Bahasa Melayu SAS mempunyai isi kandungan yang bersesuaian dan selari dengan matlamat yang hendak dicapai. Isi kandungannya disusun secara menyeluruh bagi mencapai matlamatnya untuk mengembangkan kecekapan berbahasa pelajar dalam komunikasi. Hal ini berbeza dengan Kurikulum Bahasa Melayu SMK. Walaupun matlamat kurikulumnya hampir sama dengan Kurikulum Bahasa Melayu SAS, isi kandungannya kurang lengkap. Hal ini dapat dilihat daripada jumlah kosa kata yang hendak dikuasai, iaitu 650 sahaja. Dalam kemahiran bertutur pula aspek nada dan perasaan semasa menyampaikan mesej tidak diajarkan. Walhal, dalam penyampaian lisan, aspek situasi, nada dan kosa kata sangat penting dalam pemberian makna. Tanda bacaan juga penting dalam kemahiran berbahasa. Kajian ini menunjukkan bahawa pemilihan pengajaran tanda baca yang terdapat dalam Kurikulum Bahasa Melayu SAS lebih praktikal berbanding dengan pemilihan tanda baca yang dipilih oleh SMK. Dalam Kurikulum Bahasa Melayu SAS, tanda baca yang diajarkan amat sesuai digunakan dalam frasa dan ayat, iaitu tanda noktah, koma dan seruan. Hal ini berbeza dengan tanda baca yang disenaraikan dalam Kurikulum Bahasa Melayu SMK. Dalam kurikulum tersebut, tanda baca yang dipilih ialah tanda elipsis, tanda datar, tanda sempang dan tanda kutip. Keempat-empat tanda bacaan ini jarang digunakan dalam penulisan pada peringkat sekolah menengah. Komponen kesusasteraan penting dalam kurikulum bahasa. Kedua-duanya saling melengkapi. Kesedaran ini telah dimanfaatkan oleh kedua-dua penggubal kurikulum semasa proses penggubalan berlangsung. Cuma dari segi penekanan unsur sastera bagi kedua-dua kurikulum ini agak berbeza. Contohnya, Kurikulum Bahasa Melayu SMK memasukkan pengajaran peribahasa tetapi dalam Kurikulum Bahasa Melayu SAS tidak ada. Sebaliknya, Kurikulum Bahasa Melayu SAS memasukkan pantun, sajak, sejarah nabi sebagai satu komponen sastera. Jika diteliti dari aspek sistem bahasa, kajian menunjukkan bahawa sistem bahasa lebih banyak dimuatkan dalam Kurikulum Bahasa Melayu SMK berbanding dengan Kurikulum Bahasa Melayu SAS. Jenis kata yang dimuatkan dalam kurikulum Bahasa Melayu SMK lebih meluas. Contohnya kata nama, kata kerja, kata ganti nama, kata ganda, kata tanya, kata perintah, dan kata pangkal ayat. Berbeza dengan Kurikulum Bahasa Melayu SAS yang menekankan kata hubung, kata nama, kata nama khas dan kata adjektif. Kurikulum Bahasa Melayu SAS juga tidak menyenaraikan jenis ayat sebagai topik dalam pengajaran sistem bahasa. Jadual 5 : Perbandingan Kurikulum Bahasa Melayu di SMK dan SAS Dari Segi Penilaian

Bil Penilaian Bahasa Melayu di SMK Penilaian Bahasa Melayu di SAS 1 Penilaian pertengahan dan akhir tahun. Penilaian pertengahan dan akhir tahun. 2 40 markah hasil kerja murid dan 60 markah peperiksaan 50 markah hasil kerja murid dan 50 markah peperiksaan 3 Pelajar yang berilmu pengetahuan setaraf dengan kelas yang lebih tinggi daripadanya boleh dimasukkan ke kelas tersebut pada pertengahan tahun tanpa menunggu hingga akhir tahun. Perbezaan dari segi penilaian bahasa dapat dilihat dalam Jadual 5 di atas. Berdasarkan maklumat yang dipaparkan, kedua-dua kurikulum menetapkan aspek penilaian kurikulum berdasarkan pencapaian murid. Yang membezakan aspek penilaian antara kedua-dua kurikulum ialah pemberatan yang ditetapkan bagi menilai pencapaian pelajar. Kurikulum Bahasa Melayu SMK menetapkan pemberatan 40% markah tugasan pelajar dan 60% markah peperiksaan akhir. Manakala, Kurikulum Bahasa Melayu SAS menetapkan 50% markah tugasan pelajar dan 50% lagi datangnya dari markah peperiksaan akhir. Seperkara yang terdapat dalam Kurikulum Bahasa SAS dan tidak terdapat dalam Kurikulum Bahasa Melayu SMK ialah sistem pergerakan kelas bagi pelajar yang cemerlang. Mengikut Kurikulum Bahasa Melayu SAS, pelajar boleh dinaikkan kelas jika mereka menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran Bahasa Melayu. Kenaikan kelas ini boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa menunggu akhir tahun. 6.0 Rumusan Berdasarkan analisis yang telah dibuat, dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti yang berikut: 6.1 Dari segi pembinaan kurikulum, kajian ini mendapati bahawa kedua-dua badan penggubal kurikulum Bahasa Melayu di WSST mengikut prinsip penggubalan kurikulum yang standard. Walaupun subkomponen yang dicadangkan oleh jawatankuasa penggubalan tidak sama dengan subkomponen yang dicadangkan oleh Helda Taba (1962) dan A. Nicholls & S.H. Nicholls (1978), kandungan kurikulum itu masih ada; 6.2 Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara subkomponen isi kandungan kurikulum Bahasa Melayu SMK dan SAS. Kajian menunjukkan isi kandungan SAS lebih pada dan menepati kehendak matlamat kurikulum yang dicadangkan; 6.3 Subkomponen isi kandungan perlu disertai dengan huraian kurikulum yang terperinci. Hal ini bagi memudahkan guru menjadikannya panduan untuk mengajar. Kurikulum yang bersifat umum memungkinkan guru-guru membuat tafsiran sendiri;

6.4 Kurikulum Bahasa Melayu SMK dan SAS perlu disemak semula. Pada asasnya hampir semua perkara telah dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu tetapi tidak dibuat secara tuntas dan rinci. Banyak lagi perkara penting yang tidak dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu; 6.5 Terdapat penggunaan istilah bahasa Melayu yang tidak tepat dalam kurikulum. Contohnya penggunaan kata hubung bagi menghuraikan kata sendi nama di, daripada, dari, ke, dan kepada. Oleh itu, pengkaji mencadangkan supaya pihak jawatankuasa penggubalan melantik pakar bahasa Melayu bagi membantu mengemaskinikan kurikulum sedia ada; dan 6.6 Untuk mengelakkan ketidakseragaman dalam kurikulum, pengkaji mencadangkan supaya kurikulum Bahasa Melayu digubal oleh satu jawatankuasa sahaja. Ahlinya mungkin terdiri daripada kedua-dua badan sedia ada. Rujukan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Agama Swasta (SAS). Pusat Pentadbiran Ahli Jawatankuasa Sokongan Pendidikan Swasta (Samnak Barihanngan Khana Kammakarn Songserm Suksa Ekkashon). Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kerajaan (SMK). Pejabat Ahli Jawatankuasa Pendidikan Peringkat Asas (Samnakngan Khana Kammakarn Karn Suksa Khan Petharn). Nicholls, A & Nicholls, S.H. (1987). Perkembangan kurikulum satu panduan praktis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sermsak Wisalaporn. (2007). Sapap karn jad karn suksa nai cangwat chaideang pak tai. Bangkok: Kementerian Pendidikan Thailand. Taba, H. (1962). Curriculum development. New York: Hardcourt, Brace & World, Unc.